Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 6, 2009

Sayang Pimpinan atau Sayang PAS?

Itulah persoalan yang ramai ahli PAS tidak faham. Apabila diajukan persoalan ini, jawapan biasa yang diberikan adalah “kita kena wala’(taat)”. Jawapan lain tak da. Apa sahaja persoalan kita naikkan, jawapannya sama, yakni “kita kena wala’”.
Baik, bukankah wala’ ini hanya diberikan kepada seseorang pemimpin bersama2 “Tsiqah” dari pengikutnya?

Rujuk penerangan Al Bakistani:

Dalam islam, Wala’ bermakna taat setia yang diberikan kepada seseorang pemimpin disertai wujud kesiqahan dan kasih sayang. Tanpa kasih sayang dan kesiqahan, wala’ tidak akan berlaku. Perkara ini amat terperinci dikupas oleh Imam Al-Fakhr Ar-Razi dalam Kitab At-Tafsir Al-Kabir.

Kewujudan wala’ apabila wujudnya siqah. Tanpa siqah, wala’ tidak akan berlaku. Seseorang pemimpin yang mempunyai kesiqahan, baru diberikan wala’. Justeru, seseorang pemimpin yang mahu diberikan wala’, hendaklah menjaga siqah.. ”
()

Bagaimana seseorang pemimpin boleh mendapat Tsiqah setelah pemimpin tersebut telah berbohong kepada ahli dan pengikutnya? Apabila telah hilang tsiqah (respek) maka hilanglah juga wala’ pengikut kepada pemimpin.

Tapi dalam PAS sekarang ini, yang diulang-ulang adalah “wala’”. Tetapi persoalan Tsiqah tidak pernah dibincang. Ini kerana bila buka sahaja topik ini, maka payahlah mereka hendak menghadapi soalan2 dari ahli. Jalan mudah, korang semua kena taat pada pemimpin. Soal respect ke tidak, tak jadi persoalan. Yang penting wajib taat.
BUKANKAH INI MACAM KOMUNIS namanya? Cuma bila digunakan perkataan Arab maka nampak macam Islam. Tapi sebenarnya fahaman ini adalah fahaman komunis.

Misalnya, perkataan “Muktamar” di Malaysia digunakan hanya oleh parti Islam. Tapi di Mesir, semua parti menggunakan perkataan “Muktamar”. Yang saya nampak sendiri dengan mata kepala saya sewaktu di “wustul balad” adalah kain rentang yang bertulis “Muktamar Hizbul Ghad” yang bermaksud “Perhimpunan Parti Hari Esok”. Sedangkan parti Ghad ini adalah parti sekular dan liberal.

Sayangkan Jemaah atau Sayangkan Pemimpin

Saya kerap dimarahi kerana mengulangi kejadian PJ Terengganu di “boo” penyokong sendiri (baca: penyokong Pakatan Rakyat). Sebab apa? Adakah saya tidak wala”? Tidak sama sekali.

Sebabnya adalah rakyat Terengganu sudah mempunyai persepsi NEGATIF yang paling tinggi dengan beberapa orang “geng Terengganu” yang mengelilingi Tuan Guru Presiden PAS. Termasuk lah juga PJ Terengganu ini.

Kalau Dato’ PJ boleh di ‘boo’ penyokong sendiri, apatah lagi nak mengharapkan sokongan dari pengundi-pengundi atas pagar dalam pilihanraya umum kelak.
Ertinya demi untuk melihat PAS gemilang di Terengganu, kepimpinan negeri wajib ditukar. Namun,apa yang berlaku orang-orang lama masih memegang tampuk pemerintahan PAS Terengganu itu. Ini mengesahkan lagi persepsi negatif rakyat Terengganu terhadap kepimpinan PAS Terengganu.

Soalnya sekarang, adakah kita mahu melihat PAS terus kalah di Terengganu semata-mata mahu mengekalkan kepimpinan yang sedia ada? Siapa yang untung? Pemimpin atau parti?
Inilah persoalan yang sering tidak mahu dibincangkan secara serius dalam PAS. Adakah kalau kita buang Hasan Ali, kita ini dianggap sebagai merugikan PAS?
Benarlah kata Aziz Bari, bahawa PERLU sebahagian kepimpinan PAS dikorbankan. Kalau benar mereka2 ni ikhlas mahu melihat PAS maju, maka mereka kena sanggup letak jawatan secara terhormat.
Dalam PAS bukan pegang jawatan sahaja yang penting. Banyak lagi kerja yang boleh dibuat untuk PAS tanpa memegang jawatan.

Itu sebenarnya ujian keikhlasan dalam jemaah. Bukan jadi macam burung kakak tua. Asyik2 “Wala’, wala’, wala’”. Kalau kat Terengganu dia jadi “Balak, Balak, Balak”.
Tengok sendiri 2004. Akibat wala’ berlebihan, habis semua kalah. PAS kalah teruk dan hilang negeri Terengganu. Semua angkara wala’ la tu.

Budaya tidak sehat PAS sekarang ini adalah mereka melatih ahli2 PAS untuk memberi wala’ tanpa melatih ahli2 PAS memikirkan apa yang baik untuk jemaah atau tidak? Budaya berfikir tidak dikembangkan. Ertinya PAS sudah menjadi macam UMNO.
Tengoklah cara Pemuda2 PAS berfikir. BEgitu jumud, sempit, tidak kreatif dan akhirnya tiada orang baru yang mahu menghampiri PAS. Anak muda pun lari dari PAS dan rapat dengan UMNO. Bila kalah pilihanraya barulah terpingga-pingga.
Marilah kita kembali kepada konsep “Wala’” yang ditunjukkan oleh para Sahabat RA yang telah meruntuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa kurang dari 40 tahun. Bukan yang diajar oleh ustaz2 mana ntah dan ada yang sanggup berdoa supaya Tok Guru mati cepat.

Tulang Besi


47 comments:

dino.yp@gmail.com said...

Marilah sama2 kita menolak Nik Aziz yang telah lama bertahta sebagai Mursidul Am.

ULAMAK PALSU said...

Dalam PAS hanya 20% di kalangan USTAZ, 10% Ulamak ,5 % professional dan 1% golongan gilo kuasa.

lagi 80% ahli yang jadi pak turut , ngaji Quran pun tak reti, mnerokok dan ada hisap gan.. pun di kg, malah ada yg amalkan pahaman sesat...tak tahu pun apa tu WALA'

tapi kalu presiden suruh cuci jubur pun mungkin ahli PAS buat kut..sampai kilat...harum ..mati semua bakteria...

TAPI YANG PALING TERUK ADA AHLI PAS (ulamak sesat) YANG DAH KEMARUK NAK TIDUR SEBANTAL DENGAN UMNO. ni golongan yang dah hilang kewarasan emosi,intelektual dan IMAN!

Anonymous said...

yaaa..setuju ngan ulamak palsu skg ni dah ade ulamak sesat yang nak tidur sebantal ngan umno nak tubuh kerajaan campuran umno+pas di kelantan..beliaulah dato paduka husam musa pencadang idea UG kelantan...takbirr!!

Tulang Besi said...

Tunggu la YB Husam saman Siasah

Anonymous said...

"yaaa..setuju ngan ulamak palsu skg ni dah ade ulamak sesat yang nak tidur sebantal ngan umno nak tubuh kerajaan campuran umno+pas di kelantan..beliaulah dato paduka husam musa pencadang idea UG kelantan...takbirr!!"

Bengong sungguh, orang tu melawak kat UMNO, korang sungguh-sungguh. Punyalah tak ada modal. Cari la modal lain tuan. Banyak lagi. Terengganu daripada ada royalti, bila PAS memerintah, hilang royalti, Kelantan daripada tak ada wang ehsan, royalti akhirnya dapat wang ehsan. Bijak pemimpin PAS Kelantan.

