Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 21, 2009

Blog Adalah Sumber Kebenaran Dalam Dunia Media Malaysia yang Penuh Fitnah

Alhamdulillah Syukur kepada Ilahi, Tulang Besi telah selamat menghadziri Konvensyen Blogger yang berlangsung di Markaz Tarbiyyah pada hari Ahad, 20/12/2009.
Tulang Besi mengucapkan terima kasih kepada penderma KawanlamePPP yang telah menderma RM1000 untuk tiket kapalterbang. Juga tidak lupa kepada penderma misteri yang telah menderma RM400. Harga tiket kapalterbang sahaja telah mencecah RM1200.

Lagi RM200 tu Tulang Besi guna untuk makan dan perbelanjaan perjalanan biasa.
Tulang Besi meminta para penderma supaya dapat meng “emai”l Tulang Besi pada malaysiawaves@rocketmail.com. Terima kasih kepada kawanlamePPP dan juga penderma misteri yang telah menderma RM400. Minta sangat supaya menghubungi saya melalui email di atas.

Saya bersyukur berjumpa dengan teman-teman lama terutamanya teman seperjuangan dalam kampus dahulu. Saya bersyukur kerana Ustaz Idris Ahmad juga masih ingat pada saya. Lama sungguh tidak bertemu sayang masa tidak mengizinkan untuk kita berborak panjang. Saya juga jumpa wakil PAS PJU yang telah menggantikan tempat saya sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan PJU. Ada juga rakan-rakan dari beberapa PAS Kawasan yang saya temui serta beberapa rakan yang saya kenali dalam Facebook.

Beberapa Komen Sepintas Lalu

Di sini, Tulang Besi ingin memberi beberapa komen:


a. Kertas kerja kedua bertajuk “ Blog Sebagai Arena Dakwah Bukan Medan Memfitnah” yang sepatutnya telah dibentang oleh Ustaz Ghani Shamsuddin.

b. Bagi saya PAS atau sesiapa sahaja tidak perlu takut dengan “fitnah” dalam dunia blog. Ini kerana kalau ada blog yang menyebarkan fitnah dan kata-kata dusta, secara otomatik blog tersebut akan disisih dari para pembaca.

c. Ini kerana para pembaca blog adalah golongan yang berfikir dan mampu menilai. Seolah-olah pihak penganjur mahu menyamakan pembaca-pembaca blog dengan pembaca-pembaca Utusan Malaysia dan Berita Harian.

d. Jadi, kertas kerja ini (yang dibentangkan oleh Hj Suhaimi Embong bukan Ustaz Ghani Shamsuddin) sebenarnya tidak perlu. Masyarakat pembaca blog yang akan melakukan penapisan mereka dan setakat ini mereka telah membuat keputusan yang betul.

e. Mengapa saya kata mereka buat keputusan yang betul? Dari pembentangan Dr Abu Hasan, didapati keputusan PRU2008 telah dipengaruhi oleh blog dan beliau telah menaqalkan sebuah kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard.

f. Dengan kata lain, pembaca-pembaca blog telah berjaya mengatasi fitnah-fitnah yang dilayangkan oleh UMNO melalui media-media mereka dan telah mengundi Pakatan Rakyat serta memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di 5 negeri serta 1/3 kerusi Parlimen.

g. Itu bukti jelas BLOGGER tidak mudah dipengaruhi fitnah dan blog sebenarnya medan menyebar kebenaran bukan fitnah

h. Dunia blog adalah dunia hala. Sekiranya kita dituduh dan difitnah, maka kita berhak untuk menjawab dan para pembaca akan menilai sesuatu isu. MIsalnya, saya sendiri telah difitnah oleh seorang penulis bernama “Batu Api”. Dia berkata saya menyerang Dato Hasan Ali kerana saya mintak kerja lepas tu tak dapat. Saya lantas telah bersumpah dengan nama Allah menafikan fitnah tersebut. Dan sehingga sekarang si Batu Api ni tak berani menjawab fitnah saya.

i. Namun, Songkok Putih/Tranungkite Online masih menyiarkan tulisan-tulisan beliau menyerang saya padahal terbukti Batu Api ini seorang pembohong dan penyebar fitnah. Ertinya, Laman Tranung Kite ni pun sumber fitnah dalam dunia cyber Malaysia.


