Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 25, 2009

DEB Gagal Sebab UMNO, Bukan Sebab Orang Cina

Faktor utama kegagalan DEB diterangkan sendiri oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty DK dalam salah satu kenyataan beliau:

“The NEP, it must be iterated, was not concerned with making all the bumiputeras earn equally, or share equally, the wealth distributed amongst them. …The intention of the NEP was to create in the bumiputera community the same division of labour and rewards as was found in the non-bumiputera communities, particularly the Chinese. … The equitableness was not to be between individuals, but between communities” (Mahathir Mohamad, 1998, The Way Forward, London: Weidenfeld & Nicolson.pp. 33-34).

Terjemahan: DEB, dan ini mesti ditekankan, tidak pernah mengambil kesah untuk memastikan kesemua Bumiputera mendapat pendapatan yang setara antara sesame Bumiputera ataupun kekayaan yang dibahagikan dengan adil di kalangan mereka.

Tujuan sebenar DEB adalah untuk mencipta “division of labor and rewards” seperti mana yang terdapat dalam bangsa-bangsa bukan Bumiputra di Malaysia terutamanya berbanding dengan kaum Cina.

Kesaksamaan dari segi pembahagian kekayaan di kalangan orang Melayu bukan jadi tujuan utama DEB tapi, lebih kepada kesaksamaan pembahagian kekayan antara kaum.


Secara mudahnya, Dr Mahathir mengaku dengan ikhlas bahawa DEB bukan program untuk mengkayakan orang Melayu tetapi untuk mengkayakan ELIT MELAYU.

Itulah sebabnya selepas 30 tahun, DEB telah menemui kegagalan yang amat nyata. Segala wang kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi serta pegangan ekuiti orang Melayu hanya berlegar di kalangan UMNOPUTRA dan elit Melayu semata-mata.

Sepatutnya UMNO dihukum atas kegagalan DEB bukannya diberikan lagi kuasa pemerintahan di atas kegagalan mereka. Tapi, nak buat macamana, orang Melayu ni pemaaf tak bertempat.

PENGALAMAN BERBORAK DENGAN DRIVER TEKSI PULAU PINANG

Beberapa bulan yang lepas saya menghadziri perkahwinan adik saya di Pulau Pinang. Dari bandara, saya mengambil teksi ke hotel tempat rombongan lelaki menginap.

Dalam perjalanan saya berborak dengan driver teksi yang kebetulan anak jati Pulau Pinang. Saya bertanyakan berkenaan program tender terbuka untuk kontrak-kontrak kelas F di Pulau Pinang. Kesemua kontrak untuk Kelas F adalah untuk Bumiputra dan di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, arahan dikeluarkan untuk semua tender Kelas F dilakukan secara tender terbuka.

Terkejut saya apabila driver teksi itu memberitahu bahawa semenjak polisi baru ini, kawan-kawan driver teksi beliau pertama kali dalam sejarah mendapat kontrak Kelas F dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau tambah lagi, bahawa kalau dulu, kontrak-kontrak ini akan disapu bersih oleh kroni-kroni UMNO (atau lebih dikenali sebagai kontraktor2 OKU).

Tapi, sekarang ini orang seperti beliau berpeluang untuk mendapat pendapat lebih sekitar RM3k-4k sebulan dengan kontrak-kontrak Kelas F yang terbuka kepada umum.

Bagi saya, inilah dia DEB sebenar dan kita melihat DEB sedang berjalan dengan baik di bawah DAP. Jelas kepada kita, selagi UMNO memerintah, DEB akan terus gagal kerana DEB pada kita tidak serupa dengan DEB yang difahami UMNO

DEFINASI DEB YANG KITA FAHAM BERLAINAN DENGAN DEFINASI DEB YANG DIFAHAMI UMNO

Bagi UMNO, DEB bererti program mengkayakan UMNO Putra dan elit Melayu. Orang kebanyakan di kalangan Melayu sebenarnya tidak berapa layak untuk mendapat DEB.
Bagi orang Melayu biasa, DEB dianggap sebagai program membantu orang Melayu. Namun, tujuan asal dan murni itu sudah tidak wujud lagi. DEB sudah menjadi alat UMNO untuk mengkayakan kepimpinan dan elit-elit mereka.

Kenapa? Kerana DEB adalah sebenarnya hasil dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang telah diadakan pada tahun 1968. Di dalam Kongress tersebut telah dihadiri oleh melayu dari UMNO, PAS, PSRM, NGO, Akademik, kumpulan agama, kumpulan sekular Melayu dan melayu yang tidak berparti.

DEB bukan projek, dan bukan program yang berasal dari UMNO. UMNO tidak membuahkan idea-idea dan program-program yang terkandung dalam DEB. DEB berasal dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang diwakili oleh semua orang Melayu.

