Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 14, 2009

Senarai Dosa-Dosa Besar yang Dihalalkan UMNO

Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.


c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

h. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

i. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

Tulang Besi

45 comments:

Tinta Hitam said...

TB

Ko kena ingat.Fraksi UMNO tak fikir camtu.Pd mereka dan sebahagian dari org org PAS berpendapat kalu kena pilih antara toghut toghut ni kena ambil yg lebih kecil musibahnya.pada mereka DAP toghut besar dan UMNO toghut kecil.Tu sebab mereka pilih UMNO

Tulang Besi said...

Tinta Hitam,

Fraksi UMNO ni tak berapa cerdik sebab amalan wala' mereka.

UMNO lebih berbahaya dari DAP sebab UMNO pegang kekuasaan negeri dan UMNO lebih kuat dari PAS.

PAS mudah kena tipu dengan UMNO banding dengan DAP.

Tapi dah semuanya wala' tu yang jadi tak cerdik tu

Grand Marquis said...

Nampaknya TB sudah desparate. Bermacam soalan yang dikemukakan tak dijawab lalu TB menyelongkar almari untuk keluarkan segala keburukan yang beliau simpan.

Teruskanlah. Asalakan engkau bahagia.

Dari tajuk aje pun nampak sangat prejudis. Apakah sama MELAKUKAN dengan MENGHALALKAN?

Berkata benarlah walaupun ia pahit. Beza orang lain dengan TB ialah orang lain tak de masalah mengakui kelemahan UMNO, begitu juga kekuatan PAS. Tapi TB ni tak boleh orang kata kelemahan "fraksi erdogan" beliau dan tak boleh nak akui kebaikan UMNO dan juga "geng Ulama" dalam PAS.

Ini membezakan orang yang menulis untuk memenuhi nafsu dan orang yang menulis untuk mencari kebenaran.

Anonymous said...

Apa pula Hukum mengkafir seorang Muslim ? Adakah dosa besar?


Orang PAS kerja duk asyik main hukum dari zaman dulu lagi. lebih baik tukarkan hukum kepada doa . Doakan semua orang kembali kepada Islam. Doakan lim Kit Siang. Karpal Singh, Lim Guan Eng dan lain2 orang kafir DAP masuk Islam lagi berfaedah.

Ingat kami ini rakyat biasa tak memihak. UMNO dan PAS sama saja. Selagi melayu perangai hampir serupa. Jiran2 tak kira PAS atau UMNO, dua kali lima.

Anonymous said...

Tulang Besi ini emotional la! Come on, masih belum terlambat. Sama2 kita kembali kepada Islam yang sebenarnya. tak payah main politik untuk jadi orang Islam, serah kepada pemimpin PAS, UMNO dan PKR. Biar mereka gatal sangat nak jadi pemimpin. Mari kita kembali ke Islam sebenarnya.

Tulang Besi said...

STATEMENT DARI TULANG BESI DALAM ISU KAFIR MENGKAFIR:

Apa yang Tulang BEsi tulis di sini adalah hujjah.

Samada UMNO kafir atau tidak, kita mesti serahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukannya.

Walaubagaimanapun, dari hujjah2 saya, jelas terdapat SYUBHAH dalam AKIDAH dan PEGANGAN ISLAM UMNO.

Maka, WAJIBLAH SEMUA YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH MENGHINDARI UMNO>

wirautama said...

klu mu (TB) kata - "Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja."

Pah tu aku tanya pulok - "Itu sahaja je ke?"

Bagaimana dgn karpal sing kata langkah mayat dia dulu klu nok laksana undang2 Islam, DAP ke UMNO dia tu?

Pernah mu dengor pemimping UMNO kata gitu?

Bodoh mu ni.. mu dok tahu benda2 pun pun pasal PAS, mu ingat pimpinan PAS masuk PR sebab nok laksana Negara Islam ke? Bodoh mu dok leh beza.

PAS dlm PR kerana menetang ketidakadilan dan kezaliman kerajaan keatas rakyat, kerana DAP dan PKR pun menperjuang kan itu, maka PAS bersama mereka ketika ini, tapi matlamat utk mendaulakkan Islam pada tempat yg sepatutnya tetap perjuangan yg Utama.

