Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 23, 2009

Pendedahan Beberapa Kelentong Hasan Ali

Hasan Ali telah berjumpa dengan pimpinan akar umbi PAS Selangor selepas sahaja Mesyuarat AJK Khas baru-baru ini. Antara yang diberitahu kepada pimpinan2 akar umbi PAS adalah kononnya, beliau memperjuangkan Melayu dan Islam dalam Exco Selangor.
Dari laporan ZainulFaqar saya nukil ():

““Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.”


Saya tak tahu lah Hasan Ali ni takut pada Allah SWT atau tidak. Kalau beliau seorang yang takut dengan Allah SWT sudah tentu beliau tidak akan berani berbohong sebegini dahsyat.

Pertama sekali, International Zone ini adalah projek yang dibangunkan oleh I-Berhad yang menjadi sebahagian dari projek I-City. I-Berhad adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Permodalan Nasional Berhad (http://74.125.153.132/search?q=cache:g-nPmAZ6hwJ:www.estate123.com/news/news_110209_1.aspx+i-Berhad+and+PNB&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my).

Semua orang dalam Malaysia tahu bahawa PNB adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh 8 juta orang Melayu di Malaysia kerana orang Melayu melabur dalam PNB.

Keduanya, projek International Zone adalah projek yang dijalankan oleh I-Berhad. Ia bukan dari cadangan atau idea exco DAP mahupun Elizabeth Wong. Ia 100% datang dari I-Berhad.

Hasan Ali kata International Zone ini akan menjadi pusat hiburan yang akan merosakkan akhlak dan moral rakyat Selangor. Hasan Ali kata dia yang memperjuangkan supaya perkara ini tidak berlaku.

Hakikatnya, I-Berhad telah pergi berjumpa Tuanku Sultan Selangor sendiri dan mendapat pelepasan (exception)kerana I-City adalah projek di Shah Alam. Dan Tuanku Sultan Selangor memberikan kebenaran untuk bentuk-bentuk hiburan yang bersifat kekeluargaan dibenarkan di International Zone ini.

Tujuannya supaya I-City dapat menarik “expatriate” dari luar negara untuk bekerja di International Zone tersebut. Dan Sultan Selangor memberikan pelepasan tersebut kerana ianya dapat membuat para "expat" ini untuk bekerja di Shah Alam.

Saya hairan kenapa HAsan Ali menyalahkan DAP dan Kerajaan Negeri Selangor sedangkan pelepasan untuk mengadakan tempat hiburan di Shah Alam mesti datang dari Istana dan bukannya dari Kerajaan Negeri? Kalau kerajaan Negeri cadang macamanapun, ia tidak akan ada apa-apa kesan kerana larangan itu datang dari Istana.

Kawasan International Tourism Zone di Mutiara Damansara


Hasan Ali jiuga mendakwa akan diadakan pusat hiburan di Mutiara Damansara yang bersifat 24 jam. Dia kata kalau dia lepaskan brek dari rumah dia, 5 minit dah sampai ke Mutiara Damansara ( tempat yang ada Tesco, IKEA dsbnya, walaupun antara rumah dia dengan kawasan tu ada SPRINT Highway). Nama Elizabeth Wong juga dikaitkan dengan tuduhan ini.

Hakikatnya adalah Elizabeth Wong mendapat memorandum dari pengusaha-pengusaha kedai makanan di kawasan itu supaya dibenarkan beroperasi 24 jam. Itu sahaja.
Ia bukan cadangan kerajaan negeri, DAP ataupun PKR. Tapi, Hasan Ali bercerita yang kononnya ia adalah cadangan dari DAP dan beliaulah yang memperjuangkan hak Islam dan Melayu dalam isu ini. Beliau sampai kata beliau tidak akan izinkan perkara2 yang merosakkan akhlak berlaku hampir dengan rumah beliau.

"Plug and Play" di I-City Shah Alam

Program ini juga antara contoh yang diberikan oleh Hasan Ali sebagai contoh betapa beliau memperjuangkan hak Melayu dan hak Bumiputra dalam exco.
Padahal, projek “plug-and-play” ini adalah pelaburan dari sebuah syarikat di Lembah Silicon di Califronia ke Selangor. Apa kena mengena dengan hak Melayu dan hak Bumiputra.

Projek ini bukannya projek kerajaan negeri pun, Ianya adalah pelaburan asing ke Selangor?

Kenapa Hasan Ali kelentong begitu teruk sekali?

