Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 8, 2009

Pendedahan Kesah Pembohongan Songkok Putih/Tranung Kite Online

Saya telah membaca artikel terbaru yang diluluskan oleh Songkok Putih di TKO. Saya tak marah sebab artikel nya lebih menampakkan ketidak cerdikan penulis dari merosakkan imej saya.

Misalnya, penulis tu berkata:

“Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Dato' Hassan Ali tidak memberikan kepada beliau, lagipun dalam hal ini mesti berbincang dahulu bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya........”

Kahkahkah. Berita fitnah macam ni si Songkok Putih ni benarkan penerbitannya. Apalah bodohnya si Songkok Putih ni. Padahal, waktu saya hantar resume saya itu, kontrak saya dengan syarikat luar negeri tu dah bertanda tangan dan tiket penerbangan saya sudah pun diberi kepada saya.

Gaji CEO tu pun LEBIH RENDAH dari apa yang saya dapat di luar negara. Saya ingatkan hendak berkhidmat kepada PAS dan perjuangan Islam dan saya sanggup mengambil gaji yang lebih rendah dari apa yang telah saya dapat.

Tapi, nak buat macamana, Dato Hasan lebih suka syarikat tersebut duduk di bawah pengawasan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara dari dijaga oleh saya. Tak heranlah beliau dan Ketua Bahagian tersebut selalu berjumpa di Eastin Hotel. UMNO lebih utama pada Dato’ Hasan berbanding dengan ahli dan aktivis parti sendiri untuk menjaga syarikat2 dalam Selangor ini. Nak buat macamana.

PEMBOHONGAN SONGKOK PUTIH

Saya tak terkejut Songkok Putih bersubahat dengan orang2 macam Batu Api ni. Kemungkinan, dia adalah penulis yang sama.

1.0 Ini kerana dalam email saya yang terbaru dengan Songkok Putih, saya bertanya bagaimana beliau masih menjadi Webmaster kepada Tranung Kite sedangkan dahulu beliau mengisytiharkan letak jawatan sebagai webmaster.

Beliau menjawab:

“mung kena bodoh di aku aje.. yang ganti tu aku jugak”


(Email tersebut saya lampirkan di bawah artikel ini.)

Ertinya beliau telah berbohong dengan keseluruhan pembaca Tranung Kite Online. Beliau menyamar kononnya telah letak jawatan sebagai Webmaster tapi hakikatnya beliau masih lagi memegang tampuk pemerintahan Tranung Kite Online. Saya mempunyai email terus dari beliau yang mengakui penipuan ini.

Email ini juga membuktikan beliau telah berbohong kepada pembaca2 TranungKite Online.

2.0 Dalam artikel2 saya yang sebelum ini satu masa dahulu pun saya sudah beri bukti betapa pembohongnya si Songkok Putih ini. Sila rujuk artikel saya yang sebelum ini di sini.

Songkok Putih pernah berjanji kepada saya dalam satu email pribadi beliau kepada saya. Saya nukil janji Songkok Putih itu:

““1. Isnya-Allah perbincangan antara peribadi enta dengan ana adalah rashia peribadi. Jika ana tak setuju dengan enta ana akan menulis secara umum melihat dan menggunakan nama yang enta menulis.”".

Namun selepas itu Songkok Putih telah mendedahkan email itu kepada umum sekaligus mengkhianati janji beliau kepada saya.

Untuk maklumat lanjut tentang isu ini, sila klik di sini

Songkok Putih telah mengkhianati janji beliau untuk tidak mendedahkan email pribadi saya dengan beliau kepada umum. Beliau sendiri berjanji dan beliau sendiri khianati janji beliau.

Bagi saya Songkok Putih telah membuktikan kepada kita beliau adalah seorang pembohong dan pengkhianat janji walaupun beliau ni pakai kopiah putih.

Kita tahu empat sifat orang munafik, maka Songkok Putih membuktikan beliau telah melakukan dua dari empat sifat tersebut.

Inilah dia tanda-tanda hasil tarbiyyah PAS Terengganu yang begitu hebat dan berakhlak tinggi. Mereka yang ditarbiyyah oleh PAS Terengganu seperti Songkok Putih ni agaknya diajar bahawa mereka diizinkan berbohong dan mengkhianati janji.

Jadi, kita dapat tengok pada hari ini siapa yang sesat dan siapa yang tidak sesat.

Tak heranlah dia benarkan artikel yang penulis nya tidak tahu membezakan antara unta dan kambing.

