Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 13, 2009

Baru Saya Faham Mengapa Ada Ulama Telah Mengkafirkan UMNO Dalam Tahun 60an

Barulah saya faham mengapa ada ulama-ulama pondok dalam tahun 60an yang telah mengkafirkan UMNO. RUpanya UMNO telah menghalalkan benda yang haram semenjak penubuhannya lagi. Bukti utama adalah Lotteri UMNO yang saya tunjukkan dokumen-dokumen berkaitan dengannya dalam artikel saya “Hari Ini Dalam Sejarah: Lotteri UMNO

Saudara boleh rujuk buku karangan Al Qardhawi yang bertajuk “Al Halal Wal Haram Fil Islam” yang mana Dr Yusuf menyatakan dengan tegas bahawa hukum menghalalkan benda yang haram adalah kafir. Dengan kata lain, jatuh kafir seseorang itu apabila ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. (Sapa kata Feqah tiada kena mengena dengan Akidah?).

UMNO dengan jelas mengharamkan judi. Mereka mempromosi serta menjadikan loteri UMNO sebagai sumber kewangan utama mereka sekaligus menebarkan budaya berjudi di kalangan orang Islam dan orang Melayu. Apabila UMNO buat, maka semua orang Melayu lain akan ikut, kecuali kalau yang menyokong PAS.

Saya ada membaca dalam sejarah Tok Guru Nik Aziz. Dalam pertengahan 60’an apabila isu mengkafirkan UMNO ini hangat, maka di Kelantan telah diadakan satu seminar anjuran UMNO. Ia bertujuan untuk menyalahkan PAS dalam isu kafir mengkafir ini serta membersihkan imej UMNO sama sekali.

Mereka menjemput Tok Guru Nik Aziz sebagai peserta kerana di waktu itu beliau baru balik dari Mesir dan membantu mengajar di kelas2 dewasa anjuran KEMAS. Mereka berharap TOk Guru akan menjadi tokoh UMNO yang akan mempertahankan UMNO.
Tapi, harapan mereka meleset kerana dalam seminar tersebut, Tok Guru telah bangkit dan mempertahankan PAS serta menyerang UMNO habis-habisan.

Tak lama selepas itu, salah seorang ahli Parlimen PAS meninggal dunia bagi kerusi Kelantan Hilir dan Tok Guru Nik Aziz dicalonkan menggantikan allahyarham Tuan Guru tersebut dalam sebuah pilihanraya kecil. Tuan Guru bekas MP tersebut meninggal dunia akibat penderaan yang teruk dalam tahanan ISA.

Tok Guru Nik Aziz menang dengan cemerlang dalam pilihanraya kecil tersebut dan semenjak itu, beliau tidak pernah kalah bertanding pilihanraya kecuali sekali dalam tahun 1986. Itu pun kepada calon HAMIM dan bukannnya dengan calon UMNO.

Pendirian Tulang Besi

Bagi saya, mari kita selesaikan isu ini sama sekali. Saya cabar UMNO membawa kes ini di mahkamah Syariah supaya satu deklarasi dapat dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah kita. Namun, saya yakin UMNO tak berani sebab mereka tahu, kalau mereka bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, mereka akan kalah.

Tak payah pakai kitab Sheikh Yusuf Al Qaradhwi, pakai Mutthalaal Badrin pun cukup untuk memastikan UMNO kalah dalam perbicaraan kes kafir mengkafir ini.
Tulang Besi menunggu kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah dan Tulang Besi akan mengambil keputusan Mahkamah Syariah dengan hati yang terbuka.

UMNO boleh lantik Mufti mereka yang tak fasih cakap Arab tu untuk jadi peguamcara mereka.

Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin dalam PAS yang kemaruk nak duduk satu kelambu dengan UMNO. Dah lah UMNO tu hina, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ni lagi hina.

Tulang Besi

34 comments:

MALAYSIABARU said...

haji hadi telah menkafirkan UMNO dengan amanat hadi

tapi nak JOIN memerntah bersama UMNO jugak?

setelah di tawar jawatan dan pelbagai bentuk suapan dan rasuah oleh UMNO.

Haji hadi ni ULARMAK ker Ular dalam semak?

