Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 16, 2009

Penerimaan "Sponsor" Haji oleh Tok Guru Menggangu Persepsi Terhadap PAS?

Dalam satu "mailing-list" yang saya anggotai, isu Tok Guru menerima tawaran haji telah hangat diperbincangkan. Hujah mereka ini adalah penerimaan itu akan menyebabkan persepsi rakyat kepada tok guru dan PAS terjejas. Ikutilah butir2 perbincangan tersebut seeprti dibawah

Soalan:Tapi, pembiayaan TGNA ke Mekah agak sukar dipertahankan sbb yang sponsor tu adalah syarikat yang berkaitan dengan PMBK dan dia sponsor TGNA dan menantunya yang jadi CEO PMBK. Walaupun, pembiayaan tersebut tidak tertakluk dengan sebarang pemberian kontrak, tetapi ia tidak menampakkan konsep Itqan dalam pentadbiran. Ana tak kata ianya rasuah, tetapi salah kerana memberi persepsi yang kurang baik terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan K'tan.


Jawapan saya: Betulkah penerimaan Tok Guru akan tawaran ini menggangu persepsi rakyat terhadap PAS? SAya tak yakin langsung kerana:

a.Tok Guru TIDAK BERBOHONG dalam penerimaan tawaran ini dari mula lagi
b.Tiada pembuktian berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.
c.Persepsi ini akan berubah sekiranya dapat dibuktikan ada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam penerimaan tawaran ini.
d.Tawaran ini adalah tawaran untuk membuat ibadah, seperti juga apa yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid. Oleh kerana itu ianya susah untuk memberi persepsi negatif.
e.Dan, Tok Guru telah menolak tawaran ini selepas dikritik ramai bererti Tok Guru seorang yang boleh dikritik dan menerima kritikan.

Jadi, saya tak yakin persepsi rakyat kepada Tok Guru terjejas. Malahan, persepsi ini semakin kuat selepas Tok Guru menolak tawaran itu.

Ia menunjukkan Tok Guru adalah seorang yang mendengar suara hati rakyat serta Tok Guru sentiasa mahu mengelak dari fitnah walaupun tindakan Tok Guru tidak menyalahi undang2 dan mana2 peraturan.

Sebab tu saya terus menerus mahukan laporan pada SPRM dibuat atas Tok Guru sekiranya benar2 perkara ini menjejaskan persepsi rakyat pada PAS dan Tok Guru.
Yang hairannya, kepimpinan lain yang konfirm mempunyai persepsi negative i.e. Terengganu, apasal tak nak kita ambil tindakan? Takda pula bising-bising macam ni ye?

Malahan dipertahan kan pula mereka2 itu. Mereka ni tak perlu kod etika ke?

KOMEN LANJUTAN: Saya nampak isu ini cuba digunakan Fraksi UMNO untuk memburukkan Tok Guru. Mereka mahu mengadakan kod etika dan concern berkaitan persepsi.

PAdahal pemimpin2 Fraksi UMNO lebih teruk lagi persespsi dan tindakan mereka. Apasal tak bising pasal mereka? Kenapa nak bising2 pasal Tok guru pula.

Kalau Tok guru tak pandai jaga persepsi, Kelantan dah lama jatuh ke BN.

Tulang Besi

29 comments:

Anonymous said...

kalau tempat tu digantikan dengan TG haji hadi, rak satu dunia beruk TB ni pukul canang bahawa persepsi rakyat dah semakin negatif kepada PAS

ni lah munafiq besar dalam PAS

Anonymous said...

kah..kah..kah.. kelako aku tengok TB gelabah tengok tokguru makan rasuah.

fakta 1 : org yg tanggung tokguru anakberanak (lebih RM450 ribu) nak pegi buat haji adalah pengarah syarikat yang dapat balak di Kelantan dimana tokguru adalah Pengerusi yang meluluskan balak berkenaan.

fakta 2 : pembayaran TELAH dibuat oleh pangarah syarikat berkenaan kepada travel agent dimana bukti pembayaran telah ditunjukkan dibeberapa blog

fakta 3 : tokguru bukan hanya guru agama tetapi adalah seorang menteri besar yang mempengerusikan jawatankuasa yang meluluskan balak

fakta 4 : Rasuah tetap Rasuah! tak kisah seorang tu tokguru atau doktor gigi. Jangan kerana seorang tu tokguru, rasuah dilihat suci.

sman said...

