Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 12, 2009

Mengapa Nasaruddin Mat Isa Menjadi Penyambung Lidah UMNO dalam Isu Masjid/NgaKorMing?

Kita lihat Fraksi UMNO dalam PAS sudah pun mula mengambil sikap serupa dengan UMNO. Misalnya, dilaporkan Timbalan Presiden PAS berkata:

“Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."(Keseluruhan artikel boleh dibaca di bawah)


Aikk kenapa tiba-tiba menyebut pasal "kesepaduan Pakatan Rakyat"? Hakikatnya isu ini adalah eksploitasi UMNO semata-mata dan tidak seharusnya disokong oleh mana-mana kepimpinan PAS. Ia adalah fitnah UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat dan bukannya berasaskan kepada kebenaran.

Ustaz Nasa adalah MP dan Nga adalah MP. Kenapa Ustaz Nasa tidak boleh merujuk terus kepada Nga untuk mendapat penjelasan yang sepatutnya? Apakah Ustaz Nasa sudah tidak bercampur lagi dengan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat? Maklumat saya dapat, Ustaz Nasa lebih suka bercampur dan bergaul dengan MP2 dari UMNO bila di Parlimen. Itu pun kalau Ustaz Nasa ke Parlimen la.

(Pak Bakaq Haq ada bukti2 yang boleh dikeluarkan berkenaan prestasi dan kehadiran MP Bachok (dulu MP Yan) di Parlimen. Setakat ni Pak Bakaq terus tegar dengan dakwaan beliau).

Saya merujuk kembali kepada rakaman dialog Nasa dan Hasan Ali bersama blogger UMNO/pro UMNO. Dan saya mendapat sebab sebenar mengapa YB Nga diserang sebegini rupa:



Hasan Ali mewakili pemikiran Fraksi UMNO dan mereka yang pro UMNO dalam PAS. Mereka “ijma’” kejatuhan kerajaan Negeri Perak adalah kerana PAS Perak dikuda oleh DAP. Sebab itulah Nizar tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. Kerana Nizar dipandang sebagai “kuda DAP”. (Tapi sebenarnya Nizar tak dilantik sebab tak lulus permohonan tanah. Tapi tu kita cerita lain.)

Fraksi UMNO menjadi penyambung lidah kepada fitnah-fitnah UMNO.
Dan dalam kes ini fitnah UMNO terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Jadi, dalam isu Masjid dan Nga Kor Ming ni tak heranlah Nasaruddin menjadi penyambung lidah UMNO. Umno timbul isu, Nasa sambut. Pemuda PAS sambut. UMNO untung sebab tak payah keluar duit, orang lain buat kerja untuk mereka. Selama ini susah mereka hendak tembus penyokong PAS, sekarang dah ada orang tolong kempen untuk mereka kepada ahli2 dan penyokong PAS.

Saya terpaksa mendedahkan rekording ini lagi bagi memberi gambaran betapa seriusnya saranan Tok Guru Nik Aziz untuk 3 orang itu dikeluarkan dari kepimpinan PAS. Pimpinan2 PAS ini sudah menjadi penyambung lidah pada UMNO dan kalau tidak dibersihkan mereka ini, PASTI PAS AKAN HANCUR BERKECAI-KECAI.

YB Zul Nordin sendiri membela YB Nga dalam isu ini
. Sila rujuk penjelasan beliau yang maha jelas dan maha jitu itu.

Kalau Pemuda sambut tu saya tak heran lah sebab dia takda di Parlimen dan mungkin mereka tersalah faham. Walaupun bergitu itu sebenarnya tak boleh jadi alasan kerana mereka boleh telefon mana-mana MP PAS.

Kita masih tidak lupa tuduhan Pemuda PAS kepada Aziz Bari bahawa Aziz Bari agen UMNO. Dalam isu ini, Pemuda PAS lah yang menjadi agen UMNO kerana menari kepada gendang UMNO.

