Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 11, 2009

Pilihanraya Umum ke 13 pada 2011, SEBELUM PEMILIHAN PAS

Maklumat yang saya dapat adalah Najib Tun Razak mahukan mandat yang segera sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mandat yang ada sekarang ini adalah mandat yang didapati oleh Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi dan bukan mandat beliau.
Maka, penasihat-penasihat di sekeliling beliau menyatakan bahawa mereka mahu mandat segera dan untuk itu perlu diadakan pilihanraya segera bagi menjamin kekukuhan pemerintahan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mereka bercadang untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum pemilihan PAS Pusat yang dijangka pada bulan Jun 2011. Biasanya Pemilihan PAS diadakan sewaktu cuti persekolahan. Maka, pilihanraya umum akan diadakan pada waktu yang sama menyebabkan PAS terpaksa menangguhkan pemilihan ini kepada selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Najib Mahu Menghadapi Pakatan Rakyat Dalam Keadaan PAS Dipimpin Kumpulan Pro UMNO

Itu adalah impian Najib Tun Razak. Itu adalah perancangan beliau sejak mula. Bayangkan apa yang pimpinan Pro UMNO yang sedang memimpin PAS sekarang boleh lakukan untuk membantu UMNO.

Sudah tentu mereka akan memilih senarai calon yang pro kepada aliran “Perpaduang”. Orang macam Khalid Samad dan Dr Dzul akan mendapati bahawa nama mereka telah digugurkan. Ini akan menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan jentera parti itu sendiri yang akan melemahkan jentera PAS itu sendiri.
Bayangkan kalau Roslan SMS yang dicalonkan bertanding di Parlimen Shah Alam menggantikan Khalid Samad? Hancurlah seluruh jentera PAS kelak.

Di peringkat Pakatan Rakyat juga laaaaaggiiii teruk. Pimpinan2 Pro UMNO dalam PAS ini sudah pun melakukan banyak perkara sabotaj kepada Pakatan Rakyat setakat ini. Bayangkan bila hampir dengan pilihanraya nanti.

Mereka cuma perlu untuk tidak berpartisipasi dalam mesyuarat2 sahaja untuk cukup menghapuskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Itu tidak termasuk kenyataan-kenyataan yang bakal dibuat kepimpinan PAS yang tidak sesuai dan tidak cocok untuk menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak.

Dan dalam kes Hasan Ali kita lihat sendiri betapa Presiden PAS dengan mudah menolak kehendak serta kemahuan AJK PAS Pusat. Tiada apa-apa emosi pun yang beliau tunjuk sewaktu menolak kehendak AJK PAS Pusat. Ini bererti majoriti AJK yang pro PR itu TIADA MAKNA. Keputusan mereka akan ditolak mentah-mentah. PAS Pusat telah jadi macam PAS Terengganu.

Najib mahu PAS menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum kelak. BN akan mendapat kemenangan percuma sekaligus memenangi semula kerusi-kerusi yang mereka kalah serta menawan semula negeri-negeri yang mereka tewas.
Selepas UMNO kukuh semula, mereka akan tendang geng2 perpaduang dalam PAS ni macam tendang kucing. Segala yang mereka janjikan selama ini, mereka akan buang dalam tong sampah.

Ingat, Najib cuma perlu 55% dari undi popular untuk menawan kesemua kerusi dan negeri yang mereka kalah tempohari.

Umno Takut Dengan Cadangan EGM PAS

Saudara lihat sendiri bagaimana media Pro UMNO melaporkan cadangan Tok Guru untuk EGM dahulu. Nampak KETAKUTAN MEREKA YANG AMAT SANGAT akan idea EGM ini akan berjaya.

Selepas itu, demi memastikan idea EGM ini akan mati, mereka telah menyerang dan memfitnah Tok Guru dalam isu hadiah haji dan juga isu PMBK.

Tujuan mereka adalah melindungi pemimpin2 pro-umno dalam PAS yang sekarang ini sedang menjahanamkan PAS.