Seorang yg zuhud seperti TGNA cuba dihina sedemikian rupa oleh Umno dan barua nya dengan issu 'rasuah haji',sama lah juga sebagaimana mereka menghina Anwar yg menentang rasuah dan kronisma dgn issu liwat dan perempuan.Ini kerja Umno dan mereka tidak ada modal lain lagi,untuk menjatuhkan musuh tegar mereka.

Tapi,jangan risau kerana apa juga yg mereka buat semuanya akan menjadi senjata makan tuan.Parti yg sudah di takdirkan akan pupus memang begitu,apa yg di buat segalanya tidak menjadi.Kalau dulu Anwar di hina,sentimen Melayu berubah lalu memporak perandakan kedudukan Umno di kawasan Melayu dan Umno/BN hanya selamat kerana sokongan bukan Melayu,namun kali ini jika mereka mengapa-apakan TGNA orang Melayu akan sekali lagi berubah dan perubahan ini akan di bantu oleh sokongan org bukan Melayu yg sudah pun berubah.Ertinya kali ini Umno/BN benar-benar bakal menemui ajalnya.Kalau tak percaya mereka boleh cuba.

yes said...

Assalamualaikum,
Saya cuma nak tanya sekiranya TGNA bukan orang yang ada kuasa di tangan ( saya tak kata beliau salah guna kuasa) rasa rasa nya mahukah sesuatu syarikat sponsor tiket VVIP ka mMekah untuk beliau, Datin serta anak menantu.
Sama samalah kita fikirkan.

Vagabond said...

selepas cuba memberi gambaran negative kepada kepimpinan PR yg lain, akhirnya UBN cuba nak membuat checkmate terhadap tok guru...ingat ini bukan kali pertama mereka mencuba....tapi percayalah inshallah, akhirnya pusing pusing , yg hendak ditarget tak dapat , tapi akn kena kemuka sendiri...

yes, on the surface nampak, according to all the media blitz, macam tok guru mengambil jemputan itu dalam keadaan yg sepatutnya tidak dilayan....but knowing UBN yg jijik lagi menjijikkan bersama penyokong pat turut dan balaci mereka....menambah asam dan garam unutk menyedapkan cerita....

Cuba tengok apa comment To Guru hari ini...dia berkata dia masih akan menerima sponsor, jikalau ada.....lets see what the UBN ( = United Bangsat negara)punya reaction pulak...

this is fun as, inshallah, I know what will be the conclusion of this attack.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

a.Tok Guru TIDAK BERBOHONG dalam penerimaan tawaran ini dari mula lagi

Bohong hanya akan menambah garam di luka.Bagus sebab Tok Guru mengaku, masalahnya, jikalau ada pemimpin UMNO ataupun dalam kes Tulang besi, mengaku mengambil sponsor, apa reaksi Tulang besi?

Ingat, si Ariffahmi, menantu TGNA adalah ahli UMNO.

b.Tiada pembuktian berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

Jika tidak salah, kenapa batalkan penerimaan hadiah ini? Ini kerana hati dhamir TGNA tahu bahawa ia salah, dan mengganggu gugat "persepsi".

Tetapi, hari ini pula, TGNA flip-flop kerana semalam, tengku Adnan cakap, amiklerr..kalau tak rasa salah.Flip-flopnya bila TGNA kata tahun depan, kalau org taja, dia nak pergi.

d.Tawaran ini adalah tawaran untuk membuat ibadah, seperti juga apa yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid. Oleh kerana itu ianya susah untuk memberi persepsi negatif.

Jika begitu, bolehlah mana2 syarikat "sponsor" buat kolah amik air semayang marmar kat belakang rumah, hadiah sejadah bulu kambing anggora, tasbih dr zamrud, taja kawin satu lagi,sponsor buat istana (dengan syarat depan masjid atas nama ibadat).

Murahnya, konsep Tulang besi ni...

e.Dan, Tok Guru telah menolak tawaran ini selepas dikritik ramai bererti Tok Guru seorang yang boleh dikritik dan menerima kritikan.

Ayat di atas membuktikan bahawa persepsi ramai bg TGNA menerima tajaan adalah salah.