Dan, sekiranya tidak berlaku penolakan kepada UMNO pada tahun 1969, nescaya UMNO tidak akan mengimplementasi program DEB pun. Sebelum 1969, UMNO telah pun selesa dengan keadaan mereka yang meneruskan dasar ekonomi penjajah.
UMNO melaksanakan DEB demi survival politik mereka sahaja dan bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

Sebab itu kita lihat banyak program2 DEB telah dihapuskan UMNO i.e. biasiswa, Bank Bumiputra dsbnya. Yang tinggal hanyalah program pemilikan ekutiti dan projek kerajaan yang mana program-program ini akan diratah oleh UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu meninggalkan ramai orang Melayu kesusahan.

UMNO PARTI FEUDAL BUKAN PARTI MELAYU

Jadi tak heranlah DEB gagal. Ia bukan program UMNO. Ia adalah program yang dipaksa ke atas UMNO semata-mata.

Kerana UMNO terpaksa melaksanakan DEB, maka DEB diubah kepada program mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu selaras dengan ideologi feudal UMNO.
Sememangnya UMNO tidak kesah untuk memastikan kekayaan di kalangan orang Melayu dibahagikan dengan setara. Oleh kerana UMNO parti Feudal, maka tujuan asal DEB telah di “feudal” kan.

BAGI UMNO, KORUPSI ITULAH DEB

DEB adalah program yang mulia dan berasal dari pemikiran orang Melayu secara keseluruhan tidak kita fahaman politik dan keturunan.

Ia ikhlas bertujuan membantu orang Melayu untuk menjadi bangsa yang dihormati di tanah sendiri. Maka nya, perlaksanaan DEB mesti dilakukan dengan amanah dan cermat kerana kita harus ingat, bangsa lain juga berkorban untuk DEB ini.
Malangnya, DEB dilaksanakan oleh parti yang berfahaman feudal seperti UMNO yang menganggap tuan-tuan dalam masyarakat Melayu adalah seperti raja dan rakyat jelata Melayu keseluruhannya adalah hamba mereka.

Maka, jadilah program-program DEB dijadikan alat kepada mereka untuk menjadi kaya dan terlampau kaya. Majoriti orang Melayu hanya mendapat sisa-sisa yang dilontar oleh puak2 elit melayu ini.

Oleh sebab itu, walaupun sudah lebih 40 tahun DEB berjalan, majoriti Melayu di Malaysia akan keluar negara sekiranya diberi peluang. Perkara yang biasanya berlaku pada orang Cina dan India, sekarang ini menular kepada orang-orang Melayu.

UMNO masih seperti dulu. Menunggang DEB untuk mengkayakan kroni dan elit UMNO. Mereka berjaya meng “hijack” DEB dan memberikan DEB imej yang sangat buruk dan jijik.
Sedangkan DEB adalah program yang mulia lagi terpuji.

Demi untuk membersihkan nama DEB, maka orang Melayu WAAJIBBB menghumban UMNO dalam Laut CIna Selatan.

Tulang Besi

26 comments:

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said,

SALAM xrismas,

MINTA TOLONG SEMUA PEMBACA CETAK DAN FOTOSTAT BUKU MAHAFIRAUN MALAYSIA'S MAVERICK IN TURBULENT TIMES, edarkan 1 juta naskah kpd org luar bandar.

belum edar lagi buku ni mamak pandir dah mengaku dia lesap tak sampai 100b. cuma 10b shaja.

sekian,

PETIKAN

WWW.MALAYSIABARU.COM

Grand Marquis said...

Orang Melayu bukannya bodoh dan boleh diperbodohkan lagi. Tak perlu TB datang cerita pasal "kegagalan" DEB. Realitinya orang Melayu pun sedar. Cuma kegagalan ini berlaku sekitar tahun 2004 bila Pak Lah dan Khairy berkuasa. Itulah sebabnya orang Melayu protest dan memberikan kemenangan kepada PR di 5 buah negeri.

Cuma saya hairan melihat cara anda terjemah kata-kata Tun. Tak adapun perkataan mengkayakan ELIT Melayu dalam kata-kata beliau. Tapi TB pandai-pandai main tambah perkataan itu. Tindakan memasukkan kesimpulan sendiri dalam perkataan orang lain adalah tindakan yang tidak beretika.

TB menyelitkan perkataan "mengkayakan ELIT Melayu" bukan saja tidak beretika, tapi berniat jahat dalam terjemahan.

DEB sudah berjalan hampir 40 tahun. Hanya sekitar 6 tahun yang lepas terdapat abuse. Apakah kerana kelemahan itu kita terus buat kesimpulan DEB gagal? Sama juga bila TB menyalahkan UMNO kerana tidak buat apa-apa pada awal 12 tahun selepas merdeka.

Ni saya ambil dari paper yang anda guna sebelum ini.