“p/s - Gambar di atas itu adalah gambar Tulang Besi dengan projek kambing di luar negara setelah frust dengan Dato' Hassan Ali.”



Tulang Besi

ps Email Terbaru dari Songkok Putih:

“Re: [Tranungkite Online v10]: Tranungkite Online Versi 10 telah beroperasi
Friday, November 20, 2009 5:00 AM
From:
This sender is DomainKeys verified
"Ali @ Kamarudin"
View contact details
To:
"Abdul Rahman Abdul Talib" cabearth4@yahoo.ca

mung kena bodoh di aku aje.. yang ganti tu aku jugak

--- On Fri, 20/11/09, Abdul Rahman Abdul Talib wrote:

From: Abdul Rahman Abdul Talib
Subject: Re: [Tranungkite Online v10]: Tranungkite Online Versi 10 telah beroperasi
To: "Tranungkite Online v10"
Date: Friday, 20 November, 2009, 1:26 AM
KAta hari tu SOngkok Putih dah tarik diri? Ni apasal datang balik?

Betul auta la korang ni
________________________________________
From: Tranungkite Online v10
To: cabearth4@yahoo.ca
Sent: Thu, November 19, 2009 8:36:24 PM
Subject: [Tranungkite Online v10]: Tranungkite Online Versi 10 telah beroperasi

From: Tranungkite Online v10 Tranungkite Online Versi 10 telah beroperasi mulai 1 November 2009. Oleh itu anda dijemput hadir semula. Songkok Putih Webmaster - Tranungkite Online v10 Staff ========================================================= You're receiving this email because you're a registered user of . We hope that this email didn't disturbed you and in some manner contributes to improve our services.

Artikel yang diluluskan oleh Songkok Putih

Menyanggah pemikiran-pemikiran sesat dalam blog - Siri 13
Oleh: Batu-api

"Isu Ariffahmi telah menjadikan Tok Guru berduka cita, sehingga berdiam diri. isu ini timbul kerana seorang blogger yang bernama pena kickdefella telah membuat pendedahan yang cukup trajis.

Sebelum pendedahan ini kickdefella telah pergi berjumpa dan mencim tangan Tok Guru, hormat dan dulu antara juga orang yang pernah memberikan padangan dan nasihat kepada Tok Guru.
Cium tangan hormat adalah biasa bagi mereka yang tidak ada perbalahan dan dengki ataupun sakit hati.

Kicdefella nama sebenarnya ialah Syed Azidi
Blognya ialah http://kickdefella.wordpress.com/

Bacalah di sini semua tertulis
http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/10/penamatan-kontrak-serta-merta/

Kickdefella ada menulis
"Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini."

Cerita pertama ini ialah seorang yang memengang jawatan tinggi dan pernah minta gaji melebihi CEO syarikat berkenaan telah ditamatkan kontraknya.

Dia berubah 360 darjah selepas itu.

Cerita kedua pula.
Seorang penulis lain yang menggunakan nama pena Tulang Besi. Dia adalah orang kanan kepada Dato' Hassan Ali. Beberapa tahun bersama Dato' Hassan Ali. Hanya dia tak cium sahaja tangan Dato' Hassan Ali sebagaimana Kickdefella. Peluk Dato' Hassan Ali, eh ehhh banyak kali tak boleh bilang!

Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Dato' Hassan Ali tidak memberikan kepada beliau, lagipun dalam hal ini mesti berbincang dahulu bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya........

Nama sebenar Tulang Besi pula ialah Abdul Rahman bin Talib
blognya pula ialah http://www.malaysiawaves.com/

Betul ke cerita saya ini?
Tulang Besi telah memaklumkan kesahan perkara ini. Sila lihat di sini
http://macamoranggila.blogspot.com/2009/12/kenapa-tulang-besi-jadi-gila.html (lihat pada komen jawapan TB)

Dia juga telah 360 darjah menyerang Dato' Hassan Ali.

Dato' Hasssan Ali ilmu dan waraknya tidak sama seperti Tok Guru Nik Aziz yang semua orang kenal "kalis akhbar dan media". Semua keburukan Dato' Hassan Ali didedahkan jangan ada sedikitpun kesilapan maka seluruh dunia akan tahu. Tok Guru juga menerima nasib hampir sama, kebaikan membawa Islam 20 tahun di bumi Kelantan hampir lenyap kerana dengki dan dendam kesumat seorang blogger.