PENUTUP

Secara umumnya, saya nampak program ini dianjurkan sebagai respon kepada pendedahan-pendadahan yang dibuat oleh dunia blog dalam beberapa isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin PAS. Tema sebenar konvensyen ini adalah menyatakan rasa kecewa sesetangan kepimpinan PAS kepada pendedahan-pendedahan ini yang banyak mengagalkan perancangan puak-puak pro UMNO dalam PAS. Sebab itu isu ‘fitnah” di ulang-ulang baik dalam Ucapan Perasmian mahupun dalam Kertas Kerja kedua.

Dunia blog telah menjadi terlalu panas untuk pemimpin-pemimpin PAS terutamanya mereka yang pro kepada UMNO. Segala tindakan dan perancangan mereka telah didedahkan kepada ahli-ahli, perwakilan-perwakilan serta aktivis-aktivis parti oleh dunia blog.

Konvensyen ini diadakan dengan tujuan supaya kredibiliti blog dapat di minima kan di kalangan dalaman parti supaya kesannya tidak mendalam terutamanya pada masa-masa hampir waktu pemilihan PAS. Kalau nak tahu sikap sebenar penganjur dan pimpinan2 PAS pro UMNO berkaitan dengan program ini, silalah ke Laman Tranung Kite.

Akhir kata, saya agak keliru dengan ucapan perasmian Presiden pada program ini. Pada satu masa beliau berkata:
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.”
.

Tapi pada waktu yang lain, beliau berkata:

" “"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.” .”


Apa-apa pun, sebagai orang Islam kita tidak sepatutnya takut dengan kebenaran kerana ISlam itu diasaskan kepada kebenaran. Saidina Umar mengalu-alukan rakyat menegur beliau dengan pedang, inikan pula dengan blog.

Kalau Saidina Umar masih hidup, nescaya beliau akan berterima kasih sangat-sangat dengan bloggers kerana dengan bantuan Bloggers, Saidina Umar RA tidak perlu lagi meronda malam-malam mencari apa-apa kelemahan dalam pentadbiran beliau. Saidina Umar RA cuma perlu membaca blog sahaja dan dapat menyelesaikan banyak masaalah negara.

Tulang Besi

ps di bawah adalah beberapa gambar yang saya ambil sewaktu program tersebut










43 comments:

kawanLamePPP said...

Askum Man for the summary.

Any resolutions passed during the convention?

Tulang Besi said...

yang saya tahu, they are forming a Kelab Blogger PAS.

Apparently, to shore up support for PAS among bloggers.

The support of bloggers of PAS has gone down from 89% in 2008 to about 49% in 2009.

The main issue is PAS talking to UMNO, and turning a lot of bloggers againt PAS.

Anonymous said...

Masalah kamu Tulang Besi main tulis tanpa berfikir apa kesannya. Cuba baca semula tulisan kamu berikut:

"Kau Saidina Umar masih hidup, NESCAYA BELIAU AKAN berterima kasih sangat-sangat dengan bloggers kerana dengan bantuan Bloggers, Saidina Umar RA tidak perlu lagi meronda malam-malam mencari apa-apa kelemahan dalam pentadbiran beliau. Saidina Umar RA cuma perlu membaca blog sahaja dan dapat menyelesaikan banyak masaalah negara."

Komen saya ilah mana kamu tahu Saidina Omar akan berterima kasih .Mana kamu tahu jika ada blog, maka Saidina Omar tak perlu ronda. Saya ingat baik kamu beristighfar betul2.

Kamu kena belajar fikir kesan tulisan kamu. Walaupun saya orang UMNO tapi saya tak sanggup lihat kamu orang PAS bergaduh sama sendiri. Orang UMNO pun nak PAS kuat, baru Islam bertambah.Tetapi adakah Islam bertambah kuat dengan membunuh UMNO dan memberi nasi minyak kat DAP dan PKR?

Anonymous said...

sorry silap taip .
"Kau Saidina Umar masih hidup,"

kepada

"Kalau Saidina Omar masih hidup,.."

Anonymous said...



Komen saya ilah mana kamu tahu Saidina Omar akan berterima kasih .Mana kamu tahu jika ada blog, maka Saidina Omar tak perlu ronda. Saya ingat baik kamu beristighfar betul2.
.

Masaalah kamu pula, kamu tak faham benda yang TB tulis.

Kenapa yang Saidina Umar tiap2 malam turun meronda?

Bukan untuk mencari masaalah2 yang wujud dalam negara beliau?

Otak awak tak cukup sel untuk berfikir dengan baik bagi memahami tulisan TB.

kerispuaka said...

kepada Anonymous yg bacul,kau faham tak maksud perkataan kalau.Kau ni mmg dasar anjing UMNO pengkhiabat bangsa Melayu.

