Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 20, 2009

Syukur, Allah SWT Telah Memakbulkan Doa Saya Di Mekah Tempohari

Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah SWT kerana doa saya depan Kaabah untuk mededahkan aktiviti2 dan tindakan2 Fraksi UMNO telah dikabulkan oleh Allah SWT. Rakaman "Dialog HAsan Ali/Ustaz Nasa dengan Blogger2 UMNO dan PAS" membuktikan segala dakwaan yang telah saya lakukan sebelum ini



Di bawah ada koomen dari salah seorang pembaca saya yang saya rasa berkaitan dengan isu yang dibincangkan sekarang:

"Anonymous said...

Tulisan lebih kepada nak menunjukkan anda adalah ahli PAS sedangkan anda adalah SB yang menyamar untuk rosakan PAS.

Tahniah tipu muslihat & lakonan nampak berjaya.

Dulu anda ada tunjukkan anda solat di Mekah dan berdoa. Doa anda tidak termakbur. Gelak lakonan yang cukup berjaya.

Tapi anda kalah dengan Tun Mahathir dia Solat dalam Kaabah.

Munafik dalam PAS akan sentiasa merosakkan PAS
October 11, 2008 11:38 PM"


Nampaknya, si pengkomen ini tidak sabar menunggu keputusan Allah SWT berkenaan dengan doa saya di hadapan Kaabah itu. Terus sahaja membuat kesimpulan.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah membersihkan PAS dari anasir2 UMNO ini. Doa saya untuk kegiatan puak2 ini didedah sudah dimakbulkan Allah SWT. Saya terima apa sahaja keputusan dari Allah SWT berkenaan dengan doa saya untuk melihat PAS dibersihkan dari anasir2 UMNO ini.

Tulang Besi

31 comments:

Grand Marquis said...

TB sepatutnya belajar untuk berdoa menurut petunjuk nabi S.A.W. Kalau kita nak tau caranya, baca tata cara doa Nabi S.A.W. dalam doa Istikharah. Melihat kepada senarai doa TB, saya boleh katakan ia satu doa yang bersikap terburu-buru. Sebab apa, mari kita analisis:

a.Supaya Allah SWT memudahkan perubahan kerajaan di Malaysia kepada kerajaan Pakatan Rakyat

Apakah jaminan TB bahawa kerajaan PR akan lebih baik dari BN? Apakah jaminan Islam akan terpelihara dan ditinggikan dengan PR memerintah? Saudara berdoa seolah-olah saudara tahu bahawa PR itu akan jadi lebih baik, hukum Islam akan dilaksanakan oleh PR dan nasib orang Islam akan lebih terpelihara. Padahal, belum tentu lagi ia akan berlaku.

b. Supaya Allah SWT menghilangkan perasaan ragu2 dalam hati Tuan Guru Haji Hadi di dalam menyokong pertukaran kerajaan ini.


Sekali lagi, apakah menyokong pertukaran kerajaan ini bererti baik sehingga itulah yang dimintanya?

c. Supaya Allah SWT melemahkan serta mengagalkan segala usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Apakah TB begitu pasti bila PAS bekerjasama dengan UMNO ia tidak akan membawa kebaikan sehingga secara membuta tuli meminta Allah S.W.T. untuk menggagalkannya?

d.Mengelakan PAS dari berpecah dalam keadaan masih komited dengan Pakatan Rakyat

Apakah dengan komittednya pas dengan PR akan membawa kebaikan yang pasti pada PAS dan juga pada Islam?


e.Mengagalkan semua usaha dari golongan anti Islam di Malaysia. Semoga Allah SWT mengagalkan usaha menghancurkan Islam dari kumpulan2 dan orang2 seperti Haris Ibrahim, Zainah Anwar, Anti Hadeeth, Bar Council, Sisters in Islam, Artikel 11 dan semua yang bertanggungjawab untuk mengubah Islam atas nama "liberalisma" dan "kemodenan".


Bukankah geng-geng leberalisma dan kemodenan itu juga bersarang dengan lebat dalam PR. Jadi kenapa pula berdoa minta Allah teguhkan PAS dalam PR?

Kesimpulannya ialah nampak sangat bercelaru TB ni. Anda terlalu bersentimen sehingga gagal melihat kepada big picture, kecuali untuk memenangkan ideologi anda sekalipun banyak perkara masih lagi ada keraguaan.

Anonymous said...

mungkin orang lain yang doa.

tapi perkara mungkar pasti terbongkar.