The NEP also appeared to have been successful in reducing poverty. Indeed,
government official figures show that the NEP reduced poverty beyond its target (see
Table V.7). Furthermore, the identification of ethnic group with economic function
was reduced during the NEP period. Table V.8 below shows that the percentage of
Bumiputera in professional and technical occupation increased from 46.7 percent in
1970 to 64.3 percent in 1995. Indeed, the percentage of Bumiputera in all other
occupations, except for agricultural occupation, increased. There was also an increase
in the number and percentage of registered professionals from the Malay
(Bumiputera) ethnic group (see Table V.9). In 1970, only 225 Bumiputera were
registered as professionals, which is about 5.0 percent of the total registered. In 1995
however, the number increased significantly to 19344, which was about one third of
the total registered. These were a reflection of the significant increase in Malay
enrolment in higher learning institutions, as well as in various technical training institutes during the NEP period. The ownership of share capital by the Bumiputera
increased from 2.4 percent in 1970 to 20.6 percent in 1995 (see Table V.10). Thus,
even though it still fell short of the NEP target of 30.0 percent, the Bumiputera
seemed to have made quite a significant progress in terms of ownership and control of
capital

Thus, during the NEP period, not only was there remarkable economic growth and
development of the country, there was also improvement in the economic position of
the Malays as well. Poverty eradication in particular was successful under the NEP.
Furthermore, there was the emergence of the Malay middle-class, as well as a
noticeable Malay business-class, never before imagined.


Cont...

Grand Marquis said...

Saya nak tanya TB. Apa ini semua bukan kejayaan DEB?

Nampaknya TB hanya mencedok fakta yang akan menampakkan keburukan dan menyembunyikan fakta yang baik-baik. Sungguh tak jujur cara penulisan anda.

Sebagaimana yang diterangkan dalam paper tersebut dan juga kata-kata TDM, memang benar DEB bukan nak kurangkan jurang intra-kaum, sebaliknya ialah inter-kaum. Tujuannya adalah untuk "cerate the same division of labor and rewards as was found in non-bumiputera community, particularly the Chinese".

Fahamkah TB apa itu same divison of labor? Maknanya ialah objektif DEB ialah ia mahu orang Bumiputera menceburi bidang yang sama seperti bangsa lain, khususnya orang cina. Yakni ia mahu meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam bidang professional.

Pepatah orang putih kata give me a fish, I will eat fish for one dinner. Teach me how to fish, I shall eat fish for the rest of my life.

DEB ni umpama program mengajar orang Melayu memancing. Tapi apa yang TB sibuk war-warkan ialah TB mahu DEB menjadikan orang Melayu kaya. Nampak sangat singkatnya vision TB. Adakah orang Melayu akan kaya selama-lamanya dibawa subsidi kerajaan?

Lihat TB sebagai contoh terbaik. Atas dasar DEB, TB telah berpeluang melanjutkan pelajaran di ITM, seterunya ke Kansas City (please confirm). Hari ini walaupun TB tak dapat kontrak kerajaan, tapi berbekalkan skill tangkap ikan yang ada, TB boleh survive dan menjadi expat dengan gaji 30k. Bukankah ini satu contoh kejayaan DEB.

Tinta Hitam said...

Tajuk engko tu bagus TB.memang DEB gagal sebab UMNO.DEB ni pd UMNO maksudnya sapu,sapu,sapu sampai habis.BUkan sebab nak tolong org melayu sgt.Kawan aku adalah kontraktor kat Selangor.Dia minta kontrak.Dia dipanggil oleh MB Selangor ketika tu (Skg ni dah xMB lah).X MB tu kata kalau nak kontrak ni kena bagi dia 50K.Pont blank punya permintaan.Tak berseloka dan tak berselindung.

Bayangkan lah tu banyaknya duit.Tu baru sorang.Ada beratus ratus kontrak kat Selangor ni.TU sebab la kalalu kita tgk pemimpin pemimpin UMNO menangis teresak esak bila Selangor jatuh kat PR.Soru plg besar sudah hancus.Bukan sebab DAP perintah sgt.

Tu sebab aku pasal UMNO ni apa aje yg dia sebut aku tak percaya.Malahan kalau UMNO sebut daun tu hijau pun aku tak percaya..Sebab mesti ada auta punya

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Memang DEB berjaya menyelesaikan masalah miskin tegar orang Melayu, TAPI ekuiti orang Melayu masih di bawah 10%.

Itu pun sebab ada GLC dan badan-badan berkanun.

Itu pun sebab UMNO terpaksa mengimplementasi program2 yang DIDESAK oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

Bukan sebab UMNO nak sangat.

jadi apa yang boleh diterima kasih pada UMNO.

Cuba bagitau sikit?

Tulang Besi said...

GM,

Berapa ekuiti orang Melayu selepas 40 tahun DEB.

BOleh bagitau tak?

Anonymous said...

