Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 12, 2009

PAS Mungkin Hilang Kelantan dan Kedah - Dr Shamsul Amri Baharuddin

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

Pas mungkin kehilangan Kelantan dan Kedah PRU Ke-13?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.

Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.

Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.

"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya

17 comments:

Yong said...

Toksah percaya. Ini hanya percepsi. Mereka yang beri pandangan negatif pada PAS adalah barua UMNO. Tak ape. PAS masih kuat. Teruskan tidur dan bermimpi.

Anonymous said...

itu semua salah Hasan Ali tu dgan geng Tganu..

tokmod said...

pas tk mking keputrajaya...
mking keputrajaya seandainya...
1..NAWAITU YG JLAS..
2..ISLAM YG JLAS..
3..KEPERBADIAN ISLAM YG JLAS..
4..KETOKOHAN ISLAM YG JLAS..
5..AMARMAKRUF/NAHEMUNKAR YG JLAS..
6..SELATURRAHIM YG JLAS..
7..KELUHORAN JEMAAH YG JLAS..
8..KEUTAMAAN ISLAM YG JLAS..
9..ISLAM UNT ISLAM YG JLAS..
insafallah akan keputrajaya..(gua bkn pyokong pas)

azmie said...

bukan ke utusan ni boleh di baca, tak boleh percaya?

HensemBoy said...

Salam..Bagi aku seandainya jadi mcm tu,kelate takkan dapat
BN tawan..Cuba imbas kembali..Gelora politik mcm mana sekalipon,ada kelate dapat di tawan BN?hanya PRU sebelum nie yg mana kelate hampir2 kehilangan n perbezaan satu kerusi..PRU yg itu hanya rakyat kelate saje yg tau..ini bukan nak cakap berlagak..tapi alhamdulillah setakat nie rakyat masih mahukan TGNA mengemudi kelate..ape yg aku boleh cakap,seandainya kelate dapat di tawan BN kelak,aku berani cakap PAS akan hilang taring di Malaysia..ini kerana selama nie kelate adalah contoh dan wakil pemerintahan pas di Malaysia..so nasihat aku..buat la perubahan drastik secepat yg mungkin..Tukar pemimpin yg bermasalah dan gantikan dgn pemimpin yg betol2 berkarisma..Wassalam

Anonymous said...

Tak payah buat survey pun boleh tau dah. Bila dah menang sikit dah naik tocang. Perasan. Tak kaji punca kemenangan. Ingatkan orang suka kat kita. Sebenarnya orang benci kat BN. Jadi kalau bubuh tongkol kayu pun orang pilih tongkol kayu. Sekarang benci kat Pas pula (Presiden Pas punya karenah). Masalahnyanya nak undi sapa? Kalau ada calon DAP nak undi calon DAP. Tapi Pas kena keluar PR la dulu. Baru boleh letak calon DAP ka atau PKR ka. Buat semak ja ada dalam PR pun. Nak join UMNO pi la join. Boleh sapu duit rakyat macam depa. Pas tu boleh tambah bini lagi.

Anonymous said...

I agree with Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff, PAS or even PKR cannot stand on its own if it wants to capture Putrajaya. Like it or not, these guys gotta work with each other. PAS has most to gain when it works with DAP. Look at Nizar Jamaluddin, he was nobody b4 being elected Perak MB. Look at how much support he garnered from the whole comunity after he became MB. When the person works for the rakyat, the rakyat will worship him/her. So PAS members must be very clear on what they want, take the leadership and serve the whole community or just become leaders of the Malays/Muslims. And the latter means that they only fight in UMNO territory. If they want to capture Putrajaya, they better stop being so emotional and play into UMNO's trap that PAS is second fiddle to DAP or PKR. It's nonsense. PAS has an equally loud voice in PR. Again look at Perak, under PR, PAS has an equal footing even though it has the smallest number of seats. Use your brains guys, not your ego!!!

Anonymous said...

