Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 20, 2009

Tulang Besi Disaman Suwardi Yaakob

Merujuk kepada surat tuan dengan nombor rujukan:ZE(E)/L/1185/09/bob, saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya tidak akan membawa turun artikel saya kerana saya mempunyai bukti kukuh terhadap pendedahan saya.

Sebagai preview kepada pendedahan saya, surat tersebut meminta saya membawa turun pernyataan yang saya buat ini:

1.0 "Cumanya, si Suwardi Yaakob ni antara penyebab PAS berpecah sekarang ni. Mamat ni juga kawan baik dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dia ni ibarat "runner" yang buat kerja-kerja kotor untuk Fraksi UMNO;"

Bukti hubungan Ustaz Nasa dengan Suwardi saya telah dedahlkan dari rakaman audio Dialog Ustaz Nasa/Hasan Ali dengan Blogger UMNO seperti dalam "link" ini:

http://www.malaysiawaves.com/2009/11/lagi-maklumat-pasal-suwardi-yaakob.html

2.0 "Mamat ni, Majlis Agama Islam Selangor pun dia nak “chong”. Mamat ni yang Dato Hasan pegi jadikan pembantu dan penasihat dalam buat kerja-kerja kotor. Punyalah malu PAS Selangor macam ni. Dan saya dapat tahu juga, MAIS ni hanya salah satu mangsa beliau. Kalau MAIS pun dia boleh hancurkan, apatah lagi PAS ni. PAS hanya kuda tunggangan kepada dia untuk kekayaan;"

Saya bawa surat laporan MAIS pada BAR Council berkaitan dengan salah laku si Suwardi Yaakob ni. Apa lagi nak?

3.0 "...sememangnya Suwardi Yaakob lah yang telah mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB; dan/atau Sememangnya tanpa ragu lagi bahawa maklumat2 ini datangnya dari Suwardi Yaakob dengan tujuan untuk menjatuhkan MB Selangor. Dan, Dato Hasan Ali tahu akan pergerakan Suradi Yaakob ini kerana Suwardi Yaakob memberi “briefing” pada Dato Hasan di Pejabat Exco Selangor di Wisma Darul Ehsan;"

Kalau nak saman saya atas kenyataan ini, maka perlulah disaman Perhubungan Negeri Selangor kerana saya hanya merujuk kepada laporan dari mesyuarat Perhubungan Negeri Selangor sahaja. Jangan "single-out" saya sahaja.

Jadi saya 100% yakin dengan pendedahan saya dan saya tidak takut untuk bertanggungjawab, inshaalah.

Allah SWT akan bersama saya dalam membersihkan PAS dari daki-daki dan nanah-nanah yang mahu menghancurkan PAS.

Tulang Besi





15 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi
ALLAH SWT akan bersama sama dengan orang orang yang sabar ikhlas dan berusaha pada jalan yang benar.

Kes saman saman orang nih biasanya di buat oleh Setan Setan yang sah Setannya. Tak payah lah nak saman saman, sebab hidup di dunia yang masa amat pendek lagi secoit, tak berbalui nak saman lawan dengan orang yang lemah betul dan berprinsip.

Masa kan Gagak berwarna putih jika ianya bukan haiwan yang bersifatkan kotor pengotor, ala Setan.

Cukup lah, saman saman nih buat lawyer loaded aje untuk bayar hutangnya. Baik sedekah duit lawyer kepada anak anak yatim dan fakir miskin di Bulan Aidil Adha ini.

Kalau Tulang Besi dah ada proof, tak payahlah takut pada Setan; cukuplah!

Anonymous said...

Go Tulang Besi Go!

Tayadih Maysia said...

salam

semoga kebenaran akan terungkai!

Yong said...

Dedahkan lagi. Jangan biar mereka yang nak merosakkan PAS terlepas. nak tunggu Jawatankuasa Disiplin PAS, tersangaaaaatle lembab!

Tinta Hitam said...

Go ahead TB.Bongkarkan segal yg ada.

Anonymous said...

saya menyokong TB

bila baca apa yg ustaz tuan ibrahim cakap di malaysian insider kita dah boleh agak apa keputusan jk disiplin.

tiada cara lain lagi dah nak selamarkan esp pas selangor.

cakap dengan ajk kawasa dan ajk cawangan di selangor,hampir semua dah attend road show haram dr hassan dan sebahgian besar dah berjaya di motivasikan dengan istilah bersatu dan wala.

hampeh

casper c said...

