Semenjak pendedahan saya pasal konspirasi menukar barisan ADUN PAS di Selangor, saya ada berkomunikasi dengan beberapa AJK Dewan Harian. Dan bagi saya amat bermakna kerana ada beberapa isu yang saya tidak publish selepas saya merujuk kepada sumber2 ini. Namun sejak akhir-akhir ini, sms saya sudah tidak berjawab. SMS saya sudah berhenti dari dijawab oleh orang2 dari Dewan Harian ini.
Sepanjang “review” Dato’ Hasan seluruh Selangor selepas Mesyuarat Khas, nama saya tidak lekang dari mulut Dato’. Dan, dalam perjumpaan dengan blogger UMNO di rumah beliau tempohari pun nama saya disebut. Dan, apabila disebut nama saya, selepas itu diberitahu saya tak pernah telefon beliau. Tak pernah hubungi beliau dsbnya.
Tujuannya hendak memberitahu bahawa maklumat saya ni semua tak betul sebab tak pernah rujuk pada beliau. Habis tu, yang jumpa kat Mekah masa 10 Ramadhan terakhir pada tahun 2008 tu apa? Bukan jumpa beliau?
Kita kalau sudah sms pun tak jawab, malaslah nak telefon lagi. Kita rujuk sumber lain. Tapi, sumber lain pun dah berhenti layan kita. Tiba2 keluar kata Tulang Besi tak telefon la, tak rujuk la. Sampai bila nak auta ni saya pun tak tahu.
Saya 100% yakin pendedahan saya dalam Malaysiawaves benar. Misalnya, pendedahan saya berkaitan dengan percubaan Usop Ludin hendak menukar barisan ADUN PAS di Selangor. Ada dari JK Dewan Harian Perhubungan Negeri mencuba menelefon saya dan saya telefon balik.
Tapi, telefon bukan sebab nak bantai saya kata saya salah dan maklumat saya ni bohong. Dia telefon sebab nak suruh saya bagitau mana saya dapat maklumat tersebut. Tak payah dedah semua perbincangan tersebut. Cukup saya kata, maklumat tu tepat sampai terpaksa mereka menelefon saya untuk mencari sumber maklumat.
Saya tarik artikel tu pun sebab atas permintaan sumber saya, bukan saya nak tarik sangat pun. Saya lindungi siapa sumber saya dan dimana sumber saya berada. Banyak lagi kalau saya nak dedah. Cuma dalam file saya lagi belum dedah. Tunggulah.
Jadi, tak perlulah nak bersandiwara lagi. Bila kita dah call dan sms pun tak layan, tiba2 nak marah kita sebab kita tak hubungi mereka.
Kalau dah jahat tu tetap jahat. Hubung atau tak hubung pun, memang tetap jahat. Minta janganlah bawak cerita yang bukan2 macam ni. Tak elok.
Kalau cerita saya tak betul, nah saya cabar pada Dato Hasan dan seluruh Dewan Harian PAS Selangor untuk membetulkan saya.
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
Tulang Besi
ye laa tu..
ReplyDeleteorg lain semua jahat, ko dgn Khalid Samad aje yg baik...
kalau Khalid jd Pesuruhjaya, ko boleh laa jadi timblan dia...dok gitu?
Saya cadangkan.
ReplyDeleteKita buat gencatan senjata. Xkisahlah wp belah kita ja. Kita tunggu dulu apa keputusan Tuan Ibrahim dulu. Bolehka?
mmg c asan ali gan nasa tu tahap bodo bahalol mcm mane laa lehj jadi pj sgor....kan lbih baik dua ekor mangkuk ayun nie masuk umnotuya.....aku mmg respect gilo kt khalid samad...asan ali p mampuih laa gan nasa.
ReplyDeletebro jalak,
ReplyDeletesila gunakan fakta utk balas kenyataan tulang besi
sekiranyerr bro tak puas hati setakat cakap camtu
saya pon bolerrr
boringg laa bro
kalau dah menulis dgn niat nak menjatuhkan pemimpin sendiri, mcm tu ker nak kata pejuang Islam sejati?
ReplyDeletemenjaja cerita dlm blog, memberi peluru hidup kpd musuh tu hukumnya ape dlm Islam?