Gitu ah klu org kata sbb apa PAS kerjasama dgn DAP, mu kena jawab, bodoh mu ni.. patutlah Hassan Ali dok ambik mu jadi CEO, bodoh ketor.. nok caji CEO guane gitu..

wirautama said...

caji = JADI

Anonymous said...

Yang terlampau jelas (glaring) tak payah nak suloh dengan lampu picit adalah UMNO walaupun mengaku orang Islam tidak akan menolong PAS menegak ajaran agama dibumi ini.

Bahkan UMNO tanpa segan-silu mengHALANG segala usaha PAS untuk menegak Islam dan syariatnya.

Mana mungkin orang-orang UMNO yang sentiasa menyokong pemimpin-pemimpin mereka, yang mereka sendiri tahu korup taraf maxima, fasik dan terang-terang munafiq bisa membuat perubahan?

tokmod said...

hai TB...
klau Islam ada ketegeri A2Z...
N.A...dlm ketegeri...S...C...
T.B...DLM ketegeri...M..O...
ssuap mkanan yg kau suap dr krajaan mna???
kselesaan yg kau dpat dr parti mna????unt mperbaiki ssuatu plukan kpintaran...jka mrosakkan ssuatu tk plu dplajari!!!!!

storm riders said...

apa la pakcik wira ni melalut agaknyerr
da la pakcikk tak usahh mengarutt2
pakcikk ceitaapon kita orgg tak percayaaa nyerr

Jebon said...

Apa le korang ni gaduh-gaduh. Bukan ke orang Munafik tu lebih bahaya dari orang Kafir? Korang fikir sendirilah siapa munafik dan siapa kafir.

Kalau masih nak menegakkan benang basah, korang tunggu je PRU13 nanti. Aku rasa PAS akan balik kepada zaman malapnya macam tahun 80an dulu.

Tinggal je pak-pak lebai yang ada dalam PAS. Mulakan semula kempen dari awal.

Anonymous said...

Pemimpin umno dan pas..kalah dlm perjuangan..anjing dan kucing..,jauh sekali nak jadi harimau..tempat maksiat berluasa,apa yg pemimpin pas buat,hanya tegur dalam hati..serendah-rendah iman..kerana takut masuk penjara,takut mati..sepatutnya pemimpin pas membuat sesuatu secara total dan berterusan masalah yg menimpa org melayu sekarang seperti judi,pelacuran,arak,dadah dan sebagainya..jika org islam xberubah mengelak perkara mungkar secara menyeluruh dan berterusan,jgn mimpi pas akan berkuasa,umno akan mengalakkan org islam membuat perkara mungkar untuk terus berkuasa..pasal tu mcm-mcm ada di malaysia dibawah umno..

mulutmelayu said...

Tulang Besi wrote:

QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).


Memang malang si ibu yang melahirkan anak yang tak cerdik dan berperangai seperti Yahudi, musuh Muslims dan Islam.

Proses undang-undang di dunia sudah pun wujud walaupun melakukan kesalahan terhadap manusia lain tanpa saksi/saksi-saksi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri.

Jika diturutkan kepada fikiran tak cerdik menggunakan 4 saksi itu, maka para perogol dan para peliwat tegar bermaharalelalah di Malaysia dan bersenang lenang meneruskan kerja-kerja yang dilaknati oleh Allah swt itu.

Andainya perogol itu merogol sama ada ibu, isteri, adik perempuan Tulang Besi, adakah Tulang Besi mahukan 4 saksi-saksinya untuk pembuktian perogol itu?

Tolong jawab dengan ikhlas Tulang Besi.

Anonymous said...

Bintara Muda
Tulang besi Lu sama tinta hitam sama ajer bodohnya kalau dah jenis taksub membabi buta pada parti politik tertentu itulah jadinya akal anugerah ALLAH berikan tak dapat engkau gunakan dengan sempurnanya. Kalau kau nak menulis biarlah gunakan hukum Akal. Kalau kau nak belajar tentang hukum akal ini kau kena belajar ilmu tauhid sebelum kau belajar sifat 20 kau kena belajar dulu hukum akal. Kau menulis macam orang tak punya ilmu.. bodoh dan kelakar dan cerita basi dan memalukan. Bodoh punya olang.....

