Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 5, 2009

Mursyidul Am Dibohongi Al Banjari dan Ustaz MRK Al Banjari

Dinukil dari AlBakistani. Tapi tuan/puan pembaca dapat lihat sendiri betapa penykong2 Fraksi UMNO, mereka sanggup menipu dan berbohong serta memfitnah demi menjaga kepentingan puak mereka. Mereka namakan ia "menjaga kepentingan jemaah" tapi sebenarnya mereka mahu menjaga pekung pemimpin2 mereka dari diketahui ahli semuanya.

Lepas tu setelah berbohong dan menipu, sanggup panggil orang lain munafik waktu orang itu sedang berbuat kerja amal di Padang. Padahal dia yang berbohong dan mengkhianati janji walaupun title dia ustaz. Dari pendedahan ini kita akan tahu siapa munafik dan siapa tidak. Lihat juga bagaimana alasan "menajaga kepentingan jemaah" digunakan sewenang-wenangnya untuk melindungi pekung dan salah laku kumpulan mereka. Lihat juga betapa Al Banjari dan MRK AL Banjari sanggup BERBOHONG kepada Mursyidul Am. Lepas tu heboh satu Malaysia pasal wala'.

Perangai membohong ni LUMRAH pada Fraksi UMNO. Pemimpin2 mereka pernah berbohong pasal jumpa UMNO dalam gelap. Pengikut mereka apatah lagi.

NOTA: Tulang Besi telah menghantar email pada Tuan Ibrahim Tuan Man membuat laporan rasmi ke atas salah laku Timbalan Presiden atas isu ini. Aduan telah dibuat hari ini.

Kronologi isu rakaman I & II…


Tulisan saya ini merujuk kepada;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/siapa-munafik-haraki-di-dalam-pas.html

Satu artikel dlm ’politikbanjar’ bertajuk: Siapa Munafik Haraki di dalam PAS?

Tulisan tersebut merujuk kepada diri saya, dan saya mendapat maklum melalui pelbagai SMS dari sahabat-sahabat PAS dan juga AJK saya. Ketika itu saya masih berada di Indonesia mengetuai Delegasi Khas Bantuan Kemanusiaan PAS di Sumatera Barat. Saya tidak mampu mengakses internet ketika di sana, namun saya telah terlebih dahulu kaji kronologi berdasarkan maklumat yg ada pada saya.

Rakaman I
· Kepunyaan sendiri, dah lama disimpan. Saya tidak mahu bicarakan tentangnya.

Rakaman II
· Rakaman Ustaz Reza MRK di rumah Dato’ Dr Hasan Ali, bersama Ustaz Nasharuddin, Roslan SMS, Yamin, Zainuddin, dan ramai bloggers termasuk bloggers UMNO


Saya terbaca dlm blog albanjari;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pertemuan-sulung-bloggers-dengan-dato.html,

Isu dinyatakan tentang pertemuan di rumah Hasan Ali, dimaklumkan anjuran Lajnah Penerangan BPPNS dgn tetamu khas Ustaz Nasharuddin, dan dihadiri ramai bloggers termasuk bloggers UMNO. Dalam internet ditulis pelbagai perkara yg tidak sepatutnya dimaklumkan pd umum apatah lagi pd UMNO.


28 Nov 2009 (Rabu)

Pagi

Dalam kesempatan utk berbincangn dgn TGNA berkenaan rakaman I, TGNA memberitahu melalui Pembantu beliau kebiasaannya TGNA bila sampai di KL tidak mahu diganggu, mahukan ketenangan dan tak mahu merunsingkan fikirin utk hadapi Mesyuarat Khas pada malam kelak. Apa2 hal pun akan dimaklumkan semula, jika perlu.