Anonymous said...

"Marilah sama2 kita menolak Nik Aziz yang telah lama bertahta sebagai Mursidul Am."

Sama macam seruan Mahathir. Geng Mahathir ke ni?

kartol said...

saya stuju dgn dino tapi jgn tolak turunkan dia.

Anonymous said...

Geng PAS terengganu tak layak terajui PAS Pusat. Lembab nak mampus. Konservatif. Menang pada 1999 pun menumpang gelombang reformasi Anwar, lepas tu angkuh. Bila kalah tak menang-menag dah. Bila ahli tanya kenapa kalah? Geng Ulama Terengganu jawab, "jangan bimbang, ALLAH SWT akan memberi kemenangan kepada kita di akhirat". Bengong, itu bukannya jawapan. Itu jawapan melarikan diri daripada post mortem. Macam ni punya mentaliti pun ada dalam kepala otak pimpinan Terengganu. Percayalah, PAS Terengganu takkan menang sampai bila-bila

Anonymous said...

Sebelum PRU12, PAS Terengganu angkuh. Kononnya boleh tawan Terengganu. Alih-alih, 8 kerusi aje boleh. Punyalah teruk. PAS Perak yang dianggap lemah boleh jadi MB. PAS Selangor pun menang 8 kerusi jugak walaupun dikatakan lemah daripada PAS Terengganu. Bila PAS Terengganu tidak boleh memerintah. PAS terengganu dengki kat negeri lain yang PAS Memerintah dengan aman damai bersama pakatan rakyat. Mulalah geng PAS Terengganu kacau negeri lain dengan fahaman PAS Terengganu yang pekat dan tidak sesuai di negeri-negeri lain terutama di Pantai Barat. PAS Negeri lain pun terpengaruh. Slogon-slogan yang pelik-pelik seperti "UMNO lebih baik dari DAP yang anti-Islam", biarlah kita tidak memerintah asalkan ALLAH redha,", "Anwar kaki liwat", "PKR dan DAP menang kerana jasa PAS", "Orang PAS lebih hormati Anwar dari Haji Hadi" di ajar kepada orang PAS di Selangor.
Orang PAS Selangor terpengaruh dan buat kacau dalam pakatan. target geng Terengganu ni nak bagi Pakatan berpecah aje dan kerajaan PR jatuh. Sebab diorang dengki dengan negeri lain yang PAS boleh memerintah dan diorang tidak boleh. Sedangkan sebelum ini diorang mendabik dada yang diorang merupakan sifu kepada semua PAS negeri-negeri lain. Itulah hati busuk geng PAS Terengganu.

Dalam bulan puasa kat Selangor ni, berduyun ust-ust PAS Terengganu cari makan kat Selangor. Ceramah, dan jadi imam terawikh. Rasanya ada lah dapat RM5 ribu sampai RM10 ribu dan lebih lagi apabila habis ramadan. Kalau tak ada Pakatan Raklyat yang menyanjung tinggi kebebasan bersuara dan memberi ceramah walaupun tidak ada permit, dapat tak geng PAS Terengganu cari makan kat Selangor dalam bulan puasa??? Memang muka tak malu la geng PAS Terengganu. Cari makan kat Selangor bawah kerajaan PAkatan rakyat, kemudian cuba pecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Tulang Besi said...

Betul, mereka cuba untuk sabotaj Selangor sebab PJ Selangor berkerjasama erat dengan mereka.

PJ Selangor yang mula sebar fitnah kata orang Melayu cuma tinggal 30% dalam PBT.

Anonymous said...

Kerja Hasan Ali ialah mencari salah DAP dan PKR di dalam mesyuarat bersama. Point-point tu dia ambil untuk dijadikan modal bagi mengapi-apikan sentimen ahli-ahli PAS Selangor peringkat bawahan yang tidak tahu apa-apa. Bila ahli-ahli bawahan persoalkan, Hasan ALi, "Ana duduk kat dalam mesyuarat exco dan mesyuarat pakatan rakyat sheikh, ana tahu!!! Ana tengok sendiri!!!" Boleh blah la Hasan Ali, semua point yang ko cakap dan ko kelentong kat ahli bawahan, kitaorang semua boleh check balik kat exco-exco Pakatan yang lain. Banyak nyer ko menipu atau exaggerated amenda yang diorang cakap. Dalam meeting, Hasan Ali diam macam babi tidur, satu suara pun tak dengar, siap tidur lagi. Penat agaknya, sebab tengah malam pergi bagi report kat Ust Nasha tentang point-point yang boleh puak ni gunakan untuk api-apikan ahli bawahan. kat luar punyalah bising, mengalahkan babi mengamuk.

Ini dia kerja Hasan Ali, kerajaan Selangor bayar gaji exco kat dia, bukannya nak buat sesuautu bagi membangunkan rakyat selangor, tetapi untuk kutip point buruk PKR dan DAP untuk mengapi-apikan ahli-ahli PAS bawahan.

Lepas tu, bila TGNA dan rakyat marah. Dia reverse balik, "Hubungan saya dengan teresa kok baik!!!", Saya sokong pakatan rakyat. Tetapi dalam mana-mana pertemuan dengan ahli PAS, Hasan Ali kenduri nama Teresa Kok, maki hamun punya teruk.

Woiii, orang PAS, korang nak simpan lagi ke orang munafik, 6 wajah macam muka dadu, Hasan Ali ini. Dia bukannya fikir nak menangkan PAS Selangor pun, bukannya berfikir untuk bantu ahli-ahli PAS yang melarat, bukannya fikir untuk mendakwahkan Islam, bukannya berfikir untuk memajukan Selangor. Tetapi siang malam pagi petang, kerja dia kutip point DAP dan PKR yang teruk-teruk, kemudian api-apikan semangat ahli peringkat bawahan. Lepas tu, tak mengaku anti pakatan rakyat. Munafik babi apa Hasan Ali nih.

Geng Dewan Harian, jadi Cheer Group Hasan Ali, ataupun Suara Latar Hasan Ali. Amenda Hasan Ali cakap, pergi sokong. Kaitlah dengan entah apa kebenda wala' la, adab la. woiiittt orang PAS, jangan sembang bab adab la, ko tanya sendiri murabbi ko Mustapha Ali tuh, macamana dia buat pada Presiden PAS, Dato Asri. DIa maki lagi teruk daripada Aduka Taruna maki Hj Hadi. Itu taraf ketua Pemua zaman tu. Adab apa kebendanya.

Ooo, bila kena kat orang lain, ko sebut, "berkata benar walaupun pahit", bila kena kat batang hidung sendiri ko sebut, "Hendaklah kita menjaga adab dengan pimpinan", inilah double standard menafik yang ada dalam kepala kotak pemimpin-pemimpin PAS.

Anonymous said...

Penuh Ust-ust PAS terengganu datang ke Selangor untuk berceramah dan cari makan selepas Pakatan rakyat memerintah. Semua masjid, semua surau bunyi loghat terengganu. Kat gombak tu, dah macam Kuala Terengganu, semua masjid bunyi terengganu belaka. Semuanya Hj Hadi ceramah. Member tanya, berapa Hj Hadi ni boleh berada dalam banyak tempat dalam satu masa ke? Semua ceramah macam hj hadi belaka?

Meluat, nak termuntah. Ceramah kat Selangor, guna bahasa Selangor la, bahasa Standard, jangan guna bahasa Terengganu. Then, kalau tak ada identiti sendiri, baik tak payah ceramah. Tak payah nak tiru-tiru Hj Hadi. Muka tak malu, meniru stail orang lain. Kalau aku nak dengar Hj Hadi ceramah, aku pergi ke Rusila sendiri. Tak payah dengar klon dia.