Mohd said...

Salam
Tugas pemimpin memerintah dgn adil
Tugas ulama' menegur pemimpin
Knp perlu gabung dgn PRK n DAP
Bkn kah Allah mengatakan dia lah yg memberi kemenangan
X de Allah kata DAP n PKR yg memberi kemenangan
Klu dengan org kafir boleh bincang baik2
Knp gan Islam sendiri x leh bncang baik2
Nabi Musa n Nabi Harun pn Allah suruh tegur Firaun yg mengaku tuhan tu dgn baik
Ni kan dgn pemimpin Islam kita
Doa kan saudara kita mendpt hidayah
Kita kena mengasihi saudara kita mcm kita mengasihi saudara kita sendiri
Parti belum tentu betul tp Islam mmg betul
Sambung silaturrahim
Amalan org beriman yg kufur lebih baik dr org kafir yg x dpt apa2 pn

armouris said...

info tentang arak kat sini
- Ketagihan Arak
- Penyalahgunaan Arak

Anonymous said...


Memang malang si ibu yang melahirkan anak yang tak cerdik dan berperangai seperti Yahudi, musuh Muslims dan Islam.

Proses undang-undang di dunia sudah pun wujud walaupun melakukan kesalahan terhadap manusia lain tanpa saksi/saksi-saksi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri.

Jika diturutkan kepada fikiran tak cerdik menggunakan 4 saksi itu, maka para perogol dan para peliwat tegar bermaharalelalah di Malaysia dan bersenang lenang meneruskan kerja-kerja yang dilaknati oleh Allah swt itu.
.

Ni lah masaalah orang tak reti beza antara "Zina" dengan "Rogol". Lepas tu nak rendah2 kan hukum Islam.

Lain kali kalau bodoh, pegi ngaji dulu.

Jangan bukak mulut kalau tak reti.

Tuduhan "liwat" pada Anwar ni adalah atas perbuatan sex sejenis yang dipersetuji dua belah pihak.

Maka ertinya ia "Zina" dan menuduh Anwar berzina sebegini adalah dosa besar.

Dan UMNO menghalalkan perbuatan menuduh zina sebegini.

Ada faham tak?

Ke kau kena pei ngaji lagi?

Mr. X said...

Betul ... Why Do Malays Need Alien To Speak For Them?
http://thextalks.blogspot.com/2009/12/why-do-malays-need-alien-to-speak-for.html

Anonymous said...

Secara persepsinya ( tak da data lengkap), besarnya industri arak dan judi di Malaysia tidak proportional dgn semangat perjuangan UMNO iaitu ketuanan melayu dan simbiosisnya daulah Islam.

PASti

Anonymous said...

Artikel ini bukan untuk menyerang UMNO.. tapi untuk menyerang Hassan Ali, Ustaz Nasa dll... dengan memberi tanggapan buruk kepada mereka tanpa mempunyai bukti yang nyata... paragraf 1 dan kesimpulan mendedahkannya

Anonymous said...

Fraksi Umno dan sebahagian dari orang-orang PAS yang memilih UMNO, tidak mahu memilih DAP, bukanlah kerana mahu menjaga Islam, mereka lebih risau akan kehilangan hak-hak Ketuanan Melayu sebenarnya. Mereka tidak yakin dengan kebolehan PAS menjinakkan DAP pada menerima Islam yang universal sifatnya, pada suatu ketika kelak. Jauh dilubuk hati mereka( fraksi Umno) tertanam benih2 nasionalisma yang amat bertentangan dengan Islam. Andainya mereka benar2 memperjuangkan Islam, kenapa tidak mereka terfikir akan adanya anggota DAP yang beragama Islam, yang mana KeIslaman mereka mungkin jauh lebih mantap dari umno dan fraksi2 umno sendiri, yang sekian lama bermusuhan dan tidak putus2 mengkhianati PAS. Mana yang lebih mudah didakwahkan kepada Islam Syumul, mereka yang mengaku Islam dan faham tetapi buat2 tak faham atau mereka yang benar2 belum mengenali dan memahami Islam.

