Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 10, 2009

Merungkai Fitnah Berkaitan “International Tourism Zone”(ITZ) Yang Dicadangkan oleh Kerajaan PR Selangor

Beberapa bulan kebelakangan ini, ahli-ahli dan aktivis2 PAS Selangor telah dilemparkan serta diselimuti satu lagi fitnah tajaan “Fraksi UMNO” di Selangor.
Fitnah itu adalah berkaitan kajian kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan “International Tourism Zone” di Mutiara Damansara dan Puchong.
Malahan, ada kenyataan dari Roslan SMS berkaitan dengan isu ini yang keluar dalam Sinar Harian beberapa minggu yang lepas.

Fitnah yang dilemparkan saya cuba pendekkan seperti di bawah:
a. Projek ini membenarkan premis-premis perniagaan beroperasi sehingga jam 4 pagi
b. Oleh kerana itu, ia akan membiakkan penagihan arak yang berleluasa
c. Projek ini akan membenarkan aktiviti hiburan berpanjangan sehingga jam 4 pagi. Ini akan membiakkan maksiat dan masalaah moral yang serius.

Jawapan kepada fitnah-fitnah tersebut adalah seperti berikut:

a. Berkaitan dengan arak, ia tertakluk kepada undang-undang kecil Kerajaan Tempatan. Dalam kes Mutiara Damansara, ia di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya yang mana Roslan SMS adalah ahli majlis.
b. Makanya, cadangan ITZ ini tiada kena mengena dengan penyalahgunaan arak atau penyebaran budaya arak di kalangan rakyat Selangor
c. ITZ adalah projek berkaitan menjadikan kawasan Mutiara Damansara mengikut tahap piawaan antarabangsa yang melayakkan kawasan itu digelar sebagai International Tourism Zone.
d. Malahan bukan di Mutiara Damansara sahaja yang berbuat demikian, sila rujuk di sini untuk contoh yang lain: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=18620. Ini adalah satu projek di Sabah yang mana kerajaan Pusat dan Sabah mahu mewujudkan lagi satu ITZ di sana. Apa masaalahnya?
e. Pelancong-pelancong dari negera Teluk amat suka beraktiviti di waktu malam membawa ke pagi. Ini kerana itu adalah perangai orang-orang Arab baik di Teluk mahupun di Mesir mahupun di Syams. Mereka ini jenis manusia yang suka berjaga malam.
f. Membiarkan premis2 perniagaan dibuka sehingga jam 4 pagi akan dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Teluk untuk berbelanja di Selangor. Dan mereka-mereka ini majoritinya adalah orang Islam.
g. Sesiapa yang pernah duduk di Arab Saudi dan Mesir boleh mengesahkan perangai orang-orang Arab ini. Cadangan membuka presmis perniagaan sampai jam 4 pagi adalah untuk menarik pelancong-pelancong dari Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang kaya raya itu.
h. Isu premis dibuka sampai pagi ni tak pernah difatwakan haram oleh Mufti Arab Saudi mahupun dari Al Azhar. Kedai-kedai kopi (disebut Ahwa di Mesir) dibuka 24 jam tanpa henti . Tiada satu pun fatwa dari Azhar yang mengharamkannya. Di Mekah pun restoran dibuka sampai subuh dan membawa ke pagi. Restoran-restoran di Saudi hanya ditutup pada waktu siang di bulan Ramadhan dan mereka buka 1 jam sebelum waktu berbuka. Maksudnya, tiada hukum dalam Islam mengharamkan pembukaan premis perniagaan sehingga jam 4 pagi.
i. Sekarang ni pun, ada “Uptown D’Kota” yang terletak di bawah MBPJ yang dibuka sampai ke pagi. Mengapa tiada yang komplen? Bagaimana pula dengan Uptown di PJ dan banyak lagi gerai-gerai makanan di bawah seliaan Kerajaan2 Tempatan yang dibuka sampai ke pagi? Adakah gerai2 makanan ini juga satu bentuk usaha merosakkan moral dan akhlak rakyat negeri Selangor juga?

Sedih saya mengapa isu ini di sebarkan kepada ahli-ahli PAS dan digunakan sebagai alat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di mata ahli-ahli serta aktivis-aktivis PAS di Selangor. Padahal, kalau ada cacat dan tidak cantik, boleh dicantikkan cadangan ini.

Hukum mengenainya juga tidak jelas haram. Kalau jelas haram cerita lainlah.

