Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 18, 2009

Islam Berkembang di Nusantara kerana Keterbukaan dan Fleksibiliti, Bukan Dengan Kekerasan

Saya membaca sebuah makalah berkaitan dengan beberapa sejarah Islam yang digelapkan di Nusantara kita ini. Al maklumlah sejarah Nusantara kita ditulis oleh penjajah, maka dengan otomatis bahagian sejarah yang berkait dengan Islam dan kerajaan Islam dihapuskan dari sejarah kita sama sekali.

Secara umumnya, masyarakat Nusantara Melayu ini telah menukar agama dari Buddha kepada Islam dengan cara aman dan tenteram serta tiada paksaan dalam bentuk apa sekalipun. Ia berkait rapat dengan cara Islam itu dibawa yang penuh harmoni dan penekanan kepada dakwah Islamiyyah

Disebut juga bahawa Islam membawa imej “fleksible” dan “mudah kompromi” sehingga Raja-Raja Jawa telah menerima Islam dengan hati terbuka dan menolak agama Kristian yang dibawa oleh Portugis. Portugis dengan kaedah “Inquisition” mereka yang jelas memaksa sesiapa sahaja menganut Kristian tanpa belas.

Dalam buku tersebut ditulis:

Sejarawan Belanda, Bernard H. M. Vlekke dalam “Nusantara: A History of Indonesia” (1961)4 mengemukakan hal yang menarik tentang mengapa orang Jawa berbondongbondong masuk Islam, tapi pada saat yang bersamaan memiliki pemahaman dan praktik keagamaan yang bersahabat dengan tradisi lokal (Sinkretis). Dalam kata pengantarnya, Luthfi Assyaukanie menulis:

Para raja Jawa, menurut Vlekke, memilih Islam bukan karena mereka suka dengan agama itu, tapi karena situasi politik mendorong mereka untuk bertindak demikian. Pada abad ke-16 M, para pelaut Portugis mulai menjejakkan kakinya di pantai-pantai Jawa. Para raja Jawa dihadapkan pilihan sulit antara memilih bersekutu dengan Portugis atau bekerjasama dengan Johor dan Demak, yang berarti harus memilih antara Kristen dan Islam.

Melihat perilaku Portugis dan catatan kecurangan-kecurangan mereka, raja-raja Jawa kemudian memilih Islam. Agaknya bukan hanya rasa kedekatan budaya dan sejarah masa silam yang membuat mereka lebih menerima bersekutu dengan kerajaan-kerajaan Islam, tapi juga karena agama ini memberikan fleksibilitas yang tinggi ketimbang Kristen. Jika mereka masuk agama Kristen, bukan hanya mereka harus tunduk pada kekuasaan Portugis, tapi juga harus mengganti tradisi mereka dengan budaya baru yang dibawa oleh orang-orang kulit putih itu..


(Footnotes)
1 SQ. Fatini; Islam Comes to Malaysia; Singapore, MSRI, 1963.
2 Drs. H. Ridwan Saidi; Tinjauan Kritis Penyebaran Islam di Jakarta, Kepercayaan Penduduk Krajan Merin Salakanagara
Awal Abad Masehi di Bekasi; Seminar Meluruskan Sejarah Islam di Indonesia; Mei 2008; IKIP Muhammadiyah,
Jakarta.
3 Ibnu Batutah; Kitab Kanzul ‘Ulum.
4 Diterjemahkan oleh KPG menjadi “Nusantara: Sejarah Indonesia”, 2008.
5 Ibid; Pengantar; h. xviii-xix.


Pengajaran Dalam Abad Ini Di Malaysia

Jelas bagi PAS dalam Pakatan Rakyat haruslah membawa Islam yang tulin dan murni dan tidak bercampur dengan adat dan kepercayaan karut yang bersumber dari adat Melayu dan UMNO. Kalau PAS mahu mengekalkan nada “Nasionalis UMNO” maka tidak jauh bezanya PAS dengan Portugis yang datang ke Nusantara untuk menyebarkan penjajahan mereka.