Anonymous said...

Suhaimi Embong bentang kertas kerja fasal fitnah? Nak termuntah aku!

Memang betul-betul gila konvensyen blogger tu!!!

Grand Marquis said...

Saya boleh nampak banyak kelemahan serta cacat cela dalam ulasan TB mengenai konvensyen tersebut.

Apa yang saya boleh nampak ialah apa yang ditulis beliau adalah semata-mata persepsi serta kecenderungan beliau. Apapun, akhirnya puak UG akan dipersalahkan. Ayat-ayat beliau lebih kepada mahu menyokong ideologi, kecenderungan serta persepsi beliau. Semuanya kembali kepada mengangkat blog beliau sebab blog MW nilah yang paling anti UG, seolah-olah konvensyen ini dibuat hasil dari pendedahan beliau.

Kita dapat nilaikan ulasan TB ni kerana segala isu ditafsirkan menurut sesuatu yang dirasakan sesuai dengan persepsi beliau. Malangnya ia disuapkan dalam blog ini seolah-olah ia suatu fakta dari konvensyen tersebut dan berharap orang yang tidak mengikuti konvensyen tersebut akan menerimanya sebagai fakta. Tapi kalau kita kritis sikit, kita akan dapat nilai kelemahan ulasan ini.

Kalau TB keliru dengan ucapan presiden, tak bermakna ia tidak benar. Mungkin TB sendiri tidak cukup ilmu untuk faham apa yang beliau ucapkan.

Saya bagi satu contoh mudah untuk TB nak faham apa yang diucapkan oleh presiden.

Satu hari anda keluar rumah, tiba-tiba anda nampak bapa anda sedang dating dengan seorang perempuan yang anda tak kenal di taman bunga. Siap berpegang tangan. Anda terus pergi pada bapa anda dan depan orang ramai anda sound dia. Anda kata "Apa la bapak ni, tak tau hukum agama ke tak boleh berkhalwat dengan perempuan bukan muhrim. Ni siap pegang tangan lagi".

Rasa-rasanya apa reaksi bapa anda? Apa yang anda cakap itu benar, tapi adakah ia akan menimbulkan fitnah?

Memang bercakap benar itu afdhal. Tapi mesti kena pada tempat dan masanya. Kalau tidak ia akan timbulkan fitnah.

penyu teranung said...

org komen pasal kelemahan mung, mung padam...dok aper, tu hok mung..

tapi komen2 yg burukkan TGHH mung buleh biar pulok dlm blog mung...memang hok tu mung suker sgt dok?...
memang hati perut jenih busuk mung nih Deramang...

Anonymous said...

Saya nak beri penjelasan sekali lagi bagi sesiapa yang tersilap tafsir.Tolong beri perhatian kepada yang saya jadikan HuRUF BESAR iaitu 'NECAYA BELIAU AKAN BERTERIMA KASIH", iaitu

"Kalau Saidina Umar masih hidup, NESCAYA BELIAU AKAN berterima kasih sangat-sangat.."


Saya cuma ingatkan Tulang Besi jangan sampai terlajak bahasa. Itu sahaja bukan nak hina Tulang Besi.harap faham tujuan teguran .

Saya beri nasihat dengan niat kerana Allah dibalas dengan bahasa kesat.

Anonymous said...

Delete
Anonymous Grand Marquis said...

Saya boleh nampak banyak kelemahan serta cacat cela dalam ulasan TB mengenai konvensyen tersebut.

Apa yang saya boleh nampak ialah apa yang ditulis beliau adalah semata-mata persepsi serta kecenderungan beliau. Apapun, akhirnya puak UG akan dipersalahkan. Ayat-ayat beliau lebih kepada mahu menyokong ideologi, kecenderungan serta persepsi beliau. Semuanya kembali kepada mengangkat blog beliau sebab blog MW nilah yang paling anti UG, seolah-olah konvensyen ini dibuat hasil dari pendedahan beliau.
.

Kao pegi ke GM? kalau kao tak pegi jangan nak tunjuk pandai pulak.

Udah le selama ni kau tak henti2 tunjuk kebodohan kao i.e. isu terima biasiswa tu haram ke halal, ni lagi kao nak tunjuk bodoh kau

Anonymous said...

Anonymous penyu teranung said...

org komen pasal kelemahan mung, mung padam...dok aper, tu hok mung..

tapi komen2 yg burukkan TGHH mung buleh biar pulok dlm blog mung...memang hok tu mung suker sgt dok?...
memang hati perut jenih busuk mung nih Deramang...