Ini adalah salah satu contoh isu anti Pakatan Rakyat yang disebarakan oleh FRaksi UMNO kepada ahli-ahli serta aktivis-aktivis PAS di Selangor. Jelaslah, keputusan Muktamar Ipoh dan Shah Alam tidak diaplikasi di Selangor. Barangkali PAS Selangor ada status khas tidak tertakluk kepada keputusan Muktamar PAS Pusat?

Tulang Besi

Sabah Agriculture Park earmarked as international tourism zone: Kadir http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=18620.
Published on: Saturday, May 03, 2003 Email to a friend Printer Friendly

Tenom: The Sabah Agriculture Park in Lagud Seberang and surrounding districts here have been earmarked as an international tourism zone, said Federal Culture, Arts and Tourism Minister Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
However, in order for this to materialise soon, he urged the State to work closely with the Federal Government to expedite the construction of the Kimanis-Keningau and Tenom-Sipitang roads, apart from carrying out upgrading works on railway services from Beaufort to Tenom.
Stressing this after visiting the park Friday, Abdul Kadir said with the completion of these three projects, it would provide easy access for visitors from nearby Sarawak and Brunei to come to the district.
He also suggested to the State Government to review some of its policies to enable the private sector to invest in the various projects in the interior.
At the same time, he said those interested could also communicate with his Ministry, which has two sections assisting in acquiring loans for small and medium projects.
“Better roads not only help the tourism sector but also boost the economy in the interior,” he said.
On another note, Abdul Kadir urged the private sector to work hand in hand with the State Government to develop the park, which is currently facing financial constraints due to low income.
Last year, the park made RM363,695 but its operational cost was about RM1.6 million. It recorded 22,397 visitors, of whom 80 per cent were domestic tourists.
The private sector can help in setting up more facilities in the park, reducing overheads and making it more attractive as well as convenient for visitors there, he said.
Abdul Kadir was briefed by the District Officer on the development of the tourism industry in the district such as the formation of the district’s very own Tourism Committee that is looking into providing packages on places of interest to visit, instead of only going to the park.
Meanwhile, State Assistant Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Karim Bujang, who accompanied Abdul Kadir, assured that the State Government would look into problems faced by the park, especially in generating more income, by encouraging more people to come.
The 1,500-acre Agriculture Park was declared open by Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad on March 20, 2001.


29 comments:

wirautama said...

TB kata
Fitnah yang dilemparkan saya cuba pendekkan seperti di bawah:
a. Projek ini membenarkan premis-premis perniagaan beroperasi sehingga jam 4 pagi
b. Oleh kerana itu, ia akan membiakkan penagihan arak yang berleluasa
c. Projek ini akan membenarkan aktiviti hiburan berpanjangan sehingga jam 4 pagi. Ini akan membiakkan maksiat dan masalaah moral yang serius.


maka wirautama mitok klu boleh TB klu boleh nok kata org tu wak fitnah kena letok link dari mana perkataan dia diambil.. baru betul gitu. Klu tak ish! maklum lah ngeri gok aku teringat kisah CEO tu.

pah tu nok tanya TB saja ah.. nok tahu gok.. emm.. apakah ciri2 yg perlu mengikut tahap piawaan antarabangsa yang melayakkan sesuatu kawasan itu digelar sebagai International Tourism Zone? Mana tahu kot2 kampung kita leh apply atek.. :P

Anonymous said...

Keep up the good work bro. May Allah be with you always. Selalu sebarkan kebenaran! Takbir!

Grand Marquis said...

Saya tidak kata yang UMNO ni satu parti Islam yang hebat. Tapi kita jangan jadi hipokrit dengan menafikan apa yang telah mereka usahakan. Tiada siapa yang sempurna. Setiap manusia berusaha dengan kadar kemampuan serta kekurangan mereka. Tugas kita ialah amar makruf dan nahi mungkar.

Ingat, perkataan amar makruf dan nahi mungkar dalam Quran digunakan secara bersama, yakni dalam kita menolak yang mungkar, jangan kita mengabaikan yang makruf. Setiap orang ada baik buruknya. Yang mungkar itu kita tolak dan yang makruf itu kita sokong.

Saya tertarik dengan satu tulisan dalam satu blog dan saya copy and paste disini supaya kita jangan hanya kata UMNO ni anti Islam. Persoalannya apa yang PAS telah buat untuk umat Islam?

