Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 7, 2009

Dr Mahathir kata UMNO Sudah Busuk Sampai Ke Usus. Visi Husam Musa Tepat

Sedar atau tidak bahawa pernyataan Dr Mahathir itu sebenarnya membuktikan visi yang diutarakan oleh Dato Husam Musa sewaktu pemilihan PAS pada May 2009 baru2 ini. Dr Mahathir dilaporkan berkata keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.

Sebenarnya, terjemahan itu tidak tepat. “Rotten to the Core” mengambil sempena buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” yakni bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” epal tersebut (yakni dalam epal) bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang. Sekiranya busuk tersebut hanya diisi luar sahaja, maka busuk itu boleh dikerat buang dan bahagian lain masih boleh diselamatkan.

Ertinya Dr Mahathir menyatakan bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dibuang atau diganti baru. Busuknya umpama buah epal yang sudah busuk sehingga ke bahagian dalam. Ertinya tiada lagi bahagian-bahagian dalam UMNO yang boleh diselamatkan dan keseluruhan UMNO harus dibuang di dalam longkang.

Sesuai Dengan Visi Husam Musa

Sebelum pemilihan PAS 2009, Dato Husam pernah berkata bahawa visi beliau sekiranya berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden adalah untuk memastikan PAS menjadi pengganti kepada UMNO dan bukan rakan kepada UMNO.

Visi Dato Husam disokong oleh kenyataan Dr Mahathir ini. Ertinya, benar kata Dato Husam bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi, justeru, harus diganti oleh PAS.
Dato Husam dilaporkan berkata:
“The incumbent No. 2 seems to have close ties with Umno leaders and he seems not focused on making our party the anchor party,” he said.
“I want to put a stop to activities destructive to the idea of PAS replacing Umno,” added Husam.
“I feel my time in the party is wasted if the party only wants to complement Umno,” he said.


(Terjemahan: Timbalan Presiden sekarang nampaknya mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan UMNO dan tidak fokus kepada usaha membuat parti kita (PAS) sebagai parti yang utama. Saya mahu memberhentikan segala aktiviti yang sangat-sangat merosakkan usaha ke arah menggantikan UMNO dengan PAS. Saya merasakan masa saya dalam PAS dibazirkan sekiranya PAS hanya mahu menjadi sebagai “sampingan” kepada UMNO sahaja.)

Justifikasi Dato Husam itu jelas kerana Dr. Mahathir sendiri sudah “give up” dengan UMNO. Mengapa harus ada kepimpinan2 PAS yang mahu membantu UMNO dengan memberi nafas kedua kepada mereka?

Usaha Berselingkuh Dengan UMNO Berjalan Semenjak Selepas PRU 2008
BEnar saudara-saudara sekelian. Tanpa sebab yang konkrit mahupun asas yang kukuh, mereka telah mengambil keputusan untuk duduk dan berbincang dalam gelap dengan UMNO? Silakan mendengar penjelasan dari Nasa sendiri di bawah:




Tiada bukti pun DAP dan PKR anti kepada Islam mahupun orang Melayu dan Islam. Malahan, baru-baru ini, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan kepada para Huffaz Al Quran. Juga, di bawah “DAP”, dakwah Islamiyyah di Selangor menjadi cukup hebat dan cukup luas tidak seperti sewaktu di bawah UMNO dahulu.

Jadi, apa perlunya PAS berusaha berbaik dengan UMNO? Apa yang PAS boleh dapat dari berbaik dengan UMNO?

Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan adalah alasan yang jelas mahu membawa PAS rapat dengan UMNO. Sedangkan keputusan muktamar adalah supaya kita merapatkan saf dan hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Sedihnya ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sedang digunakan sumber dan sokongan mereka untuk menguatkan kembali UMNO oleh Fraksi UMNO yang sedang menguasai PAS.

Kalau Dr Mahathir sudah give up dengan UMNO, mengapa masih ada kepimpinan PAS yang menaruh harapan pada UMNO? Pelik bin ajaib

Tulang Besi

31 comments:

Anonymous said...

TB mana sambungan audio ust Nasa..mcm tak abis lagi.. tak dgr pun ust nasa nak masuk UMNO??

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Grand Marquis said...

Tiada bukti pun DAP dan PKR anti kepada Islam mahupun orang Melayu dan Islam. Malahan, baru-baru ini, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan kepada para Huffaz Al Quran. Juga, di bawah “DAP”, dakwah Islamiyyah di Selangor menjadi cukup hebat dan cukup luas tidak seperti sewaktu di bawah UMNO dahulu.

