Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 6, 2009

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad dan Saari Sungip Dipecat (Back by Popular Demand)

Oleh kerana isu pemecatan Khalid Samad telah dinaikkan semula oleh PJ Selangor dalam "review" beliau seluruh Malaya (mcm Kassim Selamat) maka saya pun bawa pendedahan saya berkaitan pemecatan Khalid Samad sekali lagi. Artikel ni saya telah publish pada 10 Disember 2008.

Orang akan kata, saya mana ada bukti buat dakwaan sebegini. Macamlah si Khairuddin Osman dgn PJ Selangor ada bawak bukti masa buat tuduhan2 jahat terhadap Khalid Samad dan Saari Sungip (untuk melihat tuduhan2 tersebut, sila baca di sini).

Sudahlah terkantoi, semua tuduhan tersebut berdasarkan insiden2 yang berlaku TAHUN INI, sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian TAHUN LEPAS, bulan November. Jadi, macam mana Khalid boleh dipecat atas insiden-insiden yang berlaku SELEPAS beliau dipecat. Saya rasa orang2 kat Perhubungan Negeri ni sedang kena bala dari Allah SWT hasil dari doa Tok Guru Nik Aziz. Sebab tu diorang dah mula bercakap macam orang mereng.


(BERMULA)Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.

Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang


Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.

Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.
Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.

Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.
Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.
Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.
Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor

Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya:

a. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor
b. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut
c. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
d. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.

Gerakan Anti Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.

Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.

PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.
Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.
Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja

Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.
Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO.

Tulang Besi

21 comments:

ULAMAK PALSU said...

Nasrudin Hasan Tontontvi kata Aziz BAri Biadap..


Eh sedap mulut ko jer nak ngate oghang....Ko ni ustaz ke aper?

Ker ULAMAK PALSU?

Aziz tak ckp pun Bos ko Biadap..Tontonvi ni WALA tak tentu pasal pulak...

Aziz komen dengan sopan dan secara ilusive...tp ko direct cakap Profesor ni biadap pulak...

BUANG semua ULAMAK PALSU DLM PAS...

alkulimi said...

Aku sokong saranan dan teguran Prof Dr Aziz Bari. Pengkritik yang sayang dan cintakan kepada perjuangan PAS. Masaalah utama dalam PAS adalah kelembapan dan kelesuan pimpinan PAS termasuk Pemudanya. Orang tengok imej ketua pemuda dan timbalannyapun dah letih. Tak dak ke calon lain yang lebih layak?

alkulimi said...

Buang saja kanser untuk selamatkan keseluruhan JAMAAH PAS

Anonymous said...

masalahnya AZIZ bari tu bukan orang PAS. Dia adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim....
Jadi fikir-fikirkan lah...
Adakah kita nak orang bukan ahli pAS yang menentukan halatuju dan masa depan parti. Dia ni serupa lah macam Bakar Haq atau penarik beca. Bukan ahli PAS pun malah pernah menentang Presiden suatu masa dulu...

Anonymous said...

Beginilah tulang BESI kalau kau nak tau PAS KElantan lebih Asobiyah. Kenapa akua kata macam tu. aku pernah tinggal di kelantan dan isteri aku orang kelantan tapi kalau ada apa-apa berkaitan bantuan hanya di beri mesti anak kelantan walaupun orang itu telah lama tinggal di kelantan. Kenapa PAS kelantan begitu? Adakah itu bukan asobiyah. Kalau kau nak tau jabatan agama Islam Kelantan lah paling banyak rasuah yang dibuat secara terang-terangan. Mana2 org yang berkahwin di Golok atau Thailand orang itu akan dipaksa oleh penguatkuasa Majlis Agama Kelantan untuk membayar saguhati kepada si penyiasat. Kononnya dia nak pergi ke thailand untuk mengesahkan bahawa surat nikat itu adalah benar dari thailand. Dan kalau enggan bayar ia akan menangguh atau mengatakan bahawa surat itu palsu. Tahukan anda ini yang berlaku. Rasuah pun berlaku di Majlis Islam Kelantan. Malah perkara ini seperti perkara biasa bagi pejabat Mais dimana-mana pun.
Tapi memang Kelantan kuat Asobiyah.. Aku tak tipuuuuuu...

