Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 31, 2009

Minta Tok Guru Keluar Rumah Seperti yang Dibuat oleh Rasullullah SAW

Saya orang yang sayang dan mengagumi Tok Guru Nik Aziz. Semenjak saya mendengar ceramah Tok Guru berkenaan Memali dan naik bulu roma saya setiap kali saya mengingati ceramah beliau tersebut, saya memang terus menerus menjadi penyokong serta pendokong Tok Guru Nik Aziz.

Saya sendiri BANNYAAKKK belajar ilmu agama mahupun politik dari Tok Guru Nik Aziz. Sehingga hari ini saya masih lagi belajar segala selok belok ilmu politik yang telah diranjaui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Namun, saya mengakui Tok Guru Nik Aziz adalah seorang manusia dan oleh kerana itu, beliau juga mempunyai kelemahan. Dalam isu pemecatan Annual Bakhri Haron, maklumat yang saya dapat, bahawa dalang utamanya adalah dari kalangan ahli keluarga Tok Guru sendiri.

Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk “Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS.

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci oleh Nik Abduh ini. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Kita jangan lupa bahawa Nik Abduh adalah penyokong tegar gagasan Kerajaang Perpaduang. Dan beliau dengan jelas menyalahkan “pembantu-pembantu Ayahandanya” kerana mengagalkan usaha kerajaang Perpaduang tajaan Fraksi UMNO dalam PAS.

Hari ini puaslah hati Nik Abduh kerana orang yang beliau gelar sebagai penghasut telah pun terpecat dari jawatannya. Dapatlah Nik Abduh naik Honda Elyson beliau dengan senang hati kerana musuh beliau telah berjaya dikalahkan. Dapatlah beliau mengawal ayahandanya lagi sekali sehingga ayahandanya tidak akan menentang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Itu yang tidak semena-mena Mustafa Ali boleh keluar dan menyokong kenyataan Tok Guru Nik Aziz hari ni. Beliau sudah nampak fajar mula menyinsing agaknya. Satu-satunya halangan kepada “Perpaduang” telah berjaya di neutralisasikan. Keluarga Tok Guru akan menjadi pembantu utama kepada usaha membawa PAS kepada UMNO seperti yang dirancang oleh Task Force 2010 sebelum ini.

Nik Amalina juga tidak kurang handalnya. Berkokok dalam blog kononnya suami nya dizalimi dan dinista oleh salah seorang anggota exco. PAdahal bukti salah laku suami nya telah terdedah kepada umum dan tiada siapa yang berani mempertahankan tindakan suaminya lagi.

Maka pada hari ini puas hatilah kamu wahai Nik Amalina. Tapi kamu harus waspada akan amaran Nabi SAW:

“Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi”.

Sekiranya terdetik sahaja di hati orang yang dipecat itu bahawa beliau dizalimi, tunggulah kamu akan balasan dari Allah SWT. Kamu ingat PAS ini wujud supaya kamu dan suami kamu boleh hidup senang lenang dan boleh melakukan apa sahaja termasuk menzalimi peniaga-peniaga yang bakal berniaga di bazaar Tok Guru? Kamu siapa Nik Amalina? Nabi, Rasul, Malaikat?

Iye, kelemahan Tok Guru di masa ini adalah keluarga beliau. Untuk itu saya memohon kepada TOk Guru Nik Aziz supaya mengingati kembali peristiwa yang pernah menimpa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW seperti yang saya nukil dari blog Al Bakistani di bawah.

Betapa Rasul SAW telah MENOLAK sama sekali tuntutan isteri-isteri beliau untuk menambah kadar nafkah kerana Rasul SAW tahu itu bakal mendatangkan fitnah kepada beliau dan juga kepada Islam sendiri. Tindakan Nabi SAW telah menyelamatkan bukan sahaja imej Rasulullah SAW tetapi juga menyelamatkan imej Islam.