30 Bukti Islam tidak diperjuang oleh UMNO ?
December 10, 2009 · Leave a Comment

Itulah dakwaan Nik Aziz bahawa Umno tidak perjuangakan Islam. Mari kita tengok betul atau tidak dakwaan Nik Aziz itu.

1. UMNO telah menyatukan seluruh rumpun Melayu dan persatuan-persatuan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1946 sehingga berjaya mendesak british membatalkan gagasan Malayan Union.

2. UMNO telah berpakat dan berunding dengan MCA dan MIC dalam satu permuafakatan yang dinamakan ‘Sosial Kontrak’ dalam tahun 1956 untuk berunding dengan British bagi kemerdekaan tanah Melayu pada tahun 1957.

3. UMNO telah berjaya memerdekakan tanah air ( Tanah Melayu) daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.

4. UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berjaya menubuhkan Malaysia pada 16 Sep. 1963 yang mana negeri-negeri di Borneo seperti Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia.

5. Sejak merdeka hingga kini, UMNO telah berjaya menubuhkan lebih daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini untuk memberi peluang lebih ramai kepada rakyat Malaysia untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

6. UMNO di bawah kepimpinan Tun Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mempastikan kaum melayu dan bumiputera memperolehi pegangan ekuiti sebanyak 30 peratus.

7. UMNO di bawah kepimpinan Tun Razak juga telah memperkenalkan konsep pertanian menerusi penubuhan FELDA dan telah berjaya membuka lebih daripada 100 buah rancangan FELDA di seluruh negara untuk membantu orang-orang melayu miskin di luar bandar.

8. UMNO telah menubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad.

9. UMNO telah menubuhkan Tabung Haji.

10. UMNO telah menubuhkan Takafu Islam.

11. UMNO telah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa.

12. UMNO telah menubuhkan jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

13. UMNO telah menubuhkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

14. UMNO telah menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

15. UMNO telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

16. UMNO telah menubuhkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM).

17. UMNO telah menubuhkan Perpadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi pinjaman pelajaran kepada semua pelajar IPTA/IPTS yang tidak berkemampuan.

18. UMNO telah meluluskan peruntukan menerusi Kerajaan Pusat bagi membayar elaun Imam-Imam masjid di seluruh negara sebanyak RM 500 sebulan.

19. UMNO menerusi kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 300 juta setahun bagi membiayai elaun Guru KAFA ( Kelas Agama fardhu Ain) di seluruh negara.

20. UMNO menerusi idea Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan Antarabangsa sejak tahun 1957.

Cont....

Grand Marquis said...

Part 2...


21. UMNO telah menubuhkan Jawatankuasa majlis fatwa Kebangsaan.

22. UMNO telah berjaya menyelaraskan enakmen pentadbiran hukum Syarak dan enakmen Jenayah Syariah di kebanyakan negeri bagi memartabatkan sistem perundangan Islam di negara ini.

23. UMNO telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama yang kontemporary menerusi kaedah JQaf (Jawi, Quran, ARab dan fardhu Ain) di mana kerajaan menerusi kementerian pelajaran akan mensasarkan pengambilan guru-guru lulusan agama seramai lebih 40 ribu orang untuk mengajar JQAF di setiap sekolah menjelang tahun 2010.

24. UMNO telah berjaya sewaktu perjanjian kemerdekaan meletakkan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu menjadikan Islam sebagai agama persekutuan yang mengatasi agama-agama lain di negara ini.

25. UMNO telah meletakkan peruntukan pada perkara 160, Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa Melayu itu mesti beragama Islam.

26. UMNO telah meletakkan sistem pemerintahan negara ini sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang mana Pilihanraya Umum untuk memilih wakil-wakil rakyat di adakan pada setiap 5 tahun sekali.

27. UMNO telah meletakkan asas kurukulum sekolah kebangsaan yang mana setiap anak orang Islam wajib mengikuti kelas agama tidak kurang daripada 6 period dalam seminggu dan mempastikan pelajaran agama di ajar di setiap sekolah selama 11 tahun iaitu 6 tahun di sek. rendah dan 5 tahun di sek. menengah.

28. UMNO juga telah berjaya menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) .

29. UMNO telah memperkenalkan bantauan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk membantu golongan miskin .

30. UMNO telah memperkenalkan Skim TEKUN bagi membantu usahawan-usahawan Melayu bergerak aktif dalam perniagaan kecil dan sederhana.

