Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 3, 2009

Isu Bermewah-Mewah: Menjawab Beberapa Persoalan Yang Ditimbulkan

Saya telah diberitahu isu yang saya naikkan dalam artikel saya () telah mendapat beberapa respon dari dalaman Pemuda sendiri baik di Pusat mahupun di Negeri-Negeri.

Secara mudahnya, ada dua hujjah yang mereka gunakan untuk melawan hujjah saya. Izinkan saya menjawab hujjah2 itu:

HUJJAH PERTAMA : Tiada Bukti Pemuda Yang Bermewah-mewah itu dapat duit mereka dari sumber yang Haram. Tulang Besi harus memberi bukti mereka mendapat duit dari sumber haram
Jawapan Saya: Mula-mula saya bagi pembaca saya jawab. Ada dua pembaca dan saya rasa jawapan mereka cukup baik untuk melentur hujjah-hujjah dangkal ini:

Pembaca Pertama:
Anonymous said...
Nampaknya ramai tukang komen disini,sudah "miss the point".
(1) Ahli PAS yang bekerja dan berniaga,kalau pakai kereta besar,orang tak heiran.Ini tak payah komenlah.
(2) Ahli PAS,dulu sebelum PRU 12,sengkek tiba-tiba pakai kereta besar.Tak ada pula kerja tetap atau berniaga,cuma buat kerja parti 100%,jenis inilah yang dipersoalkan.
(3) Pergi kempen pilihan raya,bawa kereta besar,pengundi yang hidup sederhana dan miskin,akan "terasa" bahawa yang datang itu,tidak setaraf dengan mereka.Tak perlukah kita "menjaga" hati pengundi?
December 3, 2009 12:09 AM


Pembaca Kedua:

Dr Ahmad Rashad said...
Kenapa la komen orang kat dalam ni semuanya ngong belaka. Berapa kali dah orang cakap, kalau pimpinan pemuda PAS yang tertentu itu kaya dengan duit usaha sendiri, tak payah tunggu lepas pru12 untuk jadi kaya, untuk beli mercedes. Tak payaj tunggu hasan ali jadi exco, untuk beli mercedes. Ini tak, sebelum pru12, hidup sederhana, lepas pru 12, tup tup, kaya raya, beli mercedes. Itu kan misteri namanya.

Pemuda PAS sekarang ni dah tidak boleh berfikir dengan waras kerana dicandukan dengan wala. Benda semudah itupun tak buleh faham.

Aku tahula, zaidi tak termasuk dalam kategori ini, sebab zaidi memang dah kaya sejak dulu, dia bisnesman berjaya. dia pun tak kuat sangat membodek hasan alu. Orang lain tu, kuat giler membodek hasan ali. Memang la, hasan ali kan exco infrasturuktur. Tender-tender ikut dia kan. Mesti ada komisyen siapa yang bawak kontraktor. Lepas tu bagi alasan nak bagi duit kat jamaah. Jamaah 10%, diri sendri 90%. Itu yang boleh beli mercedes tu.

Apa benda la pemuda PAS. Semuanya ikut perangai UMNO. Sebab itu nak bergabung dengan UMNO. Hari-hari duk mengata DAP dengan PKR. Diri sendiri tak sedar kronism.

Bila TB dedahkan, buat-buat nafi pulak. Buat-buat tak tahu. Alah, tak payah tipulah, semua orang tahu perangai korang macamana.
December 3, 2009 10:32 AM


Dari saya sendiri, dahulu sewaktu Tun Suffian memimpin Badan Pencegah Rasuah, beliau dapat menangkap perasuah hanya sewaktu beliau berjogging. Beliau pernah berjogging dan terjumpa sebuah rumah yang mewah. Bila diselidik, rupanya rumah tersebut milik seorang pegawai kerajaan bertaraf kerani sahaja.Terus beliau tangkap kerani tersebut dan buat siasatan. Akhirnya kerani tersebut disabit kesalahan kerana rasuah.

