Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, November 17, 2009

Rakaman Dialog Siri 2: Perbincangan Dengan UMNO Adalah Lantaran Islam Dalam Bahaya Di Bawah Pakatan Rakyat

Klip ini memberikan kita gambaran bibit2 perpecahan berlaku dalam PAS. Bagaimana hanya dalam satu bulan sahaja pemerintahan Pakatan Rakyat, mereka sudah mulai mengadakan kertas kerja untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO? Begitu anti Islam sangatkah Pakatan Rakyat sampai baru sebulan beroperasi, sudah teruk anti Islamnya?

Heran juga saya, kerana kalau benar tiada usaha menubuhkan sebuah kerajaan dengan UMNO tetapi mengikut pengakuan Ustaz Ahmad Awang:


"“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”


Ertinya, usaha yang dikatakan mahu "berbincang dengan UMNO ini" adalah lanjutan dari usaha mereka2 ini mahu menubuhkan kerajaan dengan UMNO sebelum ini.

Pokoknya pergerakan kepada UMNO telah bermula sejak dari mula lagi. Dan tiada salahnya mereka-mereka yang mahu menentang usaha ini dalam PAS yang dipanggil "kumpulan erdogan".

Point terakhir dalam isu ini, mengapa tidak idea ini dibicangkan di peringkat Dewan Harian PAS Pusat? Mengapa dibawa ke Syura, tanpa merujuk kepada Pengerusi Majlis Syura serta terus dilaksanakan "keputusan itu".

Malahan kita pun tidak tahu apa keputusan sebenarnya kerana minit mesyuarat Syura tersebut tidak pernah dibentang kepada AJK PAS Pusat atau Dewan Harian hatta pada Mursyidul Am sendiri.

Soalnya lagi, BENARKAH ISLAM DALAM BAHAYA DI BAWAH PAKATAN RAKYAT? Kenapa hanya Selangor sahaja yang komplen? Kenapa tidak Perak? Kenapa tidak Penang?

Kenapa sepanjang hayat kerajaan PR Perak yang pendek itu, tiada kedengaran apa-apa permasalahaan dari segi Islam dan perjalanan Islam di sana?

Kalau ada pun komplen dari PAS Pulau Pinang, hanyalah mereka merasa mereka dipinggirkan, namun kita tak dengar komplen bahawa Islam ditindas di sana.

Nantilah kita akan hurai lagi pendedahan-pendedahan ini, inshaalah.

Untuk "download", sila klik di sini.

Nota: Rakaman Youtube akan dikeluarkan petang atau malam ini.

Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01



Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 02.wmv



Tulang Besi

42 comments:

Anonymous said...

cerita lamaaaaa...boring!!!!

TB takdak kerja lain dah...nak tambah dosa...nak bagi heat baik punya kat dalam neraka.

cuba la cari maklumat baik punya utk nak hentam umno ka atau sesapa yg nak tentang Islam...baru la ada faedah!

cuna la cari benda yg boleh bagi pecah umno...bukan bagi pecah PAS...bongok!!!

Tulang Besi said...

cerita lamaaaaa...boring!!!!

TB takdak kerja lain dah...nak tambah dosa...nak bagi heat baik punya kat dalam neraka.

cuba la cari maklumat baik punya utk nak hentam umno ka atau sesapa yg nak tentang Islam...baru la ada faedah!

cuna la cari benda yg boleh bagi pecah umno...bukan bagi pecah PAS...bongok!!!
.

Aku tgh bagi UMNO panas la ni. semua ni tunjuk orang UMNO dalam PAS akan dibersihkan

Anonymous said...

Sahabat kanan,

cerita lamaaaaa...boring!!!!

Bila hg nak defend tok guru dr Kickdefella ni?

Ke semua Kickdefella tulis tu betul? Syura IRC kata jgn defend Tok guru ke TB???

Tinta Hitam said...

Saperti yang telah saya sebutkan sebelum ini.Terdapat dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri masih lagi melihat sesuatu perkara itu berdasarkan kacamata UMNO.

Maksud saya mereka melihat sesuatu isu politik dengan membahagikan kepada melayu,cina,India.Islamnya pulak entah kemana.

