Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 9, 2009

Siapa Menolak Persepsi Adalah Primitif - Disambut Dengan Tepukan Gemuruh

Jelas dalam seminar tersebut, apabila perkataan ini diungkapkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah, maka mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin seminar. Berbanding dengan laungan takbir sewaktu Bakar Chik atau Mohd Adram atau Kamarulzaman berucap, hanya dua-tiga kerat sahaja yang menyahut. Assalamualaikum,

Signal mahukan perubahan kepada pimpinan parti adalah jelas dari para hadirin. Kalau dilihat dari penanya soalan yang anti kepada Aziz Bari, soalan2 tak lari dari meminta bukti sebagaimana dalam mahkamah. Padahal apa yang diungkapkan Aziz Bari adalah persepsi semata-mata. Persepsi tidak semestinya benar dan tidak semestinya salah, TAPI, persepsi akan menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya dan siapa yang akan kalah. Oleh sebab itu persepsi harus dijaga dan dikawal supaya tidak merugikan PAS.

Yang lebih memberangsangkan adalah penanya2 negatif kepada Aziz Bari adalah rata-rata datang dari golongan Pemuda PAS yang masih belum matang dalam politik Sebab tu mereka cukup emotional dan tidak dapat mengawal perasaan serta emosi mereka. Jelas, mereka2 ini meletakkan kepentingan jawatan seseorang pemimpin lebih tinggi dari kepentingan parti.

Bagi saya, kalau ada kajian menunjukkan persepsi rakyat pada Tok Guru Nik Aziz negatif, maka saya akan usulkan Tok guru letak jawatan dan diganti. Ini kerana parti lagi penting dari pimpinan. Namun, persepsi rakyat pada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz adalah AMATTTT POSITIF. Ertinya menyokong Tok Guru adalah menyokong untuk kebaikan PAS.

Para pemuka2 Pemuda PAS masih tidak dapat membezakan antara mana yang lebih penting; pemimpin atau parti. Kajian yang dibuat oleh kedua2 professor ini adalah kajian ilmiyyah dan saintifik. Kalau tidak setuju, harus melawan dengan hujjah2 saintifik dan ilmiyyah juga. Bukan menyerang Dr Aziz Bari seterusnya menampakkan kejahilan masing2.
Saya mengalu-alukan saranan Ketua Pemuda PAS untuk bertemu semula dengan Professor Aziz Bari bagi menjernihkan lagi keadaan.

Mulanya Persepsi Negatif Terhadap PAS

Bagi saya persepsi negatif terhadap PAS bermula dari saat pecahnya berita PAS mengadakan rundingan dalam gelap dengan UMNO. Di kala itu, persepsi terhadap pimpinan PAS terutama yang dikaitkan dengan rundingan dalam gelap ini sudah jatuh.

Namun, rakyat masih memberi peluang kepada PAS untuk membetulkan keadaan. Tapi, selang masa berlalu PAS dilihat makin berani menyerang Pakatan Rakyat dalam berbagai isu terutama di Selangor. Dan PAS Pusat pula senyap sunyi tidak ambil apa2 tindakan pada Hasan Ali.

Kemuncaknya adalah pada PRK Bagan Pinang bila kawasan yang PAS menang dulu pun kita kalah balik.

Saya bersyukur kerana pembentangan kedua2 professor mendapat sokongan yang besar dikalangan perwakilan yang hadzir pada hari itu. Jelas, ahli dan perwakilan2 PAS mahukan perubahan.

Bagi saya, perlu diadakan EGM dengan kadar segera untuk melakukan perubahan yang diharapkan bagi menyelamatkan PAS.

Tulang Besi

31 comments:

Anonymous said...

persepsi negatif saya terhadap PAS bila mana PAS terlalu mencari salah lawan. bila terkena batang hidung sendiri, banyak alasan utk justifikasi itu ini. bila kena pihak lawan, dilanyak habis2. amik contoh penyelewengan KOSIS, KOHILAL.

Contohnya, kalau kalah pilihanraya; Salahkan pengundi hantu. Kalau menang pilihanraya, hilang pulak isu pengundi hantu, SPR Rasuah.

Kalau keputusan mahkamah memihak kpd PAS, dikatakan mahkamah adil. Kalau keputusan mahkamah tidak memihak kepada PAS, mahkamah rasuah.

cukuplah retorik PAS. i want solution, direction from PAS. I want leadership, visionary leader that can lead the malaysian. I heard enuff excuse. i want solution.