Furniture City di Kajang

Projek ini pun Hasan Ali nak jaidkan isu. Dia kata projek ini tiada komponen Bumiputra dan Melayu di dalamnya. Dia juga kata projek ini adalah hasil dari buah fikiran 10 orang pengusaha2 Cina di Selangor.

Apa yang dia tak bagitau adalah pengusaha2 Cina yang mencadangkan “furniture City” ini adalah juga TUAN2 TANAH kepada tapak projek berkenaan. Mereka mahu membangunkan tanah yang mereka miliki. Apa masaalahnya?
Kerajaan Negeri tak bagi satu inci tanah pun pada projek ini.

Tapi Hasan Ali berkokok macam projek ni bukti jelas betapa Kerajaan Negeri Selangor menjual hak orang Melayu dan Islam di Selangor.

Hasan Ali Diberi Tugas Mencari Pelabur Islam


MB telah memberi tugas kepada Hasan Ali untuk mencari pelabur-pelabur Islam di Selangor. Mari kita lihat samada Hasan Ali akan melakukannya dengan jaya atau beliau lebih suka membuang masa menyebar fitnah dan auta beliau

Tulang Besi



http://74.125.153.132/search?q=cache:g--nPmAZ6hwJ:www.estate123.com/news/news_110209_1.aspx+i-Berhad+and+PNB&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my

I-Berhad's new management a mix of youth and experience
11 Feb 2009, Mustapha Kamil

________________________________________
I-Berhad,(4251) developer of the i-City project in Shah Alam yesterday announced several management changes, with founder Datuk Lim Kim Hong making way for a top management team comprising a mixture of youth and experience.
Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, president and group chief executive of state-owned investment fund Permodalan Nasional Bhd (PNB) has been appointed as chairman of I-Berhad.

Lim's eldest son, Lim Boon Siong is chief executive officer (CEO) replacing Datin Tey Siew Thuan who has been appointed as executive director.
The elder Lim meanwhile has taken the role of deputy executive chairman.
He said Hamad Kama Piah's appointment was the start of a new era for the group as his vast corporate expertise will further spur I-Berhad's expansion plans.
"I believe that with his involvement and a strong foundation in place, I can stand back and play the role of an investor with confidence that the group will be able to meet future challenges," he said in a statement.
Boon Siong has an honours degree in Business Administration from the Ivey Business School, University of West Ontario, Canada. He joined I-Berhad as deputy CEO in 2008 and is a chartered marketer with over 10 years of corporate finance and business development experience.

While he manages the day-to-day operations, an exco comprising pioneering directors will focus on the strategic and corporate governance issues.
"Our succession plan has the balance of youthful energy and the wisdom and experience of the pioneering team. At the same time, we have also forged strategic alliances with leading global companies," Lim said.
Over the past two years, I-Berhad has managed to gain support from the various authorities for its mammoth i-City project.

The project, which is already a MSC Malaysia Cybercentre is also playing a central role in making Shah Alam an International Islamic Financial Centre.
It was recently conferred the International Park status by the Selangor state government, thus making it the only location in Shah Alam to have cinemas to support its cosmopolitan lifestyle environment.
i-City is a RM2 billion ICT-based premier integrated commercial development spanning a 72-acre site.

It has seen strong investor interest and is the only MSC Malaysia Cybercentre endorsed as a tourism destination.
Among its strategic alliances are with ServCorp of Australia and the Al-Rajhi Banking Group from Saudi Arabia.

Meanwhile, the group announced increased pre-tax profit and turnover for the year ended Dec 31, 2008.
Its turnover grew significantly to RM95.77 million from RM4.07 million a year ago. Its pre-tax profit was also higher at RM16.15 million compared to RM1.90 million in 2007, and earnings per share rose 13.07 sen to 14.40 sen per share.
At the same time, its total assets grew sharply by 38.4 per cent to RM232.22 million as at 31 December 2008. The I-Berhad board have recommended a final gross dividend of 5 per cent.

The company said several factors such as reinventing itself into a property and technology player and the successful completion and sale of i-City's first phase of Cybercentre Office Suites contributed to its improved financial performance.
It said 2009 promises to be an exciting year. There are plans to establish a designated bio-technology and research & development zones in i-City.
Other I-Berhad's development plans are a regional shopping mall with cineplex and also a luxurious residential development in the vicinity of KLCC.