Tu sebab bila dah menang aje kat Selangor dan Perak,mereka terus menyerbu kepada UMNO utk bergabung sebab DAP adalah musuh Islam.UMNO kurang sikit.Jadi elakkan kan musibah besar (DAP) dan ambil musibah kecil (UMNO).Mereka tidakmengkaji lebih dalam lagi atau buat buat lupa mengenai tindkan UMNO kepada semua jemaah Islam dan penghinaan nya kepada ajaran Islam selama 52 tahun ini.

Anonymous said...

kalau dalam dap takde yg jenis kepala sial macam jeff oii yang kata syraiah tu ekstrem, tentu ramai penyokong pas yang lebih setuju ngan dap banding umno

aku dah malas nak layan teori2 UG ni, n puak2 UG kalau ada pun aku rasa dah tak berani nak timbulkan isu ni

dari aku layan si tulang ni lbh baik aku siap2 nak g kota siputeh

lu tulang, duk sini je jgn ikut. lu batu api nanti menyushkan jentera pas plak

Tulang Besi said...

Laaa DAP sendiri maki Jeff Oii tu. kau lupa ke?

Abdullah said...

Kita sudah dengar dalam kedua2 rakaman penafian untuk membawa PAS ke dalam UMNO atau individu yang dituduh selama ini untuk menyertai UMNO.

Telah terbukti segala tuduhan Tulang Besi selama ini keatas Hasan Ali, Ust Nasa dan sebagainya untuk menyertai UMNO atau membawa PAS ke UMNO adalah fitnah belaka.

zakwan said...

See u in Kota Seputeh,TB
That is unless UMNO wins the appeal
Which is highly expected as seen in Nizar's case back in May

Tulang Besi said...

Anonymous Abdullah said...

Kita sudah dengar dalam kedua2 rakaman penafian untuk membawa PAS ke dalam UMNO atau individu yang dituduh selama ini untuk menyertai UMNO.

Telah terbukti segala tuduhan Tulang Besi selama ini keatas Hasan Ali, Ust Nasa dan sebagainya untuk menyertai UMNO atau membawa PAS ke UMNO adalah fitnah belaka.

November 17, 2009 1:58 PM
.

Kahkahkah Ustaz Ahmad Awang pu n fitnah ke?

Tulang Besi said...

Masa belum tubuh kerajaan lagi dah cuba untuk tubuhkan kerajaan bersama UMNO-PAS

AGN said...

saya rasa tertipu dengan pimpinan PAS, 4 piliharaya umum saya terlibat dari mula sehingga akhir dan tidak pernah jemu walaupun ada masa yg PAS lemah dan jentera kita pun lemah,saya dan ahli2 berdiri teguh dan terus berjuang dengan segala keringat,wang masa dan tenaga kami curahkan.

bila saya fikir balik selepas mendengar 2 audio ini,saya terasa sungguh sedih dgn pimpinan spt ini,memang tidak boleh di percayai,yang saya paling terkejut dgn ust harun din.sanggup menhalalkan perbuatan tikam dari belakang.

saya di selangor,memang bukan mudah nak bagitau ahli biasa PAS yg wala membabi buta dan refuse nak dengar penjelasan ahli bukan pimpinan spt saya.roadshow dr hassan dan geng dia sudah berjaya membuat ajk caw dan kaw makin bersemangat dan bermotivasi menyokong beliu dan semakin benci pada pejuang pas sebenar spt yb khalid.

yang pelik hubungan kami dengan YB bebbangsa cina pkr di tempat kami amat baik.

yg lagi pelik yg parlimen pas kami yg tak nampak muka,di parlimen tak dengar berita.



saya hanya mampu melihat gel;agat mereka

Anonymous said...

masa tu PR pun belum tubuh... PR pun belum ada lagi... cuba ko baca kenyataan Us. Ahmad Awang tu secara keseluruhan.. bukan paragraf tu saja...

Anonymous said...