Anonymous said...

Nasib baik sungguh tak jadi EGM,kalau tak Mustafa Ali akn susun bag TGNA jatuh n ganti dgn Harun din,Lpas tu naikkan ULAR DLM SEMAK si Abu Bakar Chik.Mustafa dah urus bab buang Husam ( taktik UMNO dia guna dlm kelambu PAS ).Lps ni PRU 13,adun PAS di Perak dan Kelantan aje la yg inggal.Di pahang juga akan kecundang.Tuan Brahim,lupakanlah Pahang selagi anta bersama puak-puak `gong' ganu ni.

Anonymous said...

Persepsi dalam fiqh Islami

1. Tuan diberi segelas air kosong. Bolehkan tuan meminum apa yang ada dalam gelas itu jika persepsi tuan ialah gelas itu mengandungi arak?

2. Tuan diberi seketul daging ayam. Bolehkah tuan memakannya jika persepsi tuan daging itu ialah daging khinzir?

3. Tuan sesat di dalam hutan. Tuan lalu di tepi sebatang sungai. Tiba-tiba tuan ternampak sebiji buah epal yang terapung di dalam sungai. Tuan berasa sangat lapar. Namun persepsi tuan ialah epal itu milik seseorang yang mempunyai kebun di hulu sungai. Adakah tuan akan terus memakan epal itu atau mudik ke hulu sungai untuk mencari tuan punya epal untuk meminta
halal?

4. Tuan menjadi imam solat isyak. Persepsi tuan ialah tuan sudah membuat empat raka'at. lalu tuan ingin terus kepada tahiyyat akhir. Tiba-tiba ada makmum menegur tuan dengan kalimat tasbih yang sesuai. Adakah tuan ingin meneruskan dengan tahiyyat akhir atau menambah satu raka'at lagi? Apakah reaksi tuan apabila makmum mufarakah dan menggenapkan empat raka'at sedangkan tuan memang baru menyudahkan tiga raka'at?

Anonymous said...

Anony wrote:
Persepsi dalam fiqh Islami
=============

anda bercakap mengenai hukum ibadat. hukum ibadat mmg clear cut.

tetapi dlm pilihanraya, kalau anda mengabaikan persepsi, siapkanlah batu nisan utk dipusarakan.
tatkala haji hadi mengatakan Limkitsiang dan Karpal singh sebagai ubat batuk yg tamat tempoh, tersungkur terengganu kpd UMNO.

kalau mahu mengabaikan persepsi, jgn masuk atau bertanding dlm politik. masuk arena badan dakwah, jadi NGO. cakap lah sebanyak mungkin fiqh solat, fiqh muamalat, fiqh zakat.

Masuk pilihanraya, u have to manage people perception.

Anonymous said...

Cukup la kita melayan puak2 Ganu ni.dah mmg bodoh sombong.Mustapa Ali dah adjust baik masa Muktamar bg Husam out (sebijik cara UMNO kira undi).Tuan Braim pun jgn ingat selesa lps ni.Kami tak bag dah undi kat wkil2 PAS.Cukup la cukup.Lps ni ABC ganti TGNA baru MA dan HA puas hati.Lps tu PAS lingkup.Hoi!ingat senang ke nak bangun balik?Klu lps kalah baru nak letak tepi MA,HA dan ABC ni,jwbnya kita tuggu 50 thn lg utk masy terima balik mcm ni.

Anonymous said...

Fiqh mengarut ko la...ni semua soalan ala-ala yahudi

anata belajar kat UK macam nasrudin tu ker? buat masters kat Uk kan?


patut la byk ustaz-ustaz kita dah sesat

Tinta Hitam said...

Jika kita tidak menjaga persepsi kerja yang senang jadi susah. Sebagai contoh Dr Hassan Ali merampas beer kat 7/11 tak salah disisi Islam.Tetapi adakah itu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ketagihan arak dikalangan umat Islam di Selangor?Sedangkan hukum larangan arak antara yang paling lambat sekali diturunkan.Selesaikah masalah tersebut?

