Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 12, 2009

Tujuan Baiaah Taalik Adalah Memerangi Politik Wang

Hari ni saya mendapat panggilan telefon dari seorang wartawan dari Malaysiakini. Saya berterimakasih terhadap panggilan tersebut. Beliau telah menulis sebuah artikel berdasarkan temu bual beliau dengan saya yang berlangsung tidak lebih dari 10 minit kerana kesibukan saya (minta maaf pada Malaysiakini). Artikel beliau boleh di baca di sini.


Saya dilaporkan berkata:

"Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, penulis blog Malaysian Waves berkata, isu tersebut tidak diendahkan kerana "ia perkara yang membuang masa".

"Lebih baik (kita) sentuh mengenai politik wang dan rasuah pemimpin BN. Saya pun malas hendak sentuh isu yang bukan isu," kata penulisnya yang hanya mahu dikenali sebagai Tulang Besi.

Mengulas kesahihan dakwaan bai'ah talak itu, Tulang Besi berkata, setahunya bai'ah yang melibatkan talak tidak diamalkan sejak kaedah itu mula diperkenalkan selepas 2004.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti dengan situasi sekarang.

"Yang saya tahu ada (bai'ah talak), tetapi saya tidak nampak dan cuma dengar orang kata. Kalaupun ia wujud isunya adalah politik wang BN," katanya."


Sebenarnya panjang lagi yang saya katakan tapi mungkin tidak dimasukkan kerana tidak mahu artikel itu menjadi panjang.

Butir2 Penting Dalam Temubual Saya

Izinkan saya menyenaraikan butir-butir penting yang terkandung dalam temubual saya yang tidak dapat dimasukkan dalam artikel Malaysiakini tersebut kerana saya rasa mereka tidak mahu artikel tersebut menjadi panjang sangat:

a. Saya menyokong penuh Baiaah Taalik ini. Kalaupun ianya bunyi seperti zalim tapi ianya KEPERLUAN memandangkan keadaan yang "Dharurat"

b. Tujuan Baaiah Taalik ini adalah memerangi politik wang Barisan Nasional. Dengan adanya baaiah ini, maka iman para wakil2 rakyat PAS lebih terjamin dari segi kekuatan melawan godaan syaitan.

c. Kiranya Barisan Nasional setuju berhenti dari amalan politik wang, nescaya PAS pun akan berhenti amalan ini.

d. Setakat ini tiada seorang pun isteri kepada wakil-wakil rakyat PAS yang telah tercerai taalik hasil dari Baiaah ini.

e. Ianya jelas senjata yang ampuh memerangi politik wang Barisan Nasional serta percubaan mereka membeli wakil2 rakyat PAS

f. Pemimpin PAS tidak sepatutnya malu dengan perkara ini kerana ianya diadakan atas dasar terpaksa dan ada keperluan yang serius. Bukannya Baiaah ini diadakan saja-saja atau suka-suka tetapi bertujuan memelihara amanah rakyat dan ahli pada wakil-wakil rakyat mereka.

g. Sepatutnya yang dimarahi adalah amalan politik wang Barisan Nasional, bukan baiaah taalik PAS ini. Sumbernya adalah perangai Barisan Nasional dengan politik wang mereka.

h. Sebenarnya BN bengang. Dengan adanya Baaiah Taalik ni, rancangan mereka untuk menjatuhkan kerajan PAS KElantan selepas 2004 gagal segagal-gagalnya. Sekarang pun sama. HAHAHAHAHAHAHA

Percubaan Membeli Wakil2 Rakyat PAS ni Dah Lama

Waktu saya berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Asahan sekitar 1996, saya telah ditempatkan di sebuah rumah bersama-sama dengan ADUN Wakaf Baru pada masa itu bernama Hj Ramli.

Waktu itu heboh cerita Ku Li sedang cuba membeli ADUN PAS untuk melompat ke UMNO supaya kerajaan PAS Kelantan tumbang. Waktu itu, sebelum pilihanraya Pulai Chondong.