Sehingga peristiwa itu telah menyebabkan turun ayat di bawah:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar”

(Surah Al-Ahzab : 28-29)”


Bagi saya yang kerdil ini, ujian yang menimpa Rasul SAW itu sedang menimpa Tok Guru Nik Aziz sendiri. Ujian keluarga terhadap perjuangan Islam adalah ujian yang paling getir. Dan untuk itu saya yang kerdil ini meminta Tok Guru supaya mengikuti kaedah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, yakni Baginda telah keluar dari rumah Baginda dan mengasingkan diri dari isteri-isteri Baginda SAW selama beberapa waktu.

Sehinggalah isteri-isteri Baginda berjaya di disiplingkan. Langkah Baginda telah menyelamatkan Islam dan menyelamatkan imej Baginda sehingga hari ini.

Sepanjang yang diketahui umum, Annual Bakhri adalah kem TOK GURU. Beliau bukan kem Husam mahupun kem Taqi mahupun kem Nik Amar. Beliau memberi nasihat untuk menjaga imej TOk Guru supaya TOk Guru sentiasa dipandang mulia dan tinggi. Dan terbukti sehingga hari ini, Tok Guru dipandang mulia di sisi semua orang tidak mengira kaum atau rasa tau agama. Itu adalah kejayaan Annual Bakhri di dalam menjalankan tugas beliau sebagai penasihat.

Hanya Nik Abduh dan Fraksi UMNO sahaja marah kepada Annual Bakhri Haron kerana Annual Bakhri sering memberi nasihat yang mendedahkan penipuan serta silap mata Fraksi UMNO. Misalnya, dulu dia panggil muzakarah, lepas orang tolak, diorang tukar nama jadi Kerajaang Perpaduang pulak. Benda sama je.

Tapi, nampaknya Mustafa Ali sudah mula berjinak2 menyokong Tok Guru Nik Aziz. Bagi saya ini petanda yang Fraksi UMNO telah mula meraikan kejayaan mereka. Matlamat mereka kian hampir. Keluarga Tok Guru akan memainkan peranan penting mengendurkan tentangan Tok Guru terhadap usaha membawa PAS kepada UMNO.

Itulah yang saya dapat kongsi bersama Tok Guru Nik Aziz demi perjuangan Islam dan demi amanah perjuangan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Saya berharap sangat tulisan saya dibuktikan salah dan Tok Guru masih terus memimpin PAS serta Kelantan sehingga jatuhnya UMNO.

Namun ini semua adalah sebahagian dari perancangan UMNO yang akan berakhir dengan Tok Guru diminta oleh ahli keluarga beliau untuk bersara dari politik sama sekali. Kalau mengikut kenyataan Abu Bakar Chik sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, beliau telah menamakan Ustaz Halim Abdul Rahman sebagai PJ menggantikan Tok Guru Nik Aziz.

Kawan saya beritahu, selepas Tok Guru dipujuk bersara oleh ahli keluarga beliau, Ustaz Halim bakal bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil dalam Kawasan Pengkalan Chepa sebagai persediaan untuk menjadi MB. Itu kawan saya bagitau la. Tak tau betul ke tidak.

Bersiap sedia PAS untuk menjadi komponen Barisan Nasional dalam tahun ini. Itulah hala tuju yang kita nampak. MElainkan kita sempat buat EGM la dalam beberapa bulan ini.

Wallahualam Bissawab

Tulang Besi

ps kefahaman nik abduh berkenaan dengan UG ni amat berlainan dengan apa yang diterangkan oleh Nasaruddin Mat Isa. Di mana, Ustaz NAsa mengatakan Kerajaan Perpaduan diadakan supaya PAS masih dapat berbincang dan bercakap dengan UMNO. Sila dengar di sini.

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar”

(Surah Al-Ahzab : 28-29)

Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara, “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan[1]”


sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Disember 2009 * 5:37 petang

21 comments:

Anonymous said...

TB, kenapa DAp pasukan anak beranak LimGuan eng-Lim Kit Siang dan Karpal-anaksingh dia boleh menguatkan DAp. Kenapa PAs tak boleh ada pasukan anak beranak?