Anonymous said...

Malam tadi saya baru balik dari Markaz Tarbiyah PAS pusat membantu dan melihat persiapan Seminar PAS yang akan berlangsung hari ini. Apa yang mengejutkan saya sewaktu berbual dengan petuga yang juga orang Kelantan tapi adalah dibawah PAS Gombak dan Selangor mereka menyokong Dr Hassan Ali dan mereka mempertikaikan tindakan Tuan Guru dan itulah yang mengejutkan saya.
Kenapa begitu TB?....

lempentalam said...

Aku rasa PAS selangor perlu dibersihkan ,Tontawi tu mereng ke ape.kenapa tak buat wacana dgn Dr Aziz?

Tinta Hitam said...

Tulang Besi quote....
Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.......

Saya selalu memeberi komen didalam pelbagai blog tentang agen agen UMNO didalam PAS.Yan gmenjadi sleeping agen.Samada mereka melakukan tugas agent secara langsung denga arahan dari UMNO atau mereka dikuasai oleh agent UMNO yang rapat dengan mereka.

Tingkah laku mereka dapat dilhat apabila tindak tanduk mereka selalu tidak selari dengan polisi yang telah ditetapkan dan mengeluarkan kenyataan spt UMNO.

Ahli ahli PAS perlu berhati hati dgn mereka ini.Sebahagiannya telah dikenalpasti tetapi masih ramai yang belum dikenalpasti.Merek bijak menyapu bersih jejak jejak mereka.

Kesilapan org org PAS juga.Bila kita telah suspect mereka ini begitu mengapa masih dilantik mereka sebagai pemimpin? Malahan mereka masih kekal didalam jawatan yang disandang didalam parti dengan undi yang lebih banyak.Itu sebab mereka begitu confident meneruskan agenda mereka.

Khalid Samad dan Shaari Sungip dipecat oleh pimpinan PAS pro UMNO selangor sebab mereka antara orang yang paling faham terhadap perjalanan dakwah Islam sert uslub uslubnya.kehadiran mereka didalam saf kepimpinan PAS aka nmenyebabkan agenda agenda mendekatkan PAS kepada UMNO diganggu

Anonymous said...

Anon 5.45am,
Tak usahlah nak komen Prof.Aziz orang PKRke orang itulah orang inilah.Pokoknya dia telah bersusah-payah buat analisa dan berani pula menengahkannya - untuk kebaikan PAS.Yang diutarakan dalam analisa beliau tu bukan pula perkara baru tapi dah lama jadi "duri" ditubuh PAS malangnya tak siapa berani membukakannya secara terbuka.
"Duri" ni dah bermula selepas berlakunya Tsunami politik dulu dan dewasa ni dah mula "bernanah".
Jadi janganlah sedap mulut nak mengata orang tak tentu arah kalau tak tahu butiran yang lengkap.Inilah masaalah orang yang "wala membabi buta" - one track mind.

alkulimi said...

Salam semua,
Aku rasa tak salah kita ambil pandangan yang baik walaupun dari musuh. Rasulullah juga ambil pandangan Salman al-Farisi untuk membina parit dalam peperangan Khandak. Kita kena ambil di mana sahaja ada hikmat yang hilang demi untuk perjuangan Islam dan menegakkan keadilan. Kalau pimpinan dan ahli PAS masih dibelenggu sindrom penafian maka PAS akan ditolak secara total dalam PRU13. Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

Sdr Abdul Rahman Celcom aka Tulang Besi, aka Pendekar Tangan Api aka pompuan.

