Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, November 10, 2009

Yang Ditegur Adalah Pemegang2 Amanah, Bukan Sahabat Sejemaah Sahaja

Ramai marah kat saya bila saya menegur Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah memberi beberapa perkataan yang menyinggung saya sebagai seorang blogger. Tuan Ibrahim dilaporkan berkata:

"Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran.

"Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.


Persoalannya sekarang adalah:

a. Yang ditegur dan diperkatakan bukan setakat sahabat satu jemaah, tetapi orang-orang yang memegang jawatan dan amanah di dalam parti.
b. Pemegang jawatan dalam parti adalah mereka yang memegang amanah dan tanggungjawab kepada ahli2 dan penyokong2 PAS.
c. Kalau Saidina Umar bersyukur ada rakyatnya yang sanggup menegur beliau dengan pedang, mengapa Tuan Ibrahim mahu marah apabila orang menegur kepimpinan PAS dengan blog? Adakah Tuan Ibrahim mahu kami menegur kepimpinan PAS dengan Pedang?
d. Penggunaan media baru hanyalah media. Kiranya kritikan dan teguran ini satu bentuk fitnah dan tidak benar, nescaya perkara ini tidak akan disambut oleh majoriti blogger
e. Pimpinan ada media tersendiri untuk menjawab fitnah atau kritikan yang tidak benar i.e. Harakahdaily, Harakah dsbnya. Apa yang hendak ditakutkan kepada para blogger
f. Pokoknya, kalau benar, tiada apa yang hendak ditakutkan dengan para bloggers.
g. Sepatutnya Tuan Ibrahim menyatakan peri-penting teguran berasaskan kebenaran dan bukan fitnah. Bukannya menghalang ahli dan penyokong mengkritik dan menegur pimpinan melalui media baru
h. Hak menegur pemegang amanah adalah hak yang datang dari Allah kepada kami. Tiada siapa yang boleh mengambil hak itu dari kami
i. Sepatutnya Tuan Ibrahim memuji blogger kerana wujudnya blogger menegur kepimpinan adalah tanda betapa PAS adalah umat yang terbaik dari segala umat seperti ayat Ali-Imran:110

". Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."

j. Ahli2 dan penyokong sudah cukup matang dalam membezakan teguran yang berbentuk fakta dengan teguran yang berbentuk fitnah. Saya yakin.

Persepsi buruk yang ada pada Presiden dan kepimpinan yang ada sekarang bukan angkara Blogger

Blog hanya menyampaikan. Konsep blog adalah pertuturan harian dalam bentuk tulisan yang didigitalize supaya dapat dibaca oleh orang ramai.
Persepsi buruk pada Presidan dan sekutu2nya adalah lantaran dari sikap dan tindakan Presiden sendiri serta kuncu2nya. Bukan lahir dari blog. Malahan, Presiden sendiri ada ruang dalam Harakahdaily bagi menjawab apa2 isu yang ditimbulkan. Ertinya, dunia blog adalah dua arah. Kalau kita diserang blog lain, kita bisa menjawab blog tersebut secara terus menerus.

Saya nak soal, bagaimanakah Presiden PAS hendak menjaga persepsi terhadap beliau sekiranya Presiden mengeluarkan kenyataan2 seperti berikut:

Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah. “


Kenyataan ini diambil dari Harakahdaily sendiri, bukan dari mana-mana blog. Presiden PAS tidak menunjukkan apa-apa perasaan simpati pada Anwar Ibrahim yang difitnah dan dikejami. Malahan, Presiden sendiri menganggap ianya adalah hal dan urusan pribadi Anwar Ibrahim.

Bagaimanakah persepsi positif hendak dibina kepada rakyat terhadap Presiden PAS dengan kenyataan-kenyataan seperti ini?

