Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 27, 2009

Pendedahan Permasaalahan di MPKB-BI oleh Topeng Perak

NOTA: Penddedahan ini dilakukan oleh Topeng Perak berkenaan dengan MPKB-BI. Anggaplah ini satu muhasabah kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik.Semalam lepas aku pos artikel (dari komen seorang pembaca) disini, aku dapat banyak panggilan dari pekerja bawahan MPKB dan pada siang hari kelmarin sampai ke malam, tak kurang dari 7 pertemuan dibuat dengan para pemanggil yang merupakan pekerja "kelas hamba abdi" MPKB - BRI di sekitar Kota Bharu.

Seronok jugak buat "pertemuan dalam gelap" rupanya, patutlah geng-geng UG minat sangat buat macam tu. teringat zaman sekolah dulu masa curi-curi hisap rokok dekat belakang stor sukan. asal ada orang datang atau lalu je, terus tukar topik final bola Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Tapi aku tak tau la geng-geng UG masa dalam perjumpaan gelap tu dorang tukar topik apa masa ada orang lalu... mungkin topik "wala" kot... hahaha...

Rupa-rupanya kes dalaman MPKB - BRI ni dah hampir setahun berlanjutan dan dah lama dah para pekerja "kelas hamba abdi" ni dok simpan masalah ni dan tak berani nak luah pada sape-sape sehinggalah timbul kekuatan akibat dari tekanan lantaran keadaan ekonomi yang semakin teruk di Malaysia.

Yang makin memenatkan para pekerja ini ialah bilamana hampir kesemua mereka sehingga ke hari ini telah berjaya mengumpul hampir 30 hari cuti ganti (overtime) dan setiap kali permohonan cuti dibuat, agak sukar untuk mendapat kelulusan sedangkan akhir tahun hampir tiba dan masa untuk menghabiskan cuti ganti (overtime) semakin suntuk.

Tak ramai antara mereka yang faham akan kedudukan cuti tersebut (aku pun tak berapa faham jugak menatang ni) dan apa yang merisaukan mereka ialah sekiranya cuti tersebut tidak dapat dihabiskan dalam tahun ini, apakah ianya boleh dibawa ketahun depan dan sekiranya boleh dibawa ketahun depan, berapa harikah yang boleh dibawa dan berapa lama pula tempoh sah untuk menghabiskan cuti tersebut sebelum ianya lebur begitu sahaja..?

Yang tu kena tanya pakar, aku tak reti... mungkin Hasan Ali atau Ustaz Nash boleh bantu.

Lain-lain hal yang agak berat ialah apabila MPKB mula memperkenalkan sistem bayaran kerja lebih masa (overtime) kepada sistem cuti ganti dengan alasan MPKB mempunyai masalah kewangan dan bajet yang terhad sedangkan dalam masa yang sama, hampir setiap bulan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah dan SU menikmati "keseronokan" dalam program "Lawatan Sambil Belajar".

Dari apa yang disampaikan oleh beberapa informer, program tersebut kalau diikutkan sebenarnya adalah program "Lawatan Sambil Belajar" "gelek-gelek" atau "belajar untuk lagha", eh... "line dancing" tu menatang hape..? menatang tu pun ade jugak dalam program tu kalau korang nak tau...

Aku pun tak paham apa kebaikannya pergi jauh-jauh keluar negara untuk tengok aksi "gelek-gelek" dalam kelab malam... setakat nak tengok benda-benda macam tu, tak habis pun RM120.000 kalau ke Kolumpo atau Hadyai.

Aku ingat menatang Toyol dekat Selangor je yang pandai buat kerja haram jadah macam ni, rupanya geng-geng "Atasan MPKB - BRI" pun pandai jugak... Bangang sungguh...

Antara tempat-tempat yang geng-geng "Atasan" ni dah pergi kalau ikut info ialah Morocco, Turki, Perth, Uzbekistan dan China. Macau aku tak tau geng-geng ni dah sampai ke belum.

Sepanjang "Lawatan Sambil Belajar" tersebut diadakan, kita tak nampak apa-apa penambah baikan dalam sistem pengurusan MPKB - BRI. ISO jangan cakaplah, memang out... setakat ni pencapaian terhebat MPKB - BRI cumalah pengiktirafan "5S".

Kalau korang nak tau apa itu "5S" korang baca dekat sini.

Tapi ada jugak cerita bangang disebalik pengiktirafan "5S" tu. pengiktirafan tu sebenarnya diperolehi dalam cara paling ngok. last minute punya preparation. hari ni wakil penilaian nak datang, malam semalam dok kalut susun office. macam gampang.

Kalau wakil penilaian tu datang hari ni dekat pejabat MPKB, memang la la tu jugak kena tarik balik sijil pengiktirafan tu. kalau tak percaya, dipersilakan datang untuk siasat sendiri.

