Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 1, 2009

Kalau Tok Guru Boleh Terima Nasihat AJK PAS Pusat, Presiden Bila Lagi?

Baru-baru ini Tok Guru telah menerima dengan lapang dada nasihat dari AJK Pemantau yang mewakili PAS PUsat. Lantaran, Tok Guru telah mengarahkan Arifahmi untuk meletakkan jawatan beliau sebagai CEO PMBK.

Walaupun, dari maklumat yang saya dapat, kontigen PAS Pusat itu sebenarnya dijemput oleh Tok Guru Nik Aziz untuk membantu beliau mengeluarkan arahan yang agak payah bagi beliau. Tapi, tu cerita lain la.

Hakikatnya, Tok Guru akur dengan muhasabah dan teguran PAS Pusat dan menghormati kehendak PAS Pusat.

Soalnya sekarang adakah Presiden akan meniru jejak langkah yang baik yang telah ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS Pusat?

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini secara majoriti telah mengkehendaki supaya Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar. Ia adalah kehendak jumhur AJK PAS Pusat dan ianya berasaskan kepada bukti-bukti yang kukuh lagi sahih.

Tiada sebab untuk Presiden menolak kehendak AJK PAS Pusat. Namun, kehendak AJK2 PAS Pusat tetap ditolak. Sedangkan Hasan Ali ini sedang merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi dan penyokong Bukan Islam seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dia lebih teruk dari liabiliti sekarang ni.

Namun, masa masih ada masa untuk Presiden menunjukkan rasa hormat beliau kepada institusi yang dipanggil sebagai AJK PAS Pusat.

Soalnya adakah Presiden PAS mahu atau tidak?

Ataupun siapa sebenarnya Presiden PAS sekarang ini? Adakah Ayahchik ataupun SU nya? Tak mustahil sebab ada organisasi yang SU Agung lebih berkuasa dari Pengerusi.
Tapi yang saya dengar, SU Agung PAS sekarang adalah “Masters of the Universe”. Itu yang saya dengar la. Tak tau betul ke tidak.

Sebagai penutup, masanya telah tiba untuk Presiden PAS meniru contoh tauladan yang ditunjuk oleh Mursyidul Am tempohari. Mursyidul Am bukan sahaja bercakap tapi menunjuk contoh tauladan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau.

Tulang Besi

ps Tapi, nampaknya PAS Pusat dah nak jadi macam PAS Terengganu. Keputusan akan dibuat oleh 3-4 orang dan yang lain kena wala’. Sedih, sedih.

Saya takut lepas ni AJK PAS Pusat hanya jadi rubber stamp untuk menyokong segala agenda "geng perpaduang".

Sudahlah Presiden dikelilingi oleh orang-orang yang tidak mengerti satu habuk berkaitan politik baik negara mahupun dunia.

Aii nampak sangat-sangat PAS ni nak jadi macam kapal karam. Cepat2 lah EGM hendaknya.


29 comments:

Anonymous said...

Dear Iron Bone,

The President bites the bait.

in reference to the press statement of President, praising Tok Guru to the sky, for the good deeds done for the past 19 years of Tok Guru's leadership. On the contrary, The President mentioned that Tok Guru circles were the culprits since no-provision & consultation were made for the decision in the appointment of the SIL. As the President of an organisation, the President should take part of the blame and not shifting the blame in its entirety on the shoulders of the Tok Guru's circles and advisers. A more palatable statement should address and state that the anamoly as a weak structural & mechanism that was not in-place within the party to curb such a practice.

As always, Tok Guru is 10 steps ahead of the Unity Government proponents.

Let's see how the President men address this blunder or they show more of their stupidity, day by day.

neo said...