28 comments:

Anonymous said...

kahkahkah..woi haramjadah bahlol dunggu Hasan Ali..IT City bersamaan ddn minum arak dan judi kah?...lu punya otak dlm bontot kah?Kalu IT city,Hi Tech parks bersamaan dgn tempat maksiat,maka HARAMKANLAH MSC/MDEC!!!Hasan Ali's stupidty is limitless..man,pelung pekerjaan,peluang utk meningkatkan K-economy,pelung utk menarik pelabur,bikin R&D dan starp up bizniz,semua ni akan "poof' sebab kebodohan yg tak terbatas barua UMNo hasan ali serta geng2 dia....siapa akan rugi?rakyatklah,terutama sekali melayu!!

perompak harta rakyat said...

makin menjadi-jadi pulak si hasan ali ni

Anonymous said...

Dia ketua, dia ada pendapat dia, adab kita sbg pengikut telan je la dia nak kata apa..tak yah hipokrit, manusia yg kerja kat Celcom, Petronas, Digi pun dok kutuk ketua depa tapi kalu ketua suruh wat kerja depa wat aje..
Kalau tak setuju pi la ckap dkat Hasan Ali yang mmbebel kat sini watpe...oh ye sbb nanti web ni fopular!!! Ha ha ha

Anonymous said...

Caya la...tulang besi ke tulang babi ke tulang kokang..heeee..
wa caya sama lo!
Kasi habes trus itu Hassan Ali..hantam cukup2..selagi Hassan Ali, Parti Pas lom berkubor lo jgn berhenti..hantam trus...wa caya sama lo!

Pejuang Islam kunun..heeee
Jojo

nasr said...

Mana kilang2 haram cina . Dulu bukan main berasap dok kondem toyo tak basmi kilang2 haram cina yang ada beratus2 siap wak keluar makanan utk orang islam lagi .

Skrang pasai apa senyap TB oii . Semua dah dihalalkan ka . APa kena dengan ronnie liu tu ..tak amik tindakan apa2 pun . Memang la pasai semua geng cina . Takdak orang nak kisah . Jangan sebut melayu saja la nie nanti ada orang mengkelan kata nak masuk UMNO . haha orang pas sendiri dah jadikan UMNO itu untuk melayu dan melayu itu UMNO . Kalau sebut melayu islam ja mensti nak katu UG

Singkat otak ... biar kalah lagi baguih dari memerintah ...

Anonymous said...

Aku nak tanya ko,ada ko tanya pd Hasan Ali sendiri? ckp belakang2 bleh la bro..
Alaahh..benda simple mcm ni TB nak politikkan.Padan la Hasan Ali EXCO ditugaskan utk jaga islam..Kamu tak tahu apa2 misi pemimpin utk mendaulatkan ISLAM.tugas ko cuma menghancurkan pakatan.

ko dedah ni bukan hasan saja yg rugi.PKR,DAP terpalit sama..rakyat baca dan jemu dgn kerenah mcm ko ni,akhirnya tolak semua sekali PR.kah kah kah.

Isu2 mcm ni,,stupid la nk bincangkan,jgn nak sensasikanlah. perbezaan pendapat ttg pentadbiran ni semua adalah.Ko jgn pecaya sgt DAP tu, lebih baik ko caya pd melayu ISLAM dr ko serah bulat2 pd bukan islam.hati hati la..

konon nak jaga islam, bersedialah ko disaman krn menaburkan fitnah pada suwardi kah kah kah..hujsh dlm blog bolrh ls bro,kst mshksmsh nnt jwb la hbs2..

Woii,,isu kelantan bergegar! bos ko Husam serabut nak letak jwtan ko tak tahu cerita ke.cerita kot2 dia nak gulingkan nik aziz ke?ko kan perisik..

P/s: gerakan Islam tak perlukan org mcm ko nak bersihkan PAS.percayalah gerakan ISLAM akn dipelihara oleh Allah dari anasir2 jhat.

-Besi Tembaga

Anonymous said...

THIS HASSAN ARE THE MOST STUPID FULL FROM PAS. JUST KICK HIM OUT. HE IS TRYING TO JOINT TOYOL TO SELL ALL THE SELANGOR LAND AND TO BUILT A HASSAN/TOYOL RUMAH HARAM.

Anonymous said...

jelas kerja-kerja trojan mole dalang untuk memecah-belah Pakatan. Nasib baik Hadi tu lembik rD hassan boleh berak lagi..gasak lah engkau.

Anonymous said...

semalam perjumpaan ketua kampung dan s/u jkkk di lembah pangsun..apa cite?

