Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 16, 2009

Saidina Umar Jadi Papa Lepas Jadi Khalifah Islam

Mengikut semua riwayat yang kita terima, Saidina Umar bukanlah seorang yang misikn atau papa sebelum beliau menjadi Khalifah Islam. Malahan ada riwayat yang sahih yang mana Saidina Umar telah sanggup meng”infaq” kan setengah dari harta beliau untuk Allah dan Rasul SAW.

Dengan kata lain, kedudukan ekonomi Saidina Umar sebelum menjadi Khalifah adalah sangat stabil. Beliau dikenali menjalankan profesi sebagai pedagang. Walaupun karier beliau sebagai pedagang tidaklah sehebat Abdul Rahman bin Auf, namun tidaklah Saidina Umar itu hidup melarat dan papa.

Namun, kesemua kesah-kesah kesempitan hidup yang kita dengar berkaitan dengan Saidina Umar kita hanya dengar selepas beliau menjadi Khalifah Islam. Ini kerana setelah menjadi Khalifah, beliau terpaksa berhenti profesi beliau yang asal sebagai pedagang (trader) dan menumpukan waktu dan tenaga beliau untuk menjaga “Darul Islam”.
Tapi sebelum kita mulakan kesah2 kesempitan hidup Saidina Umar, haruslah kita ingat bahawa di bawah pimpinan Khalifah yang papa ini, Islam telah berjaya mengalahkan 4/5 dari Empayar Rom Timur dan keseluruhan dari Empayar Parsi.

Dan yang menghairankan sekali, sewaktu berita kemenangan Islam ini sampai ke Kota Madinah, Saidina Umar tidak mengarahkan apa-apa sambutan ataupun keramaian bagi meraikan kemenangan Islam ini. Tidak seperti adat empayar2 Rom dan Parsi di mana kemenangan yang gemilang seperti ini akan diadakan sambutan dan keramaian yang berlangsung selama seminggu lebih. Tentera-tentera yang terlibat dalam perang akan berkawad di tengah-tengah kota dipimpin oleh jeneral yang bertanggungjawab ke atas kemenangan tersebut.

Hamba dan tawanan perang akan dipamirkan kepada khalayak ramai, dan pemimpin bala tentera musuh akan dibunuh di hadapan khalayak ramai bagi menandakan kesahan kemenangan.

Saidina Umar tidak MENGARAHKAN apa-apa sambutan. Mengapa? Kerana dalam hanya beberapa tahun pemerintahan Saidina Umar, Empayar Islam telah bertukar dari sebuah empayar yang paling papa kepada empayar yang terkuat dan terkaya di dunia. Dalam masa beberapa tahun, Empayar Islam telah menjadi KUASA BESAR DUNIA.

Saidina Umar merintih dan mengadu kepada Allah kerana beliau dalam keadaan bimbang dan gundah gulana. Bagi Saidina Umar, ujian kemiskinan itu lebih mudah dihadapi berbanding dengan ujian kekayaan dan kesenangan. Jumlah harta rampasan perang yang di dapati oleh tentera Islam mencukupi untuk mengkayakan setiap orang di Mekah dan Madinah bagi 7 keturunan. Itu hanya harta dari PArsi, belum Rom.

Hasil dari kebimbangan Saidina Umar itu, kita lihat Saidina Uthman menghargainya, dan dalam pemerintahan 10 tahun Saidina Uthman Islam telah berjaya sampai ke sempadan Libya/Maghribi (seterusnya nanti Islam akan sampai ke Sepanyol).
Dibawah pimpinan Saidina Uthman dan Saidina Muawiyyah ibnu Suffian, Arab2 yang hidup naik unta di Padang Pasir telah berjaya dilatih menjadi lasykar-lasykar di laut. Saidina Muawaiyyah berjaya menubuhkan Armada Laut Islam yang pertama dan berjaya mengalahkan Armada Rom Timur yang datang dari Konstantinople. Kemenangan itu amat penting bagi menjaga kota Iskandariah dari ditawan semula oleh Rom Timur sepanjang pemerintahan Saidina Uthman.

Ertinya, kekayaan yang didapati dari kemenangan itu berjaya digunakan bagi mengembangkan lagi Islam dan menguatkan lagi dakwah Islamiyyah. Sepanjang pemerintahan Saidina Uthman, Islam berkembang dengan megah. JUTAAAN MANUSIA masuk Islam.