Doa kamu mana lagi yang tak makbul?

Sudahlah, jangan riak konon doa kamu mujarab.

Yang aku tau NiK Aziz yang kena banyak berdoa. Disamping doa-doa diturunkan bala kepada orang Islam.

Tinta Hitam said...

TB

Alhamdulillah.agen agen UMNO dah mula menonjolkan diri mereka satu persatu didalam PAS.Saya sendiri pun selalu berdoa agar Allah SWT melindungi semua jemaah Islam dari anasir anasir ini.

Walu bagimanapun perlu berhati hati dgn niat.Niat boleh terpesong dengan mudah jika kita tak berhati hati.Niat ikhlas pada awalnya boleh bertukar kepada sesuatu yang bukan kerana Allah SWT.

Mohon perlindungan dari Allah SWT selalu dari bencana yang mungkin timbul samada dari jin ataupun manusia..

Tulang Besi said...

Terima kasih atas nasihat saudar Tinta Hitam.

Si Grand Marquis ni bengang sebab semua geng2 dia dalam PAS sudah terdedah satu demi satu

Yong said...

Toksah le nak saman blogger2 nih. Kalau deme kene saman, deme akan jadi lebih popular. Jadi, baik jawab je dalam blog. Bior perang di maya. Jangan perang di mahkamah. Takcaya? Tengok RPK. Satu contoh terbaik blogger yang kena saman. Sampai sekarang beliau tetap jadi Raja di maya. Ade sape2 nak celen RPK? Rocky Bru? Huh! Mungkin Cek Det kot. Opps..sori tersebut RPK lak.

Grand Marquis said...

Ha ha. Saya bengap?

Kesimpulan dari analisa saya adalah mudah. TB langsung tidak mengikuti panduan dalam Quran dalam berdoa. Lihat sendir apa yang Allah S.W.T. sabda dan fikirkan adakah TB mengikut apa yang Allah S.W.T. sebut dalam Quran.

Al-Baqaraah [2:216]

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Tulang Besi said...

Memang kao bengap GM. Kao UMNO. UMNO dah 52 tahun menentang Islam.

Islam lebih baik bawah DAP banding dengan UMNO

Anonymous said...

apa la tulang

dah kau tak boleh jawab pastu nak maki2 plak

panggil orang bangang la apa la..

tak dapat jawb jgn la camtu..perangai buruk camni pastu ngaku tindakan btul..tak selera la org nak caya kau

akukau said...

diam le kau GM, nanti TB doa kau kat mekah, makbul doa dia tau, kau jangan main main dgn tulang besi, kau tak tengok poll dalam ni dia ni bakal pesuruhjaya pas selangor, tanpa dia kerajaan pakatan rakyat akan tumbang nasib baik ada dia sorang. kau ni baik baik sket kan kena doa, Tb ada mekah sekarang, Semua org dalam Pas takut kat dia, kau je berani mencabar dia

casper c said...

Steady akukau - lari lintang pukang setan-setan UMNO dalam PAS.

UMNO sekarang makin terdesak. Maklumlah Raja Petra sambung balik adegan pembunuhan kejam *Altantuya.

Ramai kutu-kutu UMNO yg cuba mengelakkan(deflect) perutusan/pendedahan terkini oleh Raja Petra dan PI Bala sendiri. Demam berpeluh pasal nama Nazim Rosak bersama isteri muncul terlibat pada malam sebelum PI Bala 'dipaksa' lari menyeberangi sempadan.

Kita jangan hilang 'focus'. Dah pun IGP dan ketua CID membuat kenyataan berlainan, tipu helah bermain lidah tidak kena.

Watch this space - bijak kalau Muhydin(ni pun lagi satu anak alim ala Dollah Badawi) kasi bungkus kerjaya politik serta pengusaan perniagaan anak-anak Razak secepat mungkin.

* Imbas kembali, semasa perbicaraan kes Razak Baginda dan kedua anggota UTK, dikatakan(sahih ke tidak tak pasti) Altantuya cuba memerangkap RB dgn ugutan wang berjumlah US$500,000 saja.

Pasal duit US1/2juta, dunia Najib Razak kini kecoh dgn pendedahan terkini. Org rumah agaknya marah atau menangis ketakutan tetapi baik kalau kita menjadikan kesemua ini sebagai contoh bagi budak-budak - buat jahat jangan selalu. Hari demi hari, "RAHMAN prophecy" semakin tepat.

Salam akukau, TB dan semua.

Anonymous said...

TB ni sebenarnya ejen UMNO.