Salam,
Maaf mencelah sikit!
Kes 1.
Pada tahun 90an terdapat beberapa individu telah dibantu oleh kerajaan untuk menambah bilangan ahli perniagaan melayu supaya dapat bersaing dalam bidang perniagaan.Pada mereka disandar harapan yang tinggi untuk menjadi usahawan melayu dan seterusnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya pada orang-orang melayu. Antara mereka termasuklah Halim Saad,Amin Shah,Tajuddin Ramli dan sebagainya.Pada mereka disandarkan harapan tinggi untuk menambah ekuiti orang melayu pada masa tersebut.Tajuddin ramli umpamanya merupakan orang melayu yang mendapat pinjaman yang paling banyak dan beliau telah berjaya dilantik sebagai pengerusi mas.
Namun sehinggakini dimana mereka!dimana kilang atau institusi yang diharapkan untyuk menambah jumlah ekuiti melayu dalam bidang ekonomi!Dimana tajuddin ramli,dimana halim saad,dimana amin syah sekarang!!!Mereka mendapat belbagai kemudahan daripada kerajaan, daripada dasar DEB,kemudahan kredit berjuta-juta yang akhirnya terpengaruh dengan wang berjuta!Pada masa itu khabarnya mereka berlumba-lumba untuk memberli jet pribadi,helikopter pribadi!Itulah masalah melayu sebenarnya!Adakah salah pembuat dasar atau salah individu melayu yang rakus dalam kemewahan dunia sehingga mengabaikan tanggongjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan pada mereka!Tajuddin ramli misalnya masih bergelut dengan kes pecah amanah seperti mana tersiar dalam mediamassa baru-baru ini!Dalam konteks ini adakah orang melayu tanpa mengira parti akan betul-betul bertanggungjawab,jujur dan amanah jika diberi peluang sedemikian!!!!Adakah ini salah kerajaan atau salah sikap orang melayu sendiri!!!!
Kes 2.
Situasi pada masa kini!Kerajaan telah memberi peluang seluas-luasnya pada orang melayu baik pada kontrak berjuta-juta maupun membina pondok menunggu bas ditepi jalan!Tapi siapa sebenarnya yang membina projek tersebut!Siapa yang paling banyak mendapat keuntungan!Melayu hanya mempunyai lesen,diberi kontrak dan akhirnya yang membina siapa!Kontrak melayu mungkin akan mendapat keuntungan 10% dan mengaku bahawa projek itu dia yang melaksanakan!Dapatla pakai perdana V6!Kita tak menyalah orang yang sebenarnya membina projek tersebut!Mereka mempunyai wang,mereka mempunyai dan memonopoli semua bahan pembinaan!Salah siapa dalam kes kedua ini!salah dasar atau sistem yang sedia ada atau salah orang melayu sendiri!
Kes 3.
Masalah TEKUN!Baru-baru ini TEKUN menghadapi masalah usahawan yang meminjam dan tidak membayar hutang!
Sistem yang sediaada telah menyalurkan berjuta-juta ringgit ungtuk membantu usahawan tempatan terutamanya bumiputera!Dapat pinjaman ,berniaga,tidak bayar penjaman!Salah siapa!Dalam konteks ini beberapa usahawan lintah menyatakan bahawa pegawai TEKUN yang mensyorkan perniagaan tersebut!Dapat pinjaman,berniaga dan akhirnya lintah tidak ada pasaran!Akhirnya gulungtikar!Salah siapa sistem!Pegawai TEKUN!Atau usahawan!
Kadang-kadang kita sering menyalahkan sistem jika terdapat kegagalan!Sedangkan sistem itu berjalan lancar,cuma berlaku kebocoran dan ketidakbertanggongjawaban setengah-setengah pemimpin politik,pelaksana(pegawai kerajaan) dan juga usahawan itu sendiri!Golongan pelaksana dan usahawan tersebut mengcakupi semua parti termasuk ahli pas dan umno sendiri!

maaf mencelah dan berfikirlah secara rasional!


-orgkampungje!

Anonymous said...

