Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 19, 2009

Suwardi Yaakob Dibelakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor

Itu maklumat yang telah diberitahu dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri sendiri oleh beberapa ahli Badan Perhubungan. Dan maklumat dari sumber dalam Wisma Darul Ehsan menunjukkan bahawa sememangnya Suwardi Yaakob lah yang telah mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB.

Minta malaysiakini yang pecah cerita ni==>http://www.malaysiakini.com/news/117553 supaya pergi soal si Suwardi ni sekali.

Malahan, Suwardi berada di dalam bilik yang sama dengan Dato Hasan Ali sewaktu pegawai-pegawai SPRM datang membuat penyiasatan. Ini kerana SPRM telah menemuramah semua exco sewaktu isu pemberian lembu dan jagaan kereta MB itu diletupkan.
Malahan, selepas Dato HAsan Ali dan pegawai2 SPRM keluar dari bilik, Suwardi dengan bangganya membawa sebuah fail yang cukup tebal dan berkata bukti-bukti dalam fail ini akan menyebabkan MB Selangor tersungkur. Malahan, selepas itu Suwardi telah menelefon Khir Toyo, mungkin mahu memberikan laporan kepada Khir Toyo berkaitan dengan siasatan SPRM ke atas Tan Sri Khalid itu.

Sememangnya tanpa ragu lagi bahawa maklumat2 ini datangnya dari Suwardi Yaakob dengan tujuan untuk menjatuhkan MB Selangor. Dan, Dato Hasan Ali tahu akan pergerakan Suradi Yaakob ini kerana Suwardi Yaakob memberi “briefing” pada Dato Hasan di Pejabat Exco Selangor di Wisma Darul Ehsan.

Berkenaan penglibatan Roslan SMS pula, maklumat saya dapat tidak menyebutkan Roslan terlibat. Namun, Roslan SMS ada blog maka haruslah beliau menulis penafian yang jelas. Bukannya melarikan diri dari para wartawan yang hendak bertanya.

Siapa Suwardi Yaakob ni?

Dia ni mengaku jadi Pegawai Khas pada Dato Hasan Ali. Bezanya adalah, Suwardi tiada surat perlantikan manakala saya ada surat perlantikan yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan Negeri.

Namun, dia memang menjadi “penolong” dan “penasihat” kepada Dato Hasan Ali. Malahan, dia adalah antara yang berpengaruh sekali dalam senarai orang2 yang mempunyai pengaruh ke atas Hasan Ali. Dia team Dato Hasan, secara mudah.

Hairannya, orang-orang yang menjadi penyokong kuat Dato Hasan Ali ni banyak masaalah. Misalnya, Roslan SMS, Usop Ludin, Mat Zain, Wan Hasrina, Khairuddin Osman semuanya ada masaalah.

Malahan saya mendapat berita, Pemuda-Pemuda Negeri Selangor telah berjaya dibeli dengan projek2 yang dikeluarkan dari pejabat Dato Hasan. Kerana itulah mereka semua senyap sunyi bila Dato Hasan buat perangai tak senonoh. Haaiii, kena buat pembersihan dalam Pemuda Negeri ni.

Berbalik pada Suwardi Yaakob, saya tak nak cakap panjang.

Sila baca sendiri salinan surat yang saya dapat berkenaan karakter ini:



Mamat ni, Majlis Agama Islam Selangor pun dia nak “chong”. Mamat ni yang Dato Hasan pegi jadikan pembantu dan penasihat dalam buat kerja-kerja kotor. Punyalah malu PAS Selangor macam ni.
Dan saya dapat tahu juga, MAIS ni hanya salah satu mangsa beliau. Kalau MAIS pun dia boleh hancurkan, apatah lagi PAS ni. PAS hanya kuda tunggangan kepada dia untuk kekayaan.

Entah macamana entah PAS Perlis pergi lantik orang ni jadi calon tahun 1999 dulu, saya pun tak tau.

Duit yang mamat ni janji untuk Muktamar Shah Alam baru-baru ni pun masih lagi kita sedang menunggu kedatangannya.

Tahu tak, Perhubungan Selangor sekarang ni hutang keliling pinggang sebab nafsu besar? Tapi takpa tu kita cerita kemudian.

Cumanya, si Suwardi Yaakob ni antara penyebab PAS berpecah sekarang ni. Mamat ni juga kawan baik dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dia ni ibarat "runner" yang buat kerja-kerja kotor untuk Fraksi UMNO.