Pikir logik la. Kita tak marah orang macam Sany dan Zaidi pakai kereta mewah. Ini kerana dua-dua tu semenjak kita kenal diorang lagi dah kaya dan berjaya. Zaidi misalnya adalah contoh terbaik usahawan Islam dan usahawan PAS di Selangor.

PAS Selangor patut berbangga ada orang macam Zaidy ni dan harus disebut-sebut nama beliau sentiasa supaya dapat dicontohi semua ahli-ahli PAS. Sepatutnya Biro Ekonomi PAS Selangor kena buat program jemput Zaidy bagi motivasi dan penerangan berkenaan melahirkan usahawan berjaya.

Sany pula telah menjalankan kerja sebagai Penyelia DUN Dusun Tua dengan jaya. Maklumat yang saya dapat, orang-orang UMNO di sana pun suka sangat dengan Sany. Mereka lebih suka rujuk pada Sany berbanding dengan UMNO Bahagian Hulu Langat. Tapi sayang, Sany telah ditukar dari menjadi Penyelaras DUN Dusun Tua walaupun beliau “perform”.

Tapi yang kita heran, kerja takda, bisness takda tiba-tiba tukar kereta baru. Kereta mahal pulak tu. Walaupun takda bukti ianya HARAM tapi di situ ada “syubhah”. Dan kalau ikut prosedur BPR/SPRM, orang seperti ini boleh ditangkap untuk siasatan selanjutnya.

Tu kalau ikut saya, Tulang Besi. Kalau ikut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz NAsaruddin Tantawi, walaupun orang itu kaya pun dengan usaha sendiri, dia tetap kena hidup bersederhana.

“Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan pula, ketika dihubungi berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menghubungi Pemuda PAS Selangor untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai dakwaan tersebut.

"Secara umumnya, pejuang-pejuang Islam diajar hidup secara sederhana.”


Itu sebenarnya tarbiyyah dan motto Pemuda. HIDUP SEDERHANA.


HUJJAH KEDUA:
Ramai AJK PAS PUsat juga mempunyai kereta-kereta mewah. Mengapa mereka tidak dijadikan isu?

Jawapan saya: Hujjah ini jelas tidak kuat kerana beberapa faktor:

a. Majoriti AJK PAS Pusat adalah Ahli Parlimen atau bekas Ahli
Parlimen. Setiap Ahli Parlimen di Malaysia diberi satu AP. Rujuk pada senarai
penerima AP yang dikeluarkan oleh Rafidah Aziz satu masa dahulu sewaktu isu AP
menjadi hangat. Dengan AP tersebut, harga sebuah Toyota Harrier bagi mereka
menjadi lebih mahal sedikit dari harga Proton Wira baru bagi kita. Kalau boleh
dapat AP, belilah apa-apa kereta pun sebab harganya jadi murah. Kalau tidak
NAZA takkan boleh jadi kaya raya hanya dengan AP?
b. Sebahagian yang lain sudah pun menjadi kaya sebelum masuk politik.
Mereka sudah pun mempunyai Mercedez dan kereta2 mewah sebelum masuk politik
dan aktif dalam PAS. Jadi, apa yang kita nak buat isu?

Pemimpin-pemimpin Pemuda yang dijadikan isu adalah mereka yang tiada bisness dan tiada kerja tetap tiba-tiba tukar kereta mewah. Itu yang menjadi fitnah. “Trend” ini kita mesti bendung sebelum menjadi barah.

Pada mulanya saya pun nak tahan isu ni dari keluar, tapi bila saya dengar dari kawasan saya, Raya Haji tahun ni Guru-Guru PASTI tak dapat bonus, maka saya pun mengamuk la. Mana boleh macam ni? Pemuda bertanggungjawab atas PASTI dsbnya. Mereka patut dahulukan institusi-institusi Pemuda ni dahulu yang lebih penting kepada PAS dan dakwah Islam.