Salam,
Maaf mencelah sikit!
Kes 1.
Pada tahun 90an terdapat beberapa individu telah dibantu oleh kerajaan untuk menambah bilangan ahli perniagaan melayu supaya dapat bersaing dalam bidang perniagaan.Pada mereka disandar harapan yang tinggi untuk menjadi usahawan melayu dan seterusnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya pada orang-orang melayu. Antara mereka termasuklah Halim Saad,Amin Shah,Tajuddin Ramli dan sebagainya.Pada mereka disandarkan harapan tinggi untuk menambah ekuiti orang melayu pada masa tersebut.Tajuddin ramli umpamanya merupakan orang melayu yang mendapat pinjaman yang paling banyak dan beliau telah berjaya dilantik sebagai pengerusi mas.
Namun sehinggakini dimana mereka!dimana kilang atau institusi yang diharapkan untyuk menambah jumlah ekuiti melayu dalam bidang ekonomi!Dimana tajuddin ramli,dimana halim saad,dimana amin syah sekarang!!!Mereka mendapat belbagai kemudahan daripada kerajaan, daripada dasar DEB,kemudahan kredit berjuta-juta yang akhirnya terpengaruh dengan wang berjuta!Pada masa itu khabarnya mereka berlumba-lumba untuk memberli jet pribadi,helikopter pribadi!Itulah masalah melayu sebenarnya!Adakah salah pembuat dasar atau salah individu melayu yang rakus dalam kemewahan dunia sehingga mengabaikan tanggongjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan pada mereka!Tajuddin ramli misalnya masih bergelut dengan kes pecah amanah seperti mana tersiar dalam mediamassa baru-baru ini!Dalam konteks ini adakah orang melayu tanpa mengira parti akan betul-betul bertanggungjawab,jujur dan amanah jika diberi peluang sedemikian!!!!Adakah ini salah kerajaan atau salah sikap orang melayu sendiri!!!!
Kes 2.
Situasi pada masa kini!Kerajaan telah memberi peluang seluas-luasnya pada orang melayu baik pada kontrak berjuta-juta maupun membina pondok menunggu bas ditepi jalan!Tapi siapa sebenarnya yang membina projek tersebut!Siapa yang paling banyak mendapat keuntungan!Melayu hanya mempunyai lesen,diberi kontrak dan akhirnya yang membina siapa!Kontrak melayu mungkin akan mendapat keuntungan 10% dan mengaku bahawa projek itu dia yang melaksanakan!Dapatla pakai perdana V6!Kita tak menyalah orang yang sebenarnya membina projek tersebut!Mereka mempunyai wang,mereka mempunyai dan memonopoli semua bahan pembinaan!Salah siapa dalam kes kedua ini!salah dasar atau sistem yang sedia ada atau salah orang melayu sendiri!
Kes 3.
Masalah TEKUN!Baru-baru ini TEKUN menghadapi masalah usahawan yang meminjam dan tidak membayar hutang!
Sistem yang sediaada telah menyalurkan berjuta-juta ringgit ungtuk membantu usahawan tempatan terutamanya bumiputera!Dapat pinjaman ,berniaga,tidak bayar penjaman!Salah siapa!Dalam konteks ini beberapa usahawan lintah menyatakan bahawa pegawai TEKUN yang mensyorkan perniagaan tersebut!Dapat pinjaman,berniaga dan akhirnya lintah tidak ada pasaran!Akhirnya gulungtikar!Salah siapa sistem!Pegawai TEKUN!Atau usahawan!
Kadang-kadang kita sering menyalahkan sistem jika terdapat kegagalan!Sedangkan sistem itu berjalan lancar,cuma berlaku kebocoran dan ketidakbertanggongjawaban setengah-setengah pemimpin politik,pelaksana(pegawai kerajaan) dan juga usahawan itu sendiri!Golongan pelaksana dan usahawan tersebut mengcakupi semua parti termasuk ahli pas dan umno sendiri!

maaf mencelah dan berfikirlah secara rasional!


-orgkampungje!

Grand Marquis said...

TB sedaya upaya mahu discredit UMNO dalam sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu. Inilah orang kata sikap benci tak tentu pasal.

TB kata:

Memang DEB berjaya menyelesaikan masalah miskin tegar orang Melayu, TAPI ekuiti orang Melayu masih di bawah 10%.


Hang ni baca tak paper tu?

Statistik yang diberikan ialah ekuiti bumiputera pada tahun 1970 ialah 2.4% dan pada 1995 ialah 20.6%. Kalau ini tak meningkat aku tak tau apa hang punya analisa. 10% hang dapat dari mana? Time tahun 70?



Itu pun sebab ada GLC dan badan-badan berkanun.

Itu pun sebab UMNO terpaksa mengimplementasi program2 yang DIDESAK oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

Bukan sebab UMNO nak sangat.


Cuba hang bagi fakta yang kata UMNO tak nak sangat. Hang ni main dakwa sembarangan menurut persepsi anda. Senang-senang hang kata UMNO tak nak bangunkan ekonmi orang Melayu. Kalau ikut method hang, aku boleh kata TB bukan nak Islam sangat, saje nak glamer. So what can u do?

Hang ni kena belajar tulis berdasarkan fakta, bukan persepsi.

Hang kata KEB desak UMNO baru dia buat, tapi hang lupa, yang duduk dalam KEB sendiri banyak orang UMNO, macam mana hang boleh kata KEB desak UMNO?

Berapa pegangan ekuiti orang Melayu selepas 40 tahun? Aku tak de statistik. Tapi dalam paper tu tunjuk pada tahun 95 pegangan ekuiti ialah 20.6.

Mungkin hang akan kutuk ia sikit sangat. Tapi at least ia lebih baik dari tiada.

Kerja hang hanya nak cari keburukan aje. Ini kerja orang yang hasad.

Saya nak tengok TB tulis satu artikel, apakah sumbangan PAS dalam pembangunan ekonomi orang Islam.

Anonymous said...

Semasa saya menyertai Biro Tata Negara pada tahun 1995, depa dok skru our head cakap melayu ni bangsa subsidi, mmg melayu UMNO lah bangsa subsidi dan anak anak menteri lah bangsa subsidi, dan anak-anak pegawai kerajaan UMNO lah bangsa subsidi! Bangsat sungguh!

Tulang Besi said...

Berapa pegangan ekuiti orang Melayu selepas 40 tahun? Aku tak de statistik. Tapi dalam paper tu tunjuk pada tahun 95 pegangan ekuiti ialah 20.6..

