Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 15, 2009

Konvensyen Blogger PAS: Jangan Lahirkan Batang-Batang Pisang

Konvensyen Blogger PAS yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini tidak sepatutnya disasarkan untuk melahirkan “batang-batang pisang” dalam menghadapi serangan todak.

Dalam kesah “Temasek/Singapura Dilanggar Todak”, arakian maka dikesahkan Singapura telah dilanggar todak. Pada mulanya, Sultan telah memerintahkan para pahlawan menggunakan betis untuk menahan serangan todak. Namun taktik tu gagal kerana todak yang menyerang tidak semestinya menusuk betis asykar2 tersebut.

Maka, datanglah seorang budak memberi idea bahawa barangkali patut disusun batang pisang dan dibiar todak menusuk batang pisang tersebut. Maka, dibinalah tembok batang pisang dan akhirnya todak-todak yang menyerang tersangkut di batang-batang pisang dan dibunuh. Maka, selesailah masaalah serangan todak tersebut.

Arakian, budak yang memberi idea tersebut, maka Raja merasakan bahawa budak tersebut tersangatlah pandai dan akan mampu menjatuhkan Raja dari takhta satu masa nanti. Maka, diarahkan supaya budak tersebut dibunuh.

RIntihan Greenboc Sama-Sama Kita Alami


Saya antara yang mula2 menghantar nama saya sewaktu ura-ura mengadakan Konvensyen ini dahulu. Sila rujuk email saya pada penerangan di bawah:

“Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 9:08:49 AM
From: Abdul Rahman Abdul Talib
...
View Contact
To: penerangan.paspusat@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum,

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon untuk menghadiri seminar konvensyen blogger PAS

Terima Kasih

Tulang Besi”


Seterusnya saya dapat respon dari Penerangan PAS Pusat:

“Re: Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 7:02:43 PM
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat
...
View Contact
To: Abdul Rahman Abdul Talib
________________________________________
telah didaftarkn. “


Tapi sampai hari ni saya menunggu surat jemputan yang tidak kunjung sampai.

Benarlah kata saudara Greenboc, memang majlis konvensyen blogger ini untuk mem “BTN” kan bloggers.

Bagi saya pula, ianya adalah untuk melahirkan “batang-batang pisang” semata2 untuk melindungi pemimpin-pemimpin PAS yang telah berbohong dan kemaruk nak duduk dalam kelambu dengan UMNO.

Tuan Ibrahim Marah Pada Blogger, tapi Tak Marah Perjumpaan Dalam Gelap dan Pembohongan Pimpinan

Saya dah nampak lama dah trend Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau hanya bercakap apabila ada isu-isu yang menguntungkan geng Perpaduang. MAsa artikel Dr. Dzul yang menyentuh Perpaduan keluar dalam Harakah, beliau antara yang lantang memarahi mereka yang menyentuh isu tersebut. Padahal, artikel Dr Dzul tiada kena mengena dengan isu Kerajaang Perpaduang. Dr. Dzul cuma mahu membetulkan pemahaman konsep wala’ dalam parti.

Kita semua tahu, konsep wala’ dijaja dalam parti atas bawah untuk memaksa Ahli menerima gagasan Kerajaang Perpaduang yang sebenarnya alasan yang digunakan untuk berselingkuh dengan UMNO.

Tiba2 apabila pemimpin2 pro UMNO mula komplen pasal bloggers, Dato Tuan Ibrahim yang pertama sekali keluar bersilat menyerang para blogger. Macam-macam alasan yang digunakan tetapi dalam tidak sedar, beliau telah memburukkan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Yang hairannya sewaktu pemimpin2 PAS berjumpa dengan UMNO dalam gelap, kemudiannya berbohong berkaitan perjumpaan tersebut, kita tak dengar apa2 suara dari Dato Tuan Ibrahim?