Manusia bila dah berdengki dan berdendam semuanya boleh jadi, agama sendiri boleh dipijak-pijak.

p/s - Gambar di atas itu adalah gambar Tulang Besi dengan projek kambing di luar negara setelah frust dengan Dato' Hassan Ali.


Note: Ok juga tulis seperti ini, daripada menggunakan bahasa kasar. Saya juga bersedia untuk melulus terbitkannya. - SP"

20 comments:

Anonymous said...

saya nampak tko ni ada pening pening sikit. (kerana saya tak mahu menafikan peranannya dalam cyber). kalau kata diri tu berakhlak cukup tarbiyah, perangai kena konsisten dengan apa yang ditarbiyah. jangan jadi macam orang gila pangkat dan nama.

Anonymous said...

kalau fitnah pergi lah saman

Grand Marquis said...

Kesian saya tengok bloggers pas ni. Seburuk-buruk UMNO saya tak kelihatan pun mereka ni bercakaran dan fitnah memfitnah sebegini (saya tak nak kata siapa yang benar).

Orang putih kata garbage in, garbage out. Macam tu lah kehendaknya. Kalau selama ini perjuangan dibaluti fitnah, tidak hairan bila musuh dah lemah, mereka akan memanjatkan fitnah sesama ahli jemaah. Percakaran dan fitnah memfitnah ini hanya memberikan pengesahan bahawa selama ini para penyokong pas membina modal politik melalui fitnah memfitnah.

Anonymous said...

-wa pun dah lame xlepak kt tranungkite, 'perpaduang' kt sane ketara sgt..

-zargus-

Anonymous said...

Salam Sdr Tulang Besi,

Ikhlas dan amanah....

inilah senjata peribadi saya dalam apa benda pun yang saya buat. Namun orang2 yang ada mulut, mata, otak, perangai, hati....masing2 akan kata apapun....bergantung kepada NIAT/NAWAITU masing2....jadi kalu kita dah pegang kepada sifat Ikhlas dan amanah, mudah ajer kita tengok komen2 depa yang penuh hempedu, nanah dan niat jahat!

Ini amalan saya dan Insya Allah, kita tak perlu gusar. Saya harap sdr bergerak dengan Istiqamah....

Ramai orang belaan umno memang dah ada dalam Pas sejak Pas tertubuh pada 1951. Ini rahsia umno yang semua orang dah tahu....namun hari ini, parti 'hebat dan keramat' ni pun sedang tenat!....

Kita yang kasihkan IMAN kita yang Allah kurniai bergerak atas kehendak Allah...bukan atas kehendak mana2 makhluk....so Sdr tak perlu risaulah....Islam bukan terletak kepada kopiah putih!...

Saya pernah hadiri seminar kat UIA PJ beberapa tahun lalu....ada jumpa beberapa melayu....pakai kopiah putih....nampak kopiah tu tak cantik letaknya atas kepala depa....namun cakap2 mereka penuh semangat Islam....namun, apabila kertas kerja dibentang, depa2 ni, yang diketuai oleh seorang Datuk, hentam pembentang dan content kertas kerja itu seperti seorang kafir....abis semua kertas kerja dihentam....

bagi saya ni orang umno yang dengki dengan usaha nak hidupkan Islam....mereka ada dimana2 dan ramai.....mereka diupah buat kerja2 ini.....

The MIND!!!

AGN said...

kalau nama terenganu saja saya dah malas nak layan.

selagi presiden pas(trg) masih dengan perangainya me"trengganu" kan pas pusat saya tidak akan aktif cuma akan jadi ahlui pasif saja.saya dah serik di perbodohklan oleh puak2 ni.

antara yg saya bole ingat apa yg presiden buat utk me "terenganu" kan pusat.

1) s/u politik pres-org trg
2) pengarah penyelikan.buang dr zul tukar pada uataz wan-org trg.
3) pengarah gerak saraf--ini yg lawak ustaz bakar chik --org trg.
4) su agung pusat--cikgu pa--org trg..


dan lain lain tak boleh nakm ingat skr.

dulu pas trg fail pada 99/04 dan tak dapat menang pas 08..skr nak failkan pakatan dan pr 13.


ingat semua ahli pas gantung poster dan ikut arahan saja ke?

Anonymous said...

Kasihan PAS sama PAS sekarang asyik bergaduh. Jika berterusan hancurlah PAS macam UMNO.