SEBAB NAK KEJAR HARTA DUNIA SANGUP AJAK AHLI PAS SAMA-SAMA BERFANTASI BAGAIMANA AGAKNYA BILA BERSAMA UMNO... JUDI, BETINA, PROJEK, KELAB MALAM, KETUANAN MELAYU DLL

TERUS SAMPAI SEKRANG DEK FANTASI HAJI HADI

PAS BERPECAH!

TAHNIAH TOK AYOH HADI PIN
(kawan baik ayoh pin besut yg berleluasa di ganu zaman hadi mb ganu dulu)

Amuraria said...

SYABAS TUAN TB ,DEDAH SEGALA KEBEJATAN UMNO & PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA JUGA BARUA-BARUA YANG DARI PARTI ISLAM TAPI TERHEGEH-HEGEH MAHU MENJILAT PARA PERASUAH,PENYELEWENG KHAZANAH NEGARA DARI PARTI KARAT BIRU INI, DEDAH APA YANG MEREKA SANGAT-SANGAT TIDAK MAHU DIDEDAH ! BIAR SEMUA RAKYAT SEDAR DARI TIPU MUSLIHAT UMNO & PEMIMPINNYA ,BIAR APA PARA NANGOI-NANGOI UMNO NAK KATA PADA TUAN TAPI KEBENARAN TETAP TIMBUL ! PERGI JAHANAM & LAKNATKAN 'KERAJAAN PERPADUANG'! ALLAHU AKBAR !

C++ said...

Bhai...

Gua setuju benda nie dibawak ke Mahkamah Shariah.... kita pastinya mengikut hukum.

penyu teranung said...

besor sgt mung Deramang cabor org sana sini...

mung tu mari balik...duk luor buat aper...duk cabor org luor gelanggang takdok makna boh...kalu beraser hero, cabor masuk dlm gelanggang laa weiii...

mung ni Deramang memang suka pada fitnoh...dan mung bertanggungjawab penuh dgn fitnoh yg dibuat oleh 'Malaysiabaru' pada komen yg pertama tu...

Grand Marquis said...

Saya tak nampak dimana yang mengatakan UMNO menghalalkan judi.

Beramal dengan judi itu satu hal. Menghalalkannya satu hal yang lain.

Umpamanya kerajaan sekarang ni ada sport toto. Sudah tentu mesti ada cukai dan lain-lain perkara berkaitan. Apakah kerana kita nampak satu surat yang kata bayaran hutang dari loteri kebajikan, terus kita boleh buat kesimpulan orang tu menghalalkan judi?

Sama juga bila kita lihat ada orang Islam minum arak ataupun bekerja dikilang Carlsberg (yang terletak di Selangor), apakah kita terus boleh buat kesimpulan yang orang tersebut telah menghalalkan judi?

TB kena ingat, mengkafirkan orang ni satu isu yang serius dan perlu kepada pembuktian yang lebih konkrit. Ada sesetengah perkara yang kita mungkin nampak kecil, tetapi amat berat disisi Allah S.W.T. jadi, jangan semberono main buat tuduhan tanpa sesuatu yang jelas.

Wassalam

Anonymous said...

Grand Marquis,

Membaca komen kau telah meletakkan yang kau sebenarnya tak tahu apa sebenarnya ajaran Islam itu sendiri...so nasihat aku, kalau kita nie tak tahu, tak yah la kita bagi komen kang nanti org lain tahu yang kau tu mmg sah bodoh....SPORT TOTO tu judi...bila judi segala hasil yang diperolehi dari judi itu adalah haram...termasuk la cukai yang dikenakan pada SPORT TOTO tu...kalau tak tahu lebih baik la diam....
Lagi satu aku nak nasihatkan kau, melindungi kemungkaran yang diketahui itu lebih besar dosanya...apakah kau ingin masuk dalam golongan yang ingin melindungi kemungkaran setelah kau mengetahuinya....muhasabah la....

Anonymous said...

besor sgt mung Deramang cabor org sana sini...

mung tu mari balik...duk luor buat aper...duk cabor org luor gelanggang takdok makna boh...kalu beraser hero, cabor masuk dlm gelanggang laa weiii...

mung ni Deramang memang suka pada fitnoh...dan mung bertanggungjawab penuh dgn fitnoh yg dibuat oleh 'Malaysiabaru' pada komen yg pertama tu...

