Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 23, 2009

Blog Telah Berjaya Mengagalkan Rancangan Menyatukan UMNO Dengan PAS


Dalam kehangatan Konvensyen Blogger PAS yang masih dirasai sampai hari ini, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen berkaitan dengan jasa blogger kepada perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman dan korupsi di Malaysia.

13 Mei DAN KERAJAAN CAMPURAN UMNO-PAS

UMNO sudah kalah selepas 2008. Mereka sudah tersungkur. Dan seperti tahun 1969, mereka kembali melutut kepada PAS untuk menyelamatkan mereka.
Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar. Ini kerana keadaaan ekonomi orang Melayu pada masa itu terhimpit bukan kerana bangsa Cina. Ia adalah kerana kelemahan UMNO.
Di waktu peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia mengalami peningkatan ekonomi yang amat baik. Ia kerana harga komoditi Getah dan Bijih Timah amat tinggi pada waktu itu. Ia menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang amat besar di Malaysia.
MALANGNYA, segala kekayaan di Malaysia pada masa itu masih berada dalam tangan penjajah Inggeris. Orang-orang Cina tampak seperti lebih kaya hanya kerena orang-orang Cina biasanya duduk di kawasan-kawasan bandar. Dan orang-orang Cina adalah bangsa yang kuat bekerja dan kuat berusaha.

Namun, kekayaan negara tidak dapat digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan melarat pada masa itu. Kerana kekayaan negara kita pada masa itu telah diangkut balik ke England oleh penjajah Inggeris.
Ini adalah rahsia yang UMNO tidak pernah beritahu kepada orang-orang Melayu pada masa itu. Selama selepas Merdeka, UMNO telah menjadi penjaga kepada kepentingan Inggeris di Malaysia serta memastikan penjajah Inggeris tidak dihalang dari merompak harta kekayaan negara kita ini.

Keputusan pilihanraya 1969 amat mengecewakan UMNO. UMNO hilang dua negeri (Selangor dan Perak) serta hampir hilang 2/3 di Parlimen. PAS boleh menang di Parlimen Parit melalui calonnya, Haji Hashim Gera (bapa kepada Setiausaha PKR sekarang ini, Dato Salehuddin Hashim). Biasanya, apabila berlaku undi protes dari orang Melayu, maka kerusi Parlimen Parit akan jatuh pada PAS. Itulah indicator saya.
UMNO menyedari orang-orang Melayu marah dengan mereka dan sanggup mengundi protes terhadap UMNO dalam pilihanraya 1969. Maka, peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah dari bangsa Cina yang tidak berdosa.

Hakikatnya orang Melayu melarat pada masa itu atas kelemahan UMNO yang menjadi agen British dan barua syarikat-syarikat British yang telah mengaut kekayaan negara ini. Tapi, dengan peristiwa 13 Mei 1969 pemerintahan UMNO berjaya diselamatkan.
Namun, untuk mengembalikan keyakinan orang MElayu pada UMNO, itu adalah satu tugas yang lebih rumit. Maka, pada suatu hari datanglah Arwah Tun Razak dengan helikopternya melawat Dato Asri di Kota Baru Kelantan.

Dan tidak berapa bulan selepas itu, tertubuhlah kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan dan seterusnya tertubuhlah Barisan Nasional. Iya, PAS adalah ahli pertama menganggotai Barisan Nasional.

Maka, setelah PAS menyelamatkan imej UMNO di kalangan orang Melayu, 3 tahun selepas penubuhan Barisan Nasional, situasi telah dicipta supaya PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Setelah madu habis dihisap, sepah pula dibuang. Itulah dia nasib PAS.

Alasan utama pembuangan PAS dari Barisan Nasional adalah apabila sebuah cawangan UMNO di Johor telah mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan tersebut dan menukar cawangan tersebut kepada cawangan PAS. Arwah Dato’ Asri berhujjah bahawa kalau tidak diizinkan ia berlaku, penduduk kampung tersebut mahu menubuhkan cawangan DAP.

Itu sahaja.

PAS, setelah ditendang, menjadi seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional selepas PAS ditendang. Program-program yang diperjuangkan PAS, biasiswa dsbnya, digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dengan kata lain, PAS telah berjasa besar menyelamatkan UMNO dari pupus. Hayat UMNO bersambung sampai hari ini di atas pengorbanan besar PAS selepas 1969.

BLOGGER MEMAIN PERANAN BESAR

Yang mula mendedahkan perbincangan dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO dengan pimpinan-pimpinan UMNO adalah blogger, bukan akhbar.
Ahli-ahli PAS mendapat tahu perselingkuhan ini melalui para blogger. Hasilnya, berlaku penolakan yang besar di kalangan ahli dan pimpinan-pimpinan peringkat pertengahan. Ia mengagalkan usaha pimpinan2 PAS yang pro-UMNO ini membawa PAS bersatu dengan UMNO.

Kalaulah pada 1969 dahulu ada blog, saya yakin PAS tidak akan masuk Barisan Nasional. Segala usaha perbincangan dan perselingkuhan berlaku dalam gelap.

Kata Ustaz Amaluddin Darus:

Amaluddin Darus telah membuat komentar tentang perjalanan PAS di zaman Kerajaan Campuran-kemudian Barisan Nasional dan selepasnya, antara lain beliau mencatat pada m/s 37-40:

Malangnya, perjuangan PAS bertambah merosot, dan setelah melalui suasana selepas pilihanraya 1969 yang diikuti dengan pengisytiharan darurat dan lahirnya Majlis Gerakan Negara, bermulalah pinang-meminang di antara UMNO dan PAS bagi maksud akan mengadakan kerajaan campuran.

Justera kerana istiadat pinang meminang ini dijalankan secara bisik-bisik di dalam dan di luar negeri, maka sekalipun saya pada masa itu (1972?) berkedudukan sebagai ahli Jawatankuasa Agung PAS, Namun secara resmi baru diberitahu yaitu apabila segala syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan Perikatan, dengan berselindung di sebalik kata-kata perpaduan dan persefahaman di antara Melayu dengan Melayu, yaitu antara PAS dengan UMNO.

Semuanya telah dirundingkan. Dato Mohd.Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Dato Asri, di Petaling Jaya.


Di waktu itu kalau sudah ada blog, nescaya perbincangan secara rahsia seperti ini dapat didedahkan awal dan percubaaan untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dapat dihalang. Seterusnya PAS akan berjaya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan menggantikan UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu dan Islam di Malaysia.
Ini kerana sejurus selepas PRU 2008, perbincangan dalam gelap telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang pro UMNO. Sama seperti selepas PRU 1969. Dan, takdir tuhan, perbicangan tersebut mula didedahkan oleh Al Fadhil Bakar Haq@ Penarik Beca.