Pemimpin2 Pro UMNO ini sedang menyebabkan pengundi bukan Islam lari bertempirian dari PAS dan orang2 Melayu yang mempunyai akhlak dan integriti juga menjauhi PAS. Presiden PAS sendiri semakin hari semakin tidak popular dan apa yang Presiden buat?Beliau lebih suka menuduh orang lain memfitnah beliau dari membetulkan persepsi rakyat terhadap beliau. Jelas beliau masih belum bertaubat lagi.

Malahan saya mendapat maklumat dari blog Bagan Utama, sewaktu pelancaran buku berkenaan dengan Presiden PAS yang ditulis oleh UStaz Ridhuan Mohd Nor di salah sebuah expo buku, hanya 1 naskah berjaya dijual dalam 3 hari expo itu berjalan. Samalah macam Harussani Zakaria sewaktu beliau menhadiri satu expo dulu, orang ramai hanya berlari menjauhi beliau walaupun dia ni Mufti (walaupun dia tak tau cakap Arab tapi boleh jadi Mufti, heran heran).


Ekonomi dan Isu Perak serta GST Memerlukan Pilihanraya Umum yang Segera

Kiranya pada 2010 dan 2011 ekonomi tidak pulih, maka 2012 akan melihatkan ekonomi negara yang amat buruk. Tiada kerajaan dalam dunia mahu mengadakan pilihanraya dalam keadaan ekonomi yang merudum dan amat teruk.

Perak juga memaksa Najib mempercepatkan jadual pilihanraya Umum kelak. Isu Perak akan menjadi barah pada BN. UMNO amat memerlukan mandatebaru untuk kerajaan haram mereka di Perak. Kalau mereka tunggu, imej BN dan UMNO akan lebih hancur lagi.
Juga, GST yang dirancang oleh BN hanya akan berkuat-kuasa pada 2012. Kalau BN mengadakan pilihanraya di tahun yang sama GST dilaksanakan, ia seperti membunuh diri semata-mata.

PAS PERLU EGM UNTUK MENYELAMATKAN PAS DAN PARTI SERTA MENJAMIN KEUTUHAN PR

Saya tak dapat nak kata. Bagi saya keperluan EGM ini adalah seperti darurat bagi PAS. Saya yakin cadangan EGM yang diberikan oleh Tok Guru tempohari adalah ilham dari Allah SWT untuk membantu PAS dari mengulangi 2004.
Ia ilham yang Allah SWT turunkan kepada Tok Guru sewaktu Tok Guru bertahjjud dan bersolat malam. Ia adalah pentunjuk bahawa Allah SWT akan menjaga PAS ini dan jangan takut untuk meneruskan agenda EGM ini. Inshaalah pertolongan Allah SWT bersama kita.

Tulang Besi

14 comments:

Anonymous said...

Saya setuju penuh dengan T.B. pro umno di pas harus dihapuskan...

Anonymous said...

Revolt!Revolt!Revolt!!Give an ultimatum to Tok Guru Hadi Awang!!The strength of any political organisations depends on people and supporters,and the clear indication frm various polls is people want to sepak keluar all those haramjadah pro ketuanan melayu islam..can rebel against royal stouts,but got no guts to rebel against para ULARMAKS ke?

Anonymous said...

long live tok guru nik aziz!

Anonymous said...

All sorts of crak potism has rasuked Malaysians..and this includes religion ,including islam!...how many type of islam is in Malaysia?there is one versi hadhari,another one versi BTN..macm macam!!People think an ochre robed wearing monk,a kopiah wearing mufti,and a sacred thread wearing pot bellied gajanam mamanam puruhit r gods specel messengers on earth,and the rest r hamba abdi..poraah..ptuih!!Each of us r soul beings which r seated deep in us..each of us r humble servents and secret carriers of the divine..we dont know much but that doenst mean we must kow tow to every ulamak,puruhit,priest,monk and bla bla intellects?we have every right to question them,and we have every to even abondon them!!