Janganlah buang masa bersengeketa sesama Muslim ,Maafkanlah sesama Muslim. tengok ke hadapan apa akan terjadi kepada orang Islam di malaysia akan datang. Saya orang UMNO pun sedih lihat duk tikam menikam sesama PAS seprti berlaku kat UMNO. Minta Tok Guru Nik Aziz berjuang kerana Allah Ta'ala.
Musuh PAS dan UMNO yang sebenarnya ialah DAP.

Kembali kuatkan hubungan silatulrahim sesama Islam tak kira apa perjuangan politik masing2. jauhkan dari sifat "aku lebih baik dari kau". Allah Yang Lebih Mengetahui.

Anonymous said...

Tenguk!Tenguk!Tula Nik Aziz jangan doa tak ketahuan hala!Sapa yang ditimpa bala lani!Pas sama Pas berbalah,berpecah!!!!!!Benda remeh pulaktu!!!!Macam budak tadika!!TB dan songkok putih,hangpa 2 x 5 aja!!


-orgkampungje!

Anonymous said...

Artikel tu ditulis oleh BAtu Api, bukan Songkok Putih... Songkok putih hanya luluskan sahaja... Kalau TB antar artikel ke TKO pun, Songkok putih akan luluskan jugak...

fugaz said...

lawan bro..jgn kasi chance songkok putihke batu api ke..nie sumea puak UG..jenis org PAS macam nie kalu takde umno tak hidup diorgnie..patutlaa kalu click kat link malaysiawaves or adukataruna..tak dapat sebab sengaja di wrong spellingkan..

kat nganu PAS tak kuat macamana nak perintah ..sebab tula diorg menharapkan umno kat sana berpecah belah supaya boleh ambik kesempatan..itujelaa yg boleh pas nganu buat..

Anonymous said...

Tulang besi, si Batu api mengaku yang beliau pernah kena warning oleh SP dan hampir di ban di TKO

"Kena maki ok lagi
Aku dah di warning oleh SP nak kena ban!!"

Tulang Besi said...

December 9, 2009 8:43 AM
Delete
Blogger Tulang Besi said...

Anonymous said...

WAHAI PEMBACA SEKELIAN:

INI SATU LAGI PEMBOHONGAN TULANG BESI YANG TELAH DIDEDAHKAN.

so sape....yang cuba sembunyi fakta hai TULANG BESI...jawablah:

Biodata si Tulang Besi yg aku pungut drpd laman TKO, sila rujuk disini

4. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya
6.Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.
7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor.
8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.
9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.
10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu.
.

Dengan Nama Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi semua yang ditulis di atas adala fitnah semata-mata.

Dan orang yang menyebar fitnah ini saya doakan kepada Allah SWT semoga dia di laknat Allah SWT sebagaimana Allah SWT melaknat kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut.

December 9, 2009 10:25 AM

Abd Razak said...

Anonymous said...

WAHAI PEMBACA SEKELIAN:

INI SATU LAGI PEMBOHONGAN TULANG BESI YANG TELAH DIDEDAHKAN.

so sape....yang cuba sembunyi fakta hai TULANG BESI...jawablah:

Biodata si Tulang Besi yg aku pungut drpd laman TKO, sila rujuk disini

4. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya
6.Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.
7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor.
8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.
9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.
10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu..

Sudah le berenti memfitnah tu...aku kenal le TB ni...apa kejadahnya ko ckp yg TB nk dpt syer utk company dia tp mmg TB xde company pn...kalau ko berani dedahkan nama ko dan bersemuka secara anak jantan dgn aku...aku yakin 100% petik jari je aku boleh tangkis segala fitnah ko terhadap TB...aku tau ko dh meroyan skrg ni sbb segala perancangan korang nk hancurkan PAS xberjaya...kerajaan perpaduang le...kerjasama ngan umno le...apa2 pn aku tunggu ko sambut cabaran aku...tu pn kalau ko berani le...

Anonymous said...

amin ya rabbal alamin! Semoga Allah melaknatkan pemfitnah. Amin!

Abd Razak said...

Anonymous said...

amin ya rabbal alamin! Semoga Allah melaknatkan pemfitnah. Amin!

Betul...saya pn doakan begitu jugak...sekurang2nya saya berani dedah nama...

Anonymous said...

-fugaz,yg wa peliknye, umno trganu dah brpecah lapan pun, pas trganu ttap xleh naik gak..tue psal sume pimpinan pas trganu brpndah ke pusat..kt trganu xde keje agaknye..nie bru la 'tranungkite'..