kawan baik ko si kickdefella tu dah kena 'kick'...apa citarr
Salam semua,
ReplyDeleteSaya amat sedih melihat pejuang pejuang parti yg mendakwa mereka membawa ISLAM sebagai panduan tetapi bila sudah diberikan sekelumit kuasa , mereka bercakaran sesama sendiri, berhujah berfitnah hentam menghentam dan akhirnya memalukan sesama sendiri...INIKAH ISLAM YG DILAUNG LAUNGKAN SELAMA lebih 50 tahun....rahmat pada MALAYSIA secara keseluruhannya kerana MALAYSIA negara kita aman damai makmur maju tidak diperintah oleh golongan golongan hipokrit penipu dan fasikh yg bertopengkan agama demi kepentingan sendiri...Apa sudah jadi di selangor???? PAS mcm ada kuasa tapi tak ada TELOQ?....MB selangor org ISLAM ...malangnya bila di DUN speaker cina DAP...maka mereka lah yg berkuasa menentukan perjalanan hala tuju dan dasar negeri....YB saari sungip cuba bawak usul Dr ASRI ditolak oleh YANG AMAT MULIA TUAN SPEAKER PAKATAN RAKYAT ...dgn alasan tidak penting....JADI SIAPA YG LEBIH JAGUH LEBIH POWER PAS atau DAP....ISLAM atau AL KAFIRUN?....lihat sajer komposisi ahli majlis tempatan di seluruh selangor terutama di klang valley.....MBSJ, MPK, MBPJ, MPAJ....siapa yg lebih ramai? siapa yg lebih berkuasa....? Mana pergi org org PAS yg lantang bertakbir kuat semasa ceramah ceramah ?....semua hilang teloq bila non-muslim menguasai arena politik tempatan...sudah lah mereka menguasai ekonomi...sekarang bab politik pun mereka berkuasa lebih berkuasa dari org islam...mana PAS? mana khalid samad yg berkokok di gereja dan berjuang untuk kuil?....dasar liberalisasi khalid samad gadaikan apa sajer asalkan PAS berkuasa dan ada kuasa? KUASA yg macam mana yg PAS ada ? kuasa dalam kain adalah tambah bini sana sini....isu arak PAS di tindas...isu ceramah tanpa tauliah jadi isu tak penting kpd speaker...maksiat terus bertambah di selangor langsung tiada dalam agenda kerajaan negeri...kuil sana sini speaker ambil perhatian...jadi mana teloq PAS?...cuba lihat DAP di kedah...tak perlu banyak isu nak GONCANGKAN pakatan rakyat...hanya satu ISU BABI sajer mereka istihar keluar pakatan rakyat...mereka ugut PAS ...mereka warning anwar ibrahim...maka si melayu yg kononnnya berdegung degang takbir dlm ceramah PAS bagai nak pergi berperang akhirnya tunduk dgn DAP maka se ekor DAP di kEDAH dapat habuan mereka dapat apa yg dihajati dapat lah melindungi bangsa mereka dan kepentingan mereka...PAS?????? sekadar bercakaran sesamam sendiri dlam menikmati anugerah KUASA yg sementara ini....insyallah PAS yg ada sedikit kerusi ini bakal kalah terok bukan sahaja di selangor malah di kelantan , kedah dan of course 6 kerusi di PERAK tu pung lenyap di bawa angin .... itulah kesan dari pembongan besar PAS dalam bawa ISLAM untuk kuasa bukan untuk SYIAR....salam
PENUMBOK BESI
Salam
ReplyDeleteDh mmg dasar puak2 ni...tak bole berbeda pndapt. Klau org pkai srban tak boleh dicabar... klau ada janggu tak bole di tegur..so brkwan la dgn benggali ngn kmbing.
PAS tak layak nak memimpin negara Islam. Sebab UMNO pun dah lebih Islamik dari PAS sekarang. Sudah ada ura-ura dari UMNO dengan penuh kesedaran mahu mengharamkan arak, tetapi PAS kerana mahu jaga hati orang kafir iaitu DAP masih takut-takut hendak melaksanakan mengharamkan arak untuk orang Islam sedangkan semasa dahulu mereka yang paling lantang meminta kerajaan BN mengharamkan arak. PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam. Sedarlah orang Melayu Islam. Parti yang benar-benar mahu kan Islam adalah UMNO sahaja, bukan PAS lagi.
ReplyDeleteSalam. Aku ni x de la nk sebelah memana pihak, tp dr kecik aku da tengok perjuangan PAS ngan UMNO nih. PAS dgn perjuangan menegakkan Islam, UMNO dgn perjuangan Melayu. Keperkasaan PAS semasa perjuangan Allayarham Fadzil Noor pd aku lebih bermakna sebab tujuannya hanya satu, ISLAM ditegakkan di bumi Malaysia nih. Tp kan, lepas dpt mandat dari rakyat, perjuangan PAS hanya untuk kepentingan politik jer. PAS cam dah lupa tujuan parti ini ditubuhkan. Sebab nak mengambil hati parti pembangkang yg lain. Korang ingat tak bilamana, Semangat 46 bergabung dengan PAS utk menubuhkan gabungan pembangkang? Sama jek dgn skang nih. PAS mcm dipergunakan oleh parti pembangkang yg lain untuk merebut kuasa di Malaysia nih. Aku rasalakan, biarlah PAS as a "single rider" jek dlm parti pembangkang kat Malaysia nih. Tetapkan perjuangan parti untuk menegakkan Ad-Dinn seperti era 80-an dulu. Laungan takbir skang tak sama dgn era tersebut. Laungan Allahuakbar dulu dgn hanya 20-30 org saje boleh menegakkan bulu roma pd sesiapa yg mendengarnya, tp skang, takbir disulami dgn tepuk tgn. Tu pun tepuk tgn lagi kuat dgn takbir. Maaf penumbok besi, aku tetap yakin PAS akan menang di Kelantan, tp jika keadaan bercakaran utk kuasa yg disebut saudara tu dan tidak sedar mereka sudah jauh dr perjuangan mereka, tidak mustahil PAS akan kalah. Yg penting skarang adalah, PAS perlu keluar dr telunjuk parti pembangkang yg lain. Sematkan dlm jiwa perjuangan PAS yg sebenarnya utk mengakkan syiar Islam di bumi Malaysia yg tercinta ini. Pi lantaklah parti pembangkang yg lain tu yg hanya mempergunakan PAS sebagai batu loncatan untuk mendpat kuasa. -AKU-KL-
ReplyDeleteTeruskan pendedahan tentang Hassan dan Nasa ni! Kalu Hadi punya kes ada pun dedah .. jangan risau, sy akan tetap baca. Jangan malu nak dedah keburukan mereka yang menikam pengundi.
ReplyDeleteCisss .........manusia spt ini hanya layak duduk ngan mahathir yg tak habis habis jaki kat DSAI.
hehehe....
ReplyDeleterupanya benci pada Individu begitu menebal..
patutlah jamaah rosak pun tak kesah