December 13, 2009 11:25 AM
Delete
Anonymous Grand Marquis said...

Saya tak nampak dimana yang mengatakan UMNO menghalalkan judi.

Beramal dengan judi itu satu hal. Menghalalkannya satu hal yang lain.

Umpamanya kerajaan sekarang ni ada sport toto. Sudah tentu mesti ada cukai dan lain-lain perkara berkaitan. Apakah kerana kita nampak satu surat yang kata bayaran hutang dari loteri kebajikan, terus kita boleh buat kesimpulan orang tu menghalalkan judi?
..

Kalau dah jual judi dan beramal dengan hasil judi tu, bukan menghalalkan?

Abih tu apa lagi, cuba kau cakap?

Anonymous said...

penyu teranung said...

besor sgt mung Deramang cabor org sana sini...

mung tu mari balik...duk luor buat aper...duk cabor org luor gelanggang takdok makna boh...kalu beraser hero, cabor masuk dlm gelanggang laa weiii...

mung ni Deramang memang suka pada fitnoh...dan mung bertanggungjawab penuh dgn fitnoh yg dibuat oleh 'Malaysiabaru' pada komen yg pertama tu...
.

Penyu, puak mung tu (Puak PAS Ganu) tu puok pemfitnah dan pembohong.

Mung pegi petahang puok2 ni.

Mung ni barua.

Grand Marquis said...

kepada anon 12.10, isunya bukan haram judi yang telah sedia di ketahui, isunya ialah adakah menjadi kafir orang yang berjudi dan makan hasil judi?

Ada orang berjudi dan minum arak walaupun mereka tahu arak dan judi itu haram. Ada juga orang yang tak berjudi dan minum arak, tapi menghalalkan judi dan arak.

Kena faham isu betul-betul.

Diantara sifat khawarij ialah mereka mengkafirkan pelaku maksiat

Anonymous said...

Amuraria dan lain2: Kamu ni pejuang Islam dan laungkan "Allah hu Akbar" tetapi bahasa kamu kesat tidk mencerminkan sopan santun Islam. Allahu Akbar sellau disebut semasa zikir bersama SubhanaAllah, Alhamdullilah dan . Tetapi kamu telah campurkan dengan perkaataan yang tak sesuai Diantara perkataan yang kamu sebut mungkin tidak kesat bagi kamu tetapi tak enak dengar oleh orang beragama Islam . Dalam perkataaan ringkas kamu saya dapt 6 istilah tak elok. : 1.barua 2. menjilat para perasuah 3. parti karat 4.nagoi-nagoi 5. pergi jahanam 6. laknatkan.

Kalau kamu syangkan Islam, lebih baik dan lebih mulia kamu doakan supaya Allah memberi petunjuk kepada orang UMNO supaya kembali kepada Islam. Itu lebih baik jika kamu betul2 berjuang Islam.

Kepada Tulang Besi, siapakah hamba Allah dari Hamim yang mengalah kan Tok Guru Nik Aziz itu? Hebat juga orangnya.

mulutmelayu said...

Sebenarnya apabila seseorang itu mengaku dirinya seorang Muslim, dia akan sedaya upaya akan mencari jalan untuk memusuhi Muslim yang lain. Berbagai cara akan dibuatnya bagi menunjukkan atau menghebahkan kepada dunia yang dia adalah lebih dekat dengan Allah swt berbanding Muslim yang lain.

Salah satu pendekatan yang diambilnya ialah dengan mengungkit dan mempesarkan perkara yang telah berlaku pada 50 tahun lampau demi kerana politik untuk berkuasa kerana wang (gaji dan elaun yang akan diterima). Inilah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Apapun jika kita matang fikiran sudah tentu kita akan mengkaji dahulu sebab-sebab mengapa perkara itu terjadi atau boleh berlaku. Jika selepas menyelidikinya dan mengetahui puncanya, pendapat kita mungkin lebih adil jika dibandingkan dengan orang yang tergesa-gesa yang suka menghukum.