Kesimpulannya, saudara/ri sekelian, keberadaaan pimpinan2 PAS yang pro UMNO dan anti Pakatan Rakyat ini akan kelak menghancurkan Pakatan Rakyat. Juga, mereka akan memastikan kemenangan UMNO yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Kita jangan lupa, “Dokumen Negara Islam” yang diterbitkan oleh PAS sebelum 2004 telah memberi kemenangan yang GEMILANG kepada UMNO/BN pada PRU 2004. Mereka yang dibelakang dokumen itu, juga sekarang ini berada di belakang usaha merapatkan PAS dengan UMNO. Ertinya puak-puak ini ada rekod memenangkan UMNO dengan gemilang. Kemenangan UMNO 2004 adalah antara kemenangan UMNO yang terbaik dalam sejarah UMNO.

PERLU, PERLU, PERLU EGM SEBELUM 2011.

Sekali lagi saya kata, EGM adalah PERLU untuk membersihkan PAS dari anasir-anasir serta kutu-kutu UMNO yang kelak bakal menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini adalah salah satu contoh betapa pemimpin2 PAS ini akan menjalankan ‘jarum” UMNO dalam PAS. Bayangkan benda yang akan diceritakan pada ahli2 PAS secara dalaman kalau yang keluar secara luaran pun sudah teruk macam ni.

Tulang Besi



Isu dana: Pemuda PAS mahu Nga jelaskan pendirian
()

PETALING JAYA, Dis 11 — Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadat bukan Islam.
Setiausahanya Kamaruzaman Muhamad berkata Pemuda PAS mengambil berat isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
Justeru kata beliau pihaknya mahu semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.
"Kami mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarang konflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenar daripada Yang Berhormat Nga terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan.
Kamaruzaman berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Nga berhubung perkara itu kerana Pemuda PAS amat menghormati kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan selaras dengan prinsip kebebasan beragama yang dipegang Islam.
"Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkan warganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap," katanya.
Kelmarin, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 dan pada masa sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain.
Tindakan Ng itu telah menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang berpendapat tindakan mengungkit perkara berkenaan sebagai biadab dan menimbulkan sentimen perkauman.
Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.
Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.
Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.
‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya," katanya.
Tambah Nga beliau juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Harussani, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataannya.


PAS tidak sepakat isu dana bina masjid

Dis 10, 09 4:39pm


kemaskini 7.34pm
Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.


Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.


Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."


33 comments:

hussin said...

"sepertimana yang pernah saya katakan, dan saya tetap mempertahankannya, selagi perpaduang mencengkam kuasa di jalan raja laut, selagi itulah pas akan dicaturkan oleh seterunya. ia begitu mudah untuk dilakukan kerana sudah ada yang menggunakan tangki bantuan oksigen yang sama."

ccayalah, hanya egm boleh selamatkan pas serta memperkasakannya mendepani pru 13. segerakannya!!! gitulah bisik hati kecilku...

abu qassim said...

salam.

pucuk pimpinan perlu duduk bersama-sama sentiasa membincangkan isu-isu semasa bagi mendapatkan kefahaman dan pandangan yang sama. apa-apa pun, masalah-masalah ini akan mematangkan pucuk pimpinan untuk memimpin kita kelak.

p/s: sedih bila memikirkan dikalangan kita yang tidak dapat membezakan sebagai orang islam dan orang melayu. yang nyatanya orang islam itu bukan orang melayu.. wallahualam.

Anonymous said...

memang sah!..aku mmg sokong UMNO/Nasaruddin pasni.. tahniah TB.. fact tak penting.. persepsi itu penting.

Anonymous said...

RM748 nillion for mesjid?wow!!..how many ibu tunggal,janda,makcik ,pakcik yg hidup keseorangan on this coutry?What's the budget allocation for them?Para ULARmaks think ..ooo,by building mesjid..all things of islam will manifest,and milk and honey will pour automatically frm the heavens..ptuih at ULARmaks!!

ataspagar said...

DAP mmg suka pd nizar sbb masa dia jadi MB Perak banyak luluskan tanah untuk buat kuil dan tokong..
tu yg nga sendiri ckplah masa buat sidang akhbar.. nizar tu bukan setakat jadi kuda aja dah... tapi dah mcm kuda kayu lak.. pakai ikut jer.. asalkan dpt pangkat dan kedudukan..

Anonymous said...

