Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 27, 2009

Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS

Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.

Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.

Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masaalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.

Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan pribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.

Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota: Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).

Sekarang saya nak tanya:

Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu).

Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ
(bukan saya yang cakap). Kamu diberi hadiah kerana jawatan kamu bukan sebab kamu layak diberi hadiah.

Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.

Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.
PAS wajib mengketegorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.

Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang

Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat:

1.0 Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramaiii orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”

2.0 Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah

3.0 Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.

4.0 Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.

5.0 Ada seorang bekas exco Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.

Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?


Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?

Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.

Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini

(http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php).

Lagi hairan, baru pegang exco pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedez, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?

Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan "mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam?". Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.

Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.

Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai exco. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.

Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

13 comments:

balak said...

KESIMPULAN YG SY BACA DRI TULISAN TB;
BEGINI LAH JADINYA JIKA RASUAH,SALAH GUNA KUASA YG RAKYAT BERIKAN,PATUT DRG BERLUMBA2 NK JADI WKIL RAKYAT PAS,DI SEBABKAN KEMEWAHAN YG DRG AKAN DPT KELAK..NI BERMASUD MORAL AHLI POLITIK PAS LEBIH TERUK DRI UMNO..DISINI TB TELAH TULISKAN FAKTA SEBENAR.DAN SY PERCYA MMG PERKARA ITU BERLAKU..DAN ORG YG DH RASA NIKMAT PON TIDAK BERANI SANGKAL KAN KENYATAAN NI...JADI MMG BODOH LAH PENDERMA2 TABUNG PAS DGN NAWAITU AGAR MALAYSIA DPT DI PERINTAH ORG PARTI ISLAM,SEBALIKNYA BILA ORG YG DH DI BERI KEPERCYAAN TIDAK MEMBERI PULANGAN KEPADA RAKYAT INI ADA LAH SESUATU YG AMAT JIJIK.SETELAH MEMPEROLEHI SEGALANYA..PEREBUTAN KUASA,PENGAGIHAN WANG DLM SAKU SENDIRI BERMAHARAJA LELA...HANYA CERAMAHNYA SAJA YG BOLEH MEMATIKAN FIKIRAN PENDERMA2 JIHAD..MASYAALAH..HINA NYA MANUSIA..

Anonymous said...

memang tepat apa yg saudara tuliskan tu....

Tulang Besi said...

balak,
ada ke saya cakap pasal kemewahan? Saya tak tuju pada SEMUAAAA wakil2 rakyat PAS kan?

Hanya sebahagian sahaja kan?

Anonymous said...

Tulang Besi said

"Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu."

Saya tambah, apakah jika kamu bukan Mursyidul Am PAS, kamu akan dihadiahkan dengan tajaan sebanyak puluhan ribu ringgit untuk ke Mekah (yang entah sudah ke berapa kali berpeluang naik haji).

Saya juga pernah jadi mahasiswa di UTM semasa Ustaz Fadhil Nor masih menjadi pensyarah pengajian Islam. Masa itu Ustaz Fadhil aktif dalam ABIM dan tidak menunjukkan minat terhadap mana2 parti politik termasuk dengan PAS.

Pada masa itu untuk pengetahuan semua, baiah sudahpun mula dipraktikan tetapi bukanlah seburuk kini dimana isteri sendiri dijadikan galang ganti.

Melalui zaman muda saya sehingga kini, saya telah mula ragu2 akan kemampuan kumpulan Islam untuk menghidupkan apa yang dicakapkan. Kenapa Islam nampaknya tidak mampu merubah seorang manusia Muslim untuk hidup secara yang dituntut agama?

Patutlah sudah beribu tahun kita masih bercakap pasal negara Islam tapi masih hampa. Rupa2nya ianya hanya slogan semata-mata bagi mereka2 yang berkepentingan. Saya sudah betul2 fedup.......

Lancang Biru

Kapak Besi said...

itulah yg sebenarnya berlaku sbb tu para alim ulama dahulu mmg takut ujian harta benda dan kesenangan dunia ni, nampaknya mmg ramai yg rebah

mohon copy paste ya

little napolean said...

biasa laaaa.mcm org UMNO gak, mcm tu la PAS.kalau dulu ngata UMNO, skrg bila dah ada kuasa, baru tau cara nak bermewah.jgn kerana kemewahan ini menjatuhkan PAS cam UMNO jatuh dah ler.....

Tulang Besi said...


Saya tambah, apakah jika kamu bukan Mursyidul Am PAS, kamu akan dihadiahkan dengan tajaan sebanyak puluhan ribu ringgit untuk ke Mekah (yang entah sudah ke berapa kali berpeluang naik haji).
.