Saya masih terasa dengan pandangan Tuan Ibrahim tu jelas satu serangan hebat ke atas Tok Guru Nik Aziz yang baru sahaja menimbulkan kontroversi hebat hasil dari artikel dalam blog beliau. Dan, lebih menyedihkan, tiada nas atau dalil syarak yang diberikan oleh Tuan Ibrahim atas “larangan” beliau itu.

Seharusnya hak bersuara di kalangan ahli dan penyokong tidak boleh ditekan dan ditolak begitu sahaja. Yang penting adalah hujjah dan hujjah adalah asas kepada segala-galanya.

Wallahualam

Tulang Besi

ps di bawah adalah contoh2 komen yang memarahi saya kerana artikel saya tempohari berkenaan Dato Tuan Ibrahim. Harap lepas ni tiada lagi yang mempersoalkan tindakan saya tempohari


Abdullah said...
Hebatnya Tulang Besi ni.. boleh membaca nawaitu seseorang.. Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pun menyebut nama2 siapa, tapi Tulang Besi boleh sure sangat yang dimaksudkan ialah TGNA.. TGNA takde pun terasa atau melatah, tiba2 Tulang Besi pulak melatah.. macam kera dapat bunga.. macam dia pulak termakan cili..

Kalau dah tak puas hatikan dengan sesetengah kepimpinan PAS Pusat, suruhlah AJK2 yang bersetuju dengan EGM mengusulkan supaya EGM diadakan.. then, boleh pilih orang baru.. kata rapat sangat dengan AJK2 tersebut.. atau cakap kosong je.. sekarang kuasa ada di tangan AJK2 tersebut.. janganlah salahkan siapa2 lagi.. AJK2 tersebut yang tidak menjalankan tugas..
November 9, 2009 2:16 PM
Aku dah bosan.. aku dah bosan... aku dah bosan dengan politik PAS. Bercakaran sesama sendiri dan sampai pimpinan tertinggi pun guna blog untuk menyuarakan pandangan. Sudah tiadakah mesyuarah dalam PAS yang membolehkan pemimpin menyuarakan kebimbangan dan apa sahaja yang mereka rasai? Pihak UBN berjaya menggunakan isu ini untuk menggoncangkan PAS. Kita kena lihat penggunaan blog dari 2 perspektif. Pertama, ahli parti yang mengkritik terbuka melalui blog. Kaedah ini boleh diterima dan PAS tak ada masalah dalam hal ini. Pelbagai manusia mengkritik PAS melalui blog. MSO misalnya menggunakan blog menghentam PAS tentang apa yang dia fikirkan betul. Kedua, pemimpim yang duduk dalam shaf kepimpinan mengkritik PAS menggunakan blog. Ini tidak boleh diterima akal. Apatah lagi kritikan itu datangnya dari Mursyidul Am PAS. Adakah tiada ruang dalam mesyuarat untuk membincangkan isu ini? Atau ada tangan2 ajaib yang cuba mngeruhkan keadaan. Dalam hal ini saya bersetuju engan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tolonglah sedar diri. Golongan muda menyampah dengan politik macam ni. Tu lah.. aku dah bosan.. Rasanya PAS akan bungkus dlm PRU 13. Kedudukan PAS dalam PR perlu dikaji semula. Jangan harapkan sangat pengundi Cina dan India. Tumpuan harus diberikan kepada pengundi Melayu. Jangan sebab nak dapatkan pengundi Cina dan India, pengundi Melayu semakin merosot. Contohnya PRK Bagan Pinang menunjukkan undi Melayu merosot teruk kepada PAS.
November 9, 2009 5:38 AM

Anonymous said...
aduh...batu api ni ak habis-habis. semoga allah melaknati pengadu-domba
November 9, 2009 7:11 AM

Anonymous said...
astaghfirullah TB... kawan tu takde sebut nama TGNA... sedap mulut ko aje kata dia hentam TGNA... banyak org yg guna blog termasok ko... mcm mana ko kata kawan tu tuduh TGNA.. kot kot dia tuduh ko... ish ish ko tuhan ke dpt baca isi hati dia...???