Saya anak jati Selangor, keturunan Selangor sejak Raja Lumu memerintah Selangor. Saya rasa malu dan tercabar bila mana, geng Terengganu buat kurang ajar kat Selangor nih. Macam negeri Selangor ni dia punya. Ceramah guna bahasa terengganu, lepas tu hasut orang selangor supaya Pakatan Rakyat berpecah belah. Tinggal ajelah kami kat sini, kami tahu mentadbir negeri kami.

Bagus la sejak zaman Pakatan rakyat, ust-ust PAS terengganu datang ke Selangor untuk cari makan. Tetapi jangan kacau kami, Pakatan Rakyat kat Selangor ni. Korang nak buat apa kat terengganu, nak berpeluk dengan Dato Mat Said ke, lantak korang, tetapi jangan export mentaliti korang dan jangan kacau kami rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor.

Nih, Hasan ALi and the geng, kalau nak sangat berwala kan terengganu, pergi berambus ke terengganu sekarang ni, jangan menyibuk duduk kat Selangor. Pru13 jangan bertanding kat Selangor, pergi bertanding kat Alot Limbat. tengok, boleh menang ke tidak.

Sial betul!!!!!

Tinta Hitam said...

Saya ada guideline sendiri pasal wala' ni.Guideline yang tealh saya gunapakai sejak puluhan tahun dulu.Guideline saya

MANA MAN PEMIMPIN GERAKAN ISLAM YANG MASUK UMNO,SAYA MUFARAQAH DENGANNYA...

Saya telah mufaraqah dgn DSAI bila dia masuk UMNO.Rujuk balik bila dia keluar dari UMNO.Mana mana pimpinan PAS yang telah masuk UMNO telah saya mufaraqah juga.

Itu guideline saya.Tiada sesiapapun boleh mengarahkan saya wala'dengan membuta tuli.Betul konsep tu.Perlu tsiqah dulu baru boleh wala'..

Tulang Besi said...

Sdr,

Saya tak marah kalau perkara yang diceramahkan itu perkara yang baik dan mengikut syariat.

50 tahun bawah UMNO, penceramah2 jati Selangor semuanya ditekan dan ditindas. Akhirnya, mereka yang boleh berceramah dari Selangor amat sedikit. Terpaksa import dari Terengganu dan Kelantan.

Kalau penceramah2 Terengganu ni tolak Kerajaan Perpaduan dan kerjasama dgn UMNO, kita pun kena sokong dia.

Saya tahu ada penceramah dari Selangor yang pro kerjasama dengan UMNO ni.

Percayalah. saya kenal pun.

Tapi betul saudara kata. Ustaz2 Terengganu ni kena bersyukur kerana di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni barulah mereka boleh berceramah dan berkhutbah.

Kalau nak harap UMNO, sorilah.

Tulang Besi said...

Maksud bersyukur saya adalah bersyukur kepada Allah SWT kerana kemenangan PR di Selangor adalah kemenangan anugerah Allah SWT.

Anoinimuz said...

Marilah kita sama menjahanamkan UMNO laknatullah... Sesungguhnya kemusnahan UMNO membawa kesejahteraan Ummah..

eciklat said...

ulama pewaris nabi..klu otak masih cergas dan cerdas dan kesihatan yg dikurniakan oleh allah masih bagus mengapa tidak TGNA teruskan memimpin. semoga allah kurniakan kesiahatan kepada TGNA & TGHA...

abzar56 said...

tak releven, bunyinya macam umno
Kah kah kah !!!!!!!!!

Anonymous said...

TB,

Masaalah "wala" dikalangan ahli-ahli PAS ini adalah masaalah genetik-Melayu.Pemikiran feudal masih mencengkam Melayu.Kalau kita membaca "Sejarah Melayu"karangan Tun Seri Lanang,akan diketahui betapa "walanya" orang Melayu kepada Sultan,raja dan pembesar-pembesar negeri.Hukum derhaka: :Bunuh dengan keturunan sekali,tiang rumah pun dicabut,buangkan kelaut: Dengan "tarbiah" yang turun-temurun sebagini,dizaman cyber ni,kita menghadapi masaalah besar tentang "wala".
Kes genetik ini ditambah pula dengan masaalah-masaalah lain seperti:
(a) Kurang membaca - ramai yang jadi "listerning society" dari "reading society".
(b) Tak ramai yang celek internet.
(c) "Dosa" - mengata ulamak,dan tak berani bersoal-jawab dengan "Guru" - sama ada agama atau sekolah.
Dengan keadaan dan suasana sebagini,genetik-Melayu ni senang dicucuk hidung dan diekploitasi oleh ahli-ahli politik yang pintar membelit.Tak usah cakaplah tentang PAS.Lihat saja apa yang berlaku dalam UMNO(Parti Melayu)- Pemimpin yang terang-terang rasuah pun boleh menang pilihanraya.Inilah otak genetik-Melayu.
Dalam PAS keadaan agak teruk sedikit kerana adanya isu agama.Ahli-ahli PAS sukar hendak membezakan antara "ahli politik" dengan "ahli agama" - yang mana "ulamak tulin" dan yang mana "ulamak politik".Dalam suasana kecelaruan ni,ditambah pula dengan keadaan yang ahli-ahli PAS peringkat akar-umbi"kurang mendapat maklumat dan informasi yang betul".Tak heiranlah mereka akan berpanjangan berzikir: wala,wala,wala.
Inilah senarionya mangapa ahli-ahli PAS dalam delima "Antara sayangkan pemimpin dengan sayangkan PAS".Untuk membuat pilihan mereka perlukan ilmu,maklumat,informasi dan tidak ketinggalan berani keluar dari kepompong yang menyelubungi mereka.

Grand Marquis said...

Adalah satu persoalan yang amat subjektif untuk kita kata sayang pimpinan atau sayang PAS.

TB Dakwa:

Budaya tidak sehat PAS sekarang ini adalah mereka melatih ahli2 PAS untuk memberi wala’ tanpa melatih ahli2 PAS memikirkan apa yang baik untuk jemaah atau tidak?


Masalahnya dalam PAS ada lebih kurang 1 juta ahli. Sekarang ni nak pikir apa yang baik untuk jemaah ikut kepala otak siapa?

Method TB inilah yang sebenarnya membawa kerosakan pada PAS, kerana masing-masing dengan kepala otak dia tentang apa yang dia rasa baik untuk PAS. TB dengan ideologi anti UMNO, pro Erdogan, pro Anwar Ibrahim, pro DAP, pro PKR dan TB rasa itu adalah baik untuk PAS.

Last-last sekali, semua ahli pas bertelagah kerana masing-masing rasa ideologi dia yang paling baik untuk PAS dan sememangnya inilah yang sedang berlaku.

Sepatutnya orang yang mengaku memperjuangkan Islam perlu di isi dengan ilmu kepimpinan serta adab berjamaah.

Lihatlah contoh orang seperti si Tinta Hitam. Persoalan wala yang merupakan isu yang begitu besar hanya dibuat berdasarkan kepala otak dia, iaitu siapa masuk UMNO putus wala. Mana dia rujukan al-Quran dan as-Sunnah dalam hal ini? Kenapa kita tidak mahu merujuk apa yang Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. kata pasal persoalan wala dengan pemimpin sebelum kita nak berbanga dengan ideologi wala ikut nafsu kita.