UMNO menang dua kali didalam isu ini.Pertama memberi persepsi pada org bukan Islam PAS jenis parti yang tak ada tolerance.Keduanya ianya memberi
senjata pula pd UMNO mengatakan PAS cakap tak serupa bikin.Pergi ikut cakap kafir DAP.Arak dibiarkan berleluasa.Katakan haram sangat.Disebabkan tindakan Hassan Ali yang semberono PAS terpaksa ambil sikap defensive.Beliau perlu faham JAIS dipenuhi oleh org org UMNO dan beliau perlu berhati hati.Segala cadangan yang nampak baik kemungkinan besar adalah perangkap.Sepatutnya dalam isu arak ni PAS sepatutnya berada didalam posisi menyerang.Ini jadi terbalik pulak.

Mengapa Hassan Ali tak mengadakan kempen anti arak atau program seumpamanya di seluruh Selangor.Mengapa tak dikaji dulu udg udg Malaysi ni dalam bab arak tu dan jadikan ianya isu dan gunakannya to our advantage?

Bila kita bersikap semberono semua ni tak nampak dan kita terlepas peluang menyerang dalam isu ini..

Itu cuma satu contoh.Banyak lagi contoh contoh lain

Tulang Besi said...

Tu lah masaalahnya. Dalam PAS jawatan nak, kebijaksanaan takdak.
Output kosong. Benda sama di "recycle" berulang2 kali selama berpuluh2 tahun.

Bila datang pemilihan, mainkan sentimen ulama. Semua jawatan kena bagi ulama.

BIla kalah menonggeng, marah bila orang kritik.

Banyak cara untuk menjalankan hukum Allah SWT ni. Bukan dengan mengharam sahaja.

Arwah Ust Fadzil pun fed up dgn puak2 mcm ni. Tak membina minda dan bawa fitnah pada agama.

Anonymous said...

TB,

Ana tak nak komen tentang "persepsi" kerana ini subjek akedemik.
Yang ana nak komen ialah telatah dan perangai Pemuda-Pemuda PAS diseminar tu.Cara pemuda-pemuda PAS berhujah dan berpolimik langsung tak melihatkan "interlectuality" wal hal Ketua mereka selalu mengeluarkan perkataan "interklectual" apa bila bercakap.Dikalangan pemuda PAS ramai yang punya pelajaran dan pendidikan tinggi tapi sayang seribu kali sayang "wala membabi buta" telah menghilangkan pertimbangan interlec mereka sehingga kelihatan seperti orang yang tak bersekolah.
Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayub 2 bekas Ketua Pemuda PAS,telah membawa Pemuda PAS kesatu tahap yang membanggakan.Adakah Ketua yang ada sekarang ini akan membawa Pemuda PAS kembali kezaman bercawat.Wallahualam.

Anonymous said...

Persepsi orang Mekah kepada Nabi Muhammad ialah Nabi Muhammad seorang yang sangat jujur dan amanah. Orang Mekah memanggil Nabi Muhammad sebagai al Amin. Orang Mekah sanggup menyerahkan harta mereka untuk disimpan oleh Nabi Muhammad tanpa merasa risau harta itu akan hilang atau merosot. Nabi Muhammad mengembalikan harta yang disimpan kepada pemiliknya apabila diminta tanpa berkurang atau cacat sedikitpun. Ketua-ketua puak Mekah yang bertelagah yakin bahawa Nabi Muhammad mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah meletak hajar aswad kembali ke tempatnya. Justeru, mereka memilih Nabi Muhammad untuk mengarbitrasi masalah meletak hajar aswad kembali ke tempatnya. Nabi Muhammad juga menjadi kepercayaan orang Mekah untuk mengarbitrasi kes-kes lain.

Anonymous said...

Bagi saya, PAS dalam keadaan genting sekarang. Sebagai rakyat biasa yang mementingkan kebenaran dari politik, saya melihat cara PAS menangani isu-isu yang berbangkit amat lemah. Saya sebagai seorang rakyat yang menyokong PAS pada masa ini adalah kerana tertarik dengan perwatakan TGNA, Allahyarham TG Fadzil Noor dan juga Allahyarham TG Ishak Baharom.

Saya tidak pernah berkerjasama dengan TGNA tetapi pernah bersama allahyarham TGFN dan TGIB. Walaupun penampilan saya gaya rocker dengan berambut panjang dan kelihatan seperti golongan GOTIC, kedua-dua TG dapat menerima saya dan berkerjasama dengan saya semasa pilihanraya kecil parlimen teluk kemang. Diatas peribadi mereka, maka saya sedikit demi sedikit melakukan perubahan dan kini tidak lagi berpenampilan seperti dahulu.

