Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 26, 2009

Menjelaskan Sejarah Perpecahan PAS Pasca 2008: Penubuhan Kerajaan, Pakatan Rakyat, Muzakarah, Muktamar2, Kerajaan Perpaduan dan Hasan Ali

Sejarah perpecahan PAS pasca 2008 dipecahkan kepada beberapa fasa. Fasa-fasa itu adalah:
a. Selepas kemenangan 2008
b. Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap
c. Kerajaan Perpaduan
d. Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor


FASA SEJURUS KEMENANGAN 2008

Pada waktu ini bibit2 perpecahan telah mula berlaku. Ikuti kenyataan Ustaz Ahmad Awang di bawah yang mengesahkan berlaku konspirasi di kalangan beberapa kepimpinan PAS Pusat yang mahukan kerajaan campuran UMNO-PAS berlaku di Perak dan Selangor:



Dari maklumat yang saya kumpul dari beberapa sumber yang berotoriti dalam PAS, panggilan telefon tersebut telah datang dari Dato’ Harun Din sendiri.

Di Selangor Hasan Ali telah sampai ke peringkat terakhir perbicangan beliau dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS namun dihalang oleh Dato Kamaruddin Jaafar kerana tindakan Dato Hasan Ali bertentangan dengan keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat. Hasan Ali sehingga ke tahap sudah tidak mahu bercakap lagi dengan Dato Kamaruddin Jaafar di telefon ekoran marahnya beliau kerana hasrat beliau dihalang oleh mantan SU Agung PAS itu.

Punya kemaruk nak jadi MB, sampai Roslan SMS sanggup menyorok watikah perlantikan yang sepatutnya diserah kepada Sultan Selangor dari Presiden PAS. Watikah perlantikan itu adalah atas permintaan Tuanku sebelum Tan Sri Khalid dilantik sebagai MB sehingga menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perlantikan Tan Sri Khalid.

Fasa Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap


Ustaz Nasaruddin mendedahkan kepada kita bagaimana bermulanya Muzakarah dan perbincangan dalam gelap dengan UMNO:



Baca di sini juga: Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?

Secara mudahnya satu kertas kerja disediakan dan dibentangkan oleh Dato Harun Din yang mahukan PAS bermuzakarah dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat. Ertinya, Dato Harun Din dan sekutu-sekutunya (yang dipanggil Fraksi UMNO) menyokong perbincangan dalam gelap (juga dipanggil Muzakarah) di belakang Pakatan Rakyat.

Kertas kerja tersebut hanya dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja sehingga Mursyidul Am pun tak pernah tengok kertas kerja tersebut. Tapi, ianya digunakan sebagai justifikasi untuk berbincang dalam gelap dengan UMNO. Antara perkara yang dibincangkan dalam gelap adalah menaikkan kerusi Melayu di Parlimen kepada 75%. Nampak sangat puak2 “perpaduang” ini paranoid.

Terdapat juga usaha melobi para pemuda SEBELUM pendedahan yang dilakukan oleh Pak Lah tentang perbincangan2 dalam gelap seperti yang saya dedah di sini: http://www.malaysiawaves.com/2008/10/roslan-sms-harus-nafi-cerita-ini.html

Mursyidul Am menentang segala usaha Muzakarah dengan UMNO dan satu mesyuarat Khas Majlis Syura diadakan di Kota Baru. Keputusannya adalah Muzakarah ditolak, yang diizinkan hanya Muqabalah.

Maksud Muqabalah pula adalah:

“Kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, muzakarah sesuatu perbincangan yang serius dan ada keputusan. Sementara muqabalah adalah pertemuan santai yang tidak membawa apa-apa keputusan. Sekadar sembang kosong, katanya kepada saya tengah malam tadi apabila kami berdua minum di Kopitiam, Hulu Klang. ()”

FASA KERAJAAN PERPADUAN


Kerajaan Perpaduan adalah lanjutan dari usaha Muzakarah yang telah dibunuh oleh Tok Guru satu masa dahulu. Pengakuan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dirujuk:



Jelas, selepas usaha Muzakarah digagalkan oleh Tok Guru, mereka merubah sanggul dan menamakan ia dengan nama baru yakni Kerajaan Perpaduan.
Bererti semenjak PRU 2008 sehingga sekarang, usaha membawa PAS rapat dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat berjalan terus dan terus.

Setelah dua keputusan muktamar yang menegaskan PAS akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat, usaha rapat kepada UMNO terus berjalan berlawaan dengan keputusan Muktamar PAS Pusat.


Fasa Sabotaj Pakatan Rakyat


Ini bukan sebenarnya fasa tapi perkara yang berlaku sepanjang masa. Mari saya senaraikan beberapa tindakan sabotaj yang jelas:
a. Membuat keputusan bercakap dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat, yakni
dalam gelap
b.Menyebarkan fitnah berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor
i.e. Teresa haling azan, orang Melayu dalam PBT hanya 30%, SELCAT tindas
pegawai2 kerajaan, projek International Zone adalah projek tajaan kerajaan
negeri, Furniture City tak beri peluang pada Orang melayu dan banyak lagi
c.Menyerang kerajaan Selangor dalam banyak isu i.e. Isu Arak, isu SELCAT, Isu
Elizabeth Wong, Isu perlantikan Madam Low. Ini jelas usaha yang menguntungkan
UMNO dan Barisan Nasional
d.Idea Kerajaan Perpaduan yang jelas menampakkan PAS tidak yakin dengan
Pakatan Rakyat
e.Menyokong puak2 UMNO dalam isu kepala lembu dan kuil Seksyen 23
f.Mengadakan isu setiap kali ada pilihanraya kecil

Dan banyakkkkkkk lagi bukti yang boleh saya bawakan tapi nanti saya dedah. Tapi pembaca semua telah maklum. Benda benda yang sudah terang lagi bersuluh.