So lau ngaku la DEB gagal, sebab objektif DEB adalah 33.33% selepas 30 tahun.

Yang 20.6 tu pun dia campur sekali badan2 berkanun dan GLC2 serta SEDC2.

Lagi satu Gm, kau tak payah tanya sumbangan PAS pada ekonomi ISlam di MAlaysia.

Tanya soalan bodoh tu kau tau tak.

PAS mana ada memerintah Malaysia lagi, mcmna nak sumbang.

Grand Marquis said...

TB, kalau hang baca apa yang orgkampungje tulis hang akan faham. Kerajaan menyediakan peluang, tapi orang Melayu aje yang tak nak rebut peluang. Ini tak kira parti politik.

Mungkin pegangan ekuiti tak capai matlamat. Tapi at least something. Bagaimana dalam bidang-bidang yang lain seperti pendidikan dan bidang professional? Kalau kerja kita nak cari salah memang mudah. Ni macam budak yang nak ambil periksa. Dia set target nak dapat 90 markah untuk A+. Akhirnya dia dapat 75, B+. Walau tak capai matlamat, at least dia dah berusaha. Yang paling malang ialah orang yang duduk kutuk aje, tapi tak buat apa-apa. Lebih malang ialah dia sendiri adalah generasi yang mendapat manfaat dari DEB.

TB kata
PAS mana ada memerintah Malaysia lagi, mcmna nak sumbang.

Sebelum saya tanya soalan, saya dah boleh jangka inilah jawapan TB. OK, tak perintah Malaysia tak pe. Macamana dengan Kelantan? Dah 20 tahun perintah Kelantan. Nak tau apa sumbangan PAS untuk membangunkan ekonomi dan sosial orang Islam di Kelantan. 20 tahun tu masa yang cukup lama. Sila TB senaraikan pencapaian PAS selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Tulang Besi said...

Anonymous Grand Marquis said...

TB, kalau hang baca apa yang orgkampungje tulis hang akan faham. Kerajaan menyediakan peluang, tapi orang Melayu aje yang tak nak rebut peluang. Ini tak kira parti politik.

Mungkin pegangan ekuiti tak capai matlamat. Tapi at least something. Bagaimana dalam bidang-bidang yang lain seperti pendidikan dan bidang professional? Kalau kerja kita nak cari salah memang mudah. Ni macam budak yang nak ambil periksa. Dia set target nak dapat 90 markah untuk A+. Akhirnya dia dapat 75, B+. Walau tak capai matlamat, at least dia dah berusaha. Yang paling malang ialah orang yang duduk kutuk aje, tapi tak buat apa-apa. Lebih malang ialah dia sendiri adalah generasi yang mendapat manfaat dari DEB.
.

Kahkahkah orang kampung pun tak faham apa dia tulis.

Hakikatnya, peluang yang disediakan oleh kerajaan pergi kepada UMNOPUTRA dan Elit Elit Melayu.

Sebab tu DEB gagal

Grand Marquis said...

Hakikatnya, peluang yang disediakan oleh kerajaan pergi kepada UMNOPUTRA dan Elit Elit Melayu.

Siapa dia elit-elit Melayu tu? Setahu saya Anwarlah orang yang paling banyak bela elit-elit Melayu.

TB pun menerima peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk belajar di kansas citi (sila confirm), jadi TB pun tergolong dalam elit Melayu.

ataspagar said...

Tulang Besi said...
....Lagi satu Gm, kau tak payah tanya sumbangan PAS pada ekonomi ISlam di MAlaysia.
Tanya soalan bodoh tu kau tau tak.
PAS mana ada memerintah Malaysia lagi, mcmna nak sumbang.

saudara GM, sebenarnya itulah sumbangan PAS yg sumbang pada org melayu di malaysia ini..zero.. ckp jer berdegar2..mcm ayam jantan berkokok.. tapi ekor penuh najis.. kalau tanya pd TB apa sumbangan PAS untuk ISLAM lak.. jawapan standard beliau tetap sama.. PAS mana ada memerintah Malaysia, mcmna nak sumbang.. hahaha mmg sumbang kan bunyinya..

Anonymous said...

Saudara TB.
Balik ke Malaysia,sambung belajar,buat masters atau Phd!Tajuk :Kefahaman politik seseorang usahawan melayu penentu kegagalan atau kejayaan sesebuah perniagaan.
Tesis peringkat masters keataslano!Baru dapat melihat samada DEB,UMNO,PAS atau individu itu sendiri yang menjadi faktor penentu kejayaan atau kegagalan!
Hipotesis oragkampung:Faktor individu mempunyai hubungan yang signifikan atas kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan.
Lagipun kalau ada masters atau Phd,barula orang respect pandangan kita!

-orgkampungje!

Alias Mohd Yusof said...

Dengan kuasa yang ada, mereka telah memanipulasi DEB untuk kepentingan puak mereka, akhirnya matlamat DEB yang murni itu tidak dapat dicapai.