Ini persepsi ke fakta? Sekarang ni saya minta TB buktikan yang UMNO ni anti Islam.

Sila juga buktikan yang dakwah Islamiah di Selangor menjadi cukup hebat.

Jangan main dakwa ikut sedap mulut.

p.s. Saya baca biodata awak. Kononnya ...my writings will appear to be very much slanting towards facts rather than opinions.

So proof your facts.

Tulang Besi said...

Ini persepsi ke fakta? Sekarang ni saya minta TB buktikan yang UMNO ni anti Islam.

Sila juga buktikan yang dakwah Islamiah di Selangor menjadi cukup hebat.

Jangan main dakwa ikut sedap mulut.

p.s. Saya baca biodata awak. Kononnya ...my writings will appear to be very much slanting towards facts rather than opinions.

So proof your facts.
.

Susah nak buktikan benda yang tiada.

UMNO mmacam awak yang selalu buat tuduhan ni.

Sepatutnya kau la buktikan.

Tapi sehingga hari ni takda pun apa2 bukti dari kau mahupun kaum kau, Grand Marquis.

Saya ada bukti yang UMNO telah bergelumang denan judi semenjak 1951 lagi.

Dah lupa ke?

Anonymous said...

TB, First thing first. You did write pasal Pemuda Pas Selangor hidup mewah dan mampu miliki kereta mewah walaupun hanya buat kerja parti. Tuan Ibrahim Tuan Man cabar hang kemukakan bukti dalam Sinar Harian hari ni. Adakah TB ada bukti? Atau TB hanya syak wasangka sahaja? Ada orang kata TB tak tulis kalau bukti tak ada. Can you proof it?

Sudah tentu TITM perlu juga bukti dia buat kerja: Apa status siasatan kes Pas Selangor ekoran Seminar tempoh hari?

Grand Marquis said...

Sebelum kita pergi bab lain, adakah kerana seseorang itu bergelumang dengan judi bererti dia anti Islam?

Adakah seorang Islam yang peminum arak bererti dia ni juga anti Islam?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

TB, First thing first. You did write pasal Pemuda Pas Selangor hidup mewah dan mampu miliki kereta mewah walaupun hanya buat kerja parti. Tuan Ibrahim Tuan Man cabar hang kemukakan bukti dalam Sinar Harian hari ni. Adakah TB ada bukti? Atau TB hanya syak wasangka sahaja? Ada orang kata TB tak tulis kalau bukti tak ada. Can you proof it?

Sudah tentu TITM perlu juga bukti dia buat kerja: Apa status siasatan kes Pas Selangor ekoran Seminar tempoh hari?
.

Pertama sekali, saya tak bercadang nak bawak bukti keluar, kerana apa yang saya tulis itu adalah sebagai PERINGATAN sahaja.

Bukan tujuan saya untuk mencari musuh.

Keduanya, apa yang berlaku bukanlah satu kesalahan dari segi Perlembagaan PAS.

Jadi, mcmna nak bawa benda tu ke JK Disiplin?

Yang penting adalah persepsi masyarakat tidak rosak kepada PAS terutama di Selangor.

Itu sahaja.

Kalau Pemuda Selangor rasa benda ni tak betul, nak silakan kemukan penafian.

Kenyataan Zaidi pun tak menafikan yang pemuda2 Selangor mempunyai kereta2 mewah sekarang ni. BEtul tak?

Kalau betul apa yang saya tulis tu salah, saya bersedia minta maaf.

Tapi saya dapat pengaduan dari ramai orang.

Jadi saya pun tulislah dalam bentuk peringatan sahaja.

Supaya perkara ini tidak diulangi lagi.

Kita tak lama lagi nak piliharanya umum. Kita kena guna wang dan tenaga untuk persediaan ke arah pilihanraya umum.

Bukan untuk kemewahan diri sendiri.

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...

Sebelum kita pergi bab lain, adakah kerana seseorang itu bergelumang dengan judi bererti dia anti Islam?

Adakah seorang Islam yang peminum arak bererti dia ni juga anti Islam?

December 7, 2009 1:50 PM
.

Sahlah puak2 UMNO tak dapat beza mana yang halal dan mana yang haram.

Kalau dah bertahun2 mentekedghah duit judi, otomatik tak dapat beza mana yang halal dan mana yang haram

Grand Marquis said...

Memang mudah buat dakwaan berdasarkan persepsi.

