Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 22, 2009

Baru Tok Guru Doa, Allah Mula Tunjuk di Kuala Berang



Sejak dari mula Program Wang Ehsan, telah PAS dan ramai pihak ingatkan, pemberian Wang Ehsan ini tidak ada pemantauan.
Sekiranya royalti, maka perbelanjaan setiap sen wang royalti akan dipantau di Dewan Undangan Negeri dan setiap sen yang dibelanjakan terdedah kepada penyiasatan dari pihak Audit. Ini kerana wang royalty dibayar kepada kerajaan Negeri.
Dan setiap perbelanjaan kerajaan negeri direkodkan. Malahan, sebelum berbelanja, kerajaan Negeri wajib membentangkan Belanjawan bagi memberitahu umum apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk dibelanjakan.

Setiap perbelanjaan direkod dan di audit. Setiap perbelanjaan dan perancangan perbelanjaan (belanjawan) dibahaskan secara terbuka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ada pula proses audit bagi mencari ke mana setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak cukup dengan audit, ada pula PAC ( Public Affairs Committee) yang kalau di Selangor dipanggil SELCAT. PAC atau SELCAT pula mengadakan prosiding mereka secara terbuka dan umum boleh mendengar prosiding-prosiding ini berjalan (tidak seperti ada sorang di Selangor tu yang mahukan SELCAT diadakan di belakang tabir).

Dalam prosiding SELCAT, kita dapat jumpa macam-macam perkara. Salah satu yang paling popular adalah bagaimana Khir Toyo membelanjakan RM1.3 juta untuk pergi Disneyland. Kita juga jumpa bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka.

Saya mendapat maklumat ahli-ahli biasa UMNO di Selangor menyokong penuh prosiding SELCAT dan mereka tak nampak perjalanan SELCAT yang terbuka ini sebagai isu. Hanya “orang itu” sahaja yang mengatakan ianya satu isu. Rakyat Selangor secara keseluruhannya mengalu-alukan proisiding terbuka SELCAT ini.



Malangnya, yang berkuasa menentukan perbelanjaan Wang Ehsan adalah UMNO Negeri dan UMNO Bahagian. Maka, siapakah yang hendak memantau perbelanjaan wang ini? Hasilnya kita lihat sendiri:


• RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June
• RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports
• RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July
• Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October
• Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks


Ini kes-kes kerosakan yang besar-besar. Bagaimana pula kes-kes yang kecil-kecil yang tidak mendapat tumpuan media? Sudah tentu disenyapkan dan tidak diketahui umum.
Inikah dia program yang hendak diperkenalkan oleh Najib Tun Razak di Kelantan? Yakni, program mengkayakan kontraktor “Orang Kuat UMNO” (OKU). Yang akan membina bangunan-bangunan dengan kualiti yang rendah sebab nak buat untung atas angin.

Hasilnya, bila ditiup angin, bangunan pun runtuh. Untung pun atas angin, runtuh pun sebab angin. Itulah UMNO.

Amat benarlah tindakan Tok Guru Nik Aziz mendoakan “pecah perut” mereka yang menzalimi rakyat Kelantan, menzalimi rakyat Malaysia dengan memperkenalkan program yang hanya bertujuan untuk mengkayakan “Kontraktor OKU”.
Dan wang siapa yang bakal digunakan untuk mengkayakan kontraktor2 OKU ni? Bukan duit Najib, bukan duit Rosmah, bukan duit Muhyiddin, bukan duit Zahid Hamidi. Tetapi ianya adalah duit rakyat.

Duit rakyat untuk program mengkayakan kontraktor2 OKU. Hahahaha itulah dia UMNO. Parti yang menghalalkan korupsi. Last-last dapatlah bahana bangunan runtuh sana, stadium runtuh sini.

Tok Guru mahu menghalang Wang Rakyat dibelanjakan sewenang-wenang nya oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka. Maka., kita rakyat Malaysia pun mesti berdoa yang sama dalam isu royalti Kelantan ini. Biar mereka yang bertanggungjawab atas kezaliman ini Allah pecah kan perut mereka.

Baik mereka pecah perut, dari rakyat biasa mati atau cedera atau cacat sebab bangunan runtuh.