Si TGirl Nassaruddin mat Isa is the typical bahlol dunggu brainles nincamppop who still clings on islam is melayu! in order to cari makan..he for sure wont line up to punch card at factories..he for sure has no capacity(like most UMNO wallahs) even to be a security guard..angkat tong taik UMNO bolehlah

Anonymous said...

hahah..dungu bahlol katak dibawah tempurong pundekmon ularmaks dah goyang..nak fatwa,nak berbuih buih pasai ketuanana islam is melayu semakin diptuihkan oleh rakyat..ditambah pulak sekarang non malays quickly recognising the inner truth of islam..dats why DAp berani cakap pasai RM748 million allocation for mesjid..and Tok Guru Nik Aziz is no1 backer of DAP!

Grand Marquis said...

Kalau lihat pada tulizan Zulkifli Noordin, tidak ada juga fakta yang jelas tentang apa yang diucapkan oleh Nga. Beliau mendakwa Nga berkata "Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid."

Tapi siapa boleh sahkan apa yang benar-benar beliau perkatakan? Ada rakaman dan transkripnya? Kalau tak de maka kita tidak tahu siapakah yang sebenarnya putar belit kenyataan. Apapun, the damage has been done. Orang akan percaya menurut persepsi mereka. Jadi apa tindakan kepimpinan PAS?

Tulang Besi said...


Tapi siapa boleh sahkan apa yang benar-benar beliau perkatakan? Ada rakaman dan transkripnya? Kalau tak de maka kita tidak tahu siapakah yang sebenarnya putar belit kenyataan. Apapun, the damage has been done. Orang akan percaya menurut persepsi mereka. Jadi apa tindakan kepimpinan PAS?
.

Pgi check hansard.

Tapi kalau Zul Nordin pun sokong, apa lagi nak cakap

Anonymous said...

walau apa pun NGA semakin naik minyak dan berani,kerana sokongan PAS,dan sebahagiaan melayu pkr spr yb zul.

sepatut nya kita semua org islam menemplak perkara sebegini ,bukan nak berpolitik sepanjang masa, pas dlm pkr,terus jadi kuda dap/pkr dimanakah perjuangan pas sebenar nya?

saya percaya PAS akan kecundang dan dilaknati kerana mereka mempermaikan /mempegunakan islam

Grand Marquis said...

Kalau kita pergi ke blog kickdefella (http://kickdefella.wordpress.com/) kita akan nampak macam-macam komen. Tapi saya lihat hampir 95% komen sekarang ni mengutuk PAS dan "fraksi Kelantan".

Kita tinggalkan perbincangan tentang kickdefella sendiri dan fokus pada para pengkomen.

Nyata sebenarnya ramai yang sudah muak dengan sandiwara PAS. Mereka mungkin boleh bodohkan penyokong setia mereka, tapi ramai yang dapat menilai sendiri. Realitinya ialah mereka dapat lihat PAS ini banyak retorik dan menggadaikan prinsip semata-mata kerana peti undi.

Saya tahu, TB mesti kata mereka semua cybertrooper UMNO yang diupah. Terpulanglah. Itu persepsi beliau. Asalkan beliau bahagia. Tetapi kalau PAS terus begini, mereka pasti bungkus dalam PRU 13.

Percayalah, masa tu, TB mesti menggunakan isu UG untuk menyalahkan kekalahan PAS kelak.

Anonymous said...

ya semasa pilihanraya 2008,Nachibai berkata di kelantan tak cukup masjid..Terengganu,negara terkaya dgn minyak yg paling miskin cum mundur ada multi million ringgi mesjid..waah..islam BTN cukup bes lah!!kahkahkahkah

Anonymous said...

nape la marah sgt kalu org kafir mintak duit lebih buat rmh ibadat..yg duk beduyun-duyun p murtad tk bising!Masjid aje banyak hebat2 plak tuh tapi takde org, macam jiwa umat islam 'kosong'...cakap pun dah merapu-rapu..'melayu dah diconfirmkan islam' pelik tapi benar,itulah malaysia

TM said...

Apa bangangnya kau ni TB?

Maksud Us Nasha tu, kalau nak mintak peruntukan kpd rumah ibadat bukan Islam tu tak apa. Takde masalah. Tapi, janganlah dibandingkan jumlah peruntukan itu dengan peruntukan masjid. Sebab ni akan create persepsi buruk org Islam kepada DAP.

Kau ni otak taraf lembu ke TB? Mende paling senang pun taleh paham?

Busuk betol hati ko ni TB. Busuk!