Itulah sebabnya kita lihat hari ini PAS bercelaru. Ini kerana ramai yang lebih nafsu dari ilmu. Semangat nak perjuang untuk Islam memang kuat, tapi dibuat tanpa ilmu. Akhirnya Islam terfitnah akibat perbuatan kita yang mengaku pejuang Islam.

Wallahualam

Anonymous said...

Boleh tak beritahu Mustafa,Harun,Nas dan geng senyum sikit bila masa di temubual TV supaya Pas tidak nampak serius- extreme sangat,tenguklah tatik umno sekarang dah selalu senyum.

Anonymous said...

Pemimpin PAS ialah PAS
PAS ialah pemimpin PAS
Sayangkan pemimpin PAS = sayangkan PAS
Derhaka kepada pemimpin PAS = derhaka kepada PAS

Menjadi kewajiban setiap ahli jamaah untuk wala' kepada pemimpin.

Komen..

Untuk meneguhkan wala' ahli kepada pemimpin, ahli-ahli mengamalkan aurad yang seragam di kalangan jamaah. Buat masa ini belum ada aurad yang khusus untuk ahli.

Wala' mestilah tidak boleh berbelah bagi kepada pemimpin. Apabila pemimpin melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan (misalnya membawa PAS menyertai BN), ahli tidak boleh mempersoalkannya. Masakan ahli tahu apa yang pemimpin tahu. Ahli cuma ialah pekerja-pekerja untuk menggerakkan jamaah. Mempersoalkan pemimpin ialah tanda telah dijangkiti sindrom tidak wala'. Keputusan pemimpin sangat suci dan tidak boleh dipertikaikan.

Sebagai contoh semut, mana ada ratu semut mempertikaikan tugas masing-masing dan apa yang dilakukan oleh ratu semut. Semua berganding tenaga mentaati ratu semut dengan sepenuhnya.

Anonymous said...

"Sebab Negara Islam ni hanya fungsi IJTIHAD bukan perkara yang TSABIT dalam Al Quran dan Sunnah.

Kalau kita tolak pun, ia tidak menjejas akidah.

Ia cuma IJTIHAD sahaja. "



Tolak pun takpa? Abeh yang selama nie TG Nik Aziz sibuk nak berdebat dengan kaum DAP pasal isu Negara Islam nie buat apa?? Jawab TB.

MINDA said...

Hairan bila baca komen2 yang tak tentu hala ni..dari dulu hingga sekarang PAS steady aje ALHAMDULILLAH..yang berkecamuk UMNO !..yang mengaku sangat jadi benteng orang MELAYU..kuat sebab ada duit kalau jadi pembangkang silap2 tak ada ahli!.. cuba komen tak tentu hala pasai depa lak!

Anuar 1975 said...

Salam nak tanya... PJ tu apa yee? heeee...

Tulang Besi said...

Pesuruhjaya

Nizam Mahmud said...

Saya ingin mencelah sedikit sebagai orang di luar PAS ataupun sebagai pemerhati.

Pertama,

semua kita disini tidak maksum. Jangan mulut kita saja kata benar, semua tak maksum termasuk ulamak tapi kita sanjung dan ikut dia seolah-olah maksum. Sama dengan orang yang mengucap syahadah tapi pergi ke kubur-kubur mintak nombor ekor.

Ucap lain, perbuatan lain. Apakah kita faham apa implikasi bila di katakan tidak maksum itu?

Oleh kerana ramai ahli PAS di sini dan orang PAS kuat beragama malah lebih dari saya, saya paste kan satu hadis sebagai panduan.

"Dari Ali,

Rasulullah s.a.w. menghantar satu pasukan tentera dan melantik di antara mereka seorang ketua. Lelaki yang menjadi ketua itu membuat unggun api dan kemudiannya berkata kepada pengikutnya, “Masuklah ke dalamnya(api).”. Sebahagian dari mereka ingin masuk kerana taat, sedangkan yang lain berkata, “Kami telah lari darinya(kami masuk ke dalam islam untuk menjauhi dari api neraka - pent).” Setelah pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan tentang adanya mereka yang ingin terjun ke dalam api itu, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika mereka masuk ke dalamnya(api), maka mereka akan kekal di dalamnya sehingga Hari Kiamat.” Kemudian baginda menyambung, “Tiada ketaatan dalam kemungkaran, ketaatan hanya pada yang baik.” (Hadith 363, Bab 91, Jilid 9).

Dari hadis ini, yang jelas:

1. Panglima ini dilantik oleh Rasulullah sendiri.

2. Nabi adalah maksum tapi panglima yang dilantiknya TIDAK.

3. Implikasi dari TIDAK MAKSUM nya panglima ini adalah jika dia suruh berbuat perkara yang memudaratkan maka WAJIB di tolak dah HARAM di ikut walaupun dia dilantik oleh Nabi yang maksum.

4. Itu panglima lantikan Nabi sendiri! Apakah hukumnya ikut perkara memudaratkan jemaah oleh pemimpin yang di lantik CUMA OLEH perwakilan ataupun pemimpin lain yang tak maksum??

5. Kalau Wala tidak mengenal batas, maka sudah tentu Nabi akan kata mereka yang tidak masuk api itu akan dimasukkan dalam neraka. Askar yang tidak Wala itu lah yang terlepas dari masuk neraka selamanya.

6. Tanya diri sendiri, apakah hukumnya ikut pemimpin yang berbohong, yang memudaratkan jemaah dengan tindakan berunding dalam gelap dengan musuh?

Kesimpulannya: Soalan TB adalah relevan, sayang pimpinan atau sayang PAS?

Poin Kedua saya:

Saya bekerja swasta. Dari dulu lagi hingga sekarang.

Satu peraturan penting saya pelajari selama ini. BELAJAR dan IKUT mereka yang menang bukannya kalah!

Siapa yang menang dekat 20 tahun lamanya? Siapa yang menang sekali tapi gagal dua kali berturut-turut? Siapa yang masih kalah walaupun di negeri lain yang tak pernah menang boleh menang?

Kita belajar dari kejayaan orang lain. Siapa nak berjaya dia belajar dari mereka yang berjaya.

Siapa nak gagal, sila belajar dari orang yang gagal. Yang jelas PAS Terengganu gagal segagal gagal nya. Siapa nak gagal sila la ikut puak-puak ini.

Kalau Allah tanya kamu nanti kenapa ikut orang yang gagal walaupun dah diberikan akal untuk berfikir, jawab lah wala, jawab lah thiqah.

Satu lagi perumpamaan, kalau kita ada anak, kita nak suruh dia berkawan dan ikut budak-budak nakal dan tercorot dalam kelas atau suruh dia berkawan dengan budak-budak pandai dan selalu mendapat tempat teratas?

Peraturan ini semua orang tahu. Tak kira perniagaan ker, persatuan ker, parti politik ker, jemaah Islam ker.

Fikir-fikirkan lah.

Grand Marquis said...

Saudara Nizam hanya memberikan satu contoh yang bersifat ekstreme aje. Sebagaimana saya sebutkan, dalam Islam, ada perbincangan khusus tentang wala. Ada panduan untuk mengukir sempadan wala.

Dalam isu kepimpinan PAS, adakah mengadakan perbincangan dengan UMNO itu sama hukumnya seperti membunuh diri (maksudnya terjun dalam api seperti dalam hadith tersebut)?

TGHH berbohong? Itu mungkin menurut tafsiran orang-orang seperti TB yang sekadar membuat kesimpulan dengan membaca blog-blog. Saya nak tanya Nizam Mahmud yang mengaku bukan ahli pas, adakah anda pergi bertanya TGHH dan Ustaz Nasaruddin sebelum anda kata mereka bohong? Adakah anda tahu segala kronologi kejadian secara terperinci (yakni anda terlibat sama) sehingga anda boleh kata mereka ini berbohong?