Blog2 yang mulanya menjadi pendokong PAS, sedikit demi sedikit mengubah arah dan akhirnya majoriti blog bergabung menentang usaha berkhalwat dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO ini dengan UMNO sendiri.

Pihak pimpinan2 PAS pro UMNO terpaksa mengubah helah. PAda mulanya, mereka sebut, MUZAKARAH, lepas tu KERAJAANG PERPADUANG dsbnya. Alasan demi alasan tapi intinya tetap sama, yakni mahu bekerjasama dengan UMNO.

Untuk menutup malu, puak2 pro UMNO dalam PAS membuat beberapa tuduhan liar:
a. Bloggers menyebar fitnah. Walaupun benda yang bloggers sebut tu benar dan fakta, tapi ia tetap fitnah.
b. Bloggers memecah belahkan parti kerana bercakap benar???
c. Bloggers tidak hormat Presiden. Kalau tak hormat baik keluar parti (macam parti ni bapak dia punya)
d. Bloggers takda akhlak jemaah
e. Bloggers tak wala’


Semua ni tuduhan-tuduhan orang yang lemah akal fikiran kerana mereka tak belajar sejarah. Mereka tak suka orang nak menyedarkan mereka dari ditipu. Mereka suka ditipu dan diperdaya orang. Bila ada yang mahu menyedarkan mereka, mereka marah pada orang yang cuba menyedarkan mereka.

Sekarang ni tumpuan kemarahan pimpinan2 PAS adalah kepada blogger2. Sama seperti kepimpinan2 UMNO sebelum 2008, pimpinan2 PAS ini pula sedang memusuhi serta cuba menjatuhkan imej blogger.

Saya memuji kerajaan Negeri Kelantan kerana mereka tidak mahu mengikut angin PAS Pusat. Kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan menjadikan blog sebagai sumber muhasabah yang utama.

Saya baru dapat maklumat (tunggu kesahihan maklumat ini kelak) bahawa isu peniaga Baazar Tok Guru telah dibawa ke dalam mesyuarat exco oleh Tok Guru sendiri. Dan mesyuarat Exco mengambil keputusan untuk menolak keputusan yang dibuat oleh PMBK dan kembali kepada tawaran asal yang dibuat Tok Guru dahulu.

Dan semua masalaah2 yang dinaikan dalam blog berkaitan Kelantan sekarang ini dibincangkan dalam mesyuarat Exco (mana yang ada asas la, kalau dari blog UMNO buat apa nak bincang, fitnah aje).

Kalau begini trend Kerajaan Negeri Kelantan, alamat lagi 50 tahun pun UMNO akan menonggeng kat Kelantan. Kerajaan Negeri yang dengar cakap blogger adalah kerajaan negeri yang sensitif dengan perasaan rakyat jelatannya.

Kalau tak dapat selesai masaalah pun takpa, sekurangnya kerajaan negeri boleh bersimpati dengan nasib rakyat yang menderita. Itu pun dah cukup. Masaalah tidak akan dipendam tetapi akan cuba diselesaikan hasil dari tindakan para blogger.
Sedih di PAS Pusat, blog cuba di kaitkan dengan fitnah. Kertas Kerja kedua Konvensyen Blogger pun pasal fitnah dan blog.

Padahal blog yang kuat sebar fitnah akan tersisih dengan sendiri. Masyarakat blog ni masyarakat yang membaca dan berfikir. Susah nak tipu diorang.

Sepatutnya PAS Pusat dan Presiden PAS kena ikut jejak langkah Tok Guru. Saya jamin populariti PResiden akan melonjak naik selepas itu.

Tulang Besi

58 comments:

Sebatang kara said...

Salam TB,

Banyak isi yang daripada artikel terbaru ini yang saya sokong seratus peratus. Namun saya melihat dendam kesumat TB terhadap TGHA ini tak habis-habis. Boleh TB ceritakan kepada saya apakah halnya yang membuatkan yang TB begitu menaruh dendam terhadap TGHA. Bukankah hal Kerajaang Perpaduang ini Tuan Presiden sudah tutup buku.

Kedua, berkenaan konvensyen para bloggers baru-baru ini. Kenapakah TB begitu terasa apabila TGHA menasihatkan para bloggers agar jangan menabur fitnah dan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang ditulis. Adakah Tuan Presiden ada menyentuh nama TB masa masa Konvensyen itu hari (maaf kerana saya tak menghadiri konvensyen tersebut) ataupun mungkin juga TB ini adalah salah seorang penabur fitnah (siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya) yang membuatkan saudara TB terasa.

Diharapkan saudara TB padamkan sahaj api dendam kesumat TB sebelum ianya membakar diri.

Tulang Besi said...


Banyak isi yang daripada artikel terbaru ini yang saya sokong seratus peratus. Namun saya melihat dendam kesumat TB terhadap TGHA ini tak habis-habis. Boleh TB ceritakan kepada saya apakah halnya yang membuatkan yang TB begitu menaruh dendam terhadap TGHA. Bukankah hal Kerajaang Perpaduang ini Tuan Presiden sudah tutup buku.
.

Saya tak sebut pun nama Presiden dalam artikel saya ni?

MEngapa artikel saya ni dikaitkan dengan Presiden PAS?

Susuteh said...

hei bro,,,good article
are you posting it at Facebook?
bigger market,,,
believe many points in this article,but a bit lengthy,,
just my personal opinion, if can write in series, will be more impactfull.

Sebatang kara said...

TB kata,

Sepatutnya PAS Pusat dan Presiden PAS kena ikut jejak langkah Tok Guru. Saya jamin populariti PResiden akan melonjak naik selepas itu.

Tu bukan tulis pasal Tuan Presiden tuh.

Ya memang TB tak direct sebut pasal Presiden dalam artikel nih tapi akhir sekali batu jembalang TGHA juga yang TB cari.

Baca sekali lagi artikel TB memang banyak benarnya terutama sekali pasal UMNO (and the gang), namun seperti yang saya utarakan sebelum ini, bab Kerajaang Perpaduang saya duk tengah-tengah. Saya nampak PAS hanya diberikan dua pilihan dalam politik tanah air. Jika pergi kepada UMNO, mereka dah pernah tikam belakang kita dengan menendang kita keluar. Jika pergi kepada PR, DAP yang kita tatang dan peluk dulupun pernah lari meninggalkan kita. Jadi pada hal ini saya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada kebijaksanaan kepada pucuk pimpinan PAS untuk menentukan halatuju perjuangan suci Islam ini. Bagi saya, sasarannya adalah agama Islam yang suci ini dan bukannya parti. Jika parti naik tinggi melangit sekalipun jikalau hukum-hukum Islam tidak tertegak tidak ada gunanya juga.

