Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 14, 2009

Hairan!! KEnapa Tiada Komen Dari Presiden dan Timbalan Presiden PAS: Najib Lulus 10 Lesen Judi Baru?

Yang saya tau, isu ini mula timbul waktu Piliharanya Kecil Bukit Gantang. Yang mengenegahkan isu-isu ini hanyalah tokoh-tokoh PAS yang pro kepada Pakatan Rakyat seperti Dr Lo Lo Ghazali dan sebagainya. Malangnya, sehingga hari ini, tiada komen atau kutukan dari Presiden mahupun Timbalan Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Dilaporkan oleh Business Times Singapore:


” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


Saya rujuk HArakahdaily, baik yang lama mahupun format baru ataupun lama, dan saya tak nampak satu kenyataan pun dari Presiden mahupun TImbalan Presiden berkenaan dengan isu ini.

Kenyataan yang saya dapat hanyalah dari Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menghentam UMNO atas sikap “munafik” mereka. Di satu segi mereka mengatakan mereka memperjuangkan Islam, tapi dari segi lain mereka bergelumang dengan noda judi.
(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019623&Itemid=85)

Dalam isu berkaitan dengan judi dan moraliti, seharusnya komen mesti dimulai dari PAS. HAsan Ali sendiri kata, di Selangor exco-exco Islam dari Parti KeAdilan Nasional tak boleh diharap dalam isu berkaitan dengan Islam. Tapi, dia tak pernah kondem Najib lulus 10 lesen judi ni. Dia, Presiden mahupun Timbalan Presiden PAS sendiri. Malahan, dalam isu ini, kita tidak tahu apa sebenarnya pendirian dan sikap PAS terhadap kelulusan 10 lesen baru “Special Draw”/Judi ini.

Yang hairannya HAsan Ali boleh pulak komen maki Ronnie Liu secara terbuka dalam isu arak. Bukan main garang Hasan Ali pada masa itu sehingga dia telah menyuruh Ronnie Liu ditukar portfolio exco beliau (atau pun letak jawatan).

Begitu garang Hasan Ali masa tu sampai buat siding akhbar terbuka menyerang sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

Tiada Kenyataan Atas Semangat Kerajaang Perpaduang?

Saya pun rasa macam tu. Atas semangat mahu mengadakan “Kerajaang Perpaduang” dengan UMNO dan Barisan Najib, maka isu-isu seperti ini mestilah disenyapkan.
Sudahlah idea Kerajaang Perpaduang ini tidak popular di kalangan ahli-ahli PAS, kiranya ada kenyataan menghentam judi ini datang dari kepimpinan PAS Pusat, maka idea ini akan jadi lebih tidak popular. Bayangkan, Pemuda Serdang sendiri menolak usul Kerajaang Perpaduang ini. Bayangkan kawasan-kawasan lain?

Jadi, demi untuk memastikan agenda “Perpaduang”/Muzakarah sentiasa releven di kalangan ahli dan aktivis PAS, maka Presiden dan Timbalan Presiden mengunci mulut dalam isu pemberian 10 lesen judi baru oleh UMNO ini.

Malahan, kita tak nampak pun banyak kenyataan yang bersifat keras dan mengkritik UMNO datang dari Presiden, Timbalan PResiden dan beberapa kepimpinan Dewan HArian PAS Pusat. Dalam isu GST sendiri, PAS tidak mengambil apa-apa sikap yang jelas dan menentang.

Saya rujuk kepada kenyataan2 Presiden yang biasanya disenaraikan dalam HArakahdaily di sini, namun tiada apa-apa sikap yang diambil oleh PResiden dalam isu GST yang bakal menghimpit rakyat Malaysia dalam kesengsaraan dan kesusahan ekonomi. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=category&id=83&Itemid=127)

Yang saya jumpa adalah kenyataan Presiden bertajuk “Menyebar maklumat bohong ke neraka” yang menjadi respon kepada kajian persepsi Aziz Bari terhadap Presiden yang menyatakan Presiden sudah tidak popular Presiden adalah dilihat sebagai pro UMNO.

Dengan Presiden tidak mengambil sikap yang jelas dalam isu Judi dan GST (misalnya), adakah kita boleh menyalahkan rakyat yang melihat Presiden ini pro-UMNO?

Belum PAS Masuk Barisan, Sudah Tidak Berani Menegur Kemungkaran BN

Saya pun nampak itulah trend PAS sekarang ini. Belum pun tubuh kerajaan campuran/perpaduang dengan UMNO, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ini sudah tidak lagi berani menegur kerajaan BN dan UMNO hatta dalam isu berkaitan dengan kemungkaran yang jelas seperti judi ini.

Bayangkanlah apabila perancangan mereka berjaya nanti dan PAS sudah menubuh kerajaan perpaduang dengan UMNO, apa akan jadi pada usaha Amar Makruf Nahi Mungkar di Malaysia?

Di kala itu, sebahagian orang Melayu akan meninggalkan PAS dan hampir keseluruhan orang bukan Melayu akan hilang kepercayaan kepada PAS.
Jelas, EGM itu perlu kepada PAS demi menyelamatkan PAS dan juga menyelamatkan usaha Amar Makruf Nahi Mungkar.

Ini juga membuktikan bahawa tuduhan kononnya PAS tidak boleh melakukan Nahi Mungkar kerana berkawan dengan DAP adalah meleset. Ini kerana, kalau PAS berkawan dengan UMNO, perkara yang jelas haram macam Judi ni pun PAS tak boleh tegur.