Semua hasil dari polisi dan contoh pemerintahan yang papa bernama Saidina Umar Ibnul Khattab.

(Saidina Uthman juga meneruskan gaya hidup Saidina Umar dan beliau syahid di dalam rumah beliau yang kecil sewaktu sedang membaca Al Quran. Beliau dibunuh pun kerana beliau tidak mahu membazir wang rakyat untuk membayar gaji2 pengawal beliau dari gerombolan rakyat Madinah yang menentang usaha beliau dalam mengeluarkan Mushaf Uthmani).

Kesah Kepapaan Saidina Umar Selepas Menjadi Khalifah

Kisah2 ni semua telah maklum. Saya cuma beri sebagai point form sahaja untuk kita “refresh” ingatan kita:

a. Anak Saidina Umar pernah mengadu bajunya koyak di 13 tempat dan ada tampalan bajunya menggunakan kulit kayu kerana Saidina Umar.

b. Saidina Umar mahu meminjam 4 Dinar dari Baitulmal, tapi bila diberi borang untuk diisi, beliau tak dapat menulis nama beliau kerana takut kalau tak dapat bayar, beliau terpaksa mintak halal dari KESELURUHAN UMAT MUSLIMIN. Banyak sangat tu nak mintak halal.

c. Saidina Umar pernah pergi pinjam wang dari Abdurahman bin Auf. Abdurrahman terkejut dan bertanya kenapa pinjam dari dia, sedangkan Baitulmal boleh meminjamkan kepada Saidina Umar ribuan dinar. Saidina Umar menjawab, kalau dgn Abdurahman, kalau dia mati, beliau hanya bertanggungjawab dgn Abddurahman. Nanti waris2 saidina Umar boleh selesaikan. Tapi, kalau dengan Baitulmal, Saidina Umar terpaksa mintak halal kepada seluruh kaum Muslimin.

d. Gaji Saidina Umar ni sama dengan gaji Saidina Abu Bakar. Gaji tersebut cukup untuk keperluan hidup Saidina Abu Bakar. Tapi, di zaman Saidina Umar berlaku kemarau panjang yang amat dahsyat. Sehingga ada riwayat Muttawatir, Saidina Umar meminta Saidina Abas berdoa dalam satu majlis Solat Minta Hujan.

e. Kemarau panjang ini menyebabkan harga barang semua naik dan secara otomatik menjadikan gaji Saidina Umar tidak mencukupi.

f. Namun, apabila ada usaha beberapa Sahabat yang menyampaikan hasrat mereka melalui anak Saidina Umar, Hafsah, untuk menaikkan gaji Khalifah, Saidina Umar RA menjadi marah dan menolak cadangan tersebut.

g. Isteri Saidina Umar pernah mengirim bau-bauan kepada permaisuri2 kerajaan lain pada waktu itu. Dan, biasanya balasan yang diberikan adalah bekas minyak wangi tersebut akan diisi dengan emas dan permata. Saidina Umar memerintahkan supaya emas dan permata tersebut diserahkan kepada Baitulmal kerana minyak wangi yang digunakan sebagai hadiah itu pun dibeli dengan wang Baaitulmal.

h. Saidina Umar pernah mengarahkan penjual susu di Madinah supaya jangan mencampur susu mereka dengan air. Pada suatu malam, sewaktu Saidina Umar menyamar dan meronda di kota Madinah, beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak gadisnya untuk mencampur air ke dalam jualan susu mereka. Anak gadis itu tidak mau kerana ditegah Saidina Umar. Ibu itu berkata kenapa nak takut sebab Saidina Umar tidak tahu. Anak gadis itu berkata walaupun Saidina Umar tidak tahu tapi Allah tahu.

i. Saidina Umar besoknya mengarahkan orang mencari anak gadis itu, seterusnya mengarahkan anak beliau menikahi anak gadis itu. Keturunan dari anak gadis yang jujur itu kemudiannya melahirkan Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima.

PENGAJARAN

Kehidupan sederhana bagi kepimpinan mengandungi KEKUATAN YANG AMAT BESAR. Kita lihat sendiri Tok Guru Nik Aziz kekal memerintah Kelantan selama 20 tahun. Tindakan lebih kuat pengaruhnya berbanding perkataan. Semua orang boleh berkata tapi tidak semua orang boleh melakukannya.

