Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 3, 2009

Misteri di sebalik 'Task Force 2010' - Malaysiakini



Artikel Malaysiakini berkaitan "Task Force 2010". Yang bestnya, dilaporkan pejabat TF2010 ini di belakang Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak. Maklumat saya dapat pun banyak "Pertemuan-pertemuan dalam gelap" pun berlaku dalam kawasan-kawasan berdekatan itu juga. Dekat Restoran Arab, Aparment tu, apartment ni. Barulah saya faham kenapa macam tu.

Misteri di sebalik 'Task Force 2010' - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman
Dis 3, 09
12:16pm
Pasukan petugas untuk keamaan di Selatan Thailand, Task Force 2010, kini menjadi perbualan politik tanahair selepas pasukan itu dikaitkan dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Isu kerajaan perpaduan menggegarkan PAS sehingga Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak supaya diadakan muktamar khas bagi membincang pembabitan beberapa pemimpin parti itu dalam usaha tersebut.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan oleh barisan tertinggi PAS, muktamar itu digantikan dengan seminar politik yang berlangsung bulan lalu.

Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pejabat pasukan petugas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sejak awal minggu ini bagi mendapatkan penjelasan daripada ketua pengarahnya Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.

Bagaimanapun, setiap kali dihubungi, kakitangan pejabat itu berkata Wan Abu Bakar "ada tetamu dan tidak dapat menjawab panggilan" dan "sedang bermesyuarat".

Berikutan itu, Malaysiakini berkunjung ke pejabat pasukan petugas itu semalam, yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Jalan Aman, Kuala Lumpur.

Usaha mencari pejabat tersebut agak sukar kerana tiada papan tanda dipasang, begitu juga dengan nombor rumah tersebut.

Berikutan itu, wartawan terpaksa bertanya kepada penduduk yang ditemui di situ.

Apabila ditanya mengenai "rumah askar", lelaki tersebut berfikir sejenak dan kemudiannya menuding jari ke arah sebuah rumah banglo dua tingkat di situ.

Rumah yang dicat dengan warna agak kekelabuan itu juga bertembok batu tinggi, manakala pintu pagarnya bertutup.

Walaupun pejabat tersebut terletak betul-betul di belakang Hotel Crown Princess di Jalan Tun Razak, tetapi jalan masuk ke situ agak bersimpang-siur dan boleh mengelirukan.

Malaysiakini tiba ke pejabat tersebut pada kira-kira jam 4 petang semalam. Oleh kerana pintunya bertutup, maka wartawan menelefon pejabat tersebut tetapi tidak berjawab.

Selepas lima minit kemudian kelihatan tiga kakitangan lelaki, yang berpakaian kemas dan merambut pendek ala-tentera, muncul dari dalam rumah itu dan berjalan menuju ke arah pintu pagar.


Wartawan Malaysiakini menemui mereka sambil memperkenalkan diri dan juga menghulurkan kad nama.

Selepas dimaklumkan mengenai tujuan kedatangan akhbar web itu, mereka berkata Wan Abu Bakar tiada di pejabat. Sebelum beredar, mereka sempat bertanya sedikit sebanyak mengenai Malaysiakini.

Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak - Pattani, Yala dan Narathiwat.

Penubuhannya dibuat hasil perbincangan antara perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahu mengembalikan kestabilan di selatan Thailand.

Bagaimanapun, fungsinya dilaporkan akan ditamatkan pada penghujung tahun ini dan segala peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.

Awal minggu ini, nama pasukan petugas tersebut muncul kembali apabila Nik Abdul Aziz berkata terdapat usaha menjatuhkannya yang melibatkan seorang pegawai tentera, dikenali sebagai 'Kolonel Mat'.


Sumber yang dekat dengannya tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata.

Menjelang muktamar pemilhan PAS Jun lalu - yang menyaksikan pertarungan sengit jawatan nombor dua parti itu antara exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa - nama Task Force 2010 mula diperkatakan.

Laporan di blog-blog mendakwa Nasharuddin mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pasukan petugas khas itu dan cuba membabitkan Nik Abdul Aziz tetapi mursyidul am PAS didakwa tidak menunjukkan minat.


Selain Nasharuddin, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga turut dikaitkan dengan Task Force 2010 yang mula menukar arahnya kepada isu "perpaduan Melayu" susulan keputusan pilihan umum 2008 yang memihak kepada pembangkang.

Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella) - yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz.

7 comments:

Anonymous said...

Ini komen aku kat blog Mat Samam Kati..Mungkin ada pertalian. http://perakexpress.com/www/2009/12/01/kick-that-fellow/


Setuju benar.

Kalau kehidupan berpaksikan TAKSUB dan KEBENCIAN (Love & Hate) seperti yang diharumi oleh KICKDEFELLA (Syed Azidi) maka rosaklah diri dan juga masyarakat.
.
Aku bagi contoh TAKSUB (Cinta giler kat Mahathir) sepertimana tertinta puji-pujian dalam blog Kickdefella:-

“..perletakan TDM secara mengejut…bagaimana ia MERAGUT KEBAHAGIAN yang kita miliki sebelum itu… Tun Dr Mahathir, PEMIMPIN AGUNG kita..” (Posting 14.11.06)
“mahu terus hidup bersama semangat juang kekanda Mahathir berabad lagi.” (1.11.06)
“seorang NEGARAWAN, Mahathir..” (23.5.08)
“…a true REFORMIST” (23.1.08)
“…ONE OF A KIND, yes,yes, he is ONLY MAN OF HIS ERA” (26.10.08).
Wow! Wow! Aku surrender. Sommon bukmon omyon fahom laa yubsirun.