December 21, 2009 2:19 PM
Delete
.

memang padan TB padam komen mung. Mung selama ni komen macam orang takda otak.

penyu teranung said...

Anon December 21, 2009 PM3:02 kata, "memang padan TB padam komen mung. Mung selama ni komen macam orang takda otak"...

org takdok otok pandai ker bagi komen?

lain laa kalau org yg makan OTOK LEMBU mcm mung...dok payoh nok menyamor jd anon laa Deramang wehh...komen aku hok mula2 mung padam...

Anonymous said...

Kamu TB tidak hadir pada hari konvensyen. Saya telah periksa siapa yang hadir dan nama kamu yang paling atas menunjikkan ketidak hadiran. Bagaimana kamu kata kamu hadir?

Sebatang kara said...

TB kata:

b. Bagi saya PAS atau sesiapa sahaja tidak perlu takut dengan “fitnah” dalam dunia blog. Ini kerana kalau ada blog yang menyebarkan fitnah dan kata-kata dusta, secara otomatik blog tersebut akan disisih dari para pembaca.

Saya rasa komen ini TB perlu perbetulkan. Masyarakat sekarang ini suka yang sensasi dan hangat (dalam bahasa artis:gossip) tanpa memikirkan perkara itu benar ataupun tidak. Oleh itu setiap penulis blog (ataupun penulis media) harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap hasil tulisan yang dihasilkan. Janganlah terlalu asyik dan ghairah semata-mata untuk mengeluarkan pendapat tanpa memikirkan setiap kesan baik dan buruknya.

Sebagai contoh di sini kita melihat dalam rancangan hiburan di TV kerana kerana keghairahan untuk mencari berita, rumahtangga artis yang bahagia jadi bergolak, pasangan yang baru ada bibit persengketaan bercerai-berai, pasangan yang bertunang putus di tengah jalan.

Oleh itu penulis-penulis blog juga harus bertanggungjawab dan membuat pertimbangan akal sebelum menghasilkan tulis. Seperti yang saya katakan tadi pembaca-pembaca sekarang ini lebih tertarik dengan kesensasian satu-satu berita tanpa mempedulikan benar atau salah tulisan tersebut.

Kembali kepada TB. TB juga harus bertanggungjawab dalam setiap tulisan TB. Namun saya banyak melihat tulisan TB yang berpihak dan seolah-olah cuba melaga-lagakan antara pemimpin PAS. Contohnya seperti isu (UG). Seperti yang saya nyatakan dahulu saya adalah berkecuali dalam isu UG, namun apa yang telah diutarakan oleh TGHH adalah lahir daripada hatinya yang ikhlas tanpa berpaksikan kepada sebarang balasan namun telah dimanipulasikan sendiri oleh sesetengah pihak dalam PR dan juga UMNO. Di sini saya rasa TGHH juga merasakan suasana yang sama seperti TGNA di mana TGNA ditendang keluar oleh UMNO di Kelantan manakala TGHH pula ditinggalkan oleh DAP (di mana Lim Kit Siang dipeluknya sewaktu lawatan ke Terengganu dahulu).

Satu lagi contoh tulisan berat sebelah TB adalah berkaitan kritikan terhadap tindakan Dr. Hasan Ali menolak permohonan TB untuk jawatan CEO di mana dan memberikannya kepada seorang pemimpin UMNO di Selangor. Saya rasa banyak kali sebelum ini diwarwarkan oleh ramai pemimpin PAS sendiri di mana menolak diskriminasi kaum, agama dan juga parti. Jikalau kita juga mengamalkan sikap berpilih-pilih dalam pemberian bantuan, kontrak dan jawatan bermakna kita juga sama seperti pihak yang di sebelah sana. Contohnya sekiranya jika kita memegang kuasa pada 2013(jangkaan) nanti tapi mengamalkan rasuah, judi dan menolak hukum Islam, maka kita samalah juga dengan UMNO dan hanya buang masa sahaja tukar kerajaan. Berbalik kepada isu jawatan tadi, saya tidak melihat sebarang rungutan atau komen dari TB apabila Lim Guan Eng melantik seorang pemimpin kanan Gerakan untuk menganggotai beberapa kerusi pengarah anak syarikat negeri. Saya tidak juga hendak komen berkaitan hal ini sebab saya merasakan perlantikan ini berdasarkan merit.