Satu hari nanti, mungkin Ketua Pemuda PAS akan terpaksa meraikan majlis kesyukuran serta majlis tahlil sempena pembukaan cawangan2 baru Sports Toto atau Magnum demi menjaga harmoni kerajaang perpaduang.

Tulang Besi

57 comments:

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said

sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila rami ahli-ahli parlimen pembangkang yang melepak di cofee house parlimen menerima kunjungan menteri menteri BN dengan hati terbuka . . .

apabila hati sudah terbuka maka mulalah buka poket, buka seluar , buka beg untuk menteri UMNO hulur lesen, projek dan wang ringgit....

kalau di luar org macam mahmpus omar dan salahudin berkokok macam nak tunbang bendera malaysia di jalan tuanku abdukl rahman, tapi di belakang kiter ...

mereka ni lah yg sebenarnya kawan baik UMNO... bukan sekadar berjabat tangan tapi siap ketawa riang dan buat seloroh lagi seolah olah negara tidak menghadapi sebarang masalah....

apabila di tanya apahal MP pas rapat dgn menteri dan MP umno? depa cakap ... untuk kebaikan bersama ... dan untuk nak cuba brainwash mereka ni.

sudahnya MP pas yang kena brainwash dengan pelbagai bentuk janji2, lesen, projek, JV, wang ringgit dan jawatan seperti timbalan perdana menteri untuk kuota PAS jika kita sama sama duduk dalam satu jemaah di pangil KERAJAAN PERPADUANG.

sebagai minoriti di dalam kerajaan perpaduang, maka PAS harus menghalalkan JUDIm ARAKm KELAB MALAM, KETUANAN MELAYU...

untuk menjayakan matlamat di atas, maka tok ayoh HADI PIN mulalah melontarkan konsep ini secara retorik, fantasi dan akhirnya melalui geng perpaduang merubah struktur PAS, cuma tingal implementasinya melalui hasan ali.

INI LAH JALAN JALAN YANG KITA AHLI POS BODOH MANGUKUK TERPAKSA LALUI

APABILA

DI PAKSA BERBUAT DEMIKIAN OLEH ULARMAK- ULAR MAK PALSU DALAM PAS.

MAI KITA SEMUA wala KPD PRESIDEN MACAM ARQAM WALA pada ABU YA...

SEKIAN. alahuwalam.

Anonymous said...

Sepatutnya Presiden dan Timbalan PAS
kena jadi jaguh dalam menentang atau menunjukkan ketidak setujuan nya PAS dalam perkara2 mungkar yg dilakukan oleh kerajaan kerana mereka meletakkan parti mereka parti yg memperjuangkan ISLAM,mereka kena memberi kenyataan yg KERAS, macam Dr. Hassan Ali dlm kes arak, tapi kenapa dalam kes Najib lulus lesen Judi Hassan Ali diam je, apa sudah jadi?????...Pemimpin tertinggi PR
DS Anwar Ibrahim je yg ada beri kenyataan. Mungkin Presiden, Timbalan Presiden dan Hassan Ali tengah sibuk nak jaga DAP hingga lupa musuh sebenar mereka...kdg2 betui juga kata2 org UMNO, "PAS dgn kami tak ada bezanya,ni belum dapat kuasa sepenuhnya tapi PAS lagi teruk sewaktu lemah di peralatkannya AGAMA.Bila dah kuat sikit mulalah tembelangnya sikit-sikit keluar" Betui ka? Kadang2 tertanya2 mana amalan dan sifat2 pemimpin Islam yg tegas, bukan tegas berpilih2,peka, bijak dan cerdik dlm kepimpinan tertinggi PAS....

Anonymous said...

Islam tidak sekali-kali mengajar ummatnya memungkiri janji. Lebih lagilah jika janji-janji itu telah memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, janji yang diharap-harapkan dapat mengubah nasib dan taraf kehidupan mereka dengan konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh PAS berserta Pakatan Rakyat, sebelum PRU12 dahulu. Apakah dikala itu Segelintir pemimpin PAS ini tidak terfikir akan kepentingan Islam dan kedudukan Bangsa Melayu. Kenapa baru sekarang mahu mengubah haluan politik. Kan elok jika berterus terang dari awal. Tiada siapa nak marah, merasa tertipu.

Anonymous said...

Setuju...PAS kena ikut kata TB sebab kalau tak ikut semua salah. Hidup TB! Hidup TB!..TB for PAS President, TB for PAS Timb. President.. TB utk semua jawatan dlm PAS.. TB! TB! TB!

Anonymous said...

Pasni bukak lama cerita2 lama.. kenapa TGHH diam bila Nik Aziz lawan Asri ka, TGHH diam bila konsert MJ dibuat kat Mesia 10 tahun dulu ka, TGHH diam bila bintang AF Asmawi Ani lepak2 ngan Nik Aziz ka.. PAS dia bila Maya Karin datang Kelantan ka, PAS diam bila ada program menyanyi di Kelantan ka.. ha kutip dan keluar balik cerita lama tu baik perhangat sket supaya boleh nampak PAS ni hodoh dan UMNO lagi bagus..Hidup BN, Hidup DSN, Hidup 1Mesia!!!!!

Anonymous said...

Kalau begini rupa permainan politik pemimpin PAS ini,tak payah susahkan sesiapa, biarkan saja UMNOBn memerintah. Berceramahlah kamu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti yang sekian lama, kononnya menjadi musuh tradisi kamu.Sanggupkah???...

sebatang kara said...

