Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 8, 2009

PAS Kekal Dalam Pakatan: Jaminan yang Sudah Tidak Dipercayai Orang

Itu adalah jaminan yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sebentar tadi. Beliau dilaporkan berkata:

“KUALA LUMPUR, Nov 7 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, untuk mengharungi gelombang politik domestik.
Berucap pada seminar politik parti itu, yang dilihat penting bagi memperjelaskan hala tujunya, Abdul Hadi berkata, PAS telah memperoleh banyak kelebihan menerusi gandingan PR berbanding hanya berjuang bersendirian sebelum ini.
Jelas beliau, PAS akan meletakkan masa depan parti itu bersama PR memandangkan realiti politik semasa memerlukan sokongan kedua-dua pengundi Islam dan bukan Islam”.


Kita telah dengar jaminan ini diulang-ulang. Malahan, bukan setakat jaminan, terdapat 2 keputusan Muktamar yang mengatakan demikian. Namun, ia masih tidak dapat menyaking RAAAAMAIIII dari kalangan penyokong dan pendokong PAS.
Lihat sahaja para blogger. Dahulunya, blogger2 ini adalah penyokong PAS number wahid. Tapi majoriti dari mereka telah konar dan menyerang sesetangah kepimpinan PAS Pusat. Perlu dipersoalkan mengapa ini berlaku.

Cakap Tak Serupa Bikin


Bukan hanya setakat ucapan Presiden, bahkan sudah ada dua keputusan Muktamar yang menyuruh PAS menguatkan PAkatan Rakyat. Tapi, itu hanya cakap mulut. Rakyat tidak melihat kepada percakapan kita. Rakyat melihat kepada tindakan kita. Rakyat sekarang ini bukan lagi jahil seperti dulu.

Apakah tindakan2 yang rakyat nampak yang membuatkan jaminan PAS ini tidak dipercayai lagi?.
a.Setelah menubuhkan kerajaan, PAS boleh berjumpa dengan UMNO dalam gelap
b.Setelah itu, berbohong kepada rakyat/pengundi berkenaan dengan perjumpaan
dalam gelap tersebut.
c.Tidak memberitahu rakan2 dalam Pakatan Rakyat apabila berjumpa dengan UMNO
d.Mengatakan tuduhan liwat Anwar Ibrahim adalah hal pribadi dan tidak
sepatutnya mengacau Pakatan Rakyat (kenyataan Presiden PAS ni)
e.Cikgu Pa dengan terang dan jelas tidak mahu Sept. 16 berlaku dan Presiden
PAS tidak langsung mengambil apa-apa tindakan ke atas nya. Malahan beliau
dilantik sebagai SU Agung lagi sedangkan beliau adalah pimpinan yang telah
“expired”.
f.PJ Selangor memecat Khalid dan Saaari kerana mereka dilihat menghalang
kempen fitnah Hasan Ali ke atas Pakatan Rakyat terutama kepada AJK PAS
Pusat.
g.Hasan Ali bertindak mensabotaj Pakatan Rakyat secara terbuka dalam isu
pengharaman arak, perlantikan Madam Low dan SELCAT.
h.Kepimpinan PAS Pusat TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN APA2 pun ke atas Hasan Ali
yang jelas khianat kepada Pakatan Rakyat.

Jadi, jaminlah 1000x pun, pengundi dan rakyat sudah tidak percaya lagi kepada jaminan2 kosong ini lagi, Persepsi rakyat kepada kepimpinan2 ini sudah terlampau negatif. Apa pun yang diperkatakan oleh kepimpinan PAS yang ada sekarang ini sudah tidak dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada kita.

Kalau PAS masih mahu menang pilihanraya umum yang akan datang, perlu PAS mengadakan pertukaran dan pembersihan kepimpinan yang ada.

Kalau tidak, marilah kita menyambut kedatangan 2004 sekali lagi.

Wallaualam

Tulang Besi

26 comments:

Anonymous said...

Camna nak percaya..cakap lain buat lain. Macam2 diam buat dek pun ada..
Gokgak, kluk-klak dan gohet-gostan!

Pembaca said...

PAS hari ini masih berada di Pakatan hanya kerana Nik Aziz.

Saya lihat dari berita, kelihatan Nik Aziz sudah uzur dan kurang sihat.

Entah apa yang akan berlaku jika Nik Aziz tidak larat lagi untuk memimpin PAS.

Adakah terdapat rancangan yang tersusun bagi memastikan PAS boleh kekal dalam Pakatan sekiranya Nik Aziz bersara nanti?

Begitu juga dengan Anwar. Jika Anwar sekali lagi dipenjara, adakah terdapat rancangan bagi pengantinya?