Yang lebih menyedihkan, puak2 ini semuanya jenis telunjuk lurus kelingking berkait. Depan orang boleh berpeluk bergelak dengan Ronnie Liu dan Elizabeth Wong, tapi kat belakang sebar fitnah dan kata nista pada DAP dan PKR.

Depan ahli semua menyanyi mereka penyokong Pakatan Rakyat, pembawa panji Pakatan Rakyat. Tapi kat belakang, sebar fitnah pasal Pakatan Rakyat. Satu contoh kecil boleh dibaca di sini.

Dengan kata lain, puak2 ni orang Terengganu panggil "bansee plawok" (bangsa penipu). Jangan percaya satu benda pun puak-puak ni cakap. Semuanya penipu dan pendusta. Bangsa Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Tiada akhlak Islamiyyah langsung dengan puak2 ni.

Tu sebab diorang round satu Malaya untuk cerita pasal "wala'" (ketaatan). Diorang nak ahli2 PAS terus taat pada mereka walaupun mereka ni penipu.

PENUTUP

Selagi usaha berterusan untuk membawa PAS kepada UMNO ini tidak dihentikan, maka PAS akan terus berpecah dan bersengketa.

Tokoh2 yang dinamakan Tok Guru mesti dibuang dan dibersikan dari PAS demi menjamin kesatuan dan kesepaduan PAS serta kesinambungan perjuangan Islam.

Ikutilah arah dan hala tuju Tok Guru Nik Aziz dan saya jamin PAS akan aman tenteram kembali. PAS perlu membersihkan diri mereka dari elemen2 Kerajaang Perpaduang ini dengan kadar segera dan ianya mesti bermula dari Pusat sampailah ke peringkat Pemuda Cawangan.

Tulang Besi

8 comments:

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said

BILA TOK AYOH HADI 'PIN' nak PECAT

HASSAN ALI


knp persepsi terhadap PAS seolah olah macam seorang anak dara YG dah JADI BOHSIA.... serba boleh ..semua mau ..

buntut UMNO pun ( PAS)hassan ali nak ?

bendera PAKATAN (anwar yg handsome ) pun (PAS )berlakon nak ?

PAS macam bohsia semua boleh, DAP pun boleh ...

PECAT HASAN ALI skrg !!!

baru HILANG SEGALA PERSEPSI NEGATIF TERHADAP PAS

petikan

www.malaysiabaru.com

Anonymous said...

Cara yang paling senang memecahkan Pakatan rakyat, dan menyenangkan kerja BN di dalam menyembunyikan segala perilaku rasuah,

1. PAS menyerang DAP dan PKR di dalam pertemuan dengan ahli.
2. Sehingga ahli-ahli PAS lebih bermusuhkan DAP dan PKR daripada bermusuhkan UMNO.
3. Perjuangan kepada negara yang adil dan anti rasuah hilang, menjadikan perjuangan PAS kepada politik sempit Melayu, lebih teruk daripada UMNO
4. Semua ini dilakukan oleh Hasan Ali dan Khairudin SU Perhubungan.
5. Kerja Mustapha ALi dan Hj Hadi, ialah melindungi Hasan ALi.

zakwan said...

This wala excuse is nothin but utter bullshit

AnakPaya said...

Salam, TB.. syabas dgn pendedahan yg dibuat. Septtnya PAS tidak ptt jadik mcm UMNO. bersikap tidak bleh dikritik. pasai suwardi yaacob n harun din, saya dah mula nmpak kenapa mereka ni selalu kecundang didalam PRU.. begitu jgk dgn Ketua Dewan Ulama Perlis.. Allah SWT tidak membenarkan mereka ni jadik pemimpin lg kerana masih ada kekurangan dlm diri mereka

Anonymous said...

salam. rasanya kertas kerja u.haron tu dibentang kat majlis syura, bukan sorang dua je tau. dan masa bentang tu TGNA tak hadir. so keputusannya. keputusan syura la kan. cuma yang heran alasan TGNA tak tau. takkan la takda orang lapor kat dia. mgkn "tak tahu" tu statement politik. macam dia cakap tk suruh menantu letak jawatan, tak sampai seminggu letak lak

Anonymous said...

takkan semua isu dalam kerajaan selangor datangnya dari orang pas sendiri

kau ni cakap ikut main persepsi kau je..dari dulu aku tunggu kau buktikan semua tuduhan tu tapi sampai sekarang gebang je lebih

mana bukti nyaa

Anonymous said...

bhai,,hang takda idea ka...nak tulis.dari dulu aku baca,sama aje.cuma digulai tulisan dulu.dahlah...lebih baik ko diam dari menulis.jgn tunjukkan bodoh kita kat oranglain.itulah aku nampak kat hang.maaf.kritik secara ikhlas.

Anonymous said...

Aku rasa kalau benar la TB berada di pihak yang benar dan Hasan Ali berada di pihak yang salah yang mengatakan Hasan Ali ni bagai duri dalam daging didalam PAS,aku cabar TB buat supaya mencabar Hasan Ali berdebat secara terbuka tentang segala pembongkaran yang dibuat TB ni..Kita nak tau sapa yang sebenarnya duri dalam daging..sapa sebenarnya yang mensabotaj kerajaan negeri dan parti.sapa yang sebenarnya pengkianat..SETUJU atau TIDAK???mahu jawapan dari rakyat..buat laa survey cmne TB wat survey psl PJ 2..BERANI ke TAK???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.