Lihat saja bahasa kasar. Saja nak malukan PAS.

Kalau tak silap DAP antara yang lantang tentang hudud!

Cakap pusing-pusing,

Untuk makluman, sesiapa yang ada hajat sila hubungi TB kerana doanya mujarab. Sesiapa yang nak jodoh, murah rezeki, atau apa-apa hajat, dapatkannya melalui TB. lagi bagus kalau dapat selipar tb

Anonymous said...

Ubahlah nasib kamu dan anak-anak kamu dengan memangkah calon pakatan dalam PRU nanti..

50 tahun kena tipu masih tak serek-serek lagi?

HaHs said...

Aku heran betullah TB. Dr dulu aku tgk Blog hang ni byk betul peminat2 dr blogger pencacai Umno dan seangkatan dgnnya. Takut btl diorg dgn ko! Takut perancangan diorg nak porak peranda blogger dan pimpinan PAS / PR kantoi kot.

Apapun teruskan usaha kalo anda rasa betul dan ikhlas dlm berjuang. Cuma jgn terlalu emosi dan melampau batas sbb allah tak suka tapi kalo demi kebenaran ttp teruskan walaupun pahit. Bagus jugak, biar diorg ramai2 berhimpun kat sini, boleh kenal mengenal / taaruf satu sama lain. hehehe!!!

Aku ingat GM tu general manager, rupanya Gila Meroyan. Pelik btl bila ada puak2 gelar ko SB atau blogger Umno! diorg tak pernah ikut blog ko ke selama ini. Ada ke diorg pernah tgk ko berkompromi sikitpun dgn Umno BN dlm artikel ko selama ini, makin menentang adalah. Hujah apalah diorg pakai! Sakit hati sgt kat ko psl terkena btg hidung diorg & kroni kot. Takpun sbb ko terlalu outstanding.
Selit2 lah topik lain terutama perancangan jahat Umno plak skali skala.

Wallahu A'lam!

Tulang Besi said...

Hahs,

Terima kasih atas sokongan anda. Memang antara taktik2 cybertrooper UMNO adalah:

a. Memberi komen2 yang sangat bodoh membuatkan orang lain takut nak bagi komen

b. Melabel saya sebagai SB dan agen UMNO

c. Menjadikan saya sebagai musuh kepada Islam dan Melayu

Mereka dibayar kerana mereka takut rahsia mereka yang sebenar terdedah

Biasanya bila kita minta bukti, diorang tak boleh bagi pun.

agas linggi said...

tahniah TB,apa yg saya nak ialah hujah dilawan dgn hujah,baru pro...

Anonymous said...

Tulang Besi,

Berani kau kata
"Islam lebih baik bawah DAP banding dengan UMNO"

Kau ni dah sesat, dah gila kot. Dah benggap sebab asyik menfitnah orang. Otak kau dah langsung tak rasional...

Aku nasihat kau jumpa Timbalan mursyidul Dato Haron Din untuk berubat. Dia letak aje tangan atas kepala kau, gerenti asap keluar....he he he.

Grand Marquis said...

Saya pun tak paham apa jenis mentaliti sesetengah orang kat sini. Mari kita lihat apa yang dikatakan hujah lawan hujah dalam blog ni. Dan kepada HaHa, nilaikan sendiri siap itu PENCACI.

Saya bagi hujah saya, siap guna Al-Quran. Saya kata cara doa TB tidak menepati suruhan Allah S.W.T. dalam Al-Quran.

Jawapan TB ialah:
Si Grand Marquis ni bengang sebab semua geng2 dia dalam PAS sudah terdedah satu demi satu

Jadi fikirkan sendiri siapa yang lebih layak digelar pencaci dan konsep "hujah lawan hujah" yang diamalkan TB. Kalau benda yang sebegini jelas pun anda semua tak nampak, ternyata IQ ada masalah.

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Hand sokong UMNO tu ikut Quran sangat ke?

Tulang Besi said...


Apakah jaminan TB bahawa kerajaan PR akan lebih baik dari BN? Apakah jaminan Islam akan terpelihara dan ditinggikan dengan PR memerintah? Saudara berdoa seolah-olah saudara tahu bahawa PR itu akan jadi lebih baik, hukum Islam akan dilaksanakan oleh PR dan nasib orang Islam akan lebih terpelihara. Padahal, belum tentu lagi ia akan berlaku.
.