Nama Hj Ramli ini pada mulanya telah disebut oleh Tok Guru sebagai salah seorang yang didatangi orang untuk membeli beliau supaya melompat ke UMNO. Tapi Hj Ramli kata kalau dia terima tiga juta ni nanti seluruh keturunan dia akan dimaki dan dikeji orang dengan perkataan "Menate Tigo Juto".

Takdir Allah SWT selang beberapa hari setelah Tok Guru membuat pengisytiharan tersebut, saya bertemu sendiri dengan Hj Ramli sewaktu Pilihanraya Kecil DUN Bukit Asahan yang mana calon PAS yang awalnya telah meninggal dunia.

Hj Ramli menceritakan pada saya, orang yang dihantar itu kemungkinan orang Tengku Razaleigh dan dia datang rumah Haji Ramli pada pukul 3 pagi. Dalam dia berborak dia berkata takkah Hj Ramli merasakan dirinya berharga 2 atau 3 juta.

Tapi, Hj Ramli Wakaf Baru terus menolak tanpa ragu2 dan orang itu kelam kabut lari.

Contoh kedua adalah waktu kempen 2004. PAS Johor berjaya menangkap secara jelas 2 orang wakil UMNO yang sedang cuba membeli calon PAS supaya menarik diri.

DAn banyak lagi percubaan2 yang di buat UMNO menjadikan baiaah taalik ini satu keperluan, bukan sebab kita suka-suka nak buat.

Orang Sponsor Tok Guru Naik Haji

Saya juga ditanya berkenaan dengan tajaan haji Tok Guru Nik Aziz. Saya kata, kalau ada rasuah sila buat laporan pada SPRM. Apa nak susah.

Kalau saya ada duit pun saya akan sponsor Tok Guru ke Mekah dan Madinah. Semua ahli PAS dan penyokong PAS bersemangat begitu.

Kepada kepimpinan PAS, tak perlu nak menyorok atau nak malu. Terus terang sahaja. Kita tak paksa ahli kita jadi calon pilihanraya. Kalau mereka tak setuju dengan baiaah tersebut, maka mereka boleh pergi dan tidak menjadi calon PAS.

Kepada orang2 yang komplen pasal Baiaah Taalik ni, berhenti komplen. Kalau kau tak suka cara ini, cuba bagi satu cara lain yang mampu membentras UMNO/BN dari membeli wakil2 rakyat PAS.

Keadilan dan DAP pun mesti lakukan baiaah taklik ini, pada pendapat saya.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

30 comments:

Anonymous said...

Apa pendapat tuan blog mengenai cubaan agen2 PR untuk membeli Kak Min supaya dia menarik diri di PRK dahulu.

albanjari said...

salam tulang besi,
ana sokong artikel ini..

alhusseyn said...

Syabas! Itu komen yang mantop.Ade ker sapa-sapa yang nak bangkang?

macamoranggila said...

Rahman ! wa sudah lama lu tak makan ubat, lu duduk Jakarta mana ada ubat...wa ingat lu punya gila semakin menjadi-jadi ma.....

Lu gila, wa pun gila, kita sama-sama gila ma....

Anonymous said...

Salam,

Matlamat sepatutnya tidak menghalalkan cara. Kalau pun bai'ah itu untuk memerangi politik wang daripada BN, takkanlah pula isteri yang "digadaikan" akan jatuh talak tiga. Pemimpin PAS sepatutnya berani mengaku telah membuat kesilapan, kerana ini memang perkara yang tidak wajar dan mengarut.

(Ibnu Hajar)

Anonymous said...

SUDAHLAA BRO...dan2 lu kata buang masa nak komen pasal baiaah nie..konon kata isu ini bukan isu...lu ni pun satu jenis walaaap..sebenarnye lu tanyalaa bekas pemimpin pas kat kelantan dan kat perak ..jgn laa hipokrit..

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Apa pendapat tuan blog mengenai cubaan agen2 PR untuk membeli Kak Min supaya dia menarik diri di PRK dahulu.
.

Itu cuma fitnah dari UMNO

Tulang Besi said...

Terima kasih AlBanjari

Tulang Besi said...

