Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 14, 2009

Perkara Yang Saya Dedah Bukan Rahsia Lagi, Ianya Sudah Berada Dalam Tangan UMNO


Perkara yang saya dedah ini bukan perkara rahsia kerana mengikut beberapa sumber dari berbagai blog, salinan rakaman ini sudah pun berada dalam tangan UMNO.

Jangan lupa bahawa isu ini mula pecah hasil dari perjumpaan Blogger UMNO dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali di kediaman beliau tempohari.

Hasil dari itu, Mahaguru58 yang mula2 membuat pendedahan cerita ini hasil dari apa yang beliau kutip dari lisan Ustaz Nasaruddin dan Hasan Ali.

Yang sebenar-benar bersalah adalah Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa kerana mendedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO dan membiarkan blogger2 ini merakamkan perjumpaan mereka. Mengapa begitu baik sangat dengan blogger UMNO pun saya tak faham.

Sekarang ini, saya 100% yakin bahawa UMNO sudah pun mempunyai satu salinan rakaman tersebut dan saya yakin 100% rakaman tersebut akan digunakan 2-3 hari sebelum hari Mengundi dalam pilihanraya umum nanti bagi menjahanamkan PAS serta Pakatan Rakyat.


Baiaah Taklik Dipersetujui oleh Calon dan juga Isteri/Suami Calon

PAS tidak bijak dalam menangani isu ini. PAS Pusat masih hidup dalam angan-angan bahawa seolah2 UMNO tidak mempunyai bukti kukuh terhadap isu ini. Mereka menganggap bahawa isu ini akan mati selepas mereka memberikan gambaran yang tidak berapa benar.

Dan PAS boleh keluar kenyataan yang mahu merendah-rendahkan Khalid Samad hanya kerana Khalid Samad berkata perkara yang benar?

Penghabisan sekali yang akan dipersalahkan adalah Khalid Samad sedangkan pendedahan awal cerita ini datang dari blog Mahaguru58 lantaran dari dialog antara Blogger dengan Hasan Ali dan Nasarudding Mat Isa.

Bukan Khalid Samad yang dedah kah perkara ini pun. Tapi nampaknya Khalid Samad sedang dikambing hitam kan. Kesian Khalid Samad tapi saya dedah ni bukan sebab Khalid Samad pun.

Tiada sebab untuk merasa malu dalam isu ini kerana baiaah taalik ni berjaya menghalang politik wang. Punya berkesan Baiaah Taalik ni sampai Ibrahim Ali pun takut satu macam nak melompat padahal dia tu raja lompat.

UMNO Sudah Ada Satu Salinan Rakaman Tersebut

Bayangkan apa akan jadi pada PAS, PKR dan DAP sekiranya rakaman yang saya dedah ini keluar 2-3 hari sebelum hari mengundi dalam PRU nanti?

Waktu itu kita sudah tidak ada masa lagi untuk menghadapi serangan ini dan ianya mampu membuat 80% pengundi wanita mengundi Barisan Nasional.

Adakah kita mahu menunggu 2-3 hari sebelum pilihanraya, baru kita hendak ambil isu ini secara serius?

Ataupun kita dedahkan apa yang musuh ada sekarang ini dan kita tangani isu ini di luar waktu kempen dengan masa yang cukup?

INGAT!!!! Sejauh mana kita cuba menyorok dalam isu ini, UMNO sudah pun mempunyai senjata untuk membunuh kita. Malahan, mereka lagi suka kita menyorok dan berbohong. 2-3 hari sebelum pilihanraya, sudah lah kita berbaiaah taklik, pemimpin2 kita juga telah berbohong kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Di waktu itu, APA AKAN JADI PADA PAS, PKR dan DAP? Sudah tentu kita akan tergolek.

Pengalaman Pribadi Saya 1990

Waktu itu jemaah di kampus saya telah bersetuju untuk menghantar jemaah dari kampus kami berkempen di Parlimen Bagai Serai. Waktu kami sampai, kami ditempatkan di Markaz Parlimen PAS di Titi Tinggi. Kami diletakkan di Markaz Pusat PAs bertanggungjawab terhadap research dan perang saraf.

Calon Parlimen kami adalah Dato' Zainal Abdin Zin dari Parti Semangat 46. Iye saya pernah berkempen untuk Zainal Abidin Zin yang dinamakan dalam affidavit Ketua AMK Ipoh Timur itu.

Alhamdulillah, antara kejayaan kami adalah mengagalkan program anak angkat UMNO tajaan Ramli Ngah Talib.