Inilah cara berhujah yang menurut saidina Ali r.a. iaitu menggunakan kalimah yang hak untuk maksud yang batil. Hukum memutuskan wala dalam perkara-perkara yang menyanggahi syara sedia diketahui umum, tapi menggunakan alasan ini untuk memutuskan wala terhadap kepimpinan atas perkara-perkara duniawi (bila ia tidak serasi dengan kehendak kita) jelas adalah satu kebatilan dalam menggunakan hujah di atas.

Ia sebenarnya lebih kepada mencari alasan untuk menghalalkan cara.

Nizam Mahmud said...

Dalam isu kepimpinan PAS, adakah mengadakan perbincangan dengan UMNO itu sama hukumnya seperti membunuh diri (maksudnya terjun dalam api seperti dalam hadith tersebut)?
-------

Ulasan saya: Cubaan baik untuk lari dari isu sebenar tetapi maaf, jawapan sebegitu cuma sesuai bagi yang tertelan racun wala ini.

Isu sebenarnya adalah membentuk kerajaan bersama-sama dengan UMNO/BN. Isu sebenarnya adalah meninggalkan kerjasama yang dibuat dengan DAP dan PKR dan menubuhkan pakatan baru dengan UMNO.

Saksi saya adalah Ustaz Ahmad Awang. Beliau lah yang menceritakan betapa bahawa ada pimpinan yang telah menelefon beliau mengajak beliau bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama dengan UMNO.

Mengenai hadis yang saya berikan sebentar tadi adalah qiyas yang kita boleh ambil darinya.

Sebagai contohnya TB berpendapat bekerjasama dengan UMNO akan menjurus kepada kemusnahan PAS.

Ini bukan kata-kata kosong sebab telah dibuktikan pada tahun 70an. PAS berpecah sebab keputusan masuk Perikatan. Kemudian apabila ditendang keluar, PAS yang berpecah telah mengalami kekalahan yang teruk hingga cuma tinggal satu saja kerusi Parlimen yang dipegang oleh TGNA pada ketika itu.

Berkali-kali Tok Guru Nik Aziz menyatakan dengan begitu jelas bahawa ianya mengambil masa begitu lama untuk memperbaiki PAS yang begitu rosak dan punah disebabkan keputusan yang silap itu.

Sejarah adalah satu bukti. Maka hujah TB bahawa kerjasama UG dengan UMNO ini akan membawa kemusnahan pada PAS adalah berasas dan disokong oleh bukti. Saya ingin tanya kepada fraksi UMNO, mana bukti kamu, dari segi sejarah dan sebagainya UG akan membawa kebaikan pada jemaah?

Dan kalau kita qiyas kan dengan hadis maka adalah haram ikut arahan yang akan membahayakan kepentingan jemaah.

Oleh itu apa pun cadangan dan arahan yang membawa kepada pembentukan UG ini dari siapa pun hatta Tok Guru Nik Aziz sekalipun adalah ditolak sama sekali. Haram ikut walaupun dah berbaiah dengan jemaah.

Itu pendapat saya. Segala yang baik itu datang dari Allah, yang silap itu sebab kelemahan saya sendiri.

Wallahualam

Grand Marquis said...

Apabila kita mahu menggunakan Qias, kita kena pastikan apa yang di Qiaskan itu bertepatan.

Isu terjun dalam api melibatkan isu hukum beragama yang mana terdapat larangan dari Allah S.W.T. untuk kita membunuh diri (An-Nisa' : 29).

Dalam isu politik seperti UG yang merupakan ijtihad duniawi, adakah ia sama dengan kes bunuh diri? Satu melibatkan isu hukum dan satu melibatkan isu ijtihad duniawi. Jadi jelas mengqiaskan kedua-duanya adalah Qias yang batil.

Apakah PAS dan UMNO zaman 70an sama seperti PAS dan UMNO masa ini? Kalau begitu, kenapa dulu PAS kata DAP dan syaitan sama saja, tapi hari ini mereka boleh menjadi kawan tidur sebantal. Kalau ikut mantik awak ni sejarah adalah satu bukti dan buktinya ialah PAS kata DAP dan Syatian sama saja.

Mana bukti UG akan membawa kebaikan? Jawapan saya ialah tiada sebab benda itu belum berlaku. Tetapi adakah anda kata kesatuan umat Islam tidak akan membawa kebaikan? Kalau macam tu kenapa dalam Al-Quran Allah S.W.T. suruh umat Islam bersatu. Inilah masalah umat Islam. Mereka sememangnya mengemari perpecahan dan belum ada ura-ura kearah kesatuan, mereka dah kata ini tidak akan membawa kebaikan.

Saya minta saudara nizam kemukakan satu dalil dari Quran dan hadith yang menyuruh umat Islam bersatu dengan orang kafir. Satu saja.

Mungkin saudara ungkitkan sejarah lagi, tapi perlu saya betulkan, sejarah itu bukan dan tidak akan jadi bukti. Adakah dalam mahkamah Islam membenarkan sejarah sebagai bukti? Misalnya seorang itu pernah mencuri dan kena potong tangan. Lepas sepuluh tahun orang itu kena tangkap mencuri lagi, tapi kali ini tak de saksi dan bukti yang jelas. Adakah mahkamah Islam akan menjatuhkan hukuman hudud pada orang ini berdasarkan sejarah orang tersebut pernah mencuri?

Yang betulnya ialah sejarah itu adalah pengajaran dan panduan kepada kita dalam membuat keputusan. UG pada tahun 70an gagal. Sepatutnya dikaji balik, kenapa ia gagal. Maka untuk UG tahun 2009, kita merangka strategi persefahaman dan perjanjian yang akan mengelakkan ia dari gagal.

Saya merasa hairan dengan kita yang mengaku Islam, mengaku mencintai Islam dan mengaku memperjuangkan Islam, tetapi amat memusuhi orang Islam malah lebih rela mencintai orang kafir dari saudara seagama. Fikirkan balik, dalam kita kata orang lain tak berhukum dengan hukum Allah, apakah kita sendiri berhukum dengan hukum Allah S.W.T. yang menyuruh umat Islam bersatu-padu dan jangan bercerai berai?

Anonymous said...

Grand marquis,

UMNO pun lagi hebat mencintai orang kafir ...Bush, Nakasone, Howard, John Major, Putin dan ramai lagi

Nizam Mahmud said...

1.
Isu terjun dalam api melibatkan isu hukum beragama yang mana terdapat larangan dari Allah S.W.T. untuk kita membunuh diri (An-Nisa' : 29).
------

Ulasan: Saya tidak menafikan bahawa membunuh diri juga termaksud dalam hadith tersebut.

Cuma ulasan hadith tersebut yang pernah saya dengar adalah termasuklah perkara-perkara lain yang dilarang. Sebagai contohnya adalah dalam perang juga di larang memusnahkan tempat-tempat beribadat, maka apabila disuruh untuk melakukan perkara ini juga sepatutnya diingkari.

2
Mana bukti UG akan membawa kebaikan? Jawapan saya ialah tiada sebab benda itu belum berlaku.
------

Ulasan saya: Ini satu pembohongan dari saudara. PAS sudah pun pernah membuat UG dengan UMNO pada tahun 70an dan telah terbukti gagal dan menyebabkan PAS berpecah dan lemah.

3.
Mungkin saudara ungkitkan sejarah lagi, tapi perlu saya betulkan, sejarah itu bukan dan tidak akan jadi bukti. Adakah dalam mahkamah Islam membenarkan sejarah sebagai bukti?
------

Ulasan saya: Satu lagi pembohongan dari saudara.