TB tak cenang hati la.

Anonymous said...

Sebagai ahli UMNO ambo rasa keliru gak la ada setengah pihak kata tulisan TB ni modal kepada UMNO. tapi bila ambo baca tak la mengungtungkan sangat.

UMNO rosak bila paklah dikaitkan ngan menantunya

PAS di ambang kejatuhan bila dikaitakan Tok Guru ngan menantunya. beza ngan UMNO bini khairi tak defend cam nik amalina

DAP lak makin teguh dengan Guan Eng dan Kit Siang. sbb ni bukan menantu hehehe dia anak beranak :)

Kalu krisis UMNO berakhir ngan perletakan jawatan oleh PAKLAH diganti ngan NAJIB maka siapkah akan menggangtikan NIK AZIZ???

Anonymous said...

TB,
Hang tak payah percaya pada krisis yang sedang berlaku diKelantan:
1.Itu semua fitnah dari fraksi umno!
2.Itu semua kerja pencacai umno atau umngOk atau umnoPUTERA!!!
3.Orang Pas mana ada yang mengamalkan nepotisme!Puak amno adalah!!!
4.Mana mungkin pemimpin yang sanggup memecahbelahkan sesama Islam sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip Islam!!!
5.Orang yang mempercayai wujudnya perpecahan terutama dalam Kem Edorgan PAS adalah bahlul,bangang,bodo seperti selalu hang sering ucapkan!!
6.Disinilah masa yang paling tepat untuk melihat kemujarabpan doa Nik Aziz!!!

Anonymous said...

-nik abduh prnah tulis dlm blog die..'jgn sape2 yg mnahan jika ayahanda ingin meletak jawtan,ayahanda benar2 sudah letih'..nik amar pun prnah sound, "tok guru kna segera menamakn penggantinye agar tak brlaku krisis semasa peralihan kuasa"..

-bkn stakat geng perpaduang smakin kukuh di ganu malah di kelate pun dah nmpak taring geng2 perpaduang nie..

-ape agaknye pemimpin2 pas yg lain spt mat sabu, mujahid , dzulkifly,husam , nizar,mahfuz, salehudin dll dlm mnghadapi kemelut nie?..

p/s:pd nik abduh,sgguh hebat kamu brpencak,mayb ini yg dikatakan kamu ,seni berpencak yg digemari malaikat..salam kamunting pd kamu..jgn lupe survey2 skali toyota caldina atau mitsubishi evo10..

-zargus-

zakwan said...

The In Law curse
From Pak Lah 2 Tok Guru
Who's gonna be next?

Guess the Father-Son/Daughter works better
Take a look at Kit Siang-Guan Eng,Anwar-Nurul Izzah n Karpal-Gobind

If this is true,it's strange y Nik Abduh would want 2 commit khalwat wit UMNO after PAS was raped badly by UMNO some 30+ years ago

Demi Melayu dan Islam,konon

nizam_adam said...

TB, rasanya menantu tok guru,Ariffahmi(suami nik amalina) tu bukan penyokong kerajaan Perpaduan kn?????Bukankah Kickdefella pernah mendedahkan menantu tok guru tu pernah berbincang dan memujuk Mantan Ketua Pemuda,Salahuddin Ayub untuk menjatuhkan TGHH dan menaikkan Husam Musa.....Jelas sekali lh kn,Ariffahmi (suami nik amalina) memang dari kalangan mereka yg berdiri di belakang TGHH(pencetus idea Kerajaan Perpaduan)...Berbeza dengan Nik Abduh yang menyokong idea besar TGHH dan menyokong kepimpinan beliau kn.....Jadi, rasanya TB ni jangan lah bercakap ikut kepala lutut jer...Main semberono jer nak tuduh orang semata2 prejudis dengan kepimpinan TGHH,Nasaruddin,Mustafa Ali...Janganlah mereka-reka konspirasi yang jelas ternampak temberangnya....Buka mata n buka hati lah TB...Jangan sedap mulut jer mereka tuduhan dan konspirasi murahan.......