itu lah dia... kalau dah hari2 fitnah org sana sini... ko dah rasa tak bersalah buat keje macam ni dah...
November 9, 2009 8:31 AM

Anonymous said...
dah la kau raman...jenis hati busuk..buat malu pemuda PJU je....jenis jahil agama cam tu laaaa....kau memang sial sgt2....kau bukan ada masa seminar tu pun.....jgn nak buat alasan tak tentu pasal bangang....daripada pemuda
November 9, 2009 9:47 AM

Anonymous said...
ish2..masih ada cr yg lebih berakhlak dn mulia nk teguq pimpinan(islam da ajaq semua tu).Tp krn kita rs EGO dn TAKABBUR,Allah tutup pintu ht ni dr trima kebenaran.nk teguq bkn melalui blog memfitnah mcm ni..lg besaq mudharat kpd PAS bila ada virus mcm ni.ustaz2 yg da tua2 bkn reti gna bnda2 cmni.yg dok jd celaru ank muda la.tp aku x kot..hehe
November 9, 2009 9:55 AM
Adik beradik pun, Qabil dan Habil pun adik beradik kandung lagi. Bapa diorang Nabi.

Apa nak heran
November 9, 2009 11:41 AM

Anonymous said...
Sebagai seorang pengundi PAS dalam PU lalu saya berasa berdosa kerana membantu PAS menambah kerusi dan menikmati sedikit kejayaan dan secara tak langsung menyebabkan PAS berpecah. Pimpinan PAS dah jadi ego dan hilang punca. Ahli-ahli PAS dah bercakaran. Macam baru lepas perang dan sedang berebut memiliki the spoil of war. Juga seperti kera mendapat bunga. Dengan tahap pemikiran ahli dan pemimpin PAS (kecuali TGNA yang saya sangat hormati) di peringkat ini PAS tidak layak memerintah dan hanya layak terus menjadi pembangkang. Kekalahan PAS akan menjadi pengubat untuk menyatukan PAS semula. Kekalahan PAS juga akan membantu menyingkirkan kepimpinan yang ada sekarang. Pengundi seperti saya akan membantu menyatukan PAS semula dengan tidak mengundi PAS dalam PU13 nanti.
November 9, 2009 12:12 PM

Anonymous said...
isu & krisis begini mengingat aku kembali dizaman skolah dulu. waktu aku join tazkirah & usrah pas tmpt aku di perak nuuu (refresh kembali ajen subversif/mossad).
perisik/ajen ameno memang dah diprogram dan masuk kedalam jemaah pas begitu halus skali.
re-fresh kembali kisah 80-an dulu.

ada "sorang tu", perwatakan semuanya pas.. tak ade satu pun tak pas. bak kata abg mat sabu "bernapas pun kluar nama pah! pah! pah!" .....sampai boleh jadi pemimpin cwgn la.

tapi Allah nak tunjukkan jln, ..."org tu" diketahui bukan pas dari org luar rupanyer. bukan dari dlm pemimpin pas setempat. "orang tu" adalah ajen ameno..
tapi sumer dah terlambat. berkat kesungguhan "sorang tu" duduk dlm jemaah pemimpin pas setempat aku, .....sumer pemimpin telah berpecah dgn menukarkan pegawai/kakitangan kerajaan yg pro-pas ke tempat lain, hasil dari risikan 'sorang tu".

jadi kepada TB, aku tak heran kalu ade ajen ameno duduk dlm pimpinan tertinggi pas pusat skrg ni, ....sebabnya perkara ni dah pernah terjadi di pas cawangan/kawasan aku.
oh! baru aku teringat citer lama ni. sungguh pengalaman itu adalah pelajaran yaang paling berharga buat diriku yg jahil ini.

kalulah byk pengomen yg hentam ko TB, tapi aku tak heran. sumer ni kisah lama yg diulang tayang kembali menjadi "retro" hits. cuma yg tak penah tgk "retro" ni je kata, citer ni citer "semut merah jepun yg dah jadi dongeng bebudak dulu"
November 9, 2009 12:30 PM

21 comments:

Anonymous said...