Anonymous kata...
Islam tidak sekali-kali mengajar ummatnya memungkiri janji. Lebih lagilah jika janji-janji itu telah memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, janji yang diharap-harapkan dapat mengubah nasib dan taraf kehidupan mereka dengan konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh PAS berserta Pakatan Rakyat, sebelum PRU12 dahulu. Apakah dikala itu Segelintir pemimpin PAS ini tidak terfikir akan kepentingan Islam dan kedudukan Bangsa Melayu. Kenapa baru sekarang mahu mengubah haluan politik. Kan elok jika berterus terang dari awal. Tiada siapa nak marah, merasa tertipu.


Saya rasa anonymous telah terlupa, PR hanya ditubuhkan selepas PRU12. Masing-masing DAP,PAS dan PKR ada manifesto tersendiri dengan PAS negara berkebajikannya. Jadi tak timbul janji bersama pakatan rakyat terhadap Malaysia sebelum PRU12. Yang ada adalah janji dan manifesto parti masing-masing.

Untuk TB juga banyak kesilapan terhadap persepsi anda. Pada 1999 dahulu, semasa PAS di Terengganu antara perkara pertama berjaya dilakukan adalah menghapuskan premis judi. Walaupun telah tumbang dengan teruknya pada 2004, orang UMNO dan kuncu-kuncunya tak akan berani bagi balik Premis Judi kerana Segan terhadap Sultan Terengganu dan Juga umat Islam di Terengganu.

Walaupun PAS menang di Kedah tetapi premis judi belum dapat dihapuskan kerana mungkin halangan-halangan daripada sahabat dalam PR itu sendiri dan begitu juga di Selangor dan Perak walaupun Majoriti rakyat adalah Melayu.

Satu soalan untuk TB, andaikata PR berjaya memerintah Pahang (belum lagi Malaysia)dengan PAS sebagai MB dalam PRU13 nanti, mampukah kerajaan PR tarik balik balik premis Judi di Kasino Genting Highlands.

A. Tak mampu.
B. Mampu.
C. Mampu (DAP akan belah meninggalkan PAS atau PR sama seperti mereka buat selepas PRU10 1999)
D. Sila beri jawapan sendiri.

Tulang Besi said...



Saya rasa anonymous telah terlupa, PR hanya ditubuhkan selepas PRU12. Masing-masing DAP,PAS dan PKR ada manifesto tersendiri dengan PAS negara berkebajikannya. Jadi tak timbul janji bersama pakatan rakyat terhadap Malaysia sebelum PRU12. Yang ada adalah janji dan manifesto parti masing-masing.
.

Pakatan Rakyat adalah JANJI. Dan ingat, sebulum PR kita ada BA dan BA itu ada janji2 nya yang tersendiri.

Pokoknya, pimpinan2 pro umno ini sedang MEMUNGKIRI JANJI

sebatang kara said...

Janji BA adalah tanpa DAP di mana DAP telah berpatah arang dengan PAS sebelum itu. Ingat PAS belum meninggalkan sahabatnya walaupun sering kali dikhianati dan ditinggalkan oleh mereka yang dipanggil sahabat. DAP sudah meninggalkan BA dan PAS sebelum ini dan tak mustahil mereka akan melakukannya untuk kali ke 2.

Tulang Besi said...



Saya rasa anonymous telah terlupa, PR hanya ditubuhkan selepas PRU12. Masing-masing DAP,PAS dan PKR ada manifesto tersendiri dengan PAS negara berkebajikannya. Jadi tak timbul janji bersama pakatan rakyat terhadap Malaysia sebelum PRU12. Yang ada adalah janji dan manifesto parti masing-masing..

Pakatan Rakyat adalah JANJI. Dan ingat, sebulum PR kita ada BA dan BA itu ada janji2 nya yang tersendiri.

Pokoknya, pimpinan2 pro umno ini sedang MEMUNGKIRI JANJI

December 14, 2009 9:56 AM
Delete
Anonymous sebatang kara said...

Janji BA adalah tanpa DAP di mana DAP telah berpatah arang dengan PAS sebelum itu. Ingat PAS belum meninggalkan sahabatnya walaupun sering kali dikhianati dan ditinggalkan oleh mereka yang dipanggil sahabat. DAP sudah meninggalkan BA dan PAS sebelum ini dan tak mustahil mereka akan melakukannya untuk kali ke 2.

December 14, 2009 10:07 AM
.

DAP takda pun, janji PAS pada PKR masih wujud

Sebatang kara said...

Janji apa antara PAS dan PKR, boleh tolong specific kan.

Janji apa yang telah PAS mungkiri.

Anonymous said...

Anonymous Sebatang kara said...

Janji apa antara PAS dan PKR, boleh tolong specific kan.

Janji apa yang telah PAS mungkiri.
.

Jumpa musuh PKR dalam gelap.

Anonymous said...

bodoh sungguh lah budok ni...
ke mmg taraf CEO bodoh gini? Last2 jadi sewel gitu je dia ni..

klu kita kabor kata ane dia bodoh dia dok ngaku gok.. org isem dok leh tebeng cara.. ikut dia je nok wak menda..

last2 org beri pakai baju wak ikat belakang

UD said...

Bongok kau TB, takkan semua pemimpin atasan kena kuar statement. kau tau dak bulan Februari 2009 tu time Perak tengah kena buli dengan BN? Presiden lebih tumpu pada isu tu la.

Isu judi yg memang takkan selesai (selagi bawah BN maybe) dan geng2 Bn ada saham dalam dia ni, serahkan kepada orang bawah. Bendahari contohnya.