Tapi, mulut tak dapat jaga daaaa. Habis semua orang kau bagitau. Mana rahsia kau tak pecah.

Hai lah Dato Hasan. Saya dah nasihat Dato dulu lama dah tapi Dato tak nak dengar. Selalu ambik penipu jadi pembantu utama.

Kepada Roslan SMS, sila buat artikel dalam blog kamu dan nafi penglibatan kamu dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor ini. Bukan kamu ni yang pejuang Melayu juga ke?

Tulang Besi

34 comments:

MALAYSIABARU said...

www.malaysiabaru.com said


BILA PAS NAK PECAT HASSAN ALI?


BILA PAS NAK PECAT HASSAN ALI YANG DENGKI ANWAR NAK JADI PM TAPI DIA TAK BOLEH JADI MB ?

APA HASAN ALI NAK BUKTIKAN YANG DIA BOLEH JADI MB DENGAN MENGKUCARKACIRKAN PAKATAN RAKYAT PIMPINAN ANWAR?

APA HASSAN ALI DAJAL YG DAH TURUN DR LANGIT UNTUK MUSNAHKAN PAKATAN DAN ISLAM SECARA AMNYA?


PRESIDEN PAS DAH NYANYUK KER? KNP DIAM DIRI? PEMUDA PAS BUKAN MEMBELA ISLAM DAH, TGH PIKIR NAK BUAT DUIT KAT SELANGOR JD KONTRAKTOR REPAIR MASJID YG TAK PERLU REPAIR....

PETIKAN

WWW.MALAYSIABARU.COM

Suwardi said...

Assalamuailaikum Sdr Rahman,

Saya tidak tahu dendam apa yg menyebabkan saudara dan rakan2 saudara tdk henti2 cuba mengaitkan nama sama dalam isu ini.

Saya mulanya tdk ingin memberi apa2 respon, tetapi apabila nama dan maruah saya dicemarkan disini, saya merasakan perlu utk memberi sedikit penjelasan.

Saya menafikan semua tuduhan dan teori yg saudara kemukakan dalam artikel ini. Tuduhan yg mengatakan saya dibelakang konspirasi menjatuhkan MB Sngor adalah sama sekali tidak berasas dan melucukan. Saya anggap ianya adalah fitnah jahat yg cuba merosakkan nama saya dan nama pimpinan parti.

Saya akan merujuk perkara ini kepada rakan2 peguam dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

P/s - mengapa saudara tidak habis2 didlm blog saudara ingin mencari bibiit2 permusuhan sesama ahli parti. Saya ingin sarankan supaya tenaga, usaha dan daya fikir kita dihalakan utk menjatuhkan UMNO/BN dan bukan utk bercakaran dan saling tuduh menuduh seesama sendiri.

Anonymous said...

rahaman talib pula bersaha menjatuhkan Hasan Ali.

murninya usaha kau... dapat pahala kot???

Anonymous said...

lagi sekali isu lama dimainkan....

dah tak ada modal ka Tulang Besi woi..

Tulang Besi said...

Suwardi,

Kau jangan berlagak macam kau tak bersalah.

Benda pasal lembu dan kereta MB ni kao jelas terlibat.

Kau jangan baling batu sembunyi tangan.

Kau lah antara penyebab perpecahan dalam PAS yang kita lihat sekarang ni.

Dan semua ahli2 PAS ada hak mengetahui perkara ini.

Sapa suruh kau bawak lari duit orang2 tu semua.

Anonymous said...

mengapa saudara tidak habis2 didlm blog saudara ingin mencari bibiit2 permusuhan sesama ahli parti. Saya ingin sarankan supaya tenaga, usaha dan daya fikir kita dihalakan utk menjatuhkan UMNO/BN dan bukan utk bercakaran dan saling tuduh menuduh seesama sendiri

sokong 1000000%

Tulang Besi said...

mengapa saudara tidak habis2 didlm blog saudara ingin mencari bibiit2 permusuhan sesama ahli parti. Saya ingin sarankan supaya tenaga, usaha dan daya fikir kita dihalakan utk menjatuhkan UMNO/BN dan bukan utk bercakaran dan saling tuduh menuduh seesama sendiri .

Saya menentang Fraksi UMNO dalam PAS. Fraksi UMNO adalah kumpulan yang beroperasi mensabotaj PAS dari dalam.

Hasil dari pergerakan Fraksi UMNO, PAS telah berpecah belah.

Saudara tak nampak ke?

Tulang Besi said...