Nak bagitau, keadaan waktu itu cukup positif untuk APU dan Gagasan Rakyat, waktu kami tangkap anak2 angkat yang dihantar UMNO itu, mereka bagitau kami sebelum mereka dihantar ke Bagan Serai, mereka telah berkumpul di kediaaman MB di Ipoh. Waktu mereka bertemu MB, Ramli Ngah Talib telah menangis meminta mereka kuat berusaha memenangkan BN.

Ertinya, keadaan UMNO dan BN AMAT GOYANG pada waktu itu sehingga MB sendiri boleh menangis depan anak2 angkat yang berjumlah dalam seribu ke seribu setengah.

Kami membuat pengkajian malahan kami berjaya mendapat maklumat sulit dari BN yang menunjukkan BN ketinggalan amat jauh di Bagan Serai. SAya masih ingat betapa konfiden Zainal Abidin Zin masa itu.

Dan apabila gagal program anak angkat, memang kami tahu UMNO dan BN dah surrender. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India, berada di belakang APU dan GR.

Bayangkan Tunku Abdul Rahman berceramah di Bangsar, jumlah yang datang adalah dalam ribuan. Sedangkan penduduk Bangsar ni orang2 yang kerja di pejabat dan tiada masa untuk politik. Tunku punya konfiden sampai dia terus terang kata "Mahathir ni dajai". Orang semua bertepuk dan bersorak bila dia cakap macam tu.

PBS pula ambil peluang ini untuk mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional. Semangat jentera BN masa tu cukup down. Maksudnya kemenangan yang kami hajati pada masa itu amat hampir. Tapi, Dato Seri Anwar tetap setia dengan Dr. Mahathir walaupun pada masa tu BN sudah hampir tamat hayat.

Kami lihat keadaan cukup positif sehinggalah Ku Li bertindak amat bodoh dan pergi berjumpa Pairin 2-3 hari sebelum hari mengundi.
Jadilah apa yang dipanggil "Tengkolok Ku Li". Padahal Cikgu Pa dah cakap jangan pergi tapi dia degil.

Bayangkan, sebelum berangkat dari airport Subang, dia sempat ceramah di Shah Alam dan kedatangan pada masa itu adalah dalam jumlah 5000 hingga 6000 orang tempatan. Waktu itu, pengundi Shah Alam tak ramai macam sekarang. Begitulah bersemangat rakyat Malaysia mahukan perubahan

Ku Li Nak Tunjuk Pandai dan Kena Kantoi

Nasib baik Kelantan tak kalah sebab jentera Kelantan sempat menyebarkan gambar Dr Mahathir memakai tengkolok yang sama sebelum rakyat pergi mengundi. Jentera Kelantan memang kemas dan kemas sejak zaman itu lagi.

Kami lihat sendiri jentera kami jadi lemah depan mata kami bila isu Ku Li pakai tengkolok salib ini ditimbulkan 2-3 hari sebelum election.

Dato Zainal yang begitu konfiden sebelum ini, menjadi seperti menikus. Kalau sebelum ini ceramah beliau berapi-rapi, lepas tu kami nampak slow sikit kadang banyak.

Jumlah orang yang mahu membantu kempen juga jatuh dengan mendadak selepas kes Ku Li pakai tengkolok ini.

Dan memang kita tiada masa dan keupayaan untuk meneutralisasi serangan UMNO/BN itu. Hasilnya, negeri Perak yang sepatutnya jatuh, kekal tangan UMNO BN. Tangisan Ramli Ngah Talib telah disambut oleh Ku Li dengan menunjukkan kebodohan beliau.

Saya dah belajar dari 1990. CUKUP PAHIT. Dan saya lebih sayangkan parti saya dari pemimpin.

Biarlah saya dedah benda ni sekarang dari UMNO mendedahkannya 2 atau tiga hari sebelum hari mengundi.

Tuan Guru Presiden pernah ajar saya bahawa Nabi SAW bersabda "Umatku tidak akan dipatuk pada satu lubang dua kali".

Itulah motivasi saya membuat pendedahan ini.

Kalau nak marah, pegi marah Hasan Ali dan NAsaruddin Mat Isa kerana memberi peluru pada musuh untuk membunuh kita.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Teringat ucapan dari Dato Zainal:

"Kalau kita menang pilihanraya ini, hari Isnin kita angkat sumpah, hari Selasa mesyuarat Kabinet, hari Rabu tuan-tuan dan puan-puan akan dapat duit (bayaran terus kepada orang2 tua)"

Punya konfiden Dato Zainal tapi last2 masuk UMNO juga kau ye. Aku tak halal segala tenaga dan usaha aku kempen untuk kau hari tu.