Kalau setiapiisu Presiden kena participate, baik kau bubar je AJK Pusat tuh. kasik Presiden jadi diktator. Jadi macam Asia Tengah.

jahat nak mampus kau ni TB. Busuk hati. Kau sakit hati tak dapat jadi CEO ke?

Bodoh!

Grand Marquis said...

Nak tanya TB juga, kenapa tiada komen dari Murshidul Am, Tuan Guru Nik Aziz.

Kenapa TB tak highlight isu ini? Double standard ka?

Kepada sebatang kara,

TB tak kan jawab soalan awak kalau dia tau bila dia jawab akan terbukti hipokrisi beliau. Dia akan putar isu-isu lain sampai orang dah lupa apa yang awak tanya kat dia.

Jadi kena selalu desak dia. Kalau boleh setiap posting kena ulang balik soalan sampai dia jawab. Ni saya tolong ulang, moga-moga TB akan jawab secara terus.

andaikata PR berjaya memerintah Pahang (belum lagi Malaysia)dengan PAS sebagai MB dalam PRU13 nanti, mampukah kerajaan PR tarik balik balik premis Judi di Kasino Genting Highlands.

A. Tak mampu.
B. Mampu.
C. Mampu (DAP akan belah meninggalkan PAS atau PR sama seperti mereka buat selepas PRU10 1999)
D. Sila beri jawapan sendiri.

Tinta Hitam said...

Mungkin untuk membetulkan UMNo dari dalam kot.Tu sebab tak keluarkan kenyataan.Lagipun agaknya mungkin kelulusan tu adalah dharurah.

Wallahualam.Saya pun sebenarnya tka perasan pasal Presidan dan Timbalan tak keluarkan kenyataan mengenai judi ni.

Mungkin juga utk menjaga semangat 1Malaysia kot..

Tulang Besi said...


Wallahualam.Saya pun sebenarnya tka perasan pasal Presidan dan Timbalan tak keluarkan kenyataan mengenai judi ni.

Mungkin juga utk menjaga semangat 1Malaysia kot..
.

Rasanya lebih kepada menjaga semangat PERPADUANG

Serious Shepherd said...

andaikata PR berjaya memerintah Pahang (belum lagi Malaysia)dengan PAS sebagai MB dalam PRU13 nanti, dan kerajaan PR menarik balik premis Judi di Kasino Genting Highlands, apakah tindak balas dari BN?

A. MCA dan Gerakan mengapi-apikan masyarakat Cina kununnya negeri Pahang sudah diperintah Taliban, dan UMNO buat tak tahu pasal tindakan ini. Akibatnya pimpinan DAP yang 'fobia 1999' terpaksa mengikut rentak MCA dan Gerakan tetapi DAP pula dipersalahkan oleh masyarakat Melayu-Islam kerana menyokong judi.

B. MCA dan Gerakan menjemput kuasa asing untuk menahan pimpinan PAS yang kununnya berkaitan dengan Al-Qaeda, dan lokasi pimpinan PAS diberikan kepada MCA dan Gerakan oleh Melayu-Islam UMNO

C. Kerajaan PR Pahang 'disingkirkan' dan lesen perjudian di Genting disambung senyap-senyap.

D. Lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

kenape nik aziz tak buat komen? bukankah dia mursyidul am... nakhoda PAS

nampak sangat si celaka TB ada niat jahat. moga dilaknati allah

Abdullah said...

Kah.. kah.. kah.. begitu kemaruk TB dengah Hasan Ali sebab tak dapat jadi CEO, sampai dia lupa timeline Hasan Ali dengan isu arak dan Najib lulus lesen judi tu. Isu arak tu dalam bulan Ogos 2009 and lesen judi dalam Februari 2009. So, based on TB punye reasoning, sebab Hasan Ali issue statement in Ogos 2009, dia patut go back in time and bagi statement in Februari 2009.

Satu lagi, mana Hasan Ali pernah mintak Ronnie Liu letak jawatan, and yet you put "atau pun letak jawatan" . Tak dinamakan fitnah ke tu TB?

Anonymous said...

kenape nik aziz tak buat komen? bukankah dia mursyidul am... nakhoda PAS

nampak sangat si celaka TB ada niat jahat. moga dilaknati allah

December 14, 2009 2:10 PM
Delete
Anonymous Abdullah said...

Kah.. kah.. kah.. begitu kemaruk TB dengah Hasan Ali sebab tak dapat jadi CEO, sampai dia lupa timeline Hasan Ali dengan isu arak dan Najib lulus lesen judi tu. Isu arak tu dalam bulan Ogos 2009 and lesen judi dalam Februari 2009. So, based on TB punye reasoning, sebab Hasan Ali issue statement in Ogos 2009, dia patut go back in time and bagi statement in Februari 2009.

Satu lagi, mana Hasan Ali pernah mintak Ronnie Liu letak jawatan, and yet you put "atau pun letak jawatan" . Tak dinamakan fitnah ke tu TB?
.

Abih tu kenapa Hasan Ali tak boleh menyalak sama macam dia menyalak dalam isu arak?

TB tak nyatakan pun "timeline" dalam artikel dia.

Ada tak? Atau kao ni tak reti baca?

Anonymous said...

Hi TB, why you wonder when TGHA haven't commmented anything on this? Aku hairan dengan kau yang konon "hairan". Kau nak perli TGHA lah tu kan? Kau sengaja nak pertikai kewibawaan TGHA kan? sebab apa? sebab kau nak tunjuk kononnya PAS dan pimpinannya lekeh. jadi siapa pemimpin alternatif? siapa lagi kalau tidak DSAI, itulah yg ko cuba nak tonjolkan. itulah fitnah. TGHA dan DSAI tu faham sepak terajang politik. Ko saja tak faham tapiu nak tunjuk ko hero politik. Pergilah Kansas City, gi belajar lagi.