Sebatang kara said...

Tambah satu lagi dosa besaq,

Labur duit Tabung Haji dalam Syarikat Judi.

Anonymous said...

Maka, WAJIBLAH SEMUA YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH MENGHINDARI UMNO>

Janganlah taksub sangat beb. Masyaallah.

Bercakap mengenai Melayu sekarang ini supaya jangan dikudakepangkan.

Kekuatan 60% Melayu bila berpecah, apa yang tinggal? 20-40? 30-30?

Anonymous said...

Sebatang kara said..
Labur duit Tabung Haji dalam Syarikat Judi.

Biaq betoi?
Dalam tabung haji aku bertimbun ni. Ini kes naya. Boleh dakwa.

Anonymous said...

Kalaulah umat diawal-awal Islam dahulu berperagai dan berpegangan hidup seperti fraksi-fraksi Umno ini, sampai diakhir-akhir zaman ini, tinggal mereka sajalah yang Islam.

sebatang kara said...

Dulu la. Sekarang aku tak berapa pasti saham tu dah jual ke belum. Masa tuh DR. Mashitah masa jadi SU Parlimen dia pernah jawab dalam parlimen sebab Tabung Haji ada saham dalam syarikat yang melabur dalan saham PanSweep(tak silap aku la) dan beliau jawab dalam parlimen Tabung Haji takleh nak jual lagi saham tu sebab harga masih rendah dari yang dibeli dan kalo jual jugak Tabung Haji akan rugi.

Astaghafirullah hal aziim

Tulang Besi said...

Sebatang kara,

Aku pun dengar kes tu. Memang dasar UMNO ni tak kesah halal dgn haram.

Hahahaha

Anonymous said...

Tulang Besi nak buat kerja malaikat yang tulis senarai dosa ke? Lupa ,Apa nama Kiroman Katibin? Setahu saya Tulang Besi hanyalah manusia sahaja.

Ada tak senarai dosa-dosa Besar PAS, kalau tiada bagi senarai dosa kecil pun cukup la.

Anonymous said...

Tak pandai politik Kelantan. Orang UMNO terlibat tak? kalau semua PAS, saya katakan PAS pun sama2 sesat. Lagi buruk kalau semua ini orang

Saya pun tak berapa faham., PAS ini perjuang negara Islam atau perjuang untuk memerintah Malaysia. S

Kalau Pakatan Rakyat menang PRU,inilah barisan kabinet saya cadangkan:

1. perdana Menteri malaysia:datokSeri anwar ibrahim
2.Timbalan perdana menteri Malaysia (Melayu): Tok Guru Hadi
Timbalan menteri 2(Cina): Lim Kit Siang
Timbaln PM3(India):Karpal singh

(eh... eh... negara Islam tak bagi ikut kaum jadi tukarsemula)

Timbalan Perdana Menteri(Islam): Tok Guru Hadi
Timbalan Perdana Menteri kafirun 1: Lim Kit Siang
Timbalan Menteriu Kafirun 2: karpal singh

menteri Hal Ehwal Aga,ma ada 3(Islam, kafir 1, Kafir 2 atau Menteri hal Ehwal Islam dan Menteri Bukan Islam). OOOOOH rumit!


banyak perkara lagi Pakatan Rakyat kena jelas seterang2nyya. jangan tipu rakyat cerita dasar persetujuan lain2 menentang kezaliman dan lain2. Isu asas pentadbiran mesti diterangkan jelas kepada semua rakyat.


Adakah ini format persetujuan kepimpinanPakatan rakyat. tolong terangkan kepada semua rakyat! Bagitahu siapa cadangan barisan kabinet dan , jangan samar2., kerana Islam itu terang2 bukan ragu2. Kalau tak bagitahu, tak mahu undi Pakatan Rakyat. Nati serupa macam oran g jual buahg busuk , sembunyi yang busuk tunjukkan yang elok. Bila dah beli perasan yang busuk lagi banyak dari yang elok.