Kesaksian seseorang sebagai contohnya boleh dipertikaikan jika terdapat bukti masa lampau pembohongan di lakukan. Kesaksian seseorang dalam mahkamah boleh ditolak jika ada sejarah dia memberikan kesaksian palsu.

Siapa kata sejarah tidak boleh dikatakan bukti?

Di mana-mana saja sejarah dijadikan bukti. Di mahkamah, di institusi kewangan apabila permohonan pinjaman misal nya, ataupun di perniagaan-perniagaan, rekod sejarah dijadikan asas untuk membuat keputusan.

Jika anda seorang peniaga adakah anda akan mengambil seorang yang mempunyai rekod khianat sebagai rakan kongsi? Jika anda adalah seorang pegawai bank adakah anda akan melulusan permohonan pinjaman mereka yang mempunyai sejarah tidak membayar hutang? Atau jika anda seorang majikan, adakan anda akan mengambil pekerja yang sejarah pekerjaannya selalu ponteng kerja?

Sejarah adalah bukti. Sejarah adalah asas kepada anda membuat keputusan.

Dalam hal ini, TGNA adalah betul. Sebabnya adalah beliau menggunakan sejarah sebagai asas kepada penolakan UG.

Masa tidak mengizinkan. Insya Allah saya akan ulas lagi esok.

Grand Marquis said...

Kepada Nizam Mahmud,

Saya ingin tanya, adakah UMNO tahun 70an sama dengan UMNO hari ini? Adakah situasi itu sama?

Kalau seorang peminjam ada sejarah tak bayar hutang, adakah secara mutlak dia tidak akan bayar hutang hari ini? Dulu mungkin dia tak kerja, tak de duit, tapi sekarang lain.

Kalau dulu seorang itu didapati khianat, adakah bererti kita tidak boleh lagi bekerjasama dengan dia untuk seumur hidup? Atau kita boleh mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati?

Apatah kalau bapa orang itu pernah khianat, adakah bererti anaknya juga akan khianat?

Pasal kes saksi itu, isunya lain kerana isu saksi palsu ini ada termaktub dalam hukum Islam.

Persoalan diatas tidak ada jawapan yang khusus kerana itu melibatkan ijtihad urusan duniawi.

Situasi berbeza, orang yang menerajui UMNO juga berbeza, banyak sangat perkara yang berbeza. Apakah natijahnya tetap sama dengan kes 70an?

Bagi sesetengah orang mungkin ya, tapi ada juga kemungkinan yang besar ia tidak akan sama.

Tapi apakah kita perlu menutup sebarang ruang untuk membincangkan kesatuan umat Islam?

Saya rasa hairan, kenapa kita boleh maafkan DAP tapi tak boleh maafkan sesama Islam? Apakah orang kafir DAP lebih mulia dari orang Islam dalam UMNO?

Nizam Mahmud said...

Saudara Grand Marquis,

"Situasi berbeza, orang yang menerajui UMNO juga berbeza, banyak sangat perkara yang berbeza. Apakah natijahnya tetap sama dengan kes 70an?
-----

Ulasan saya; Memang benar berbeza malah lebih teruk dari dulu!

Cukup sekadar saya bandingkan dua Presiden UMNO iaitu Tun Hussein On dan Datok Seri Najib.

Tun Hussein On tidak dipalitkan dengan tuduhan rasuah atau tuduhan membunuh. Itupun dengan rekod bekas Presiden yang kurang kotor itu pun, PAS telah ditendang dari BN macam anjing kurap dan dihina.

Apakah yang boleh diharapkan dengan Presiden yang ada sekarang, yang di kaitkan dengan skandal komisen kapal selam (dalam kata lain rasuah) dan skandal pembunuhan wanita luar negara?

Perumpamaan yang saya ambil saya pakai lagi, bagaimana nak bagi pinjaman kepada pemohon yang rekod nya dari sehari ke sehari semakin parah. Kalau dulu kes hutang tak bayar, selepas itu kes pecah amanah lagi, kes rasuah lagi dan lain-lain?

Benar, UMNO 70an dulu dan sekarang berbeza. Bezanya adalah lebih teruk, lebih parah dari dulu. Perbezaan dari pimpinan yang makin korup, menyalahgunakan kuasa, rasuah, pembunuhan ahli-ahli PAS di Memali, menganiaya Kerajaan Kelantan dan seribu satu macam lagi keburukan.

""Pasal kes saksi itu, isunya lain kerana isu saksi palsu ini ada termaktub dalam hukum Islam.""
------

Ulasan saya: Bukankah itu maknanya sejarah dijadikan bukti? Di manakah kenyataan anda bahawa sejarah tidak boleh dijadikan bukti.

Sekarang baru saudara akui.

""Saya rasa hairan, kenapa kita boleh maafkan DAP tapi tak boleh maafkan sesama Islam?
--------

Ulasan saya: Maafkan DAP untuk apa? DAP bertentang pendapat dengan PAS, itu benar.

Tapi tunjukkan bukti DAP pernah menzalimi orang Islam di dalam PAS yang rata-ratanya berbangsa Melayu.

Kalau sekadar berbeza pendapat, tiada apa yang perlu untuk meminta maaf atau minta dimaafkan.

Kesimpulan saya, Tok Guru Nik Aziz merupakan Ketua Dewan Ulama semasa PAS dipujuk memasuki Perikatan (kini dikenali sebagai BN). Beliau juga Ketua Dewan Ulama semasa PAS di dalam BN dan beliau juga adalah Ketua Dewan Ulama semasa PAS ditendang keluar macam anjing kurap.

Pengalaman sebagai barisan hadapan semasa peristiwa ini dari mula hingga akhir adalah sesuatu yang kita mesti ambil sebagai pertimbangan. Kebanyakan dari yang disini masih budak berhingus ataupun belum lahir semasa peristiwa ini berlaku.

Maka tidah hairan lah, dari firasat dan pengalaman Tok Guru, dengan keadaan pemimpin UMNO yang makin kritikal, maka beliau langsung tidak mahu menerima idea pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Malah menolaknya mentah-mentah dan menganggap mereka yang terlibat, seperti Nasa sebagai sampah.

Saya setuju 100% dengan Tok Guru dalam hal ini.

Wallahualam

Nizam Mahmud said...

Saudara TB,

Saya cadangkan saudara tulis artikel mengenai hujah fraksi UMNO iaitu UMNO dulu dan sekarang berbeza jadi boleh buat UG.

Nak tergelak baca hujah ini.

Grand Marquis said...

Kepada Nizam Mahmud,

Apapun, sebagaimana yang saya katakan, ia adalah ijtihad politik. Ijtihad bersifat duniawi yang mana setiap orang boleh jadi benar dan boleh jadi salah.

Persoalannya ialah dalam pas ada 1 juta ahli. Kalau setiap pendapat ahli diambil kira, maka akan jadi caca marba. Disinilah letaknya peranan pemimpin dan apa yang dikatakan adab berjemaah.

Apabila keputusan dibuat oleh ketua, selagi ia bukan perkara yang menyanggahi syarak, maka sebagai pengikut, kita kena berbaik sangka dan memberi sokongan.

Sebaliknya bila ada pengikut yang mengingkari keputusan yang diambil oleh pemimpin, maka jadilah jemaah itu caca marba dan tak habis-habis bergaduh sesama sendiri. Inilah yang sebenarnya terjadi pada pas. Dan untuk cover kelemahan mereka, UMNO di jadikan kambing hitam kerana puak-puak yang bertelagah ini faham benar akan kebencian ahli pas pada UMNO.

Tentang isu saksi palsu, ia adalah satu perkara yang berbeza kerana pensaksian itu satu perkara yang besar dalam Islam.