Kalau tanya Bush & Blair, adakah dia anti Islam, nescaya dia jawab tidak.

DAP tidak anti Islam? Ini adalah persepsi yang saya rasa hanya keluar dari orang yang hidup dalam denial, ataupun nak memperbodohkan orang lain.

Pergi baca dan analisa sendiri.
http://www.malaysiakini.com/news/81130

Adakah TB baca Al-Quran? Sebutkan dalam surah mana orang kafir ni akan mencintai dan memberikan kebaikan kepada orang Islam.

Tulang Besi said...

Anonymous Grand Marquis said...

Memang mudah buat dakwaan berdasarkan persepsi.

Kalau tanya Bush & Blair, adakah dia anti Islam, nescaya dia jawab tidak.

DAP tidak anti Islam? Ini adalah persepsi yang saya rasa hanya keluar dari orang yang hidup dalam denial, ataupun nak memperbodohkan orang lain.
.

Faktanya adalah kerajaan PR di seluruh Malaysia TIDAK ANTI ISLAM.

Adakah Grand Marquis bersetuju atau tidak?

Kalau tidak, sila kemukan bukti.

Anonymous said...

Bagus perdebatan menyihatkan minda!Jangan terlalu taksub kepada mana-mana pihak sudah!Rasional sikit!Kalau ada salah,tegur berdasarkan fakta!
Yang betul kita hormati,yang salah,kita tegur,tak kiralah Barisan nasaional atau Pakatan rakyat!
Hakimnya ialah kita,pengundi yang rasional......



-orgkampungje!

wirautama said...

TB sudah lah.. sungguh.. cukup ah dlm bab ni anda akan kalah klu berhujjah, kalu kau mmg ahli PAS lah.. cukup lah.. bila PAS dah join PR maka amatlah tak sesuai lagi kita nak bincang mengenai DAP dan PR mengenai negara Islam secara terbuka, maka aka ada yg terluka paroh.. sungguh.. biarlah pimpinan PAS yg aku yakin sangat mahir dan berpengalaman mengenai siyasah islamiah bincang sesama mereka.

mengenai UG kenapa masih lagi keras kepala, keputusan org buat doh, apa diungkit lagi, lama2 kita sendiri akan nampak terlebih2, padahal org yg ramai kenalan dlm pimpinan cam kau ni bukan payah sangat nok jumpa TGAH dan TGNA untuk tanya masalah UG ni, gi lah tanya sendiri, rumah mereka tadok polis pun jaga.

Akhir kata sudahlah, kelak kau sendiri yg akan membuka pekun didada sendiri..

Tulang Besi said...


mengenai UG kenapa masih lagi keras kepala, keputusan org buat doh, apa diungkit lagi, lama2 kita sendiri akan nampak terlebih2, padahal org yg ramai kenalan dlm pimpinan cam kau ni bukan payah sangat nok jumpa TGAH dan TGNA untuk tanya masalah UG ni, gi lah tanya sendiri, rumah mereka tadok polis pun jaga.
.

Kalau UG dah habis, apasal Hasan Ali masih round satu selangor sebar fitnah pasal kerajaan Pakatan Rakyat?

Anonymous said...

Langkah mayat saya (Karpal /DAP) kalau nak tubuhkan negara islam...TB tolong huraikan ya..

Grand Marquis said...

TB, fokus pada soalan. Soalannya ialah

Adakah kerana seseorang itu bergelumang dengan judi bererti dia anti Islam? dan Adakah seorang Islam yang peminum arak bererti dia ni juga anti Islam?

Nak di simpulkan, adakah pelaku maksiat ini automatik konfirm jadi orang anti Islam?

Bab PR anti islam tu kita simpan dulu. Yang nak dibincangkan ialah dakwaan TB iaitu DAP dan PKR tidak anti kepada Islam mahupun orang Melayu dan Islam.

Perlu ingat, DAP dan PKR tu lain. PR tu lain sebab dalam PR ada Pas.

Jadi fokus pada isu.

Sila baca dan komen artikel ini:
http://www.malaysiakini.com/news/81130

Apakah ini tidak cukup bukti?

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

UMNO bukan sahaja bergelumang dengan judi.

MEREKA MENAJA dan MEMPROMOSIKAN amalan judi dalam masyarakat Islam dan Melayu.

Ertinya, mereka seecara terbuka menentang hukum allah SWT.

Orang bodoh pun boleh faham benda ni, GM?

Grand Marquis said...