Terus-terang saya katakan di sini saya juga tidak berapa menyukai beberapa pendapat dan polisi beberapa pemimpin tertinggi PAS namun saya memegang prinsip jadikanlah perbezaan pendapat itu sebagai hikmah dan bukannya modal untuk kita menyerang orang lain dan berpecah-belah. Saya memegang prinsip bahawa setiap perbezaan itu harus diselesaikan dengan cara yang baik dan tertib dan bukannya dengan kaedah menyerang antara satu sama lain sehingga membuka pekung di dada sendiri.

Oleh itu saya menasihatkan para blogger semua agar bertanggungjawab atas setiap perkataan yang anda tulis.

Anonymous said...

Tulang besi,

Aku ada blog tapi tak mampu update setiap hari kerana terpaksa melayan kerenah cari makan. Oleh kerana itu kadang kala aku masuk blog orang lain curahkan rasa gembira dan kecewa aku mengikut tajuk cerita yang dipaparkan dalam blog tersebut.

Sebenarnya aku tidak berapa nak faham bila dikatakan blogger penyebar fitnah. Mungkin benar, mungkin fitnah... yang pastinya kedua-duanya memang ada.

Pada pandangan aku tentang wujudnya Konvensyen Blogger yang diadakan diMarkaz Tarbiyyah pada hari Ahad, 20/12/2009 adalah untuk bersemuka dan memujuk para penulis blog agar mereka semua condong dan sokong kepada kumpulan tertentu dalam parti PAS ...?

Mungkin sebelum ini ada diantara maklumat yang disebarkan oleh blogger tertentu mengenai tindakan atau sikap pemimpin PAS adalah benar.

Dan kebenaran itu pula jika tidak dimanipulasi sebagai fitnah, akan merosakkan reputasi puak tertentu yang dilantik oleh ahli.... sebagai contoh, bermukah dengan UMNO dalam gelap se... benar... nya adalah fitnah

Kita jarang terbaca atau terdengar cerita tetang sikap curang pemimpin PAS terhadap ahli dan parti sebelum 2008. Ketika itu parti PAS boleh dikatakan sebagai sebuah kapal yang membawa penumpang menuju ke Mekah. Semua dilihat semacam ok saja.

Tetapi setelah diberi kuasa menjadi ahli exco dalam kerajaan negeri, keadaannya menjadi berubah. Inilah yang dikatakan bahawa manusia boleh berubah...?

Hj. Hadi dengan perangainya, Nasharuddin dengan wayang kulitnya. Hassan Ali pula sibuk dengan ketuanan melayu dan islamnya. Dan kesemua mereka ini adalah puak yang dipilih oleh perwakilan PAS dan rakyat malaysia.

Mereka yang telah dipilih jadi pemimpin parti, telah mencipta kumpulan elit mereka sendiri. Melalui kuasa sebagai pemimpin itu maka mereka membuat keputusan hanya melalui kelompok mereka saja kerana menganggap bahawa Parti PAS bapak mereka yang punya. Segala tindakan yang mereka lakukan tidak boleh dipertikaikan tapi mesti menerima dan wala'.

Oleh kerana itu mereka yang menganjurkan konvensyen itu berharap para blogge jangan ungkit pekara yang benar berlaku dalam parti.

Tetapi tukarkan pekara yang benar itu sebagai fitnah, dan fitnah itu diwar-warkan sebagai persepsi saja.
Sekilas ikan diair, boleh kah kita kenal ikan itu jantan atau betina....?

Anonymous said...

Tapi pada waktu yang lain, beliau berkata:

" “"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.” .”
**************
Kalau nak quote pun letaklah habis ayat tu
" “"Jihad paling afdal adalah bercakap benar, di hadapan pemimpin yang zalim"

Cara TB tulis macam Utusan Meloya. Kalau orang yang dia tak suka, dia tipu, cantas, cut, paste, ubah, samapai nampak macam orang tak guna. Mungkin KALAU ada blog zaman dulu ketua munafiq zaman RasuluLlah lebih senang kerja dia sebar fitnah.

Anonymous said...


Cara TB tulis macam Utusan Meloya. Kalau orang yang dia tak suka, dia tipu, cantas, cut, paste, ubah, samapai nampak macam orang tak guna. Mungkin KALAU ada blog zaman dulu ketua munafiq zaman RasuluLlah lebih senang kerja dia sebar fitnah.
.

Itu yang Harakah repot la, bahlol

hafiz said...

TB, aku rasa hang tak faham apa erti fitnah. sebab tu bila TGHH kata ada fitnah yang benar hang keliru. Sama keliru dengan si penarik beca idola hang tu.

