Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 3, 2009

Pendedahan Dokumen 1: International Zone Shah Alam

Antara kesah yang disebarkan dengan meluas kepada ahli-ahli PAS Selangor yang menyebabkan ahli2 PAS ramai yang membenci Pakatan Rakyat adalah cerita berkaitan dengan International Zone Shah Alam.

Sepanjang hampir dua tahun PR memerintah Selangor, bermacam-macam fitnah yang telah disebarkan di kalangan ahli dan aktivis PAS Selangor berkenaan dengan karajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Ini adalah salah satu contoh terbesar.

Kononnya International Zone (IZ) ini dicadangkan oleh DAP seperti yang dilaporkan oleh Zainul Faqar:

"Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu."


Hakikatnya tuan2 dan puan2 pembaca sekelian, ianya adalah projek yang telah siap dan dibina oleh syarikat yang bernama I-Berhad. I-Berhad pula adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dan, kebenaran untuk mengadakan "pusat hiburan" di I-City tersebut adalah permohononan yang dibuat oleh I-Berhad kepada Istana Selangor sendiri. Buktinya surat ini hanya di c.c. atau dihantar salinan kepada MB Selangor. Surat ini tidak ditandatangani oleh MB Selangor seperti yang boleh dilihat di bawah:
















Pun begitu Tuanku Sultan Selangor adalah seorang raja yang adil lagi bijaksana dan memahami cara menseimbangkan antara keperluan ekonomi Selangor dan juga menjaga akhlak serta nilai-nilai Islam di Selangor.

Hiburan yang dibenarkan di I-City tersebut hanyalah berbentuk hiburan kekeluargaan sahaja:










Hiburan-hiburan yang tidak diizinkan jelas dinyatakan dalam surat ini:













Keputusan ini di buat demi untuk mengizinkan para pekerja-pekerja "high skill" dari luar negeri datang ke I-City untuk bekerja di sana. Ianya bukan bertujuan untuk merosakkan atau membiak perkara-perkara yang berlawanan dengan Islam. Itu sahaja. Keputusan ini jelas menanmpakkan kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor di dalam mentadbir serta memerintah negeri Selangor.

Sebagai penutup, ahli-ahli dan aktivis PAS Selangor mesti bangun dan membersihkan diri mereka dari segala yang mereka dengar selama ini berkenaan dengan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Walaupun saya sudah menulis artikel ini, tapi ramai yang menolak penerangan saya dengan mengatakan siapa TUlang Besi. Dia tidak duduk pun dalam exco.

Nah, sekarang saya bawa sendiri surat rasmi berkaitan dengan isu ini. Jelas, saudara/ri telah dibohongi oleh Fraksi UMNO dalam PAS Selangor demi untuk membuat saudara/ri membenci Kerajaan Pakatan Rakyat serta membenci Pakatan Rakyat itu sendiri.

Gambar surat ini ada dibawah untuk rujukan.

Tulang Besi


ps ini adalah gambar-gambar surat tersebut





28 comments:

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Tulang besi,

Org kalau tgk surat kau, ada sikit musykil la.

Letterhead, lambang selangor saja, jabatan apa pun tak tau..at least pejabat menteri besar ke apa ke..ini takat lambang selangor saja, valid ke?

pastu, surat dr siapa? Okla..kita nak jg keselamatannya...apa jawatan yg boleh dia buat decision?

Apa yg kau blank kan, pun org xpasti.

jadi tulang besi, klu kau nak yakinkan org bhw benar2 projek ini takde maksiat mcm kau ckp..kau kena bw surat lain lan..klu tak,org boleh amik kenyataan kau sebagai nota kaki saja..tak boleh buat hujah.

Anonymous said...

sedih...surat proposal pun dari Cina..melayu dipinggirkan di Selangor..

From: tok Melayu

http://tokmelayu.blogspot.com/

penyu teranung said...

dok abih abih Deramang bawok citer basi...

Anonymous said...

Teruskan Tulang Besi, geng Terengganu dan Geng Hasan Ali dah takut. Selama ini diorang tipu ahli bawahan. Bila orang pertikai, diorang cakap, "kami duduk sebagai exco, kami tahu apa yang kamu tidak tahu, kamu jangan pertikai kami", sekarang ini kita akan dedahkan semuanya penipuan Hasan Ali yang pembelit kepada semua ahli-ahli PAS Selangor.