Jadi, saya tak yakin persepsi rakyat kepada Tok Guru terjejas. Malahan, persepsi ini semakin kuat selepas Tok Guru menolak tawaran itu.

Mcm mana ada contradiction ni? Mcm bible je ayat Tulang besi ni..

Anoinimuz said...

lorgh...tu pun orang sponsor nak kecoh...bukannye dia ade duit....kau nak kecoh2 sgt apehal gerombolan?

Anonymous said...

haha..Sedarla TB,engko nak tegakkan benang basah skrg ni.Dasar manusia mengadu domba dan kaki fitnah.Kena akui hal2 sponsor ni.sukar manusia nak taja beratus ribu ringgit ni ikhlas.kalo blanja teh RM 5 tu ikhlas la.Dugaan kpd NA,mungkin sbg balasan serangan dia kpd HH dulu dan cubaan memburukkan kepimpinan yg ikhlas berjuang,sekarang ALLAH byr CASH kpd org tersebut,HUSaM,NA..sedarlah..

Nibiru said...

Pergi Jahanam Dengan Umno.

Anonymous said...

Nampaknya banyak hujah2 dikeluarkan untuk menyelamatkan imej Nik Aziz.

Tapi bukti2 jelas menunjukkan kaitan pemberian balak dan sponsorship haji.

Umno gagal nak tumbangkan Nik Aziz selama ni.

Orang2 dalam PAS sendiri akhirnya berjaya.

wec7188 said...

saudara TB besi silap kata orang umno tidak heboh jika perkara itu berlaku,contoh hamad badawi pon satu malaysia tahu kes dia mcm mana..kenapa perlu pertahan kan orang yang ada unsur rasuah.biar siasatan di jalan kan dahulu..tiada sapa yang kebal..tok guru ke maharaja ke semua manusia yang patut di hukum jika ada unsur2 rasuah..bagi saya kalu takda unsur2 ambil dan terima..lebih baik duit tu di beri kepada rakyat yang memerlukan..dari bagi tok guru yang mampu dgn duit sendiri nak pergi haji..jgn kerana duit begitu haji tok guru anda akan terjadi perkara yang buruk berlaku di sana.jika tuhan nak tunjukan sesuatu kebenaran..rasuah tetap rasuah..tok guru anda bukan nabi..dia manusia mcm kita..baynyak buat salah juga.

Anonymous said...

Salam

Tuan & Puan yang budiman dan di rahmati Allah s.w.t

Menurut cerita guru saya ...bahawa di Negara Mesir terdapat 1 org Alim yang telah bermimpi telag berjumpa Nabi Muhammad sebanyak 3 kali , MasyaAllah ......

Apabila bila belaiu melawat Kelatan dan telah sempat berjumpa dengan Tok Guru..........apa beliau cakap..........ramai yang beliau jumpa .......tetapi tak sama macam jumpa Tok Guru penuh dengan cahaya..............
Allah yang memilih Tok Guru pergi dan Allah juga yang tidak mengizikan Tok Guru pergi.............

Tuan / Puan ..........cuba muhasabah diri.....tuan/puan .............

soalnya Tok Guru dah pergi haji ( dahulu)...tuan / puan yang komen nie dah pergi ke ?.......apa jawapan dengan Tuhan nanti...kalau di takdir kan secepat lagi maut menjemput kita................

wec7188 said...

bagi saya..apa yang berlaku di dalam PAS ada lah petunjuk allah untuk semua orang..petunjuk kerakusan kuasa..agama di gunakn untuk meghalalkan segala perbuatan keji.sama2 lah kita fikir..setiap perbuatan munafik..allah akan tunjukan kebenarannya di suatu hari kelak.tak perlu kita sorok..kebenaran akan muncul jika allah kehendaki.

wec7188 said...

kalu betul nik ajis tu betul2 perjuangkan islam..kepentingan rakyat la kunun...kenapa duit sponser haji tu..tak di berikan kepada rakyat yang memerlukan...penting sangat ke haji yang dia nk g tu...dh berapa kali nik ajis gi haji..?..lebih baik bagi kepada orang yang belum gi haji..yang tak mampu..tu lebih baik..sy takut..tuhan nak tunjuk..nik ajis gi haji..tuhan tunjuk perbuatan dia di tanah suci nanti..kerana terima duit sebegitu..dh banyak belaku..bila tuhan nak tunjuk..sekelip mata terjadi..tapi biasa lah..penyokong pas..walauapa pun tuhan dah tunjuk kebenaran..tetap tak terima petunjuk tu.

carlos said...