Anonymous said...


Saya tertarik dengan satu tulisan dalam satu blog dan saya copy and paste disini supaya kita jangan hanya kata UMNO ni anti Islam. Persoalannya apa yang PAS telah buat untuk umat Islam?

30 Bukti Islam tidak diperjuang oleh UMNO ?
December 10, 2009 · Leave a Comment
.

heran ye, apasal tak senaraikan sekali program LOTTERI UMNO dalam senarai 30 perkara ni?

Benda HAram pun korang promosi dan galakkan. Lepas tu nak berbangga korang berjuang Islam.

Ni apa punya bodoh ni?

Tulang Besi said...


23. UMNO telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama yang kontemporary menerusi kaedah JQaf (Jawi, Quran, ARab dan fardhu Ain) di mana kerajaan menerusi kementerian pelajaran akan mensasarkan pengambilan guru-guru lulusan agama seramai lebih 40 ribu orang untuk mengajar JQAF di setiap sekolah menjelang tahun 2010.
.

Bukan UMNO telah hapuskan tulisan jawi ke?

Ha terkantoi lagi. Nak menipu, last2 terdedah penipuan UMNO

Anonymous said...

Tulang Besi said...


23. UMNO telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama yang kontemporary menerusi kaedah JQaf (Jawi, Quran, ARab dan fardhu Ain) di mana kerajaan menerusi kementerian pelajaran akan mensasarkan pengambilan guru-guru lulusan agama seramai lebih 40 ribu orang untuk mengajar JQAF di setiap sekolah menjelang tahun 2010..

Bukan UMNO telah hapuskan tulisan jawi ke?

Ha terkantoi lagi. Nak menipu, last2 terdedah penipuan UMNO

December 10, 2009 4:27 PM


---------------------------

TB, tolong linkkan kat mana UMNO telah hapuskan jawi. Confuse jap.

Jangan fitnah. Kalau x betul, maknanya fitnah tu.

Nonpartisan1973

Grand Marquis said...

Itulah kita kata, sikap TB hanya nak tengok negative aje. Dalam 30 perkara tu, dia cari isu sipi untuk mendapat political mileage.

Cuba senaraikan apa yang PAS buat untuk Islam.

Kata TB
h. Isu premis dibuka sampai pagi ni tak pernah difatwakan haram oleh Mufti Arab Saudi mahupun dari Al Azhar. Kedai-kedai kopi (disebut Ahwa di Mesir) dibuka 24 jam tanpa henti . Tiada satu pun fatwa dari Azhar yang mengharamkannya. Di Mekah pun restoran dibuka sampai subuh dan membawa ke pagi. Restoran-restoran di Saudi hanya ditutup pada waktu siang di bulan Ramadhan dan mereka buka 1 jam sebelum waktu berbuka. Maksudnya, tiada hukum dalam Islam mengharamkan pembukaan premis perniagaan sehingga jam 4 pagi.

TB pernah tinggal di Arab Saudi ke? Memang di Mekah restauran dibuka 24 jam. Ini selaras dengan situasi di Masjid Haram yang mana aktiviti manusia berjalan selama 24 jam.

Tetapi di tempat lain seperti di Jeddah, semua kedai biasa perlu di tutup selepas 12 malam kecuali premis kedai tertentu seperti Hyper Mall yang ada lesen untuk buka 24 jam.

Memang tiada fatwa haram buka kedai sampai 4 pagi, tapi selalunya hanya ahli maksiat aje yang gemar keluar malam-malam. Kalau anak TB balik 4 pagi apa perasaan TB?

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said

BILA NAK PECAT HASAN ALI?

presiden pas takde telor ker?

atau memang haji hadi dah buat plan nak join UMNO di saat bila NAJIB umum pilihanraya mengejut

menjelang PRU 13

ularmak sesat + pakar brainwash = ?

wirautama said...