Sekarang ni, Tuan Ibrahim akan menjadi pembentang kertas kerja. Tokoh yang secara terbuka menghemtam bloggers (termasuklah bloggers itu adalah Tok Guru Nik Aziz) akan membentang kertas kerja berkaitan blog. (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/kenapa-tuan-ibrahim-menghentam-tok-guru.html)

Semua ini tak lebih sessi basuh otak dan sebar auta seperti biasa. Last2 nanti, mesti sebut pasal wala’. Saya tak heranlah pembentang kertas kerja terakhir adalah Ustaz Nasaruddin Tantawi. Tajuknya, adalah “"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah".

Tapi, bukankah Ustaz Nasaruddin pernah menuduh Dr Aziz Bari sebagai agen UMNO? Bukankah itu satu bentuk fitnah juga? Orang yang pernah mengeluarkan fitnah, mahu membentang kertas kerja menghalang orang dari menyebar fitnah.

Hairan hairan.

Akhir sekali, ingatlah, kita di dalam PAS telah dilatih untuk berkata kebenaran sekalipun kebenaran itu pahit. Jangan lah kerana ada orang yang tidak senang duduk atas pendedahan2 kita, maka kita mahu berkompromi prinsip kita.

Bloggers semuanya wala’ hanya kepada Allah dan Rasul. Yang lain2 tu, kalau mereka menyeleweng, maka wajib kita menegur sebagaimana ada sahabat yang mahu menegur Saidina Umar dengan pedang.

Tulang Besi

Konvensyen Blogger PAS Untuk Mem"BTN"kan Blogger?

Menjelang Konvensyen Blogger PAS yang akan diadakan pada 20 hb Disember ini bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, ramai yang tertanya-tanya apa pendirian GB.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Idris Ahmad dan idea penganjuran konvensyen ini berlaku beberapa hari selepas para blogger telah tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat itu yang telah "menghentam" Prof Abd Aziz Bari. Malah Idris pernah menamakan dan menyerang para blogger sebagai penabur fitnah di dalam satu seminar di Gopeng.

Senarionya bermula apabila Prof Abd Aziz Bari melakukan kritikan terhadap pimpinan PAS Pusat, dan ianya disanggah hebat oleh Idris yang tidak berlapang dada untuk menerima kritikan. Diperburukkan lagi dengan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan Tantawi yang melabelkan Abdul Aziz sebagai agen musuh.

Di dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan pada 7 Nov 2009 pula, keberadaan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut memberikan pandangan di dalam forum, disifatkan oleh Ust Zolkharnain Abidin adalah bias dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib.

Ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut - Idris, Nasruddin Hassan Tantawi, Tuan Ibrahim, telah dikrtik hebat oleh para blogger - termasuklah GB :)

Dan kini ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut terlibat secara terus di dalam Konvensyen blogger yang hendak diadakan pada 20 Disember ini yang menurut kenyataan dikeluarkan:

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

Jelas bukan? Ketiga-tiga pimpinan yang dihentam para blogger kini cuba untuk menindoktrinasikan pemikiran blogger melalui apa yang dipanggil Konvensyen Blogger yang tak ubah seperti langkah untuk "memBTNkan" mereka supaya patuh, akur dan jangan mengkritik pimpinan dengan alasan ia "merugikan PAS". Sedangkan kebanyakan blogger melihat pendirian dan kenyataan ketiga-tiga pimpinan yang telah dikeluarkan itulah yang telah banyak merugikan PAS.

Konvensyen dikatakan untuk "mengenal pasti blogger sebenar PAS" dan salah satu objektifnya "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS".

Persoalan kini mengapa setelah kamu-kamu tidak berupaya menerima kritikan tiba-tiba cuba pula untuk "mengenal-pasti blogger sebenar PAS" dan dengan beralasan untuk "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS" supaya ianya seiring hanya dengan pandangan dan pendirian ketiga-tiga pimpinan tersebut yang gagal menghargai kritikan orang lain. Apakah itu yang hendak ditanamkan ke minda para blogger?