Dicampur dengan rintihan dan komplen dari kalangan Pemuda sendiri yang datang pada saya. Ia datang dari orang yang duduk dalam Pemuda sendiri.

Saya bersedih, dalam isu ini, Pemuda-pemuda PAS Pusat bergabung bukan untuk membetulkan keadaan tapi untuk menyerang saya. Apa kamu dapat dari menyerang saya dengan hujjah2 lemah kamu? Adakah meyerang saya dapat memastikan Guru-Guru PASTI mendapat bonus sempena Hari Raya Haji (walaupun terlewat)?

Itu saya belum cerita lagi pasal Pemuda Selangor yang mandom dan tiada aktiviti. Setakat ni, apa yang kita nampak dari Pemuda PAS Selangor? Dalam isu Kepala Lembu, Khalid dibiarkan keseorangan menghadapi serangan-serangan UMNO. Pemuda PAS Selangor langsung tidak kelihatan.

Dalam isu SELCAT, Pemuda sanggup menyokong Agenda Melayu Hasan Ali sedangkan perkara melibatkan akidah seperti ini wajib dibangkang oleh Pemuda PAS Selangor.

Jelas Pemuda skrg ni dah jadi macam Assabiyyah. Benda tak betul pun mereka berpakat-pakat untuk pertahan. Nak pertahan pulak tu dengan hujjah-hujjah yang lemah dan daeef. Patutlah golongan muda tidak berminat untuk menyokong dan bergabung dengan Pemuda PAS. Tak heranlah majoriti Pemuda ni pro pada "Kerajaang Perpaduang".

Tapi saya sokong kenyataan Ketua Pemuda PAS di atas, Ustaz Nasaruddin Tantawi, bahawa PEmuda PAS dilatih untuk hidup bersederhana.

Tulang Besi

17 comments:

Grand Marquis said...

Dua perkara:
1. Kena definisi dulu apa maksud kereta mewah. Adakah kerana mercedes atau bmw dah kira mewah? Zaman sekarang ni harga kereta tersebut yang second hand dah murah. 100k dah boleh beli bmw sekitar tahun 2003-4. Kalau jadi YB dengan gaji dan elaun sekitar 5-7 ribu, kalau sanggup berhutang dan bersengkek sikit insha Allah mampu.

2. Anda kata Dalam isu SELCAT, Pemuda sanggup menyokong Agenda Melayu Hasan Ali sedangkan perkara melibatkan akidah seperti ini wajib dibangkang oleh Pemuda PAS Selangor.

Nak tau jugak apa kena mengena isu SELCAT dengan akidah.

penyu teranung said...

balik Malaysia laa kalu nok mengamuk ker, nok wat aper ker...
nok bertanding jadi Ketua Pemuda Selangor ker...eh silap, mung kang berangang nok jadi Pesuruhjaya Selangor !

balaikk laa wokkk...

setakat sembang dlm blog dok rok cetong boh...

Anonymous said...

Anonymous said...

Suka dinyatakan bahawa Pemuda Pusat telah lama dok makan duit PASTI, kononnya merea yg uruskan pasti sehingga memperuntukan sekitar RM90,000.00 setahun untuk urusan pengurusan Pemuda dan ianya turun kepada Pemuda negeri-negeri. Malang dan dukacitanya Pasti cawangan yang menjadi punca dapatan atau sumber kewangan Pasti Pusat tidak dihiraukan langsung. Hidup mati pandai merekalah sendiri. Jualan barsngan Pasti mahal dan kekal harganya walaupun cetakan beberapa tahun lalu. Bila dibangitan, jawapannya mereka berhak kerana Pemuda urusan Pasti. Mesyuarat bulanan Pasti Pusat berlegar dari hotel ke hotel dengan sejumlah wang sagyhati kepada Pengarah-Pengarah Pasti negeri-negeri. Itulah kata Si Azrin Majid " Kita kenalah bertindak dan bersikap sebagai pimpinan tertinggi dalam hiraki Pasti' Bukan hendak menjaga kebajian guru-guru dan warga Pasti peringkat akar umbi tetapi lebih kepada mengenyagkan "pemimpin tertinggi" Pasti. Saya yang pernah memegang Pengerusi Pasti peringkat kawasan menyatakan di sini BAHAWA KAMI TIDAK PERNAH MENGHALALKAN DUIT ITU DIGUNAPAKAI OLEH PEMUDA PUSAT DAN NEGERI-NEGERI.