15 comments:

Ammar said...

Aku respek dengan ko. Serius, aku memang respek dengan ko. Ko punya pengamatan memang tajam. Ko seorang strategis tulen.

Mustapa Ali bodoh. Dia pergi nafikan ada baiah taklik. Sedangkan rakaman Ramli Tusin memang dah ada kat TV3. UMNO tunggu aje PAS buat penafian. Bila Mustapa Ali buat penafian aje, terus keluar rakaman Ramli Tusin.

Senang betul Mustapa Ali jatuh di dalam perangkap UMNO. Aduss, kenapalah pemimpin PAS ni bodoh-bodoh belaka. Semuanya kena lauk dengan UMNO. Kecuali TGNA and The Gang aje yang genius dalam politik.

taraknama said...

sebab ada pimpinan yg bodoh sombong nie lah buatkan aku slow dalam politik sekarang nie... dah banyak kali aku cuba kuatkan semangat nak bangun semula tapi aku lihat macam buang masa... ingatkan dah menang dgn anugerah yg allah bagi pakat semua buat kerja nak memenangkan parti tapi sehari kesehari dah terbalik kuang dah...

tahniah sahabat lu masih kental dalam perjuangan...

insya'allah berbekalkan semangat lu wa jugak cuba buat pheonix bangkit..he he he..

dah la ada pimpinan yg bodoh sombong lepas tu ada pulak penyokong yg bodoh sombong... patuh membuta tuli...alahai dunia dunia...

Anonymous said...

Clean up time..lick the wound, its OK. Amat setuju TB.

Anonymous said...

bukan stopa ali jerk bro, ketua pemuda, timbalan pres, dan pJ selangor mmg mengong, dan pas perlu rehatkan mereka semua, kalu dak tgkjer la nanti dlm pru 13, dah banyak onar dan masalah depa ni buat, yang aku benci sekali pasai UG. aku la ni tgk gambar pj sel, stopa, nasha dan KP pas naik cuak, benci dan seerti dgnnya sama mcm aku tgl gambo sammy dan madir dan rosmah

Anak Perelih said...

Aku rasa dalam isu baiah talak 3 ni, advantage adalah kepada PAS.. kerana apa.. kerana PAS boleh meyakinkan pengundi yang ADUNnya tidak akan sekali kali melompat parti....

Yang umno bising tu pun diaorg cuba test water dan hanya menfokuskan kearah satu aspek baiah ini sahaja, tidak keseluruhan... sebab tu UMNO hanya target kepada Khalid Samad...

BTW.. dengan pendedahan ini juga, secara tak langsung, satu peringatan "lupakan usaha untuk tarik ADUN PAS utk lompat parti" dikeluarkan kepada UMNO... kerana ianya adalah usaha sia sia kerana it's impossible... Yang UMNO tumpu satu aspek baiah ini kerana UMNO kecewa untuk menarik ADUN PAS lompat parti...

PAS boleh gunakan isu ini utk yakinkan pengundi utk undi PAS.. terutama pengundi bukan melayu yg anti BN... ADUN PAS tidak macam ADUN PKR yang dah berapa orang dah yang lompat.

Anonymous said...

salam bro

aku ahli pas bersetuju dengan pendedahan saudara.

saya hadir mesyurat cawanagn 3 hari lepas,amat terkejut dengan dialog pimpinan cawangan yg hadir pada road show,senjata mereka sekarang adalah kita mesti bersatu,dah jadi macam umno pulak bila dah mati akal guna hujag bersatu untuk escape dari bersalah

Anonymous said...

Emosional sungguh, very touching.

Tapi sampai part hang tulis umatku takkan dipatuk oleh lubang dua kali tu zuk hilanglah kat situ. Mana buleh lubang patuk mematuk pulak.

jebat said...

KUALA LUMPUR – Isu bai’ah talak tiga yang kononnya diamalkan oleh Pas sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan imej parti itu seolah-olah mengamalkan dasar sempit dengan memanipulasi institusi perkahwinan demi kepentingan politik,

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu berkenaan sengaja diputar-belit oleh sesetengah pihak sehingga memberi persepsi buruk kepada rakyat bahawa Pas sanggup menggadaikan perkahwinan demi parti.

Menurutnya, bai’ah atau sumpah taat setia adalah satu sistem di mana ia digunakan untuk memastikan taat setia calon kepada parti tidak kira calon tersebut kalah ataupun menang di kawasan yang ditandingi mereka.