Anonymous said...

anon 11.58 said Dia ketua, dia ada pendapat dia, adab kita sbg pengikut telan je la dia nak kata apa..tak yah hipokrit, manusia yg kerja kat Celcom, Petronas, Digi pun dok kutuk ketua depa tapi kalu ketua suruh wat kerja depa wat aje..
Maaf saudara, Ini adab orang melayu zaman cerita dongeng Hang Too Ah di Melaka. Dan setengah abad merdeka masih ada melayu taksub dengan "Sindrom bisu"
.. tujuan blogging seharusnya untuk berhujah dengan kaedah kritis minda. Kalau tak setuju dengan apa yang di tulis dan anda ada maklumat sebenar share lah dengan kami. Dan kalau kurang yakin atau tak mampu mempunyai bahan dan maklumat yang reliable mungkin anda boleh minta penulis memberi keterangan lanjut. Fahamkan perkataan REFORMASI

Grand Marquis said...

Saya bukanlah nak bela Hassan Ali, tapi kalau dibandingkan TB dengan HA, siapakah yang lebih mengetahui hal-hal dalaman Selangor? Bagi TB, mungkin anda hanya tahu benda-benda yang zahir aje sedangkan HA adalah exco yang terlibat dalam perancangan.

Apapun, kalau kita nak argue pasal persepsi, sampai bila pun tak habis.

Cuma persoalan saya ialah TB dah pergi jumpa HA dan bertanya/tegur dia ke belum?

Mari kita lihat hadith ini:

"Barangsiapa yang hendak menasihati pemerintah dengan sesuatu perkara.
Janganlah ia menampakkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia
mengambil/memegang tangan pemerintah dengan empat mata. Jika ia
menerima, maka itulah (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka
sesungguhnya dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia
(pemerintah) dan pahala baginya (orang yang memberi nasihat)".

[Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Al-Haitsami
dalam Al-Majma' Ibnu Abi Asim dalam As-Sunnah, Abu Nuaim dalam
Ma'rifatus Sahabah. Riwayat ini banyak yang mendukungnya sehingga
hadits ini kedudukannya sahih, bukan hasan, apalagi dhaif sebagaimana
sebahagian ulamak mengatakannya dan Syaikh Al-Bani mensahihkannya
dalam Zilalul Jannah fi Takhrij Sunnah.]

Jadi nampaknya TB sekali lagi tidak mengikuti hadith Rasulullah dalam tindak tanduknya.

Bagaimana nak suruh orang lain beramal dengan Quran dan Hadith sedangkan tindak tanduk diri sendiri tidak mengikutinya.

Anonymous said...

Isu kelantan makin menarik

1. Nik aziz diminta perjelas pelan peralihan kuasa oleh Exco kerajaan negeri (source : Malaysian Insider)

2. CEO PMBK letak jawatan (Malaysiakini)

------------------

Mari kita lihat siapa yang kena..Hassan Ali kah?

Nonpartisan73

Tinta Hitam said...

Saya rasa Hassan Ali terlalu bergantung kepada maklumat yg diberi tanpa double checking.Persoalannya adakah ada diantara org org kanannya merupakan "UMNO mole" memberikan feedback yg silap kepada beliau???

Abd Razak said...

Anonymous said...

Aku nak tanya ko,ada ko tanya pd Hasan Ali sendiri? ckp belakang2 bleh la bro..
Alaahh..benda simple mcm ni TB nak politikkan.Padan la Hasan Ali EXCO ditugaskan utk jaga islam..Kamu tak tahu apa2 misi pemimpin utk mendaulatkan ISLAM.tugas ko cuma menghancurkan pakatan.

ko dedah ni bukan hasan saja yg rugi.PKR,DAP terpalit sama..rakyat baca dan jemu dgn kerenah mcm ko ni,akhirnya tolak semua sekali PR.kah kah kah.

Isu2 mcm ni,,stupid la nk bincangkan,jgn nak sensasikanlah. perbezaan pendapat ttg pentadbiran ni semua adalah.Ko jgn pecaya sgt DAP tu, lebih baik ko caya pd melayu ISLAM dr ko serah bulat2 pd bukan islam.hati hati la..

konon nak jaga islam, bersedialah ko disaman krn menaburkan fitnah pada suwardi kah kah kah..hujsh dlm blog bolrh ls bro,kst mshksmsh nnt jwb la hbs2..