Wahlau TB, this fella got balls lah - as I was saying earlier - sikit punya hal dah nak panggil mak !!! Mentang-mentang dia tahu mahkamah dan segolongan hakim sememangnya kadam-kadam UMNO.

Salam TB dan semua.

Sebal said...

Salam,

Gue rasalah apa yg Dato Tuan Man Kata..kita belasah kawan lebih teruk dari kita belasah umno..ada benarnye..

Gue ingat TB ni marah dgn HA sebab dia d gugurkan dari jadi org kanan HA and pulus pun putus..maka tu dia marah sangat dgn HA , Roslan SMS and Utz NASA..itu gue rasalah..klo dia respon tu kira betulah tu..klo salah gue minta maaf aje..gue cadang lho berhentilah buat kerja kacau daun dlm PAS ni..memang gue pun kadang-kadang sebal dgn setengah pimpinan pAS ni..sebab klo ada KPI..gue ingat semuanye KPI 49% aje per 100.

klo ada punlebih maybe dr Lo lo aje kot..yg lain dari MB ke exco..KPI nye rendah..gue ingat lepas ni TB and the Geng sefikiran dgn TB akan mula menghalakan meriamnye ke DTMTI..sebab keputusan jawatan kuasa dispilin tak menyebelahi TB and the geng..

Pendapat guelah..eloklah pimpinan pAS selangor ni dgn geng TB and geng whabi and IRC ni..d simpan dlm stor aje..sebab keja nye asik hendak bergaduh and cari salah org aje..buat kerja tarak apa-apa.

Betul ke..tarak kerja??

Anonymous said...

Rosak org PAS.Ramainya pecaya si TB ni.rekod di ni selalu ckp bohong n pemfitnah.Lumrah akhir zaman.si pemfitnah dianggap folongan yg benar.Golongan betul dan jujur dianggap pengkianat.fikir fikir kan lah..

Anti rasuah dan malaun dalam selimut said...

ayuh kita lancarkan kempen derma bagi membiayai khidmat guaman tulang besi dan perisik rakyat...

mungkin sapa2 boleh initiate perkara ini?

Anonymous said...

Si Suwardi ni gertak je lebih.. Agak lucu bila baca surat saman dr peguam dia.."APATAH LAGI IANYA TLH MENJEJASKAN REPUTASI ANAKGUAM KAMI SELAKU ORG PENTING DI DLM PAS" Sejak bila mamat ni jadi org penting dlm PAS? apa jawatan dia dlm PAS? Sy rasa majoriti org PAS maupun pemimpin PAS pun x kenal si mamat ni..mcm mana tetuan Zulpadli & Edham boleh tulis ayt tersebut.. firma guam ni x siasat dulu ke siapa mamat ni?..jgn2 geng2 dia masa blaja kat UIA dulu..

Anonymous said...

Biar si Suwardi saman TB. Nnti bukti2 boleh didedahkan dalam mahkamah. Lepas ni kami yg kena tipu dalam pembelian rumah akan saman dia pulak. Duit deposit rumah lesap rumah x siap2 sampai skrg.

Anonymous said...

kepada sebal..tak sngka name ko memang layak ngan prangai ko..malah ptut di tmbah lg dgn prkataan BEBAL!!!

-adekah membngkar dan mendedahkn kslahan pemimpin tue tndakan sebal n bebal?..

-adekah membngkarkan kebodohan pemimpin dlm organisasi,kecuaian dlm tndakan oleh pemimpin tue tndakan yg dinamakan 'tarak keja'?

-kalu cmtu tak yah kritik umno,takyah kutuk umno,takyah kutuk fraksi umno,takyah dedahkn tndakan fraksi umno yg merugikan pas,sume adalah tndakan org yg takde keje..

-bebal btul la ko nie sebal!!so ape yg dinamekan sbg 'ade kerja'?..

-kpd TB,tabahkan hati,berdoa byk2 dlm mnghadapi sman tue,dedahkn lagi ape yg TB tau,sebab x sume ahli2 pas kt selangor nie tau ape prmainan pimpinan pas selangor nie..

-insyaAllah,rmai yg akan mnyokong TB..

-zargus-

Anonymous said...

kejab lagi TB pun tarik balik lah artikel dia.

tak caya tunggu-
nizamtoha..

hehehehe

Anonymous said...

TB-kau memang patut disaman. Kau agen umno. Kau bebal dan pengkhianat. Nyah kau dari PAS. Orang macam kau ni kalau dibeli oleh Najib dan Rosmah, memang tak hairan pun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.