Tulang Besi said...


Sepatutnya PAS Pusat dan Presiden PAS kena ikut jejak langkah Tok Guru. Saya jamin populariti PResiden akan melonjak naik selepas itu.
.

LAaa tu negatif ke tu? Tu kan nasihat. Salah ke nasihat Presiden?

SiamangBukit said...

Anak hashim Gera pun ada dapat banyak projek dari kerajaan UBN. Kamu ini cakap tak berlandaskan sejarah sebenar. Selidiklah betul2. Jangan taksub dengan ajaran sesat Tok Guru tu...Tidak kah kamu fikir kenapa HA berpatah balik dan menjilat jari. Islam tidak ada hak di Malaysia kalau tidak ada hak orang Melayu

malaysiabaru said...

MALAYSIABARU.COM said,


tahniah saudara TB,

anta telah berjaya mengubah pemikiran ramai blogers dan ahli PAS sndiri dari menyokong presiden yang dah GILA seterusnya menyelamatkan kami dari di seret ke api neraka bersama sama ULARMAK SESAT haji hadi awang.

ANA TAK TAU APA LAGI NAK KATA terhadap PRESIDEN PAS yang ternyata sudah kenyang dengan termakan RASUAH UMNO....

sehingga sangup mempermainkan PAKATAN RAKYAT.

hidupkan blog sehingga ke kemuncak agar rakyat memahami APA ITU PEMIMPIN YANG DAH SESAT... TERAMAT SESAT HINGGA KE USUS.

sekian. allahuwalam

petikan

www.malaysiabaru.com

Tulang Besi said...

Saya nampak PAS hanya diberikan dua pilihan dalam politik tanah air. Jika pergi kepada UMNO, mereka dah pernah tikam belakang kita dengan menendang kita keluar. Jika pergi kepada PR, DAP yang kita tatang dan peluk dulupun pernah lari meninggalkan kita. Jadi pada hal ini saya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada kebijaksanaan kepada pucuk pimpinan PAS untuk menentukan halatuju perjuangan suci Islam ini. Bagi saya, sasarannya adalah agama Islam yang suci ini dan bukannya parti. Jika parti naik tinggi melangit sekalipun jikalau hukum-hukum Islam tidak tertegak tidak ada gunanya juga..
Laaa apasal kao salahkan DAP sebab dia lari. Kao salahkan PAS lah sebab DAP lari.
Tanpa rujuk rakan-rakan dalam Barisan Alternatif, Kerajaan PAS Terengganu pergi lulus Enakmen Syariah aka Hudud. Bukan bermakna kita ikut cakap mereka, tapi sekurang-kurangnya mestilah dapat pendapat mereka juga sebab apa yang kita buat di Terengganu, akan memberi kesan kepada tahap sokongan mereka juga.
Pada waktu yang sama, tiada program penerangan yang berkesan kepad orang bukan islam dalam isu hudud.
Dan yang lebih menyedihkan, bukan dapat laksana pun undang-undang hudud tu pun. Dan Ustaz Harun Taib pun buat statement gantung dulu perlaksanaan sebab nak rujuk ke tempat lain. Padahal undang2 dah lulus dalam DUN dah.
Exco-exco PAS sampai kalah berdebat dengan wakil-wakil Sisters in Islam. Punyalah lemah komunikasi masa tu.
Kerajaan Terengganu dan PAS tak pandang pun pada rakan-rakan dalam Barisan Alternatif. Jadi, kalau saya jadi DAP pun saya lari.
Kalau rujuk pada DAP masa tu, mesti DAP boleh cadangkan beberapa cara dan kaedah yang tidak menyebabkan DAP pun sakit.

Dan terbukti pandangan DAP tu tepat sebab dekat2 pilihanraya, PAS keluarkan “Dokumen Negara Islam” yang tipis dan tidak mengandungi apa-apa yang boleh dibanggakan. Dokumen itu jadi modal pada UMNO/BN untuk mengaut 90% undi bukan Islam.
PAS dan KeAdilan tergolek dog masa 2004. DAP juga yang bijak dan terselamat dari kemarahan pengundi bukan Islam.
Mereka2 yang dibelakang Dokumen Negara Islam inilah juga dibelakang agenda Muzakarah/Kerajaang Perpaduang. Antaranya Harung Ding, geng2 terengganu dsbnya.
Kebodohan mereka terserlah lagi selepas PRU2008 dengan percubaan mereka menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO.

Anonymous said...

Blogger SiamangBukit said...

Anak hashim Gera pun ada dapat banyak projek dari kerajaan UBN. Kamu ini cakap tak berlandaskan sejarah sebenar. Selidiklah betul2. Jangan taksub dengan ajaran sesat Tok Guru tu...Tidak kah kamu fikir kenapa HA berpatah balik dan menjilat jari. Islam tidak ada hak di Malaysia kalau tidak ada hak orang Melayu

December 23, 2009 5:41 PM
.

HA berpatah balik sebab nak sokong Najib luluskan 10 lesen judi baru?

g said...

Pertama, tahniah kepada TB kerana menulis semula sejarah May 13 menurut PERSEPSI beliau. Tak perlu apa-apa backing facts. Hanya apa yang TB cakap tu, mesti ditelan jadi fakta sejara May 13.

Saya juga hairan, TB kata Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar.

TB tak kesian ke kat orang Melayu yang beragama Islam yang turut dibunuh?

Lebih menhairankan, TB kata:
Tanpa rujuk rakan-rakan dalam Barisan Alternatif, Kerajaan PAS Terengganu pergi lulus Enakmen Syariah aka Hudud. Bukan bermakna kita ikut cakap mereka, tapi sekurang-kurangnya mestilah dapat pendapat mereka juga sebab apa yang kita buat di Terengganu, akan memberi kesan kepada tahap sokongan mereka juga.

Apakah melaksanakan hukum Islam juga perlu sokongan dari DAP? Ini tak syirik ke?

Grand Marquis said...

Correction, posting dari g tu adalah dari Grand Marquis. Masa type tu tertekan enter.

Sebatang kara said...