Rahman ! wa sudah lama lu tak makan ubat, lu duduk Jakarta mana ada ubat...wa ingat lu punya gila semakin menjadi-jadi ma.....

Lu gila, wa pun gila, kita sama-sama gila ma....

November 12, 2009 10:41 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Matlamat sepatutnya tidak menghalalkan cara. Kalau pun bai'ah itu untuk memerangi politik wang daripada BN, takkanlah pula isteri yang "digadaikan" akan jatuh talak tiga. Pemimpin PAS sepatutnya berani mengaku telah membuat kesilapan, kerana ini memang perkara yang tidak wajar dan mengarut.

(Ibnu Hajar)
.

Apa yang tak halalnya cara ni? Kalau dia tahu dia akan mengkhianati janji, masa disuruh buat baiaah ni dia dah siang2 tolak.

Betul tak?

Baiaah ni ujian pertama kepada calon2 PAS.

Anonymous said...

Posting kau yang panjang lebar ni memang mengesahkan wujudnya baaiah tersebut.

Kenapa nak dikorbankan anak bini yang tak ada kena mengena dengan politik.

Kamu tak sedarke PAS sedang dilanda berbagai masaalah sekarang.

Nik aziz pun dah mengarut kononnya selipar dia pun ada berkat. Dah takbur tu.

Ini semua Allah nak tunjuk kerana PAS dah menyimpang dari matlamat asal.

Aku rasa makin banyak negative exposure akan terbongkar terhadap PAS kelak.

Perahlah otak kamu nak putar belit kaw kaw lepas ni.

Anonymous said...

salam tulang besi..

saya setuju sgt dgn artikel saudara..
dan saya sbg muslimat tak nampak apa salahnya dgn baiah tu...
kalo kita tgk shbt2 dari PKR, ramai dah yg blah sokong UMNO..
sume sbb gila duit n pangkat...
ADUN PAS pon sy brani kerat jari la, kalo tak dak baiah ni, confem ada ja yg lari...
kemewahan tu ujian tuh, tambah2 bila kita susah..
lagipon BeeEnd ni bleh ja tekan dari pelbagai segi especially kewangan...
saya pon heran knapa pimpinan PAS tak berterus trang ja...
takut lagi byk penafian, kami golongan muda ni makin hilang sabar n jemu dgn suasana PAS yg ada pada hari ini....

wallahu'alam....

Brownies

Anonymous said...

walau tak setuju ngan lu hentam hadi. tapi dalam bab ni gua setuju ngan tulang besi. dah berjuang untuk Islam bukan isteri, mak bapak pun gua sanggup korban untuk Islam. dan bini gua kalau tak paham, memang tak layak la jadi bini gua,(tapi gua mesti cari bini yang paham nye,)kalau bini tu paham Islam mesti dia tak rela jadi bini kat orang yang jual Islam untuk duit.

Tinta Hitam said...

Baiah sebegini adalah undemoctratic.Kita tak perlukan bai'ah sebegini.Apa yang penting kena pastikan yg jadi calon PAS tu calon yg beriman dan bukan "mangkok hayun".Cukuplah ketakutan kepada Allah SWT dan rasa tanggungjawab kepada rakyat menjadi penghalang.

kadang kadang UMNO bagi rasuah tu ada juga bagusnya.Blessing in Disguise.Ianya dapat membersihkan PAS dari anasir anasir korup.Bayangkan kalau golongan sebegini ada di didalam PAS.Mungkin tak boleh keluar PAS.Bagaimana kalau dia pegang jawatan penting didalam kerajaaan nanti?Tak ke haru dibuatnya?Keduanya tak semestinya orang yang keluar parti tu korup.

Sesetengah keluar atas sebab prinsip.Beliau tidak membetulkan keadaan dalam adalah lebih baik dia keluar dan memasuki parti yang lebih baik lagi..

Tindakan baiah talak 3 ni tidak salah disisi Islam tetapi ianya kebudak budakan dan kurang matang.Tak ada class langsung.Macamana PAS nak jadi world class kallau masih bersikap kolot macam ni????...

macamoranggila said...

Tahniah, Tulang besi telah diterima sebagai ahli : Macamoranggila.