TB, sila bagi bukti MEREKA MENAJA dan MEMPROMOSIKAN amalan judi dalam masyarakat Islam dan Melayu

Perlu ingat, MEMBENARKAN judi tu hal lain. MEMPROMOSIKAN amalan judi dalam masyarakat Islam dan Melayu tu hal lain. Jadi sila bagi bukti.

p.s. jangan divert isu lain pulak.

Tulang Besi said...

GM kao baca ni
Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951

Anonymous said...

PAS Mudah Lupa


Mungkin saudara masih muda dan baru dalam politik: DAP dah berkali2 menentang penubuhan negara Islam.Sebab itu orang Melayu benci DAP. Antaranya baca

1.Karpal tells PAS to drop Islamic state policy
Tuesday, 22 April 2008 08:41PM
©Malaysiakini

Jangan lupa Karpal pernah cabar terang2 dengan kata2 terkenal "over my dead body" kalau nak tubuh negara Islam.

2.Ada banyak ucapan Lim Kit Siang terbitan DAP berkaitan tentangannya terhadap penubuhan negara Islam. Saya dah hilang simpanan fail. tetapi pernah hantar beberapa salinan ucapan Kit Siang kepada blog penabrikbeca dulu(tak pasti mungkin tahun lepas)


Saudara harus ingat maksiat , judi , arak dan pelbagai masalah di Malaysia bermula zaman British. UMNO sampai sekarang tak berjaya menghentikan amalan sebegini walaupun dah meredeka lebih 50 tahun. Bolehkah PAS berjaya? Kat Selangor, pun masih terhegeh2!

Anonymous said...

Orang melayu yang tak sokong UMNO sebab rasuah dan maksiat tak dibendung.

Orang melayu yang tak sokong PAS kerana PAS bersengkongkol dengan DAP, penentang negara Islam! PKR pun belum pasti lagi.
\

wirautama said...

Tulang Besi said...
Kalau UG dah habis, apasal Hasan Ali masih round satu selangor sebar fitnah pasal kerajaan Pakatan Rakyat?


mmg bertambah yakin aku TB mmg ada dendam peribadi dgn DHA, sbb tu dia selalu kaa pada DHA, dan kesilapan DHA ialah kerana tidak mengambil TB berkerja dlm kerajaan selangor..

aku nok tanya TB kau tahu dari mana Hasan Ali masih round satu selangor sebar fitnah pasal kerajaan Pakatan Rakyat? Bila tarikh, dimana?

wirautama said...

TB kata "Kenyataan Zaidi pun tak menafikan yang pemuda2 Selangor mempunyai kereta2 mewah sekarang ni. BEtul tak?"

Zaidi sebenarnya kata tak tahu, bukan dia nafi benda yg TB kata tu ada.. apa lah yg susah sangat ni. bila ada org dakwa, dia kata tak tahu ada seperti yg didakwa tu, mmg dia tak nafi tapi buka dia kata ada, sorry to say-- jahat nye kau ni TB, mu mengambarkan seolah2 ketidak nafian si Zaidi tu sebagai ada, pada hal mu tadok pun wak mari bukti sapa2 yg mu dakwa.. bergitu juga bila mu kata TGAH berbohong, bergitu juga tuduhan jahat mu kata "Presiden tu kata Tok Guru Nik aziz tak reti beza nasihat yang baik dgn nasihat yang buruk" sedangkan mu dok pernah pun tanya TGAH apa sebenarnya yg dia kata dan mu tak pernah sekali pun gi tanya Zaidi apa yg dia kata. Tapi kau reka sendiri maksud kata2 mereka itu untuk membenarkan tuduhan mu itu. Sbb tu aku kata TB sepatutnya stop, klu tak makin terserlah kejahatan mu.. sungguh!

wirautama said...

Nasihat ku pada TB sekiranya dia masih benar2 sayang pada PAS dan perjuangan Islam, stop ah bincang pasal negara islam, UMNO anti Islam ke DAP anti islam ke, PR anti islam ke, stop belaka, sebabnya kau bukan ahli.. kerana org bodoh akan jadi makanan org cerdik.. walaupun kadang kita dipihak yg benar sekiranya kita ni kurang cerdik kita akan kalah..

tetapi sekiranya TB ni bukan dari jenis yg menperjuangkan Islam aku pun mintak TB berhenti bicara bab ni kerana yg akan rugi ialah Islam itu sendiri. TB tak akan dapat apa.. kerana menang dan kalah pun TB tidak akan dapa apa, cuma boleh ah wak sagong pada org yg dia menang.. itu aja

Grand Marquis said...