Grand Marquis.. betul yg anda senaraikan tu telah dibuat oleh kerajaan BN yg memerintah (anggapan saya itu maksud awak bukan UMNO sahaja), tapi bagi saya semua itu ialah tanggungjawab kerajaan yg memerintah, yg baik alhamdulillah, teruskan, tapi saudara juga perlu melihat kerosakan keatas agama yg kerajaan yg diterajui oleh BN lakukan..

dlm beragama yg membezakan penganut2 agama ialah tauhid, disinilah letaknya core agama, pincang disini pincang lah dimana jua. Tidakkah kita yg beragama Islam percaya apa yg datang dari ALLAH dan Rusul adalah yg terbaik dan paling sempurna. Saya percaya itu juga yg saudara Grand Marquis yakini, maka marilah kita renung, sekiranya kerajaan sekarang ini juga menyakani benda yg sama kenapa setelah bergitu lama kita merdeka Hukum Allah masih tidak dapat kita laksanakan malah gagal untuk kita mengistiharkan sebagai hukum tertinggi dlm negara yg kita dakwa sebagai negara Islam? itu yg core..

tak perlu kita lihat bagaimana tergamak penganut Islam merobohkan masjid, 'menutup' sekolah agama, mengugut rakyat yg datang ke surau2 dan masjid untuk mengaji kitab2 dengan ditarik bantuan, dihentikan pemberian wang ehsang (rakyat Kelantan insyALLAH akan merasai sekiranya kerajaan kelantan gagal dlm proses mendapatkan royati) bagaimana duit rakyat diguna untuk mengugut rakyat sendiri. Itu contoh lah.. entahlah.. dimana silapnya sehingga cam tak de rasa kasih dan sayang dgn ugama sendiri.. contoh yg saya beri berlaku diterengganu, pada tempat lain saya tak nak sentuh, nanti dikata saya serkap jarang pula.. tapi di teganu itulah realiti..

contoh terbaru.. pd th pertama PAS memerintah Terengganu, PAS telah menubuhkan sekolah rendah agama bersepadu (SRAB) yg diletak dibawah Jbtan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, satu setiap dearah, tetapi setelah BN mengambilalih pengambilan pelajar baru telah dihentikan, kesan drpd itu, th ini ialah th terakhir pelajar2 dri SRAB menduduki UPSR, dan bermulalah persekolahan th dpn secara rasminya sekolah tersebut tertutup dgn sendirinya.

Ini contoh saya, dan saya kurang mahir nak berbincang ttg masalah ini, sekiranya ikhlas kita hendak membaiki Islam dlm diri, kluarga, msyarakat dan negara, luangkan lah sedikit sisi masa yg kita ada itu berjumpa dgn TGNA atau TGAH berbincanglah dengan mereka insyALLAH kita akan diberi taufiq dan hidayah.

Anonymous said...

UMNO tak sayang Islam:

1. tak laksana hukum islam
2. tak benarkan orang buat kuliah agama
3. mahkamah yg ada sekarang pulak dilihat 'korek..korek..korek...'
4. banyak kes rasuah pemimpin umno/bn
5. banyak salah guna kuasa
6. tak sokong sekolah agama rakyat
7. suka korner korner kalau bercakap..
8. ada macam kes2 kita baca dalam blog pasal pemimpin umno/bn..tapi tak ada tindakan..
9. tak tepati janji macam isu royalti..
10. tak buat keputusan lagi sapa MB perak sah sampai sekarang...lebih sebulan dah..

cukup takat itu dulu...letih menaip...

salah silap harap maaf...pendapat saja...

Grand Marquis said...

Video speaks a thousand words.

Apa komen TB? Idola TB rupa-rupanya sokong ketuanan melayu dan DEB.

http://www.youtube.com/watch?v=n6V7EGbbrtk&feature=player_embedded

Tulang Besi said...

Grand Marquis ni ada masaalah membaca agaknya.

Baliklah sekolah tadika sebab kau jelas ada problem dalam membaca.

Sejak bila pulak Tulang Besi ni anti DEB?

Ada bukti tak?

Bapak aku antara yang memperjuangkan supaya DEB wujud. Kau je tak tau.

wirautama said...

hahaha malaysia waves sudah tidak menyiarkan komen aku-- mungkin kerana aku menyebut mengenai apa yg PAS teganu buat dan ada org tak suka dengar kot..

Tulang Besi said...

TB pernah tinggal di Arab Saudi ke? Memang di Mekah restauran dibuka 24 jam. Ini selaras dengan situasi di Masjid Haram yang mana aktiviti manusia berjalan selama 24 jam.

Tetapi di tempat lain seperti di Jeddah, semua kedai biasa perlu di tutup selepas 12 malam kecuali premis kedai tertentu seperti Hyper Mall yang ada lesen untuk buka 24 jam.
.