Yes,there are perverted transgressors in PAS and in Pakatan(Zul Noordin).UMNO itself is a mega pervert!!The perverts r shaking,they know they r being exposed,that's why they r shouting like anjing liar like that Bakar fella who told TGNA to step down..they know,people dont give a damn about them,and r waiting to bury alive them in the next GE..

Anonymous said...

Harakah adalah Utusan versi PAS

dusunraja said...

Mengesahkan kegilaan diri sendiri;
Musuh anda siapa? PAS? Umno? Dap? Pkr? Hasan Ali?
Sila jelaskan.Belajar tinggi tapi tak Cerdik...Tak crdik ko

Grand Marquis said...

Aduhai TB, dah mula balik.

Pertama, anda ni cakap tak serupa bikin. Saya guna balik hujah anda:

c. Kalau Saidina Umar bersyukur ada rakyatnya yang sanggup menegur beliau dengan pedang, mengapa Tuan Ibrahim mahu marah apabila orang menegur kepimpinan PAS dengan blog? Apakah Tuan Ibrahim lebih baik dari Saidina Umar? Adakah Tuan Ibrahim mahu kami menegur kepimpinan PAS dengan Pedang?

Pertanyaan saya ialah, kenapa orang lain boleh tegur kepimpinan PAS melalui media terbuka spt blog, dan TUAN IBRAHIM TIDAK BOLEH MENEGUR KEPIMPINAN? Sedangkan beliau menjawat jawatan lembaga disiplin pas. Mengapa marakkah Tuan Ibrahim bila dia tegur orang? Apakah orang yang ditegur itu lebih baik dari Saidina Umar r.a.?

Disini jelas ada sikap double standard. Bila teguran kena pada pemimpin puak kita, maka kita mula keluar hujah mempersoalkan orang yang menegur itu. Dalam masa yang sama, kita sendiri adalah orang yang paling lantang mengkritik pemimpin puak lain sampai dilemparkan pelbagai gelaran buruk dan fitnah.

Kedua, anda kata:
Saya nak soal, bagaimanakah Presiden PAS hendak menjaga persepsi terhadap beliau sekiranya Presiden mengeluarkan kenyataan2 seperti berikut...

Apakah anda mahu mengheret presiden PAS untuk campur-tangan dalam suatu perkara yang beliau sendiri tiada pengetahuan mengenainya?

Anda ni pengkagum DSAI, tapi adakah anda nak mengheret presiden pas untuk mengikut ideologi anda barulah beliau ini dikira layak memimpin? Apakah layak untuk seorang presiden pas, seorang ulama mengeluarkan kenyataan tentang sesuatu yang tidak pasti kebenarannya?

dan anda kata:
Bagaimanakah persepsi positif hendak dibina kepada rakyat terhadap Presiden PAS dengan kenyataan-kenyataan seperti ini?

Apakah dengan menjadi pengkagum DSAI maka persepsi positif rakyat dapat dibina? Persoalannya ialah adakah ia persepsi positif rakyat, ahli pas atau persepsi anda sendiri wahai TB? Dan mungkin sebab itulah anda menyerang habis-habisan pada TGHH sebab beliau tidak menjadi pengkagum DSAI.

Nyata dari tulisan ini, 2 kesimpulan yang dapat di buat.