" a.Tok Guru TIDAK BERBOHONG dalam penerimaan tawaran ini dari mula lagi"
> Tidak guna kalau berbohong, sebab dah memang kantoi. Nak buktipun tak susah. Transaction dengan TH can be easily checked on who made the payment and who is taking the trip. Its too transparent and no way to hide.


"b.Tiada pembuktian berlakunya rasuah dan salah guna kuasa."
>This is very straight forward. Contract awarded by MB and then MB received free trip. terlampau jelas TB.


"c.Persepsi ini akan berubah sekiranya dapat dibuktikan ada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam penerimaan tawaran ini."
> Nik aziz dah mengaku dapat tajaan dari pihak yang beliau sendiri berkuasa beri kontrek , nak bukti apa lagi?


"d.Tawaran ini adalah tawaran untuk membuat ibadah, seperti juga apa yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid. Oleh kerana itu ianya susah untuk memberi persepsi negatif."
> tawaran itu ada harga yang agak lumayan. Melibatkan wang yang banyak. Pakej itu pun pakej mewah supaya Nik aziz selesa sangat dan akhirnya termakan budi. Persoalannya, halalkah wang itu?


"e.Dan, Tok Guru telah menolak tawaran ini selepas dikritik ramai bererti Tok Guru seorang yang boleh dikritik dan menerima kritikan."
> Nik Aziz hanya menolak selepas ditegur rakyat! Bukankah ini memperlihatkan naivety ? Nik Aziz sebagai penjawat awam dan menteri besar seharusnya tahu apa yang betul dan salah. Menerima sumbangan sebegini memang terang rasuah. Hanya kerana destinasinya adalah Mekah, ia tidak bermakna sumbangan yang diterima halal. Kalau London, apa macam. Prinsip tetap sama cuma destinasi berlainan.


"Ia menunjukkan Tok Guru adalah seorang yang mendengar suara hati rakyat serta Tok Guru sentiasa mahu mengelak dari fitnah walaupun tindakan Tok Guru tidak menyalahi undang2 dan mana2 peraturan."

Prinsip dan etika tetap salah. Sebagai MB, Nik Aziz shall not accept any favours, ESPECIALLY from those with interest!!

"PAdahal pemimpin2 Fraksi UMNO lebih teruk lagi persespsi dan tindakan mereka. Apasal tak bising pasal mereka? Kenapa nak bising2 pasal Tok guru pula."

JAdi samalah dengan Nik Aziz. Tak ada bezalah rupanya. Tetap masyuk...

This is like pot calling kettle black! hahahaha!

Itulah... kalau duit Haram, memang susah sampai Mekah.... Kalau halal, pergilah wahai Nik Aziz, dan buktikan ianya halal. Tak payap tuduh orang lain fitnah atau khianat.

Setahu umum, tiada unsur fitnah. Fitnah apa?

Tulang Besi said...

" a.Tok Guru TIDAK BERBOHONG dalam penerimaan tawaran ini dari mula lagi"

Tidak guna kalau berbohong, sebab dah memang kantoi. Nak buktipun tak susah. Transaction dengan TH can be easily checked on who made the payment and who is taking the trip. Its too transparent and no way to hide..

Transparent like how? Ada bukti ke? Atau cuma dakwaan Rocky Bru sahaja kan?
Kalau betul ada corruption, by all means buat laporan pada SPRM. Tok Guru has welcome it and he is not stopping it.
I even challenge Rocky Bru to make an official report to SPRM on this matter.
Ia menunjukkan bahawa pengakuan Tok Guru adalah kerana beliau tidak merasakan ianya satu bentuk korupsi kerana beliau tidak memberikan kontrak pada syarikat yang memberi tajaan pada beliau.

Tulang Besi said...

This is very straight forward. Contract awarded by MB and then MB received free trip. terlampau jelas TB..
So what is stopping you from reporting this to SPRM if it’s straight forward? How come no one is reporting this to SPRM?
Plus, is it true that Tok Guru awards contract to the company or is it just Rocky Bru’s claim?

tawaran itu ada harga yang agak lumayan. Melibatkan wang yang banyak. Pakej itu pun pakej mewah supaya Nik aziz selesa sangat dan akhirnya termakan budi. Persoalannya, halalkah wang itu?.
Errr it’s not the state’s money, is it?