MALAYSIABARU said...

salam...

nampak gaya ramai pemimpin PAS terpengaruh dgn dakyah UMNO.

terbaru MAHMPUS OMAR pulak nak kiritk tok guru Nik Aziz atas arahan Tok Ayoh Hadi PIN.

Satu satu org PAS lena ikut geng perpaduang untuk survive dalam parti sebab ketua mereka HUSAM dah tewas. nak bersara dari politik pun.

KUATNYA kuasa duit UMNO ni. mahpus setiap hari dok lepak cofee house parlimen dgn geng geng UMNO...apa bincang aku tak tau...dulu sedara aku MP pas dpt macam macam lesen dari menteri UMNO ..skrg tok guru dah pecat dia tak jadi mp lagi.. tapi tak kisah lesen dah dapat, 10 keturunan pun tak habih.

KUASA DUIT UMNO memang aku kagum!

tapi pemimpin buat bodo jer...tak gentlemen macam haji nakhaie, terus ishtihar keluar PAS. tapi geng perpaduang ni, tidak keluar PAS...sebaliknya terus kekal dan mahu hancurkan PAS dari dalam...

LAGIPUN MANA BOLEH KUAR PAS..TERCERAI BINI ..

jadi pemimpin PAS ni berkerjasama dgn UMNO secara senyap... sampai PAS dah mampus baru lah secara rasmi JOIN UMNO.

NI LAH ULAR MAK ULARMAK PALSU YANG WUJUD DALAM PAS....

KNP AHLI PAS BODOH SANGAT? TAK RETI NAK MENILAI PEMIMPIM MANA YANG SANGUP BERJUANG SAMPAI MATI UNTUK PAS DAN BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI? ...bodoh sunguh..

Anonymous said...

Elok lah Pok Jib buat pilihanraya cepat2, boleh rakyat cepat2 buat pilihan untuk menendang puak UG terutamanya Hasan Ali dan Nasarudin, termasuklah puak2 Ganu & presidennya sekali...
Nanti bila rakyat dah terajang, baru lah depa tu tau yang rakyat tak suka pemimpin yang lembab dan bangang.

Sekarang ni, tak reti berpolitik .. hanya suruh orang wala', wala' saja.

Anonymous said...

-ape nk kusut2,kan pres pas prnah ckp 'biar pas klah tp ISLAM x klah'..so wala' je la..dan itulah pegangan geng2 perpaduang skang nie..

-jika najib wat pru 13 sblm pmilihan pas, mayb pkatan rkyat x dpt nk mengulangi kjayaan 'tsunami' 2008,tp blum tntu umno bole mnang bsar msm plihanraya 2004 sbb kbyakan pengundi2 urban dah msak sgt dgn prangai umno, cume yg pasti time tue pas akan klah bsar cume dpt brthan dgn parlimen di klantan je la..itu pun jika geng2 perpaduang tak ltak calon diorang kat klantan..tp wa rase konfem nasha, mustapa ali, even asan ali pun akan brtanding di klantan,yela kwsan 'selamat' la katekan..

-GST nk dikuatkuasakan thun 2012,pmilihan pas thun 2011..ermm,wa rase PKR n DAP dah bole dah stnby utk PRU, nk harapkan PAS?..wa rase umno yg tlg wat kerja utk plihanraya skang nie..

-geng2 fighter dlm pas mcm khalid samad n husam musa, korang kena rekalah moto baru, 'PAS FOR ALL'dah x relevan dah..lu bole gune tagline baru utk pas..'BIAR PAS KALAH ASAL ISLAM X KALAH'..wat stiker byk2 wa pun bole tlg tmpalkan kat keta or dahi geng2 perpaduang..

-zargus-

Anonymous said...