1. Anda cakap tak serupa bikin. Menyokong bila puak anda yang buat, menentang bila puak anda kena buat.

2. Anda hanya boleh terima PAS bila ia mengikut acuan politik menurut tafsiran anda sendiri.

Kewujudan orang seperti anda ini adalah liabiliti yang sangat besar bagi pas. Sepatutnya Tuan Ibrahim kena ambil tindakan terhadap ahli seperti anda supaya kurang sikit fitnah dalam jemaah.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Persepsi buruk yang ada pada Presiden dan kepimpinan yang ada sekarang bukan angkara Blogger

Kenyataan ini diambil dari Harakahdaily sendiri, bukan dari mana-mana blog. Presiden PAS tidak menunjukkan apa-apa perasaan simpati pada Anwar Ibrahim yang difitnah dan dikejami. Malahan, Presiden sendiri menganggap ianya adalah hal dan urusan pribadi Anwar Ibrahim.


Rahman,

Keadaan kau ni aku boleh tamsilkan sebagai seorg anak yang herannya dok asyik hentam bapaknya.

Binnya, Bin hadi Awang. Duduk dalam rumah hadi Awang.

Betul, si bapak yg namanya Hadi Awang ni tak bergaya, berperut, muka mcm org kampung, ckp pun kureng, pastu bengkeng. tapi dia tetap seorg bapak.

Yg herannya, bila ada isu babitkan pakcik rumah sebelah, kau mesti sokong pakcik rumah sebelah. Betul, pakcik rumah sebelah ni nampak mcm insan kamil mutakammil,madani, apa lagi eh..mcm2 lagi la..baik dgn mat saleh tak kira agama, yahudi pun boleh kawan.

Yg hrannya jugak sampai benda2 remeh2 yg pakcik rumah sebelah tu tak setuju dgn bapak kau pun kau sokong pakcik rumah sebelah, malahan sampai mengendap mak kau mandi, pak kau marah pakcik rumah sebelah pun, kau sokong pakcik rumah sebelah jugak.

hatta, si pakcik rumah sebelah tu kena dakwa dalam court psl rasuah, dikatakan hakim mahkamah sekular yg possibly dia rogol anak teruna org pun (aku tau ni balik cerita qazaf la nanti, cuma aku nak tanya, kalau jiran kau tu kena dakwa merogol,kau nak letak anak pompuan kecik hang bg bini dia jaga ka???), hang letak pakcik sebelah rumah ni lebih tinggi dari pak hang yg habih kuat pun maki org sbg kapir je?

Org PAS sejati yg ikut usrah PAS, ikut tarbiyyah PAS tentu terus akan kata hg ejen UMNO. Org yg hatinya tau adab berjemaah tentu tak setuju dengan cara hg attack "pak hang" sendiri dan angkat org yg tak semena2 dengan keluarga hang.

jadi, org akan tertanya, adakah hg ni anak pungut, ataupun kau tu anak luar nikah benih pakcik sebelah tu dlm rumah bapak hang?Itulah tamsilannya.

Attack hassan Ali ni ok, attack Mustafa Ali pun sikit2 ok, tapi kalau dlm kebanyakan artikel hg attack org dlm PAS lebih dr UMNO, malahan tak angkat jari pun terhadapa mana2 pimpinan PKR dan DAP,org sedang, akan dan telah kata..whats wrong with tulang besi?

balik hg pikiaq balik strategi kau buat blog ni. Tercapaikah matlamat jamaah kau utk capai cita2?atau kau ni membantut usaha sahaja pasal bengkeng tak tentu psl?

Tulang Besi said...



Pertanyaan saya ialah, kenapa orang lain boleh tegur kepimpinan PAS melalui media terbuka spt blog, dan TUAN IBRAHIM TIDAK BOLEH MENEGUR KEPIMPINAN? Sedangkan beliau menjawat jawatan lembaga disiplin pas. Mengapa marakkah Tuan Ibrahim bila dia tegur orang? Apakah orang yang ditegur itu lebih baik dari Saidina Umar r.a.?