Apa yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah dalaman MPKB - BRI ialah bilamana para Ahli Majlis dalam MPKB mendapat lantikan dari "Politikus" dan kebanyakan "Politikus" yang melantik para Ahli Majlis ialah mereka-mereka yang 'tak de akal"... pilih orang-orang yang senang nak "dicucuk hidung" supaya "agenda masing-masing" dapat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan nak kena ambik tanggung-jawab ni sebab setahu aku, MPKB - BRI berada dibawah seliaan beliau. tapi kalau nak lagi bagus, tanya sendiri Datuk Takiyuddin dia tau atau tidak apa yang berlaku dalam MPKB - BRI.

Kalau Datuk Takiyuddin cakap tak tau, kena tanya balik betul atau tidak sebab dari info yang aku dapat, dia pun ada ikut program "Lawatan Sambil Belajar" ni.

Dari segi kebajikan pekerja pun ada jugak keluhan. kalau dulu, setiap bulan para pekerja bahagian "sisa pepejal" akan melalui "medical check-up" paling kurang sebulan sekali. tapi sekarang dah lebih dari 6 bulan hal tersebut telah diabaikan.

Tu belum cerita bab "uniform". macam mana korang nak bekerja kalau hanya dibekalkan dengan sepasang uniform dan jugak kasut sedangkan kerja korang tiap-tiap hari bergelumang dengan kotoran..?

Esok aku sambung lagi insya-Allah... dengar cerita, petang tadi ramai pekerja MPKB - BRI dalam bilik air-cond kena "kerja lebih masa" hari ni sebab SPRM nak terjah MPKB pulak pagi ni... betul ke..? kalau tak de buat silap, kenapa nak menggelabah..?

Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM) ni pulak lagi sekor bahalol... kalau isu melibatkan mana-mana Kerajaan Pakatan Rakyat, laju je serang. kes Khir Toyo dan lain-lain aduan pasal penyelewengan dalam UMNO/Beer eNd bila korang nak selesaikan..? Babi punya Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM)..!

p/s - pesanan untuk mana-mana pekerja MPKB - BRI sebelum di"siat-siat" oleh Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM) -

  1. Pakai seluar "jeans" kalau dipanggil (takut terkoyak macam TBH).
  2. Pakai talipinggang kulit (takut benda yang sama berlaku dekat TBH berlaku dekat korang).
  3. KRITIKAL - kalau perlu, buat wasiat...
INGAT..! yang nak "SIAT-SIAT" korang tu - Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM)..!

p/s-2 - pesanan diatas "hanya termaktub kepada SAKSI" sahaja..!

11 comments:

Anonymous said...

Hai bro,
Nampaknya baru tahu masalah orang bawah. Itu hanya hujung kuku saja. kalau TB siasat lagi lebih dari tu TB akan jumpa bukan tahun ini saja malah dah lama dah 'politiking dalam MPKB-BRI. Lepas ni jenguk2lah pula sekolah agama mana tahu takut2 jumpa tempat pengajaran Islam terhebat di dunia atau di M'sia...tolong cek ya.

sir said...

Buat Nik Abduh apa nak jadi dengan ilmu yang kau ada kalau masalah di MPKB-BI ni pun kau tak boleh selesai.Ikut benar-benar ajaran Rasul Allah jangan nak defend keluarga aje.Tanamkan sifat Rasul Allah pada diri kita.Dunia ni cuma jambatan dekat akhirat tak pakai jambatan yang ada titian.Boleh ke meniti titian dengan lulusan anak Tok guru aje.Benar tetap benar salah tetap salah.Jangan salahkan orang aje salahkan diri sendiri dulu.Ok.Salam Aidil Adha daripada Chey Anak Gerik.

Anonymous said...

Kat klang pun sama lepas geng umno rompak masuk pulak org pas tak caya chek nama ni si zul penjual keta yang konon nya ketua pemuda pas klang.Dia ni la yang rembat kontrek kat mpk.

Anonymous said...

Kuli bawahan MPKB bukan nak overtime.Mereka nak duit.mereka kerja overtime kerana nak duit bukan untuk dapattime off.Takiyudin tak faham.Atau tak sempat nak faham maklum nak jaga isteri-isteri yg "ramai" terpaksa ambil masa beliau. Sudah diketahui ramai beliau menggalakkan ahli majlis MPKB ke atau Majlis tempatan lain kerana urusan tiket dan pelancungan adalah melalui syarikat pelancungan isteri beliau.
Melancung ke Australia ada kerjasama dengan universiti Australia??nak tipu siapa takiyudin.Beliau antara exco paling tak guna.Apa kerja PBT yg dia buat.Dia buat macam kes mahkamah je..tangguh kes..so isu-isu PBT tangguh saja.Soal utama macamana nak kumpul duit untuk kantung politik.
Keahlian PBT..tok sah tanya..siapa..antara peraih ikan,orang kg yg diberi habuan oleh parti.Akhir tahun mesti nak minta melancung luar negeri.Mesyuarat akhir tahun kena buat kat hotel.SU majlis takut nak bentang kos melancung takut ahli-ahli ko-op tahu.Perjalanan PBT bukan agenda MB.Langsung MB tak ambil tahu.Lagi pun YDP adalah DO yg sibuk dengan urusan lain.
So isu MPKB dan lain-lain majlis akan timbul lambat laun. Malaun seumpama takiyudin kena didedah kerja-kerja tak guna dia......