Anonymous said...



saudara GM, sebenarnya itulah sumbangan PAS yg sumbang pada org melayu di malaysia ini..zero.. ckp jer berdegar2..mcm ayam jantan berkokok.. tapi ekor penuh najis.. kalau tanya pd TB apa sumbangan PAS untuk ISLAM lak.. jawapan standard beliau tetap sama.. PAS mana ada memerintah Malaysia, mcmna nak sumbang.. hahaha mmg sumbang kan bunyinya..

December 26, 2009 6:42 AM
.

Yang jelas zero adalah kepala otak kau.

Tak tau beza mana yang berkuasa dan mana yang tidak.

Itulah sebabnya kao ni sokong UMNO. Kalau kau bijak, kau takkan sokong UMNO.

PERISIKumno said...

UMNO SUKA BUAT MACAM MACAM DASAR

DEB LAH, PANDANG KE TIMUR LAH. BERSIH CEKAP DAN AMANAH LAH, MASA ANWAR ADA BUAT PENYERAPAN NILAI NILA ISLAM LAH, .....MACAM MACAM LAH ....

INI SEMUA WAYANG UNUK TARIK SOKONGAN ORG MELAYU DAN PENGUNDI ...

YANG PENTING PERUT TUUN DIAM, MAHA KUTY KU LI DAN KRONI KRONI MEREKA KENYANG.

T DIAM ADA BANK ANTARABANGSA DAN JUGA 2-3 BIJIK DI MALAYSIA MELALUI PROKSI DIA. MAHA KUTY ANAK ADA LESEN PROCHE, MINYAK CARI GALI , DULU PANTAI HLDG, MCM MCM LA...

DUIT DUA EKOR NI KOMBINE BOLEH JATUHKAN PAK LAH, NAJIB ATAU SESIAPA SHJ YG MERINTAH MALAYSIA..

CUMA BANGSAT NI TAK TAU KUASA RAKYAT. BERANI LA KO SOGOK 28 JUTA RAKYAT MALAYSIA..

ITU SEBAB ANWAR SELALU PENTINGKAN KUASA RAKYAT!

'OTAK KAU LA DEB NI BAGUIH...'

KONSEP UMNO KETIKA ITU PERKAYAKAN DIRI SENDIRI. BIAR RAKYAT MENDERITA DGN BEBAN HUTANG DAN KESEMPITAN HIDUP ... PEMIMPIN UMNO KAYA MELALUI WAYANG DEB, KENA MTK DGN DEPA. WALAU KENA BAGI BUNTUT BINI SEKALIPIN ... MTK DUIT DGN OKU ( ORG KUAT UMNO ) YG DAH RAIH UNTUNG MELALUI DEB ...

TAK LARAT AKU NAK SAMBUNG .. SEDIH MIKIRKAN UMNO BANGSAT YG PERGUNAKAN KAUMNYA SENDIRI .. BANGSAT UMNO

Sebatang kara said...

GM,

Tak silap sayalah, equiti bumiputra (termasuk orang asli, siam, bidayuh, iban, kdazan dll) sekarang nih tak sampai 18%.

Bagi saya UMNO memang bes, sebab masa PAS pegang dulu kat Terengganu, Negeri Terengganu no.2 terkaya kat Malaysia Selepas Selangor tapi ke-2 dengan kadar kemiskinan. Masa tu, hutang kat kerajaan pusat cuma RM700 juta.

Negeri Terengganu adalah pengeluar minyak paling utama di Malaysia sehingga pada masa itu digelar Kuwait Malaysia. Tapi jika lihat realitinya kalau nak bandingkan Terengganu ngan Kuwait ibarat kata Jauh panggang dari api, ibarat langit ngan bumi. Selain minyak, perut bumi negeri Terengganu juga kaya dengan sumber lain seperti emas, besi, balak dll.

Persoalang sekarang siapa yang dapat merasai nikmat tersebut. Tak lain dan tak bukang adalah pemimpin-pemimpin UMNO ngan sedara mara dan kroni-kroninya.

Sebab itu masa UMNO jatuh 1999 pemimpin bagai jadi oghang gila, ibarat bernafas dalam lumpuq. Ibarat kata masa tuh kalo ketuk sikit kepala geng-geng UMNO nih mampuihla adanya. Kenapa saya berkata begitu, sebabnya mereka telah putuih talian hayat mereka daripada wang royalti minyak kat Terengganu. Selepas itu tak sampai setahun Dr. M kata perjanjian minyak ngan Terengganu tak sah (salah satu kerja munafiq UMNO) barulah geng-geng UMNO segaq balik. Barulah berlagak baik ngan nak buat program pembangunan. Punyalah hebat pembangunan masa nih, pagar sekolah yang baru buat tak sampai tiga tahun depa roboh dan buat balik ngan binaan yang cantik sekali bagi orang kampung terbeliak bijik mata tengok pagaq tuh (saya ingatkan depa nak ajaq budak-budak sekolah atas pagaq kut). Ini semua hasil rompakan wang royalti dari kerajaan negeri dan ditukaq kepada wang ihsan (untuk pengemis-pengemis VIP UMNO).