Teruskan Tulang Besi

Anonymous said...

Tulang Besi,
apa dah jadi dgan JK Dispilin pada Hassan Ali & Geng.

senyap jer, macam ameno jgak, sapu bawah karpet.

Boyeng

Grand Marquis said...

Pendedahan TB ni sebenarnya membuka pekung PR di Selangor. Mari kita buat sikit analisa.

Sekiranya kita analisa betul-betul, surat itu jelas mengatakan I however, object to the following:
i. Snoker Centers
ii. Massage Parlours...
...dll


Persoalannya ialah kenapa surat itu object kalau proposal asalnya tidak menyatakan perkara-perkara tersebut?

Oleh itu, saya boleh simpulkan ialah surat asal proposal I-City mengandung cadangan untuk mengadakan pusat-pusat maksiat tersebut, tetapi ia telah ditolak oleh Sultan Selangor. Kalau bukan kerana Sultan Selangor nescaya perkara-perkara itu mungkin terlaksana.

Dengan itu juga, terbukti bahawa ada usaha untuk menjadikan International Zone sebagai pusat maksiat. Tetapi oleh kerana Selangor masih ada Sultan yang beragama Islam dan sayangkan Islam, perkara itu tak terjadi.

Persoalan kedua ialah adakah proposal I-City itu akan sampai ke Sultan Selangor tanpa melalui perbincangan exco Selangor? Dan adakah ia akan jadi proposal kalau tidak mendapat sokongan dari beberapa exco Selangor? Jadi exco mana yang sokong proposal tersebut? Hassan Ali ka atau exco DAP?

Dengan itu juga, dakwaan Zainul Faqar mungkin berasas sebab yang takkan CEO i-Berhad, si Lim Kim Hong nak masuk mesyuarat exco untuk buat proposal. Mestilah ia dilakukan melakui proxy beliau yang merupakan exco selangor. Persoalannya ialah adakah proxy beliau ni para exco PAS atau dari DAP?

Jangan lupa juga baca kaitan Lim Lim Hong dengan Khalid Ibrahim:

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/06/adakah-khalid-ibrahim-masih.html

Persoalan yang lebih besar ialah kenapa ia perlu di tolak oleh sultan Selangor? Bukankah Hassan Ali dan exco Pas sepatutnya dah boleh tolak dalam mesyuarat exco. Jawapan yang paling munasabah yang dapat saya fikirkan ialah sememangnya exco PAS tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka yang dua tiga kerat ni tak mempunyai suara majoriti keatas exco dari parti lain, khususnya dari DAP.

Tulang Besi said...

Sekiranya kita analisa betul-betul, surat itu jelas mengatakan I however, object to the following:
i. Snoker Centers
ii. Massage Parlours...
...dll

Persoalannya ialah kenapa surat itu object kalau proposal asalnya tidak menyatakan perkara-perkara tersebut?

Oleh itu, saya boleh simpulkan ialah surat asal proposal I-City mengandung cadangan untuk mengadakan pusat-pusat maksiat tersebut, tetapi ia telah ditolak oleh Sultan Selangor. Kalau bukan kerana Sultan Selangor nescaya perkara-perkara itu mungkin terlaksana.
.

Errr tak tau la.

Mungkin Baginda Sultan hendak membuat point.

Aku ada proposal asal, dan proposal asal tu tak sebut pasal pusat2 maksiat semua tu.

Juga, kao bodo Grand Marquis. Benda ni I-Berhad yang buat. Dan I Berhad ni milik PNB.

Bukan milik Kerajaan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

kesian melayu....dok berebut kuasa dan pas plk dok asyek berdoa nak jahanamkan org islam sendiri....

Grand Marquis said...

Jadi dedahkanlah proposal asal. Kita tengok mancam mana.

Lagi satu, ini fakta yang saya jumpa:

Lim, through his family-owned company Sumurwang Sdn Bhd, owns 58% of I-Bhd while PNB owns 18%.

So tell me the logic that I Berhad is owned by PNB wahai TB yang bijak pandai.

Anonymous said...

Abg TB,

Pendedahan ni banyak sangat kesamaran & kemusykilan la.....tengok kan dah kena tembak balik!!!!