Pi belajaq lagi.

Grand Marquis said...

Eh tak kan TB yang hadir konvensyen tu ambil petikan dari sumber sekunder? Kalau macam tu lebih baik tak yah pergi.

hussin said...

suhaimi embong yang dikaitkan dgn blog antihusam tu ke?

malaysiabaru said...

MALAYSIABARU.COM SAID

CONGRAT TB,

u are among the bravest mujahideen of any of us all in PAS.

u r willing to stand up for what the public correctly perceived and put this gruesome hatred by we members of PAS on the right platform as we calmly realised this rebellion is being taken serious note by the relevant 'ding dong' PAS leaders

i cant say much , cos your contribution towards making PAS a more stronger and powerful party in malaysia is highly appreciated and least comparable to whatever nice words that i could place here in support of you.

cheers...

ikhlas dari malaysiabaru.com

Anoinimuz said...

TB,

Kalau Saidina Omar hidup zaman ni, puak-puak yang bepeluk ngan UMNO ni dah lame makan mata pedang dah jawabnya... Apa-apa pun, gua berada dibelakang lu... teruskan usaha...jangan goyang pada org yg bg kritikan bodoh ... bongkar...terus bongkar...

Anoinimuz

selamber jer said...

TB memang hadir pada konvensyen tersebut, siap tanya soalan lagi...cuma balik awal sebab barangkali jelak tengok muka suhaimi embong kot...

Intipati ucapan perasmian TGHH sebenarnya yang payah nak difahami adalah berkenaan timing dan place untuk release true information. Kalau salah timing dan placing, maka ianya dikhuatiri akan dianggap fitnah.

Contohnya, isu ariffahmi diletupkan oleh syed azidi menjelang PRU, maka TGNA tak sempat jawab, dah hari mengundi, so, apa implikasi kepada status kerajaan negeri Kelantan? Bagaimana jika sebenarnya ada beberapa perkara yg boleh diclearkan oleh TGNA, tapi timingnya tak sempat? Perkara tersebut bersifat benar, tapi tak sempat dijelaskan dan diambil tindakan susulan, maka akan menjadi fitnah kepada kerajaan negeri Kelantan.

Saya melihat konvensyen tersebut tidak cuba mengikat gejuis untuk menulis yang enak2 belaka, sepatah ucapan perasmian TGHH, kita tidak pernah menolak kritikan, cuma bagaimana adab kritikan itu dibuat.

Sukakah kita jika anak kita mengikut suri teladan aduka taruna dalam menegur kesilapan kita? Bukankah respon pertama kita, cakap dengan ayah elok2, jangan cakap macam tu...

Tak taulah kalau TB memang mengamalkan gayanya begitu... kita anggap pimpinan laksana ayah kita, jadi bagaimana adab kita dengan ayah kita, begitu juga adab dgn pimpinan, mungkin dalam konteks lain kita boleh menganggap mereka khadam kita, tapi ingat, mereka bukan hamba sahaya atau hamba tebusan yang boleh disepak terajang dan dimaki tanpa ada secebis maruah langsung.

Wallahua'lam.

Siarkan, kalau lu berani, TB...

Sebatang kara said...

Malaysia baru said

i cant say much , cos your contribution towards making PAS a more stronger and powerful party in malaysia is highly appreciated and least comparable to whatever nice words that i could place here in support of you.

Bagi saya yang baru mengikuti blog TB ini, saya tidak nampak suatu sumbangan yang konkrit untuk memperkuatkan PAS melainkan cubaan untuk melaga-lagakan antara pemimpin PAS sahaja. Seperti yang yang katakan sebelum ini kebanyakan komen dan kritikan TB adalah berpilih semata-mata dan agak tidak adil.

Anonymous said...

TB,aku tak sangka lu cikai sekali.bila bercakap macam orang kaye...jangan nak salahkan blog orang lain.pembaca yg layak menilaikan mana blog yg bernas dan kupasan isu yg menarik.tak macam blog hang mesti ada umpat keji..ikhlas dr aku.

Anonymous said...

sesiapa ada gambar TB hadir dlm majlis tersebut.ramai orangkata TB tidak hadir kemajlis tersebut....bhai,mana gambar hang kat mjlis tu...