Tulang Besi said...

Nik Aziz hanya menolak selepas ditegur rakyat! Bukankah ini memperlihatkan naivety ? Nik Aziz sebagai penjawat awam dan menteri besar seharusnya tahu apa yang betul dan salah. Menerima sumbangan sebegini memang terang rasuah. Hanya kerana destinasinya adalah Mekah, ia tidak bermakna sumbangan yang diterima halal. Kalau London, apa macam. Prinsip tetap sama cuma destinasi berlainan..
Again, where is the proof that contracts are awarded to the company from MB of Kelantan?
Apa bukti Tok guru beri kontrak pada syarikat2 ini?

Tulang Besi said...

Prinsip dan etika tetap salah. Sebagai MB, Nik Aziz shall not accept any favours, ESPECIALLY from those with interest!!

"PAdahal pemimpin2 Fraksi UMNO lebih teruk lagi persespsi dan tindakan mereka. Apasal tak bising pasal mereka? Kenapa nak bising2 pasal Tok guru pula."
.
What principle and ethics are you talking about? When did the company sponsoring the trip ever got contracts from Tok Guru?

Anonymous said...

Jadi, saya tak yakin persepsi rakyat kepada Tok Guru terjejas. Malahan, persepsi ini semakin kuat selepas Tok Guru menolak tawaran itu.

1. ia bukan tawaran. tapi TG buat ialah pembatalan.

2. kalau orang lain berada di situ (i.e UMNO); apa pendirian anda sama?

3. kes MB selangor ibadah qurban, apakah sama situasi dan scenario? MB selangor ditaja oleh anak syarikat selangor. MB kelantan ditaja oleh pihak vendor.

walaupun pihak vendor mungkin ikhlas, tetapi ia boleh dilihat sebagai niat mempengaruhi pihak berkepentingan, conflict of interest.

Tulang Besi said...

Bagi Tok Guru, pihak vendor itu tidak melakukan apa2 rasuah kerana beliau tidak pernah memberi apa2 kontrak pada vendor tersebut.

Jadi, sebab itu beliau menerima tawaran tersebut pada mulanya kerana beliau tidak melihat ianya satu kesalahan.

Tapi, bila ditegur, beliau menolak tawaran itu bagi mengelakkan fitnah.

Seperti yang saya kata, kalau benar Tok Guru telah melakukan rasuah, sila buat laporan pada SPRM.

Anonymous said...

Bagi Tok Guru, pihak vendor itu tidak melakukan apa2 rasuah kerana beliau tidak pernah memberi apa2 kontrak pada vendor tersebut.

Jadi, sebab itu beliau menerima tawaran tersebut pada mulanya kerana beliau tidak melihat ianya satu kesalahan.

Tapi, bila ditegur, beliau menolak tawaran itu bagi mengelakkan fitnah.

Seperti yang saya kata, kalau benar Tok Guru telah melakukan rasuah, sila buat laporan pada SPRM.


tokguru tidak menolak tawaran tetapi sebaliknya membuat pembatalan.

kalau masih diperingkat tawaran, tok guru tolak memang dia berintegriti tinggi. tok guru tak rasuah. isu ni overlook bagi pihak pentadbiran MB. mistake is a mistake. tak perlu nak justify mistake as not a mistake.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Bagi Tok Guru, pihak vendor itu tidak melakukan apa2 rasuah kerana beliau tidak pernah memberi apa2 kontrak pada vendor tersebut.

Soal sponsor haji ni just a tip of an iceberg.Hang patut isytihar perang kat Syeikh Kickdefella,not Rocky Bru.

Syeikh Kickdefella "secara lembut" cium tgn TGNA, tapi dok tikam anak menantu TGNA. Aku rasa hg sokong sgt TGNA lantik menantunya yg kanyiaq tu jd CEO PMBK bukan? Member tu dah la muda, engineer, bukannya org management ataupun admin.Dah la tu, ahli UMNO pulak tu..mengambil perkataan hg, TGNA pun amik "org yg berusrah dgn tokeh arak judi" jd anak menantu...
Pendedahan Kickdefella ttg penyelewengan SIL TGNA

Dan berat lagi, Kickdefella kata TGNA tutup kes perbuatan sumbang peg PMBK dgn pelajar amali,didalangi SIL TGNA:

Ariffahmi juga perlu menjelaskan setakat mana penglibatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam menutup skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali baru-baru ini.Klik Sini

Tuduhan TGNA kambus kes maksiat di PMBK ni taraf fitnahnya lagi dahsyat beribu2 kali ganda dr kes TGNA pegi Hj dgn sponsor.