Tengahari

12.26 PM Call Albanjari
· Dimaklum dia sangat kenali saya, Anak Perak... Saya minta maaf tak berapa ingat!
· Ttg ucapan, Albanjari sendiri tidak hadir, MRK hadir, dia rakam. Sebahagian dah ditulis oleh bloggers. Katanya banyak menceritakan hal dalaman parti. Albanjari hairan mengapa ada yg hadir itu bloggers UMNO sedangkan menceritakan beberapa hal dalaman parti.
· Albanjari kata dah dapat rakaman itu, DVD di courier terus. Albanjari dah dengar sendiri. Rakaman itu sangat serious...! Bahaya kalau disalahgunakan oleh UMNO.
· Saya minta satu salinan. Boleh. Tlg bagi alamat segera. Satu copy akan dikirim pd YB Nizar petang itu, sebab Nizar akan ke Mesyuarat Khas malam nanti. Saya kata saya sangat setuju agar diberikan pd pimpinan PAS untuk mereka membuat keputusan di dalam Mesyuarat Khas malam nanti dengan penuh hujjah.
· Esok akan post pada saya, dalam bentuk DVD besar file, sila SMS alamat segera.

12.32 PM SMS alamat kepada Albanjari

03.02 PM Call dari Pejabat TGNA
· TGNA maklumkan; confirmed TGNA mahu dengar rakaman DHA.
· TGNA minta utk dengar sendiri rakaman bloggers, setelah baca di internet.
· Saya maklum saya tidak ada rakaman bloggers tetapi saya akan usahakan melalui Albanjari yang berada di Perak sebab beliau ada copy. Saya akan usahakan untuk dapatkan segera sebelum TGNA sampai KL.

Call Albanjari banyak kali tidak dapat. SMS tidak berjawab. Hp seolahnya dimatikan.

03.10 PM SMS pd Pembantu TGNA no hp Albanjari minta utk beliau hubungi terus
· Saya maklum dah hubungi banyak kali call dan SMS tetapi tak dapat
· Janji akan usahakan terus

03.16 PM Call PAS Perak minta usahakan bantuan.

03.18 PM SMS dari Pembantu TGNA
· TGNA nak dengar juga ucapan DHA, minta dibawa juga ke rumah Kelantan, Jalan Stonor, petang ini segera.
· Minta tolong hubungi juga Albanjari untuk cuba dapatkan rakaman bloggers, minta dibawakan sekali dengan rakaman DHA utk TGNA dengar keduanya.
· TGNA anggap kandungan ucapan bersama bloggers sangat serious.

03.22 PM Call dari Pembantu TGNA
· Saya janji akan usahakan mendapatkannya, bahkan jika perlu utk di hantar dengan kereta dari Perak
· TGNA dah nak ke airport
· Jumpa di Rumah Kelantan, 6.45pm
· Maklum TGNA tentang tentang kerahsiaan, amaran oleh DHA utk tidak bocorkan. TGNA minta untuk dengar sendiri, itu bukan suatu rahsia jamaah yg perlu disimpan, apatah lagi jika tidak benar dan merosakkan jamaah. Yakin ini menolong jamaah.

05.32 PM Call dari PAS Perak
· Dapat jejaki Albanjari di rumah, tidak ON hp...
· Dapat bercakap dgn Albanjari, dan terangkan tujuan panggil dan permintaan TGNA
· Albanjari sangat setuju untuk serahkan pd TGNA.
· Pengakuan; sebenarnya Albanjari sendiri belum dengar, hanya dengar melalui telefon, dan master copy sebenarnya masih berada di tangan Penolong Editor, Ustaz Reza MRK, berada di Seri Kembangan, dia rakam dan Albanjari akan minta diserahkan tanpa masalah.

05.40 PM SMS ke Pembantu TGNA
· Maklumkan dah dapat berhubung semula dgn Albanjari.
· Janji akan sampai 6.30pm di Masjid Syakirin, dengan kedua rakaman, seperti dijanjikan oleh Albanjari.

Beberapa kali call Ustaz Reza MRK tak dapat, engaged dengan Albanjari.