Yang penting ialah persepsi rakyat pada ketika dan masa PRU hendak dijalankan.

Masa PRU 12, Pak Lah betul-betul seorang yang lurus bendul dan dia tak kira persepsi negatif rakyat ketika itu terhadap BN (isu kroni dan korupsi).

Sekarang ini, persepsi negatif ada pada PAS. Kalau PRU diadakan sekarang, habislah Kelantan dan Kedah. Gerenti itu tak lah tapi pertarungan sengit dah pasti.

Anonymous said...

Saya dahulu minta Saudara Tulang Besi dapat second opinion ahli akademik dalam bidang berkaitan kenyataan Prof. Aziz dan Prof.Abu Hassan, supaya kami yang berpengetahuian rendah dapat memebza siapa yang berada pada pihak yang benar.

Maka saya setujulah sekarang kenyataan Prof. Aziz Bari kerana mendapat sokongan beberapa ahli akademik bidang sains politik sungguhpun ahli akademik ini pro-UMNO tetapi mereka memberi pandangan secara akademik.

Utk Prof. Abu Hasan ,tolong dapatkan pandangan ahli akademik bidang statistik untuk sokongan.

Anonymous said...

Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah tidak mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebab Pas cuma masaalah di Selangor.Abdul Hadi selaku Presiden mampu mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika menggantikan PJ Pas Selangor,Hassan Ali dengan Dr Rani Othman.Situasi Pas di Selangor serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi.

Gedong Lalang said...

Pas tidak mungkin hilang Kelantan dan Kedah dalam pru 13 nanti. Ini berdasarkan beberapa isu seperti royalti minyak seperti yang dituntut oleh kerajaan negeri kelantan yang gagalkan dilunaskan oleh kerajaan pusat.

Walau bagaimanapun Presiden Pas perlu bertindak tegas terhadap pemimpin2 yang maseh berjuang untuk menghidupkan kembali rundingan kerajaan perpaduan bersama Umno. Singkirkan mereka jika perlu kerana orang2 sedemikian akan menjadi duri dalam daging pada Pas.

Tingkatkan persefahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan resmi tidak lama lagi akan lebih memantapkan lagi Pas, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Apa yang berlaku dalam PAS sekarang memang merunsingkan - tak payah nak dengar cakap mana-mana Prof.Pandangan-pandangan dan komen-komen Prof.itu sekadar menguatkan lagi "kerunsingan"ahli-ahli mengenai keadaan PAS.Ada pihak yang kata Prof-Prof ni "agen UMNO" dan sebagainya,gulungan ini bercakap tanpa berfikir dan terlalu "wala" sehingga tak nampak (buta) apa yang sedang berlaku dalam PAS.
Benar,Presiden PAS tak punya masa panjang untuk "memperbaiki" keadaan yang merunsingkan ini dalam PAS. Selagi Hadi Awang tidak keluar dari "kepompong"Geng Trengganu ni,selagi itulah isu demi isu,masaalah demi masaalah,tuduh demi tuduh dan bongkar demi bongkar - akan berterusan sehingga PAS tidak punya masa untuk memikirkan soal PRU ke13.Presiden Hadi Awang wajar mendapatkan "team baru" dan team ini hendaklah dirundingkan dengan teliti dan dengan fikiran terbuka dengan AJK PAS Pusat(tanpa dihadiri oleh Geng Trengganu walau seorang pun).Sama-sama kita lihat hasilnya.Hadi Awang tiada pilihan lain.

Anonymous said...

kesian presiden pas,,,
padahal Hj Hadi dari dulu dan selamanya memperjuangkan islam, hafal quran, hafal hadis, amalkan sunnah nabi,
orang yang banyak komen ni ada ke ciri2 semua tu?

PutraMerang said...