Abd Razak said...

xyah letak gambar pn xpe...aku sendiri yg hantar TB kt situ...ko tu jgn pandai2 nk wat cite lak...ko tu yg xdtg nk ckp org...si grand marquis yg selalu terpekik terlolong pn xdtg...tp bising pandai...xyah le nk ckp mcm2 wahai pengecut yg bernama anonymous...kalau sesiapa xpercaya TB dtg kt konvensyen tu aku sedia jd saksi...aku yg amik dia kt airport dan aku jugak yg hantar dia ke konvensyen tu...inilah gaya pemikiran org umno...dh xde idea mula le melalut cite dia...sama cam geng2 ganu yg gilakan sgt perpaduang tu...ckp pn xde fakta dan hujah yg kuat...lg nk bising....bengong mu...

penyu teranung said...

Rozak si cicak kubing ni jd pak supir Deramang rupanyer yer...

Grand Marquis said...

Bab tak datang tu yang best. Kena ingat, dari 27 juta rakyat malaysia, yang hadir tu 2-3 kerat aje. Jadi majoriti rakyat malaysia hanya menilai melalui ulasan siapa yang pergi.

Apa yang saya dapat nilai dari ulasan TB ialah ulasan beliau seperti ulasan orang yang tidak jujur kerana beliau seperti cuba mentafsirkan segala-gala yang dibentangkan dalam konvensyen tersebut supaya memenuhi citarasa serta ideologi beliau.

Lihatlah bagaimana perkataan 'fitnah' diolah oleh TB supaya ia menggambarkan seolah-olah 'fitnah' yang dimaksudkan ialah pendedahan beliau tentang kegiatan puak UG. Masalahnya betul ke itu 'fitnah' yang dimaksudkan?

Anonymous said...

aku heran macamana TB dapat duit untuk bayar gaji driver,en razak.TB kata beliau takda duit tapi siap dengan macai hantar kat sana.aku pun malu nak berkawan dengan TB.ada jugak orang nak bodek TB...nak projek ke..kah..kah.jangan marah.

Anonymous said...

hadi cuma tujukan kepada blog yg at fitnah

kalau ada blog tpi terasa tak fitnah, nape nak melenting apa hadi cakap

TB, datang jauh2 semata2 nak cri bahan hentam presiden. 'mulianya' hati kau

Abumujahid said...

Aku pun heran ada so-called orang PAS buta-buta sokong TB buruk-burukkan pemimpin PAS. Aku lebih yakin diorang ni orang UMNO yang menyamar bagi sokongan untuk TB supaya TB syok burukkan pemimpin PAS dikhalayak ramai atas nama mendedah kebenaran.

Anonymous said...

Saya adalah pelawat dan pembaca artikal2 dalam blog MW, bahkan ada tulisan2nya saya masukkan dalam website yang saya kendalikan. Di bandingkan tranungkite,berita di tulis oleh Tulang Besi boleh pakai lagi...for info saya dah tak tengok lansung Tranungkite semenjak selepas piliharaya 2004..saya tengok banyak yang tak boleh pakai. Itu contoh penilaian pembaca bloggers tentang quality berita antara kebenaran dan fitnah. Begitu juga tentang kepimpinan dalam PAS, kumpulan yang pro UG, Terus terang saya katakan saya semakin membenci mereka,they can go to hell kalau tak berubah. Kini saya mencadangkan mungkin kita boleh mula berkempen untuk mencari pimpinan baru untuk pemilihan akan datang, Terutama Presiden dan TImbalan. Ahmad Awang dan Husam Musa, bagaimana? terutama yang mesti ditukar ialah Timbalan presiden.

Rozana said...
This comment has been removed by the author.
hussin said...

muktamar pas 54 memutuskan perkasakan pakatan rakyat.. hadi tambah, akan meneruskan perbincangan…termasuk dgn umno.

muktamar pas 55 memutuskan perkasakan pakatan rakyat.. hadi tambah, akan meneruskan perbincangan…termasuk dgn umno.

seminar khas, sekali lagi dinobatkan perkasakan pakatan rakyat.. hadi tambah, akan meneruskan perbincangan dgn semua pihak..

menjelang konvensyen pr, hadi kata, pas tidak bermusuh dgn umno, banyak kesamaan yang boleh dibincang…

pada konvensyen blogger, hadi sebut, berkata benar adalah jihad:
1. bertemu dgn umno, dinafikan.
2. org yg ditemui kata dah TIGA kali berjumpa.
3. nasha pun tambah, dipersetujui oleh majlis syura ulama.

jihad yang semudah itu pun, “berkata benar” tak mampu nak dilaksanakan?

hadi memperkenalkan istilah baru – “melayu-islam” yg tidak pernah kita dengar dulu. malah, nabi Muhammad saw sendiri termasuk para sahabat ra baginda, tidak pernah menggunakan istilah “arab-islam”. bagaimana boleh timbul “melayu-islam”? ia diilhamkan dlm ‘pertemuan dlm gelap’ yg dinafikan, yg diakui oleh yg ditemui, yg dipersetujui oleh majlis syura ulama.

wallahu'alam

anak shah alam said...