Tulang Besi... buba baca apa yang Khalid Samad kata...

http://www.khalidsamad.com/2009/11/pr-akan-bebaskan-sistem-maklumat.html

"Masalah utama orang Melayu adalah terlalu percaya pada propagada Umno lebih 52 tahun, isu kedudukan Melayu, bahasa, tanah dan sebagainya, persepsi orang Melayu masih anggap Umno segalanya. Walaupun Umno rasuah, orang Melayu masih jauh dari kita (Pakatan)," jelasnya.

"Segelintir orang Cina dan India pula percaya PAS adalah parti ekstrem Islam disebabkan propaganda televisyen (dan) radio (yang dikatakan milik) Umno masuk ke setiap rumah, setiap hari."

Beliau berharap Pakatan Rakyat tidak memandang remeh isu persepsi tersebut.

"Ini (isu perkauman) bukan saja persepsi (rakyat) yang tidak boleh PR tolak (abaikan), tapi ia sudah jadi sensitiviti yang menyebabkan rakyat (khususnya) undi Melayu kian berkurang pada PR, begitu juga yang lain," jelasnya.

Tulang Besi said...

Mungkin juga masa tu tok guru tak nampak perangai sebenar menantu dia?

Betul tak?

AGN said...

anon 3.00pm

saya percaya kamu bukan ahli pas atau ahli yg tak aktif cuma tukang mengundi saja dan bila menang baru datang markas untuk celebrate.

sewaktu pr12 dulu walaupun belum ada pakatan rakyat.di kebanyakan tempat ketiga3 parti berkempen dan menolong satu sama lain termasuk di tempat saya,adun pkr berbangsa cina membawa calon pas parlimen berkempen ke serata tempat pengundi bangsa cina/india dan sebaliknya.

alhamdulliah kedua menang.

bayangkan perasaan YB pkr berbangsa cina itu tahu lepas saja menang PAS berunding dengan umno.

saya bukan munafik

Abd Razak said...

hahaha...fraksi2 umno dh kepanasan...diorang dh gelabah sbb rakaman tu membuktikan apa yg diperkatakan oleh TB selama ini benar...usah dilayan mereka lg TB...skrg ini adalah saat kehancuran bg fraksi2 umno di dlm PAS...kpd fraksi2 umno....terima je le kenyataan....dulu korang bantai TB sbb xde bukti...skrg nah amik ko...bukti dh jelas...x ke bodoh namanya nk bagitau rahsia parti kpd pihak musuh...bangang ke korang ni?...

nizamtoha said...

kerja rakam merakam ni keje SB...

Tulang Besi said...

Marah betul Fraksi UMNO bila rahsia diorang terdedah.

DUlu bila orang cakap tak percaya. Siap mintak bukti la. Bila dah ada bukti, marah orang buat rakaman pula.

Habis tu macamana?

Sahlah korang ni kepala otak dah mereng.

Kao kena masuk Tanjung Rambutan

Vagabond said...

Sememangnya kalu dgr what Ust Nasar sebut, mcm ok aje....tapi yg very dissapointing apa ke hal terlintas nak berkejasama dgn umno....buta ke org melayu ni apa umno buat kat melayu...nujum pak belalang punya cerita...satu untuk hang, 10 untuk aku...

tak payah lah nak sebut pasei islam...tu nun jauh sekali...BUTA KE DEPA NI?....

Yg hairannya Ust Harun Din pun boleh mengeluarkan pendapat dan kertas kerja unutk berbincang...yg tu sgt pelik dan menghibakan...ialah dia lebih berilmu mengenai agama islam tapi jgn lah mengasingkan strategi dengan islam...dlm Islam pun ada semua termasuk strategi...kalau nak kata nak tolong melayu atau pun islam...kalau umno nak buat dah lama lah dia buat...

yg non-muslim kat pkr and dap tu kita kena treat macam kelab penyokong pas, berdakwah dgn lembut dan depa nanti nampak lah keindahan islam....kalau tak masuk islam pun tak apa becoz kita dah berusaha...ni belum apa lagi dlm masa 3 hari boleh nak duduk dgn parti melyu yg perasan depa org putih (United Malay National Oragnisation)....PELIK TAPI BENAR.