Sila kunjungi
http://macamoranggila.blogspot.com

untuk mendapat maklumat lanjut.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Tulang besi,

Perlunya bai'ah ini menunjukkan orang PAS sendiri tak kuat iman juga rupanya.

Tak sangka ye! Jadi 2 x 5 jugalah dengan orang BN. Manusia lah katakan.

Otak kau ini biasalah, apa orang lain buat salah berlaka, tapi apa yang PAS atau kau buat, betul je dan tak salah langsung (kecuali Hadi/Hassan Ali & the gang), walaupun pada realitinya sungguh tidak demokratik, tak bermoral dan jijik didengari kerana mempergunakan Islam.

Brother,TGNA sendiri tak berani nak mengaku ia berlaku, jadi apa kau cakap ini...

Grand Marquis said...

Saya hanya tertarik dengan komen YB Zul. Dia kata


“Mana boleh kita mangsakan pihak ke tiga dalam hubungan kita dengan orang lain..mana boleh,” tegasnya.

Katanya, dalam undang-undang Inggeris, pihak berkontrak tidak boleh berkontrak memangsakan pihak ke tiga apatah lagi dalam Islam yang amat membencikan perceraian.

Beliau mahu PAS mengakui kesilapan ini dan perbetulkan perkara ini bukannya sumbat bawah karpet.

“Benda ini terang-terang salah, kita menganiaya wanita...isteri jadi mangsa.You khianat kat parti yang jadi mangsa isteri, apa punya orang ni...yang jadi mangsa anak-anak dan isteri. You boleh kahwin lain la..ahli parlimen macam Khalid barangkali seronoklah... boleh kahwin lain agaknya,” tegasnya.


Pas yang selama ini menentang perundangan ciptaan Inggeris rupa-rupanya mengamalkan suatu yang lebih rendah nilai moral dari perundangan Inggeris.

Bagaimana Islam akan dihormati kalau persepsinya ialah orang Islam ini rendah nilai moral mereka kerana sanggup menggadaikan bini kerana nak jadi YB.

Hari ini bila orang tengok YB pas, dalam kepala otak dah terpikir, eh eh, mamat ni tak sangka, sanggup gadai bini nak jadi YB. Hmmm....

Anonymous said...

sahabat kanan,

h. Sebenarnya BN bengang. Dengan adanya Baaiah Taalik ni, rancangan mereka untuk menjatuhkan kerajan PAS KElantan selepas 2004 gagal segagal-gagalnya. Sekarang pun sama. HAHAHAHAHAHAHA

Ini maknanya TGNA pun pembohong jugakla?

Pemimpin utama PAS, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat bagaimanapun dilaporkan menafikan wujudnya amalan bai'ah talak tersebut.Klik sini

Patutlah thiqah sgt anta dgn engineer dr UK..hehehe.

Bai'ah ini mmg jadi "senjata" pengikat semua gerakan Islam yg ada tanzim spt PAS dan IRC.

kadang2 terasa, adakah org PAS yg ditarbiyyah ini tidak yakin dengan kebenaran perjuangan PAS sendiri, sehingga perlukan bai'ah ta'lik.Takkanlah org PAS ni lekeh lagi dr Syed Hussin Ali ataupun Lim Kit Siang?

Saya terus terang ckp, jikalau ada fatwa ataupun pendapat yg jelas nasnya yg mengatakan bai'ah ini tidak sah, adakah masng2 akan lompat parti?

Cuba rujuk hukum islam, adakah wujud unsur "fraud" , paksaan etc dlm kes bai'ah ta'lik ini, sebab ikut law secular, sebarang perjanjian yg ada unsur2 ini tidak sah.

carlos said...

Adakah ini kerana calon PAS kureng dipercayai keimanan mereka?

Isteri dan anak jadi tebusan ( ransom).

Macam zaman arab Jahiliah.

Nak berpolitik, berpolitiklah. Jangan libatkan anak bini sehingga institusi rumahtangga boleh hancur, hanya kerana satu kerusi Adun atau Parlimen.

Murah sangat harga satu perkahwinan.