Pernah tinggal, dan saya tahu memang kedai-kedai diizinkan buka 24 jam. Tiada fatwa dari mana-mana pihak di Saudi yang mengharamkannya. Kalau ditutup pun, atas kehendak tuan punya kedai sahaja.
Saya biasa makan di restoran-restoran pada jam 3-4 pagi. Takda masaalah pun kat sana?

Tulang Besi said...

Anonymous wirautama said...

hahaha malaysia waves sudah tidak menyiarkan komen aku-- mungkin kerana aku menyebut mengenai apa yg PAS teganu buat dan ada org tak suka dengar kot..
.

Sebab sistem yang ada skrg ni slow sangat.

Komen kau ni bukan ada apa2 efek kat aku pun. Takda sapa pun yang sokong komen kau, Wiraburuk.

Tulang Besi said...

Grand Marquis.

KAlau UMNO dah halalkan benda yang haram, apa dia Islam yang hendak diperjuangkan UMNO lagi?

wirautama said...

TB kata - "Komen kau ni bukan ada apa2 efek kat aku pun. Takda sapa pun yang sokong komen kau, Wiraburuk."

eik bila lok aku kata komen aku yg mengenai kau, pendapat aku untuk Grand Marquis yg aku maksudkan.. ish! ish! ish!

apalah ko TB, bantai tak tentu pasal.. memalukan diri sendiri lah..

Anonymous said...



eik bila lok aku kata komen aku yg mengenai kau, pendapat aku untuk Grand Marquis yg aku maksudkan.. ish! ish! ish!

apalah ko TB, bantai tak tentu pasal.. memalukan diri sendiri lah..
.

GRand Marquis punya komen pun stkt ni semua hampeh.

Kau tak sedar ke?

Grand Marquis said...

Kepada Wirautama,

Saya menulis membantah TB bukan kerana saya ni penyokong UMNO. Saya membantah beliau kerana cara penulisan beliau yang bersifat perceptual, bersifat double standard, tidak bersandar pada fakta dan tidak kurang juga tidak bersikap adil dalam penulisan beliau. Tidak kurang juga sikap buruk yang ditunjukkan apatah terhadap para ulama dan orang-orang yang tidak sehaluan dengan beliau.

Saya tidak menafikan apa yang awak tulis tu. Perkembangan Islam di Malaysia sememangnya lemah. Kelemahan ini bukan salah satu-satu parti. Tetapi adalah kesalahan keseluruhan umat Islam di Malaysia. Parti UMNO adalah semata-mata menifestasi kelemahan umat Islam di Malaysia terutama dalam aspek penghayatan serta kefahaman Islam. Ia juga lantaran dari kesan penjajahan British yang mana Islam telah diturunkan peranannya sehinggan menjadi sekadar adat istiadad orang Melayu.

Selepas merdeka, orang Islam mula menghayati Islam semula dan timbul kesedaran untuk kembali kepada Islam yang lebih syumul. Banyak perkara mula dibaiki dan diusahakan secara bertahap-tahap. Sebagai contoh, sekitar tahun 70 dan 80, wanita bertudung adalah satu perkara yang amat jarang dilihat. Tetapi hari ini ia sudah menjadi perkara yang normal. Banyak perkara tentang Islam yang dahulunya memang janggal tetapi hari ini sudah menjadi biasa. Kita juga lihat golongan professional berbondong-bondong menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz, sekolah agama dan pengajian agama.

Orang Melayu ni mungkin ramai yang lemah agama. Tetapi amat kurang mereka yang anti agama. Pemimpin terdahulu mengusahakan perlbagai perkara menurut kadar kemampuan serta kefahaman mereka.

Adalah satu perkara yang tidak adil jika kita terus mahu menyalahkan pemimpin yang lampau. Negara kita masih ada banyak kelemahan tentang Islam, tetapi untuk kita mengatakan kerajaan sekarang tidak ada membawa kebaikan langsung kepada Islam adalah satu tuduhan yang sangat tidak adil. Sepatutnya kelemahan mereka kita perbaiki dan kebaikan mereka kita sokong.

Saya tidak menyeru orang untuk sokong UMNO ataupun benci PAS, tapi yang saya seru ialah utamakan kepentingan Islam dan bersikap adil terhadap saudara kita.

Wallahualam

Grand Marquis said...

Kepada TB, Kena kaji balik, mengapa UMNO buat loteri kebajikan. Ini tak lain tak bukan angkara geng DAP yang suka sangat main nombor ekor.