Vagabond said...

ooohh lupa pulak...kalau nak kata umno nak tolong melayu ...apa ke halnya depa tak bagi oil royalty to Kelantan...kan sesama melayu dam islam....bagi org meno handle duit "wang ehsan" ni org yg seronok beberapa kerat aje dan mungkin satu lagi masjid kristal akan dibina tapi kat macahng atau jeli pulak...atau kedua dua tempat...BUTA KE ORG MELAYU NI!!!...ehh geram aku

HangNadim® said...

DUlu bila orang cakap tak percaya. Siap mintak bukti la. Bila dah ada bukti, marah orang buat rakaman pula.

KAH!KAH!KAH! Betul tu TB, aku teringat dulu masa PRK Bagan Pinang. Topeng Perak Unmasked pernah cakap mender yang sama:

Bagi cerita tak percaya pastu mintak photo, bagi photo mintak video, bagi video puuuuun dorang tak percaya jugak.

TB ... aku cadangkan kat hang ... hang bagi santau plak kat dorang ... KAH!KAH!KAH!

jaguar said...

makin meluat aku dengan hassan ali dgn nasyarudin...nak kutuk haji hadi takleh..ramai pak lebai melenting nanti...taksub sangat dengan dia...pokok cerita pas akan tumbang prk 13 nanti pasal adanya pemimpin bermasalah macam depa ni dan penyokong yg juga bermasalah yg wala babi buta......

Anonymous said...

Btul..cerita lama dah.duk ulang2 ttg Fraksi UMNO,,org PAS pro Umno.dah tutup buku lama dah.Isu panas skrg ni serangan Kickdefella pd Husam (bos TB) dan Kota Siputeh.Hai awat senyap je TB ni.takut ka HUSAM reject ko nnt?

Anonymous said...

Tunggu la..skrg ni pemimpin PAS dah nampak cool.tak da dah kenyataan terbuka, ni mesti hasil perbincangan dari mesyuarat tertutup tempoh hari di Pejabat PAS . Dengan perkembangan positif ini,,isu2 ttg kerja sama sulit dgn UMNO ni dh basi dah.TB ni duk ulang2 cerita lama nampaknya..dah hilang punca nampaknya TB ni hahaha.Aku berdoa agar TB ni insaf,hentilah kerja2 adu domba ni..rujukla dlm Al-Quran kisah nabi musa ttg mengancung (adu domba) ni.

zakwan said...

The evidence is solid, crystal clear
Guess the UMNO anon bastards do not dare 2 mess wit u now, eh TB?

Anonymous said...

anon 8.15pm

org macam kau kalau ramai dalam pas alamatnya lingkupla pas pr13,langsung tak dak political thinking.

aku kagum dgn TB,pada aku TB amat sayang pada PAS demi survivol pas dan supaya islam di hormati bukan di pandang rendah spt apa yg pemimpin pas yg bermasalah ni buat.

senang saja kau kata pemimpin pas dah cool skg,ceh apa punya tur kau ni.so maksud kau masuk bawa carpet semua masalah yg di buat ni.

betul cakap jaguar,kalau ikut perasaan aku nak aku cakap aje kat pres kita ni pergi kursus politik sekali sekala tapi sura aku kena belasah dgn puak taksub ni.

pada aku kalau JK disiplin uat bodoh saja dgn geng2 ni,tak payah kita buang masa lagila dgn pas,elok kita masuk ngo islam saja la.

Abdullah said...

TB said "Kahkahkah Ustaz Ahmad Awang pu n fitnah ke?"

Apahal kena mengena dengan Ust. Ahmad Awang pulak. What type of argument is that. Mana Ust. Ahmad Awang ada sebut nama2 siapa. So, taklah dinamakan fitnah sebab dia takde tuduh siapa-siapa. Dia just mentioned ada berlaku.

Tapi in your case, memang terang2 you mentioned the names saying that they want to bring PAS to UMNOlah, they want to join UMNOlah and so forth. So, dengan penafian di dalam kedua2 audio, tak dinamakan fitnah ke TB bila kau tuduh dia orang macam2 tu?