Rumusan: GB adalah ahli PAS yang berdaftar, bernombor 2579xx, (telah mengikuti program PAS sejak dibangku sekolah sekitar 60an dan 70an mengikuti ayahanda yang merupakan pengasas dan Ketua Pas Cawangan di tempat GB, tetapi hanya disahkan menjadi ahli berdaftar PAS pada 80an) bererti layak sangat menghadiri konvensyen berkenaan, tetapi GB mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya setelah GB gagal untuk melihat adanya kejujuran dan ketulusan di dalam penganjuran konvensyen berkenaan.

Kalau tak terima GB sebagai blogger PAS pun nanti, GB tak berkecil hati. Muga ada yang masih mahu membaca tulisan-tulisan GB.


21 comments:

Anonymous said...

stuju.

penyu teranung said...

ek eleee...

doh kalu beraser nok gi tu, gi jer lah..doh dijawab email tu 'telah didaftarkan'.....itu pun mung dok reti nok paham lagi...baser jenih makang OTOK LEMBU...

ker mung takut nok mari?
dok soh banyok alasang laaa...

ramar org nok juper mung sining...mung kang glemer...
ker mung nok PAS sponsor tiket kapalterbang ker mung?

Teluk Bakong said...

salam

kah kah TBO pun apply tapi tak dapat jawapan ha ha

Arif Omar said...

MEREKA DILATIH UNTUK MENJADI BLOGGERS UPAHAN PAS. HE HE HE ! INILAH BUKTINYA. BTNKAN BLOGGERS. PPAS INI MEMANG LIDAH BERCABANG.

Anonymous said...

tak sangka lak TB dan kawang2 selori dengannya nak hadir konvensyen blogger PAS....mengaku PAS tapi hampes..mengutuk PAS...eiii..tak tahu malu...tak dapat pegi pun tak pa lah..apa mati ke TB tak pegi? adooiii, bersungguh benarlah nak pegi, ikhlas non...eiii pelik bin ajaib, aku percaya penganjur berhak menafikan permohonan blogger daripada ikuti konvensyen blogger PAS. itu hak PAS. kalau nak saman atau tak puas hati gi lah kat SUHAKAM atau Lingam atau Gani Patail, kot2 ada chance

Anonymous said...

kami dengan seluruh keluarga bersama PAS sejak tahun 60an lagi, arwah Ayah pernah ditangkapjelkan oleh pihak parti perikatan yang memerintah / munafiq.Kami resah dan gelisah dengan sikap pihak kepimpinan PAS yang tidak dapat menerima asas arah dan paksi peperangan dgn pihak munafiq UMNO. 1001 masalah yang diwujudkan oleh UMNO Munafiq di Kelantan baik masa pemerintahan Dato AsriMuda bahkan masa sekarang dato Nik Aziz. Kita dapati beberapa pemimpin tertinggi ghairah dengan kebendaan dan perkahwinan untuk memuaskan nafsu atas nama diizinkan Allah. Kita mohon dan sedang merisik untuk membilang isteri tiap pemimpin ini. Memperolehi kawasan balak dan kawasan getah klon serta komisyen penbangunan tanah kerajaan kelantan untuk bandar baru di bahagikan dengan bbrapa pimpinan PAS pusat dan buat rumah besar untuk tiga 3 permaisuri sekarang baru saja dilantik pula pegang jawatan bersama pasukan perpaduaq. inilah dugaan,sedarlah wahai pemimpin Pas. Jangan anggap saudara semua bijakpandai kami pun ada juga sebidang ijazah. Kami hidup tanpa bantuan Kerajaan tapi sederhana dan ikhlas dengan Allah dalam berjuang bersama Pas. Pas Kelantan harus sedar tentang kekuatan kita yang juga rapuh dan bisa berulang kekalahan seperti 1976. Diperingkat pusat kekuatan perjawatan PAS tidak menyeluruh dimana tertumpu pada Terangganu saja. Jawatan penting sudah lanjut usia bekerja keras siang dan malam. moga sama2 fikir dan mohon keredaan dan restu Allah semoga kita selamat banyak lagi nak kata yang berat2, buat pertama kali saya keudara bersama tulang besi. saya sokong dgn anda dalam menegak kebenaran walaupun pahit. kira tulang besi ada masalah apapun silahubungi segera.