persoalan nya kepimpinan nik ajis yg bersalah,kenapa nk babit kan haji adi pula...kepimpinan tertinggi pas sedar semua ni adalah berpunca dri politik husam musa,anwar ibrahim dan tk ketinggalan juga yg bernama TB yg main kn peranan penting utk anwar melakarkan kekuasanya di dlm pas dgn senjata cybernya..nik ajis harus sedar...sepatutnya dia kena dgr suara dri dlm parti..bkn trojen yg akan memusnah kan pas..bg pemimpin tertinggi pas kedudkan dlm dilema..nk di luah mati mak nak di telan mati bapak..sebb tindak tanduk nik ajis sudah terpesong dri perjuangan pas..sy percya...pas sudah tidak menerima pandangan dri nik ajis lg,mereka berdiam bukn berarti mereka menerima..hanya perasaan hormat kepada org tua tu saja yg tinggal.begitu juga mereka hanya mengharapkan nik ajis meletak jawatan dgn segera.tapi tidak dpt di zahirkan untuk menjaga hati org tua tu,kita akan lihat nanti bila nik ajis sudah letak jwtn..bru la semua yg ada akan berani bersuara mengenai pas.sedar tk sedar nik ajis seperti berjuang kesorangan..akibat termakan hasutan anwar and the gang.tapi hakikat nya..impian anwar tidak akn berjaya untuk mempengaruhi pas dgn ideologinya selepas ketiadaan nik ajis..sama2 lah kita lihat...PAS DI PERLUKAN SEBAGAI PEMBANGKAN YG MEMBENA..HIDUP PAS HIDUP NI HJ HADI..WLPN SY AHLI UMNO..

Tulang Besi said...

iyela neo, besor sangat aku ni ye sampai boleh pengaruh politik PAS di peringkat Pusat.

kelakar la kao ni.

Tapi yang confirmnya dari pengakuan Nasa sendiri, memang ada usaha nak rapatkan PAS pada UMNO.

Itu sah 100%. Percayalah aku.

dusunraja said...

Man,
Saya pun rasa pelik dengan awak ni, lepas satu, satu.Kan TG Presiden dah sebut tutup rapat-rapat pasal UG.
Kalau tak caya juga, sabar ajelah sehingga Muktamar pemilihan.

Kalau TGNA boleh terima pandangan Presiden, apalah sangat awak masih keras tak mau percaya dengan arahan Presiden.
Buat Baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali(Kena acap kali ke?)

Tulang Besi said...

December 1, 2009 7:25 PM
Delete
Blogger dusunraja said...

Man,
Saya pun rasa pelik dengan awak ni, lepas satu, satu.Kan TG Presiden dah sebut tutup rapat-rapat pasal UG.
Kalau tak caya juga, sabar ajelah sehingga Muktamar pemilihan.
.

Dulu kata Muzakarah dah tutup, tapi lepas tu tukar jadi Kerajaan perpaduan.

Benda sama je.

Presiden kata tutup, orang keliling dia kata tak tutup

Tulang Besi said...

As the President of an organisation, the President should take part of the blame and not shifting the blame in its entirety on the shoulders of the Tok Guru's circles and advisers. A more palatable statement should address and state that the anamoly as a weak structural & mechanism that was not in-place within the party to curb such a practice..

I think the statement was prepared by somebody else and did not really come from the President.

Remeber that Taqiyuddin Hasan is working for them directly

Anonymous said...

TB,
Presiden PAS sebenarnya boleh dan wajar ikut pandangn AJK PAS Pusat tapi Batu Caves penghalang ialah Mustafa Ali.Sepatutnya AJK PAS Pusat minta Presiden tukar/ganti Mustafa Ali kepada orang lain.Sebaik-baiknya bukan orang Trengganu.Bila Mustafa Ali dah tak ada diIbu Pejabat PAS,baru senang nak "becakap" atau "berunding" dengan Presiden.

Anonymous said...

Rahman Talib (TB) pasti tidak akan puas hati atas apa keputusan PAS, sekalipun TG Nik Aziz amat berpuas hati. Pasti ada isu-isu baru yang cuba dipanaskannya. Pasti ada alasan yang cuba direka-ciptakannya. Yang pasti, TB tidak akan puas hati selagi PAS tidak bergolak dan hancur, kerana itulah matlamatnya. Itulah cita-cita UBN (UMNO) seperti TB, seorang UMNO yang menyamar dan berselindung di sebalik baju PAS. Demi Allah, saya tidak lupa kata-katanya kepada saya (secara copy & paste): Tulang Besi: “Aku orang UMNO, bukan nye PAS..so suka ti aku lank kata apa pn kat PAs...korang peduli apa”. Berwaspadalah dengan kemunafiqannya yang licik.

by osmanor

Orgklate said...