Dari kenyataan beberapa anak kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, mereka kata arwah ayah mereka tidak meninggalkan kepada mereka apa-apa harta kekayaan. Namun kita lihat sendiri kesemua anak2 Ustaz Fadzil masuk dan lulus universiti. Dan bukan setakat lulus, tapi lulus cemerlang. Berapa ramai anak-anak orang kaya yang kita lihat tidak menjadi manusia. Namun, Ustaz Fadzil menjadi contoh terbaik dalam hal ini.

Benarlah kerisauan Saidina Umar. Kemenangan itu lebih banyak fitnah dari kekalahan.

Soalnya sekarang mampukah PAS mengekalkan contoh tauladan kepimpinan Islam seperti SAidina Umar sendiri demi mencapai kegemilangan Islam yang pernah dicapai oleh para sahabat2 RA.

Tulang Besi

20 comments:

Sebal said...

Salam TB, Gue lihat lu udah kepanasan..udah enga ada issue lain..lu..timbulkan issue kereta pulak..NA kan buat business macam-macam..jadi wajarlah dia pakai keter tu...yang penting sekarang..lu kena tanya sama diri lu..klo org pas atau PR tak ambil and buat business..depa mau buat apa??? jadi wajarlah pada gue klo ahli and penyokong PR buat business and dapat project sana-sini..and pakai keter besar..rumah besar..sebab depa bukan TOK GURU. depa org biasa yang ada cita rasa sendiri..klo gue ada duit..gue udah beli alphard tau..and beli rumah Damansara Height tau..lu mau org semua ikut cara lu..and jadi miskin selepas masuk politik...lu apply lah dekat diri lu dulu..jangan paksa ke anak menantu TG and ustaz yang masuk politik..yang penting duit yang dpt halal and bayar zakat..lu ni udah terlalu PHD...bro...jangan bandingkan anak-anak pimpinan dgn sesama pimpinan..tiap org ada cita and hasratnye sendiri

stormriders said...

dasat indon pon masuk blog nii
ni indon sah ke pati nii
kan bole percaya skgg ni

Anonymous said...

Semalam aku hadiri ceramah umum PAS/PKR di Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Masyaallah, tak ada sambutan. Kata start pukul 9 malam, tapi 9.30 mlm hanya ada segelintir yang datang. Bila penceramah teriak takbir, hanya satu dua saja yang jawab.

Rakyat selangor dah jemu dengan permainan politik PAS dan sesuatu kena dilakukan. Saya nasihat saudara tulang besi, hentikan lah kerja fitnah memfitnah, mengexploitasi dan mengutuk pimpinan PAS Selangor...

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Semalam aku hadiri ceramah umum PAS/PKR di Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Masyaallah, tak ada sambutan. Kata start pukul 9 malam, tapi 9.30 mlm hanya ada segelintir yang datang. Bila penceramah teriak takbir, hanya satu dua saja yang jawab.

Rakyat selangor dah jemu dengan permainan politik PAS dan sesuatu kena dilakukan. Saya nasihat saudara tulang besi, hentikan lah kerja fitnah memfitnah, mengexploitasi dan mengutuk pimpinan PAS Selangor...

December 16, 2009 2:24 PM
.

Ataupun rakyat Selangor dah muak dgn hasan Ali?

Kalau tukar Hasan ali kira ok la, kan?

wirautama said...

tukar hassan ali tak ok jugak, TB pun kena lantik gok jd CEO

Anonymous said...

Kesiaaan kat TB!
Hangtu orang pandai bukan orang cerdik!!
1.Orang pandai-mengaji pandai,dapat result yang baik dalam akademik,bukan aliran agama,tak pandai berbohong,tak pandai cakap tak serupa bikin,tak berapa pandai cakap atau berpidato!mempunyai prinsip hidup,mengaji sampai U,ada sarjana muda,masters atau Phd!
2.Orang cerdik-tak semestinya pandai!Tak semestinya masuk U,cakap selalu berubah-ubah ikut situasi,tak konsisten dalam prinsip hidup,mengaji dulu,duduk dikelas belakang-belakangje!Cakap,berpidato amat pandai,hasil kerja!Hangpa nilaila sendiri!!!!!