Anonymous said...

Tak pandai politik Kelantan. Orang UMNO terlibat tak? kalau semua PAS, saya katakan PAS pun sama2 sesat. Lagi buruk kalau semua ini orang

Saya pun tak berapa faham., PAS ini perjuang negara Islam atau perjuang untuk memerintah Malaysia. S
.

macam ni punya manusia pun wujud lagi ke?

apala. Semuanya fitnah. Takda bukti satu habuk pun.

Kao memang selebet la, wahai cybertrooper UMNO.

Qaseh Bonda said...

Saya teringat sorang kawan yang siap jatuh hukum kat orang UMNO.

Kata dia:

Hang jangan makan kedai orang UMNO masak nanti masuk neraka..orang UMNO masuk neraka.

Saya pun gerun juga dengar dia dengan beraninya jatuh hukum.

Saya tanya kenapa En Zamberi benci sangat dengan orang UMNO..misti ada sejarah.

Dia pun bercerita,

Aku dulu jadi pegawai pilihanraya. Mati2 aku jaga bos aku. Aku kerja dengan jabatan orang asli...tentulah aku jaga daerah yang penuh dengan orang asli.
Sorang2 orang asli tukar rupa. pagi pakai kain datang mengundi,tengah hari tak pakai baju, petangnya pulak pakai cawat. sorang2 mengundi sampai 4 kali.

Bila ada pemerhati PAS yang perasan, aku maki pak cik tu...baliklah pakcik tu dengan lampu suluhnya dan hanya berkain pelikat.

Alih2 bos aku tu terperangkap dalam hutan jatuh helikopter bersama perempuan..dunia semua tau..penzina besar yang aku dok sokong.

Sejak hari itu aku berjuang untuk pas mati2an demi menebus dosa aku pada pakcik yang dulu.

Baru2 ini saya singgah nak beli nasi lemak. penjualnya UMNO piang...sayangnya mulut si isteri tak henti2 memaki suami..dia kata bodohla..lembablah depan orang ramai yang tercegat dok menanti.

Betul juga bila ingatkan En. Zamberi yang berani jatuh hukum tu.
Saya berjanji tak nak beli nasi dia lagi. Saya takut saya yang maki makcik tu nanti.

Walaupun pegawai kerajaan, EN Zamberi berani gantung gambar tok guru dalam bilik dia. Bos dia tegur dia ada hujahnya. Dia dah bersara sekarang dan berjuang kuat dalam PAS.

AllahuAkbar..

Tulang Besi said...

Allahuakbar,

Semoga Encik Zamberi dan kita semua dirahmati Allah SWT.

chungkai said...

Part 1;

jika tulang besi boleh mengeluarkan 10 soalan budak darjah enam maka saya kepingin untuk menjawab balik 10 jawapan dari budak darjah enam :

a: qazaf liwat yang dilakukan adalah dalam kes sivil dan jika ingin meggunakan hukum syariah yang sebenarnya maka wajib 4 saksi ini menyaksikan sendiri dengan mata mereka bagaimana anwar memasukkan menusuk kan zakarnya ke dalam dubur mangsa secara langsung.

soalan nya ; adakah terdapat di malaysia kes zina 4 saksi melihat perlakuan seks kira2 4 meter dari tempat perlakuan kejadian?

sepengatuhuan saya hanya pembikin blue film sahaja menyaksikan beramai-ramai.

b & c. judi & arak : telah terang dan jelas umat islam tidak dibenarkan dilarang membeli loteri dan arak seperti yang telah tertulis dalam premis kedai-kedai ini. maka orang pas yang pegi beli dan minum juga apahal?

umno tidak pernah menyokong penjualan dan perniagaan arak dan juga loteri kerana tujuan sebenarnya adalah untuk menjaga hati org bukan islam seperti mana mursydul am atau guru kerohanian nik aziz yang membenarkan banyak tokong dan salah satu patung terbesar di bina di kelantan.