Saya ingin tanya, kalau seorang itu pernah bercerai, apakah beliau tidak dibenarkan kawin lagi? Kalau ikut kaedah awak, sejarah sebagai bukti dia ni tak pandai berrumah tangga, oleh itu dia sepatutnya tak dibenarkan kawin lagi.

Nizam Mahmud said...

Apapun, sebagaimana yang saya katakan, ia adalah ijtihad politik. Ijtihad bersifat duniawi yang mana setiap orang boleh jadi benar dan boleh jadi salah.
--------

Ulasan saya: Di dalam hadis yang saya nyatakan bahawa para sahabat terbahagi kepada dua, ada yang beristjihad bahawa perlu nya wala dan terjun dalam api, manakala sebahagian yang lain berijtihad bahawa haram untuk terjun dalam api itu.

Tapi jelas bahawa satu itjihad saja yang betul dan satu lagi salah.

Kalau lah kita yang jadi sekumpulan askar tadi mungkin kita akan bergaduh di sini. Mungkin ada yang akan mengatakan terjun lah dalam api disebabkan wala dan taat pada pemimpin. Mungkin ada yang lain mengatakan bahawa terjun sekejap kemudian keluar balik, tak akan mati cuma kulit akan melecur di sana sini.

Seperti yang saya katakan tadi, semua faktor menunjukkan bahawa ancaman pada jemaah dengan pembentukan UG. Faktor sejarah di mana PAS pernah menubuhkan UG dengan UMNO dan kemudiannya mendatangkan perpecahan dan kemusnahan yang dahsyat pada PAS. Dan akhirnya PAS ditendang keluar macam anjing kurap.

Dan juga faktor yang saudara Grand Marquis sebutkan tadi, iaitu UMNO sudah berubah (Terima kasih kerana bagi poin pada saya). Berubah memang benar, tetapi lebih buruk, lebih korup, lebih kejam dan lebih zalim dari dulu.

Sudahlah sejarah membuktikan bahawa PAS musnah dengan kerjasama dengan UMNO, di tambah lagi dengan kenyataan bahawa UMNO lebih parah dan lebih teruk dari dulu. Tidak memerlukan seorang yang pintar untuk melihat bahawa UG ini akan membawa kemusnahan pada PAS.

Sehingga kini, saudara Marquis gagal memberikan hujah mengapa UG mesti di adakan. Dan saudara Marquis gagal memberikan apa-apa bukti bahawa kerjasama UG dengan UMNO akan membawa kebaikan pada PAS.

Saya bagi hujah mutakhir mengapa idea UG adalah satu idea yang teruk dan tidak patut di pertimbangkan sama sekali. Idea UG baru diutarakan maka ahli-ahli dan pimpinan PAS sudah bergaduh sesama sendiri. Ini sudah berlaku pada tahun 70an, dan hanya diulang tayang lagi. Sejarah sudah buktikan tapi Hj Hadi masih tak mahu belajar dari sejarah.

Bayangkan jika idea UG dibawa menjadi realiti.

Fikir-fikirkan lah.

Wallahualam.

Nizam Mahmud said...

Saya ingin tanya, kalau seorang itu pernah bercerai, apakah beliau tidak dibenarkan kawin lagi? Kalau ikut kaedah awak, sejarah sebagai bukti dia ni tak pandai berrumah tangga, oleh itu dia sepatutnya tak dibenarkan kawin lagi.
-------

Ulasan saya: Kita ambil contoh, perceraian itu disebabkan oleh pihak lelaki yang ganas, selalu memukul isteri.

Jika itu kes nya, Wali perempuan yang nak berkahwin dengan lelaki sedemikian patut menghalang perkahwinan itu. Ini adalah kerana tanggungjawab wali adalah mengahwinkan anak perempuan nya itu dengan lelaki yang dipercayai dapat menjaga dan membimbing anak nya itu.

Aplikasi kan dalam hal parti. Maka menjadi kewajipan wali (pemimpin PAS) untuk menghalang perkahwinan dengan UMNO yang mempunyai rekod kezaliman yang teruk.

Grand Marquis said...

Kepada saudara Nizam Mahmud,

Benarkan dalam ijtihad ini hanya ada 1 kebenaran? Lihat hadith ini:


Daripada Ibnu ‘Umar ia berkata, bersabda Junjungan Nabi saw kepada kami tatkala balik daripada peperangan Ahzab. Iaitu,

“Janganlah sembahyang oleh seseorang, akan Sembahyang ‘Asar melainkan pada Bani Quraizah. ”

Maka, setengah mereka mendapati Sembahyang ‘Asar di jalan.

Kemudian, berkata setengah mereka;

“Tiadalah kami sembahyang hingga kami datang ke Bani Quraizah.”

Dan, berkata setengah mereka pula;

“Bahkan, kami hendak sembahyang juga. Tiada dikehendaki daripada kita yang demikian itu."

Maka, disebutkan yang demikian itu kepada Nabi saw. Maka, ia tiada menempelak (menyalah) seseorang daripada mereka itu.


Jadi jelas dalam hal ini Nabi S.A.W. tidak mengatakan mana pihak yang salah. Ini menunjukkan ijtihad kedua-dua pihak adalah benar menurut kefahaman mereka.

Sekalipun hanya ada 1 kebenaran, apakah kepastian anda bahawa ijtihad anti UG adalah lebih benar dari yang sokong UG?

Anda tanya saya hujah kenapa perlu UG. Bukankah al-Quran sudah cukup menjadi hujah? Lihat surah al-Imran ayat 103.

Dalam anda berhujah, saya lihat anda cenderung menggunakan contoh yang ekstreme sahaja. Misalnya dalam kes cerai, anda hanya kata yang buruk-buruk seperti lelaki itu kaki pukul dan dera isteri. Tapi ada juga kes yang mana lelaki yang baik juga bercerai. Malah ramai ustaz pun pernah bercerai.

Anda mungkin kata UMNO ni macam lelaki kaki pukul, tapi itu semata-mata persepsi anda sedangkan bagi orang lain persepsi mereka mungkin berbeza. Dan harus ingat, dalam 1 juta ahli pas yang ada, setiap orang pun boleh ada persepsi masing-masing. Kalau semua orang nak persepsi mereka diterima, akhirnya apa akan jadi dengan pas? Ini lah masalah yang sedang terjadi dalam pas bila mana sesetengah orang yang dipimpin mahu ketua mengikut persepsi mereka. Bila ketua tidak sehaluan dengan mereka, mereka memberontak dan mahu mengulingkan ketua tersebut. Padahal, sebagai orang yang dipimpin, mereka sepatutnya taat kepada pemimpin dalam hal-hal yang tidak menyanggahi syarak. Dan saya tak rasa mengadakan UG dengan UMNO ini satu perkara yang menyanggahi syarak.

Wallahualam.

Anonymous said...

Kepada Grand Marquis...
Tak susah utk mengenali anda. Andalah yg diperkatakan oleh aktivis2 PR sbg CYBERTROOPER upahan UMNO. Mmm... Hebat jugak hujah2 mengelirukan dari anda. Namun saya tak ketemukan satu jawapan yg cukup konkrit dari anda. Maaf, saya cukup kenal hujah2 yg diguna pakai oleh UMNO spt saudara.

Kepada saudara Nizam Mahmud
Syabas dan tahniah atas penulisan hujah2 dari saudara dalam menentang golongan2 yg mengelirukan di akhir zaman ini.
Semoga ALLAH SWT mengurnikan ketajaman hujah pada akal yg meniti jalan yg lurus lagi benar. Insyallah

Nizam Mahmud said...