Boleh tak tolong jawab sikit orang ni dekat
http://kaabahituberhala.blogspot.com

Friday, November 6, 2009
Pendahuluan
Bahagian 3

Disiplin saya ialah dengan membaca setiap aliran sesuatu ayat dalam Al Quran secara kritikal yang mempunyai kunci-kunci perkataan bagi satu-satu tajuk. Pada kebiasanya perkataan-perkataan ini digunakan secara berulang-ulang dibeberapa surah. Sebenarnya susunan ayat-ayat Al Quran mencerminkan keharmonian kepada bermacam-macam tajuk yang boleh dirujuk diantara satu sama lain dan diperkuatkan dengan tajuk yang sama pada ayat-ayat lain selalunya berulang-ulang. Contoh bagi tajuk-tajuk khusus yang membincang tentang "syirik" (mempersekutukan Allah) atau "cara hidup yang tersusun" (deen) semestinya, diasingkan daripada tajuk-tajuk lain lalu dikumpulkan dari kesemua ayat-ayat yang ada kaitan dengan tajuk yang sama lalu disusun dibawah satu tajuk. Tentunya saya telah menghabiskan beratus-ratus jam untuk menjejak ayat-ayat ini. Indek termatic yang disediakan oleh penterjemah-penterjemah, Lexicon Arab, malahan concordia yang sedia ada selalunya tidak mencukupi and tidak tepat apabila diukur dengan perkataan-perkataan yang diguna dalam Al Quran. Mungkin ianya berlaku kerana pengaruh agama yang korup telah menyerap selepas beberapa generasi - sepertimana yang akan diberi contoh nanti.

Anonymous said...

tlis panjang panjang, bile nak usulkan ke TGNA suruh pecat WPS dan roslan sms tu?

Anonymous said...

*Terima kasih kepada semua yang sudi menyebarkan info-info kami ke serata alam.Kami juga terharu kerana sahabat-sahabat semua menyertakan link kami ke atas setiap artikel dan gambar dari web kami.A million thanks from us.

Saturday, November 7, 2009
Kenapa TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar(PC) ?? Penulis terpaksa dedahkan perkara sebenar. Bersediakah anda ??
oleh ali :

Previously on "Kenapa TG Nik Aziz tidak hadir Press Confrence selepas Mesyuarat Khas"


Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.



Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.



"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".



Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.



"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.


Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.



"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"



Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.

ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!

Anonymous said...

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Anonymous said...

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.

Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.

Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.

Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.

Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan.

Posted by ali at 1:21 PM
Labels: abu bakar chik, hadi awang, harun taib, meeting khas, stopa ali, tgna, ug

carlos said...

TB said - Saya rasa orang2 kat Perhubungan Negeri ni sedang kena bala dari Allah SWT hasil dari doa Tok Guru Nik Aziz.

Kenapalah tok guru suka berdoa turunkan bala? Kepada orang Islam juga tu...

----

PAS memang ada masaalah besar iaitu tidak boleh menerima Kebenaran, Kritikan dan Kelemahan.

Apa salahnya WPS melapurkan keaadan keruh jika ia benar dan perlu disiasat. Adakah PAS hanya suka mendengar berita-berita manis, berita yang mencerminkan PAS itu kuat?

Tidakkah terfikir tujuan sesuatu pihak melapurkan sesuatu yang negative adalah bertujuan mencari penyelesaian positif dan menilai kelemahan yang ada? ie, memperkasakan Parti?

Adakah orang-orang PAS akan memarahi doktor jika doktor itu melapurkan terdapat penyakit yang perlu diubat?

Beginikah mentaliti PAS?

Jika PAkatan rakyat menang diperingkat federal, adakah PAS akan jadi parti yang dominan, berbanding PKR dan DAP? Jika tidak, maka situasi PAS di Selangor akan berulang di peringkat federal juga.

Persoalannya sekarang, dimanakah silapnya?
Perlukah UMNO juga lagi dipersalahkan?
Jika UMNO dipersalahkan, bermakna PAS tidak berupaya memperbetulkan hala tuju PAS kerana faktor luaran yang diluar kawalan.

On the contrary, UMNO has never blamed outside parties for their weaknesses. UMNO has never labeled any fraksi PAS for any misdeed.

In UMNO, we have seen Pak Lah had been kicked out. Highly corrupted Anwar too.

If PAS is brave enough to bite, it will be either TGNA or Hadi. The trend seems to favour Hadi. TGNA is sticking his neck out too and it is not looking good for him.

Today's seminar really showed all the dirt swept under the carpet. Dr Aziz Bari said the right things. Maybe he has got nothing to loose in PAS. No position of interest in PAS. He is a safe party, a third party used to spill the beans. Yang ada dalam PAS semua tak berani cakap. Kalau cakap nanti kena belasah!
Jadi sebab tak ada telor, panggil lah si Aziz ni..