Anonymous said...

Anoy 8:20:
Saya sepertimu jugak!!!!Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah!!!!Tapi,sanggupkah anda disumpah seranah oleh golongan yang sering beranggapan diri mereka betul semuanya!!!!!Pemimpin kesayangan mereka,betul segalanya!!!!!!
Yang mengkritik,dianggap bodoh,jahil,pro umno , abu jahal,abu lahab!!!!!!
Yangpasti,pemimpin pasla ni sedang mengalami krisis "identiti"!!!Menggunakan "berbagai cara" untuk mengesahkan identiti mereka yang "baru"......



-orgkampungje!

Grand Marquis said...

Persoalannya senang aje. Siapa tak setuju dengan TB mereka ini semua tak betul. Konvensen blogger pas kalau tak ikut citarasa TB, maka ia sia-sia dan tak betul. TB is pas and pas is TB. Pesetan kepimpinan pas. Ini parti TB.

Itulah kesimpulan dari tulisan TB.

Anonymous said...

pergi sahajalah TB ke konvesnyen tu. dah disahkan pun perdaftaran. org PAS selalunya buat keja x hiraukan protokal. nak kurangkan birokrasi katanya.

tapi kalo TB kata tujuan konvensyen tu tak lain utk mem'btn'kan blogger PAS, heran juga saya TB mau pergi. tapi itu tak bermakna saya setuju dgn Grand Marquis.

det said...

selepas konvensyen tu nanti, makin ramai la tukang-tukang penyebar fitnah yang kompom masuk syurga, dijangka yang akan hadir nanti kebanyakannya dari negeri yang mendapat jolokan Darul Fitnah iaitu kelantan.

Anonymous said...

TB..tak yah gi lah...buat apa jadi hidung tak mancung pipi tersorong2...? nak jadi despredo ke? mati ke tak pergi? pergi...pergi..tengok2 tak leh masuk...kesian lah pulak..tapi kalau nak pegi juga tu nampaknya dalam hati kecil tu ada lagi rindu nak jumpa member lama lah tu...TB TB...apalah, macam budak2 sekolah lagi ke

Anonymous said...

lebih mulia jadi batang pisang mempertahankan Islam, jamaah, dan ummah serta keselamatan orang ramai dari jadi todak yang gila, beremosi, gerama, busuk hati,dengki, serta suka tabur fitnah. lebih hina jadi todak yang suka membunuh manusia! tu lah TB ni lemah pepatah petitih Melayu..dok kat Kansas City 2 tahun pun dah lupa jatidiri Melayu. kalau tidak kerana batang pisang, lebih ramai orang awam mati dengan kehendak Tuhan

Anonymous said...

Aku berasa TB ni mental.

Sebab TB tak terima kepimpinan tertinggi PAS dipilih muktamar dan acap sangat kutuk mereka - aku minta TB senaraikan sapa-sapa hok TB rasa patut jadi pimpinan PAS.

Alih-alih TB bermadah laut dalam jangan diduga dan gesa aku beri nombor keahlian PAS aku ...

Gi berubatlah TB .., sian mu

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Aku berasa TB ni mental.

Sebab TB tak terima kepimpinan tertinggi PAS dipilih muktamar dan acap sangat kutuk mereka - aku minta TB senaraikan sapa-sapa hok TB rasa patut jadi pimpinan PAS.

Alih-alih TB bermadah laut dalam jangan diduga dan gesa aku beri nombor keahlian PAS aku ...

Gi berubatlah TB .., sian mu

December 16, 2009 7:05 PM
.

So, kau takut la nak bagi nombor keahlian kau?

Anonymous said...

"orang PAS dilatih utk bercakap benar" TB selalu bercakap benar ke?menyalak je..

715233 said...