TGHA pula bagi saya tidak mempunyai karisma untuk menarik golongan muda dengan wajah dan perwatakan beliau. Sering didampingi oleh MA dan Nasarudin, ia bukannya satu gandingan yang sesuai untuk menarik golongan muda.

Hassan Ali, Harun Din dan Tuan Ibrahim Tuan Man harus kita ingat bahawa mereka ini datang dari satu kelompok iaitu kelompok Forum Perdana Islam RTM. Maka tidak hairan lah saya jika TITM tidak mengambil tindakan kepada HA kerana nostalgia bersama-sama di RTM masih dalam ingatan.

Kepada Hassan Ali, jika anda mahu melakukan sesuatu mengikut hati naluri kamu, jadilah seperti Dato Ismail Kamus yang tidak melibatkan diri dalam politik walaupun masih ahli pas.

Kepada TGHA, MA, Nasarudin, HA, Roslan SMS dan Nasarudin Tantawi, janganlah syok sendiri sehingga sanggup melihat PAS hancur. Kalau nak tahu samaada anda semua masih diperlukan atau tidak, sila lakukan pungutan suara secara adil keatas semua jemaah PAS. Dalam erti kata lakukan EGM. Kalau bangsa Cina kafir seperti MCA berani melakukannnya, inikan pula anda semua yang tergolong dalam golongan Ulama. Jangan pula selepas ini anda semua digelar ULAR DALAM SEMAK satu gelaran yang pernah anda berikan kepada ustaz-ustaz UMNO.

0smanor said...

"Jelas dalam seminar tersebut, apabila perkataan ini diungkapkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah, maka mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin seminar. Berbanding dengan laungan takbir sewaktu Bakar Chik atau Mohd Adram atau Kamarulzaman berucap, hanya dua-tiga kerat sahaja yang menyahut. Assalamualaikum"

Berdasarkan tulisan TB di atas pada persepsi saya nereka yg memberi tepukan itu adalah fraksi UMNO, sama seperti dalam Perhimpunan Agung UMNO apabila PAS atau para pimpinannya dibelasah. Mereka yang takbir itulah Pure PAS (PAS Tulin)sebagaimana dalam Perlembagaan PAS Bab 2 Fasal 4 : Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR. Fraksi UMNO inilah yang banyak buat onar, meni,bulkan perpecahan dsb untuk menghancurkan PAS dari dalam. Walaupun TG Nik Aziz berpuashati dengan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tempoh hari, tetapi puak ni yg bermuka-muka kononnya amat menghormati TG, masih tetap menunjukkan tidak puas hati dan membuat pelbagai onar bagi menghancurkan PAS. Islam menganjurkan bila bertelingkah kembali kepada Al-Quran dan Hadith secara Musyawarah, fraksi Umno ni kembali kepada blok mengadu domba dan menyebarkan pelbagai fitnah dan tuduhan palsu. Mereka tidak akan senang hidup selagi tidak dapat melihat PAS berkecai. Ini adalah persepsi saya. Ingat Dr Abu Hassan Hasbullah menegaskan :
Siapa Menolak Persepsi Adalah Primitif.

tohkongmosjid said...

TB,

A question, are you a part of the majority in PAS, or a minority in PAS?

Your answer to that question will determine where PAS's image is still repairable or not.

Anonymous said...

selama lebih 20 tahun jadi penyokong pas Trg, hari ini aku betul2 malu nak mengait diri dgn Pas.
selagi puak2 kain buruk hj Hadi jadi pemimpin bersama ustad2 celup Tganu, sohih lah aku kena bersara sementara dari jadi pengundi macam PRU lepas..
Geng ulamak-ulamak Trengganu konon..
piirrrahh mabuk!!!

Irfan Mohd Nor said...

Hangpa ni masih tak faham2 lagi. Untuk memerintah Malaysia, hangpa kena dapat sokongan padu majoriti rakyat, termasuklah cina dan hindu sekali.

Yang ni hangpa kena terima hakikat. PAS takkan menang apa pun kalau duk syok sendiri dgn penyokong sendiri jer.

UMNO yang dah lama memerintah tu pun mengaku memerlukan MCA dan MIC untuk terus memerintah. PAS pulak??buat perangai mcm nak memerintah sendiri..hish..tak guna otak betul!