Disini jelas ada sikap double standard. Bila teguran kena pada pemimpin puak kita, maka kita mula keluar hujah mempersoalkan orang yang menegur itu. Dalam masa yang sama, kita sendiri adalah orang yang paling lantang mengkritik pemimpin puak lain sampai dilemparkan pelbagai gelaran buruk dan fitnah.
.

Brp kali aku nak ckp. Apa asas kepada teguran Tuan Ibrahim tu?

Apa hujjah nya?

Adakah berdasarkan syarak? Sunnah Sahabi?

Apa dia? Jawab GM jawab hahahaha

Tulang Besi said...



Org PAS sejati yg ikut usrah PAS, ikut tarbiyyah PAS tentu terus akan kata hg ejen UMNO. Org yg hatinya tau adab berjemaah tentu tak setuju dengan cara hg attack "pak hang" sendiri dan angkat org yg tak semena2 dengan keluarga hang.

jadi, org akan tertanya, adakah hg ni anak pungut, ataupun kau tu anak luar nikah benih pakcik sebelah tu dlm rumah bapak hang?Itulah tamsilannya.
.

Lagi sekali aku cakap, geli aku dengar nasihat pasal adab jemaah dari orang UMNO.

Kau punya jemaah tu dekat Kilang Calrsberg.

Tak payah ajar aku pasal adab jemaah

Anonymous said...

Makmum menegur imam apabila imam buat salah dalam solat yang boleh membatalkan solat. Apabila imam buat tidak tahu sahaja sesudah diperingatkan oleh makmum, imam itu digantikan oleh salah seorang daripada makmum. Jema'ah meneruskan solat dengan mengikut imam baru sambil mengketepikan imam lama.

Kulaan 1 said...

Piggiirrrh TB... teringat dulu masa aku kenal ko dulu... depan mata aku ko kata DHA adalah yg terbaik, pemimpipin masa depan... siap cium tangan Hasan Ali lagi... tak sangka macam ni ko skrg??? tak dapat projek ke sebab jadi macam ni... termasuklah YDP Kelana Jaya tu... semuanya buat tahana kat Hasan Ali... taulah semua puak2 ni memang ada masalah peribadi dgn Hasan Ali... tubuh 1 team utj jatuhkan Hasan Ali... skrg, proses penyucian di dalam jemaah akan berlaku... kita akan tengok siapa yg tak ikhlas, pasti Allah akan keluarkan mereka dalam PAS...

Anonymous said...

TB,

Dalam PAS ramai pemimpin yang bertaraf "ulamak" dan "Tuan Guru" serta "Ustaz". Tidak dinafikan kehebatan ilmu mereka dari perspective agama Islam dan dakwah Islamiah.Maksudnya sekadar kuliah Subuh dan Magrib tu memang hebatlah.Tapi dari segi ilmu siasah(politik) serta sepak-terajang politik gulungan ini belum "khatam" lagi.Mereka menceburi dunia politik secara "kebetulan" sebab berada dalam jemaah PAS,.Olih sebab Jemaah PAS ini merupakan Jemaah Politik cum Dakwah,maka "In the world of the blind,one-eye is the king".Tidak pula dinafikan dikalangan mereka ini ada juga yang "celek politik" tapi bilangannya amat sedikit.

Dengan senario inilah maka PAS senang "digula-gulakan" oleh UMNO dan gulungan ini amat sukar menerimna teguran dan kritik.Gulungan ini sudah biasa tatkala menyampaikan kuliah agama,tak siapa pun menegur dan mengkritik mereka.Jadi tatkaka berkecimpung didunia politik,apatah lagi dengan sistem demokrasi - mereka menjadi seolah-olah seperti "rusa masuk kampong".Maafkanlah mereka,bukan salah ibu yang mengandung,tapi sudah suratan badan.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Lagi sekali aku cakap, geli aku dengar nasihat pasal adab jemaah dari orang UMNO.

Kau punya jemaah tu dekat Kilang Calrsberg.