JOHN said...

setelah mendengar 2 audio ini...beginikah yang dikatakan pemimpin islam pas.Bolehkah dipercayai untuk dipertanggungjawapkan oleh rakyat untuk memimpin rakyat kearah amanah, berintigriti,benar,tulus ikhlas,berhemah,sopan,bukan penipu dan tidak berhidung jalang.Adakah masih jauh lagi daripada nilai itu. Selama ini saya adalah penyokong pas.Yang pasti saya sangat,sangat dan teramat kecewa dengan ustaz ini. Tolonglah Mat Hadi-teganu jangan bagi dia bertanding dikawasan saya kerana kertas undi saya akan sapu dengan taik.

Rozana said...

Kalau dahulu ada orang berak tepi jalan, pasti orang ramai susah nak cari empunya tahi itu. Tapi kalau hari ni, kalau ada orang kentut je, dah masuk dalam youtube & blog, dah exposed. Inilah cabaran terbaru menjadi ahli politik iaitu setiap langkah tidak boleh sumbang, nanti timbul persepsi yang terus menjadi liabiliti buat diri. Maka, jagalah perilaku diri setiap masa sebagaimana dua malaikat sedang mencatit perilaku kita setiap hari.Hari kita berkentut, esok lusa jadi tahi (shit happens !)

Anonymous said...

TB,
Baru 2 siri rakaman disiarkan,nampaknya pencacai-pencacai Geng UG dah nampak gelabah dan tak tentu arah.Dulu nak sangat bukti,nah sekarang telanlah bukti itu.Sampai diperingkat ini,ada pula yang kata anda nak pecah-belahkan PAS pulak.Yang betul-betul nak rosakkan PAS dah tak nampak.
Jangan lupa,tatkala Nasaruddin Mat Isa coba berselindung dibelakang Majlis Syura Ulamak,sebenarnya dia berselindung dalam jubah Harun Din.Nah sekarang kita sudah kenal siapa Harun Din.
TB "buka semua" jangan tinggalkan walau sedikit pun.Ajar pencacai-pencacai Geng UG dan UMNO ini - ajar mereka cukup-cukup( Once and for all).

Anonymous said...

Kita jangan jadi bodoh, bila dapat kuasa, pelihara betul2, apakah DAP tak bekerjasama dalam gelap dengan MCA?? Apa tak pernah DAP ngan MCA tak berjumpa dalam gelap utk bincang hal kaum Cina? Kepentingan kaum Cina? Tak pernahkah DAP desak UMNO dari luar dan MCA desak UMNO dari dalam agar kepentingan mereka dipenuhi? Isu2 sensitif, isu hak bumiputera, aku yakin DAP ngan MCA sepakat dan berpakat dalam gelap, tapi kenapa bila tang PAS dengan UMNO demer buat bising?? Apakah petugas2 PAS tak rasa tertipu tolong DAP? Jangan jadi bodoh Melayu!! Jangan jadi bodoh Muslims semua!!

HangNadim® said...

"Isu2 sensitif, isu hak bumiputera, aku yakin DAP ngan MCA sepakat dan berpakat dalam gelap, tapi kenapa bila tang PAS dengan UMNO demer buat bising?? Apakah petugas2 PAS tak rasa tertipu tolong DAP? Jangan jadi bodoh Melayu!! Jangan jadi bodoh Muslims semua!!"

KAH!KAH!KAH! Apa punya sengal laaa Anon 11:40 PM ni. Wei Ngok!! Benda yg nko cakap tu cuma laa spekulasi nko jer .. dlm perkataan laen cakap tapi tak der fakta dan takder bukti. Boleh jadi ya dan boleh jadi tak. Benda yg TB dok bagi ni dah ada depan mata dah .. bukti dan fakta. Ko masih nak dolak dalih lagi?

Apa punya bingai!! Balik2 ko citer pasal Melayu .. asal DAP jer .. ko kaitkan dengan hak Melayu terancam. Asal DAP jer ko kait dengan Cina nak tipu Melayu. Punya bangsat laa mentaliti ko neh.