Anonymous said...

Betul lah Hassan Ali cakap dalam meeting exco yang Sultan menitahkan Shah Alam dilarang buat pekara pekara seperti itu..

dari surat tersebut nampak jelas i-Berhad cadang nak buat snookier center, rumah urut, internet gaming cafes, disco, gambling outlets, 4-d, pusat karoake...

tapi Sultan Object...

cuma yg tak betul mungkin ialah dari siapa cadangan tu... i berhad ke exco DAP...??? hanya minit mesyuarat exco yg boleh jawab apa yg diperbincangkan...

Kalau i-berhad tak cadang, takkan Sultan nak object kan?

Tulang Besi said...

Ataupun permohonan asal hanya meminta dibenarkan dibuka pusat2 hiburan di ICITY oleh I Berhad tanpa menyatakan apa jenis hiburan yang dikehendaki.

Maka Tuanku pun nyatakan dengan jelas apa yang boleh dan apa yang tak boleh?

Anyways, mana bukti pusat2 hiburan ini adlaah cadangan Kerajaan Negeri ataupun DAP?

Cdgan tu datang dari I Berhad kan? Bukan dari DAP atau PKR.

Itu isu nya yang sbeenar.

Apasala puak2 UMNO ni semua tak reti baca.

Anonymous said...

tulang besi, kau nak tolong melayu ke nak tolong komunis.
nampak gaya mcm nak tolong komunis je.

Grand Marquis said...
Jadi dedahkanlah proposal asal. Kita tengok mancam mana.

Lagi satu, ini fakta yang saya jumpa:

Lim, through his family-owned company Sumurwang Sdn Bhd, owns 58% of I-Bhd while PNB owns 18%.

So tell me the logic that I Berhad is owned by PNB wahai TB yang bijak pandai.

kau jawablah apa Grand Marquis tanya. konon tau sangat, bila ditanya yg ini terus diam.
aku tak pedulik, shah alam tak boleh ada international zone. ramai melayu yg sokong tak boleh ada tempat tu.
tulang besi, sekali lg kau seolah-olah sokong tempat mcm tu. kalau dah nampak sokongan terserlahlah yg kau sokong komunis.
jadi sekali lagi aku tanya, kau sokong melayu ke sokong komunis.

Tulang Besi said...

Kepada puak2 UMNO yang nak kata projek ini tak membantu orang MElayu, mesti tanya pada UMNO Selangor.

Projek ni dah berjalan lebih 10 tahun dan diberikan kepada I-Berhad sebelum PNB masuk dan beli saham dalam I_BErhad

Nak tahu kenapa projek ni tak bantu orang Melayu, SILA TANYA UMNO SELANGOR


HAHAHAHAHAHAHA Kena balik muka UMNO.

Tulang Besi said...

Saya ada dokumen pemimpin2 UMNO Selangor jual projek pada syarikat bukan Melayu atas nama penswastaan.

Korang tunggulah aku dedah nanti.

Aku save untuk By Election Kota Seputih baru aku dedah

HAHAHAHAHAHAHA

UMNO nak cakap diorang sokong Melayu.

Jual kontrak ada la. Memang dasar bangsa penipu

Grand Marquis said...

TB tak perlu divert isu untuk bincang sama ada projek itu menguntungkan Melayu atau tidak. Kita focus pada isu asal, iaitu isu dakwaan orang-orang tertentu menyebarkan berita fitnah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PAS membenci PR. Salah satu isu yang dikatakan fitnahnya ialah isu i-City. Jadi, dimana fitnahnya sedangkan apa yang didedahkan TB hanya mengesahkan dakwaan itu sebenarnya berasas.

Kalau betul projek itu sudah berjalan 10 tahun, adakah proposal yang ada ditangan TB ni ditulis sewaktu BN atau sewaktu PR?

Anonymous said...

Perhatikan betul btul surat tu..mcm musykil je.mungkin TB sendiri reka kan surat tu.letterhead tak de.budak sekolah boleh buat surat tu. Paste lambang Selangor n dakwa surat rasmi. Harap TB siarkan semua,jgn sembunyi2 mcm tu.kalau nak bongkar, jgn jd pondan takut di dakwa. Alang mandi biar basah..si penyokong TB,ko jgn jd bodoh percaya semuanya.Dgn surat tak ada letter head ko nak percaya..ko letak otak ko di kepala lutut ke?