Tak payah ajar aku pasal adab jemaah


Eleh..bukankah PAS for All?PAS undi peminum arak, PAS untuk penternak babi, PAS utk tauke rumah urut.

Sekarang ni kan PR control selangor, bila nak roboh kilang carlsberg tu?

Makmum menegur imam apabila imam buat salah dalam solat yang boleh membatalkan solat. Apabila imam buat tidak tahu sahaja sesudah diperingatkan oleh makmum, imam itu digantikan oleh salah seorang daripada makmum. Jema'ah meneruskan solat dengan mengikut imam baru sambil mengketepikan imam lama.

adakah benar kesalahan imam itu sampai membatalkan solat? Itulah masalahnya kalau berketuakan engineer dr UK saja utk putuskan bab batal solat, padahal yg lead solat tu ulamak.

Masalahnya, adakah sah solat makmum yg mendahului imam hatta dari segi bab salam?

Tulang Besi said...

adakah benar kesalahan imam itu sampai membatalkan solat? Itulah masalahnya kalau berketuakan engineer dr UK saja utk putuskan bab batal solat, padahal yg lead solat tu ulamak.

Masalahnya, adakah sah solat makmum yg mendahului imam hatta dari segi bab salam?
.

Engineer UK yang tak pernah menipu.

Anonymous said...

"adakah benar kesalahan imam itu sampai membatalkan solat? Itulah masalahnya kalau berketuakan engineer dr UK saja utk putuskan bab batal solat, padahal yg lead solat tu ulamak."

Makmum itu menegur imam kerana kain yang dipakai oleh imam terkoyak sehingga ternampak aurat. Imam memang seorang yang alim dalam berbagai perkara. Tetapi dia tidak menyedari kain yang dipakai terkoyak.

Paipon said...

salam bro...

hahahaha..x abih2 kamu ni..dh la tu...xpayah la dok ulas benda2 tu lg..malu kat org jer.

sekarang masa pndang kedepan.nk pandang ke depan bukan dgn merosakkan.pandang ke depan kena strategi.tuhan bg kelebihan menulis tu tulislah dgn menyerang.ni bg org menyampah.

dulu aku respek gila kat bloggers ni.depa menulis dgn tenaga,masa,dana tp x penah mengeluh utk kemenangan parti.tp sekarang nmpak mcm dh kena sampuk.mcm bodoh bangang je tulisan masing2.aku nk baca pun dh makin menyampah.

dh tengah siasat biaq pi lah depa dok siasat.yg hang dok kacau,merapu dgn tulisan buat apa.hang x puas ati kat mana lg.aku tau la blog hang kira popular la jugak.tp popular utk mnjahanamkan jemaah yg tengah baru nk naik semangat.

bila kita kata syG kat haji hadi dia kata kita pro umno,agen umno...aku pun tak faham la fikiran bloggers2 ni.BODOH PIANG!!!!...PEGI MAMPUS LAH KAMU SEMUA!!!

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Engineer UK yang tak pernah menipu.

Betulkah tak pernah menipu? Org tanya engineer UK tu IRC ke tak, dia kata tak..padahal, bukan takat IRC, amir IRC lagi...bukan sekali tipu..sampai dah jadi tipu sultan..

Anonymous said...

Maksud tuan Ibrahim ialah, kalau nak menegur... tegurlah secara direct terus kepada si yang kena tegur, bukan mencanang kepada public sehingga musuh pun baca... itu saluran yang dimaksudkan oleh beliau. Ko dan Khalid samad kan ada contek info orang yang ko nak serang tu kan??? lagipun dari cara ko tulis selama ni, ko bukannya menegur, tapi menyerang... apa saja berlaku ko serang, contoh terhadap Hassan Ali sampaikan benda yang Hassan Ali sendiritiada kuasa pun, ko babitkan dia... itu bukan menegur, tapi dendam kesumat.... patutnya mana yang baik disokong, mana yang tidak ditegur...