Jaminannya ialah bawah kerajaan PR dakwah islamiyyah berjalan dengan lebih terbuka dan tiada penindasan tidak semacam bawah UMNO dulu

Grand Marquis said...

Jaminannya ialah bawah kerajaan PR dakwah islamiyyah berjalan dengan lebih terbuka dan tiada penindasan tidak semacam bawah UMNO dulu

Itu semata-mata persepsi awak saja. Sedangkan ramai orang lain persepsi mereka ialah keadaan yang sebaliknya.

Tiada siapa kecuali Allah S.W.T. yang tahu apa yang baik dan buruk dalam urusan dunia manusia. Oleh itu maka diturunkan ayat

...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya Al-Baqaraah [2:216].

Malangnya lagak TB ialah seolah-olah dia tahu apa itu baik dan apa itu buruk (ini syndrom nak berlagak jadi Tuhan).

Tidak perlu nak divert isu dengan kata sokong UMNO ikut Quran ke? Sepatutnya TB kena cermin diri sendiri. Sebelum suruh orang lain ikut Quran, dalam perkara-perkara yang diri sendiri ada kawalan, maka TB kena ikut Quran dulu. Ni asyik tuduh orang lain tak ikut Quran, tapi dalam bab berdoa yang begitu mudah pun TB sendiri tak ikut panduan Quran.

Anonymous said...

Salam..TB, Sdra Haha... Jangan layan sangat GM tu. Dia ni memang pencacai UMNO sejati. Pegang satu ayat untuk semua keadaan. Amalan UMNO lah tu. Saya dulu anggota pemuda UMNO.Bahagaian propaganda dan provokasi. Saya ditablighkan macam tu. Susah nak tinggalkan anutan UMNO ni. Kalau tak kerana DSAI ditangkap dan difitnah, tentu saya masih dalam selimut UMNO.GM ni makan gaji dengan UMNO. Kalau tak, takkan dia tak nampak perangai hodoh UMNO menjual negara ini dan meranapkan ekonominya. Sudah 50 tahun memerintah pun tak boleh mengubah nasib orang-orang Islam di Malaysia. Jangan TB dan kawan-kawan layan dia yang suka melalut ni. Kecil sangat cara GM berfikir. Cara orang berdoa pun nak komen. PR belum memerintah Malaysia pun dah kata PR tak boleh memerintah. Belum cuba dah kata tak sedap. Hairan bin ajaib. Ini orang aaa.. produk UMNO sejati.Rendam clorox 3 tahun pun masih ada cap dacing. Hari kegembiraannya adalah hari Ahad, Rabu dan Sabtu. Kadang-kala gembira sangat kalau hari Selasa pun ada.TB fahamlah sendiri. Teruskan berdoa dan berdoa.Itu senjata kita. Tak kira doa TB atau haha atau saya, tentu akan dimakbul kelak bila sampai rahmatNYA.

Grand Marquis said...

Kepada Anon 2:24 PM,

Kalau dalam bab semudah berdoa pun tak boleh nak ikut panduan Quran, macam mana dalam sebesar memerintah negara kita nak ikut Quran.

Bercakap memang mudah. Nak tau retorik ke tidak, kita tengok perkara yang kecil dulu.

Amuraria said...

SALAM & TAHNIAH TB ! TERUSKAN KERJA-KERJA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR,MAMPUS PI KAT PARA PENGAMPU & PEMBODEK UMNOI/BN YANG KOMEN AMPU DALAM BLOG TUAN ,ANGGAP SAJA MEREKA INI LANGAU-LANGAU YANG SEDANG CARI TAIK ! ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG BENAR & YANG MENCARI KEBENARAN ,BUKAN PARA PENGKHIANAT YANG BANYAK TERDAPAT DALAM PARTI YANG KITA SEMUA TAU SIAPA DARI DULU KINI & SELAMANYA KHIANAT ! ALLAHU AKBAR !

Anonymous said...

Doa saya Anwar Ibrahim jadi PM, Fraksi UMNO dihapuskan dari PAS, dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU akan datang. Amin Ya Rabbal Alamin.

Anonymous said...

Anwar yang boleh nak didik ahli tu jadi PM??

lupakanlah...

TGNA lebih layak...
Ahli pas sorg pun tak lompat.

TB,tolong doakan Fraksi2 IRC dalam pas pun tercabut keluar boleh?...doa kau makbulkan...?kan?kan?

Anonymous said...

TB,

Saya mengikuti perdebatan TB dgn Grand Marquis.