Suwardi

Kao kata nak jatuhkan UMNO tapi kerja kau buat semua nak jatuhkan Pakatan Rakyat.

Apa cerita??

Anonymous said...

suwardi bukan itu cara menjawap.
jawapan mesti concrete.

saya percaya rahman semua pun kenal,saya pun kenal masa dia amat aktif dengan pas sewaktu dulu masa arwah ust fadhil masih ada.saya pernah jumpa rahman di banyak program parti,di hotel perasmian kompas dr hassan pun ada.

so tidak mungkin juga dia berani bercakap yg tidak benar dan menangung risiko yg amat besar.

fugaz said...

"www.malaysiabaru.com said

BILA PAS NAK PECAT HASSAN ALI?"

Jgn mimpilaa jang oii PAS nak pocat Hassan nie..
maaf edeng cakaplaa MAJORITI ketuo2 PAS yg kat ataes tu tak do tolor...dah lamo dah kito dongar nak siasat..nak ambik action..laa nie sampai sudah takdo apo pun..mano result post mortem kekalahan PAS ket bagan pinang kampong edeng..mano..?

hadi said...

saya teringin nak tau kenapa suwardi yaacob kena struck off dgn majlis peguam mcm rohaizat othman calon umno kat permatang pasir tu

Anonymous said...

"Suwardi Yaakob "

Hemmmm...SUWARDI, bunyi macam INDON, nampak macam INDON tapi....

INDON lah ni..suku sakat KHIR TOYOL. Sah FRAKSI UMNO dalam PAS adalah musuh dalam selimut.

Samalah macam ahli ahli PKR semuanya barangan REJECT SHOP UMNO.
Takder kaliber langsung, masing2 fikir nak bolot wang rakyat macam ahli2 UMNO.

Anti rasuah dan malaun dalam selimut said...

Sdr Abdul Rahman,

sedikit pembetulan, Suwardi jadi calon Pas di Perlis dua kali, bukan sekali...tahun 1999 dan 2004...

N.04 Mata Ayer
Dewan Undangan Negeri N.04 Mata Ayer (5,557)
Dalam Pilihan Raya Umum 2004 , Pengundi Melayu : 90.5% Cina: 3.7% India: 1.5% Sabahan : 0.2% Sarawak : 1.6% Lain-lain: 2.4.%
Khairi Hassan (Barisan Nasional, (BN) 3,041
Suwardi Yaacob (Pas) 1,438

Majoriti Undi : 1,603 , Undi Rosak: 56 , Peratus Undian: 82.11
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 kawasan ini dimenangi oleh Ishak Arshad (Barisan Nasional, (BN)
Majoriti Undi : 664 Undi


Dia mungkin akan dipilih lagi jadi calon Pas di Perlis sebab pimpinan Perlis pun rata-ratanya geng macam Pas Terengganu juga...

Selepas muktamar tempohari, ingat tak pesuruhjaya Pas Perlis Hashim Jasin pernah buat kenyataan pada Utusan Meloya yang Pas Perlis sokong kerajaan perpaduan...

Sekarang ini pun, politik Perlis seolah-olahnya cuma seorang sahaja Adun pembangkang di Perlis iaitu Shahidan Kassim. Hashim Jasin selalu pertahan Md ISa Sabu apabila MB kena serang dengan Shahidan.

Anonymous said...

Tulang besi,

i think you should allow suwardi to sue you in court. Baru kau boleh tunjuk bukti-bukti sebenar. You do have the evidence, yes?

Nonpartisan73

Tulang Besi said...



Saya menafikan semua tuduhan dan teori yg saudara kemukakan dalam artikel ini. Tuduhan yg mengatakan saya dibelakang konspirasi menjatuhkan MB Sngor adalah sama sekali tidak berasas dan melucukan. Saya anggap ianya adalah fitnah jahat yg cuba merosakkan nama saya dan nama pimpinan parti.
.

Nafi tak nafi, perkara saya cakap ni ada saksi dan ada maklumat yang sah.

Dan perkara ni dah dinaikkan dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri lagi.

Juga, maruah saudara sudah lama tercemar apabila saudara tak bayat duit rumah yang saudara patut bayar bagi pihak anak guam saudara.

Irfan Mohd Nor said...

Betul tu saudara rahman!

Sebenarnya dah lama dan dah ramai sgt orang complain pasal suwardi ni. Macam2 complain sampai dah tak larat dengar dah, tanya lah orang dalam PAS Selangor kalau nak tau lebih lanjut. Tapi yg confuse tu kenapa dia masih boleh mendapat tempat di kalangan leadership PAS?!