06.08 PM Call Ustaz Reza MRK
· Berjaya komunikasi pertama kali dengan Ustaz Reza MRK.
· Sanggup datang berjumpa, dia kenal saya apabila kenalkan diri sebagai Pengarah Pilihanraya Pemuda Selangor
· Disebabkan itu arahan TGNA, Ustaz Reza MRK kata dia pasti akan sampai juga dengan motorsikal, walau ada anak kecil di rumah, dan isteri masih belum pulang kerja. Tidak perlu naik taxi seperti cadangan saya.
· Setuju saya tunggu di Masjid Syakirin, KLCC, tidak tahu rumah Kelantan.
· Akan sampai sebelum 6.30pm, confirm ke? Ya confirm akan sampai sebelum 6.30pm.
· Minta hadir dgn kerelaan, TGNA hanya mahu dengar suara rakaman dan nak tahu apa yg berlaku. Ustaz Reza MRK maklum dia pasti hadir sbb arahan Mursyidul ’Am.
· Pertanyaan Ustaz Reza MRK; akan berjumpa sendiri TGNA tanpa orang lain? Saya kata memang boleh, dan Ustaz Reza MRK tidak keberatan untuk saya sertai sekali.
· Ini adalah komunikasi terakhir yg berjaya dengan Ustaz Reza MRK, Penolong Editor ’politikbanjar’

06.20 PM Call Ustaz Reza MRK
· Semua call dan SMS tidak berjaya. Hp dimatikan. Berlarutan sehinggalah tengah malam.
· Beberapa kali call Albanjari, dimaklum confirm Ustaz Reza MRK pasti akan hadir, dia jenis berpegang padan janji. Minta tunggu juga. Saya terus tunggu, ualang alik ke rumah Kelantan.

07.13 PM SMS ke Ustaz Reza MRK
· Sudah lama sangat saya tunggu di Masjid Syakirin KLCC, tapi masih tidak datang dan panggilan hp gagal. Minta telefon semula segera.

07.22 PM SMS kepada keduanya; Ustaz Reza MRK dan Albanjari
· TGNA masih menunggu, dah lama sangat dah.

08.15 PM SMS ke Albanjari dan Ustaz Reza MRK
· “Ustaz Ridha, TG telah beransur ke Pejabat Agung. Lama dia nantikan enta, ana hubungi hp enta tak dapat”


29 Nov 2009 (KHAMIS)

07.23 AM Call Ustaz Reza MRK
· Dapat masuki panggilan, tetapi tidak berjawab. Banyak kali panggil. Maklum pada Albanjari, Albanjari maklum dia akan hubungi Ustaz Reza MRK untuk tahu apa masalahnya. Sila tunggu hingga dihubungi semula.

09.25 AM Call Albanjari, setelah terima missed call.
· Albanjari maklum perkara yg berlaku di PAS Selangor sangat serious. PAS kena buat tindakan segera untuk singkirkan Hasan Ali dengan apa jua cara sekali pun.
· Albanjari maklum; dia akan minta pasukan 20 hingga 30 bloggers yg dikenali, yg bersama kita utk melakukan satu tindakan khusus utk menjatuhkan Hasan Ali melalui serangan internet.
· Albanjari sendiri akan pastikan mereka mendapat maklumat yg tepat tentang siapa sebenarnya Hasan Ali, dan bahaya Hasan Ali kepada Pakatan Rakyat Selangor, dan kepada PAS.
· Saya beritahu Albanjari, saya setuju agar kebenaran isu Hasan Ali dinyatakan pada ahli. Ahli akan ragu kalau tiada tindakan diambil.
· Saya maklumkan tentang rakaman yg diberikan kepada kedua TG Haji Hadi, dan TG Nik Aziz.
· Saya maklumkan TGNA sangat sedih dan menggeleng kepala tatkala mendengar rakaman I yang saya perdengarkan tersebut, dan hinggalah suatu ketika TGNA kata tidak mahu mendengarnya dah. Minta dimatikan.

09.42 AM SMS ke Albanjari (baca; kepada Albanjari sahaja, tertutup, hasil perbualan akhir)
· Kandungan;
Sekadar maklum enta; ana istikharah bbrp hari utk serah pimpinan harian pusat dan bbrp yg hadir mesy khas smlm satu rakaman yg sgt serious ttg hasutan DHA utk PAS bersikap x adil thadap PR Slgor, dan timbulkan fitnah pd MB Slgor+PR. Kedua TG amat terkejut!
Dan seterusnya TGNA minta nak dgr sendiri apa rakaman yg enta buat di rumah DHA...Sila maklum jika enta decide x jadi beri rakaman itu utk ana maklumkan pd TGNA. Sekadar mbebaskan ana dari amanah. Jzklh.