Sekarang nih saya cukup bangga ngan negeri saya, selepas rompakan ari tuh, berbagai projek yang boleh dibanggakan berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia seperti Stadium Bumbung Runtuh, Kolam Renang Bocoq, Masjid Bumbung runtuh dan terbaru sekali adalah stesen bas runtuh. Bagi saya projek-projek ini begitu unik sekali dan tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia nih.

Alhamdullilah dengan kekayaan dan kemakmuran di negeri Terengganu ini saya terpaksalah saya merempat di Negeri lain untuk mencari Rezeki. Tak tahulah berapa puluh ribu lagi rakyat Terengganu merempat di negeri orang untuk mencari Rezeki. Ini adalah salah satu kebanggaan kite semua oghang Ganu kito @ Kuwait Malaysia.

Kepada TB teruskan usaha murni anda untuk terus membongkar kebobrokan UMNO dalam usaha untuk menyelewengkan DEB ini.

Anonymous said...

Sebatang kala,
...gua, guan eng,lu mai Peneng!Gua kasi kerja samalu!!!!!Lu boleh cakap inglish!Lu boleh cakap mandarin!!!Lu bukan budak DEB no!!!Lulus mana LKWing!Uniten!Multimedia!! Bukan IPTA no!Itu tempat tak baguih,budak DEB,baca tak baguih ooo!Masuk IPTA pas gitu-gitu!Lu baca apa kat U?Medic!Eng!Famasi!Baca art tak laku ooo!

Anonymous said...

Tulang Besi

Sila mintak maaf atas penipuan terbuka anda...You said

Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah.

UMNO dah STOP isytihar sama sekali.

BEtul tak?

For your informtion, please refer to Page 333 of the RMK9 book, published and distributed by EPU... aka UMNO Governent. You will find the GINI statistics by race breakdown...

Pls pls pls stop spreading lies. Not befitting someone who claims they stand for Islam!!! Tolong la bro...

Ive even pasted the stas kat siniMEAN MONTHLY GROSS HOUSEHOLD INCOME AND
GINI COEFFICIENT BY ETHNIC GROUP AND STRATA,
1999 AND 2004
In Current Prices Average Annual In Constant 1999 Average Annual Gini
Ethnic Group (RM) Growth Rate Prices (RM) Growth Rate Coefficient
and Strata (%) (%)
1999 2004 2000-2004 1999 2004 2000-2004 1999 2004
Bumiputera 1,984 2,711 6.4 1,984 2,522 4.9 0.433 0.452
Chinese 3,456 4,437 5.1 3,456 4,127 3.6 0.434 0.446
Indians 2,702 3,456 5.0 2,702 3,215 3.5 0.413 0.425
Others 1,371 2,312 11.0 1,371 2,150 9.4 0.393 0.462
Malaysia 2,472 3,249 5.6 2,472 3,022 4.1 0.452 0.462
Urban 3,103 3,956 5.0 3,103 3,680 3.5 0.432 0.444
Rural 1,718 1,875 1.8 1,718 1,744 0.3 0.421 0.397

Anonymous said...

Read again.

From 1990 to 1997, the GINI jumped from 0.428 to 0.450.

At that rate, in another 7 years time (after 1997), the GINI will equal or exceeds the GINI coeffcient recorded in 1970 (0.466).

When that happens, it means that DEB was a total failure.

That is why UMNO has stopped publishing Intra Ethnic GINI
coeffcient for Malaysia.

How did u miss such a simple explanation?

Tulang Besi said...

Read this and weep:

The government appears to have stopped publishing intra-ethnic distribution figures,
which were readily available until 1990, and it is likely that intra-ethnic inequality has
worsened for at least the Malay community. Indeed, the government acknowledged
that intra-ethnic income inequality is still high, particularly among the Bumiputera.
The concern for the high intra-Malay inequality could be drawn from the following
excerpt (Malaysia 1991, p.100):
"Intra-ethnic income disparities are still sizeable, with inequality among the
Bumiputera being higher relative to that of the non-Bumiputera. The Gini
coefficient in 1990 for the Bumiputera was 0.428 while that for the Chinese
was 0.423 and the Indians 0.394. As another comparison, whilst the mean
income of the top 20 percent of the Chinese household was about 8.6 times
the income of the bottom 20 percent, the disparity between the top and
bottom income households for the Bumiputera was about 9.2 times."
.

malaysia moden said...

malaysia baru ko hisap mat salleh tu..lagi bagus.

PKR Dua Bulan said...

Sekarang PAS guna lambang bulan.
Kalau PKR menang Anwar akan guna lambang dua bulan!!!! hahaha.

Mahkamah Persekutuan dah sahkan Anwar main bontot Munawar.

Tak kan nak tipu 28 juta rakyat.

Itu belum kes lain2 lagi..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.