Suara pengundi2 melayu diatas pagar seperti aku kebanyakannya telah hilang kepercayaan dengan kebolehan Tok Guru Haji Hadi untuk memimpin dan memacu PAS ke Putrajaya. Dengarlah suara2 kami, sebab kami lah pengundi. Kami tidak ada political mileage in any way. Kami sayang Tok Guru Haji Hadi, tapi kami lebih mahukan kemenangan Islam. Itu dua benda yang berbeza. Nizar is an ideal person to be considered. Tok Guru Haji Hadi boleh ambil tempat Tok Guru Nik Aziz sebagai Murshidul Am, kalau dia mahu jawatan juga. Pasti Tok Guru Nik Aziz tidak keberatan, kerana perjuangan beliau adalah kerana allah taala.

Anonymous said...

pimpin la selagi blh pimpin..nk tipu rakyat ke..nk kabur mata rakyat pun x pe. asalkn kuasa ada ditangan. ingat org islam lain x leh pimpin ke selain yg ada ni. Kita tgk la nanti. sape lanyak sape..pg hj pun kontrktor sponsor...huh! ..paku dulang paku serpih. kena timpa 'balak' eh bala sok....salam

Anonymous said...

laaa... dr shamsul tu ingat dia pandai sangat ke ..... jgn dok caya lah

Anonymous said...

Orang di Malaysia nii, mudah sangat nak percaya dengan ramalan-ramalan dan teori-teori akademik dari Prof-prof kangkong yang sememangnya tidak mudah utk berterus terang dalam memberikan buah fikiran mereka. Rata-rata jika dinilai pendapat prof-prof ini semuanya ada berbau menyokong BN dan memihak atau BN-biased. Mereka lebih senang memuji BN utk survival mereka & menjaga nama institusi mereka. Apapun bila media massa telah melaporkan, maka ia boleh mempengaruhi golongan pengundi yg tidak dapat menilai, samada teori-teori akademik ini boleh dipercayai atau tidak. Lebih-lebih lagi golongan muda atau pengundi atas pagar yang mengundi berdasarkan persepsi dan senario politik semasa.

Jadi kepimpinan PAS perlulah insaf, mereka bukan sahaja perlu memancing undi pengundi BN dan penyokong parti mereka sahaja, tetapi yang jauh lebih penting ialah memancing undi dari golongan pengundi yang tidak berparti dan pengundi atas pagar apabila PRU 13 semakin hampir.

Salah satu kesilapan ketara ahli PAS dlm muktamar lalu ialah tidak memilih YB Husam / Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden, dimana ia seterusnya tidak membawa 'senergy' kpd kepimpinan PAS & PR. Timbalan dan Presiden PAS sendiri sejak akhir-akhir ini kelihatan lesu dlm memaju parti dan apatah lagi PR - Ini secara tak langsung telah memberi keuntungan dan bonus besar kpd BN, walaupun ada pergolokan dlm MCA, namun ia tidak juga memberikan advantage kpd PR.

Jadi PAS disyor menilai kepimpinan layu dari mereka yg telah dipilih ini, dan adakah wajar mereka diberikan peluang lagi selepas ini dimana situasi ini amat merugikan PAS dan PR amnya.

Walaupun PAS bekerjasama dgn DAP, namunnya tidak ade bukti jelas hingga kini kerjasama ini telah merugikan Islam, sebaliknya mengharumkan kerana ia ibarat kejayaan Rasullulah SAW berjaya bekerjasama dgn musuh-musuhnya melalui perjanjian Hudaibiah. Hanya UMNO sahaja akan terus bimbang jika kerjasama PAS-DAP-PKR ini akan berterusan dlm PRU 13 nanti. Itulah sebabnya mereka melakukan pelbagai daya usaha meruntuhkan kerjasama 3 parti ini, kerana itulah antara "kejayaan" yang mereka mimpikan sebelum PRU13. Percaya lah jika hari ini PR dapat diruntuhkan, maka hari esok BN akan mengistiharkan parlimen dibubarkan dan mereka akan menang besar di atas kesilapan PR tadi.

Teropong Jauh, UK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.