Tolonglah, yang kita nak perjuangkan ni adalah perjuangan besar. Perjuangan untuk Islam. Tapi kita haruslah smart dan punya strategi. Kita tak boleh paksa orang bukan Islam ni ikut cara Islam, tapi kita kena cerdik dalam menjadikan mereka faham dengan Islam lantas mengikut Islam dengan rela hati.

So, PAS kena lah buat rebranding!
Jadikan PAS nampak progresif dan moden. Barulah depa berani dekati kita, dan kalau depa dah dekat dgn kita barulah kita boleh educate mereka dgn efektif!!!

Abu said...

Khas untuk Sdr Rahman Talib, ini peringatan drp Tuan Guru Presiden PAS :

"Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah. Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah. Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk. Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain. Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas."

alkulimi said...

Salam
Maklumat yang aku dapat, mungkin pimpinan pro UG dah dapat habuan dunia dari UMNO. Tu yang susah sgt nak berenggang dengan UMNO tu. Dah termakan budi akibatnya tergadailah body. Cuba siasat dari mana Timbalan Presiden PAS dapat duit buat istana besar?. Kalau dapat dari UMNO maka akan hancurlah PAS. UMNO punya strategi cama nak meragukan ahli, pengikut dan orang ramai saja. Inilah senjata paling ampuh dalam atmosphera pilitik masa kini. Adalah diramalkan Kedah, Selangor, Perak akan jatuh semula pada BN dalam PRU13 akan datang. Persepsi marhaen terkini meluat sgt2 kat pimpinan PAS terutama Presiden, Timbalan, Setiausaha Agong dan Dr Hasan Ali. Nyahkan semua pemimpin2 ini jika mahu kembalikan persepsi positif kepada PAS kalau tidak jangan harap imej PAS akan pulih. PAS Kedah jgn dok bergantung pada kecekapan pentadbiran MB saja. Itu tak akan kemana. Lebih kurang 30 kawasan terdapat antara 10% - 40% bukan Melayu. Mereka akan kembali menyokong BN kalau silap langkah. Jaga2 PAS Kedah. Jgn dok ghalit. Rumput kat taman2 dan tepi2 jalan makin panjang tak diselenggarakan. Nak banding dengan Melaka dari segi kebersihan Kedah memang jauh. Majlis Perbandaran nampak lembab sgt2.

Anonymous said...

PAS makin lama makin bermasaalah. Boleh pulak dia orang terbingung-bingung kenapa semakin kurang sokongan kepada mereka. Mudah sahaja jawapannya. Jangan bersekutu dengan orang kafir. Kami nak PAS yang macam dulu2.

Anonymous said...

Ahli Biasa

waima semua komen yang dibuat ada benar dan ada silapnya.

Hujah persepsi itu penting melalui kisah persepsi diri Rasul SAW memang benar - namun dalam waktu yang sama tidakkah ada nas sahih perihal akhir zaman di mana orang yang benar dianggap (dipersepsikan) salah dan orang zalim dianggap benar kerana kuasa dan kekayaan yang dimiliki?

Dan tidakkah persepsi kebencian yang kononnya amat besar terhadap konsep perpaduan sesama Islam di bawah UG bertitik-tolak malah berteraskan persepsi juga semata-mata?

Tidakkah Islam sendiri menetapkan bukti kebenaran mengatasi persepsi dalam apa jua keadaan, termasuk kaedah berpolitik?

Tidakkah hujah persepsi (Dr Abu Hassan) dan hujah imej (Dr Aziz Bari) ini berlandaskan kaedah politik matlamat menghalakan cara?

Tidakkah label atau jolokan sebagai primitif, jumud, ketinggalan zaman merupakan hujah zaman-berzaman musuh Islam terhadap golongan yang mempertahankannya?

Jika hujah imej itu supaya pimpinan dan ahli PAS merapikan janggut yang berserabai, memakai pakaian kemas dan bersih, bertutur penuh hemah lagi jelas, tidakkah menepati syari'i?

Jika hujah persepsi itu supaya PAS kekal dan utuh dengan pendirian Islamnya, yang zahir pada diri dan amalan ahli serta pimpinannya, maka tidakkah ini yang membentuk persepsi dalam perjuangan?

Sebenarnya apa yang kita mahu?

Tulang Besi said...

November 10, 2009 12:41 AM
Delete
Anonymous Abu said...

Khas untuk Sdr Rahman Talib, ini peringatan drp Tuan Guru Presiden PAS :

"Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah. Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
.

Amende yang aku fitnah nya?