- Besi Tembaga

neo said...

surat tak tahu hujung pangkal..ko nk dedah kan TB...pastu nk letak semua org kata UMNO yg buat..nampak sgt ko ni jenis tabur fitnah..yg ko dok mrh sgt kt UMNo ni apa hal?aku heran gak...ko berusha nk buruk kn UMNO tampa bukti...main copy paste je ko nya bukti..pastu ko buat satu persoalan pada pembaca..kunun semua kerja UMNO..HAHAHA gelak aku tgk ko nya katun

Anonymous said...

Wow, banyaknya TB simpan dokumen. Ada bertong-tong macam Ezam ke? Kemudian nak dedah ikut jadual sendiri, eh ni dah sebiji macam Ezam.

Hujung-hujung jadi pekasam.

Kalau TB betul-betul berjuang kebenaran, apa pasal ada jadual da .., apa pasal nak dedah masa prk Kota Seputih pulak da .., strategi taik kucing agaknya.

Bila kena tempelak fakta tak betul yang I-Bhd bukan milik PNB, terus koner baring macam si rempit nampak road block.

Last-last gigi TB sendiri berterabur.

Kalau nak jadi pendedah kemungkaran tersohor, belajor le dgn RPK yang keluar dokumen tak pakai sorok-sorok punya. Baru gempak.

Ini betul-betul kes RPK celup.

Yang lebih kelakar, bila kena desak TB main teka-teka pulak, mungkin itu mungkin ini, ada proposal asal lah - eh kata semua maklumat dalam kocek kau - kocek bocor yek ..

Sudahlah TB.
Setakat surat logo istana tak tentu hala ni, zaman awal Reformasi dulu pun, web MahaFiraun pun tak mainlah.

Satu hal kau kununnya nak jadi hero dedah kepincangan Hassan Ali, tapi satu hal lain bila kau busuk kesumat dan reka-reka fitnah.

Hassan Ali ialah orang politik PAS yang memang ada kelemahan dan sebagainya - tapi bila dia gesa bende-bende yang memang dituntut oleh agama dan bertujuan mempertahan kedudukan Islam dan Melayu seperti isu penjualan arak - itu tugas dia.

Soal DAP yang cadang International Zone - itu picisan, sebab selama ini pendirian DAP dan PKR sangat-sangat konsisten berkenaan isu-isu tersebut.

Eh ko tak pernah baca atau dengar ke betapa pemimpin DAP pertahan bab arak, judi ni sebagai hak bukan Islam TANPA mengambil kira kesan kepada rakyat.

Cuma apa nak heran - memang begitu pegangan hidup mereka.

Dan sebab PAS dah sekongkol dgn mereka dari aspek politik - maka PAS kena jadi lembu cucuk hidung?

Wan Azizah sendiri sebagai pimpinan nombor 1 PKR pernah menyebut bahawa politik berasaskan agama ditolak sepenuhnya oleh PKR sebagai satu resolusi utama parti itu.

Pelik ke? Lupa PKR itu asal lubuk yang sama dgn UMNO?

Atas maslahah ummah, sebab PAS sanggup bersama-sama dalam gagasan PR - adakah PAS kena telan saja segala tindakan DAP dan PKR?

TB suka bodohkan orang lain. Sebenarnya TB dan sewaktu dengannya lah yang sebodoh-bodohnya.

TB ni ingatkan aku watak si Bujang dalam Ragam P. Ramlee, iaitu watak abang yang borak satu kampung dia dah bunuh pembunuh adiknya.

Kemudian Mahmud Jun datang nak mengesahkannya lalu cuba diserang oleh si Bujang. Maka kena pelekuk.

Kata-kata Mahmud Jun, "Hei Bujang, ubun-ubun tuan masih lembik".

Suka aku nasihat TB, sudah-sudahlah. Postinglah bende-bende yang lebih memberi manfaat. Ke kau takut dah tak glamour dan popular?

Janganlah menjual dengan harga yang murah macam si Kickdefella.

Tulang Besi said...

wow ramainya cybertrooper/babi2 yang mempertahankan agen mereka dalam PAS.

hahahahaha semuanya tak logik. Lagi banyak surat aku ada pasal isu korang jangan takut.