Perlu diingat cara yang lebih mudah dan berkesan untuk mendapatkan kuasa ialah dengan menggunakan agama sebagai senjata utama untuk mendapatkan sokongan dan undi daripada orang yang naif tentang Islam. Ada tokoh-tokoh agama yang berpolitik sanggup pula bersekongkol dengan bukan Melayu dan bukan Islam untuk memusuhi orang Islam sendiri demi kerana politik dan kuasa yang dicita-citakan.

Pada dewasa ini di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa keturunan dan agama (lebih 40 peratus penduduk Malaysia adalah non-Malays dan non-Muslim) segala dasar Kerajaan yang dibuat tertakluk kepada kehendak dan keperluan semasa dengan diambilkira komposisi penduduk itu.

Apabila disebut judi Toto, adakah ianya untuk orang Muslims? Sudah tentu tidak kerana Muslims diharamkan berjudi mengikut agamanya. Begitu juga dengan kilang minuman keras atau alcoholic beverages tu. Ianya adalah untuk keperluan penduduk Malaysia yang bukan beragama Islam atau yang tidak mempunyai agama.

Jadi jika seorang Muslim berjudi Toto atau minum minuman keras, ianya masalah individu itu sendiri. Perbuatan Muslim itu adalah ditangani dengan undang-undang jenayah syariah yang wujud pada setiap negeri dan wilayah.

Jadi perkara yang ditimbulkan oleh blogger ini umpama berterusanlah bermusuh dengan Muslims yang lain kerana sebenarnya Muslims itu amat takut kepada bangsa atau penganut agama bukan Islam di Malaysia kerana merekalah (bukan Melayu dan Muslims) yang menguasai ekonomi, hartanah, pendidikan, kuasa politik di Malaysia ini.

Anonymous said...


Ada orang berjudi dan minum arak walaupun mereka tahu arak dan judi itu haram. Ada juga orang yang tak berjudi dan minum arak, tapi menghalalkan judi dan arak.

Kena faham isu betul-betul.

Diantara sifat khawarij ialah mereka mengkafirkan pelaku maksiat
.

Laaa lagi satu bengap. Patutlah kao ni anjing UMNO.

Ni bukan pelaku maksiat sahaja. UMNO adalah penaja, promoter, pengempen judi kpd org islam.

wirautama said...

kesian aku tengok TB ni, sudah2 lah org lain makin sesat dia..

mana TB belajor penaja, promoter, pengempen judi kpd org islam jadi kapir? Sapa ajor (tok guru nik aziz ke, dan aku percaya Tok Guru dok kata gitu pun)? Kitab mana sebut gok?

Sebab apa TB jadi gini? Puncanya hanya satu untuk mengutuk PAS selangor dan Teganu, terutama TGAH dan Hassan Ali, Di Selangor (HA) kita tahu sbbnya ialah CEO tapi diteganu aku kurang pasti lagi.. mungkin ada gok kot jawatan wak dia mintak lebih2 kurang.. sbb TB pernah kata dia mok bantu PAS teganu menang, tapi org fitnah dia.. Cis! setakat hukum hakam selorok tabok, maki org sana sini, perangai teruk pada Umno teganu.. ada hati nok tlg PAS teganu.

Tapi sebenarnya aku syak ada satu lagi pakatan untuk menjatuhkan tokoh2 tertentu agar tokoh2 tertentu dlm PR (aku tidak kata PAS, maybe dari PKR) dapat dinaikkan setelah PR didaftarkan.

Bacalah artikal2 TB maka anda akan dapati TB mengutuk PAS walaupun dikatakan kerana menentang UG, tapi sebenarnya telah membawa watak seorg ahli PAS yg tak pernah ada dlm PAS iaitu, jahil ttg hukum, memaki, mencarut, mencelakakan ulama.

Please Topeng Perak tlg tanya TGNA adakah dia merestui segala artikal2 drpd TB yg mengambarkan PAS tulen. (bila dia jd ahli pas pun dok tahu). Sebabnya TGNA dipujinya melangit2 dan tak pernah org mengaitkan isu kafir mengkafir dgn TGNA sblm ini, namun disebut oleh TB disini.