Anonymous said...

Apa bangangnya kau ni TB?

Maksud Us Nasha tu, kalau nak mintak peruntukan kpd rumah ibadat bukan Islam tu tak apa. Takde masalah. Tapi, janganlah dibandingkan jumlah peruntukan itu dengan peruntukan masjid. Sebab ni akan create persepsi buruk org Islam kepada DAP.
.

Wooiii baca la balik. Kenapa takda ribut takda taufan, ust nasa dah bercakap pasal terungkainya pakatan rakyat.

Kau kena tengok la betul2

Anonymous said...

Yang YB Nga pi bagi bola tanggung tu kat UMNO dan Media UMNO tu sapa suruh... tengok dah kena main dengan Utusan/BH/rtm/TV3 yang majoriti Pengundi di luar bandar masih jadikan sumber maklumat utama.... dimana Harakah, berita keadilan, roket tak sampai.... itu maksud Nasa.....
Mungkin YB Nga ni fraksi MCA/Gerakan dalam DAP kut?????? ataupun fraksi UMNO daloam DAP??????

penyu teranung said...

TM kata, "Apa bangangnya kau ni TB?

Maksud Us Nasha tu, kalau nak mintak peruntukan kpd rumah ibadat bukan Islam tu tak apa. Takde masalah. Tapi, janganlah dibandingkan jumlah peruntukan itu dengan peruntukan masjid. Sebab ni akan create persepsi buruk org Islam kepada DAP.

Kau ni otak taraf lembu ke TB? Mende paling senang pun taleh paham?

Busuk betol hati ko ni TB. Busuk!"

eh memang betul tu TM...
Deramang ni kaki makang OTOK LEMBU, sebab tu paler otok dia mikir mcm lembu....

TM said...

Anon 8.53pm,

Kau kata takde ribut takde taufan? Bro, riuh benda ni dalam surat khabar, dalam TV, dalam media internet. takda taufan lagi? Kan aku dah cakap, benda ni akan create persepsi anti islam pada tubuh DAP. Bila persepsi tu wujud, hubungan Pakatan rakyat renggangla.

Persepsi bro, bukan hakikat. Tahu persepsi tu apa?

Itu nasihat Us Nasha. Aku sokong. Kenapa kamu semua ni sangka buruk tak habis2?

Baik macam yg Us nasha tu cakap dar sesetengah pemimpin PAS yg sokong buta tuli. Bahaya. Terus sokong Nga. Sepatutnya sokong tindakan Nga meminta bantuan, tetapi menegaskan keperluan untuk tidak membandingkan peruntukan masjid dan rumah ibadat lain. Kemudian menegaskan keindahan Islam dan layanan Islam kepada agama lain.

Itu lebih baik. Bila takat sokong saja, kita (PAS) telah create satu persepsi lain kepada orang Islam bahawa kita sanggup buat apa saja demi keuntungan politik.

Persepsi beb, bukan hakikat. Tak tau persepsi tu apa, gi tanya Aziz Bari.

hamzah said...

assalamualaikum, Saya jadi terharu tehadap tulisan tulisan saudara betapa ada pemimpin Pas yang telah diberi mandat untuk menjalankan amanah Allah tapi telah melakukan sebaliknya hanya kerana habuan dunia yang sedikit. Apa nak jadi sekarang ini. diharap saudara dapat mengetengahkan lagi isu isu pemimpin Pas yang pada mata Kasar seperi malaikat tapi sebenarnya ada lah syaitan bertopengkan manusia.

Anonymous said...



Maksud Us Nasha tu, kalau nak mintak peruntukan kpd rumah ibadat bukan Islam tu tak apa. Takde masalah. Tapi, janganlah dibandingkan jumlah peruntukan itu dengan peruntukan masjid. Sebab ni akan create persepsi buruk org Islam kepada DAP.
.

Kenapa tak boleh banding? Cuba kau cerita kat aku?

Rakyat Islam di Malaysia ada 60% sahaja. Sepatutnya peruntukan rumah ibadat bukan Islam ni mesti lah dalam julat 20%.

Ni tak sampai 10%.

Kao yang bodoh, penyu.

Patut kau ni orang panggil tahi penyu

TM said...