Pihak-pihak yang berkenaan perlu mempunyai rancangan sekarang. Jika tidak BN akan mengambil kesempatan ini.

Sekian dari penyokong PR

Anonymous said...

Muktamar ini hanya membuktikan satu perkara sahaja - Hadi Awang sememangnya tidak akan lepaskan jawatan presiden.

Jika dia betul seorang yg berpandukan cara zaman sahabat nabi dulu, dah lama dia meletak jawatan. Melainkan lah Hadi Awang ni seorang bebal yg tidak dapat membaca keadaan. Kalau dah berkali-kali Hassan Ali dan kumpulannya buat hal dan selepas jaminan presiden sendiri yg benda tu selesai, maknanya kepimpinan presiden tu sendiri yg lemah. Jika itu pun Hadi Awang tak boleh faham, memang lah dia bebal.

Mungkin Hadi Awang bukan tamak kuasa, mungkin sebenarnya dia bodoh dan bebal. Apa pun, kesannya akan dirasai bukan hanya kepada PAS tetapi seluruh rakyat Malaysia yg bencikan BN/UMNO.

- Putera Malaysia

ULAMAK PALSU said...

PUTAQ BELIT HAJI HADI DAH MACAM

> NAJIB TUN RAZAK PULAK..


PATUT LER KOME boleh TIDUR SEBANTAL..

DAH SATU KEPALA.... byk persamaan Hadi dan Najib ni


( YANG DITUGASKAN UNTUK merangka plan BERGABUNG DANGAN UMNO NI IALAH PAKAR STRATEGIS DAN BRAINWASH BTN...HASSAN ALI)

tak percaya .... tanya adun UMNO... hassan ali dok merancang siang malam ... nak jatuhkan SELANGOR

ADA HABUAN KER ?

Anonymous said...

PAS sedang menunggu masa untuk masuk BN

zakwan said...

We've heard the same thing all over again
Compared 2 the last few months, I'm a little more convinced of Uztaz Hadi's stand in staying wit Pakatan

Now in order 2 convince supporters especially non Malays more(in my view, PAS's fixed deposit), here's a list of steps that should be taken

-Sack Hassan Ali as Commisioner n exco member.The "PAS for All" slogan does not mix wit him
-Install a moderate face as Selangor commissioner so that non Malay support remains intact(Khalid Samad, Saari Sungip or Dr Dzul)
-Uztaz Hadi must keep Nassarudin n his Terengganu warlords 2 toe the party line
-Reprimand them if they make statements or hav those secret meetings wit UMNO which r detrimental 2 the coalition's stand
-Demand PAS Youth 2 stop conductin these "Wacana Ilmiah"wit UMNO Youth. Clearly KJ n Razali has better things 2 do than debate wit PAS.Hell, they even spread lies that PAS was the one who rejected the invitation 4 such a program in the 1st place

Oh,BTW, TB,based on the reports on yesterday's seminar,there were some delegates who accused Prof Aziz Bari of being an "UMNO agent" a saboteur on payroll by PAS enemies n 2 top it off,an "agen Barat" who wants 2 establish a two party system in Malaysia!
Clearly these so called delegates has UMNO mentality written all over them
I hope u'll meet these "delegates" n "tarbiyyah" them or something

Anonymous said...

tulang besi
my goodness, TALK IS CHEAP! hadi dah tak releven lagi, dah takde siapa percaya cakap hadi lagi???? orang boleh di tipu sekali aje, kali kedua dah kira susah dan mustahil. lagi pun bukan semua orang benggap bahalol macam hadi nih.

goodness, ketua yahudi pun tahu 'resignation' bila failed dan tak releven. lagi pun, jadi presiden PAS bukan loaded jugak, nak sedekah duit bagi mangsa banjir pun tak cukup.

nama baik patut di jaga, dari pada pangkat tak tinggi se mana.

Anonymous said...

nampaknya TB dah takut bayang2 sendiri.

kata kebebasan bersuara...tapi sekarang semua post yang hentam dia atau tak selari ngan dia di delete tak dikeluarkan.

memang confirm ada niat jahat nak bagi persepsi negatif terhadap PAS

Tinta Hitam said...

Yang tidak percaya pd pimpinan PAS ini termasuk lah saya.Ali hali biasa diberi fahaman bahawa itu dalah strategi bijak pimpinan PAS,tetapi apa yg saya lihat tindak tanduk PAS sering tidak selari dengan polisi PR.