· Tiada jawapan diterima
· Saya menghubungi Pembantu TGNA menyatakan kegagalan saya, dan saya meminta maaf pada TGNA atas janji yang saya gagal laksanakan.



perkara asas untuk direnungi;

1. Tuduhan munafiq pada saya, sangat serious! Balasan munafiq masuk neraka akhie!
2. Tuduhan TGNA tidak meminta rakaman, tetapi sayalah yg mereka-reka cerita, tanpa beliau bertanya sendiri pada saya sekali pun?
3. Janji utk datang jam 6.30pm, utk diserahkan sendiri pd TGNA, menjadikan TGNA menunggu lama sehinggalah beliau beransur terus ke Mesyuarat Khas bila Ustaz Reza MRK tidak tiba, gagal dihubungi. Apa pula hukum bermungkir janji?
4. Mengapa perlu di kongsi SMS saya pada pihak yg tidak berkaitan, Albanjari kepada Ustaz Reza MRK, yg pasti tidak mengetahui apa jua rentetan komunikasi sebelum itu.
5. Mengapa semua panggilan telefon @ SMS tidak dijawab?
6. Mengapa perlu dihukum pada dunia melalui blog@internet.


Ikhwah; kebenaran perlu saya nyatakan.

Wallahi, wabillahi, Watallahi, apa yg dilaporkan benar, dan saya sudah sebaik mungkin menyelidiki semua fakta, tarikh dan masa seperti yg disebut demi untuk Islam dan pejuangannya.


Wallahu’alam.
assayuti / 3 November 2009

12 comments:

Anonymous said...

Yang saya tak paham dlm kronologi tuh, Albanjari sendiri tidak dapat menghubungi MRK Albanjari, jadi kenapa pula Al Banjari sendiri yang kena. Lagipun, eloklah siapa nama yang bertugas di Padang tu? Hamba Allah tu sendiri yang menyelesaikan isunya, dah banyak blog(albanjari online) tulis pasal isu nie, tak perlulah TB memanjangkan isu nie lagi, tumpu aja isu lain,isu nie tak membabitkan TB, kalau Albanjari, MRK Albanjari atau Hamba Allah bertugas di Padang tuh ada masalah, biar mereka setelkan di blog mereka, tak perlu menangguk di air keruh atau seandainya benda nie fitnah atau salah faham, tak perlu kita memanjangkan fitnah/salahfaham. Sekian, nasihat ikhlas.

Anonymous said...

Tulang Besi
Salamualaikum. Tak paham saya, terlalu panjang. Keputusan dari meeting so-called EGM dah dibuat. Liability pemimpin PAS sudah diketahui umum, lagipun. Sebaiknya ahli ahli PAS memilih pemimpin yang cekap amanah dan result-driven, bukannya politic-talk driven. Semua orang boleh bercakap, hanya segelintir sahaja yang mampu menghasilkan keputusan positive.

Yang setan tu tetap setan, dan mereka mereka ini tak kemana perginya, tak lama meninggal dunia lah. Problem settle!

Buat masa ini, fokus energy pada hal hal positive untuk menarik kepercayaan non-Muslim terhadap kepimpinan PAS; TGNA tiada masalah, yang problemnya mamat2 Terengganu nun. Banyak sangat merempit!!!

Grand Marquis said...

Gaduh dan terus gaduh. Tuduh munafik itu dah menjadi lumrah. Siapa tak setuju dengan puak kita, dia ni fraksi UMNO. Parti Islam apakah ini? Sepatutnya ada ahli pas yang sayangkan parti perlu melaporkan pada Tuan Ibrahim untuk mengambil tindakan kepada blogger yang tak habis-habis timbulkan fitnah dalam jemaah.