TB yang sering kata orang lain tak paham bahasa, sama ada BM ataupun BI rupa-rupanya tak paham bahasa beliau sendiri.

Tahukah apa beza antara MEMBENARKAN dan MEMPROMOSIKAN?

TB kata UMNO MEMPROMOSIKAN amalan judi dalam masyarakat Islam dan Melayu

Apa yang dipaparkan sekadar menunjukkan kerajaan dulu ada membenarkan Judi, tapi dimanakah bukti UMNO MEMPROMOSIKAN JUDI DALAM MASYARAKAT ISLAM DAN MELAYU?

Baca betul-betul perkataannya. Dalam ayat awak ada perkataan "MEMPROMOSIKAN" "MASYARAKAT ISLAM" dan "MELAYU".

Apakah bahasa semudah ni pun tak paham?

MALAYSIABARU said...

DAP SEMEMANGNYA NAMPAK AGRESIF MEMBELA ORANG BUKAN ISLAM

tetapi at the same time DAP mendekati islam, membaca kitab dan kadangkala menyebut ayat quran dalam bahasa ARAB. this is a good step to be close to islam and understand others religion.

MCA penah buat macam tu haram tak penah dasar MCA zionis barat yg besekongkol dgn UMNO

PKR IS A MULTI RACE PARTY. pkr akan berjuang untuk islam yang sejati di mana ISLAM mempertahankan HAK minoriti sperti di BUlgaria, AUSTRIA di zaman keagunagn ISLAM. PKR hanya buat kerja mengikut ISLAM yang asli, bukan seperti PAS dan UMNO yang dah menyimpang dgn ajaran sebenar

PAS SANGGUP MENGADAI QURAN SEMATA MATA KETUANAN MELAYU begitu juga UMNO. org spt hassan ali dan mahfuz omar ni baruah penipu bangkai.

AKHIR KATA, PKR DAN DAP YANG BENAR-BENAR MENJIWAI ISLAM SUPAYA TIDAK TERSEST OLEH ISLAM BUAT BUAT SENDIRI PAS DAN UMNO.

PRESIDEN PAS SUDAH SANGUP BUAT KEPUTUSAN TAK IKUT QURAN LAGI.

MEREKA YANG CERDIK PANDAI ADA DALAM DAP DAN PKR. DALAM PAS CUMA ADA USTAD PONDOK DAN ULAMAK SESAT MATA DUITAN DUNIYA.

AKU GERENTI PAS JADI ARQAM YG DAH SESAT

PETIKAN

WWW.MALAYSIABARU.COM

Anonymous said...

Sebenarnya isu UG ni muncul sama waktu atau just sebelum Anwar berjumpa Pak Lah di Madrasah Shaikh Mahmud di ulu Langat...
http://anwaribrahimblog.com/2009/03/10/pertemuan-dengan-pak-lah/

dan semasa diutarakan ianya adalah diantara PR dan BN dimana BN boleh tidak mengandungi orang orang seperti Najib dll...(bukan antara PAS dan UMNO)
dan kita tahu bahawa selama ini Anwar hanya menfokuskan serangannya kepada Najib, bukan Pak Lah.. yang menyerang Pak Lah di internet adalah puak puak pro Mahathir...

Dimasa sama, dari kem PKR, DAP dan PAs menyuarakan agar Pak Lah terus menjadi PM dan tidak menyerahkannya kepada Najib.

dan dari laporan Malaysiakini, selepas pertemuan itu, salah seorang orang UMNO ada membayangkan yang beberapa orang MP UMNO akan menyokong usul undi percaya kepad PAk Lah utk terus kekal sebagai PM, bukan Najib... jika ini berlaku, akan ujud satu UG diantara PR dan BN.. dimana dipihak BN, bukan semua akan join terutama kem Najib...

dan dikatakan dari pertemuan itu, Najib kepanasan... dan tidak senang duduk

Jadi agenda UG adalah satu perancangan yang telah dipotong oleh Najibs untuk mengelak Najibs kempunan jawatan PM...