Memang last nampak macam bagus, tapi di atas sebelum itu bukankah suatu kritikan yang jelas menjurus untuk ditujukan kepada Presiden macam yang TB cakap dalam ayat ini:

Untuk menutup malu, puak2 pro UMNO dalam PAS membuat beberapa tuduhan liar:
a. Bloggers menyebar fitnah. Walaupun benda yang bloggers sebut tu benar dan fakta, tapi ia tetap fitnah.
b. Bloggers memecah belahkan parti kerana bercakap benar???
c. Bloggers tidak hormat Presiden. Kalau tak hormat baik keluar parti (macam parti ni bapak dia punya)
d. Bloggers takda akhlak jemaah
e. Bloggers tak wala’

Bukankah TGHA yang utarakan agar bloggers jangan sibuk duk tabur fitnah tapi TB tukar nama TGHA dengan naman puak-puak pro UMNO. TGHA bukan tuduh bloggers tapi nasihat bloggers agar jangan buat fitnah. Tapi saya melihat TB terasa hingga peringkat dewata raya. Macamana TB nak bagi nasihat kat pemimpin kalau nasihat ikhlas pemimpin pun TB tak nak faham (atau buat-buat tak faham).



Sememangnya Tuan Presiden juga mengikut keputusan dan nasihat yang telah ditentukan oleh majlis syura berkaitan kerajaang perpaduang tetapi hal-hal ini masih lagi diapi-apikan sehinggakan kehadiran Presiden ngan Timbalan Presiden ke Majlis Maal Hijrah pun dikaitkan. Bukankah Sheikh Yusuf Qardawi pun hadir sama untuk terima anugerah yang disampaikan oleh TYDPA(tak tahulah kalu Sheik Yusuf pun dah isi borang masuk UMNO). Bukankah Sheikh Yusuf tu rakan karib PAS.

Diharapkan sama-samalah kita selesaikan perbezaan pendapat ini dengan cara yang baik agar perjuangan Islam ini nampak manis di mata masyarakat.

Tulang Besi said...

g said...
Pertama, tahniah kepada TB kerana menulis semula sejarah May 13 menurut PERSEPSI beliau. Tak perlu apa-apa backing facts. Hanya apa yang TB cakap tu, mesti ditelan jadi fakta sejara May 13.

Saya juga hairan, TB kata Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar.

TB tak kesian ke kat orang Melayu yang beragama Islam yang turut dibunuh?
.

Saya tak bagi facts sebab hanya orang yang buta sejarah sahaja yang mintak fakta benda yang saya tulis ni.

Sebatang kara said...

TB yang kata,

Laaa apasal kao salahkan DAP sebab dia lari. Kao salahkan PAS lah sebab DAP lari.
Tanpa rujuk rakan-rakan dalam Barisan Alternatif, Kerajaan PAS Terengganu pergi lulus Enakmen Syariah aka Hudud. Bukan bermakna kita ikut cakap mereka, tapi sekurang-kurangnya mestilah dapat pendapat mereka juga sebab apa yang kita buat di Terengganu, akan memberi kesan kepada tahap sokongan mereka juga.
Pada waktu yang sama, tiada program penerangan yang berkesan kepad orang bukan islam dalam isu hudud.

Kenapa bab-bab perlaksanaan hukum islam nih perlu minta pandangan yang bukan ahli. Adakah TB akan mintak pandangan si Ramasamy ataupun Ah Chong untuk Sembahyang atau Puasa bagaimana. Bukankan perlaksanaan hukum Islam ini sudah menjadi teras dalam perjuangan kita semenjak penubuhan lagi. Di Kelantan juga diluluskan Hukum Hudud ini tetapi terpaksa digantung akibat ugutan Mahathir dan Kerajaan Pusat namun tiada pula ulasan atau kritikan di situ. TB juga cuba mengaitkan alasan kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu dengan Hudud. Adakah TB juga anti-Hudud seperti UMNO. Berkaitan dengan undang-undang tersebut, ianya bukan dibuat secara semberono, malahan nasihat daripada pakar undang-undang islam telah diperolehi. Kalau mintak perkenan daripada rakan bukan Islam sendiri saya ingat sampai kiamat pun tak akan dapat kerana UMNO yang mengaku Islam pun terang-terangan menolak hukum Islam. Ustaz Azizan sendiri pun sudah berpatah arang ngan Karpal Singh berkaitan Hudud dan tak akan cakap lagi pasal Hudud ngan DAP sebab kalau cakap pun mereka tak akan faham. Mungkin TB tak ada kat Penang masa tahun sebelum PRU2008. Kalau ada TB boleh tengok banyak poster bertampalan di segenap ceruk tempat dengan slogan "No to Islamic State". Berani tak Kalau TB pasang poster berbunyi "No To Secular States". Mungkin TB tiada di Malaysia pada masa itu, rakyat Terengganu telah merasai nikmat-nikmat yang belum pernah rakyat Malaysia rasai pada tahun Hudud diluluskan. Allah telah menunjukkan kuasaNya pada tahun. Kalau TB nak tahu apa dia nantiii.......

Berbalik kepada punca kejatuhan PAS di Terengganu pada 2004. Jangan TB persalahkan pimpinan Terengganu dan Hudud semata-mata. Pada tahun itu Parti PAS dan PKR telah mengalami 'swing back' daripada pilihanraya 1999 sehingga PAS Kelantan pun cukup-cukup makan atas beberapa faktor. Terengganu bukannya negeri PAS seperi Kelantan. Sokongan yang diperolehi pada 1999, saya boleh katakan di sini lebih kurang 80% adalah undi protes UMNO. Rakyat Terengganu bukan seperti Rakyat Kelantan yang cukup matang berpolitik. Akibat daripada penangan wang melalui bantuan wang raya dan juga bantuan lain kepala hotak mereka berjaya di'swing'kan dan mengikut teori Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa. Banyak lagi faktor lain tapi yang saya sempat tulis adalah faktor utama.

Grand Marquis said...

Ha ha... fakta?

Jadi sila kemukakan fakta yang mengatakan:
peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia.

Tulang Besi said...

The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid
economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the
1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However,
despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.
Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as
indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).

Anonymous said...

Berbalik kepada punca kejatuhan PAS di Terengganu pada 2004. Jangan TB persalahkan pimpinan Terengganu dan Hudud semata-mata. Pada tahun itu Parti PAS dan PKR telah mengalami 'swing back' daripada pilihanraya 1999 sehingga PAS Kelantan pun cukup-cukup makan atas beberapa faktor. Terengganu bukannya negeri PAS seperi Kelantan. Sokongan yang diperolehi pada 1999, saya boleh katakan di sini lebih kurang 80% adalah undi protes UMNO. Rakyat Terengganu bukan seperti Rakyat Kelantan yang cukup matang berpolitik. Akibat daripada penangan wang melalui bantuan wang raya dan juga bantuan lain kepala hotak mereka berjaya di'swing'kan dan mengikut teori Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa. Banyak lagi faktor lain tapi yang saya sempat tulis adalah faktor utama.
-----------------------------------napa tahun 2008 PAS kalah teruk d terangganu sedangkan d negeri2 lain mennjukkan peningkatan? perlu d ingat ramai pemimpin PAS pusat adalah d terangganu . dan saya melihat tak da parasaan keberteanggungjawaban oleh pemimpin2 kalah itu ( terutamanya MUstapa ali) utk mengundur diri dan memberi peluang pd org2 dr negeri kelantan. tahukah saudara msrkt melihat kelantan sebagai kejayaan PAS?

malangnya PAS x bijak, ada negeri yg dah berjaya mentadbir spt kelantan, mereka x gunkan sbg role model. mcm na boleh mentadbir PAS Pusat kalo negeri pn kalah? post mortem terengganu 2008 mana daa?