Jahatnya dia merosakkan jamaah pada aku terlebih jahat dari UMNO. jahil org UMNO klu kita kata itu tak boleh ini tak boleh dia senyap je. Tapi TB tidak.. org kata betul yg tidak berbetulan dgn dia, dia akan maki org itu, sama sebagaimana org PAS dimaki dlm blog2 UMNO.

Mana penasihat2 Tuan Guru Nik Aziz? takkan dok baca artikal TB ni.. dok lapor ke ke Tuan Guru? tanya tengok apa Tuan Guru kata, Topeng Perok guane cerita?!?

Anonymous said...

MANUSIA YANG PALING TERUK DALAM DUNIANI IALAHORANG YANG MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI:
1.MASA SUSAH,HIDUP SECARA ISLAM,MASA "SENANG",CARA HIDUP ,MENGALAHKAN ORANG ORANG LAIN!!!ALASANNYA NAK NAIKKAN IMEJ ISLAM KONONNYA!!!!MAIN GOLF,BERKERETA MEWAH,RUMAH MEWAH DLL.
2.MERASAKAN ALIM DAN TAKWA LEBIH DARI ORG LAIN,TAK SAPA BOLEH TEGUR!!!HANYA DIA YANG PALING ALIM!!!
3.CAKAP TAK SERUPA BIKIN!ADA SAYA TERJERMAHAN HADIS DAN AL-QURAN UNTUK MEMPERTAHAN ATAU MENGHALALKAN SEGALA TINDAKAN!!!

PEMIMPIN YANG TAK BERLATARBELAKANGKAN ISLAM TU,DEPA KURANG ARIF TENTANG ISLAM,DULU MENGAJI KAT LONDON!!!TULA PERLU ADA ULAMA BAGI NASIHAT KAT DEPA!!!!!
YANG MERASAKAN ULAMA PULA,BUAT MUDAH SEMUA PERKARA,ISLAM SENANG JE!!!BAB RASUAH,BAB TUDUNG KEPALA,BAB HUKUM SISTEM JUALAN LANGSUNG,TAK PERNAH BUAT KAJIAN HALAL-HARAMNYA,TAK PERNAH BERI NASIHAT!!!YANG SELALU DIWAR-WARKAN IALAH BIDAAH SESAMA ISLAM!!!!BERPECAH UMAT ISLAM NANTI!!!!!!!

RUMUSANNYA,BAIK PADA PENGIKUT PAS ATAU UMNO ATAU KEADILAN YANG BERAGAMA ISLAM,SELAK-SELAKLAH KITAB-KITAB LAMA,BERLAMBAK KAT KEDAI!!!BACA,FIKIR DAN BUAT HIPOTESIS!!!!JANGAN DOK TAKSUB TAK KETAWAN HALA!!!!TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN POLITIK!!!BERTEKAK SESAMA ISLAM,MALU OOI!!!!!
MALU PADA PUAK MCA,MIC,DAP,SENYUM SESAMA DEPA,BODONYA ORG ISLAMNI!!!HANGPA TAK MALU!!!!!!
TENGUK BERAPA WAKIL RAKYAT INDIA DALAM PARLIMEN!!!TAK KIRALAH MIC,PKR ATAU DAP!!!JUMLAH PENGUNDI INDIA BERAPA!!!TULA HANGPA ASYIK MENYALAHKAN SESAMA ISLAM LAGI!!!!
DI UNIVERSITI TEMPATAN,PUAK ISLAM AMBIK JURUSAN APA!!!!JURUSAN SAINS DAN TEKNOLOGI,BERAPA KERAT ORANG ISLAM!!!ITU HANGPA TAK BERDEPAT PULA!!TAK BERTEKAK PULA!!!

FIKIR!!FIKIR!!1FKIFLAH SECARA RASIONAL!!!



-orgkampungje!(TETAP YAKIN,ALLAH SWT BAYAR CASH DIDUNIA LAGI,PADA SETIAP KESALAHAN KITA!!!)

Anonymous said...