Ini lagi lucu persis soalan cepu emas 6 juta …
“How much votes did the oppositions gain by killing Tun Mahathir with the LINGAM VIDEO?” (29.1.08). Aku terpaksa jawab..Correct! Correct!

Oleh kerana Kickdefella terlampau taksub maka timbullah KEBENCIAN yang meluap-luap terhadap musoh Mahathir, PAK LAH. Gelaran-gelaran istimewa dijaja dalam blog beliau seperti DOLAH KAKI TIDUR, PARIAH, PENIPU dan berakhir dengan BAPA KEMALUAN!

Kickdefella cuba menonjolkan prinsip diri - hakikatnya itu tak ada nilai dan kemana - disebabkan ia hanya berdasarkan agenda dan kepentingan diri, ego dan perasaan taksub dan kebencian.
Tengok apa kata beliau dan mengenai sahabat baiknya….
“my brother ROCKY and me may take the lonely journey too as our buddy Dollah is no more the fella we use TO LIVE OUR LIFE FOR” (8.10.08). Begitu sekali..Dok baca doa iftitah kor takdi?

Bulan sepuloh baruni Kickdefella ketawa terbahak-bahak dalam postingnya (16.10.09). Beliau menggunakan watak seorang pengikut Arqam untuk Trailer wayangnya sekarang (Now Showing) ….”Ketawa terbahak-bahak? Ya, ketawa kerana kelucuan timbul akibat sikap fanatik (taksub la tu!) terhadap seseorang tokoh”
.
Tengok ragam lucu sandiwara Kickdefella sepertimana tentera aku pulangkan balik kata-kata beliau. Mengata dulang paku serpih.

Evil? Itu Pak Lah yang sifatkan Kickdefella “EVIL” bukan aku.
Weird? Tak mungkin sebab beliau dah sangkal..
“I am not weird at all BUT EVERYBODY ALWAYS SAID I AM WEIRD. My executive producer named Raouf always said I am the weirdest friend he ever had. CANNOT BE. I think he is weird.” (25.2.07).

Habis kalau Kickdefella ialah “manusia kerdil” seperti yang beliau laung-laungkan untuk memikat hati? Yang ni aku tersangat-sangat setuju.

-awisqarni-

Anonymous said...

Tulang Besi
Tak ke mana Bumi ini di pijak, tak ke mana juga jika melaung terlolong lolong.

Sampai masanya, setiap umat itu akan mati dan di hitung amal baik dan buruknya, di seksa di dalam kubur setelah mendengar bunyian tapak kaki meninggalkan tanah kubur.

Task Force 2010 itu semuanya mainan syaitan syaitan yang di rejam, bongkak dan angkuh terhadap manusia manusia dan ALLAH SWT, tak sedarkan diri bahawa jantung mereka menghembus oksigen oksigen pinjaman ALLAH SWT.

Mereka mereka ini hanya akan sedar dari lamunan petang mereka apabila tiba waktu maghrib, dan menyesal agar di kembalikan ke dunia untuk membuat amal cara Nabi Rasul yang terdahulu.

Mana mungkin manusia berkaki dua, bermata dua, bertangan dua yang hidup bersubsidikan dari hasil cukai pendapatan perah darah daging rakyat jelata mampu mengubah hidup mereka yang murah, bagaikan gagak mencari sampah dan bangkai di jalanan di tanahair tercinta ini.

Biarlah labu labu tengelam dengan si Luncai nya yang boroi benggap lagi bahalol.

Yong said...

TGNA dah abih 'gentleman' minta menantu tersayang letak jawatan sebab disiasat SPRM. Bila lagi MSO nak ditendang sebab gagal naikkan prestasi Siasah?

Anonymous said...

Allah..istigfarla kita.kalian semua aku nasihatkan bc shj la.entah btul atau tidak. Berfikir dlu sebelum mempercayai berita berita mcm ni.Ingatlah kamu akan API NERAKA..

Anonymous said...

Kini ada tiga versi kolonel Mat

1. aruah Bapak kickdefella
2. Timbalan MB Ahmad Yaacob
3. Versi TB yang susah nak faham apa hubungan task force selatan Thailand dengan skandal PMBK. Tiada hubungan langsung!!!! Banyak lagi dalam angkatan tentera yang dipanggil kolonel Mat. Nik Aziz beritahu kamu ke?

Anyway, dah kecoh kat blog pro Umno pasal pemimpin PAS ada skandal seks. Tak mengapa, buat damage control dengan mengadap Nik aziz mcm Eli....

balak said...

AKU TGH TUNGGU KOMEN TB TENTANG SKENDAL RASUAH DAN SEX LUAR TABII..KALU LU BTL2 PEJUANG AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...KOMEN LA PASAL ANWAR TB..AKU PERCYA..JARI KO KELU NAK TAIP BAB BOS KO TU HAHAHAHA

Anonymous said...

Wooo..hah!!...covert ops ala CIA..secret meetings,propoganda,espionage,macam macm..hasilnya?..Hassan Ali punya seluar terlondeh..kahkahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.