Masalah dengan orang-orang haraki ni ialah masing-masing ingat puak dialah yang paling benar. Dalam haraki mereka sendiri pun ada sub-haraki yang mana mereka saling tuduh menuduh sesama sendiri.

Saya rasa sedih melihat gelagat mereka ini. Mereka ni umpama tikus membaiki labu. Mereka ingat mereka ni memperjuangkan untuk memperbaiki Islam, tapi mereka ni sebenarnya merosakkan Islam.

Anonymous said...

Bila ada kempen pilihanraya mana-mana jangan bagi apa2 maklumat pada Al Banjari ataupun ustaz MRK yang penipu ni.

Kita bukan boleh percaya orang mcam ni.

Entah2 nanti, segala maklumat rahsia kita semua dia serah kat UMNO.

Minta pimpinan2 PAS pun jauhkan diri dari si Albanjari ataupun MRK.

Clear diorang ni bukan pendokong PAS.

Tinta Hitam said...

TB

Saya rasa anda telah dimainkan oleh orang orang tertentu.Tak apa lah lain kali pastikan dapat "hard evidence ditangan dulu.Baru bertindak.

Jika tidak macam macam boleh berlaku.Kemungkinan tu berbagai.Kena ugut,DVD dah hilang dll...

Anonymous said...

Aku ingat kalau aku masuk PAS sekarang ni buleh bertahan 2 - 3 hari ja sebelum aku kena tendang keluar balik. Hang ni ngan fraksi hang gedebe betullah.

Anonymous said...

TB,
Kadang-kala sesuatu peristiwa atau musibah tu ada hikmahnya.Sekarang sekurang-kurangnya anta sudah kenal siapa kawan dan siapa lawan dan siapa setan.Zaman ni yang bergelar "Ustaz" atau "Ustazah" pun tak boleh percaya sangat.Berapa ramai yang bergelar "ustaz" dibawa kemahkamah kerana merosakkan murid mereka.
DiIbu Pejabat PAS pun ada "ustaz" dan "ulamak" tapi pembohong besar.

dugong_darat said...

Bro...

Teman siap kene kencing dengan deme.

Tumbang sebab banyak sangat makan durian. Overdose makan durian. Ustaz MRK tak boleh makan durian lebih sebab dia ader migrain kuat.

Albanjari backup story tu. Pagi nyer pulak dia kater dia masih di Hospital.

Satu jer bro TB, gua kalau sampai level big boss PERAK boleh kater dia frust dengan deme, consider you all cannot be trusted anymore la.

Kalau nak jadi blogger pencacai silakan. jangan menyusahkan orang lain. AMANAH???. Amanah my foot la.

Aper guna pegang amanah yang akan memusnahkan parti yang kome bernaung. Aper guna simpan amanah yang boleh menyebabkan parti itu hancur. Yang paling gua rasa nak pelembang tu, kalau sebab sayangkan sangat amanah tu, Pakatan Rakyat jadi hancur, sapa tak hangin???

Bila Aduka mengamuk, hangpa kutuk dia, padahal sekarang dah terbukti!!!

Anonymous said...

Sadis. Macam kisah mahsuri. Suami pergi berjuang untuk egra dari diserang Siam, si-isteri penghulu sibuk fitnah Mahsuri.
Assayuti pergi berjuang untuk Islam dan Pas di luar negara, si Al Banjari sibuk fitnah dalam negara.

mudz said...

Ini bahana jadi manusia jahil, saling menuding jari

lu : Munafik
Gua : Tak pernah jadi munafik.

lu : bohong
gua : Gua tak pernah bohong.

lu : masuk neraka
gua : masuk syurga

Jahil punya Melayu. Dua-dua kena kencing.

Ibnu Ahmad said...

alhamdulillah ustaz al-banjari pun dah minta maaf daripada akhi sayuti. maklumat jelas yang saya dapat daripada akhi sayuti (K/P PAS Shah Alam) sendiri.

daripada exco pemuda Shah Alam

Anonymous said...

bukan ke TB senbdiri melebel us. tuan Ibrahim Tn Man sebagai fraksi UMNO..????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.