Apa selama neh, parti haram jadah UMNOBN tu tak pernah keje sama dengan Cina ke? Ko nak tutup mata ke yg selama neh barua UMNOBN tu bertahun2 kerjasama dengan Cina MCA. Masa tu ko tak rasa ke Melayu terancam? Yg bagi kaya Cina2 kat Malaysia ni orang DAP ke? Bingai!

Penyokong dan pendokong PAS memang patut bising dan marah bila ada dari pemimpin2 bangang PAS dan orang2 PAS yg kapla hotak dia telebih oksijen bersekongkol untuk berkerja sama dengan UMNOBN. Parti haram jadah yang sememangnya pengkhianat bangsa Melayu dan Islam sejak Tanah Melayu belum merdeka lagi ... pegi baca sejarah.

Perkara biasa dan memang tak boleh dipandang mudah kalau Cina nak jatuhkan Melayu.

Tapi amat sial sekali kalau Melayu terutamanya Melayu UMNOBN yang mengaku pembela nasib orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat Melayu dan nak jatuhkan Melayu malah menghina Islam.

Sepuluh kali sial kalau parti yang mengaku parti Islam namun ada usaha untuk berkerja sama dengan parti haram jadah macam UMNOBN.

Ko kena ingat ... selama ni bukan DAP yang nak tipu Melayu dan PAS tapi nko lah yang dah kena tipu dengan UMNOBN .. parti pengkhianat Melayu.

Grand Marquis said...

Lepas dengar rakaman audio ni, makin jelas tak de apa isu pasal UG. Lebih jelas Hassan Ali dan Ust Nasa tak bersalah.

Saya pun tak paham macam mana intepretasi TB. Amat jelas apa yang dipropaganda oleh TB selama ini tak lain tak bukan adalah semata-mata sangka buruk dan sikap benci tak tentu pasal dan mengkambing hitamkan Hassan Ali dan Ust Nasa.

Anonymous said...

Nasa tu bohong! Husam pergi perak bukan gi bincang dgn Umno.apasal Nasa gi jumpa Umno? sedangkan kita ada Pakatan Rakyat degn DAP dan PKR?

Anonymous said...

Hoi Nasha! Semua orang tak caya bila Asri masuk Umno; Nakhaie masuk Umno ...ramai lagi ustaz PAS masuk Umno....

Anonymous said...

grand marquis kalau la anda ni bukan cybertroopers,amat malang anda mempunyai permikiran yg cetek dan buta maklumat.

ini bukan soal peribadi tetapi soal samada PAS mahu terus berada di peringkat national atau menjadi ngio setaraf ngo ibrahim ali.

Anonymous said...

Hang Nadim....

Aku meyakini ada perjumpaan dlm gelap antara MCA dan DAP cuma tak disensasikan kerana benda tu dah lama, sebelum adanya kes perjumpaan dalam gelap PAS dan UMNO lagi, tapi masa dulu benda tuh tak jadi isu kerana Melayu tak sedar diri lagi bodoh macam kau nie tak amik pusing pun hal dalam gelap mcm nie...tetapi setelah disensasikan perjumpaan PAS & UMNO benda ni jadi isu...ramai professor2 terkemuka menyokong idea penubuhan UG nih...termasuklah Prof Abu Hassan yang kritik PAS tempohari..baca juga tulisan Dr MAZA berkenaan UG semua memberikan input positif tentang UG..tetapi kenapa orang bodoh macam kau yg takde kelayakan nie bising?? Yang dibincang ialah kerajaan perpaduan bukan pimpinan PAS nak masuk UMNO, bodoh...baca nie byk2 kali...Kerajaan PERPADUAN, bukan nak bawak PAS masuk UMNO, mmg sengal bin baghal,aku lempang 400x kali pun takkan pandai kau nih... ko nak marah2 pemimpin PAS...apa takde value lansung pemikiran macam kau nih...takleh kawal nafsu,otak lembap, senang kena manipulasi dengan info....mcm budak hingusan..takyah masuk politik, kau main guli aja lagi bagoss!!

Hal berbincang dengan UMNO utk UG mmg dituntut. Tetapi cara Nasha/Hassan Ali berbohong itu yang dikesali. Sepatutnya tidak perlu berbohong tetapi jawaplah secara jujur kerana yang ditentang bukan UG tetapi pembohongan demi pembohongan.