Kenapa lembab sgt hg nak lwn Kickdefella atau lebih tepat lg pengkhianatan Kickdefella? Takkanlah org mcm hg ni tak pernah pegi website mamat tu? Sekarang aku dah bg link..so apa lg TB,isytihar le jihad defend TGNA dr Kickdefella ni..Benda ni not easily tubik if not because of Kickdefella.

Hg takut ke Tulang besi?

Err...Tulang besi takut Kickdefella ke takut bos kickdefella a.k.a anak usrah alias osman tu???

Sekretariat Parlimen Kota Raja said...

Ramainya gang cybertrooper yang buat komen. Sudahlah cara penulisan dah menunjukkan siapa kamu "penulis upahan Najis"

Apa pun aku tetap berdiri teguh bersama TB berkenaan artikal ini.

Perak Today said...

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan dengan dokumen asal mengenai pemilikan saham! Klik sini

Anonymous said...

Pelik la TB ni.ko bela NA mcm tak salah langsung..dah mengaku terima sponsor haji dari kontraktor bukan dah down moral tu..Dengan kes NA ni mmg moral PAS jatuh teruk la..Habisla jatuh PAS.Pemimpin yg diagung agungkan sudah jatuh moralnya.mana PAS nak cover semua ni.dengan Isu ni.UMNO sudah dapat nyawa semula.

HensemBoy said...

Salam TB
Aku tak faham laa dgn mangkuk2 yg komen mengutuk TGNA.Aku nak cabar laaa mangkuk2 nie semua,aku nak cabar orang2 SPRM,aku nak cabar polis,kalau korang rasa jantan,sila tangkap TGNA di sebabkan isu ni atau apa2 isu sekalipon.Aku bagi jaminan,andai ini berlaku,aku dan rakyat2 Kelantan yg berada di luar akan pulang serta merta dan akan berlaku sesuatu yg teruk.Cuba la tangkap TGNA kalau nak tau.Bukan nak tunjuk samseng.Ini bukan budaya kami.Tapi kalau sampai isu haji yg mana untuk buat ibadah demi Allah pon jadi mcm nie,tak ke bangang namanya.Tuhan bagi akal,gunakan sebaiknya.Nawaitu tu penting untuk buat ape sekalipon.Kalau dah niat baik,korang nak kecoh aphal plak.Cuma satu aku nak tanya.Berani ke korang sentuh TGNA?Kalau setakat komen berapi dalam nie takde guna mangkuk2.Mulut je berani korang semua nie.Dasar orang Umno yg penakut.Aku bukan nak agungkan TGNA,tapi banyak kisah2 orang yg nak aniaya dia tapi akhirnya orang tu yg kena azab sampai ade yg meninggal.so korang hati2 skit kalau nak aniaya orang.Mangkok betol!

Anonymous said...

FYI Tulang Besi,

SPRM dah buka kertas siasatan. It's already in da news!

Kalau duit tu halal, buktikan halal dan pergi sajalah Nik Aziz.
Kenapa batalkan? Persepsi? Was-was? Tidak yakin halal?
Susah nak meyakinkan kepada public ianya halal?

Hah TB buktikan ianya halal!!

Alias Mohd Yusof said...

Secara moralnya adalah salah TGNA menerima hadiah menunaikan haji itu. Apatah lagi syarikat yang menaja itu ada kepentingan dalam kerajaan Kelantan.

Memang tidak salah dalam Islam menerima hadiah, yang salah ialah rasuah. Tetapi dalam kes TGNA ini memang sukar untuk membezakan antara hadiah dan rasuah.

Jika berlaku subahat atau ragu macam itu, adalah lebih baik tolak saja.

Itu sebab dalam kod etika kakitangan kerajaan tidak membenarkan penerimaan hadiah oleh kakitangannya. Sebab sukar untuk membezakan hadiah dengan rasuah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.