Please act quick on this problem. Suwardi has to go.

Anonymous said...

TB,

Terrerlah hang ni TB. Surat MAIS pun hang boleh dapat. Aku tengok kat surat tu ada tertera nama firma guaman Sabri Nazli Lana dan Azizan. Aku tau sangat firm ni sebab ofis dia dekat dgn ofis bini aku dulu.

Kalau hang nak tau TB, antara owner firm tu ialah Azizan Che Omar. Dia ni sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO Bera dan bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Ismail Sabri Yaakub, Menteri Hal Ehwal Pengguna.

Malulah kalau firm dia boleh terlibat benda2 mcm ni. Tapi mungkin masa tu dia dah berenti. Aku kenal budak Azizan ni baik orangnya. Tapi sayang kuat UMNO.

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi..saya tak kenal saudara tetapi selalu membaca site ini. Saya percaya saudara ridak berniat jahat terhadap Suwardi ini tetapi yang nyatanya saudara sayangkan PAS. Jangan saudara ambil apa-apa jawatan pada peringkat tertinggi dalam PAS. Takut saudara terpesong dari kebenaran. Saudara jadilah seperti Abu Zar sahabat Nabi yang berjiwa rakyat, zuhud dan mendapat jaminan syurga. Kalau orang lain takut menegur, saudara tegurlah biar pun dengan komputer. Selagi ada kebenaran berita tersebut, jangan takut. Kalau saudara dapat bergabung tenaga dengan Roslan SMS, alangkah baiknya. Saya tak tahu kalau2 Roslan SMS sudah terpesong atau tidak. Janganlah saudara bermusuhan dengan dia. Kita orang bawahan sepatutnya bersatu menegur orang di atas yang mudah lupa daratan. Pemimpin boleh diganti tetapi perjuangan perlu diteruskan.Saudara Suwardi perlu membuktikan bahawa saudara tidak bersalah.Pergi aje bersemuka dengan Tulang Besi di hadapan Majlis syura. Tentukan kebenaran. Ahli majlis syura tentu boleh berkerjasama. aya tertanya-tanya kenapalah dalam PAS ada orang yang gila kuasa dan harta?? PAS perlu adakan polisi baru dengan memilih ketua orang yang warak, zuhud dan ikhlas sebagai pemimpin. Pemimpin PAS yang ada sekarang ini hendaklahlah muhasabah diri..layak kah aku sebagai ketua. Kalau tak pasti buatlah sembahyang istiharah. Saudara Tulang Besi jangan bimbang. Perkara Benar akan timbul akhirnya.

Anonymous said...

Senang je moral of the story artikel TB ni.pusing mcm mcm cerita..endingnya Hasan Ali bersalah. tak syok la cerita ni. Buat ending lain la, Husam bersalah ke?

Anonymous said...

Salam..saya bc artikel ni, rasa mcm boring sbb pendedahannya lemah sgt.mcm terlalu nak cari buruk org.tengok cara penulisan tak layak la jd pejuang PAS ni(konon mengaku sokong PAS).cabut awal dlm perang ni.Jenis ni terlalu bias membabi buta.Tuduhan jahat boleh je buat. jgn senang je tuduh2.nnt kamu di sambar api NERAKA.dah ramai kwn2 lain nasihat ko, kalo kamu tak ambil peduli,tanggungjwb kwn2 semua dh terlaksana. Dosa tanggung sendiri la.

Tulang Besi said...

Saudara jadilah seperti Abu Zar sahabat Nabi yang berjiwa rakyat, zuhud dan mendapat jaminan syurga. Kalau orang lain takut menegur, saudara tegurlah biar pun dengan komputer. Selagi ada kebenaran berita tersebut, jangan takut. Kalau saudara dapat bergabung tenaga dengan Roslan SMS, alangkah baiknya. Saya tak tahu kalau2 Roslan SMS sudah terpesong atau tidak. Janganlah saudara bermusuhan dengan dia. Kita orang bawahan sepatutnya bersatu menegur orang di atas yang mudah lupa daratan..

Saya pun rasa Allah SWT tidak mengizinkan saya naik memegang jawatan dalam PAS.

SAya rasa Allah SWT memberikan tugsa kepada saya memastikan kepimpinan PAS tidak mensia-siakan atau menyalahgunakan kuasa dan jawatan yang diberikan kepada mereka.

Anonymous said...