Masalahnya bila orang pandai,duduk dalam golongan cerdik!Jadilah macam jadi kat hang!!!Hang nak ingatkan pemimpin PAS supaya amalkan kehidupan yang berprinsip,beramalan berlandaskan Islam!Cara kehidupan Nabi Muhammmad SAW dan Para Sahabat!!!!Apa jadi!!!Hang dah dikutuk oleh mereka!Hang dah digelar barua UMNO!Cuma hang tak digelar Abu jahal dan Abu lahab lagi!!!!!depa cerdik,depa akan guna berbagai alasan bahkan hadis dan Al-Quran untuk menghalalkan cara!

Nasihat pada hang!kawanla dengan orang pandai!Jangan kawan dengan orang cerdik!Tak kirala dalam partimana pun Pas atau Umno!!!!!!!Nanti hang akan kena mainje dengan merekani!!!!!!

apapun,aku tabik kat hang!kerana masih mempunyai prinsip hidup dalam menegur pemimpin Pasni!!!!!



-orgkampungje!

Anonymous said...

tapi pemimpin kita jadi kaya raya ala QARUN selepas jadi MP/wkil rakyat....... sial punya pemimpin.

Tulang Besi said...

heran saya.

Apasal marah sangat saya publish artikel ni?

Bukankah Saidina Umar ni contoh terbaik umat Muhammad?

Kenapa nak marah saya?

Anonymous said...

Terima kaseh....bagus artikel ni untuk dijadikan renungan.

Anonymous said...

Posting TB seperti ini boleh memanjangkan agenda Israilliyyat.

Maksud "papa" secara amnya tidak kena dipadankan dengan susuk Khalifah Islam.

"Papa" bermaksud kemiskinan ekstrim atau tegar, walhal keadaan sebenarnya yang menjadi tuntutan Islam ialah "Sederhana".

TB tak usah jadi macam media Melayu yang suka keluar berita mengenai kebobrokan bangsanya sendiri (rujuk tajuk utama harian Kosmo dan Metro setiap hari sebagai contoh).

Nabi Muhammad SAW itu sendiri adalah CONTOH TERBAIK. Walau pun baginda bukan kaya-raya tetapi baginda MENGUASAI kekayaan umat Islam ketika itu (antara lain baginda mengurus kekayaan isteri baginda Khatijah, kekayaan yang dinfaq oleh sahabat-sahabat yang boleh ditaksir berbilion mengikut kadar hari ini).

Nabi SAW menguasai kekayaan NAMUN kehidupan baginda begitu sederhana TETAPI bukan miskin melarat.

TB jangan gelojoh sangat berblogging sehingga terbawa-bawa agenda musuh sebenar.

Anonymous said...

Anonymous said...

Posting TB seperti ini boleh memanjangkan agenda Israilliyyat.

Maksud "papa" secara amnya tidak kena dipadankan dengan susuk Khalifah Islam.

"Papa" bermaksud kemiskinan ekstrim atau tegar, walhal keadaan sebenarnya yang menjadi tuntutan Islam ialah "Sederhana".
.

Ni apa yang kao mengarut ni.

Dah lah bahasa Arab tak reti, bahasa Melayu pun kao fail.

Papa ni TAKDA KENA MENGENA dengan FAQIR.

Seseorang itu mungkin kaya, tapi boleh jadi PAPA sebentar.

Macam orang yang kerja makan gaji, di waktu akhir bulan, mereka papa sekejap.

Kau memang bodoh, bahlul.

Sebab tu kao sokong UMNO

Anonymous said...

Sapa-sapa kecian dgn TB ni .., tolong fon hospital, mintak suruh ubat kepala otak dia hok tak center tu. Mujur orang antor ke Tampoi ke, Tanjung ke ..

Apa punya tur da.

Blog ni guna bahasa Arab ke?

Bila ada nasihat yang betul - terima ler. Tak payah tunjuk ko terrer kentut.

stormriders said...

ala wira ko pasal pa
ko bukan ahli pas pon sibukk jerr la kat sinii
ngokk laa ko nii

Tinta Hitam said...