Sebatang kara said...

peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia

Mintak maaplah menyampuk. Mengikut teori yang dipersetujui oleh Mahathir, Ghazali Shafee dan Harun Idris, 13 Mei adalah satu konspirasi coup'd'etat oleh Tun Razak (ayah Najib) untuk menjatuhkan Tunku.

Tulang Besi said...

‘It was clear to me as well as the police that in the highly charged political atmosphere after the police were forced to kill a Chinese political party worker on May 4th, 1969, something was bound to happen
to threaten law and order because of the resentment towards the Government by the KL Chinese on the eve of the general election. This was confirmed at this man’s funeral on the 9th May when the government
faced the most hostile crowd it had ever seen.

Therefore, when the opposition parties applied for a police permit for a procession to celebrate their success in the results of the general election, I was adamant against it because the police were convinced that this would lead to trouble.

I informed Tun Razak about this and he seemed to agree.


Now, without my knowledge and actually ‘behind my back,’ there were certain political leaders in high positions who were working to force me to step down as a PM. I don’t want to go into details but if they had
come to me and said so I would gladly have retired gracefully.

Unfortunately, they were apparently scheming and trying to decide on the best way to force me to resign. The occasion came when the question of the police permit was to be approved.

Tun Razak and Harun Idris, the MB of the state of Selangor, now felt that permission should be given knowing fully well that there was a likelihood of trouble. I suppose they felt that when this happened they
could then demand my resignation.

To this day I find it very hard to believe that Razak, whom I had known for so many years, would agree to work against me in this way.


Actually, he was in my house as I was preparing to return to Kedah and I overhead him speaking to Harun over the phone saying that he would be willing to approve the permit when I left. I really could not believe what I was hearing and preferred to think it was about some other permit. In any case, as the Deputy Prime Minister in my absence from KL, he would be the Acting PM and would override my objection. Accordingly, when I was in my home in Kedah, I heard over the radio that the permit had been approved.

It seems as though the expected trouble was anticipated and planned for by Harun and his UMNO Youth. After the humiliating insults hurled by the non-Malays, especially the Chinese, and after the seeming
loss of Malay political power to them, they were clearly ready for some retaliatory action. After meeting in large numbers at Harun’s official residence in Jalan Raja Muda near Kampong Bahru and hearing inflammatory
speeches by Harun and other leaders, they prepared themselves by tying ribbon strips on their foreheads and set out to kill Chinese. The first hapless victims were two of them in a van opposite Harun’s house who
were innocently watching the large gathering. Little did they know that they would be killed on the spot.

The rest is history. I am sorry but I must end this discussion now because it really pains me as the Father of Merdeka to have to relive those terrible moments. I have often wondered why God made me live long
enough to have witnessed my beloved Malays and Chinese citizens killing each other.’
.

Tulang Besi said...

Sebatang kara,

Kau tengok. Baru2 ni Tok Guru sebut PAS tidak akan korbankan agenda Hudud dan syariah.

TAKDA SAPA dari golongan bukan Islam yang komen pun.

Karpal pun senyap sunyi.

Artinya, apabila kita berbincang dan menunjukkan akhlak yang luhur, orang bukan islam boleh terima.

Kalau sebelum 2004 PAS tidak berlagak sombong dan ajak PKR dan DAP berbincang awal2 saya rasa Barisan Alternatif kekal sampai sekarang.

Tulang Besi said...

Apakah melaksanakan hukum Islam juga perlu sokongan dari DAP? Ini tak syirik ke?.

Tak,syirik adalah apabila UMNO menjadikan Loteri UMNO sebagai program ekonomi mereka.

Sebatang kara said...

Ano berkata

napa tahun 2008 PAS kalah teruk d terangganu sedangkan d negeri2 lain mennjukkan peningkatan? perlu d ingat ramai pemimpin PAS pusat adalah d terangganu . dan saya melihat tak da parasaan

Seperti yang saya katakan sebelum ini, jangan samakan Rakyat Terengganu ngan Kelantan. Dan juga jangan samakan undi melayu ngan bukan melayu. Rakyat Terengganu cukup tidak matang berpolitik dan tidak seperti Kelantan. Rakyat Kelantan cukup bijak mencaturkan suasana politik mereka. Selepas PRU2004 pun rakyat Terengganu masih lagi dihamburkan dengan wang ringgit hasil dari wang ehsan. Sampai ada seorang penyokong PAS di tempat saya (yang ni saya confirm betui) diminta bersumpah hadapan quran untuk menyokong BN pada PRU hanya kerana beberapa ratus RM. Kebanyakan kemenangan PR dalam PRU2008 adalah swing dari orang bukan melayu dan tidak seperti PRU1999. Terengganu adalah seperti Kelantan iaitu lebih 95% Melayu. Jika swing 1999 digabungkan ngan swing 2008 alamaknya terkuburlah BN (batu nesan) satu Malaysia. Walaupun masih lagi kalah tapi ada peningkatan 100% di Terengganu dan sekarang ini saya melihat keadaan PAS di Terengganu adalah jauh lebih baik berbanding sebelum ini akibat percakaran sesama sendiri pemimpin BN.

Tulang Besi said...

Sebatang kara,

Tu je lah jawapan korang. Balik2 salahkan rakyat.

Diri sendiri tak nak ubah.

mcm ni sampai kiamat lah korang tak menang.

Sebatang kara said...

Said by TB

Kau tengok. Baru2 ni Tok Guru sebut PAS tidak akan korbankan agenda Hudud dan syariah.

TAKDA SAPA dari golongan bukan Islam yang komen pun.

Karpal pun senyap sunyi


TGHA cakap pun macam Tok Guru cakap. Takdak aaihh nak menyombong dan bongkak cuma tegas sikit. Masa nak laksana Hudud kat Terengganu dulu pun banyak majlis penerangan terhadap bukan Islam dijalankan. Tapi macam saya cakap tadi kat pemimpin DAP nih cakap berbuih mulut macam sabun BUSA (TB kenai lagi ke sabun nih) pun mereka sure tak akan faham.