Grand Marquis,

Mmg sah la kau nie bodoh sama macam pemimpin UMNO kau....aku sarankan kau pergi belajar tentang agama Islam...itu pun kalau kau tu org Islam la...aku takut kau nie org bukan Islam.....lepas itu baru la kita boleh berbicara tentang hukum halal haram dan bagaimana perbuatan yang haram nie boleh merosakkan akidah Umat Islam sehingga boleh menyebabkan dia terkeluar dari Islam....kalau tak tahu pergi belajar...jgn main cakap aje...sekrg nie aku rasa ramai dah org kat blog tahu kau mmg bodoh tpi berlagak macam pandai...apa kata kau gi menuntut ngan TGNA........

Anonymous said...



mana TB belajor penaja, promoter, pengempen judi kpd org islam jadi kapir? Sapa ajor (tok guru nik aziz ke, dan aku percaya Tok Guru dok kata gitu pun)? Kitab mana sebut gok?
.

Woi wira buruk.

Kalau dah sanggup jadi penjual, jadi pengempen dsbnya, bukan maknanya dah menghalalkan benda yang haram?

Pakai otak la, mana ada orang sanggup sampai jual benda yang dia anggap haram?

Kao memang bahlol, sebab tu kao UMNO.

Kalau kau pandai, kao tak masuk UMNO

Kan TB dah cakap, benda ni kena settle kat Mahkamah Syariah.

Kau buta ke? Tak tau baca ke?

Patutlah standard kau ni standard bangla Alam Flora ke. Tu yang jales TB nak jadi CEO tu.

hahahahaha

penyu teranung said...

wirautama,

ambe tgk Deramang ni sama mcm perangar Ust Latif YDP Besut hok kena pecat dulu tu...selagi dia ade dlm PAS, jadi duri dlm daging, mengkafirkan org² UMNO, selagi tu PAS susoh nok menang...

memang tepat keputusan yg dibuat mase tu, pecat Ust Latif...alhamdulillah PAS menang di Besut...walaupun Ust Latif bergabung dgn UMNO nok lawan PAS..

jadi ambe rase org mcm Deramang ni sepatutnya dipecat jugok drp ahli...takut jadi parasit atau barah kpd ahli² yg lain...

pasal Topeng Perok tu, dia bukang ahli PAS pung...ari tu kata nok isi borang ahli DAP

Deramang, guaner nyamor jd 'anon' nok jawab komeng aku ?

TpK said...

UMNO dengan jelas mengharamkan judi? Typo ke TB?

TpK said...

UMNO dengan jelas mengharamkan judi? Typo ke TB?

Grand Marquis said...

Kepada mereka yang mengatakan UMNO ni menjadi penaja, promoter, pengempen judi, sila bagi bukti. Tunjukan satu iklan judi yang mana UMNO jadi penaja, promoter dan pengempen.

Kepada Anon 5:40 PM, tak perlu sibuk suruh orang pi belajar agama. Kalau ada hujah sila kemukakan. Kita nilaikan. Sila bagi satu contoh kalam ulama yang mengatakan perbuatan yang haram nie boleh merosakkan akidah Umat Islam sehingga boleh menyebabkan dia terkeluar dari Islam. Bab takfir ni para ulama bincang secara teliti. Jadi mesti ada contohnya.

Yang paling galak mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat ialah puak khawarij.

Grand Marquis said...

Saya malas nak tulis banyak dalam hal ini, tapi kepada mereka yang ingin memahami konsep takfir menurut pandangan ASWJ, boleh ke website ini.

http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/342

Moga-moga kita tidak jadi orang yang gopoh dalam mentakfirkan sesama umat.

Wassalam

Tulang Besi said...



http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/342

Moga-moga kita tidak jadi orang yang gopoh dalam mentakfirkan sesama umat.

Wassalam
.

Saya dah baca, dan artikel tersebut menyokong apa yang saya tulis.

Sekian

wirautama said...

anon (baca TB) kata - "Kalau dah jual judi dan beramal dengan hasil judi tu, bukan menghalalkan?

Abih tu apa lagi, cuba kau cakap?"


jawapan aku tidak..

sebabnya aku tidak menkafirkan TB walaupun dia beramal dgn maki hamun, melaknak, mencarut, membuat fitnah, dendam, mencaci, nok jawatan CEO (yg tak dapat).