Woii,,isu kelantan bergegar! bos ko Husam serabut nak letak jwtan ko tak tahu cerita ke.cerita kot2 dia nak gulingkan nik aziz ke?ko kan perisik..

P/s: gerakan Islam tak perlukan org mcm ko nak bersihkan PAS.percayalah gerakan ISLAM akn dipelihara oleh Allah dari anasir2 jhat.

-Besi Tembaga

Yg ko bangang sgt ni kenapa besi tembaga...aku dh dgr dlm rakaman si hassan ali ngan blogger2 umno tu(x ke bangang namanya jemput blogger umno utk dedah rahsia PAS)...ko tunggu je le pendedahan seterusnya....oh ya...psl Husam tu....ko xdgr ke TGNA punya PC smlm?nampaknya setelah xberjaya korang nk pujuk TGNA utk kerjasama ngan umno pastu nk wat fitnah psl Husam lak...dun't worry bro...gua yakin Husam xkan jd apa2...nampaknya perancangan puak2 ko utk kenekan Husam xmenjadi...mesti korang kecewa kn...hahahaha....

Anonymous said...

Dato' Hassan Ali,

Jika dato baca apa yang ditulis oleh si tulang karat ini, kami rakyat selangor mencabar dato untuk menyaman si dia ini. Dah melampau dan dato tak boleh duduk diam. Diam seperti dato ini bukan apa yang dipanggil 'elegence silent', ini diam dayus namanya.

Anonymous said...

Tulang Besi
Hassan Ali sebaiknya berundur dari politik Selangor dan menumpukan kekuatannya pada bidang motivasi memajukan penduduk penduduk setempat, dari kawasan miskin menjadi maju seperti bukit bandaraya atau pun bandar sri damansara.

Kalau beliau gagal menukar Kampung Keramat ke tahap Desa Park City, adalah lebih menfaat jika beliau memotivasi penduduk Timur Timur di Timur Leste yang agak kebelakangan temadunnya.

Masa kan si Benggap dapat Menipu si Bahalol jika tidak kedua-duanya bersaudara.

Anonymous said...

kepada TB,

Tolong bagitau aku brp ekor blogger UMNO dtang hari tu?ko jgn tangkap muat je kata blogger-blogger UMNO?setahu aku sorang je yg datang..bagitau nama sekali dan address blog dia,,aku nak siasat.aku pun nak jd perisik jgk mcm TB

Anonymous said...

Abd razak..

apa yg ko faham dlm rakaman tu?perkara biasa je yg di ckpkan.peneranagn untuk memenuhi permintaan UMNO.bukannya nak masuk UMNO..alahai bangang punya razak

Tulang Tembaga said...

Woooii,
Aku tengok tulang TB ni lebih kepada nak menghancurkan PAS dan ramai pulak yang bagi komen seolah-olah bodo sangat macam TB ni Kasyaf sangat apa yg di keluarkan oleh TB semuanya betul...sepatut nya TB kena muhasabah diri betul ker yg dia buat tu...menguntungkan jemaah atau tidak kalau tidak pun sebagai seorang islam tidak berdosakah perbuatan sebegini....atau sekadar nak cari publisiti...kepada yang memberi komen jangan lah telan bulat apa yang dikeluarkan oleh Tb atau sesiapa sekalipun...nampak sangat bodoh atau jahil isu dan berita...lepas tu memaki-maki sehinggakan sampai orang alim yang saban hari memberi kuliah untuk kembangkan agama Allah pun di maki...syaitan akan melakukan apa saja supaya keturunan Adam bermusuh antara satu sama lain...akhir sekali saya harap TB berhati-hati mengeluarkan isu...dan pemberi komen harruslah teliti memberi komen adakah berfaedah kpd jemaah atau tidak...

wallahu a'lam

Leeman said...

Hassan Ali nak tunjuk hero,yg dia menjalankan tugas tetapi macam ada udang di sebalik batu je tindakan-tindakan yg di buatnya, isu2 yg boleh dibawa berbincang dia buat heboh n kecoh sana sini ....kalau betul kelentong2 Hassan Ali tu, mmg dah spesis umno lah tu, sebaik-baiknya Hassan Ali perlu di ganti dan sebaik-baiknya adalah SHAARI SHUNGIB

Tulang Besi said...

November 23, 2009 3:46 PM
Delete
Anonymous Grand Marquis said...