Tulang Besi

2 comments:

Anonymous said...

"Kalau PAS mahu mengekalkan nada “Nasionalis UMNO”..."
Saudara TB,
Dah lama persoalan ini bermain dalam pemikiran saya,tambahan lagi selepas pilihanraya ke12,dimana PR menguasai Kelantan,Kedah,Selangor dan Perak.

Sekadar renungan dan pemikiran sesama Islam,
Senario pertama wakil rakyat:

1.Tahun 60an
Orang bertanya-Siapa pemimpin yang dok naik motosikaltu?
Jawapan rakyat-pemimpin umno atau pas.

2.Tahun 70an.
Soalan:Siapa pemimpin yang naik keretatu?Sapapula yang naik motor?
Jawapan: Yang naik kereta,pemimpin umno,yang naik motor,pemimpin pas.

3.Tahun 80an
Soalan: Siapa yang naik merc besartu?Sapapula yang naik kereta buruktu?
Jawapan:Yang naik merc,geng umnola.
Kereta buruk,geng pasla.

4.Tahun 90a:Rumah mewah siap kereta mewahtu sapa punya?Tu sapa pakai merc buruktu?
Jawapan:Rumah mewah,kereta mewah,umnola,kereta buruktu pemimpin pasla.

5.Tahun 2000an:
Soalan:Yang punya duit berpuluh juta,wakil rakyat mana?Yang pakai merc s5000 tu sapa?
Jawapan:Ala duit rasuahtu,wakil umnola.Tuan punya Merc tu exco pas,dia kata kena tunjuk senangsikit,baru naik imej Islam!

6.2 tahun,selepas pilihanraya 13(Ramalanje!)
Soalan:Sapa yang puyai wang berpuluh jutatu?Tu yang pakai kereta buruktu sapa?
Jawapan:Duit berjutatu, Menteri dari Pasla.Yang kereta buruktu,pemimpin umnola...

Senario kedua,rakan,bekas pemimpin pelajar Islam,kuat pas bukan main,jolok sikit,bersyarah sampai merah telinga:
Dulu:
Tak boleh pakai talileher,propaganda yahudi,tenguk ada macam bentuk T-tanda salib,haram....
Lani:
Jadi pensyarah maktabje!Tengah panas lik-lak..siap tie dan blazerlagi....tak panaskot!!!!!

Senario 3:
Kawanjuga,bekas penolong pegawai pertanian,letak jawatan,bertanding tiket pas,tokeh jualan langsung:

Dulu semasa kerja kerajaan,gaji adalaseribu:
1.Dok cara islam,kereta beli cash(2000je),rumah kayuje(3000je)
2.Jangan berhutang,haram!
3.Kita mesti hidup macam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Lani(tokeh jualan langsung,10tahun bisnes,kemudian bankrab,lepastu dapat wang berjuta hidup balik):
i.Kereta,rumah-kalah pemimpin umno ditempat dia.
2.Hutang-berjuta-juta.
3.Berpuluh kereta- hutang bank , satupun tak habis lagi!
4.Mekah,macam rumah nombor duaje!!!!
5.Nik Abduh nak belajar kat diala dalam bidang bisnesni!

TB,apa pendapat hang tentang cerita diatas?Tapi hang jangan takut,ada je,hadis dan dalil Al-Quran yang akan digunakan oleh mereka untuk menghalalkan cara!
Tak percaya?Hang tengukla......

-sekadar contoh.Masih berprasangka baik,masih ada pemimpin pas tak seperti diatas!!!!



-orgkampungje!(masih hormat Nik Aziz walaupun ada kes ariffahmi)

Anonymous said...

buddha ke hindu,
candi lembah bujang - hindu,
burobudhor - hindu,
buddha - dimana????

betulke fakta kamu ni yob...

king rembat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.