Weh, apsal kau tanak pegi? Takat menyalak dlm blog tak guna bhai. Lu sound depan2 la. Kat konvensyen tu nantih lu sound Tuan Ibrahim tu face to face bhai. Lu buktikan lu bukan anjing yg reti menyalak je, tapi harimau yang mengaum dan mencakar. Lu jgn wat alasan ni BTN la apa lancau la weh. Lu takut apa kalau ni BTN ala PAS pun? Lu takut terpengaruh ke? Mana iman dan istiqamah lu? Takkan Tuan Ibrahim sembang sikit 'akidah' Anti UG lu bergegar? Dude, kalau ni BTN ala PAS lagi bagus la. Lu boleh bantai senang2. So, kalau lu Harimau, lu pegi.

Tapi kalau lu anjing, well...... menyalak dalam blog je la bhai..

Tulang Besi said...

December 16, 2009 9:41 PM
Anonymous 715233 said...

Weh, apsal kau tanak pegi? Takat menyalak dlm blog tak guna bhai. Lu sound depan2 la. Kat konvensyen tu nantih lu sound Tuan Ibrahim tu face to face bhai. Lu buktikan lu bukan anjing yg reti menyalak je, tapi harimau yang mengaum dan mencakar.
.

Lu buleh bagi RM1000. Itu kos gua nak datang pasal penganjur konfirm tarikh lambat.

Padahal aku dah daftar awal dah.

715233 said...

Bhai, takat rm1000 orang kaya cam lu taleh nak korban utk parti ke? Lu kan ada cakap gaji lu lagi tinggi dr gaji CEO ari tu kan? Nah, kurang2 gaji lu 5 figures. 1000 tu celah gigi lu je la.

Lambat konfem apa bhai? Bukan Penerangan reply hari sama lu hantar email ke? lambat apa bhai? Lu jangan buat alasan loser camni. Mende ni smol matter maa. Gua nak lu pegi. Lu mesti bantai depan2. Buktikan apa lu cakap. Kalau tak, mmg lu mmg macam penkritik lu cakap. Takat nyalak je.

Anonymous said...

saya setuju 200% dgn Anoy 8:20 dan orgkampungje.

saya dan keluarga pas sejak tahun 60an jugak, atas pokok kabu kat ujung kg rmh saya berkibar bendera pas sekian lama, lambang pas masa tu bulan sabit dan bintang, tapi amno yg dengki suruh pas tukar.

hidup tulang besi, kami pas yg ori pas yg asli dan matang menyokong saudara! bak kata perpatah sekilas ikan di air dah tau jantan betina, SEKILAS APA YG MENDATANG KITA DAH TAU ITU PERANGKAP AMNO, JADI JGN CUBA2 NAK BERBAIK DGN AMNO LAKNAT.
JGN BIARKAN ORG PAS YG ADA HATI NAK BERSEKONGKOL DGN AMNO.

harap TB pergi ke konvensyen tu dan sampaikan rasa hati kami org2 pas bawahan yg benci idea UG tu!

Tulang Besi said...


hidup tulang besi, kami pas yg ori pas yg asli dan matang menyokong saudara! bak kata perpatah sekilas ikan di air dah tau jantan betina, SEKILAS APA YG MENDATANG KITA DAH TAU ITU PERANGKAP AMNO, JADI JGN CUBA2 NAK BERBAIK DGN AMNO LAKNAT.
JGN BIARKAN ORG PAS YG ADA HATI NAK BERSEKONGKOL DGN AMNO.

harap TB pergi ke konvensyen tu dan sampaikan rasa hati kami org2 pas bawahan yg benci idea UG tu!

December 17, 2009 10:19 AM
.

Terima kasih saudara,

semoga pengorbanan saudara dan keluarga saudara kepada Islam ini akan dibalas oleh Allah SWT dengan Syurga.

penyapujagat said...

Saya baru pulang minum teh tarik dengan rakan-rakan. Entah macamana dia sebut pasal TUlang Besi marah kat Hasan Ali sebab tak dapat satu Jawatan CEO sebuah perbadanan yang baru ditubuhkan di Selangor kebetulan Hasan Ali exco yang menjaganya. Hahhhh, saya senyum. Jika perbadanan itu yang dimaksudkan, saya rasa TB seorang yang ada masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.