Sekiranya amalan TB dgn maki hamun, melaknak, mencarut, membuat fitnah, dendam, mencaci itu maksud menghalalkan maka lengkap sendirilah keadah yg diguna pakai itu, iaitu org yg mengamal itu ialah org yg menghalalkan juga..

maka aku tanya balik Abih tu apa lagi, cuba kau cakap?"

Anonymous said...

jawapan aku tidak..

sebabnya aku tidak menkafirkan TB walaupun dia beramal dgn maki hamun, melaknak, mencarut, membuat fitnah, dendam, mencaci, nok jawatan CEO (yg tak dapat).
.

Kau beramal dengan sekularisma, wahai wira buruk.

KAu memang bangsa penipu dan pembohong.

UMNO bertanggungjawab menyebarkan amalan judi di kalangan masyarakat Islam dan Melayu.

itu ertinya UMNO telah menghalalkan apa yang haram

Kau memang tak boleh faham benda tu sebab kao bongap.

Kau bodoh, tolol, bahlol. Kao bangsa bodoh, sebab tu kao sokong UMNO.

Kau jales TB boleh jadi CEO, kau cuma standard Bangla Alam Flora je.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam,

1. Bolehkah kita mengkafirkan orang hanya kerana loteri seperti yang anda katakan?

2. Jadi, jika rakan Islam saya membeli loteri, maka apakah perlu beliau merujuk dan mengucap dua kalimah syahadat selepas itu?

3. Jika rakan Islam saya membeli loteri dan kemudian mati contohnya dilanggar kereta, apakah mayat beliau haram dikebumikan di perkuburan Islam kerana anda kata sudah kafir?

4. Atau apakah beliau masih Islam dan boleh dikebumikan di perkuburan Islam dan hanya perlu menanggung dosa kerana membeli loteri itu?

Dosa dan kafir adalah dua perkara yang jauh berbeza dan tidak akan sama langsung.

Maka, berhati-hatilah apabila kita mengeluarkan pandangan yang tidak betul.

Anonymous said...

PERLEMBAGAAN NEGARA :

ISLAM ADALAH AGAMA RASMI

tolong hormat sikit agama rasmi yang telah di legalised oleh parlimen.

tolong paham sikit apa itu agama islam!

tak kira lu melayu ka, apek ka, aci ka .... lu mau ambik tau sikit apa itu agama islam yg telah jadi agama rasmi di malaysia.!

so dalam islam mengikut quran dan apa yg PAS kata adalah judi 100% not allowed to be in existance in a country known as a muslim country!

so judi canot be allowed to be operational in malaysia because islam forbid. whether u r malay or what shit, judi not allowed in malaysia.

to allow judi , please chane our constitution make malaysia a secular country. than i may accept judi, prostitute, kelabmalam what not to exist.

sinecerely ex-PAS member

Grand Marquis said...

TB
Saya dah baca, dan artikel tersebut menyokong apa yang saya tulis.

Orang khawarij bila baca Quran pun kata Quran menyokong mereka. Orang Syiah pun akan kata begitu juga.

Main dakwa aje memang mudah. Sila bentangkan apa yang dikatakan menyokongnya dan biar pembaca nilai sendiri tahap mentaliti TB.

mulutmelayu said...

"Tulang Besi" wrote

Bagi saya, mari kita selesaikan isu ini sama sekali. Saya cabar UMNO membawa kes ini di mahkamah Syariah supaya satu deklarasi dapat dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah kita. Namun, saya yakin UMNO tak berani sebab mereka tahu, kalau mereka bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, mereka akan kalah.

Tak payah pakai kitab Sheikh Yusuf Al Qaradhwi, pakai Mutthalaal Badrin pun cukup untuk memastikan UMNO kalah dalam perbicaraan kes kafir mengkafir ini.
Tulang Besi menunggu kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah dan Tulang Besi akan mengambil keputusan Mahkamah Syariah dengan hati yang terbuka.

UMNO boleh lantik Mufti mereka yang tak fasih cakap Arab tu untuk jadi peguamcara mereka.

Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin dalam PAS yang kemaruk nak duduk satu kelambu dengan UMNO. Dah lah UMNO tu hina, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ni lagi hina.