Tulang Besi,
Sungguh pelik penulisan anda, saya merasakan anda cuba sedaya upaya untuk memporak peranda kan Jemaah PAS. Cuba sedaya upaya menyalakan api kebencian sesama jemaah. Penulisan anda cukup berbaur kebencian terhadap presiden dan pimpinan yang bagi anda tidak menepati kehendak anda. Siapa anda sebenarnya? Cukuplah saudara Tulang besi. Kalu anda ahli jemaah, istikharah dulu sebelum memberi penulisan atau mengeluarkan sebarang "persepsi" yang mengundang Fitnah. Anda tidak akan melontarkan tulisan sebegini sekiranya anda faham agama dan hidup berjemaah. Ingatlah azab fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Tulang Besi said...

orgkelate
nak tanya, kau bulan ni berapa dapaat?

Setau aku yang porak peranda jemaah ni orang yang jumpa UMNO dalam gelap

mlayukrala said...

pati kami klu atas tipu2 tak pe,,,maksum kn3, Mana leh di pisah dgn tuhan buuduu

Anonymous said...

tambah lagi...Dr Hatta pun baru seminggu jadi MP dah tuka mercedes..rakyat kuala krai pun serupa tu jugak..pastu husam datang KL ada org bagi pakai kereta Naza, cuba kalu husam bukan exco mana dapat kereta Naza tu..

cite sume lah tulang besi..cite sume setiap pemimpin2 PAS yang tuka keta semenjak menang PRU12 baru ni..

Apa barang cite musuh2 ngko je..cite sume barulah menegakkan kebenaran haha

Tulang Besi said...

December 2, 2009 11:12 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

tambah lagi...Dr Hatta pun baru seminggu jadi MP dah tuka mercedes..rakyat kuala krai pun serupa tu jugak..pastu husam datang KL ada org bagi pakai kereta Naza, cuba kalu husam bukan exco mana dapat kereta Naza tu..
.

kedekahkedekahkedekah

BAru seminggu jadi MP mana sempat nak makan projek la??

Dr Hatta ni sejak dari awal dah kaya raya. Stkt mercedez dia buleh beli lapan bijik anytime

Husam pula, apa salahnya dia pinjam kereta Naza? Dia pinjam bro, bukan beli bukan buat harta.

Ustaz Fadzil pakai mercedez Dr Wahab kalau turun KL

Anonymous said...

pengisian untuk memantap organisasi dan pengisian untuk memusnah organisasi amat berbeza.tak payah orang pandai, cikgu sekolah rendah pun boleh faham.
kadang mereka yang leka dan syok sendiri ingat orang tak tau.

Anonymous said...

pengisian untuk memantapkan organisasi dan pengisian untuk memusnahkan organisasi adalah sangat berbeza.cuma yang syok sendiri tu tak sedar yang orang tau niat dan hajatnnnyaaaaaaaa.
orang kampung pun tau.

OrgKlate said...

Tulang besi,
Tobat lah, dan jangan ganggu jemaah PAS lagi. Anda sememangnya ejen UMNO-BN. Pergilah tegur kerajaan BN yang jauh lebih jahil dalam semua hal. Anda sebenarny Astora Jabat versi baru. Luaran bertopeng PAS. Kepada Jemaah PAS, jgn terperangkap dgn fitnah yang di taburkan dalam blog ini. Tiada manfaat.

Anonymous said...

Apa pon gua memang respect abes la ngn tb nie...lanyak trus tb..jgn berhenti..kasik hancus trus..selagi PAS lom berkubor lo jgn berhenti melaga-lagakan dia org tu..
Kalo ada pemimpin pon bodo nk watper ye tak? Ada plak pengikot yg ngikot bodo-bodo gitu..apa korang kata WALA' ke apa ntah..

Jojo

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Apa pon gua memang respect abes la ngn tb nie...lanyak trus tb..jgn berhenti..kasik hancus trus..selagi PAS lom berkubor lo jgn berhenti melaga-lagakan dia org tu..
Kalo ada pemimpin pon bodo nk watper ye tak? Ada plak pengikot yg ngikot bodo-bodo gitu..apa korang kata WALA' ke apa ntah..

Jojo
.