Grand Marquis said...

TB belajar di Kansas City ke?

Akh Saiful said...

Menaikkan cerita-cerita begini tidak lain selain datang dari hati yang penuh dendam. Menyalahkan dosa orang lain pada pihak yang lain? Sudah-sudah lah tu. Tulisan-tulisan enta lebih banyak mudharat kepada perjuangan Islam daripada baiknya. Menolak kemudharatan yang besar lebih afdhal dari mendapat kebaikan kecil. Taubatlah.

Anonymous said...

TB ni belajar kat Kansas City. sama dengan saya. dulu alim gila. bukan main sayang pada pimpinan PAs. masa tu pimpinan sosialis dari malaysia tak ada kat sana. jadi dia kkut aja usrah budak PAS. saya tak lah PAS kat sana. tapi peliknya bila dia balik dia anti PAS. dulu dia peluk pimpinan bagai nak rak. hari ni dah convert sosialis tapi masih simpan kad ahli PAS. tapi hentam PAS. pelik budak ni. sebab tu saya rasa elok balik ke Kansas City supaya dia ikut usrah balik. kat malaysia ni banyak sangat ujian. dia tak tahan

Grand Marquis said...

TB ni semua ikut persepsi dan kecenderungan beliau.

Bila dia rasa dia suka kat sesuatu, dia akan tulis yang baik-baik sampai yang buruk itu pun nak dijadikan baik dan kafir yang terang-terang anti Islam pun dikatakan lebih baik dari orang yang tidak sehaluan dengan beliau. Bila dia benci, yang baik pun jadi buruk pada beliau dan yang Islam pun akan jadi lebih hina dari yang kafir dimata beliau.

Teringin juga saya nak tau, siapa sponsor TB ke Kansas City.

Grand Marquis said...

Ada beranikah TB bagitau siapa sponsor dia ke Kansas City (kalau maklumat beliau belajar di Kansas City itu benar).

Anak Perelih said...

Yang sponsor TB ke Kansas City adalah Duit rakyat yang membayar cukai... aku beli Mc D pun bayar cukai 5%...

Bukan duit UMNO atau BN....

BTW TB... ada benda kena delegate kat orang bawahan ada yang kena buat sendiri... dlm kes ini aku rasa ianya telah diserah kpd Dr. Hata utk mewakili PAS membuat kenyataan dan TGHH masa itu sedang concentrate dlm isu Perak...

Kalau semua Presiden nak kena buat.. teruk la.. semua orang tak nak jadi presiden lagu ni... AJK Pusat tak ada kerja la macam ni...

Tulang Besi said...



BTW TB... ada benda kena delegate kat orang bawahan ada yang kena buat sendiri... dlm kes ini aku rasa ianya telah diserah kpd Dr. Hata utk mewakili PAS membuat kenyataan dan TGHH masa itu sedang concentrate dlm isu Perak...
.

Tidak Anak Perelih, ni bukan "delegation".

Dan isu besar macam ni, mesti Presiden atau Timbalan Presiden yang buat statement.

Bendahari tak cukup besar kerana tidak melambangkan keseluruhan parti.

Dan, isu ni MESTI PAS yang naikkan bukan PKR dan DAP. Memang PKR dan DAP tak ada kredibiliti untuk naikkan isu ni.

Kena ingat, isu ni timbul di kala cadangan Kerajaang Perpaduang begitu hangat di kempen kan kepada akar umbi PAS.

jadi kita faham lah kenapa PResiden dan Timbalan Presiden tidak berminat menjadikan isu dalam perkara ini.

Tengoklah, walaupun Dr Hatta buat statement, mana ada traction?

Malaysian Insider yang tolong buat kerja PAS. Tak malu ke?

Anonymous said...

Banyak sangat song'nge TB kat PAS nih .., macam orang gila talak aje.

Cuma apasal bila aku minta TB senaraikan orang yang dia suka jadi pimpinan PAS (ala-ala Dream Team gitu), mamat ni tak respon malah tak siar posting aku ..??

Takut ko punya agenda ketahuan yek!

Anonymous said...

Itulah TB punya connection..semua oag endorgan...Dr Hatta ni lah antara connection TB selain dpd Khalid Samad.

Tulang Besi said...

December 15, 2009 11:12 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Banyak sangat song'nge TB kat PAS nih .., macam orang gila talak aje.

Cuma apasal bila aku minta TB senaraikan orang yang dia suka jadi pimpinan PAS (ala-ala Dream Team gitu), mamat ni tak respon malah tak siar posting aku ..??

Takut ko punya agenda ketahuan yek!

December 15, 2009 11:13 AM
.

Aku nak jawab kao punya soalan kenapa?

Kau pun aku tak kenal? Kalau berani perkenal diri dulu, baru aku jawab soalan kau.

Mulakan dengan memberi NOMBOR KEAHLIAN PAS kao dahulu.

Kalau kail panjang sejengkal, laut yang dalam jangan diduga.

Grand Marquis said...

Ha ha. Kenapa TB senyap aje pasal isu belajar kat Kansas City? Kalau betul TB belajar di sana, kita boleh agak siapa yang sponsor. Tak lain tak bukan Kerajaan BN yang dia kata taghut tu.