Saya bukanlah nak bela Hassan Ali, tapi kalau dibandingkan TB dengan HA, siapakah yang lebih mengetahui hal-hal dalaman Selangor? Bagi TB, mungkin anda hanya tahu benda-benda yang zahir aje sedangkan HA adalah exco yang terlibat dalam perancangan.

Apapun, kalau kita nak argue pasal persepsi, sampai bila pun tak habis.

Cuma persoalan saya ialah TB dah pergi jumpa HA dan bertanya/tegur dia ke belum?

Mari kita lihat hadith ini:

"Barangsiapa yang hendak menasihati pemerintah dengan sesuatu perkara.
Janganlah ia menampakkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia
mengambil/memegang tangan pemerintah dengan empat mata. Jika ia
menerima, maka itulah (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka
sesungguhnya dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia
(pemerintah) dan pahala baginya (orang yang memberi nasihat)".

[Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Al-Haitsami
dalam Al-Majma' Ibnu Abi Asim dalam As-Sunnah, Abu Nuaim dalam
Ma'rifatus Sahabah. Riwayat ini banyak yang mendukungnya sehingga
hadits ini kedudukannya sahih, bukan hasan, apalagi dhaif sebagaimana
sebahagian ulamak mengatakannya dan Syaikh Al-Bani mensahihkannya
dalam Zilalul Jannah fi Takhrij Sunnah.]
.

Saidina Muawiyyah dan Saidatina Aisyah tak ikut la hadeeth ni, ye Grand Marquis?

CUba kau carik Hadeeth yang menyokong tindakan Najib meluluskan 10 lesen judi hari tu? BOleh tak?

Anonymous said...

Hassan Ali bukan ketua Ana sebab dia bawa pendapat yang sesat,tak ada adab sbg pengikut kerana lantang mengkritik Kerajaan Selangor sedangkan Dia exco..manusia hipokrit,kalau depan pengikut Pas cakap lain,belakang cakap lain..Ana memang tak setuju sampai tak boleh ckap langsung dengan Hasan Ali yang suka mmbebel tu,Ana meluat dekat Dia sampai tahap tak boleh tengok muka Dia dah..

Anonymous said...

Sup Tulang.


TB cakap, "Semua orang dalam Malaysia tahu bahawa PNB adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh 8 juta orang Melayu di Malaysia kerana orang Melayu melabur dalam PNB.

Eh, apa punya tur da engko punya kepala otak berguliga wahai TB ..

Aku tahu ko tak brape cerdik tapi baru tahu yang ko tak pass PMR.

Itulah kalau nak kutuk orang sebab kesumat tahi atas kepala sendiri ko ingat kopiah.

Meminjam Hisham Rais KAH .. KAH .. KAH

Tulang Besi said...


Eh, apa punya tur da engko punya kepala otak berguliga wahai TB ..

Aku tahu ko tak brape cerdik tapi baru tahu yang ko tak pass PMR.

Itulah kalau nak kutuk orang sebab kesumat tahi atas kepala sendiri ko ingat kopiah.

Meminjam Hisham Rais KAH .. KAH .. KAH
.

Sebenarnya aku pun tak paham apa point kao ni.

Rasanya kao kena pegi Tanjung kot?

Anonymous said...

Sup Tulang.

Sebab ko Tulang Besi maka otak ko berkarat.

Besi = Karat. Get that??

Sebab 8 juta Melayu di Malaysia MELABUR dalam PNB maka PNB jadi syarikat yang DIPUNYAI oleh orang Melayu ...

... ini logik mangkuk mana da .., pasal tu aku suspek ko kantoi PMR terutama matematik.

Dan ko TAK PAHAM poin aku ???

Hello. Kalau 8 juta Melayu punya pegangan ekuiti dalam PNB tak sampai 50%, kot mana PNB DIPUNYAI oleh mereka??

Itu belum tanya bentuk pelaburan. Boleh dianggap ekuiti atau tidak.

Janganlah sebab ko kecewa, ko mahu semua orang kecewa macam ko.

Walhal ko kecewa natijah sendiri bikin.

Closure la bro.

Anonymous said...

Wahai saudaraku

Takutkan lah dosa mengumpat. Lebih besar bahana daripada faedah

Anonymous said...

hahaha..berperang la hangpa sesama hangpa sebelum hangpa 'AKAN DISERANG'..hahaha..semua bangang..dari atas sampai bawah..

Tulang Besi said...

Sup Tulang

Kao kaki mengarut la.

Kau nak cakap PNB tu bukan milik orang Melayu ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.