Orang tegur Khalifah Umar pun secara terus berhadapan, bukan mencanang satu kota Madinah macam ko ni.... cara ko ni lebih macam cara puak puak UMNO Pro Mahathir masa menghentam Pak Lah dulu...

Hamba said...

Ramai dah ahli dan pemimpin PAS berperangai macam UMNO. Puja dan ampu pemimpin berlebih2 dan tak mahu mengaku salah walaupun memang dah sah dan sahih berbuat salah ( sifat2 orang yg rasa dia alim dan kuat ibadah sampai Allah dah bagi kat dia keistimewaan bebas dari salah dan silap dan kebodohan... err..tu bukan maksum ke??)

Anonymous said...

Tak pernah menipu??? manusia tetap manusia... engineer dari UK tu maksum ke yang ko yakin dia tak pernah menipu????

HensemBoy said...

Salam..TB..aku bukan orang pas atau umno ataupon mane2 parti politik.negeriku kelate.bile orang umno atau luar kutuk negeriku kate tak membangun..itu salah.dan aku naik angin..di bawah pemerintahan TGNA,negeriku aman dan tenang..maksiat tetap ada mane2 sekalipon tetapi kelate adalah yg paling kurang..pembangunan?sila lah datang dan lihat dengan mata kepala sendiri..pasal group 'ganu' ni,mereka memang bermasalah..patut tuka pemimpin yg baru..orang2 pas perlu ingat,di mana sebenarnya 'akar umbi' pas..orang luar sebut pas benda pertama yg di lihat adalah kelate..so kalau nak hentam TGNA,cermin diri dulu..kalau korang rase korang dah cukup bagus dan dapat buat apa yg TGNA dah lakukan dgn berjaya,baru korang berhak bersuara..geng 'ganu'?tawan dulu negeri korang dulu baru bole bersuara..

Tulang Besi said...

Sahabat kanan,

Engineer UK yang tak pernah menipu.

Betulkah tak pernah menipu? Org tanya engineer UK tu IRC ke tak, dia kata tak..padahal, bukan takat IRC, amir IRC lagi...bukan sekali tipu..sampai dah jadi tipu sultan..

November 11, 2009 6:30 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Maksud tuan Ibrahim ialah, kalau nak menegur... tegurlah secara direct terus kepada si yang kena tegur, bukan mencanang kepada public sehingga musuh pun baca... itu saluran yang dimaksudkan oleh beliau. Ko dan Khalid samad kan ada contek info orang yang ko nak serang tu kan??? lagipun dari cara ko tulis selama ni, ko bukannya menegur, tapi menyerang... apa saja berlaku ko serang, contoh terhadap Hassan Ali sampaikan benda yang Hassan Ali sendiritiada kuasa pun, ko babitkan dia... itu bukan menegur, tapi dendam kesumat.... patutnya mana yang baik disokong, mana yang tidak ditegur...
.

Kalau dah tegur pribadi pun tak makan, macamana?

yang ditegur adalah cara mereka menjalankan tugas, bukan pribadi mereka.

Hash NA said...

Salam,

TB,

Kita ni boleh menegur,,,tapi jangan sampai menghancurkan sesama sendiri...tak ada yang 'betul-betul sempurna dalam hidup kita ni' waima TGNA,TGHH,HAli,KSamad ke malah TB dan aku pun....TAKKAN lah TB akan baru 'satisfied' setelah melihat PAS hancur selepas pemimpin dan ahli-ahli nya bercakaran tanpa kesudahan...akhirnya yang tergelak lebar ialah UMNO and the gang...Kita ni berpolitik dan berdakwah..pasti ada kurang sana lebih sini...sama-sama bermaaf-maafan...cari topik perbincangan untuk menghentam dan memnghancurkan musuh yang munafik dahulu sambil berbaik-baik dan menasihati sesama sahabat perjuangan untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini..ALLAHU AKBAR !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.