TB,
Apa yang anda tulis dalam post ini memang benar.Tak ramai ahli-ahli PAS yang"celek politik".Ahli-0ahli PAS tiudak langsung pro-aktif untuk membersihkan organisasi PAS.Tidak seperti parti-parti politik lain seperti PPP dan MCA serta MIC.Diketiga-tiga parti ini,ahli-ahlinya termasuk AJK Pusatnya bersunguh-sunguh hendak ":membersihkan" parti mereka.Ini tidak berlaku dalam PAS kerana hakikatnya PAS adalah organisasi tabligh bukan sebuah parti politik yang hakiki.Kemenangan PAS dan seterusnya berjaya "memerintah"beberapa buah negeri bukan kerana "kekuatan" PAS(terkecuali Kelantan) tetapi kemenangan akibat "keadaan" dan "suasana".Dulu menang besar sebab faktor Anuar dan baru-baru ni menang sebab ":Makkal Sakti" yang menyebabkan Tsunami Politik.Kalau bukanlah sebab adanya "keadaan"dan "suasana" PAS memang tak kemana.
Sekiranya pada PRU ke13 yang akan datang,tidak ada apa-apa"keadaan" sama-sama kita lihat akan keruntuhan dan kejatuhan PAS.Akibat dari sikap"Wait and see"(Tunggu dan lihat) ini Fraksi UMNO dalam PAS menggunakan kesempatan ini,tidak mengindahkan "rungutan" dari kalangan ahli-ahli PAS.Selagi tidak ada sebarang "tindakan" atau pun "ancaman" dari bawah,selagi itulah pucuk pimpinan Fraksi UMNO ini berasa "senang dan selesa".Dan mereka tahu bahawa tidak akan berlaku apa-apa sebab semua ahli PAS adalah jenis "wala".Inilah "penyakit" yang ada dalam PAS.Malah yang paling menyedihkan ramai pula yang tidak percaya akan ujudnya Fraksi UMNO ini dalam PAS.Ini yang parahnya.Komen-komen sebagai mana yang anda sebutkan dalam post ini sekadar menjadi titik-titik hujan dipadang pasir yang gersang.

Anonymous said...

ini lah saraf tahap koman aku biasa tengok.

tujuannya nak jatuh kan presiden.

korang ni jumlah sikit je.

takkan yang sikit nak suruh yang ramai berundur. tak lojik langsung.

kat blog sini, mungkin korang majoriti. tapi tulang besi tu siapa? mana pengikut dia? berapa ramai.

Sudah la TB.

Anonymous said...

Kebenaran tidak memerlukan jumlah penyokong yang ramai kerana doa dari golongan yang tertindas ,nescaya Allah akan makbulkan.amin

Anonymous said...

Hahaha lawaklak hujah hang. Aku tak nampok pun yang hang termasuk dalam golongn yang tertindas

Anonymous said...

Kau memang beri pendapat yang tepat lagi jitu. Kami penyokong PR bukan dari Pas,memang tak suka pada Presiden Pas. Tengok apa dah jadi pada Terengganu? Presiden Pas sekarang elok jadi pendakwah saja sebab otak dia tak balance dunia dan akhirat. Buat kerja bodoh je, seperti berbaik dengan mafia seperti Najib Monggol tu. Eloklah dia ditendang keluar Geng Perpaduan supaya hasrat rakyat negara ini melihat penjenayah2 politik yang telah merampok harta negara di hantar ke penjara Sungai Buloh dapat menjadi kenyataan.

Anonymous said...

Kau memang beri pendapat yang tepat lagi jitu. Kami penyokong PR bukan dari Pas,memang tak suka pada Presiden Pas. Tengok apa dah jadi pada Terengganu? Presiden Pas sekarang elok jadi pendakwah saja sebab otak dia tak balance dunia dan akhirat. Buat kerja bodoh je, seperti berbaik dengan mafia seperti Najib Monggol tu. Eloklah dia ditendang keluar Geng Perpaduan supaya hasrat rakyat negara ini melihat penjenayah2 politik yang telah merampok harta negara di hantar ke penjara Sungai Buloh dapat menjadi kenyataan.

Anonymous said...

1 jari tembak org 4 jari kt diri sendiri...blh jadi depanie duri dlm daging....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.