Baru je Tok Guru berdoa beberapa minggu lepas, Allah SWT sudah mula mengkabulkan doa Tok Guru.

TAKBEEERRRRR!!!!!!!

Tulang Besi

ps orang2 bukan Islam pun mesti berdoa seperti doa Tok Guru ini apabila mereka ke rumah-rumah ibadat mereka. Ini isu yang berkaitan dengan semua orang tidak kira ugama dan bangsa.






http://www.malaysiakini.com/news/120378

'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh: NGO

Salhan K Ahmad
Dis 22, 09
1:07pm

kemaskini 4.58pm Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya.

"Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.

"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

'Umno-linked contractors to blame'

Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Dec 22, 09
5:11pm

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) has blamed Umno-linked contractors for shoddy work on several new buildings in the state that have come to grief.
"We call these contractors OKU or Orang Kuat Umno (Umno supporters) " said its president Mohamad Fauzi Abdullah in a phone interview.
He was asked to comment on the collapse of the roof of the RM4.2 million bus terminal in Kuala Berang yesterday. Media reports today said the collapse of the 150m long skylight could be due to shoddy workmanship.
Mampat, a NGO fighting for the rights of the people of the state, has taken on the task of monitoring botched building projects.
Mohamad Fauzi claimed that the Umno-linked contractors enjoy a cosy relationship with politicians.
"They do not do their work diligently for the good of the people, but only for political gain. The low quality of most projects in the state is due to these contractors," he said, without naming them.
He also pointed to the fact that most of the projects are being awarded and implemented under the 'wang ehsan' (compassionate fund) programme, under the auspices of the Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP or Federal Development Department).
Concerns had been raised previously that use of the JPP to channel federal development funds to the state would lead to corruption and the feeding of political cronies with government projects.
Recent structural failures
Work on the Kuala Berang bus terminal falls under the jurisdiction of the Hulu Terengganu district council.
The website states that its departments of building control and civil engineering are entrusted with monitoring the progress of building projects, as well as to approve and monitor the quality of materials and construction work.
When contacted today, personnel from each department were not available for comment. A staff member said those in charge are out in the field.
Recent problems with other new buildings in the state:
• RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June
• RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports
• RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July
• Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October
• Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks
The first three buildings were about a year old when they were affected.


13 comments:

selamber jer said...

TB, aku masukkan lagi artikel ni nanti dalam page anak muda benci umno...dgn anak muda benci pakatan rakyat... kasik org umno dan OKU panasss...

Anonymous said...

Grand Marquis,
Betuika TB budak ITM dulu?Kalau hang betui,nak tau apa komen Tukat Tiub(TT) terhadapa budak ITM(UITM)?
"Tempat bodoh bersaing dengan budak bodoh,lahirlah budak-budak yang berfikiran bodoh....."
Tak percaya,hangpa pi ke Blog TT,isu budak UITM!Aku terjemah kebahasa yang paling senang!Senang faham....Bukan aku kata no!TT yang kata...
Laaaa TB budak ITM?Budak MARA?Budak DEB lajuga no?????

Anonymous said...

tak yah doa pun bala dtg jugak... tgk ape jd pd kb mall. jangsn la hipokrit bro.. berjuta lg projek2 kerajaan bn yg x kena bala yng dinikmati oleh rakyat m'sia. tok sah la nr cr salah org je.Dulu pun masa zaman Tun pun kauorng kutuk projek2 dia..tp sekarang kau idam2 kan... PUTRAJAYA. lupa

Anonymous said...

Tak faham, apa kena mengena peristiwa KB Mall dgn duit royalti?

Nostalgia abkk said...

Depa ni tak kesah kalau dah runtuh masuk lagi fulus untuk memperbaiki nya pulak.
Depa ni semua tak makan saman tapi makan steak Australia.

Anonymous said...

aku pun tak paham.

apa sangkutan KB mall dgn bangunan yg jatuh tak bersebab?

KB Mall kerajaan negeri buat ke?
KB Mall OKU buat ke?
KB Mall dari wang ehsan ke?
KB Mall runtuh ke?
kereta langgar dinding, jatuh sebab angin tiup ke?
ada ultraman ke kat KB Mall?

pening2

Grand Marquis said...