Saya juga telah mula mempercayai kata kata jika TG Nik Aziz dah tiada kemungkinan besar PAS akan bergabubg dengan UMNO

Anonymous said...

alah TB...ko masuk UMNO lagi bagus dari jadi hero kat sini....kalau naka jawatan masuk UMNO tolong ahmad maslan...dapat jdk pangkat nanti....ko hentam PAS tok apa???ko tak dapat jawatan lah tu....dah 15 tahun aku jadi ahli PAS yang tegar,,,dah berapa kali aku pangkah PAS dlm PRU dan kalah,,aku tak merungut...baru kali ni je menang...bro...nak pejuang ISalam bukan senang bro...nak jdi bangsat senang je bro...

Anonymous said...

doa aku TGNA akan terus sihat utk menjadi tunjang dlm parti PAS. So far tk nampak lagi pelapis yg hebat seperti beliau. Yg meracau banyak ler..Aku rasa ramai org (termasuk bukan islam) yg boleh terima PAS sbb TGNA, tk dk maknanyer sbb Hadi Awang n d GENG. Aku akan berdoa agar dibuka hati Hadi Awang n d GENG supaya berundur secara terhormat demi kebaikan PAS for ALL...amin!

Anonymous said...

Org bagi nasihat depa kata ejen UMNO, bila dah kalah kata UMNO main kotor..berkulat tul otak2 geng Hadi nih..

Anonymous said...

kalau betul nk mengambil kira pendapat yg baik utk kejayaan PAS..buatlah..jgn duk buat statement jer pandai,tappi action nyer zero! Itu dh kira pemimpin tahap kronik pekak badak! Aku bukan mengutuk ulamak (ada yg bawak sentimen tu plak nanti!??) tapi kepimpinan yg dh mcm org mabuk todi siang2 hari..

Anonymous said...

Sabar yer TGNA...aku yakin ramai yg akan sentiasa dibelakang,depan,kiri n kanan TGNA...biarkan saja Luncai n labu-labunya...biarkan..tegur dh tegur, marah dah marah, apa lagi daya, berserah saja pada Allah swt

Smoking Gun said...

Many of us who've put our reservations aside and decided to trust PAS did so because of TGNA - he is a beacon of moderation and consistency.

The worrying thing is that it is Hadi and gang who recently were overwhelmingly reelected to leadership positions in PAS. Based on this, what are we to infer regarding the overall leanings of PAS members? Can the moderate face of PAS last beyond the life span of TGNA?

What are your thought TB?

Anonymous said...

ada 1 cara .last :

nik aziz henndaklah membenntuk 1 team yg setuju sama fikrah dgnnya utk membentuk saf kepimpinann yg baru & efektif.

fakta, persepsi , ikhlas.

nik aziz - presiden & mursyidul am
azizan/tn ibrahim/husam - timbalan

nizar - S/U /naib presiden
salahudin-
mahfudz -
mat sabu - ketua penerangan.

BERGABUNGLAH, demi kebaikan PAS.
sedangkan org sblh sana dgn fikrah yg lain kelihatan sudah ada team,

kita disini bersama nik aziz bila lg?

bertindak sebelum terlambat.

Anonymous said...

memangla org2 munafiq dan fasiq mcm Tulang Besi, Khalid Samad, Izham Hashim, Dr Zul, Hanifa Maidin dll tidak akan pecaya dgn jaminan presiden.

selagi hati busuk dgn phd (penyakit hasad dengki) dan prasangka jahat....selagi itulah cakap presiden tidak akan percayai.

dan yang lebih jahat bila TB dan blogger-blogger picisan dan samdol mcm TB dok buat fitnah dan dok ulang2 benda yang dh lama selesai....mrk lah perosak parti yg berusaha untuk memberi persepsi negatif masyarakat terhadap PAS.

Tulang Besi said...

November 8, 2009 1:17 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

memangla org2 munafiq dan fasiq mcm Tulang Besi, Khalid Samad, Izham Hashim, Dr Zul, Hanifa Maidin dll tidak akan pecaya dgn jaminan presiden.

selagi hati busuk dgn phd (penyakit hasad dengki) dan prasangka jahat....selagi itulah cakap presiden tidak akan percayai.
.

Jadi tindakan2 Hasan Ali tu takda peranan dalam membuang kepercayaan rakyat kepada PAS?

Smoking Gun said...

Sorry I meant thoughtS :)

Anonymous said...

When we non-muslims voted for PAS we actually kinda accepted reality Malaysia may become an Islamic state but truly respect all religions and races as brothers and sisters.We can accept this reality but Pas cannot accept our reality- to kick out those blood suckers in BN who are damaging the country.Pas did the unthinkable-betrayed us and went to talk with these blood suckers in the dark to stop Pakatan advancement.They still wanted to cooperate with these people until the respectful Tok Guru asked them to get out of Pas and only now a formal decision was declared after 2 years of last election.Still I read today there are some sentimental leaders,not ordinary members, who still sayang these blood suckers and dream of their marriage one day.I'm not going waste any more time with such nonsense.I guess many Pas supporters are tired of Pas by now.Only these few good men gain our respect/trust: Tok Guru,Nizar,Khalid S,Musam,Lo Lo,the rest are not sure of us and we are not sure of them too.Too late the damage (distrust) is done.