“Isu bai’ah (talak tiga) adalah percubaan pihak tertentu untuk menggambarkan imej Pas sebuah parti yang buruk dan negatif, mereka mengatakan seolah-olah wanita tidak diberi peluang. Ini adalah bentuk persepsi yang telah dibuat untuk Pas sejak dahulu lagi.

“Jadi isu bai’ah yang diperkatakan sekarang sebenarnya kesinambungan untuk menjatuhkan imej Pas sejak dulu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat Kali-6 di sini semalam.

Selain itu, Nasrudin berkata, Pas akan membuat penjelasan kepada orang ramai secara besar-besaran mengenai isu bai’ah untuk membetul dan menutup persepsi salah umum terhadap parti tersebut.

“Isu ini terjadi kerana pihak pucuk pimpinan parti belum buat keputusan tetapi ia sudah diperkatakan oleh semua, sepatutnya pucuk pimpinan parti menjadi sumber rujukan utama, jika ini diabaikan, maka timbullah persepsi salah,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan bahawa bai’ah Pas tidak melibatkan lafaz penceraian isteri, tetapi melibatkan sumpah setia laknat bagi mengelakkan risiko lompat parti.

Mat said...

Salam Rahman.

Secara pengiraan kasar akan equal balik......

Tambahan maklumat kini di hujung jari.......

Tetapi kerana lalai tidak sempat untuk counter balik.

Saluran hanya tinggal TV sahaja.

Hampir 10 tahun tidak membeli utusan/berita harian/star/nst....
Tidak membeli Harakah sejak March 2008 kerana sudah nampak bayang-bayang kearah tidak faham naluri pengundi.....

Peristiwa Ku Li menjadi titik tolak betapa jijiknya media Umno/Bn di bawah rejim Mahathir....mungkin orang yang sama ketika ini.

PRU12 bukankah peranan media baru?
Peratusan anak muda yag sedar.

Kekalkan message Umno/Bn itu dajal warisan British....menyeksa hingga mati Dr.Burhanuddin.
Kes memali/operasi lalang dll...

Apakah beretika kalau di ungkit kembali wartawan busuk yang menulis.....memasukkan anu ke lubang anu dalam kes Anwar di dada akhbar muka hadapan.......

Contoh ini sahaja sudah cukup berat untuk mengikis dalam hati/fikiran betapa jahatnya anak didik British ini untuk terus berkuasa.

Negara Islam ka,atau apa sahaja ka....kena ingat bahawa perlembaaan persekutuan/negara di guna pakai.
Siapa yang menyokong dan menggubal dasar British ini ?
Bukankah majoriti yang duduk di parlimen ?
Maka matlamat orang muda yang cinta akan keadilan dan bangsa malaysia ialah menendang/tanam hidup-hidup Umno/bn...!!!

Media Umno/Bn akan edit apa sahaja untuk kekal terus berkuasa..maka berterima kasih kita kepada Pencipta yang menggerakkan insan mencipta media 'Maklumat di hujung jari'

Anonymous said...

Aku rasa dalam isu baiah talak 3 ni, advantage adalah kepada PAS.. kerana apa.. kerana PAS boleh meyakinkan pengundi yang ADUNnya tidak akan sekali kali melompat parti....

Yang umno bising tu pun diaorg cuba test water dan hanya menfokuskan kearah satu aspek baiah ini sahaja, tidak keseluruhan... sebab tu UMNO hanya target kepada Khalid Samad...

BTW.. dengan pendedahan ini juga, secara tak langsung, satu peringatan "lupakan usaha untuk tarik ADUN PAS utk lompat parti" dikeluarkan kepada UMNO... kerana ianya adalah usaha sia sia kerana it's impossible... Yang UMNO tumpu satu aspek baiah ini kerana UMNO kecewa untuk menarik ADUN PAS lompat parti...

PAS boleh gunakan isu ini utk yakinkan pengundi utk undi PAS.. terutama pengundi bukan melayu yg anti BN... ADUN PAS tidak macam ADUN PKR yang dah berapa orang dah yang lompat.


sorry bro. kalau hang survey kepada 10 pengundi wanita (yg atas pagar jgn tanya muslimat PAS atau puteri UMNO), mereka takkan setuju kerana ia satu penghinaan. jgn anggap ia satu advantage. please see the other side of coin. jgn terperangkap dgn ideologi syok sendiri.

Tinta Hitam said...