Sebab itu selepas Najibs jadi PM, apabila ditnaya kepada TGHH tentang UG, beliau berkata ianya sudah tutup buku.. non issue anymore...
dan selepas peluang yang terlepas akibat halangan dari Najib, ianya senyap sehinggalah puak puak macam TB ni dok bising... isu ini jadi hot semula...

korang baca link yg dibawah ni and figure it out...

http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/03/pertemuan-enam-mata-abdullah-anwar-dan.html
http://mt.m2day.org/2008/content/view/19061/84/
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/03/pertemuan-abdullah%E2%80%93anwar-selsema-najib-membawa-demam/
http://www.klpos.com/news/2009/03/11/1.html

Anonymous said...

cess..menyalak kuat2 kata Pemuda PAS selangor kaya raya.bila suruh tunjuk haram takdak.hampeh TB. Alasan TB adalah hanyalah PERINGATAN. Itu la, baik ko zikir byk2 biar hati ko tu bersih,jgn ada unsur syaitan.
Tergelak aku bc penafian TB ni ttg isu kereta mewah kakakakah..(mcm budak darjah 6)

- Besi Tembaga

Tulang Besi said...

wirautama said...

Nasihat ku pada TB sekiranya dia masih benar2 sayang pada PAS dan perjuangan Islam, stop ah bincang pasal negara islam, UMNO anti Islam ke DAP anti islam ke, PR anti islam ke, stop belaka, sebabnya kau bukan ahli.. kerana org bodoh akan jadi makanan org cerdik.. walaupun kadang kita dipihak yg benar sekiranya kita ni kurang cerdik kita akan kalah..
.

Apasal nak stop? sebab kau takut kebenaran?

Stkt yang aku tengok, komen2 kao semuanya menandakan kao tak cerdik.

kao sedar tak?

Grand Marquis said...

TB sampai sekarang masih tak jawab soalan dan tunjukkan bukti.

Soalan:
Adakah kerana seseorang itu bergelumang dengan judi bererti dia anti Islam? dan Adakah seorang Islam yang peminum arak bererti dia ni juga anti Islam?

Minta tunjuk bukti:
UMNO MEMPROMOSIKAN amalan judi dalam masyarakat Islam dan Melayu.

(Ingat, PROMOSI, bukan benarkan. Promosi misalnya seperti iklan WAHAI ORANG MELAYU ISLAM, MARILAH RAMAI-RAMAI KITA PERGI BERJUDI).

wirautama said...

perkataan asal ku
"Nasihat ku pada TB sekiranya dia masih benar2 sayang pada PAS dan perjuangan Islam, stop ah bincang pasal negara islam, UMNO anti Islam ke DAP anti islam ke, PR anti islam ke, stop belaka, sebabnya kau bukan ahli.. kerana org bodoh akan jadi makanan org cerdik.. walaupun kadang kita dipihak yg benar sekiranya kita ni kurang cerdik kita akan kalah..."

kemudian TB kata
Apasal nak stop? sebab kau takut
kebenaran?

Stkt yang aku tengok, komen2 kao semuanya menandakan kao tak cerdik.
kao sedar tak?


terpulang, itu nasihat ikhlas aku kerana hujjah kau dengan Grand Marquis ternyata kau bukan lawan si Grand Marquis itu saja.. adalah kurang cerdik klu berhujjah dlm kadaan itu, tapi klu rasa sagong nok berhujjah gok silakan lah..

aku tak nak bwk contoh dsini kerana org yg baca akan tahu, mu pun dok pernah dapat bawa bukti bila diminta.. sangat menyedihkan tiada hilang kehebatan pendakwah klu macam ni..

apa pun tak tahu apa kebenaran yg kau dakwa aku akan takut sbbnya ata tak nampak pun kau bawa kebenaran..

sungguh TB, sebenarnya ko tak layak nak bhujjah mengenai siapa lebih Islam, Negara Islam, siapa anti Islam.. nok wak cakap kedai kopi pun tak layak.. saja2 je ko dilanyak JKKK (pinjam ayat Ustaz AZHAR)

Anonymous said...

Saja nak jawab hujah Gran Marquis... sebenarnya sama sahaja dosa orang yang meminum arak, menghidang arak, menjual arak, meniklan dan mempromosi arak, memberi lesen dsb... sama sahaja dengan orang yang dok mempertahankan dosa-dosa arak tuh... Banyak hadis-hadir yang mengaitkan perbuatan dosa besar mengenai arak ini. So.. banyak sangat dosa pemimpin UMNO dalam hal ini kerana bukan setakat mempromosi, tetapi ada saham dalam syarikat ARAK seperti salah seorang anak Mahathir tu... Nak bukti? Cari dalam internet pun berlambak... org kampung dan orang bandar semua dah tahu. Orang UMNO sahaja yang masih PEKAK. bertaubatlah Grand Marquis sebelum tertutup hijab mu dengan Allah s.w.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.