mereka yang menjadi lembaga pengarah kilang arak ini tahu hukum halal dan haram dan bukan pula seperti orang pas yang menjatuhkan hukum kafir terhadap mereka.

mudah sahaja; haram menjadi lembaga pengarah di kilang arak maka terima lah hukuman nya di akhirat nanti manakala orang pas menjatuhkan hukum kafir pada saudara islam nya juga akan mendapat hukuman yang setimpal di akhirat

bagaimana pula di dubai UAE tu yang jual arak tu?

d. tiada sebab untuk umno menolak hukum syariah kerana ianya membawa kearah kebaikan dan wajib, molek hukum syariah ini dilaksanakan kepada semua kaum terutamanya kaum india dan cina. umno lebih gembira melaksana kan nya jika semua kaum bersetuju dan tidak sepatutnya termatub, terhad kepada kaum islam/melayu sahaja.
contohnya; kecacatan dari segi fizikal menyebabkan ketidak upayaan memepertahankan negara dari serangan musuh dari dalam dan luar.

cont'..

chungkai said...

e. fitnah : harakah atau haprak hah adalah satu contoh dari berpuloh media pas & pkr yang menyebarkan fitnah, pembohongan lebih malang lagi apabila mereka menaip di keyboard; kopiah dan ketayap yang melambangkan isle melekat di kepala mereka ketika melakukan tugasan penyebaran fitnah mereka.
hairan pula ye mengapa kopiah tu ditanggalkan apabila melakukan hubungan seks? kotor ke?

f. penipu; timbul pula persoalan dimana..... tulang besi tak beri soalan; kamu ni islam ke?

g. korupsi; pegi tanya nik aziz tu sponsor haji rm65k tu tak korupsi?
pastu pegi tanya pula KETUA PR bang nuar tu tak pernah buat korupsi ke?
kih, kih, kih, kih, kih.......

h. sihir? apa punya soalan bodoh lak ni lain kali pegi ustaz nga dan UZTIZ ngok sihir/jampi jenis apa dalam islam tu halal ke haram?

i. bekerjasama dengan musuh islam?
kih, kih, kih, kih....
bak kata pepatah; kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buta.

dengan DAP yang terang lagi tak bersuloh tu menentang islam, PAS terhegeh-hegeh nak bekerjasama.

ni umno yg telah terbukti membangun kan islam dari segi kerohanian dan fizikal (terutamanya di waktu zaman
Tun M) lihat universiti, sekolah surau masjid dsb lihat pula dari segi pentas politik dunia dimana umat islam diperjuangkan, dipertahankan palestin, bosnia, chencnya dsb lihat pula proses damai di selatan thai, mindanao, acheh dsb?

berlapang dada lah saudara ku tulang besi (jika kamu islam) jangan sempitkan akal fikran dan hati kamu kerana nafsu-nafsi yang menguasai diri... takkan kamu tak kenal sifat orang melayu yang terkenal dengan keserhadanan mereka sehingga kaum india dan cina mengambil kesempatan keatas mereka?

bertaubatlah tulang besi, kerana tidak terfikir kah kamu bahawa Allah S.W.t ingin memberi petunjuk keatas kecederaan yang kamu alami satu ketika dahulu?
Part 2;

bertaubatlah tulang besi, tidak terfikir kah credit saudara (pahala) telah tiada lagi; malah debit (dosa) pula telah menimbun-nimbun sehingga Allah S.W.T terpaksa bayar cash?

c.c to unspinner (kot-kot hang tak mau publish)

mulutmelayu said...

Anonymous said...December 15, 2009 12:00 AM

Ni lah masaalah orang tak reti beza antara "Zina" dengan "Rogol". Lepas tu nak rendah2 kan hukum Islam.

Lain kali kalau bodoh, pegi ngaji dulu.

Jangan bukak mulut kalau tak reti.

Tuduhan "liwat" pada Anwar ni adalah atas perbuatan sex sejenis yang dipersetuji dua belah pihak.

Maka ertinya ia "Zina" dan menuduh Anwar berzina sebegini adalah dosa besar.

Dan UMNO menghalalkan perbuatan menuduh zina sebegini.

Ada faham tak?