Alhamdulillah APU kalah.Masa tu PAS begitu taksub dengan S46.Jika APU menang saya dapat jangkakkan PAS akan ditendang keluar sama spt BN dulu.Malahan diKelantan selepas PRU S46 dibawah Rozali Isohak dah mula tunjuk belang dan menysuahkan pentadbiran TGNA.Isu Kelantan Water adalah diantara onar yg dibuat S46..

Ada hikmahnya diatas kekalahan diperingkat nasional itu.Tapi PAS masih tak belajar dari pengalamannya.PAS dikencing dua kali oleh UMNO.Satu UMNO original,satu lagi UMNO yg tak suka Tun M (S46).

Sekarang PAS masih lagi tak serik mendekati UMNO?? Kalu korang nak kata pimpinan PAS bangang aku setuju

Tulang Besi said...

BTW.. dengan pendedahan ini juga, secara tak langsung, satu peringatan "lupakan usaha untuk tarik ADUN PAS utk lompat parti" dikeluarkan kepada UMNO... kerana ianya adalah usaha sia sia kerana it's impossible... Yang UMNO tumpu satu aspek baiah ini kerana UMNO kecewa untuk menarik ADUN PAS lompat parti...

PAS boleh gunakan isu ini utk yakinkan pengundi utk undi PAS.. terutama pengundi bukan melayu yg anti BN... ADUN PAS tidak macam ADUN PKR yang dah berapa orang dah yang lompat.
.


Benar, tapi dalam pembinaan persepsi "timing is everything".

Dalam keadaan benda ni didedah 3 hari sebelum hari mengundi, ia akan menimbulkan BANYAAKKK salah faham terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, menyebabkan kita akan hilang undi wanita.

TEngok peristiwa Ku Li dengan tengkolok salib sudahlah.

Mana Ku Li ada pakai tengkolok salib masa tu?

Betul tak?

Anonymous said...

menang kalah dalam pilihanraya kerja Allah...
terimalah usaha dan ikhtiar pimpinan yang memegang amanah sebaiknya.
klu rasa kita hebat,tawarlah diri jadi pimpinan...
biar ahli tentukan,cakap diluar gelanggang memang berdegar-degar...

Anonymous said...

tpi bukan ke baiah taklik ni mmg tak wujud dalam pas? jadi kenape kita nak salahkan mustafa ali bila dia nafikan. dia bercakap benar, baiah taklik mmg takde dan tak diarahkan untuk ada

cuma khalid di selangor n hasan je pandai2 buat masa pru 2008 dulu. padahal baiah ni tak sepatutnya rahsia sebab ramai bekas calon pas dh duduk dalam umno macam nakhaie ahmad. tpi nape baiah taklik ni dianggap rahsia? sebab pas selangor terutama hasan n khaldi memandai nak tunjuk lebih hebat

sbb tu kalau hasan sebut dengan perjumpaan blogger ari tu pasal baiah ni, mungkin kerana baiah ni pada dia bukan rahsia sebb dia pernah ceramah sebut benda ni

yg menampakkan baiah ni rahsia adalah kalangan blogger bangang yang tak paham pasal baiah pas. n baiah taklik ni jadi kcoh sebab pas pusat nafikan kerana mereka tak buat, yg buat ci=uma pas selangor n beberapa kerat lagi

pe pon tahniah kepada tulang kerana berjaya membuatkan org luar panggil pemimpin pas dengan gelaran 'bodoh'. tentunya dia tak rasa bersalah skit pon

p/s tulang, bukan kau je yg penh bejuang dalam pru 1990 sampai skrg. aku dah terlibat lebih lama lagi termasuk masa pas kena tendang dari bn dlu.

tpi takde la aku sampai tergamak mementingkan populariti blog aku melbihi kepentingan jemaah. pada aku kau patut agak2 skit la

wec7188 said...

aku terkejut dengan bai`ah bodoh ahli agama pas yang di kata kan islam,cerai talak 3,sungguh tak islamik,bayangkan perkara yang tidak di larang oleh allah,tapi amat di murka telah di permainkan dlm isu politik pas yang di katakan islam sangat.kalu nak menegak kan islam atau nak merentah tampa rasuah..saya syorkan supaya bai`ah berbunyi begini" jika saya makan rasuah dan tidak menjalankan amanah rakyat tuhan turun kan lah bala pada tu " tapi aku percaya semua takan berani nak berbai`ah demikiam sebab semua ada agenda sendiri dlm politik.bai`ah talak 3 tiada kena mengena langsung dengan isu rasuah dan agama.pas umno masuk syurga dengan keizinan allah.kalu ornag pas kaki nombor judi minum arak..dia tetap masuk neraka juga seperti ng org umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.