Bolih tunjuk tak gambar si Suwardi Yaakob ni, adakah beliau ni ex UITM student dan D.O. dlm SELANGOR. Kalau beliau ni orang sama yang saya tahu, ada cerita yang saya nak bocor.

Anonymous said...

Saya pun rasa Allah SWT tidak mengizinkan saya naik memegang jawatan dalam PAS.

Hang memang tak layak pegang jawatan dalam PAS. Itu sebab Allah tak izinkzn.

Anonymous said...

TB,
Anon 4.12pm menulis:" Kalau saudara dapat bergabung dengan Roslan SMS,alangkah baiknya."

Nampaknya mamat ni tak kenal betul siapa Roslan SMS.Kami ahli-ahli PAS Selangor nampak Roslan SMS ni tak jauh bezanya dengan Suwardi Yaakob.Tak taulah kalau TB nak "bergabung" dengan mamat ni.
TB cuba komen sikit.

Anonymous said...

Anon 4.12pm

Saudara Suwardi perlu membuktikan bahawa saudara tidak bersalah.Pergi aje bersemuka dengan Tulang Besi di hadapan Majlis syura. Tentukan kebenaran. Ahli majlis syura tentu boleh berkerjasama.

Bab ni hang kena tahu lebih sikit dari apa yg tau sekarang. Majlis Syura dan Dewan Ulamak Selangor, ih ih ih tak payah lah.

Ustaz tu akan kata 'kita kena waala pada ketua'. Aku dah tau jawapannya. Tertungginglah TB kalau jumpa dia org ni.

Tak payahlah

kota limau kasturi

Anonymous said...

"Saya pun rasa Allah SWT tidak mengizinkan saya naik memegang jawatan dalam PAS."

belajar lah jadi AHLI jamaah yang baik..
bkn jadi anai-anai

Anonymous said...

"mengapa saudara tidak habis2 didlm blog saudara ingin mencari bibiit2 permusuhan sesama ahli parti. Saya ingin sarankan supaya tenaga, usaha dan daya fikir kita dihalakan utk menjatuhkan UMNO/BN dan bukan utk bercakaran dan saling tuduh menuduh seesama sendiri."

DAH KEJE MUNAFIQIN MACAM TB NI MMG NAK PECAH BELAHKAN JAMAAH,NAK BUAT CANNE BRO...

Anonymous said...

Patutla "TULANG BESI", dah berkarat.....

Anonymous said...

suwardi yaakub ni memang penipu besar.. ramai pembeli rumah dekat bangi ditipunya..ambil duit deposit 10% dari harga rumah lepastu rumah tak siap2..yang kena tipu termasuk aku yg lesap lebih RM20,000..semua dukumen ada sbg bukti..mcm mana Pas boleh ambil org mcm ni jadi calon..x layak langsung!! patutla dia kalah..Pas klu nak kami sokong mesti siasat mamat ni.. Suwardi..hang mkn la duit haram..bg anak bini mkn, pastu beli kereta Alfa Romeo dgn duit haram tu..

casper c said...

Alamak alapak, bukan main tebal muka si Suwardi, siap nak keluar surat saman ! Mentang-mentang dah tahu mahkamah dan segolongan hakim dah jadi kadam peliharaan UMNO !!

Apalah, sikit-sikit nak panggil mak !!! Berani buat, sendiri jawab - itu saja.

Kalo telus kerja Suwardi, bagi tahu TB terus terang. Buktikan pada TB anda tak bersekongkol dgn setan-setan UMNO. Itu saja, tak payah panggil mak, kakak etc.

Tulang Besi said...

Anonymous said...

"Saya pun rasa Allah SWT tidak mengizinkan saya naik memegang jawatan dalam PAS."

belajar lah jadi AHLI jamaah yang baik..
bkn jadi anai-anai
.

ahli jemaah yang baik adalah ahli PAS yang menerima sahaja pimpinan walaupun pimpinan tadi berbohong kepada ahli sendiri

Anonymous said...

N.04 Mata Ayer
Dewan Undangan Negeri N.04 Mata Ayer (5,557)
Dalam Pilihan Raya Umum 2004 , Pengundi Melayu : 90.5% Cina: 3.7% India: 1.5% Sabahan : 0.2% Sarawak : 1.6% Lain-lain: 2.4.%
Khairi Hassan (Barisan Nasional, (BN) 3,041
Suwardi Yaacob (Pas) 1,438

Majoriti Undi : 1,603 , Undi Rosak: 56 , Peratus Undian: 82.11
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 kawasan ini dimenangi oleh Ishak Arshad (Barisan Nasional, (BN)
Majoriti Undi : 664 Undi

NI TERMASUK LA AKU YANG TOLONG PANGKAH KAT DIA KALAU AKU TAU MACAM NI PERANGAI DIA TOBAT AKU X PANGKAH DIA

Anonymous said...