Kita kena lihat intipati konsep pemerintahan Saidina Omar.Perlu faham betul betul.Persoalannya adakah memakai baju bertampal itu konsep pemerintahan Saidina Omar.Jatuh miskin itu konsep pemerintahan Saidina Omar?

Maksud sebenar pemerintahan Saidina Omar tu adalah keadilan ,iman,cekap,akauntabiliti dan taqwa dan pengorbanan pemimpin dimplementasikan secara maksima dipelusuk empayar Islam samada wilayah Arab atau bukan Arab.INi baru dinamkan pemerintahan Islam

Saidina Omar tak suruh org lain jadi miskin mcm dia.Itu adalah amalan peribadi dia sendiri.Kita kena faham bila jadi pemerintah yang adil tak semestinya kena pakai Toyota KE30 buruk baru dinamakan pemerintah Islam dan kalau dia pakai merc maka tak berapa Islam lah dia.Spt say sebut contoh sebelum ini ada sahabat nabi yg hidup tak mewah adajuga sahabat nabi yg hidup mewah spt Othman bin Affan.Kedua duanya tak salah selagi mereka menjaga amanah yang diberikan kepada mereka

Grand Marquis said...

TB jangan lupa juga mengkaji the antagonist side.

Kenapa Umar r.a. seorang pemimpin yang adil, seorang khalifah Islam dan seorang sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah S.W.T. dibunuh?

Betul ke dakwaan TB:
Beliau dibunuh pun kerana beliau tidak mahu membazir wang rakyat untuk membayar gaji2 pengawal beliau dari gerombolan rakyat Madinah yang menentang usaha beliau dalam mengeluarkan Mushaf Uthmani).

Tinta Hitam said...

Ya keempat empat Khalifah yg pertama dibunuh sebab mereka tiada pengawal khalifah.Tu sebab bila Muawiyah jadi khalifah dia wujudkan pasukan pengawal khalifah

Bukan masalah jimat duit rakyat.Mas keempat empat khalifah ni ekonomi Daulah Islamiah masih lagi tak kukuh .Setiap sen wang negara perlu dibelanjakan kepada rakyat terlebih dahulu.Khalifah khalifah ini mengorbankan keselamatan diri sendiri dmi rakyat jelata.Ini baru betul slogan "rakyat didahulukan".Bukan mcm UMNO yg mcm tong kosong aje.

Bila Khalifah Muawiyah naik negara Islam dah kaya raya.Jadi budget tu ada utk pengawal khalifah.Malahn Khalifah Omar Abdul Aziz yg mashur tu pun guna pengawal Khalifah..

Anonymous said...

Saya tak fikir la kalau Saidina Umar R.A nak naik haji kena cari sponsor walaupun dia hidup dalam kesukaran.

Tulang Besi said...

Yang paling saya kelakar bila ada orang tuduh saya bawa cerita Israiliyat.

Padahal Israiliyat ni hanya kena mengena dengan kisah Nabi2 dan Rasul2.

Saidina Umar bukan Nabi dan bukan Rasul.

Kalau nak buat fitnah pun, jangan lah sampai menampakkan kebodohan.

Tulang Besi said...


Kenapa Umar r.a. seorang pemimpin yang adil, seorang khalifah Islam dan seorang sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah S.W.T. dibunuh?

Betul ke dakwaan TB:
Beliau dibunuh pun kerana beliau tidak mahu membazir wang rakyat untuk membayar gaji2 pengawal beliau dari gerombolan rakyat Madinah yang menentang usaha beliau dalam mengeluarkan Mushaf Uthmani).
.

Betul.

Sosialis Hijau said...

Hello breder2 yang mengaku pejuang Islam. Lu orang semua selalu keluar fatwa komunis ni sesat sosialis tak percaya tuhan. Tapi mengapa depa boleh hidup dengan penuh kesederhanaan jika nak di bandingkan dengan pemimpin lu orang semua. Lu orang tengok la Dr Nasir, Dr Jeyakumar, Bapak Abdullah CD semua mereka semua tak pernah menjadikan kesenangan sebagai kehidupan mereka sedangkan mereka mampu hidup senang. Pemimpin Pas berbangga boleh potong 30% alaun wakil rakyat tetapi agak2 lu orang berapa % elaun MP Sg Siput di potong untik perjuangan? JAWAPANNYA 100%. lU PIKIR LAH SENDIRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.