Saudara Marquis,

Jadi jelas dalam hal ini Nabi S.A.W. tidak mengatakan mana pihak yang salah. Ini menunjukkan ijtihad kedua-dua pihak adalah benar menurut kefahaman mereka.

Sekalipun hanya ada 1 kebenaran, apakah kepastian anda bahawa ijtihad anti UG adalah lebih benar dari yang sokong UG?
-------

Ulasan saya: Qiyas yang saudara ini lah yang batil.

Benar dalam hadis ini sahabt berbeza pendapat. Tetapi mereka berbeza pendapat di mana tiada satu pun pendapat yang menjurus kepada kemusnahan. Nak ikut A atau B atau C tidak akan membawa apa-apa natijah yang besar.

Contoh yang saya berikan adalah jelas. Jika sudah dibuktikan pernah membawa kemusnahan, kenapa diikuti jalan itu lagi?

Sejarah sudah merekodkan kemusnahan dan perpecahan PAS dengan penubuhan UG. Dan pada hari ini UMNO lebih teruk dan lebih zalim dari UMNO 70an. Apa alasannya untuk penubuhan UG lagi? Sila saudara beri kan.

"Dalam anda berhujah, saya lihat anda cenderung menggunakan contoh yang ekstreme sahaja. Misalnya dalam kes cerai, anda hanya kata yang buruk-buruk seperti lelaki itu kaki pukul dan dera isteri."
----

Ulasan saya: Anda yang memberikan contoh kes perceraian dan saya berikan analogi terbaik.

Benar, UMNO umpama si suami yang ganas, tidak adil, kejam dan zalim. Itu satu contoh yang tepat.

"Anda mungkin kata UMNO ni macam lelaki kaki pukul, tapi itu semata-mata persepsi anda sedangkan bagi orang lain persepsi mereka mungkin berbeza.
------

Ulasan saya: Berikan saya satu pemimpin PAS yang menafikan bahawa UMNO selama ini menzalimi PAS dan ahli-ahlinya.

Bagi saya seorang pemimpin PAS yang menafikan bahawa pimpinan UMNO telah membunuh As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya.

Bagi saya seorang pemimpin PAS yang menafikan bahawa UMNO menzalimi PAS dan rakyat Kelantan selama puluhan tahun lamanya.

Bagi saya seorang pemimpin PAS yang menafikan bahawa UMNO lebih teruk, lebih korup dan lebih zalim dari dulu.

Bagi saya seorang pemimpin PAS yang menafikan PAS berpecah belah dan menjadi lemah disebabkan UG pada tahun 70an.

Pemimpin PAS lah yang beramai-ramai berceramah sana sini berkata UMNO sebagai toghut, sebagai zalim, sebagai korup.

Persepsi apa yang berlainan wahai saudara? Tidak ada kelainan persepsi langsung.

"Dan saya tak rasa mengadakan UG dengan UMNO ini satu perkara yang menyanggahi syarak."
-------

Ulasan saya: Kalau sudah terbukti perpaduan UG dengan UMNO berakhir dengan kemusnahan, kalau sudah disepakati bahawa UMNO semakin zalim dan korup, maka apa yang tidak menyanggahi syarak nya?

Kalau begitu saudara boleh lah terjun ke dalam api. Mana tau api sekarang sudah tidak panas dan tidak membahayakan lagi berbanding dulu.

Seperti kata saudara, masalah persepsi bukan?

Nizam Mahmud said...

Saudara Annoymous,

Terima kasih atas pujian.

Tahun 1999, saya adalah antara orang paling gembira apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS. Dengan kembang hidung saya bagitau semua orang- PAS akan pegang Terengganu puluhan tahun lamanya!

Kemudian kita mula dengar cerita yang tak enak di dengar. Tapi semuanya berbisik-bisik. Bloggers PR (dulunya BA) semuanya hanya tahu memuji-muji parti dan pimpinan. Semua masalah di sapu di bawah karpet.

Hasilnya, ramai pemimpin naik tocang. Ramai makin ego dan sombong.

2004, BA berpecah dan parti-parti bergaduh sesama sendiri, Terengganu jatuh. Kelantan hampir terlepas! Dalam parlimen kurang 10% adalah dari pembangkang.

Sejarah dah buktikan cara 1999-2004, cara bisik-bisik, cara pujian saja untuk pimpinan, cara wala dah thiqah, cara sapu masalah bawah karpet tak berjaya dan membawa kemusnahan.

Maka istjihad saya, haram bagi saya sebagai penyokong untuk mendiamkan diri. Pekak kan saja pada laungan wala dan thiqah dah pemimpin tak sedar diri.

Dan saya sokong TB dalam hal ini. Tak apa, kalau PR dapat bentuk kerajaan dan UMNO musnah, saya bergaduh pulak dengan TB. Banyak benda yang saya tak setuju dengan beliau.

Grand Marquis said...

Kepada Nizam Mahmood,

Qias batil? Apa Qiasnya? Adakah saudara faham apa itu Qias?

UMNO menzalimi PAS memang satu fakta yang saya sendiri akui. Tapi nak salahkan UMNO macam mana. Dah nama pun seteru politik. Apakah PAS pernah bersikap adil dengan UMNO?

Apa yang di harapkan dari UG ialah supaya UMNO tidak akan lagi menzalimi Pas (begitu juga Pas kepada UMNO). Itu lah sebabnya Islam suruh bersatu padu dan jangan bercerai-berai.

Nizam Mahmud said...

Qias batil? Apa Qiasnya? Adakah saudara faham apa itu Qias?
-----

Ulasan saya: Soalan yang sama untuk saudara yang mengemukakan hadith di atas?

:)

UMNO menzalimi PAS memang satu fakta yang saya sendiri akui. Tapi nak salahkan UMNO macam mana. Dah nama pun seteru politik.
----------

Ulasan saya: Sewaktu PAS ditendang keluar secara zalim dari BN, apakah PAS ketika itu masih seteru politik? Bukankah PAS sebagai parti komponen BN adalah sekutu dan kawan?

Kesimpulan, tak kira kawan atau lawan, UMNO tetap telah terbukti menzalimi PAS.


Apa yang di harapkan dari UG ialah supaya UMNO tidak akan lagi menzalimi Pas (begitu juga Pas kepada UMNO).
-------

Ulasan saya; Hujah yang tidak disertakan apa-apa fakta. Malah sudah terbukti dalam lipatan sejarah, sebagai seteru atau sekutu, UMNO tetap menzalimi PAS.

Nasihat saya berikan hujah anda dan bukan retorik semata-mata.

Wallahualam.

Nizam Mahmud said...

Sedikit lagi

"Itu lah sebabnya Islam suruh bersatu padu dan jangan bercerai-berai.
--------

Ulasan saya: Saudara berikan surah al-Imran ayat 103 sebagai hujah. Pada ayat 102, dimulai dengan wahai orang yang beriman.

Menzalimi saudara sendiri bukanlah ciri-ciri orang yang beriman wahai saudara.

Maka saudara sendiri katakan 'UMNO menzalimi PAS memang satu fakta yang saya sendiri akui.'

Fikir-fikirkan lah.

Wallahualam

Nizam Mahmud said...

saudara Grand MArquis,

Retorik anda tidak ubah seperti kawan sama sekolah TB yang baru-baru ini kalah bertanding jawatan dalam Pemuda.

Kenapa tidak guna kan nama sebenar?

Grand Marquis said...

Kepada Nizam Mahmud
Memandangkan posting ini sudah terlalu lama. Saya akan stop membalas di posting ini.

Tapi insha Allah kita akan ketemu lagi untuk membincangkan apa itu qias yang batil.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.