Tulang Besi


Aku hairan dengan TB yang tak berapa cerdik ini cuba mencabar parti politik UMNO atas sesuatu perkara yang tak wujud kerana terlalu taksub hanya kepada seorang pemimpin sepertimana fahaman puak Syiah itu.

Apa kata TB sendiri buat aduan di Mahkamah Syariah (sepatutnya Jabatan Agama Islam Negeri) yang berdekatan tentang apa yang ditulis di sini dan dipercayainya itu.

Kang nanti pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Negeri sendiri akan mentertawakan akan perbuatan kebodohannya itu.

Ada berani ke jika diri TB sendiri dicabar?

Tulang Besi said...



Orang khawarij bila baca Quran pun kata Quran menyokong mereka. Orang Syiah pun akan kata begitu juga.

Main dakwa aje memang mudah. Sila bentangkan apa yang dikatakan menyokongnya dan biar pembaca nilai sendiri tahap mentaliti TB.
.

Betul, tapi org khawarij seperti juga umno, kita sudah kenal penipuan mereka.

Dalam isu ni, jelas UMNO ni menghalalkan judi

Anonymous said...


1. Bolehkah kita mengkafirkan orang hanya kerana loteri seperti yang anda katakan?

2. Jadi, jika rakan Islam saya membeli loteri, maka apakah perlu beliau merujuk dan mengucap dua kalimah syahadat selepas itu?
.

Nampaknya UMNO dah mula berpeluh dengan pendedahan ini.

Soalnya skrg UMNO mempromosi benda yang jelas diharamkan oleh Allah SWT.

Ada faham tak, Doktor?

Sonali said...

Aku setuju dengan wira utama.

Judi itu haram. Mencarut, maki hamun dan memfitnah juga haram.

Kalau UMNO melakukan judi dikira menghalalkan judi, maka TB yang melakukan fitnah, maki hamun, mencarut juga menghalalkan fitnah, maki hamun dan mencarut.

Maka TB juga telah kafir kerana menghalalkan apa yang haram (fitnah, maki hamun, mencarut). Gila babi teori kau TB! Hahaha

Salute Witrautama. Cerdas gak kau ni bro!

Actually, ulama mana ada mengkafirkan UMNo tahun 60 an? Yang ada adalah pengharaman bekerjasama dengan golongan kafir kerana dgn kerjasama itu Islam akan tergadai.

Cakap kat aku TB, ulama mana? Jangan jawab ulama Tulang Babi pulak bro!

Benda yg kau buat ni memalukan dan merosakkan jemaah PAS. Aku dalam PAS sikit punya lama, tak ada pun kena ajar buat kerja bodoh macam kau ni. Tarbiyah sapa kau ikut ni?

Udah le. rentikan kerja bodoh kau ni. Banyakkan semayang hajat. Nanti dapatlah CEO tu!

Jangan jadi 'Anonymous' pulak bila nak jawab komen aku ni k! Macam kami tak tahu pula! Hahaha

Anonymous said...

Surat itu bertarikh 1953. Masa tu Malaya tak wujud lagi (baca Malaya, bukannya Malaysia).

Kalau bawa ke mahkamah syariah, nescaya kena ketawa.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Surat itu bertarikh 1953. Masa tu Malaya tak wujud lagi (baca Malaya, bukannya Malaysia).

Kalau bawa ke mahkamah syariah, nescaya kena ketawa.

December 13, 2009 11:01 PM
Delete
.

LAgi sekor bangang.

Semua mahkamah2 syariah di Malaysia telah wujud SEBELUM Merdeka.

Dan kewujudan mereka diiktiraf oleh kerajaan negeri masing2.

KAlau dah bengap tu bengap jugak. Nak buat macamana?

Aku said...

Semuanya kata mengata.. bagang sana bagang sini, dia je yang pandai dan cerdik. Kalau dah cerdik sangat tu.. aku nak tanyalah...
Korang semua ni bila masuk Islam, leh bagi tarikh tak? Tanya sekali dengan tok guru tu... Aku nak jugak dengar ape jawapan dia.

Aku respect kat orang yang mengatakan orang kafir tapi diri dia tak kafir ni. Tapi jawaplah soalan aku ni dengan tepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.