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said,

ADAKAH KITA PASTI SIAPA DALANG DAN SIAPA PELINDUNG ?

SIAPA YG BERI RASUAH WANG BERJUTA JUTA MELALUI SEOARANG BEKAS ULAMAK UNTUK MENJATUHKAN NIK AZIZ?

SIAPA YANG TERMAKAN RASUAH UMNO?

SIAPA YANG TERIKUT IKUT TUMPANG SEKALI MAKAN RASUAH SEMEJA DGN UMNO..

PKOKNYA... DUIT RASUAH DATANG DARI UMNO DAN SALURKAN KPD PEMIMPIN PAS ?

SOALNYA SIAPA YANG TERMAKAN ??

yes said...

Pasukan anak menantu tak salah sekiranya anak menantu jujur, berhemah tinggi dan mengikut peraturan. Yang jadi masaalah bila anak menantu merasakan mereka special, pandai dan taksub dengan keturunan, menegakkan benang basah dan mulut celupar. Itu yang menjadi masaalah. Dan bapa pula tak nampak kesalahan diri dan kesalahan anak menantu serta menyalahkan orang lain. Kalau dah silap mengaku dan mohon maaf sahajalah. Kita semua manusia biasa, ada kalanya kita salah dan silap. Janganlah mencari kambing hitam.Janganlah memaki hamun sampai menuduh orang dan yang bersalah. Itu bukan akhlak yang baik.

Tinta Hitam said...

TB

Aku sebenonya pening dan confuse dgn isu ni.Isu Nabi keluar rumah tak dapat nak dihubungkaitkan sangat dengan isu kat Kelantan tu

Grand Marquis said...

Cara tulisan TB ni menggambarkan TGNA ni seolah-olah seperti puppet yang dikawal oleh orang sekeliling beliau.

Mula-mula dikawal oleh Annual Bakhri, lepas tu di kawal oleh anak beranak beliau. Jadi dimanakah hebatnya kepimpinan TGNA? Mungkin setakat pada ceramah aje kot (sebagaimana yang TB sendiri cakap).

Apa pun tulisan TB ni senang aje.

Bla bla bla ...
dan diakhiri dengan perancangan UMNO dan fraksi UMNO. Itu saja kesimpulannya.

Anonymous said...

Tinta Hitam,
Kadang-kadang hang hentam aku macam-macam kerana selalu sebelahkan GM!!Biasalah!!!Sebenaqnya itulah tujuan aku melayari blogni!!Cukuplah aku katakan aku muak dengan sesiapa saja pemimpin islam tanpa mengira ideologi baik pas atau umno yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri!!!!Yang selalu membandingkan amalan,keimanan dan ketakwaan mereka dengan Nabi Muhammad SAW,dengan para sahabat!!Tapi bila diuji oleh Allah dengan kuasa!Pangkat dan Wang!Mereka terleka!!!Dahtu menggunakan berbagai nas Al-quran,dalil dan hadis untuk menghalalkan cara hidup mereka yang baru!!!Yang aku kesian ramai pengikut mereka terutama yang dok dikampung-kampung mengitu taksub sekali kepada pemimpin sepertini!aku juga agak kesal jika terdapat pemimpin islam yang memecahbelahkan sesama islam untuk kepentingan politik!Sebuah negara Islam dapat ditegakkan sekiranya umat Islam dan melayu bersatu!Jangan jadi hamba orang kapiaq untuk kepentingan politi!Jangan ada yang pemimpin yang sanggup mengkafir sesamaislam,mengkhawarij dan memunafik sesama islam tapi sanggup pula mengangkat orang kapiaq sebagai seolah-olah "pejuang islam" pulak!! apa yang berlaku sekarang,pada firasat aku adalah peringatan Allah pada mana-mana pemimpin islam yang tak cakap tak serupa bikin tanpa mengira mana-mana ideologi politik!!!!!

Anonymous said...

Anonymous Grand Marquis said...