Cuma pengikut PR ni pandai. Bila menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dia kata itu duit rakyat. Bila bab mengutuk kerajaan tu, dia boleh kata

Waktu saya bekerja dahulu, saya pernah memberi nombor akaun saya kepada salah seorang penyokong kuat Barisan Nasional dalam ofis saya itu. Saya minta dia membayar kos told an cukai saya kerana tol dan cukai ini adalah produk Barisan Nasional. Dia adalah antara yang telah mengundi UMNO dan BN. Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong.

Tengok ayat akhir dia. Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong. Tapi bila bab ambik tu, oh itu duit rakyat.

Bagi la apa alasan pun, yang nyata inilah hipokrisi. Itu belum kira duit judi dan arak dari kerajaan taghut yang TB terima untuk pergi belajar di luar negara. Kalau TB orang berprinsip, sepatutnya perkara ini ditolak awal-awal lagi, apatah TB ditarbiah dengan Mastika Hadith sejak umur 12 tahun lagi.

Lain kali kita tanya TB pulak, adakah dia rasa diri beliau lebih layak dari bangsa lain untuk dapat biasiswa ke luar negara kalau bukan kerana DEB.

Anonymous said...

"Latuk ,pilihanraya umum ke13,tinggal belapa hali lagi aaa!!!!"
Tanya seorang cina penyokong kuat DAP pada prersiden PAS.....

Tula sebab tiada tak komen tentang judi ni!!!!!
Contoh cakap tak serupa bikin pemimpin negara ini yang berpendidikan agama!!!!!!!


-org kampungje!

Anonymous said...


Tengok ayat akhir dia. Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong. Tapi bila bab ambik tu, oh itu duit rakyat.

Bagi la apa alasan pun, yang nyata inilah hipokrisi. Itu belum kira duit judi dan arak dari kerajaan taghut yang TB terima untuk pergi belajar di luar negara. Kalau TB orang berprinsip, sepatutnya perkara ini ditolak awal-awal lagi, apatah TB ditarbiah dengan Mastika Hadith sejak umur 12 tahun lagi.

Lain kali kita tanya TB pulak, adakah dia rasa diri beliau lebih layak dari bangsa lain untuk dapat biasiswa ke luar negara kalau bukan kerana DEB.
.

Woii GRand Marquis bahlol!!!

mana ada si TB kata dia tolak DEB. Ada ke? Cuba tunjuk bukti.

Lagi pula, apa masaalah TB ambik duit kerajaan?

Duit tu duit rakyat, bukan duit UMNO.

Skrg TB berjuang untuk kepentingan rakyat dan Islam.

Kao berjuang untuk apa? Untuk tokeh judi?

Kau memang bangsa bahlol, Grand Marquis

Anonymous said...

Kata 'PAS FOR ALL'. Orang bukan Islam nak berjudi, tak kan hang tak kasi. Berani ke PAS halang perjudian?

Jangan cakap besarlah Tulang besi, sekali DAP tengking, kau orang terkebil-kebil nak menangis. Poooorah!!!

Belajar kat USA guna duit BN melalui DEB sekarang cakap besar dan berloyar buruk.

Nak hapuskan DEB, konon tak elok unutk orang melayu. MELUAT AKU DENGAN MANUSIA HIPOKRIT MACAM KAU...BETUL MANGKUK HAYUN!!!

Anonymous said...

Tulang besi kita ini kan orang kuat dan penyokong setia DAP. Perjuangan DAP adalah perjuangan dia juga. Jadi, jika DAP berjuang hendak menghapuskan DEB, jadi perjuangan dia sama lah juga....

Dia kata dia pejuang Islam tapi DAP menentang islam, dia kata dia penentang judi, tapi DAP nak berjudi (hak mereka konon). Dia belajar kat USA atas tiket DEB, DAP pula memperlekeh dasar DEB.

Jadi aku rasa besuk jadi biul kawan kita ini.....

Grand Marquis said...

Ya Anon 5:50 PM,

Bab TB dan DEB tu saya kata bincang masa lain.

Apa masalah TB ambil duit kerajaan? Tu duit rakyat jugak kan.

Jadi saya tanya balik, kenapa TB tak nak bayar cukai sebab dia kata Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong

Kalau dia rasa dia tak perlu bayar apa yang dia tak sokong, jadi kenapa ambil dari apa yang dia tak sokong. Bukankah hipokrit namanya.

Lepas tu dia kata kerajaan ni kafir sebab menghalalkan judi dan arak, ambil duit judi dan arak untuk bangunkan negara. Habis tu, kalau dah tau benda tu haram, kenapa ambik. Mana prinsipnya? Dia kata dia dah ditarbiah dengan Mastika Hadith sejak 12 tahun dengan itu tahu apa itu halal dan haram. Oleh itu bila sampai umur 20an dan masuk universiti dia dah sepatutnya tau judi dan arak itu haram. Tapi diambil juga duit itu untuk pergi belajar di US. Bukankah itu hipokrisi namanya?

Lebih menarik, dia kata Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. dan saya rasa tahun 80an ni adalah waktu TB belajar di Universiti. Dalam dia kata UMNO guna duit judi untuk bentras kemelesetan ekonomi dia pula terima duit dari UMNO untuk pergi belajar.

Oppsss.... duit dia terima tu duit kerajaan la. Duit rakyatlah. Ko tak dapat bezakan antara kerajaan dan UMNO ke bengap (mungkin itulah jawapan TB). Habis tu, UMNO ke kerajaan yang guna duit judi untuk bentras kemelesetan ekonomi? Bila tang yang buruk tu dia tak bezakan antara UMNO dan kerajaan, bila yang baik tu dia kata kerajaan lain, UMNO lain. Entahlah.

