Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 28, 2009

UMNO Berjuang Islam? Sejak Bila? Ini Berita Baru Untuk Saya Ni.


Dalam recording dialog Hasan Ali/Nasa dengan Blogger UMNO/Fraksi UMNO, dikatakan bahawa Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan diadakan untuk membincangkan perkara2 yang bersangkutan dengan Islam dan orang Melayu.
(Sila
klik di sini untuk mendengar rakaman tersebut.

Namun, gambar di atas menunjukkan kepada kita bahwa usaha tersebut hanyalah sia-sia. Sejak bila UMNO kesah pasal Islam? UMNO lebih rela tengok orang Melayu semua berjudi, minum arak, berzina, menuduh orang berzina (qazaf), main sihir, menolak hukum Allah SWT secara terbuka (tolak hudud).

Tiba-tiba Nasarudin dan Ustaz Harun Din mahu PAS mengadakan perbincangan dalam gelap di belakang Pakatan Rakyat untuk kepentingan Islam? Adakah itu satu perkara yang praktikal? Adakah itu berpijak pada bumi yang nyata?

Lebih baik cakap Islam dengan DAP sekurang-kurangnya DAP hormat Islam lebih dari UMNO. Mereka lebih mudah di dakwah berbanding dengan UMNO. PAS sudah berdakwah pada UMNO sudah 50 tahun dah, semua dakwah PAS ditolak. Nak dakwah apa lagi?

Di bawah ini adalah antara artikel awal saya tulis berkaitan dengan usaha Fraksi UMNO untuk membawa PAS kepada UMNO atas dasar agama. Selamat membaca.

Tulang Besi

(BERMULA)bUMNO ini adalah parti judi, parti arak dan parti kabaret/night club sejak penubuhan mereka lagi. Jadi, tidak mungkin UMNO ini boleh diubah lagi.

Kalau mereka ini baik sangat nescaya Ustaz Ahmad Fuad tidak akan keluar untuk menubuhkan Persatuan Ulama Setanah Melayu bagi memberi tekanan kepada UMNO.

Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Jelas bahawa UMNO adalah satu parti yang lumat dengan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. UMNO bukan satu parti yang ditubuhkan untuk mengawasi batas-batas haram dan halal yang ditentukan oleh Allah SWT.

Malahan UMNO ditubuhkan untuk memastikan batas2 halal dan haram bebas dilanggar dan ditewaskan di kalangan orang Melayu Islam di Malaya.

Pendek kata, UMNO dengan Judi, UMNO dengan Arak, UMNO dengan Kabaret/Kelab Malam, UMNO dengan Sihir, UMNO dgn Syirik adalah bagai aur dengan tebing. Memisahkan UMNO dengan perkara2 haram dan syirik ini adalah umpama memisahkan lagu dan irama. Hancur Lemah tiada berjiwa. Hampa.

Nak Dakwah Lagi Ke Dengan UMNO Ni?

Jadi, sesiapa yang kata mereka hendak berdakwah dengan UMNO, kononnya PAS ini bukan setakat parti politik tetapi PAS ini juga parti dakwah, bahawa UMNO diperlukan untuk menjamin Islam dimartabatkan dalam Malaysia, kononnya kesatuan PAS-UMNO akan menguntungkan Islam.

Mereka-mereka ini harus masukkan diri mereka dalam workshop dan mengetatkan skru-skru yang telah longgar dalam kepala mereka.

Kalau UMNO menghormati Islam, nescaya PAS tidak akan ditubuhkan.

Kita mestilah berpijak di bumi nyata. Jangan terpengaruh dengan puak-puak oportunis yang hanya mahu mendapat laba, kontrak, projek dan juga wang dari "deal" ini.

Tulang Besi

6 comments:

wec7188 said...

keh keh..islam la sgt PAS ni tergelak aku tgk...tb..ko tgk la sendiri keadaan pas sekarang..seolah2 anak2 dh mula berebut harta pusaka menunuggu bapak dia meninggal...nik ajis blm nak pencen lg dri politik ni..sabar la krg semua...tunggu masa dia...

Anonymous said...

Yalah..puak fraksi pun nak enjoy jugak..mereka mau hidup hip hop.. pimp mobile, bohsia/barbie doll/china doll, banglo, akaun swiss..aah..utk dapat ini semua,perlu jerit macam anjing gila..HIDUP MELAYU!!MELAYU TU ISLAM!!..CINA/HINDU/KELING SEMUA PENDATANG HARAM..AAAAAAARGHH!!

Jajarbink said...

Umno berjuang untuk duit dengan bertopengkan Islam. Dalam dunia nie
kena ada yang telus dan yang musibat.

Alhamdudillah !!! Makin hari makin
kurang penyokong2 musibat nie. Yang
saki baki nie.. dah jadi tahap anjing
kibas ekor. Sapa2 aje lalu depa kibas dengan harapan dapat habuan.

Ambik habuan nak pi neraka.. nasib laa nak buat cam mana, dah otak lembu. Kesian kat anak bini kerana diberi makan najis babi.

Tun M kata rasuah tu sama dengan najis babi.

mawaddah said...

weibengong punya TB, apa kena mengena dengan gambar tersebut. tapi aku tak heran seba hang memnag terkeanl sebagai seorang yang gopoh gapah dan tidak cermat serta selalu menghukum orang tanpa memeriksa dengna teliti.

Untuk pengetahuan hang, gambar tersebut adalah gambar seorang mamat melayu bersamping membeli tiket bas di sebuah kedai cina. Agak malang kedai cina tu menggunakan blind yang bertulis toto.

FYI, gambar ni dah lama circulate dalam internet. Tapi bagus jugak hang letak gambar sedemikian. Ia mengesahkan tanggapan ramai selama ini yang hang adala seorang perawi cerita cerita politik yang hampeh.

Tinta Hitam said...

Bagini lah ceritanya.Pada sebahagian dari org org dan Pemimpin PAS berpendapat bahawa kalu dipilih antara toghut besar dan toghut kecil maka yg kecil lebih minima musibahnya.Toghut beasr adalah DAP dan toghut kecil adalah UMNO.Tu sebab ada sebahagian merasakan perlu bergabung dgn UMNO demi menyelamatkan diri umat Islam dari toghut besar DAP

Myfuad said...

apa peranan orang yang ambil gambar nie..adakah dia sangup tegur pakcik nie..ataupun dia dapat dosa mengumpat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.