Bukan ke dia dihadiahkan hadiah haji itu sebab dia tok guru?

Kalau dia bukan MB pun dia akan dapat tawaran macam tu, betul tak?

Tulang Besi said...

no problem kapak besi

ikhqoi said...

Peringatan yang bagus.

Jika kenderaan mewah itu dihadiahkan oleh sesiapa sahaja kepada pimpinan PAS, maka selayaknya ia dipanggil RASUAH. Kenapa ia RASUAH? Jikalau anda bukan pimpinan parti, ataupun pimpinan kerajaan, anda rasa anda bagus sangat ke, nk dapat hadiah kereta mewah itu. Sapa yang badigol kata jgn hebohkan pasa kereta mewah sebab itu hadiah simpatisan parti, orang itu kita hantar dia terus ke SPRM

Tapi harus diingat, tak semua pimpinan PAS yang pakai kereta mewah sebab hasil hadiah dari orang.

Terdapat segelintir pimpinan PAS sebelum masuk PAS, dah sedia kaya, berjawatan profesional dan sudah memiliki kereta mewah. Oleh itu, jika kereta mewah, perbelanjaan mewah datang dari pokek diorang sendiri, jangan pula ada hasad dengki dari kita.

Prinsip saya mudah sahaja.
Jika anda yakin harta yang ada kumpul dari harta yang halal, suka hati koranglah nk guna harta itu untuk apa-apa sekalipun waima beli kereta mewah, tido hotel mewah, buat banglo besar-besar

Apa yang penting, ia sumber yang halal

Anonymous said...

dlm PKR terdpt ramai berpenyakit wahan & mustahil mudah berjangkit bila sudah bergaul rapat dg PAS. Ibarat PKR tu tukang besi, tk kena percikan api, asapnya berbau jg.

wec7188 said...

bagi sy..pas ke umno sama je..yg penting kepimpinan drg boleh menjamin keamanan,kesetabilan ekonomi,pelajaran anak2 dan tidak lari dri kehendak islam..soal rasuah,salah guna kuasa ada di dlm kedua2 parti tersebut..nama pon manusia tidak akan lari dengan nafsu..jadi semua tu harus di benteras..siapa yg mkn rasuah slh guna kuasa patut terima akibatnya..tk kira pas ke umno..soal syurga neraka hak allah yg mutlak..siapa yg taat kepadanya akn masuk syurga..bkn msk syurga hanya mengudi pas je,kalu tk ikut perintah allah tk kira la..kita tiap2 tahun undi pas pn blh msk neraka..tu dh jelas..

Tulang Besi said...



Tapi harus diingat, tak semua pimpinan PAS yang pakai kereta mewah sebab hasil hadiah dari orang.

Terdapat segelintir pimpinan PAS sebelum masuk PAS, dah sedia kaya, berjawatan profesional dan sudah memiliki kereta mewah. Oleh itu, jika kereta mewah, perbelanjaan mewah datang dari pokek diorang sendiri, jangan pula ada hasad dengki dari kita.
.

SETUJU 100%.

yang kaya dari asal tu, kita tak boleh marahlah

Ahsan said...

Dalam PAS, orang yang paling banyak makan daripada duit Kerajaan Negeri adalah.

1. Nik Abduh yang sentiasa tukar kereta. Beliau merupakan ahli Majli MPKB-BRI dan PMBK. Sebab itu beliau melenting apabila sedara dia ariffahmi terpelanting daripada CEO PMBK. TGNA tidak tahu benda ni

2. Takiyuddin Hasan. Yang perabih duit puluh ribu untuk dapatkan no plat kereta TAK1. Kereta tukar dua bulan sekali. Memang terkenal sebagai orang berduit. Kroni rapat penulis Sayuti Omar.

3. Nasharuddin Mat Isa. Rumah RM1.5 juta kat Bandar Sri Putra. Sayuti Omar cuba putar belit mengatakan bahawa rumah tersebut rumah sederhana. Tapi sayuti Omar yang bodoh itu tidak tahu bahawa kawasan itu, semua banglonya beharga RM1.5 juta. Bukannya kat Kuala Lipis. Harga tanah murah bang!jangan tolol sangat nak backing bos pun. Lepas menang aje, kereta tukat dua tiga bijik. Baju kod 7-8 pasang baru, kesemuanya branded. Harga beribu. Lepas tu malas jengok kawasan bachok.

Kalau pemimpin dah kaya, buat apa minta duit derma jihad daripada ahli lagi. Ahli PAS, nak makan pun tak cukup duit.

Kesemua orang di atas adalah pendokong Unity Goverment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.