Kenapa TB diam seribu bahasa dalam hal ini?

det said...

najib luluskan lesen judi kau nampak, yang pas selangor bersekongkol makan hasil lendir dan duit arak kau tak nampak pulak ye...

Tinta Hitam said...

Duit arak? lesen arak tu sapa yg luluskan dulu?Bukan ke UMNO?Ni la kurang bijaknya penilaian org org UMNO nih...

Anonymous said...

Lebih menarik, dia kata Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. dan saya rasa tahun 80an ni adalah waktu TB belajar di Universiti. Dalam dia kata UMNO guna duit judi untuk bentras kemelesetan ekonomi dia pula terima duit dari UMNO untuk pergi belajar..
Errr mana kau tau TB terima duit judi? Bukan syarikat judi semua cukai mereka rendah ke?

Kau boleh bukti ke setiap sen yang TB pakai tu? Atau TB pergi ke USA pakai duit sendiri?
Hahahaha semata-mata TB pergi ke USA pakai duit kerajaan (duit rakyat) tidak bermakna TB tiada hak untuk menyuarakan supaya aktiviti judi dan arak tajaan UMNO dikurangkan serta dihadkan pada orang bukan Islam dan bukan untuk keuntungan.
Ia tidak mengubah fakta bahwa UMNO MENGHALALKAN JUDI DAN ARAK di Malaysia.
Bukan ke sumbangan cukai dari Judi dan Arak di Malaysia ni di bawah 2% dari GDP? Apala kau ni bahlol GM.
Duit judi dan arak ni, dan ramai yang konfirm, menjadi duit utama aktiviti2 UMNO di Malaysia baik sewaktu PRU atau tidak.
Pernah dengar tak cerita pasal “nombor bocor”?

Anonymous said...

sebab tu syarikat judi dan arak di Malaysia dibenarkan beroperasi dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin di Malaysia.

Pasal pada masa UMNO memerlukan wang, mereka yang akan pam duit pada UMNO.

Jadi GM, kao kata semua pegawai2 kerajaan di Malaysia makan duit haram ke?

Anonymous said...

Saya cabar GM untuk bawa satu fatwa bahawa duit yang TB pakai tu Haram.

Padahal TB bukan dapat duit tu dari kaunter Calrsberg ke, ataupun MAGNUM ke. Dia dapat dari JPA.

Sebab tuduhan GM ni memberi implikasi bahawa gaji2 yang dimakan oleh semua pegawai2 kerajaan hukumnya haram.

Maka kita tunggu fatwa dari AS Sheikh Grand Marquis.

Grand Marquis said...

Eh eh... bila kena kat batang hidung mula minta fatwa dan bukti. Padahal yang sibuk menyalak kata kerajaan terima duit haram dari arak dan judi adalah geng-geng korang jugak. Jadi saya hanya pulangkan paku buah keras aje.


Tengok cara korang berhujah

Bukan ke sumbangan cukai dari Judi dan Arak di Malaysia ni di bawah 2% dari GDP? Apala kau ni bahlol GM.
Duit judi dan arak ni, dan ramai yang konfirm, menjadi duit utama aktiviti2 UMNO di Malaysia baik sewaktu PRU atau tidak.


Sumbangan judi dan arak dibawa 2% GDP. Kalau itu logiknya, bererti UMNO tak buat untung dari judi dan arak. Ia sekadar memenuhi keperluan non Muslim. Jadi apa isunya?

Tapi tiba-tiba bila masuk bab UMNO terus tuduh duit judi dan arak jadi duit utama aktiviti UMNO. Ada bukti ke? Sekadar surat tu yang jumlahnya 783.83 tu dah boleh buat kesimpulan untuk tuduh orang ke?

TB pergi US duit sendiri? Mungkin. Saya pun tengah tunggu jawapan TB. Tapi saya boleh jangka 99% guna duit kerajaan. Sebab zaman 80an berapa ramai orang Melayu yang mampu hantar anak mereka pi belajar US guna duit sendiri.

Saya tak kata duit yang TB terima itu haram. Yang kata kerajaan terima duit haram tu ialah korang sendiri. Kalau sendiri dah kata haram, kenapa terima. Bukankah itu hipokrit namanya.

Anonymous said...

Grand Marquis said...
Eh eh... bila kena kat batang hidung mula minta fatwa dan bukti. Padahal yang sibuk menyalak kata kerajaan terima duit haram dari arak dan judi adalah geng-geng korang jugak. Jadi saya hanya pulangkan paku buah keras aje.
.

Woii barua UMNO!!!! Pikir pakai otak la, jangan pakai kaki.
Kalau TB ambik duit haram, maka semua pegawai2 kerajaan dalam Malaysia ni makan duit haram.
Jadi, sebab tu aku nak tanya kau, mana punya fatwa kao pakai? Kao nak tuduh sanak sedara aku yang kerja kerajaan ni pun makan duit haram ke?
Apasal kao ni bangang sangat, GM. Dahl ah bangang, sombong tak boleh diajar pulak tu.
Otak letak kat lutut.

Grand Marquis said...

Anon or anon. Paham bahasa ke?

Yang kata duit kerajaan haram ialah set set TB, bukan saya. Jadi hang kena ambil fatwa dari dia.

Anonymous said...

Apa yang GM cakap itu betul. Baik TB atau Tinta Hitam, bila sebut saja UMNO/kerajaan BN, mesti dikiatkan judi dan arak macam itulah saja pendapatan negara.