Cara tulisan TB ni menggambarkan TGNA ni seolah-olah seperti puppet yang dikawal oleh orang sekeliling beliau.

Mula-mula dikawal oleh Annual Bakhri, lepas tu di kawal oleh anak beranak beliau. Jadi dimanakah hebatnya kepimpinan TGNA? Mungkin setakat pada ceramah aje kot (sebagaimana yang TB sendiri cakap).
.

Tak, itu cara kau paham yang biasanya salah.

Aku baca tak nampak pun begitu

Abd Razak said...

gm berkokok lg...dh pns le tu...dh mmg jelas ni keje fraksi2 umno dan juga umno...org dh lama tau perangai si nik abduh tu...so toksah le nk melalut ngan statement yg bangang2 ye gm...

Anonymous said...

Abdul Razak,
Nik Abduh pewaris ulamak!!!Hang tak takut pecah perut!!!Hang pas apa!!!Uitm jeee!Dia ada masters dari Al-Azhar!!!Dia pakar bahasa arab!!Hang sekular!!!hang dengan dia sama tarak ka dari segi ketakwaan dan keimanan!!

Anonymous said...

....dia pakai Honda Elyson ,PAS 17 lagi!!Hang pakai kap cai jeee!!!Dia gaji berpuluh ribu,hang gaji berapa!!!Dia berserban dan berjubah!!!Hang dok pakai jeansje!!!Dia hafiz al-Quran!!Hang dok hapai lagu omputih jeee!!Dia ada syarikat MLM,hang kuli kangje!!!! Banyak lagila perbezaan antara dia dengan hang!!bagai langit dan bumi!!!Bagai pipit dan helang!!!Bagai syurga dan neraka!!!Bagai persepsi dan fakta!!!Bagai pemimpin dan pencacai!!!Bagai perpaduang dan erdagon!!Bagai pasngok dan umno ngok!!!Bagai ketua biro penerangan pas cawangan dengan ketua penerangan pas pusat!!!Bagai sarjana muda dengan Phd!!!

Anonymous said...

Mudahnya menuduh dan membuat assumption. Kalau orang tak kenal orang2 yang dinistakan itu memang percaya habis. Kalau dengar sebelah pihak sedapnya cerita. Kalau orang yang dituduh cuba membela diri siaplah di lenyek habis. Nik Abduh punya kereta pun jadi isu. Bila nak mengatakan anak tok guru keluar ayat quran dan hadis bandingkan dengan keluarga nabi. Kalau Nik Amalina menulis sikit pakat condemn jangan perasan keluarga mulia ahlul bait. Itu lah kalau orang lain parti anak beranak kita umpat. Jadi the moral of the story anak2 pemimpin PAS
(i) tak boleh aktif parti
(ii) tak boleh nampak kaya dan bergaya
(iii) mesti berlagak bodoh, jangan keluarkan sebarang idea atau apa saja
(iv) mesti bersedia untuk ditibai dan dibalun, walaupun tidak menumpang kekayaan seperti anak orang UMNO
Sebab itulah di kampung saya anak orang kuat PAS jadi Ketua Puteri dan Putra Umno.Baru sekarang saya faham.
MEMANG BERBALOI-BALOI

ni said...

dipetik dan ditampal disini dari blog serisuri anak TG. buatlah persepsi dan telahan sendiri dari jawapan nik amalina terhadap 'saranan' pekomen di blognya.

-----

redwarrior, on December 30th, 2009 at 3:38 pm Said:

Tu la ambik bekas orang PKR kejo.takleh cayo.Mereka ni mari dari UMNO.perangai pun serupo UMNO.Aku harap PAS berdiri atas kaki sendiri untuk PRU 13 ni,cari calon India ke,Cina ke ,tapi agama Islam.Tak payah la gabung dengan PKRke,DAP ke,semua cita-cita nak jadi kaya jah.Ke guano Puan Suri.
Reply

serisuri, on December 30th, 2009 at 4:23 pm Said:

Itu yang saya maksudkan sebagai ‘orang luar’.
Susah difahami apa matlamat mereka sekiranya mereka sendiri tidak berfikrah Islam. Paling bahaya sekiranya kita pula yang terheret mengikut rentak mereka.