Anonymous said...

Patutler di Pasar Khadija tikus sebesar kucing dok gelek gelek sampai kat jalan nak gi Mac Donald pun ada tikus pada siang hari! Kat PCB pula....lalat mak oi! Rupa rupa lawatan sambil belaja ni pun di praktikkan oleh lebai lebas PAS!

Anonymous said...

Nak tanya Nik Abduh yang merupakan ahli majlis MPKB. Apa yang hang buat untuk menjaga amanah di MPKB? Ahli majlis ni macam board of directors yang bertanggungjawab penuh kepada perjalanan PBT. Jadi jangan dok lari dari tanggungjawab. Cakap berdegar-degar kutuk Husam sedangkan amanah sendiri tak boleh jaga. Siap pertahan pula ahli keluarga yang tak betul.

Layari www.spymelayu.blogspot.com

Anonymous said...

Berita ini kalau berlaku amatlah menyedihkan. Kerajaan negeri Kelantan perlu bertindak segera memebersihkan elemen-elemen yang TIDAK ISLAMIK! Di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ahli-ahli majlis terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan NGO telah menetapkan sebarang kow lawatan teknikal atau belajar adalah atas tanggungan sendiri. Mungkin sudah sampai masanya MPKB mempraktikkan yang serupa.

shahir said...

Nik Abduh Ahli Majlis MPKB-BRI. Tapi tak reti buat apa. Dia cuma reti backing suku-sakat sedara dia ariffahmi. Islam tak ajar jaga sedara. Itu asobiyah namanya. Perangai Nik Abduh sebijik macam perangai umno. Rakyat menderita, makan sama-sama sedara. Nik Abduh tak pernah bersuara bila orang lain tak cukup makan, kena aniaya. Tapi bising satu dunia bila sedara dia ariffahmi yang korup dan tak reti buat kerja tu kena cekup.

Jauh betul akhlak nik abduh dengan ayahnya tgna. Patutlah TGNA tak bagi nik abduh bertanding dun pada pru18. Sebab dah tahu perangai nik abduh macamna

Shahir said...

Takyuddin Hasan pulok exco PAS paling kaya. Kawan baik kepada Sayuti omar. Kereta tukar dua bulan sekali. Plat kereta beli beribu-ribu semata-mata nak dapat plat TAK1. Taki.

Exco lain semua miskin. Dia paling kaya. dalam kaya dia, mpkb dan pbt teruk macam apa. Orang nak makan pun tak cukup. Lepas sokong pulak kerajaan perpaduan. Ini perangai orang UMNO yang akhornya akan masuk UMNO

Tinta Hitam said...

TB

Saya tak terperanjat mengenai cerita ni.Saya da survey dah masyarakat kelantan ni.Satu impression org org luar beranggapan org org Kelantan ni soleh soleh dan kuat ugama.

Anggapan tu meleset sebenarnya.Survey yang saya buat di Kelantan sendiri menunjukkan rakyat Kelantan ni sama aje dengan og org negeri lain,kalau pun tak teruk lagi.Lagi baik sorry,say tak percaya.

Yang alim cuma TGNA.Yg lain lain tu banyak yg perlu diubah.Masalahnya org org Kelantan sendiri yang enggan berubah.Mereka masih lagi 20-30 tahun berfikiran terkebelakang.

Jadi saya tak [pelik kalu semua yg disebut itu betul belaka..Cuma satu la.Elok la Topeng Perak siasat lebih lanjut perkara.Dikhuatiri ianya adalah fitnah.

kel said...

aku memang tak terkejut pun dgn MPKB punya problem ni. dan aku rasa banyak lagi perkara lain yg patut dibongkar dlm MPKB. yg aku dengar orang kelantan sendiri tak puas hati pasal cara luluskan plan rumah atau bangunan..jumlah yg dibayar dan amaun tertulis pada resit orang kata banyak yang beza..ntah pergi mana lah duit tu kalau bukan masuk poket orang2 tertentu. aku sokong klu BPR redah MPKB..bongkar lagi bongkar lagi. bagi yg buat salah tu tak sedap duduk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.