Baguslah... March 2008 honeymoon is over!!

And bear in mind, Najib has not wasted his time honeymooning. People are taking notice of him of doing a lot of work. ( almost opposite of sleepy Pak Lah ). If he calls early snap election, say in 2011, will Pakatan be ready? more calon tangkap muat?

And at this current economic situation, the only thing that people care by the end of the day is food on their plate. Is PAS ready for this?

Anonymous said...

Ditanya tentang kajian pensyarah Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah yang menyimpulkan bahawa 50 peratus masalah parti itu berpunca daripada kepemimpinan, Abdul Hadi berkata:

"Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatlan lagi (kemampuan parti). Itu saja,"
http://www.malaysiakini.com/news/116917

GOMO said...

Inilah hasil dari pengkianatan PAS dan PKR yang Beragama Islam dalam meraih Undi. Ianya seterusnya telah diikuti pula oleh anak anak Kafir ini. Apa lagi selepas ini??? http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-ini-lah-hasil-dari-pelacuran-pas.html

Anonymous said...

anunnn..... November 7, 2009 6:00 AM

bantuan utk anak negeri sendiri memang la semua negeri yg amalkan. kalaulah yg diperintah itu dari parti raja al-malik saud.. dan seterusnya barulah yg selayaknya.
memang la peraturan ini akupun keciwa.
tapi semua negeri sama saja. 2x5.

m'sia pun sama, takkanlah bila kerajaan nak umumkan apa2 sesuatu bantuan, dia buat pukul locong jer. alih2 anak bangla dpt bantuan dulu dari nko yg jadi org asli genuine kat m'sia sejak azali lagi.

contoh yg lain.... pemilikan tanah (beserta rumah diatasnya) di kelantan dah lama dilonggarkan utk org luar, especially kalu ko yg kawin ngan org kelatan dan duduk lama kelantan. ini sejak pas memerintah.
kacawuali pemilikan tanah shj yg masih ketat utk anak kelantan.
tak kan nak bagi senang2 cam tu jer kat org luar.
kena plak kalu nko kroni vincent tan/ananda/ytl..... nanti jadi cam lengkawi atau p tioman..... kena gadai dlm diam.

pasal majlis agama islam kelantan tu, ko pegila buat repot ke sprm.
tapi kalu maik mintak duit tu dgn resit skali, ....emmmm itu dah kira prosedur yg kena ikut la siul!! ini kira dasar kena saman paking tak nak bayar la.

Anonymous said...

Salam kepada semua blogger TB. Saya ingin menyanggah tulisan ANONYMOUS 7 NOV PKL 10:47, 10:53, 11.07 PM (kenapa TGNA tidak hadir sidang akhbar) yang mengatakan yang TGNA meninggalkan mesyuarat khas pada malam 28hb SELEPAS DISERGAH OLEH DATO' ABU BAKAR CHIK adalah satu pembohongan . Memang TGNA keluar separuh jalan kerana tidak sihat. Beliau tidak dibawa ke IJN tetapi pulang ke rumah Kelantan. TG presiden dan beberapa pimpinan mengiringi TGNA keluar untuk berehat sekejap sebelum pulang. Itulah sebabnya beliau tidak ada semasa PC. Mesyuarat khas berlangsung dengan penuh beradab dan sopan walaupun ada perbezaan pendapat.

Bukan amalan saya menulis di blog tetapi kerana tuduhan tersebut terlalu melampau dan berunsur fitnah kepada salah seorang pimpinan dan saya perlu menafikan perkara tersebut. Saya perlu membetulkannya fakta kerana mencegah kemungkaran adalah kewajipan.
Saya ingatkan para blogger jangan menyampai2kan perkara yang tidak betul. Ittaqullah...

Dr Siti Mariah Mahmud
AJK PAS Pusat

Tulang Besi said...

Terima kasih Dr Mariah Mahmud atas penjelasan Dr.

Saya bersyukur kerana kesemua tulisan saya setakat ini tidak mendapat terguran sebegini dari Dr Siti Mariah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.