Tulang Besi said...


Tidakkah hujah persepsi (Dr Abu Hassan) dan hujah imej (Dr Aziz Bari) ini berlandaskan kaedah politik matlamat menghalakan cara?

Tidakkah label atau jolokan sebagai primitif, jumud, ketinggalan zaman merupakan hujah zaman-berzaman musuh Islam terhadap golongan yang mempertahankannya?
.

Jawapnya tidak. Ini kerana persepsi dapat diatasi dengan fakta.

Malangnya, fakta yang ada sekarang tidak menafikan persepsi yang sedia ada.

Lagi pula, kalau Nabi tidak hairan dgn persepsi nescaya semua munafik telah dibunuh.

Anonymous said...

Amende yang aku fitnah nya?

Biasala..org gila mana mengaku dia gila.

Anonymous said...

Tangani lah persepsi politik dgn bijaksana.

Pecatlah bukan sahaja Hassan Ali tetapi juga Nasharudin Md Isa dan Mustafa Ali.

Jika tidak berbuat demikian, nyatalah PAS di bawah Hadi Awang tidak berupaya untuk menangani persepsi buruk terhadapnya. Persepsi di mata pengundi yg menentukan kalah menang nya PAS dan juga rakan-rakan PR.

Lebih baik lagi jika Hadi Awang sendiri yg letak jawatan. Barulah menampakkan parti politik yg mementingkan perjuangan parti dan bukannya perjuangan individu.

Tetapi...apalah yg hendak diharapkan dari seorang yg B.E.B.A.L. dalam pemikiran politiknya?

- Putera Malaysia

Anonymous said...

aku adala antara pengundi baru yang akan mengundi PRU13 nanti..sekarang da nyata la yg PAS bukan wadah untuk memperjuangkan agama tetapi adala salah satu parti politik . sama jer ngn umno ke pkr atau parti2 lain..mabuk kuasa untuk memerintah..bukan untuk mendapatkan keredaan ALLAH..PIIIRAHHH mabuk ngn kuasa ko org tu..sama jer penipu , dapat kuasa berlagak..semua orang salah , dia jer yg betol! Ko orang pikir la elok-elok..sama tak ko orang ngn UMNO , PKR atau MCA..asyik berebut kuasa jer..bukan dengan parti lawan jer..sesama sendiri pon nk bertelagah berebot kuasa..



JOJO
JB

Tinta Hitam said...

Perlu dilihat isu menghalalkan cara ni.Adakah saranan Dr Aziz Bari dan Dr Hasbullah sebagai menghalalkan cara? Apa cara haram yang mereka suruh PAS buat?

kulaan 1 said...

pemfitnah takkan mengaku dia yg buat fitnah... sebab orang nampak TB buat fitnah, sebab tu dia tegur hang supaya insaf... dari dulu puak2 TB ni bg tau TGHH, Us Nasa, DHA, Musfata nak bawa PAS kpd UMNO... apa buktinya??? kalau takde bukti, semuanya fitnah... Kalau tak puas hati Us Nasa buat istana besar, lapor kat SPRM, supaya kita tau dia dapat duit buat rumah dari mana? kalau betul dari UMNO, memang betul dia khianat PAS, kalau tak betul, satu fitnah yg diberi peringatan oleh ABU... cukup2lah buat perkara yg tidak baik, takde faedahpun yg TB dapat...

Anonymous said...

Ahli Biasa

Hujah Tuan TBesi, "Jawapnya tidak. Ini kerana persepsi dapat diatasi dengan fakta. Malangnya, fakta yang ada sekarang tidak menafikan persepsi yang sedia ada."

Soalan saya, mana fakta itu?

Kedua-dua ahli akademik itu menyebut mereka membuat kajian ke atas berapa ratus orang ..., maka rumusan mereka dianggap FAKTA??

Bagaimana dengan komposisi susuk yang dibuat kajian itu? Golongan mana? Julat umur atau latar belakang? Dan macam-macam lagi.

Bagaimana jika 200/300 orang yang dibuat kajian itu pendokong PKR dan DAP? Mana faktanya mereka bukan?

Apatah lagi subjeknya sendiri bersifat subjektif dan terbuka interpretasinya.

Tuan TBesi berhujah, "Lagi pula, kalau Nabi tidak hairan dgn persepsi nescaya semua munafik telah dibunuh."

Subjek ayat tuan berkontradiksi dengan predikatnya.