Tujuan formalized loteri ini adalah untuk membantras geng-geng DAP ni dari main judi ekor haram.

Saya baru check dengan rakan saya di Jeddah, memang kedai biasa kena tutup pukul 12 malam. Sesetengah kedai (spt kedai kopi dan makan) boleh buka sampai 2 pagi.

TB pernah duduk disana? Tahun bila, duduk berapa lama dan dimana?

Jangan main agak-agak aje.

wirautama said...

TB kata.. ?!?
GRand Marquis punya komen pun stkt ni semua hampeh.

Kau tak sedar ke?


jgn bangga diri sangat.. yg aku tengok komen ko yg hampeh.. still tadok bukti bila org mintak..

biar ah aku ajor mu.. dlm nok hujjah dgn org, kita kena ikut uslub ulama. setiap pendapat yg ulama dulu kata dia telah sediakan dua tiga lapis dalil dibelakang sbgi support pendapat dia.. tapi mu tadok benda pun.. pendapat kita kita dok leh suruh org fikir, kita kena terang dgn dalil2 sekali, tak boleh dakwa kosong..

klu hujjah cam mu tu kaloh dgn JKK je, sungguh!

Tulang Besi said...

Kepada TB, Kena kaji balik, mengapa UMNO buat loteri kebajikan. Ini tak lain tak bukan angkara geng DAP yang suka sangat main nombor ekor.

Tujuan formalized loteri ini adalah untuk membantras geng-geng DAP ni dari main judi ekor haram.
.

Mengikut kajian aku, UMNO buat lotteri kebajikan sebab UMNO hendak mendapat wang tak kira halal ataupun haram.

UMNO parti sekular, apa dia peduli halal ataupun haram.

GM jasa2 kau senaraikan tu majoriti berlaku masa Anwar dalam UMNO. Kao sedar tak?

Grand Marquis said...

TB
Mengikut kajian aku, UMNO buat lotteri kebajikan sebab UMNO hendak mendapat wang tak kira halal ataupun haram.

Kajian engkau ke persepsi engkau?

Akupun boleh main dakwa, menurut kajian aku bla bla bla...

Anonymous said...



Kajian engkau ke persepsi engkau?

Akupun boleh main dakwa, menurut kajian aku bla bla bla...
.

Kao buta ke GM, baca la surat tu betul2.

KEPOCHI said...

GO TO HELL WITH PAS

KEPOCHI said...

Permis jual arak haram jadah..bayar cukai pon dengan duit haram jadah ... tapi PAS kata tak pe ... tapi kalau BN yang buat ..tepekik telolong la dorang kat semua tu haram ..tak halal

pasal bina kuil tokong bukan main lagi nak jadi jagoh ... tapi bab hal-hal kepentingan melayu-islam dia hentam cukup-cukup

pak arab sekarang ni sibok menyamun orang kat ATM ..mana ada masa nak lepak macam orang melayu sampai 3-4 pagi

UMNO bukan nak fitnah .. tapi kenyataan ... bilan UMNO buat dan kena kritik UMNO dengar ...tapi bila PAS jahanam kena kritik kata UMNO fitnah ... jaga nak jadi pemerintah kalau tak leh terima kiritk....bila kena kritik kata itu adalah fitnah..bahalol puna PAS/PKR

nko tulang besi ke tulang ikan ke .. pegi jahanam la ....

anaklangkawi said...

Salam tulang besi..
apa2 pun.. terdapat dalam al-quran & hadis..
"jgn kamu mendekati zina"..
jadi bila premis yg mengarut & beroperasi lewat malam maka macam2 perlakuan & operasi sumbang boleh berlaku..

p/s: dah berubah skrg ye org PAS.. dulu depa yg tentang.. tapi skrg lain..

anaklangkawi said...

Salam nak memetik yg PAS perintah Terengganu :-
contoh terbaru.. pd th pertama PAS memerintah Terengganu, PAS telah menubuhkan sekolah rendah agama bersepadu (SRAB) yg diletak dibawah Jbtan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, ..
--> yg ni cek puji.

tapi lupakah kalian pada masa yg sama jugak bila PAS memerintah terengganu.. PAS telah menggunakan wang zakat atas nama jihad.. ada sapa2 nak nafikan tak ni? pada masa yg sama PAS telah menghentikan operasi KEMAS serta merta.. yg jadi mangsa kanak2..
"masihkah kau ingat" hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.