Tak jojo, apa aku buat ni akan menguatkan PAS kerana ahli2, inshaalah, akan bangun menentang pemimpin2 yang menyeleweng

exedy said...

apa yg TB cakap pasal ust. nasa tu mmg betul. dulu saya x percaya. tapi lepas dengar sendiri org besar gomen telefon ust. nasa direct depan2 saya baru saya percaya. mmg depa ni ada plan bang TB, just tunggu dan lihat. saya dengar sendiri pasal nak padukan pas&umno demi melayu, tapi masalahnya umno masih buat taik di terengganu. cthnya, rumah pprt di area dungun/paka dibolot geng umno yg bukan penduduk setempat, walhal org pas sbg penduduk jati x dapat langsung. bab tu la yg dibincang dlm perbualan telefon yg saya dgr...

Alex said...

Tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz kerana telah dipilih sebagai antara 500 Pemikir Islam Terkemuka 2009 oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center. Malah beliau telah terpilih dalam Top 50 pada ranking #43. Sekali lagi, tahniah kepada Tok Guru.

Selain Tun Mahathir (tidak dalam Top 50), mana orang-orang UMNO yang kononya pejuang Islam yang terkemuka dan asli? Langsung tidak diiktiraf dan dihirau oleh masyarakat Islam dunia. Thaniah juga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dipilih antara Top 500.

Kelantan UMNO nampaknya memang kurang ajar betul. Siapa ahli UMNO Kelantan yang boleh masuk Top 500. Jangankan Top 500 bah Top 500,000 bukan belum pasti Ketua UMNO Kelantan boleh masuk.Ini sekali lagi menunjukkan kewibawaan Tok Guru dalam hal-ehwal Islam. Yang UMNO buat bising itu, siapa mereka? Apa kelulusan mereka? Apa kehebatan Islam mereka? Apa kehebatan pemikiran mereka? Ada sesiapa dari JAIS atau JAKIM atau YADIM?

wirautama said...

sebenarnya TB ni dia frust tak leh jadi PA Hassan Ali.. tu yg dia meroyan.. tak pe ah dasar hati perut sonar.. tuhan nok tunjuk pada ahli pas yg kenal TB sapa sebenar dia.. tak dpt jwtan terus mengamok..

Anonymous said...

Teruskanlah TB dgn cerita kamu tu..ikutla kalau ko nak laga laga kan lagi..aku takut nnt ada alim ulamak yg doakan kemusnahan kepada ko sebagaimana NA doakan utk Najib.aku harap cukupla wahai TB.

neo said...

haha..tegelak aku dgr pasal pemilihan top50...sedarkah saudara siapa yg menilai top 50 tu..siapa kah di belakang`The Royal Islamic Strategic Studies Center` jika tidak yahudi...layak ke yahudi nk menilai kepimpinan islam..sudah tentu ada agenda di sebalik top 50..org islam sendiri tahu menilai siapa pemimpin islam yg terbaik..ni mcm pemilihan grand award para artis lak..mmg kelakar..keh keh keh..yg heran nye..harakah pon begitu bangga mendedah kan kisah top 50. adeih..

cikgu said...

knapa lee org umno ni dari atas smpai kebawah bebal tul. klau nak rampas klantan, tok guru tu jgn diusik.org kelate ni lebh syng tok guru dari PAS...kau serang PAS, separuh aje rakyat kelantan akan respon tapi jka kau usik tok guru, seluruh rakyat kelantan akan bangkit memperthankan tok guru. bukan perkara yang pelik bila org umno kelate jga syng tok guru

Anonymous said...

Dah jadi top pemikir Islam,tolongla fikir sama macam mana nak mengatasi:
1.Keruntuhan sosial dikalangan umat Islam di Malaysia sekarang.
2.Arak dah jadi minuman macam air bagi golongan muda sekarang.
3.Maksiat dimana-mana sekarang.
4.Umat Islam semakin kacau,bergaduh sesama Islam akibat perbezaan politik dan mazhab!
Cukupla fikir 4 perkara tu!Sekali dengan cara atasinya.Jangan pandai fikir,praktikalnya yelek!

orgkampungje!

Anonymous said...

Dah jadi top pemikir Islam,tolongla fikir sama macam mana nak mengatasi:
1.Keruntuhan sosial dikalangan umat Islam di Malaysia sekarang.
2.Arak dah jadi minuman macam air bagi golongan muda sekarang.
3.Maksiat dimana-mana sekarang.
4.Umat Islam semakin kacau,bergaduh sesama Islam akibat perbezaan politik dan mazhab!
Cukupla fikir 4 perkara paling kecik tu!Sekali dengan cara atasinya.Jangan pandai fikir,praktikalnya yelek!