Salam

Sedih aku rasanya bila baca semua artikel dalam ni,semuanya dok pakat kutuk mengutuk,dengki,khianat sesama melayu islam, irihati,sakit hati. Bagi aku kalau kita seorang pejuang yang tulen bukan ini caranya untuk melepaskan geram ketidak puas hati kau orang dalam ni.....MALU aku tengok orang melayu saling bergaduh sesama melayu, bangsa lain dok tepuk tangan kat luar tunggu masa nak ambil alih negara ni. Senang cerita lah tak kira lah PAS ke, PKR ke, UMNO ke sama aje kalau dah memerintah masing masing ada agenda nya.......Kalau kau seorang yang beriman kau tak kan buat kerja kerja kotor......Bagi aku kalau setakat nak jadi YB lepas tu dok fikir nak dapat projek-projek juta juta,nak kaya raya, berenti la lah kau jadi YB...tak ikhlas buat kerja untuk rakyat. Kau nak duit buat bisnis betul betul,usaha kuat macam bangsa cina tu.......cuba tengok anak anak cino umur muda muda dah pakai Honda,Toyota ratusan ribu...mana dia dapat.....YB diaorang tolong ke? USAHA beb!!!.........bezenya HALAL dan HARAM....maybe mereka buat kerja HARAM jual CD cetak Rompak ke,HP cap ayam ke,tapi mereka berusaha juga mencari rezeki.....yang kita dok duduk dalam politik...bercakap berapi api bila time pilihanraya,dah menang tunjukan kat rakyat AKU IKHLAS MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB AKU SEBAGAI YB......AKU NAK MENOLONG RAKYAT TERUTAMA BANGSA KU ....prinsip dan displin kena ada........bukan dengan cara pangkah sana,pangkah sini,keji sana,keji sini.....kalau dah ada bukti kesalahan orang tu...bawa terus ke peringkat tertinggi parti..bincangkan....bukan nya pi khabaq satu malaysia.....yang masuk dalam ni bukan melayu aje ....bangsa lain pun ramai....dia dok cakap tulah orang melayu...dok bergaduh 24 Jam, Kerja tak Jalan.....Pakat betul betul, macam mana nak atasinya....kalau benar orang tu bersalah....secara professional jumpa bercakap cara baik....lepas tu kalau dia nak buat apa lantak pi lah....yang penting kita bersatu...Jaga Maruah Bangsa dan Negara.....jangan sampai orang luar memperlekeh kan kewibawaan saudara sekalian. Jangan sampai Melayu tinggal nama aje dinegara sendiri......Bila kita ada kuasa tolong rakyat sesama rakyat,bukan tolong diri sendiri....1 Juta manusia bukan sama sifatnya....nak cari yang iklhlas sekarang ni aku ingat 0.001% je boleh dapat....selalu yang lebih tu Ayat memang power,berapi api kalau berucap.....samapai orang dok terpegun tengok dia bercakap...jatuh cinta lah tu yang sampai jadi mencacai pun ada....aku ingat kalau air basuh kaki dia pun nak minum.....Pemimpin yang baik kita ikut, pemimpin yang salah kita sanggah...jangahlah orang suruh terjun sungai kau pun ikut....gunakan akal fikiran yang waras....buat tindakan ikut otak bukan pakai lutut.....

Maaf kalau kata kata diatas ada menyakiti sesiapa...aku tetap rakyat biasa,BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK BANGSA,AGAMA DAN NEGARA'

Mohd Shahrizan Musa
I/C No : 790528-01-5773
Blog: www.malaysiatravelconsultant.blogspot.com
Website : www.smartravelagency.com

Anonymous said...

Suwardi, lebih baik kau jual anak bini kat lorong Hj Taib!!!! Sekurang2nya kau tak melibatkan orang lain. Kalau mak kau belum arwah jual dia sekali boleh tambah pendapatan kau sikit. Kalau dah arwah sungguh malang mendapat anak macam kau!!!!!

Berapa kau nak jual binI kau, post harga kat sini kita boleh start bidding...

Ini cuma cadangan, terpulanglah kat kau kalau kau setuju atau tak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.