Bab komen nih, mereka tak komen lagi. Jangan cakap tak komen. Bila dah komen nanti jangan hangguk-hangguk jerr yee.

Sebatang kara said...

TB ghoyak,

Sebatang kara,

Tu je lah jawapan korang. Balik2 salahkan rakyat.

Diri sendiri tak nak ubah.

mcm ni sampai kiamat lah korang tak menang.


Ini bukan satu tuduhan semata-mata tapi fakta yang sebenar-benarnya fakta. Kalau TB nak kepastian cuba duduk kat Terengganu selama satu penggal. TB boleh tengok sendiri.

kalamruncing said...

Saya bersetuju bahawa usaha-usaha blogger telah berjaya menggagalkan usaha kerajaan perpaduan. TELAH BERJAYA DIGAGALKAN. Sekarang adalah masa mengukuhkan saf dan kekuatan.

Saya cadangkan TB bertukar kepada matlamat pengukuhan dan penyatuan. Bukan lagi menjadi agen pemecah belah.

Tulang Besi said...

Sebatang Kara,

Aku dah pernah duduk kat Terengganu. Aku dah pernah terlibat dalam PAS di Terengganu.

Percayalah, dari segi akhlak dan tindakan mereka, saya faham kenapa mereka kalah

Sebatang kara said...

TB habaq,

Sebatang Kara,

Aku dah pernah duduk kat Terengganu. Aku dah pernah terlibat dalam PAS di Terengganu.

Percayalah, dari segi akhlak dan tindakan mereka, saya faham kenapa mereka kalah



Berapa hari TB duk kat Terengganu. Kalu ambo, duduk, dibesarkan, belajaq, makan, minum, beghok dan tiduq di Terengganu (cuma dilahirkan aje di Kelantan/pemegang Passport Terengganu).

Satu lagi fakta. Kalau Mahathir tak tarik balik royalti minyak dulu jangan harap BN ada duit dan dapat tawan balik Terengganu.

Sebatang kara said...

pemegang Passport Terengganu

Maaf pemegang passport sebenarnya

Sebatang kara said...

pemegang Passport Terengganu

Maaf pemegang passport sebenarnya


Alamak salah lagi la,

Pemegang Passport Kelantan yang dikatakan sebenarnya. TB tahu ambo duk mano. Duk kat Besut atau lebih tepat atas tara Kelantan/Terengganu. Sebab tu lah ambo buleh citor sebutir-sebutir perbezaan mentaliti orang Kelantan ngan Terengganu. Satu lagi nak habaq mai (cakap utara pulok sebab saya kerja kat Penang), tempat saya duduk tuh atau lebih tepat lagi Jalan tuh keluarga ambo jah penyokong UMNO, hok lain semo sokong UMNO/BN.

Sebatang kara said...

lagi Jalan tuh keluarga ambo jah penyokong UMNO.

Alamak silap cakap lagilah. Nok katonyo penyokong PAS sebenarnyo.

Tulang Besi said...

Aku dok Kemaman

Sebatang kara said...

Ooooo,

Kito nih satu negerilah ruponyoo. Jadi sayo raso TB tahu apa jadi pado Rakyat Terengganu maso 2002 (masa Hudud dibentangkan dan diluluskan) kalu TB ado kat Terengganulah pada maso tuh.

Sebatang kara said...

Oklah TB. Kawe nok balik doh nih penat doh. Esok pulok kito berforumnya.

Grand Marquis said...

Apakah melaksanakan hukum Islam juga perlu sokongan dari DAP? Ini tak syirik ke?.

Tak,syirik adalah apabila UMNO menjadikan Loteri UMNO sebagai program ekonomi mereka.

He he. Desparate nak menang sampai betul atau salah pun main tibai aje. Suka hati engkaula TB. Sebagaimana anda sendiri cakap, orang yang baca blog ni bijak-bijak. Mereka boleh menilai sendiri siapa yang benar dan salah. Jangan lupa, sebelum solat nanti minta kebenaran dari rakan DAP awak.

Apa pun, bila hang copy paste dari http://noto513.wordpress.com/2008/06/21/the-real-story-behind-may-13-by-tunku-abdul-rahman/

Ia lebih membuktikan anda ni cakap tak berdasarkan fakta. Dalam artikel itu sendiri Tunku kata peristiwa May 13 itu adalah coup untuk menjatuhkan kepimpinan beliau.

Dimanakah Tunku kata peristiwa 13 Mei telah diciptakan bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia.

Abd Razak said...

mmg org yg baca blog ni bijak2...tp xsebodoh org tu yg xtau beza duit rakyat ngan duit kerajaan...xabis2 nk pertahankan mazhab dia yg dok suruh bersyukur kt kerajaan...mmg bangang betul...aku tau le hang dh kepanasan sbb perancangan perpaduang ni xjd kn...pastu ngan TB bg sejarah ni lg...lg le pns telinga hang kn...

gn said...

saya ahli pas dan pembaca senyap banyak blog esp pas.

saya cadangkan TB ignore saja grand marquis dan sebatang kara.walaupun saya puji mereka kerana gunakan nama mereka secara konsisten tetapi permikran org2 spt ini tidak bole di selamatkan lagi.

kami dapt menilai berita dan fakta dan juga reality yg berlaku dalam masyarakat.

i can only salute u bro. kerana masih tidak serik dan tidak mengalah dalam perjuangan mempertahankan PAS padahal saya kenal ramai pendokong pas terutama golongan pro yg telah fed up dan bersikap pasif sekarang sejak pimpinan perpaduang ni buat hal termasuk dr hassan di negeri saya mengundi dan berkhidmat untuk pas sejak 1995

penyu teranung said...

mari doh pak supir Deramang, Rozak si cicok kubing...

Anonymous said...

Keep up the good work bro, biaq pi la kat puak puak perpaduang yang bengong lagi buta perut! Dah tak dapat nak tolong orang cam ni. Their brain is as big as a peanut! Where can think!!!! Dah makan nasi kangkang UMNO banyak sangat nak buat camana?

Anonymous said...

Senior Tulang Besi
Kerja bagus nih.... Masalahnya ahli ahli PAS asih lagi benggap bahalol lembap dan toye, sanggup mengadaikan PAS kepada pemimpin yang 'close proximity' dengan UMNGOK the DUMNO nun.

Dah sah lagi terang pemimpin PAS dari kumpulan Royalti Ehsan Terengganu lembap dan gilakan harta duniawi hendakkan pangkat dari berjasa kepada Rakyat, agak mustahil mereka mereka ini ingin menolak Bungalow Mewah, Rumah di Putrajaya, Bini Bini Baru Putih Melepak bagaikan si Bung nun, holiday di Disneyland free, dan kereta Bintang.