Anon 9.35pm,

Kau kena faham, peruntukan untuk orang Islam datang dengan berstruktur. Datang dr zakat. datang dr wakaf. Zakat KL tahun lepas aje dah dalam 100 juta. Kalau 10 tahun? Dah jadi 1 bilion. Baru KL, belum lagi selangor, Johor. RM5 bilion tu senang2 je cecah.

Jadi, munasabah la kalau 780juta dibuat masjid.

Berbeza dgn bukan islam, mereka tiada struktur kewangan seperti kita.

Kau jangan liberal sangat. Mana boleh membandingkan hal begitu. Kalau macam tu, kau persoalkan jugalah kenapa tidak ada kuil, tokong, gerejka dekat apartment sedangkan kat setiap apartment mesti ada surau. Kau persoalkan kenapa surau kena ada di pusat beli belah besar sedangkan kuil tak ada.

Otak kau tu jangan liberal sangat. Jangan kau sama tarafkan Islam dengan agama lain bhai!

Satu lagi, dalam politik ni kena pakai otak. Jangan pakai nafsu emosi kau saja!

Anonymous said...

Just be open minded it is proper that mosques that were built with fund from unclean sources such like taxes from gaming and others. Let assumed the fund are clean why waste those money in majestic mosque just to show to who?? A simple mosque with individual contributions is what we should happy on.
I am a Muslim I have always stay away from all this majestic mosque. I assumed the funds to build them are unclean thus it is not wise to do my prayer in this places.

Anonymous said...

pada aku simple...sesapa yg menyokong DAP ini sama lah dgn ertinya menyokong YAHUDI kerana DAP malaysia, PAP singapore dan ZIONISE israel ADALAH SATU GAGASAN YG SAMA BERPAKSIKAN DUNIA ANTI ISLAM YG MAHU MENGHANCURKQAN ISLAM DGN CARA YG SGT HALUS IAITU MELALUI PAKATAN RAKYAT...DAN ORG BERFIKIRQAN MCM TULANG BESI INILAH YG SEANG DIUMPAN UNTUK MENJADI EJEN MEREKA MENYEBARKAN DAKYAH MEREKA....SO MENYOKONG DAP BERMAKNA MENYOKONG YAHUDI...JADI MAHU TAK KITA IKUT YAHUDI????

Anonymous said...

panceftsSebagai Wakil Rakyat, apa salahnya Nga menyoal balas diparlimen. Kedua-dua jumlah yang disebut itu ketara sekali perbezaannya. Memang wajar ditanya. Nilai solat bukan berdasarkan nilai Masjid yang berjuta-juta harganya. Pembaziran berlaku dimana-mana. Bukankah lebih baik jika jumlah ratusan juta itu di gunakan untuk kesejahteraan hidup ummah. Ummat terdahulu yang sering bersolat jemaah di padang pasir itu ternyata lebih berkemampuan menegakkan Negara Islam hingga ke Spanyol. Madarsah- madarsah pengajian Islamnya telah berkemampuan melahirkan para Ulama dan mujahid-mujahid Islam terulung, terkenal dengan jasa mereka terhadap ummat islam hingga kehari ini. Jangan semangat keislaman hanya ditonjol apabila harga masjid di persoalkan.

Anonymous said...

Alaaa ngaku je la. UMNO suka buat masjid sebab kontraktor2 UMNO senang buat duit mudah.

Kalau buat gereja/kuil mana ada kontraktor UMNO nak buat.

So, susah la nak cari makan mudah.

Kahkahkah dasar umno penipu.

Anonymous said...

Salam semua,

Walau sebesar mana RASUAH yg mereka katakan dilakukan oleh org org melayu waktu ini...pada aku itu bukan RASUAH...itu adalah sekadar jalan yg dicipta untuk mendapat kesenangan dunia mengikut persekitaran hari ini...so what so big deal man??? sapa bodoh tak dapat sapa bijak cket dapat la...puak yg kononnya berjanggut memenentang rasuah ni sebenarnya puak yg tidak bernasib baik kerana mereka tidak berpeluang untuk menikmatinya tetapi bila mereka sudah berada ditempat itu...mereka PUTAR BELIT mcm mcm untuk halalkan segala jenis yg di katakan DOSA bila mereka tak dapat..ni lah melayu hampeh namanya....ISLAM CELUP setakat janggut ketayap jer tapi akal dan hati ...BUSYUK!!! Melayu kaya....eloklah...RASUAH??? WHAT SO BIG DEAL BRADER???? kalau anda boleh menyokong DAP dan CINA yg terang terang tentang anak bangsa serta agama kita dan menindas anak bangsa dgn jelas...so WHAT SO BIG DEAL DGN MELAYU RASUAH BRADER?????