Sosialis Hijau said...

saya mengajak tuan2 yang selalu berseru dengan hidup cara Islam memerhatikan cara hidup pemimpin Parti Sosialis Malaysia(PSM) kalau di Selangor tu ADUN Kota Damansara YB Dr Nasir iaitu pengerusi PSM itu sendiri. Perhatikan kesederhanaan yang ada pada Dr Jeyakumar MP Sg Siput. Mereka boleh saja untuk hidup dengan kemewahan jika mereka mahu kerana dengan kelulusan dan kepakaran yang ada pada mereka. Tetapi mereka memilih untuk hidup dengan kesusahan rakyat. Percayakah anda jika saya katakan bahawa Dr Jeyakumar telah menyumbangkan kesemua alaun ahli parlimennya kepada parti.

iklas saya katakan agar semua mereka yang mengaku pejuang islam agar dapat pergidan melihat sendiri cara kerja dan gaya hidup mereka.

Seperti kata bekas seorang anggota rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya: SEWAKTU RAKYAT SUSAH KAMI ADA DI HADAPAN DAN SEWEAKTU RAKYAT SENAG MAKA KAMI AKAN BERADA DI BELAKANG. Fikir2kanlah. Jangan asyik nak menuduh komunis sesat, sosialis sesat sedangkan mereka ini melakukan perkara yang islam suruh tetapi kita yang merasakan diri kita ini benar membuat perkara yang Islam tak suruh.

Lawati http://greensocialis.blogspot.com

Anonymous said...

Check dulu betul2,kereta dia ke kereta orang lain(orang beri pinjam kereta atau duit untuk beli).Kalau 100% betul memang duit dia, sebutlah nama mereka, kan senang, orang ramai tak tertanya2, tak berburuk sangka, tak berfitnah.Lagipun la ning Merc 230e thn 90, 20K je, M/piece,30K je,mahal lagi proton saga.

Tulang Besi said...

penyu, kau tak buleh haraplah. asyik ulang benda dah basi. takda modal lain ke?

Anonymous said...

wahai pemimpin2 pas..hiduplah dalam kesederhanaan...adakah anda tidak merasa sedih & sayu bila mengingati bahawa junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W juga seorang pemimpin,bahkan seorang yg tiada dpt di bandingkn dgn makhluk di alam ini sampai kiamat pun....tetapi cuba kita pikir apa yg beliau dapat tggalkan sesuatu yg berbentuk harta...banyakkanlah membaca kitab2 tasawwuf moga2 hati anda tidak tamakkan harta dunia....ALLAHU AKBAR....

penyu teranung said...

Deramang said " penyu, kau tak buleh haraplah. asyik ulang benda dah basi. takda modal lain ke?"

ulang mende 'basi' dok aper...lebih baik drp buat fitnoh mcm mung tuh...

betul dok aku kata mung ni makang otok lembu, ker aku wat fitnoh?

Anonymous said...

apa kata tulang besi wat research kat perak lak. waktu ds nizar jadi mb dulu, berduyun orang pas datang minta balak. yang dapat terus angkat mercedes. pkr pun dtg jugak minta tapi satu haram pun xdapat. yang dapat si osman jailu sorang je. pas dengan dap je bolot balak. haa... yang ni pas dengan dap memang sekepala la..

Anonymous said...

I think you have a point la TB. Yang peliknya depa yang kritik ko semuonyo agresif tapi yang sokong cara bahasa depa lain dalam blog ni. I rasa you dah dapat attention those yang senget tu.