-dan2 je, TB dedahkan isu2 trbaru kat selangor, dan kbutlan yg pnas pungkuk geng2 UG kt slngor,trus kader geng UG (SP)wat pembnuhan karakter TB , supaya org rmai x prcaya kt pndedahan TB..takyah SP,mung ingat rakyat skang nie mentaliti mcm puak2 perpaduang ke?khususnye dr trgnu..sume pndedahan akn wala' bulat2?..elok mung fokus kt web mung yg smakin jtuh rating tue,xtau la sebab xde smbutan or slalu sgt kna serang virus..

-zargus-

penyu teranung said...

zargus kata, "-fugaz,yg wa peliknye, umno trganu dah brpecah lapan pun, pas trganu ttap xleh naik gak..tue psal sume pimpinan pas trganu brpndah ke pusat..kt trganu xde keje agaknye..nie bru la 'tranungkite'.."

umno teranung pecoh lapang?...bila tu?...sebelum PRU12 ker selepas?...

nok wat statement pung biar laa napok cerdik sikit boh....

tu yg PRK K.Trg awal thn ari tu amender?...PAS menang ker PAS kaloh...PAS amik kerusi UMNO ker PAS pertahan kerusi?...lepah UMNO pecoh lapan ker dok agi?

patutnya kita semua berdoa biar PAS menang pulok di Teranung PRU13 akan dtg...bukan jadi tukang mapuh!

Dr Ahmad Rashad said...

Songkok Putih merupakan penganut mazhab perang saraf jenis hitam, "character assissanation" yang sangat kotor, untuk menukar arus perbincangan. Teknik ini sememangnya sangat digemari oleh geng-geng Terengganu terutama apabila mereka tidak boleh menjawab pelbagai persoalan yang diajukan kepada mereka.

Sedangkan isu pokok yang diutarakan oleh Tulang Besi tidak mampu dijawab oleh mereka. Lantas mereka menyerang peribadi Tulang Besi pula. Dengan harapan, mereka dapat membunuh karakter Tulang Besi dan seterusnya mereka terselamat daripada kejahatan yang telah mereka lakukan.

Teknik ini adalah teknik yang digunakan oleh Puak Yahudi untuk menghalalkan serangan kepada Iraq dengan menayangkan berulang-ulang kali "kezaliman" Saddam Hussein yang tidak seberapa kepada rakyatnya.

Persoalan yang harus dijawab oleh Songkok Putih adalah:

1. Adakah apabila seseorang menghantar resume untuk memohon pekerjaan, ADALAH SESUATU PERKARA YANG SALAH DAN HARAM DI SISI AGAMA.

2. Adakah apabila seseorang yang tidak diterima bekerja di sesuatu tempat, wajib berdiam diri dan tidak bersuara apabila melihat kemungkaran dan penyelewengan di tempat yang dia tidak bekerja tersebut?

3. Adakah apabila seseorang tidak diterima bekerja di satu-satu tempat, dan apabila dia mengkritik tempat tersebut, maka secara otomatik adalah DISEBABKAN DENGKI DAN SAKIT HATI DAN MEMBALAS DENDAM

Jika Jawapan di atas semua adalah YA, maka berapa ramai ahli PAS yang menghantar resume untuk bekerja kerajaan Persekutuan, maka mereka termasuk di dalam golongan yang melakukan perkara yang haram. Seterusnya jika mereka tidak dapat bekerja di agensi kerajaan dan mengkritik kemaksiatan yang dilakukan oleh kerajaan, maka itu adalah disebabkan oleh SIFAT DENGAN DAN IRI HATI AHLI-AHLI PAS KEPADA KERAJAAN bukannya kerana keikhlasan mereka untk menegakkan yang hak. Adakah begitu??

Mohon jawapan daripada Songkok Putih

dariana said...

masing2 dok bukak selak kain ni kenape? orang lain ketaw melihat kita hampir bogel.
orang lain ketawa jugak dapa bola tanggung.
AS hingga kini berjaya menjajah Iraq kerana rakyat syia'h dan sunni takpernah sendik. فان تنازعتم فى شىء فردوه الى الله ورسوله **
اللهم ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك – امين *
berjuang untuk Islam kenapa sibuk dengan pangkat dan harta..tak malu kepada penyokong2 di kampung2, di masjid2,di merata negara. Pas for All kan? bukan untuk UBN dan RM..salam. moga semua ingat Allah dalam semua tindakan.

Anonymous said...

saya cadangkan supaya tulanng besi ni kahwin cepat2 supaya dia banyak masa dgn isteri dia daripada dok dalam cyber, supaya hati dia aman, supaya kepala dia tidak serabut, dan supaya dia waras.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.