Apa ade dengan Proton Waja, atau Perdana yang berkualiti seperti lori sampah kontraktor DBKL nun.

Kekuatan Blog hanya sementara sahaja, ahli ahli PAS perlu lebih matang dalam pemikiran dan bukan sahaja dalam hal-ehwal dalaman bilik tidur sahaja. Jangan jadi seperti Jaguh Kampung Bukit Gantang & Behrang yang kalah pada Amoy dari China nun, sudah....

Grand Marquis said...

Razak ni tak baca posting orang la. Ni kita dah reply.

Abd Razak,

Siapa yang tak tau duit kerajaan itu duit rakyat. Aku pun tau. Masalah yang tak paham tu ialah TB dan seantoronya.

Bila bab menghalalkan arak dan judi, dia kata UMNO halalkan arak dan judi. Tak pula dia kata kerajaan Malaysia yang buat.

Tapi bila bab guna duit kerajaan, dia tak kata dia guna duit UMNO.

Ini jelas sikap double standard. Kenapa bila yang buruk tu, UMNO yang buat, bila yang baik tu, disembunyikan nama UMNO dan digunakan nama kerajaan?

Apakah semata-mata mahu menang perdebatan kita bersifat hipokrit dalam berhujah?

Sesungguhnya amat tepat apa yang dikatakan oleh Nabi S.A.W. iaitu antara sifat munafik ialah bila berhujah kerjanya kira nak menang aje.

Kita tak minta anda semua sokong UMNO mahupun mengatakan UMNO itu baik. Tapi kalau nak kritik pun biarlah kita bersikap adil. Bukankah mufti Nga sendiri baca surah "Aura" yang menyuruh kita bersikap adil?

Anonymous said...


Bila bab menghalalkan arak dan judi, dia kata UMNO halalkan arak dan judi. Tak pula dia kata kerajaan Malaysia yang buat.

Tapi bila bab guna duit kerajaan, dia tak kata dia guna duit UMNO.

Ini jelas sikap double standard. Kenapa bila yang buruk tu, UMNO yang buat, bila yang baik tu, disembunyikan nama UMNO dan digunakan nama kerajaan?
.

Aku rasa kao yang bengap tak faham hujah TB.

Untuk menyenangkan budak macam kau faham konsep yang mudah, cuba kau jawab soalan ni:

Apa kena mengena UMNO menghalalkan judi dengan TB guna duit rakyat?

TB guna duit rakyat tu halal. UMNO halalkan judi sebab dia buat Loteri UMNO.

Apa kena mengenanya Grand Marquis?

Kao tu yang susah nak faham sebab otak kau tak senter.

Grand Marquis said...

Apa kena mengena UMNO menghalalkan judi dengan TB guna duit rakyat?

Isunya ialah bila bab menghalalkan judi, TB kata UMNO halalkan. Dia tak kata kerajaan Malaysia halalkan. Bila bab guna duit kerajaan, dia kata itu duit rakyat, tak pula dia kata itu duit UMNO.

Bila tang benda buruk yang dibuat oleh kerajaan, TB guna nama UMNO sebagai ganti kerajaan. Bila tang benda yang baik, TB guna kerajaan sebagai ganti UMNO.

Ini adalah sikap double standard dalam penulisan. Amat malang orang sedemikian berkata Blog Adalah Sumber Kebenaran Dalam Dunia Media Malaysia yang Penuh Fitnah padahal blog beliau ini penuh dengan fitnah dan ini adalah satu contoh fitnah beliau.

Lagi satu saya nak tanya TB, wujud lagi ke loteri UMNO tu pada hari ini? Surat tu bertarikh 1953, masa tu belum merdeka lagi.

p.s. penat kena explain benda yang sama berkali-kali. Hairan juga kenapa TB tak pernah nak jawab isunya, sebaliknya hanya Anon aje yang asyik keluar soalan yang sama.

Anonymous said...

Sebatang kara said...
TB yang kata,

Di Kelantan juga diluluskan Hukum Hudud ini tetapi terpaksa digantung akibat ugutan Mahathir dan Kerajaan Pusat namun tiada pula ulasan atau kritikan di situ. TB juga cuba mengaitkan alasan kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu dengan Hudud.

HUDUD KELANTAN DAH BINCANG DENGAN DAP, HUDUD TERENGGANU TAK BINCANG DENGAN DAP KOOOOOTTTTT

Anonymous said...

Grand marquis hang ni tak habis habis nak tegakkan benang yang basah! Hang punya blog tak laku ka? Pi main jauh-jauh pi la menyalak kat blog hang sendiri! Tak pun tak laku kalau hang tulis blog!

Anonymous said...

Salam TB,

Grand Marquis ni namanya hebat....

Kalu kita selalu baca buku2 berkaitan dengan alam2 rahsia....alam2 dunia delap....alam2 counter agent.....alam2 counter intelligence.....pendek cerita alam2 'ciptaan' freemason, nama Grand, Lodge biasa kedapatan.....nama2 yang menggambarkan 'darjat' masing2!.....dan nama Marquis nih memang selalu depa guna....nama bukan nama unsur melayu....nama barat yang berat dengan unsur2 alam itu!

mamat ni kalu kita baca, lidah dia pantas memusing....lidah bercabang.....dia sentiasa disokong hujahnya oleh me-layu2 lain yang sengat otak....yang hanya nampak umno ni sesuci-sucinya!.....perjuangan keramat yang tak boleh ditegur!......boleh buat apa2 kesalahan pun asalkan me-layu kekal berkuasa!....

ini fahaman me-layu didikan yahudi....realpolitik!....fahaman politik sekular Marchiavellian.....TOKGURU agung kat malaysia ni bagi fahaman ini adalah mamak kutty.....dia sudah merelakan dirinya berguru dengan tok guru AGONG realpolitik nih...Dr Henry Kissinger sejak dari tahun 1968 lagi!....

bagi yang buta sejarah, nak aku bagi faktanya?.....jangan sengat otak lah oii!!!

Grand MAKI....lu tak payah lakun sebagai orang intelligent lah....ini adalah cara yahud mengecilkan hujah orang bila mereka tak dapat patahkan hujah2 itu.....bacalah website Jerusalem Post, Washington Post atau Haaretz......cara lu tulis macam yahud ajer.....

in which hierarchy are you anyway!....gua tanya bukan apa, kalu tak duduk pada 'darjat' tu, nama tu bukan senang nak diguna!....ataupun kalu tak tahu alam gelap nih, nama ni langsung tak geti!...nak sebut pun tak tau lah!.....