-Anon 11:40 PM -...

HangNadim® said...

Anon 11:40PM,

Aku sangat heran dan musykil bila nko tak abih2 dgn "keyakinan" nko mengenai perjumpaan gelap antara MCA dan DAP sedangkan nko sendiri tau statement nko tu terlalu rapuh lantaran tiada sebarang bukti sama ada dalam bentuk pengakuan pihak yg terlibat, video mahupun audio.

Statement tanpa sebarang fakta atau bukti yg kukuh adalah lebih kepada andaian. Andaian yg tidak kukuh bermaksud andaian rapuh. Andaian rapuh ini jugalah yang selalunya dikatakan sebagai "Andaian Tidak Berasas". Manusia yang suka berandai-andai walaupun tahu bahawa andaian-andaian berkenaan rapuh dan tidak boleh digunakan adalah manusia bodoh. Itu yg aku maksudkan dengan aku berasa musykil dan heran tu. Bila nko kata aku bodoh maknanya nko tu mestilah pandai. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kesian.

"Yang dibincang ialah kerajaan perpaduan bukan pimpinan PAS nak masuk UMNO, bodoh...baca nie byk2 kali...Kerajaan PERPADUAN"

Laen kali .... sbelum nak kata org bodoh, aku nasihatkan nko tu pergi cuci mulut tu bersih2. Kalau baca org punya posting atau komen atau statement baca betul2 dan jangan gelojoh. Bila pulak laaaa dalam komen aku tu aku cakap PAS nak masuk parti haram jadah UMNOBN? Copy dan paste kan perenggan yang aku cakap macam tu. Biar kita sama2 tengok. Yang aku cakap (cakap tu tulis laaa) adalah mengenai "kerjasama". Sama ke? Bunyi pun laen .. eja pun laen. Happara.

Mengenai KERAjaan Perpaduan ... ini adalah salah satu cadangan yg paling lawak dan tidak beretika. Kalau aku nk citer kat nko pun ... rasanya aku kena citer benda atau hujjah yg sama seperti member2 laen yang menentang kerjasama atau perpaduan yang paling tidak beretika ni. Ini namanya buang masa aku. Tapi sebab nko kata aku ni bodo ... tak per laa, aku sudi luangkan sikit masa utk nko ... meh aku nak bagi tau nko sapa yang bodo ... bukan stakat bodo tapi bodo yang tidak beretika. Aku ringkaskan kronologinya supaya tak meleret2.

PRU 12, parti pembangkang lawan BN
--------------
Rakyat marhaen dah sedar kezaliman dan pengkhianatan BN (terutamanya UMNOBN) dan menolak UMNOBN dan memenangkan PAS/PKR/DAP.
--------------
Harapan rakyat marhaen menggunung kepada ketiga-tiga parti pembangkang.
--------------
Berlaku lah peristiwa perbincangan haram PAS dgn UMNOBN yg kononnya untuk memelihara kepentingan org-org Melayu dan Islam.
--------------

Berdasarkan kepada kronologi ringkas tu .. dapat laaa aku simpulkan bahawa pakatan pembangkang dimenangkan oleh Allah atas doa sebahagian besar rakyat marhaen yg dizalimi dan dikhianati oleh UMNOBN (baca UMNO dan Barisan Nasional). Hadis Nabi:

"Dan takutlah engkau dengan doa-doa orang yang dizalimi, sebab antara doa itu dengan Allah tidak ada hijab yang menghalang." (Riwayat Bukhari & Muslim)

---- Part 1 of 2 ----> bersambung.

HangNadim® said...

Part 2 of 2
-----------

PAS sebagai parti yg memperjuangkan Islam amat tahu dan peka dengan perkara ini. Ada semacam perjanjian secara tidak langsung di antara PAS dengan rakyat marhaen yg mengundinya. Janji yang juga merupakan satu amanah, iaitu untuk memelihara dan memperjuangkan nasib rakyat marhaen yang mengundinya. Rakyat beri undi mereka kepada PAS (dan pakatan pembangkang yang laen) lantaran mereka tidak lagi mempercayai parti UMNOBN akan memperjuangkan nasib mereka. Ini adalah amanah. Sejarah juga ada mencatatkan tentang pengkhianatan dan penzaliman parti ini kepada rakyat Malaysia khususnya kepada orang-orang Melayu (sekali lagi aku mintak nko baca sejarah ... google laaa dalam internet). Pemimpin2 tertinggi PAS juga amat maklum dengan pengkhianatan ini.