Saya amati GM memberi pandangan beliau bersandarkan hujah-hujah yang lojik dan berasas. Terserahlah kepada para pembaca sama ada untuk menerima hujah-hujah tersebut. GM tidak menggunakan kata2 kesat atau cacian.

Sebaliknya TB sebagai empunya blog ini tidak pula menafi atau menjawab hujah-hujah GM berasaskan pandangan sendiri. Sebaliknya TB hanya mampu mencerca, menuduh dan menempelak GM seperti budak2 sekolah. Tiada langsung jawapan yang menangkis persoalan oleh GM.

Kalau begini gayanya pihak2 penyokong atau bakal pemimpin PAS/PKR hendak menegakkan syiar Islam, saya amat kecewa dan sudah tawar hati.

Mengikut TB, DAP lebih merjuangkan Islam berbanding UMNO? Kalau begini taksub pemikiran TB, Pakatan Rakyat yang awalnya saya penuh harapan akan menjadi Pemerintah yang lebih baik, kini bagi saya sudah tersasar dan tiada lagi dalam jiwa saya yang bersifat sederhana.

Amat malang, anak2 muda pada hari ini sudah mula keliru dan meluat dengan kerenah2 pemimpin PR yang dulunya sangat diwarwarkan. Tak percaya? Tak mengapalah...teruskan dengan kepercayaan sempit anda.

Anonymous said...

salam.
"Islam lebih baik bawah DAP banding dengan UMNO"
TB ni kat selangor kan? dan rasenya rapat gak dengan kepimpinan kat selangor kan? macamana leh cakap Islam lebih baik? bab ceramah mungkin la pasal ajk masjid dah tukar kepada yang kenal ustaz2, leh buat kuliah tiap hari. lain? saya rasa TB memang tahu yang perkembangan Ilmiyah islam kat selangor ni memang tersekat. exco takut nak teruskan budget yang dah lulus lama dah pasal "takut orang cina marah, imam2 semua dah dapat elaun?, bantuan budak ke timur tengah masih ber"kuota", bantuan SAR semua dah dapat? dll

tokmod said...

TB...
muasabah diri..
terima tegoran..
perbetulkan anggapan..
perbetulkan doa...
jadilah insan yg bertakwa...
insafallah mendapat kebahgian didunia dan akhirat....

Anonymous said...

Saya rasa sifat TB ini angkuh, takbur dan suka angkat diri. Pendapat dia sahaja yang betul, pendapat orang lain yang tidak sehaluan biarpun disertai fakta2 atau argumen dicop sebagai bodoh dan pencacai.

TB ini menggambarkan sifat sebahagian besar pemimpin2 Pas sekarang. Bila di ambang kekuasaan sudah mula menunjukkan belang dan tari.

Di kalangan pemuda pemudi sekarang mereka agak intelek dan radikal dalam pemikiran dan pemilihan. perkara baik dan buruk mereka dapat bezakan dengan mudah. Mereka begitu accessible kepada maklumat dan mereka bijak merumuskan sesuatu.

Contohnya, menzahirkan bahawa doa oleh TB di Mekah dimakbulkan Allah, bagi pemuda pemudi adalah antara individu dengan Tuhan yang tidak perlu digembar-gemburkan. Bagaimana pula dengan doa2 lain yang tidak dimakbulkan?

Mereka tidak se alim TB, tetapi mereka merasakan orang2 yang menganggap diri mereka ulama, tok guru dan pakar ugama, tetapi sifat orang2 ini suka membesar diri, bertelagah sesama umat, mencaci, tidak saling bermaafan, tidak nampak kesilapan diri dan sebagainya, sebagai orang2 yang lebih buruk daripada mereka.

Saya fikir TB ini tak ubah seperti anai2 yang akhirnya meranapkan institusi Pas yang asalnya suci dan bersih, tetapi telah dipesongkan oleh golongan2 "i m the best, i know all, they r always wrong, i m always right, u shut up, listen to me, u shit, i m clean" seperti TB ini.

Maaf kata2 sindiran ini, tapi saya suruh anak saya baca blog TB ini, begitulah anggapan anak saya terhadap TB.

Saya rasa Pas di persimpangan jalan sekarang. Tetapi semakin dijauhi golongan muda.

Anonymous said...

Apa yang terjadi di Kelantan akhir-akhir ini adalah berkat doa Tulang Besi Buruk Reput Berkarat dah termakbul kan?

Anonymous said...

Bahasa Tulang Besi ni dikutip dari kamus dewan bahasa dan pustaka. itu sebab bahasanya cukup indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.