Macam la orang outdated sampai Mercedes tahun '90 di panggil mewah. Orang tau la yang mana model model mahal. Kalau ya pun nak action jangan action dengan setan setan di dunia. Action la dengan pahala dari tuhan di akhirat. Action la dengan kesederhanaan.

Dua hari lalu tonton interview Khalid Samad dalam Hujah kat TV9. Semua boleh jawab dengan point bernas. What a leader from PAS. Bukan macam Nasa tu, asyik senyum je macam Badawi tu. Ada isi ke takde, I not sure le?

-wassup-

saye said...

he he gua baru nak komen yang serupa. kalau kreta nama mewah tapi harga murah mestilah kereta tu yang lama, yang takda orang nak heran kalau dipakai walau bmw or merc

gua pun heran la sekarang ni ngan pemimpin PAS, dah jadi mcm pak lah betul. bilaa ditegur kata hasad la, wala' lah. yang pasti (gua rasa lah he he) kalau berterusan mcm ni undi golongan muda, aktivis dan yang atas pagar akan hilang

Tulang Besi said...


ulang mende 'basi' dok aper...lebih baik drp buat fitnoh mcm mung tuh...

betul dok aku kata mung ni makang otok lembu, ker aku wat fitnoh?

December 3, 2009 2:21 PM
.
Mung dok kate aku buot fitnah, samapi leng ni mung tak dok bukti.

Amende la mung ni.

fadli said...

dulu sebelum PAS tawan terengganu, ada sorang anak pengasas PAS terengganu bawak motor buruk jer ke hulu hilir..

hmm.. lepas PAS menang .... mercedes baru beb.

Anonymous said...

Hairanno,bila nak banding hal-hal berkaitan dengan ibadat,selalu bandingkan dengan Nabi Mohammad SAW,para sahabat!takwa,zuhud macam Nabi dan para sahabat,pengikut taksub dan tabik sakan!
Bila banding dari segi harta pula,rumahke,kereta mewahke,dibanding pula dengan pemimpin umno!Kami ada sejuta-dua jutaje!Berbanding pemimpin umno!Beratus juta!
Gitula pulak!Para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar,jual harta untuk Islam!Pemimpinlani guna Islam untuk cari harta!

yes said...

Terima kasih TB kerana membawa subject yang tak sedap di dengar tetepi harus di perbincangkan.

Tak kan lah TB ni jahil sangat mercedes buruk pun dia nak kata kereta mewah, mestilah apa yang dikatakan nya mewah itu sesuatu yang mahal.(

Jangan lah ahli PAS berhujah seperti orang UMNO yang selalu berkata alahai, rasuah kecil kecil apa salahnya. Yang dapat pun Melayu.

Terfikirkah saudara saudara ini baru PAS menjadi sebahagian dari kerajaan Selangor, bagaimana agaknya iman orang PAS kalau jadi pemerentah Malayasia.Tak hairan jika di waktu itu kita dengar politican PAS ada rumah mewah di Canada , US dan Sweden.

Jadi, sebelum tabiat bermewah mewah ini menjadi budaya, bendunglah nafsu pemimpin pemimpin PAS. Jika tak mampu berbuat demikian, jangan jadi pemimpin PAS, jadilah penyokong sahaja. Tak siapa nak hirau kalau anda kaya dan bermewah mewah jika anda bukan pemimpin.

Anonymous said...

Kat dunia ni, buat ler aper2 yang nak buat. Pastu, bila kat depan Allah nanti..., sendiri jawab, ok..? Takleh nak dalih2 dah. Takleh nak kelentong apa2 dah. Makan harta haram, berdosa... Kalu timbangan dosa lebih berat dari pahala..., masuk ler kat jahanam tuu...

Beringat2 ler... kat sana, takder PAS UMNO dah...

Anonymous said...

apa ke bendanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.