Apabila PAS mengadakan perbincangan dan ingin bekerjasama dengan UMNOBN maka berlakulah pengkhianatan amanah dan termungkirlah perjanjian di antara PAS dengan rakyat marhaen yang mengundinya. Telah sekian lamanya parti pembangkang khususnya PAS menjaguhi isu untuk memelihara dan memperjuangkan nasib rakyat dari penzaliman UMNOBN. Perbuatan PAS mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan parti yang zalim inilah yang aku rujukkan sebagai satu kerja yang bukan stakat bodo tapi bodo yang tidak beretika. Bodo kerana melakukan perbuatan yang selama ini mereka tentangi. Tidak beretika kerana mereka secara senyap-senyap melanggar dan mengkhianti amanah dan janji mereka terhadap pengundi2 mereka. Allah sangat2 melaknati mereka yang mengkhianati janji (amanah). Cuba renungkan maksud ayat di bawah:

"Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk." - Surah Ar-Rad Ayat 25.

Bodo nyaa PAS kalau bekerjasam dengan UMNOBN sebab parti ni ada sejarah "tikam kawan dari belakang". Bila sokongan mereka dah kuat ... PAS akan dihumban ke dalam Laut Cina Selatan.

Wallahu'alam.

---- Tamat ----

Anonymous said...

macam ini kah!!!!di katakan perjuang agama???ingat dgn amanah yang di beri. sama dgn larangan berzina utk menghampiri pun dah tak boleh. salah satu drp ayat rakaman ini dikatakan 3 hari x cukup tidur. alasan yg diberi.apakah ini nasib menjadi seorg peminpin.... beri aje jawatan kpd org lain.

Anonymous said...

Pandangan seorang biasa yang tidak memihak mana2 parti:


UMNO memang kelihatan seperti apa yang orang PAS katakan. Tetapi orang PAS lebih kurang serupa perangai dengan orang UMNO. Mungkin lebih buruk kerana berselindung di bawah bendera agama.

Iman seseorang itu Allah lebih Mengetahui. Iblis dahulu ahli syurga , diperintah keluar dari syurga akibat kesombongannya. Iblis pandang rendah kepada Nabi Adam. Begitulah juga sifat orang Yahudi menggangap mereka bangsa terpilih. Ramai Nabi keturunan mereka. Y
Jangalah orang PAS perasan baik sangat. Kami rakyat biasa nampak orang PAS dan UMNo lebih kurang serupa perangai. Cuba baca tulisan Kickdefella, PakBakaq, Harakah dan mana2 laman web penyokong UMNO ,boleh lah tahu perangai kebanyakan orang PAS dan UMNO. Tak nampak beza cara bpenulisan danpemikiran UMNO dan PAS. Sama saja.Selagi Melayu sama sahaja.

Yang membezakan manusia ialah iman. Ingat iman buka terletak kepada PARTI PAS,UMNO , PKR atau lain2 .

Ingatlah jangan kita memandang rendah sesama Muslim . Barangkali yang kita rendah2kan , lebih baik daripada kita. Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat didalam fikiran kita.

Marilah kita semua kembali kepada jalan sebenar2nya, jalan yang diredhai Allah Ta'ala.

cicit daing perani said...

Steady Tulang Besi.....I Support U...U memang Hebattt...Bagi hancur semua duri dalam daging...bagi hancur gerakan Hasan Ali dgn Nasaruddin Haram Jaddah....

Aku bersyukur kpd Allah kerana Tulang Besi dpt bukti kukuh...nah Hadi Awang tunggu apa lagi???....takkan nak tunggu aku maki Tuan Guru pulak baru nak pecat Hasan Ali Haram Jaddah???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.