Tulang Besi said...

agreed. That's why we are fighting tooth and nail to ensure that the trust that non muslims put upon PAS is not betrayed.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia...

Memang betul. Sudah nak muntah dengar perkataan Pas akan terus kekal dengan PR. Tetapi segala aktivit dan sikap sesetengah pemimpin Pas menampakkan untuk memusnahkan PR amnya dan Pas sendiri khasnya. Siapa yang membocorkan isu " taklid " YB Pas ni. Kenapa benda sebegini. senjata rahsia parti boleh dibocorkan. Inilah yang dikatakan nak menjahnamkan Pas. Apa matalamat pembocor rahsia ni. Mereka ni perlu ditahan dibawah OSA Pas. Sebagai pengetahuan pengikut setia Pas, pengundi atas pagar merupakan pengundi terbesar dan boleh menentukan kemenangan satu-satu parti. Oleh itu mana-mana parti perlu mengetahui apa kehendak pengundi-pengundi ini. Jawapan dari saya mereka tidak hendak jadi pemimpin juga tidak ada cita-cita untuk dapat projek, mereka hanya mahu " KESELESAAN HIDUP DI BUMI MALAYSIA INI " dalam setiap perkara.

Anonymous said...

Anon 1.17pm,
Ana nak counter cadangan anta.Ana syorkan:

Presiden: Mustafa Ali
Tim.Pres. Nasaruddin Mat Isa
Naib Prs. Bakar Chik
Hassan Ali
Roslan SMS
S/U Agong: Kamaruzaman
(sekarang S/U
Pemuda)
Ketua Ulamak:Harun Taib
Ketua Pemuda: Tantawi

Kalau team ini - esok PAS akan bergabung dengan UMNO.Hadi Awang boleh jadi Duta Malaysia diSaudi Arabia.

Anonymous said...

Ana nak counter cadangan anta.Ana syorkan:

Presiden: Mustafa Ali
Tim.Pres. Nasaruddin Mat Isa
Naib Prs. Bakar Chik
Hassan Ali
Roslan SMS
S/U Agong: Kamaruzaman
(sekarang S/U
Pemuda)
Ketua Ulamak:Harun Taib
Ketua Pemuda: Tantawi

Kalau team ini - esok PAS akan MENANG BERGANDA.

ALLAH HU AKHBAR!!!!
TAKBIR

nasik kandaq said...

aku dah tak percaya lagi kat puak-puak yang nak bersenandung dengan UG tu......stopa ali,nasha,hasan ali....hadi pun sama juga......betoi juga kata 'pembaca' kalau TGNA dah tak larat puak-puak ni bukan main seronok lagi.......semoga kesihatan TGNA bertambah baik........Sack Hassan Ali as Commisioner n exco member.The "PAS for All" slogan does not mix wit him(maaf copy sat dari brother zakwan) inilah HA orang yang cukup bebal menjadikan PAS sebagai stepping stone untuk dia bersenandung dengan UG tu....kalau presiden lemah maka longlailah PAS........kalau lah Ustaz Fadil Nor masih ada aku rasa tak laa jadi macam ni........

perompak harta rakyat said...

post ni aku cilok dari aduka taruna

NTV7 hari ini membuat 2 kali poll berkenaan SIAPAKAH YANG PALING LAYAK TERAJUI PAKATAN RAKYAT.

Polls pada berita jam 7 petang tadi dan 8malam. Berita jam 7 dalam bahasa Melayu, kebanyakan orang melayu. Jam 8 dalam bahasa Inggeris terdiri dari semua kaum kecuali gua.

Tajuk polls.


SIAPAKAH YANG PALING LAYAK TERAJUI PAKATAN RAKYAT.


Berita jam 7 (Bahasa Melayu)

1. TGNA 50%
2. Anwar 30%
3. Lim Kit Siang 9%
4. Hadi Awang 9%

Berita jam 8 (Bahasa Inggeris)

1. TGNA 44%
2. Anwar 33%
3. Lim Kit Siang - lupa
4. Hadi Awang - lupa

Sumber : Panzer UO.


Gua tetap tidak terjejas - Hadi.


kalau dah tahap macam ni pun hadi tak nak berundur, bagi aku maruah dia dah serendah tapak selipar yang dia pakai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.