Sekarang you all sendiri mengaku, pendapatan dari judi and arak hanya lebih kurang 2% dari pendapatan negara dan diboleh kan pulak tu.

You ingat kalau Pakatan memerintah, boleh ke PAS haramkan judi dan arak. Boleh blaaaaaaaah lah!

Sekali DAP tegur, terkincit taik dalam seluar. Itu lah hakikat kedudukan PAS dalam Pakatan.

Anonymous said...

Orang bukan islam, selain mereka ada hak menganuti agama masing-masing, mereka juga berhak untuk minum arak dan berjudi.

This is part of their culture. Pls understand...

Anonymous said...

December 16, 2009 7:09 PM
Anonymous Grand Marquis said...

Anon or anon. Paham bahasa ke?

Yang kata duit kerajaan haram ialah set set TB, bukan saya. Jadi hang kena ambil fatwa dari dia.

December 16, 2009 8:14 PM
.

Tengok, si GM ni penipu. Mana ada si TB sebut duit kerajaan tu haram.

Yang dia sebut adalah UMNO tu haram jadah.

Sebab UMNO halalkan judi dan arak.

Kao ni paham bahasa ke tidak?

Memang la kalau dah UMNO tu dasar penipu.

Grand Marquis said...

Kepada Anon,

Sila jawab: Kerajaan yang halalkan judi dan arak atau UMNO yang halalkan judi dan arak?

Anonymous said...

Anonymous Grand Marquis said...

Kepada Anon,

Sila jawab: Kerajaan yang halalkan judi dan arak atau UMNO yang halalkan judi dan arak?
.

KErajaan bukan UMNO ke?

Grand Marquis said...

Ok, hopefully anon yang sama jawab.

Ikut logiknya, kerajaan = UMNO.
UMNO halalkan judi. Oleh itu Kerajaan halalkan judi.
Pendapatan UMNO haram sebab dari sumber judi. Jadi kesimpulannya pendapatan kerajaan haram. Sebab kerajaan = UMNO. As simple as that.

So TB ambil duit kerajaan pergi belajar. Kerajaan itu UMNO. Duit UMNO haram, kesimpulan duit kerajaan juga haram. Jadi halal ke haram duit yang TB ambil untuk pergi belajar di US?

Anonymous said...

UMNO halalkan judi. Oleh itu Kerajaan halalkan judi.
Pendapatan UMNO haram sebab dari sumber judi. Jadi kesimpulannya pendapatan kerajaan haram. Sebab kerajaan = UMNO. As simple as that.
.

So kalau tokeh judi datang beli barang kedai kau, kau tak boleh beri lah sebab duit tokeh judi tu haram?

Kahkahkah, kalau nak bohong pun, pakai otak la.

Kan dah termakan perangkap sendiri.

Grand Marquis said...

Bagaimana pula tokey judi nak sponsor hang pi belajar.

Terima tak?

Anonymous said...

BETULLAH TB, KO MEMANG BETUL, KO AJE YG BETUL! TB TB TB....

TAPI SEBENARNYA TAK BETUL... WAKAKAKA....

Ali Baba Bujang Lapok said...

Salam,
Aku baru dapat rasakan bahawa Tulang Besi (Mohd Talib) ini sebenarnya mempergunakan pengetahuan agamanya untuk memecah-belahkan umat islam di malaysia. Semakin aku membaca semakin aku mengerti bahawa TB ini hanya berpaksi kepada TGNA sahaja dan langsung tidak boleh menyentuh peribadi TGNA. Aku hanya menampakkan sikap yang ditonjolkan TB ini lebih suka menwujudkan suasana yang tidak tenteram didalam apa jua Parti. TB ini sebenarnya telah mempunyai daya pemikiran yang dia anggap cuma dia sahaja yang betul seperti Orang Pandai tetapi Bengap.. Orang seperti ini sebenarnya jika duduk didalam masyarakat, akan di pulau oleh kerana sikap 'BODOH SOMBONG' yang keterlaluan..TB bertaubat dan bermunasabah diri sendiri. Jangan tulis yang bukan2.. TGHA pun ko nak hentam.. Macam ko ni baguih sangat la pulak...

Anonymous said...

Hanya Nasharuddin Mat Isa yang tinggal untuk memperjuangkan kepimpinan Pro Ulama dari kekangan Pro Erdogan. Beliau dilihat bersendirian untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden meskipun mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas Mat Sabu.

Berkat kesabaran Hadi Awang mempertahankan Anwar Ibrahim dari serangan isu video seks membolehkan beliau mengekalkan jawatan Presiden PAS tanpa bertanding.

Inilah contoh pemimpin yang istiqamah secara membabi buta sanggup mempertaruhkan pendirian golongan Pro Ulama demi tembolok jawatan kedua terpenting dalam parti (selepas Mursidul Am PAS).

Sudah tidak ada kepimpinan ulama dalam parti ini. Yang tinggal hanyalah 'kepimpinan ularmak kucing senak'! Hadi Awang bakal menjadi suatu lipatan sejarah pahit golongan Pro Ulama yang tewas dan sujud kepada golongan Pro Erdogan.

Amat malang bagi sebuah parti yang kononnya berlandaskan Islam sanggup menjadi buah catur Anwar Ibrahim dalam menentukan hala tuju dan perjuangan parti. Presiden PAS sudah menjadi badut sarkas yang bakal dipencenkan bila bila masa mengikut telunjuk 'Anugerah Tuhan'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.