Memang kerana tidak hairan (ambil pusing) dengan persepsi, tidak semua munafik dibunuh!

Jika sekadar merujuk kepada persepsi barulah nescaya mereka dibunuh.

Persepsi ialah khabar yang belum terbukti kesahihannya. Ada nas sahih bagaimana Islam menanganinya.

Tidakkah kerana PAS menganggap dirinya bukan sekadar siasah politik malah sebuah wadah gerakan Islam yang menyeluruh maka PAS tidak tergantung hanya atas perkiraan dan percaturan politik?

Walhal kedua-dua Abu Hassan dan Aziz Bari hanya melihat dari aspek politiknya sahaja.

Saya tidak berpendirian pimpinan PAS, dahulu dan sekarang sebagai maksum dan bebas daripada sebarang kesilapan dan kelemahan.

Namun saya yakin perjuangan suci tidak memerlukan atau menuntut kita bertanya bila kemenangan akan berlaku.

Lebih daripada itu, saya lebih yakin bahawa dengan hanya bersama-sama saf perjuangan, kita sebenarnya sudah menang - tanpa perlu terlalu taksub bahawa kita perlu berkompromi dengan musuh yang nyata berbanding saudara sendiri yang terseleweng.

Adakah kenyataan Aziz Bari yang memperlekeh malah menghina Hadi Awang, dan dalam nafas yang sama melangit memuji Lim Kit Siang itu satu FAKTA yang mulia sifatnya sehingga tidak boleh dipersoal?

Hakikatnya, matlamat sempit ialah untuk memerintah Malaysia walau terpaksa berkompromi prinsip kerana takut hilang sokongan bukan Islam, kononnya.

Betul, PAS sama ada pimpinan dan pengikutnya masih perlu diperbaiki dan dipertingkat tetapi bukan dengan hujah-hujah dangkal tajaan profesor telor suku masak atau tangan-tangan tersorok di belakang tabir.

Anonymous said...

Pas Ok. Yang tak Ok ialah pemimpin tertinggi. Keputusan pemilihan meragukan. Perwakilan Pas naive sangat. Kena tipu oleh "Ular Dalam Semak". Depa belajar dari UMNO. Potong jari pun tak pecaya dah kat puak-puak tu. Sori. Lagi tak buang depa Pas tak akan dapat undi dari kami yang BUKAN AHLI PAS. Takkan Pas boleh menang dengan undi ahli Pas ja. Meluat kat presiden pas lebih dripada meluat kat Najib. Jadi akan undi UMNO.

Tulang Besi said...

November 10, 2009 5:29 PM
Delete
Anonymous kulaan 1 said...

pemfitnah takkan mengaku dia yg buat fitnah... sebab orang nampak TB buat fitnah, sebab tu dia tegur hang supaya insaf... dari dulu puak2 TB ni bg tau TGHH, Us Nasa, DHA, Musfata nak bawa PAS kpd UMNO...
.

So maknanya saya kena telan bulat2 la tuduhan ni.

bila mintak bukti takda.

Orang yg tuduh saya memfitnah ni sebenarnya bawa fitnah

LA said...

Tolong jawab ini.

Kenapa Anwar taknak bersumpah menafikan tuduhan liwatnya selepas Saiful bersumpah. Bukankah ini membuka persepsi bahawa dia memang meliwat.

Kalau benarlah persepsi itu penting sgt sudah tentulah dia akan turut bersumpah.

Kalau mengikut perdebatan ini, samada anwar memang peliwat atau persepsi itu boleh ditolak. Yang mana satu????

ahrijal said...

Soalan asas perlu ditanya dulu kepada 1200 respondan, baru boleh dilihat responden merupakan responden yang boleh dipercayai jawapannya.

Soalan asas tersebut. Adakah anda akan mengundi parti yang sama pada pilihanraya yang akan datang?

Jawapan 1. YA. - Responden ini merupakan ahli parti yang fanatik. Jadi jawapan memang bias dan tidak boleh dipercayai 100%

2. TIDAK - Responden merupakan ahli atas pagar dan mungkin orang yang kurang yakin dengan parti asal mereka. Jawapan responden sebegini perlu diperhati dan diteliti dengan baik

Soalan-soalan lain merupakan soalan-soalan bonus yang boleh menentukan parti mana mereka wakili @ parti mana yang mereka telah hilang kepercayaan.

dll...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.