Anonymous said...

Alex!
Mai sama-sama tepuk tangan!Kita ada dua orang pemikir Islam yang hebat dalam dunia!
Mai kita sama-sama tumpang bangga,tumpang syok dengan kejayaan besar kitani!Mai kita cerita kat semua orang!Pemimpin Singapura sama-sama gembira,ambik gambar bersama pemikir henbat kita!(dalam hati tersenyum sumbing!)
Mai kita buat kenduri sakan!
Lepas tu kita letih,kita baring,sebelum terlena kita letak letak tangan atas dahi,kita hairan sat!kita tanya sendiri,ada dua orang pemikir hebat,tapi....awat umat Islam kita makin teruk!Awat anak muda kita makin teruk!Awat maksiat makin menjadi-jadi!Kita tak dapat lena...dah dapat jawapan,itu semua salah umno!Ya betui....kita pun terlena....Bodohnya kita!!!!!!!


orgkampungje!

Alex said...

Betul ke neo mana bukti kamu? Jangan main hentam menuduh orang? Dibiayai oleh Yahudi? Adakah saudara ada baca report itu ke tak? Kalau tak baca jangan bukak mulut jerit kuat2, budaya macam ni nak berdebat tetapi langsung tidak membaca nak debat apa?

Kalaulah Yahudi yang buat report ini masakan No. 2 adalah Ayatollah Khamenei dari Iran? Masakan No. 5 adalah PM Turki Erdogan yang telah menempelak Israel beberapa kali? No. 8 adalah Grand Imam of Al-Azhar? No. 12 adalah Mahdi Akef ketua Muslim Brotherhood yang merupakan musuh Mubarak-Egypy kawan baik Israel?

Takkan Yahudi memilih No. 17 Hasan Nasrallah yang mewakili Hezbollah, musuh Israel di Lubnan? No. 34 pula Khaled Mashaal ketua Hamas yang telah menghantar suicide bomber ke Jerusalem dan Tel Aviv beratus-ratus kali? Dan satu tangga di atas Tok Guru di No. 41 ialah Ali Jafari, Ketua Revolutionary Guards Iran, musuh paling ketat kepada Mossad Israel?

Sila guna otak dan baca sedikit sebelum hentam. Saya rasa saudara langsung tidak pernah membaca report itu kan? Main hentam sahaja. Malah Tun Mahathir punterpilih kenapa Anon Dec 4 tidak cakap dia jugak bertanggunjawab keruntuhan akhlak di Malaysia? asyik nak tunjuk dua orang itu je (saya thau kamu cakap tentag DSAI dan Tok Guru).

UMNO dan Fraksi UMNO, bodoh betul2 bodoh.

Anonymous said...

Maafla Alex,
Lupa nak tambah,tahniah juga pada Dr Mahadir,pada Pak Lah,...tahniah,tahniah,tahniah...atas kerosakan golongan muda melayu sekarang!!!!!!!!
Tepuk tangan juga pada Najib dan pemimpin umni Johor,tak lama lagi,geng melayu JB akan jadi sama seperti geng melayu pulau pinang,dari pulau berhijrah ke seberang prai,lepas tu ke kulim.kedah pula....Orang melayu Jb ,bila siap wilayah Iskandar,boleh pindah kekotatinggike,keBatu Pahatke!Lepastu kita sama-sama tepuk tangan,tumpang bangga dengan kepesatan,kemodenan wilayah iskandar,JB,...
Satu lagi,awas pada pujian dan gula-gula dunia dari orang bukan Islam,kadang-kadang bermaksud sebaliknya!Bacala banyak sikit buku-bu8ku sejarah berkaitan keruntuhan empayar Islam dan kerajaan melayu di tanah melayu,lepastu buat,fikir sejenak dan buat rumusan sendiri......
Kita pro,walaupun org kampungje!,tidak memihak pada mana-mana pihak,yang baik dijadikan teladan,yang buruk kita hentam!
Pemimpin orang melayu,jangan jadi ketam,jangan cakap tak serupa bikin!



-orgkampungje!-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.