Tapi biasalah, politik dalam PAS mengatasi segala-galanya termasuk ISlam itu sendiri.

Rasulullah mungkin menangis mendengar hal ini.

Anonymous said...

a. Saya menyokong penuh Baiaah Taalik ini. Kalaupun ianya bunyi seperti zalim tapi ianya KEPERLUAN memandangkan keadaan yang "Dharurat"

- Apa yang "Dharurat". Tidak ada cara lainkah? Tidak bolehkah berbaiaah dengan meletakkan laknat Allah pada orang memungkiri baiaah tersebut. Kenapa ingin mendekatkan diri dengan perkara HALAL yang AMAT DIBENCI Allah yakni TALAK?

b. Tujuan Baaiah Taalik ini adalah memerangi politik wang Barisan Nasional. Dengan adanya baaiah ini, maka iman para wakil2 rakyat PAS lebih terjamin dari segi kekuatan melawan godaan syaitan.

- Apa kena-mengena isu dalaman PAS dengan BN. Tak logik langsung. Jikalau Iman para wakil2 rakyat PAS tidak dapat menahan godaan jutaan wang ringgit yang cuba diberi (kalau betullah) macam mana nak menguruskan wang rakyat yang berbillion ringgit jika sudah menjadi Kerajaan Pusat.

c. Kiranya Barisan Nasional setuju berhenti dari amalan politik wang, nescaya PAS pun akan berhenti amalan ini.

- Takder kena-mengena. PAS bebas berhenti mengamalkan apa2 ajaran. Negara kita bebas

d. Setakat ini tiada seorang pun isteri kepada wakil-wakil rakyat PAS yang telah tercerai taalik hasil dari Baiaah ini.

- Setakat ini ramai isteri kepada wakil2 rakyat PAS yang menangis tatkala mendengar suami tersayang melafazkan baiaah tersebut. Rujukan : Zulkifli, Ahli Parlimen Kulim B/Baharu

e. Ianya jelas senjata yang ampuh memerangi politik wang Barisan Nasional serta percubaan mereka membeli wakil2 rakyat PAS

- iman yang kuat lebih hebat dari berbaiaah ini.

Selebihnya itu memang butir2 yang dangkal kerana sememangnya byk cara lain boleh digunakan selain dari berbaiaah.

Paling utama, berbaiaah ini jelas menunjukkan PAS TIDAK MENGAMALKAN SIKAP KETERBUKAAN. Semua mengikut kata Tok Guru sahaja. Melompat parti bukannya 100% disebabkan oleh duit. Kadang-kala prinsip seseorang wakil rakyat itu juga boleh menyebabkan dia melompat parti.

C++ said...

Bhai TulangBesi...

Wa caya lu... lu punya komen mantap la... bagus...

takder can ler diorang nak buat rasuah beli calon.. hahahaha...

UMNO kalu banyak duit tue... pi la abiskan buat antor free orang pi Mekah tue... ramai lagi yang tak berduit yang nak pi Mekah....

hahahaha....

Iron Maiden said...

crazy religious freaks. stupidity at its best.

this shows that PAS reps can be bought.that explains why they need such ridiculous rules. And the best part is they say it is ok because it is within GOD's law.

GOD's law my foot!

This is what PAS very good at - exploiting and abuse GOd's name.

They better off stay put in PR - these freaks ganging up with UMNO will be bad news to the Malays specifically and MALAYSIA generally. GOD's name will be exploited and abuse to the lowest level in the history of Malysia.

Malaysia is lucky - Nik Aziz cant think straight. we should thank GOd for that.

Iron Maiden

Anonymous said...

Salam.Menjadi pemimpin itu adalah amanah.Pemimpin sepatutnya menjaga amanah rakyat yg memilih spt menjaga nyawa sendiri.Baiiah ini adalah pilihan sendiri.Tak sanggup ikut, tarik diri dari dicalon.Umno kalau terdesak merasuah org bkn sikit duit.Pak lebai 5 lapis serban pun boleh terangkat imannya apalagi org biasa.

jalak said...

< Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, penulis blog Malaysian Waves berkata, isu tersebut tidak diendahkan kerana "ia perkara yang membuang masa" >

betul ker ni Tulang ?..ko tak nak ulas sebab bos ko si Khalid Samad si mulut lembik dah tersasul...sehinggakan TGNA & TGHH terpaksa membuat penafian mengenainya...

mcm laa org takleh nak baca stail ko...

cuba kalau Hasan Ali atau Ust Nasha atau Mustapa Ali atau Nasarudin Tantawi atau Ust Harun yg cakap pasal bai'ah talak 3 tu kat press ?

agaknyer menggeletar tangan ko nak menaip yerr...

Anonymous said...

PAS leaders felt that Khalid's bai'ah should never have been uttered as it was demeaning to women, said Mustafa, adding that as such Khalid was given a verbal reprimand by the party.

NST.

-------------------------
Cuba tuan blog berikan hujah kenapa Mustafa Ali tu salah dengan kenyataan atas.

Anonymous said...

yg ni gua setuju sama lu...yg x stuju bila gua hentam ust Hadi

Anonymous said...

Salam,

Bro Tulang Besi, saya bersetuju dengan artikel yang bro tulis ni. Isu bai`ah ni tlh digunakan oleh puak2 UMNO untuk nak dijadikan modal dlm menghancurkan PAS.

Ini perjuangan Islam,bkn main2. Kalau takut risiko x payah jd calon x payah bertanding. Dk jer diam2.

Bai`ah ni adalah satu cara nk hapuskan golongan munafik dlm PAS.
Bagi saya bai`ah taklik ini adalah lebih ringan berbanding dgn bai`ah laknat. Kalau bai`ah laknat lg truk kesanya.Segala isi alam melaknat selama mana pemimpin tu hidup.

Tulang Besi said...


Ini maknanya TGNA pun pembohong jugakla?

Pemimpin utama PAS, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat bagaimanapun dilaporkan menafikan wujudnya amalan bai'ah talak tersebut.Klik sini

Patutlah thiqah sgt anta dgn engineer dr UK..hehehe.
.

Patutlah hang tsiqah pada tokeh arak.

Ada ke Tok Guru nafi?

Anonymous said...

Baiah ni menunjukkan ustaz-ustaz Pas ni ada yang tak takut dengan hukum Allah. Mereka lebih takut hilang isteri. Jadi diletakkan isteri sebagai gadaian untuk mendapat kerusi. Bagaimana agaknya dengan godaan lain, cthnya dalam nak meluluskan projek dan sebagainya. Gadai anak pula kut. Habis anak gadai apa pula? Kesimpulannya kalau tak tahan godaan dan tak berprinsip tak ada apa spesial la ustaz-ustaz ni. Macam ustaz Umno gak. Tak layak dapat kuasa jika tak amanah.

Anak said...

TB aku sokong komen hang.
Kalau ada yang kata "matlamat tidak menghalalkan cara", "Baiah sebegini adalah undemoctratic", "Perlunya bai'ah ini menunjukkan orang PAS sendiri tak kuat iman" dan sebagainya menunjukkan mereka ni tak baca Sirah dan kisah sahabat.
Alhamdulillah PAS Perak telah buktikan betapa mereka amat menyayangi Islam dan isteri mereka. Kalau 2 ekor katak PKR tu ada buat baiah, mungkin Perak masih di bawah PR dan Islam semakin berkembang di sini.
Ertinya, yang tak setuju tu confirm anjing-anjing umno yang memang berharap ada ramai ADUN katak lompat yang sanggup gadai maruah dan mengkhianati rakyat.
Berdasarkan keadaan di Selangor sekarang, rasanya baiah yang disebut Khalid Samad tu lah yang menjadi penyelamat kerajaan Selangor.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Ada ke Tok Guru nafi?

Kalau hg kata kenyataan di bwh ni tak nafi lagi, aku tak tahu le kau ni paham melayu ke tak, Tulang besi.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.

PAS dedah hasil siasatan 'bai'ah talak' esok

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.


Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz

So, TG NIk Aziz pun pembohong le kan? Kalau Khalid Samad tu betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.