The MIND!!!

Sebatang kara said...

GN habaq,

saya cadangkan TB ignore saja grand marquis dan sebatang kara.walaupun saya puji mereka kerana gunakan nama mereka secara konsisten tetapi permikran org2 spt ini tidak bole di selamatkan lagi.


Jangan samakan saya ngan GM. GM adalah penganut UMNO, manakala saya adalah pengikut setia PAS. Jika nak katakan kepala hotak saya dah rosak akibat dek Kerajaang Perpaduang, mintak maap. Pada pandangan saya, saya cukup jijik ngan UMNO terutama sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap kerajaan Terengganu masa PAS pegang dulu.

Tujuan saya masuk forum ini adalah hanya untuk cuba memperbetulkan kekalutan yang ada dalam parti kita ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya hanyalah bersifat berkecuali sahaja. Berkali-kali saya katakan jika ada sebarang perselisihan antara kita atau perbezaan pendapat cuba selesaikan dengan cara yang betul. Jangan tunjukkan kat luar yang kita ada perselisihan walaupun memang kita ada perselisihan faham. Kepada TB kalu bab TB komen kat UMNO saya setuju 300%. Tapi untuk kritikan sesama parti kita ini diharapkan jangan terlalu ketara berpihak kepada pihak-pihak tertentu semata-mata. Please be gentleman. Kaedah yang TB pakai seperti yang saya katakan sebelum ni lebih banyak menjuruskan kepada perpecahan daripada penyatuan ummah. Contohnya, isu belanjawan baru-baru ini, yang mana BN hanya menang 3 undi sahaja, saya tidak nampak pun sebarang komen memuji Presiden ngan Tim. Presiden dan ngan yang lain-lain yang sanggup tunggu bersama-sama rakan pakatan rakyat yang lain sehingga tengah malam. Tapi tak kedengaran pula kritikan terhadap ahli yang tak datang (terutama sekali yang mengetuai sidang media di parlimen untuk menolak kajaang perpaduang).

Bab hudud pulak, saya begitu sedih sekali sekarang, dulu UMNO saja yang tolak, lepas tuh sahabat bukan Islam dalam BA dan sekarang ini, dalam PAS sendiri juga sudah ada unsur-unsur yang tak suka hudud.

Tulang Besi said...



Jangan samakan saya ngan GM. GM adalah penganut UMNO, manakala saya adalah pengikut setia PAS. Jika nak katakan kepala hotak saya dah rosak akibat dek Kerajaang Perpaduang, mintak maap. Pada pandangan saya, saya cukup jijik ngan UMNO terutama sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap kerajaan Terengganu masa PAS pegang dulu.
.

Nasihat saudara Sebatang Kara saya hargai.

Inshaalah saya akan tidak melayan si GM ni.

Memang betul, dia ni kaki putar alam, putar belit.

Itu sahaja modal dia.

Anonymous said...

untuk kaki2 fitnah dalam blogger..baca artikel "membunuh secara online" dihttp://www.pemudagombak.com/?p=1492

Anonymous said...

kerajaan perpaduan dah basi. Yang timbulkan hanya awak jer. Apsal? Lagi awak memfitnah perkara ni lagi membuat orang menyampah dan menampakkan lagi keburukan diri awak.... jadi fikir-fikirlah

Tulang Besi said...

Anonymous said...

kerajaan perpaduan dah basi. Yang timbulkan hanya awak jer. Apsal? Lagi awak memfitnah perkara ni lagi membuat orang menyampah dan menampakkan lagi keburukan diri awak.... jadi fikir-fikirlah

December 24, 2009 4:01 PM
.

Keynataan Presiden pada masa sambutan Maal Hijrah membuktikan agenda Pepaduang masih segar dalam pemikiran mereka.

Anonymous said...

sy bukan penyokong fanatik Pas tp sy amat tertarik dengan dasar perjuangan Pas. Apa yang sy lihat hari ini (dari perspektif remaja)Pas dan Umno makin hari makin sama. Melalui Kerajaan Perpaduang dan Kemelut PMBK, kepincangan dalaman Pas semakin ketara. Ini hanya merugikan parti sendiri dan tidak keterlaluan jika saya katakan yang Pas mungkin akan tumbang satu hari nanti. Tetapi bukan kerana Umno itu kuat, tetapi Pas dibunuh oleh mereka yang terlalu gilakan kuasa.

Pada pendapat saya, Pas memerlukan proses "pemutihan" dalam kadar segera dan proses ini hendaklah bermula daripada Tok Guru Haji Hadi sendiri. Letaklah jawatan anda. Dasar Pas adalah agama yakni Islam dan bukannya bangsa. Berkorbanlah demi agama bukannya pentingkan cita-cita anda sendiri. Biarlah bangsaku mundur, jangan agamaku hilang.

king said...

kalu ambik pendapat luar bukan tghh..tgna, ust nasa, mat sabu, tuan brahim..semua kena letak jawatan..yg naik bakaq, tb... mmmm elok juga

Kahwin tanpa wali-PAS said...

PAS tak patut bersatu dengan UMNO. Dia orang tak ada apa nak contribute. Asyik kuliah pagi jelah.

Kita nak disko nak rock nak kebebasan.

Forget PAS.

Pemimpin PAS pun pandai berzina..kahwin tanpa wali. Dah pasti tak sah tak dapat rasa sekejap jadilah..

Piiirah... PAS kolot dan munafik

Kol. Mat said...

aaya.naksembahyang pun kena jumpa DAPke?.Tak pa TB boleh jumpa dan ajak dan ajar DAP sama tentang islam lagi baik daripada UMNO Jumpa MCA/MIC pergi dangdut bawah tanah kat SEJATI under M. Junit dulu2an.

Kol Mat said...

Kahwin tanpa wali boleh ada nasnya sebab ramai bapa sekarang tak boleh jadi wali. belajar la feqah tentang wali,dari segi definasi dan konsep serta prasyarat wali dalam Islam. Yang sedih tak nikah dan tak wali pon leluasan berlaku. Ada yang TGNA yang tanggkap kalwat dalam gelap dan pecah terburai , ini yang salah.

Tinta Hitam said...

Suka atau tidak pihak pimpinan PAS perlu menerima hakikat bahawa kebanyakan blogger enggan dikawal oleh mana mana pihak...

Anonymous said...

grang marquis,

still waiting for your comments on my above writings....

i) you are in what level of THE HIERARCHY?
ii) Dr M have been with the Jews since 1968....you know anything about this?....or you will deny this fact flatly.....nak jaga imej Islam mamak tu!

The MIND!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.