Anon December 22, 2009 AM8:28 kata, "Kini saya mencadangkan mungkin kita boleh mula berkempen untuk mencari pimpinan baru untuk pemilihan akan datang, Terutama Presiden dan TImbalan. Ahmad Awang dan Husam Musa, bagaimana? terutama yang mesti ditukar ialah Timbalan presiden."

Aper pulak Husam jadi Timb ni..
xde kelas laaa...kalau ikut TB, mesti la bos dia duduk kerusi Presiden..Timb nya Khalid Samad, 2nd bos dia...

Anonymous said...


December 22, 2009 12:57 AM
Blogger Abumujahid said...

Aku pun heran ada so-called orang PAS buta-buta sokong TB buruk-burukkan pemimpin PAS. Aku lebih yakin diorang ni orang UMNO yang menyamar bagi sokongan untuk TB supaya TB syok burukkan pemimpin PAS dikhalayak ramai atas nama mendedah kebenaran.
.

Abumujahid, yang pemimpin2 PAS jumpa UMNO dalam gelap tu apasal kau tak marah?

Tu bukan aktiviti menguntungkan UMNO ke?

hussin said...

Tapi pada waktu yang lain, beliau berkata:

" “"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.” .”
**************
Kalau nak quote pun letaklah habis ayat tu

" “"Jihad paling afdal adalah bercakap benar, di hadapan pemimpin yang zalim"
----------------
itu hak yg dipimpin, bagaimana pula dgn pemimpin? "jihad yang afda adalah bercakap benar kepada yg dipimpin", setuju?

ngabihkan bogheh je hangpa semua ni...

puak2 hang dok kutuk/fitnah orang takpe, contoh blogantihusam? suhaimi embong tak telibat ke? tanya je....

hussin said...

aku tabik laa dgn nasharuddin mat isa, timb presiden pas nih. seorang yg bervisi dan tahu menilai citarasa rakyat, baru betul. jangan dok terhegeh2 lagi nak masuk saf umno tu...

ko semua baca di bawah:

Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, "komitmen kumpulan ulama yang menerajui PAS".

Tentulah hati Zul "gembira" dengan keadaan ini. Utusan berperanan "memenangkan" saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. "Kemmenangan saya berjaya mencapai sasaran Utusan mendekatkan lagi PAS dgn rakan Pakatan yang lain.
Saya amat bergembira atas kejayaan Utusan. Giliran saya untuk memperlekehkan Utusan."

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan Umno yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam Umno di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan Umno di belakang atau Umno kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.
Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang “usus” dan “'akalbudinya” sihat saja mampu membawa perubahan."

syabas nasha, hang layak menggantikan presiden!

hussin said...

sori, lupa quote link:

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1177

wirautama said...

TGNA pun sekarang ini mula berjinak2 dengan UG, lihat saja bila semua pemimpin senyap mengenai UG (walaupun ada dakwaan dibuat dlm gelap) tetapi TGNA dengan terang2 telior dgn UG, klu dah Najib dianggap sebagai Pemimpin Islam yg berani, tau2 sajalah apa niat TGNA, nok masuk UMNO ah tu, pemuda kelantan secara terang menghentam beliau, dgn isu KJ kelantan lah, dan banyak isu2 yg tidak diselesai cam mana kata kickdefella yg mendedahkan kebenaran dan kepincangan kerajaan kelantan. Langgar Nik Aziz (dok sebut doh perkataan Tok Guru)

tapi TB tidak sebodoh itu untuk berspeksi..

tapi andai kata perkataan itu datangnya dari Presiden (maybe TGAH yg tolok kertaskerja dia, yg kononnya nok bantu PAS teganu, uuuweek!) maka kebodohan TB akan jd lebih bodoh daripada cybertropper. Rakan, jambu, musuh TB, UMNO, org PAS semua tahu apa TB akan maki.. :P

Anonymous said...

Kepada si celaka bloggers mmg tak suka dgr kawan2 lain bentang kertas kerja ttg fitnah..sbb hati mu BUSUK dah banyak buat fitnah..patut dh aku ckp ko celaka sbb org bagi tau benda baik ko tak suka dgr

- Hasan Aliasad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.