Anonymous said...

Tulang Besi,

Sudahlah, dalam isu ini, tak ada apa yang hang boleh buat nak membetulkan tindakan DAP kali ini.

Lagi hang bersuara nak mempertikai, lagi orang benci pada PAS. Apa lah salahnya PAS sekali-sekali membantah si-keparat DAP ini. Ini tidak, apa dia orang buat, walau salah macam mana, PAS akan tetap sokong dan membela mereka.

Dimata orang melayu sekarang, PAS tidak lain adalah kuda DAP, itu sudah jadi hakikat yang nyata, bukan khayalan....hang pergi lah kemana-mana warong, kedai kopi dan kenduri kahwin, topik hangat satu satu Ssaja, 'APA DAH JADI PADA PAS?'....

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Tulang Besi,

Sudahlah, dalam isu ini, tak ada apa yang hang boleh buat nak membetulkan tindakan DAP kali ini.

Lagi hang bersuara nak mempertikai, lagi orang benci pada PAS. Apa lah salahnya PAS sekali-sekali membantah si-keparat DAP ini. Ini tidak, apa dia orang buat, walau salah macam mana, PAS akan tetap sokong dan membela mereka.
.

Ni lagi sekor bahlol bin bangang

Yang persoal kan isu ni hanya taik2 UMNO sahaja.

Orang yang ada fikiran tak soal benda ni.

|Nasa kan dah kemaruk nak duduk dalam kelambu dengan UMNO.

Takkan buat2 tak tau pulak.

Hahahahaha

Anonymous said...

samada anda suka atau tidak, golongan UG dalam PAS akan tetap dikalahkan Ilahi ...

tak kira siapa dan dimana mereka berada.

Anonymous said...

Rasuah sebesar mana pun....No big deal, asalkan Melayu rasuah biarkan???..astaghfirullah, mana engkau belajar, tanda-tanda kehancuran ummat melayu bukan kerana disebabkan apa,melainkan RASUAH yang diharamkan Allah SWT. Inilah hasil beriman dengan umno, selama 53 tahun. Hancur!!!!

Anonymous said...

Bercakap ttg keadilan Islam mmg ptt dlm isu pembinaan rumah ibadat ni. Masalah sekarang nya Yb Nga mengaitkan dgn Masjid..skrg boleh dah nampak isi hati puak rasis ni.

Tp puak2 melayu bangang ni duk nak bela sgt2 ttg DAP ni.spttnya kita perlu juga tunjuk ketegasan kita ttg hak-hak kita,tp bukan pula kita mengabaikan terus hak hak bkn islam.

Melayu jgn jd bodoh dlm politik..tp hakikatnya mmg melayu senang di tipu..

- Besi Tembaga

Anonymous said...

Hati DAP dah kita boleh nampak, terang dan jelas, tak payah guna lampu suluh. Tapi malangnya, untuk kawan-kawan PAS kita ini, mata mungkin terang tapi hati mereka buta habis. Sanggup maruah Islam digadaikan demi kepentingan politik.

Pada mat 'anony' yang kata orang yang berpendapat 'PAS adalah kuda DAP' itu bodoh bin banggang, kami nak kamu tahu, kamu itu lagi teruk, dah lah bodoh, tuli pulak tu.

Campurlah orang sikit, asyik berkumpul dengan geng sendiri aje...tapi itukan trade mark orang seperti kamu, sombong, takbur dan 'wala' tak tentu pasal. Buka lah sikit mata dan hati...

Anonymous said...

Hancurkan PAS.....Penyebab kemusnahan umat Islam di negara Malaysia. DAP tak boleh mengdoakan kamu. Mereka musyrik. Umno diwakili orang Islam. Yang boleh mengdoakan kamu adalah UMNO. Mereka ada orang Islam. Antara orang Islam dengan kafir DAP mana tulang besi nak mintak doa untuk selamatkan seksa qubur?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.