Lagi pula, projek ni sebenarnya projek UMNO, bukan projek kerajaan PR.

Takut korang ye bila aku cakap aku ada dokumen. Hahahahaha takut korang semua.

Aku akan dedah masa dekat2 prk Kota seputih nanti. Sebab aku nak bagi UMNO kalahlah, sebab tu aku nak dedah masa dekat2 elektion.

Lagi mau tanya ka.

Haiyaaa.

Anonymous said...

Aku pun tak pernah melayari blog Tulang Besi dan aku tahu dalam fikrah mana ia berada. Jadi aku tak mau komen banyak. Apa yang penting telah menyebarkan satu berita. Bagi mereka yang berfikiran analitikal, beritu itu banyak lompangnya.
Aku tak heran dengan berita ini kerana dia mengajak orang PAS bangun menentang PR. Bagus seruan itu. Aku harap Tulang besi buat banyak-banyak seruan.

Anonymous said...

Elok la TB dedahkan semua.Dedah cpt2 skit, tp kalo ko dedah cpt nnt modal ko hbs plak! aku nk tengok dgn pendedahan ko ni mcm mana reaksi kerajaan negeri yyg isu ko ni.tp yg aku pasti pendedahan ko ni selayak dokumen ezam je kot, tak kemana la pergi nye. hanya dlam blog ko ni je la yg bising2. sbb di luar sana mengetahui keadaan sebenar ttg isu yg si tomahkan. kepada penyokong TB, ko jgn letak otak ko kat kepala lutut,biar TB buat dirinya sendiri dgn isu2 loya ni

- Besi Tembaga

penyu teranung said...

Deramang said, "wow ramainya cybertrooper/babi2 yang mempertahankan agen mereka dalam PAS."

tu ker tarbiah yg mung bangga bangga kan sgt haa Deramang...nok kepow pasal mung ikut usrah sejok umur 12 thn lg doh belajor pasal kitab Mustika Hadith ?

khijer mung sebor fitnoh pahtu bila dokleh jawab persoalan org mung kata org tu BABI pulok...

tapi kalu aku kata mung ni makang 'OTOK LEMBU' memang betul pung...ker mung tak mboh ngaku?

lama kelamaang makin terserloh kemunafikang mung ni Deramang !

Tulang Besi said...


tu ker tarbiah yg mung bangga bangga kan sgt haa Deramang...nok kepow pasal mung ikut usrah sejok umur 12 thn lg doh belajor pasal kitab Mustika Hadith ?

khijer mung sebor fitnoh pahtu bila dokleh jawab persoalan org mung kata org tu BABI pulok...
.

Mung kate aku buat fitnoh. Fitnoh amende mung cakap ni?

Aku dok penah dengar bende mung kate fitnoh ni.

mohamad said...

ana yakin yg agak tertekan dan terus bagi komen yg mengarut pada TB adalah samada cybertropers dumbno yg di upah atau memang ahli pas yg berkepentigan yg telah di brainwash oleh geng nasa dan dr hassan di selangor.

ana tahu sangat sebab memang bercampur dgn org2 spt ini di kawaqsan ana sendiri.mereka ini walupun ada jawatan kecil pun spt jkkk punyala taksub dgn dr hassan entah kenapa.

Grand Marquis said...

Sesiapa yang tak menyokong TB, kalau dia bukan ahli pas, dia mesti cybertrooper umno. Kalau dia ahli pas, dia ni ahli pas yang berkepentingan.

Sebenarnya puak-puak penyokong TB ni hidup dalam syndrome of denial. Mereka ingat puak mereka aje yang paling benar. Padahal ramai orang, tak kira pas ke umno ke dapat menilai sendiri akan kredibiliti TB.

Soalan mudah tak dijawab, tapi yang dibalasnya ialah perkataan babi. Amat memalukan akhlak orang yang kononnya ditarbiah sejak kecil dengan mastika hadith. Mungkin dia nak salahkan tarbiah beliau dengan UMNO sebab mastika hadith ni kan produk UMNO.

Anonymous said...

he he lol lol kaum syaitan dah panas pungkok! Teruskan TB dedahkan semua!

Tinta Hitam said...

well done TB....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.