Kepada Anon 9:52 PM,

TB memang confirm budah ITM. Dia sendiri yang mengaku. Bab Kansas City tu ana masih KIV sebab itu diberitakan oleh pihak ke-3. Tapi sampai hari ni dia masih tak nafikan lagi.

Pada firasat saya, TB ni adalah produk JPA atau Mara. Sekitar tahun 80an banyak anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke luar negara (hasil dari DEB). Sebelum mereka ke luar negara mereka akan mengikuti kursus persediaan ke luar negara yang diadakan di ITM.

Wallahualam.

Anonymous said...


Pada firasat saya, TB ni adalah produk JPA atau Mara. Sekitar tahun 80an banyak anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke luar negara (hasil dari DEB). Sebelum mereka ke luar negara mereka akan mengikuti kursus persediaan ke luar negara yang diadakan di ITM.

Wallahualam.
.

PAda firasat aku, GM ni budak drop out SPM.

Sebab tu cakap mengarut macam kambing.

Anonymous said...

Cara TB tulis tajuk post ketara sifat taksub melampau seolah-olah pantang Tok Guru berdoa Allah akan makbul.

Sabar TB. Tok Guru masih ada kelemahan seperti yang terdedah terutama apabila libatkan kepentingan kaum kerabat.

Malah cara taksub TB dan sewaktu dengannyalah yang boleh sebab dan punca sifat mendewa-dewa pemimpin sehingga ada pemimpin yang lupa diri walau pun dah terhantuk dan kena batang hidung sendiri.

Lagi pun rakyat Ganu (termasuk PAS) pun doa jugak, kenapa hanya sabit dengan doa Tok Guru?

TB mengampu Tok Guru pulok ke setelah gagal di Selangor Darul Ehsan hingga bawa diri ke Indon?

Opps .., sori - keje di Indon pasal gaji 6X gaji Husam.

Hari ni dah makan ubat?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Cara TB tulis tajuk post ketara sifat taksub melampau seolah-olah pantang Tok Guru berdoa Allah akan makbul.

Sabar TB. Tok Guru masih ada kelemahan seperti yang terdedah terutama apabila libatkan kepentingan kaum kerabat.

Malah cara taksub TB dan sewaktu dengannyalah yang boleh sebab dan punca sifat mendewa-dewa pemimpin sehingga ada pemimpin yang lupa diri walau pun dah terhantuk dan kena batang hidung sendiri.
.

Saya tengok sendiri UMNO pecah 1987 selepas saya dengar sendiri doa Tok Guru supaya UMNO pecah selepas peristiwa Memali.

Kalau korang dapat jumpa Tok guru, minta dia doa untuk korang. jgn mintak projek, minta doa Tok Guru tu.

Tidakgila said...

Orang teganu pun doa juga semasa UBN runtuhkan rumah-rumah rakyat dan masjid Bujal...tak ingat doh ke???

BanjirKelantan said...

Aku baru doa sikit, Kelantan dah banjir. Serambi ke Mekah?
Serambi ke puki Siam kut lebih tepat.

Banjir utk bersihkan dosa2 nikaziz.

Tinta Hitam said...

TB,

Aku tak kesah sgt puak puak UMNO ni berhujah.Hujah mereka spt biasa takda standard.Nak layan pun buang karan je.

Perkembangan terakhir ni nampak sgt bala Allah tu dah semakin bertimpa timpa pd UMNO.Mereka cipta isu ,akhirnya isu tu melantun balik kepada mereka.

Yg terbaru adalah pemimpin UMNO pun dapt tanah Felda dan tercatat jadi peneroka.Bayangkan penyelewengan yg mereka lakukan.Pemimpin UMNO jadi melampau sebab semua tindakan mendapat sokongan ahli ahli nya.Ko tgk la respon pecacai UMNO dlm blog ni.Judi depa sokong ,rasuah depa sokong,larikan anak dara org depa sokong.HIna Islam dan ajarannya depa sokong.

Maknanya disini antara pemimpin dan pengikut adalah "bapak borek anak rintek"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.