;)

kol mat said...

Tunggu dan lihat lah akan saat kejatuhan Pas Kelantan dan seterusnya Pas Pusat sendiri. Jadi Baik Setopa ali cepat2 bagi dan ajak YB abd Halim Abd Rahman Pesuruhjaya Pas Kelantan. Tok Guru Letak Jawatan cepat sebab Tua. Dapat bersatu dgn Umno Pas selamat pru13. Nik abduh lantik exco Nik Amar TMB.

Anonymous said...

Aku lihat begini...Hidup ini ada pusingannya. Dulu Husam dpt kepercayaan penuh TGNA. Org lain kurang TG dengari. Husam berlagak lebih dari Presiden berurusan dgn PKR. Tak payah minta arahan, minta panduan, dia dgn geng KLnya buat ikut kemahuan gengnya. Berjumpa Anwar pun kat Dubai. Dapat 'arahan' direct dari org luar DSAI ke?...Hebatnya Husam memenangi hati, TGHH pun hampir berjaya dihadapkan ke EGM. Tapi kita tak dpt menipu TG sepanjang masa. Allah akan dedahkan kecurangan kita. Allah aturkan jln ceritanya. Sekarang tuan guru syg Husam tp dh x percaya kot. Husam pun dah mula melalut menampakkan lagi permainannya. Oleh itu Husam x de pilihan utk survive melainkan kerana bina 'base' utk PRK akn dtg...mungkijuga dgn cara jatuhkn TGNA sekalipun. Itu yg aku nampak la.

Anonymous said...

Aku tak pikiaq oghang lain...Aku pikhiaq nasib TB jeee...Oghang lain yang taraf pemimpin pas tak kigha la puak hussam atau nik abduh atau Nik Aziz sendiri!!Depa kalau jatuh pun ada jugak harta dua-tiga juata!!!Tb.....!!!Siannnn kat dia!!!!Hang bayangkan kalau Nik Aziz mengundur diri....Husampun enrah kemana....Puak nik Abduh a.ka. puak HJ Hadi akan kuasai pasla!!!Lani depa dok hormat kat Nik Aziz jee!!!Kalau Nik Aziz unduq diri!!!Puak Husam a.k.a puak edorgan kena ngappp jeee dengan puak Hadi Awang!!!Sebabtu depa puak edorgan hatta TB dok kongtui Nik Aziz lani!!Takut Nik Aziz lerak jawatan!Depa tau puak Hadi Awang,masih malu alah kat Nik Aziz!!Tapi diperingkatpusat hangpa tenguk!!
Tengukla corak pemilihan PAS pusat baru-baruni!!!Puak hussam menangke!!!!Dahtu dikelantan!Allah Maha segalanya!Hussam dan Nik Azuz pulak berpecah!!!
Macam aku kata,nasib puak pas ala edorgan taraf pemimpin,tak kisah!!Husam ka!Ala sapa-sapala jugak yang dok taraf pemimpin!Dah ada harta!Dah ada duit berjuta!!!
Nasib TB!!!Nak masuk puak pas ala puak Haji Hadi,puak perpaduang bolehka!!!Nak masuk umno,rasict!khawarij!!MUnafik!Kafir!!!Last sekali!Masuk PKRlah hang....Aku ghasa,ideologi hang lani,corak poenulisan hang,lebih sesuai dalam PKR!!!Bertuankan DAP!!!!!Siaaaaan kat TB!!!!!!

Anonymous said...

....lupa pulak nak baca komen srisuri tentang "orang luar"...
Apa???TB orang UMNO??????minta dijauhkan ALLAH....Oghang umno tak berperangai macam dia!Tapi tak dapat dinafikan!Adalah jugak dua tiga ekoq!!Aku ghasa dia puak PKR kot!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.