Ke kau kena pei ngaji lagi?


Perkataan dan ayat 'zina' wujud dalam al-Quran. Tetapi adakah perkataan atau ayat 'rogol' juga wujud alam al-Quran?

Kamu berlagak seperti kamu itu Allah swt yang maha mengetahui dan melihat akan perbuatan makhluknya itu. Aku sendiri sebagai seorang Muslim takut untuk membuat andaian sama ada perbuatan liwat itu secara sukarela atau sebaliknya.

Di zaman sekarang pelbagai cara digunakan oleh pelaku salah sex sama ada secara paksaan ataupun melalui penggunaan dadah.

Dalam kes liwat siri kedua ini mengapa Anwar takut menghadapi perbicaraan sehingga lari ke kedutaan Turkey ?

Jika dia tidak melakukannya mengapa harus dia mencari pelbagai helah untuk lari dari perbicaraan liwat ini?

Jangan kerana terlalu taksub dengan Anwar hinggakan hukum keadilan Allah swt pun hendak diketepikan?

Anonymous said...

bla bla bla, mulut melayu yang busuk

Anonymous said...

Perkataan dan ayat 'zina' wujud dalam al-Quran. Tetapi adakah perkataan atau ayat 'rogol' juga wujud alam al-Quran?

Kamu berlagak seperti kamu itu Allah swt yang maha mengetahui dan melihat akan perbuatan makhluknya itu. Aku sendiri sebagai seorang Muslim takut untuk membuat andaian sama ada perbuatan liwat itu secara sukarela atau sebaliknya.
.
Woii bahlol, pegi lah lihat kertas pertuduhan kes liwat Anwar tu. Saiful penipu tu sendiri bersumpah dia lakukan dengan sukarela. Begitu juga Azizan drebar Anwar dulu tu.
Kau je yang malas nak check.

Di zaman sekarang pelbagai cara digunakan oleh pelaku salah sex sama ada secara paksaan ataupun melalui penggunaan dadah.

Dalam kes liwat siri kedua ini mengapa Anwar takut menghadapi perbicaraan sehingga lari ke kedutaan Turkey ?

Jika dia tidak melakukannya mengapa harus dia mencari pelbagai helah untuk lari dari perbicaraan liwat ini?
.
Mengapa Anwar pergi Kedutaan Turkey? Kerana dia ingin menyelamatkan diri beliau dari dipukul seperti yang berlaku sewaktu beliau ditahan oleh Rahim Nor.
Next stupid question, please.

Jangan kerana terlalu taksub dengan Anwar hinggakan hukum keadilan Allah swt pun hendak diketepikan?.
Kao pulak jangan terlalu taksub pada UMNO sampai sanggup menghalalkan perkara yang haram dalam islam. Allah SWT lebih besar dari UMNO. Ingat tu.

Anonymous said...

Grand Marquis said...
Nampaknya TB sudah desparate. Bermacam soalan yang dikemukakan tak dijawab lalu TB menyelongkar almari untuk keluarkan segala keburukan yang beliau simpan.

Teruskanlah. Asalakan engkau bahagia.

Aikk kan TB dah jawab semua soalan kau? Kao ni reti baca ke tidak? Kao soal pasal orang berjudi. Yang TB cakap tu pasal UMNO jual dan promosi judi.

Soalan kao sendiri tak RELEVEN. Kao nak cuba ubah topik, tapi TB lagi smart dari kao. Kalau kao smart, kau tak masuk UMNO. Orang tolol je masuk UMNO ni.
Berenti mengarut la GM, kao bukan pandai sangat pun. Bodoh tapi berlagak pandai.

Dari tajuk aje pun nampak sangat prejudis. Apakah sama MELAKUKAN dengan MENGHALALKAN?

Berkata benarlah walaupun ia pahit. Beza orang lain dengan TB ialah orang lain tak de masalah mengakui kelemahan UMNO, begitu juga kekuatan PAS. Tapi TB ni tak boleh orang kata kelemahan "fraksi erdogan" beliau dan tak boleh nak akui kebaikan UMNO dan juga "geng Ulama" dalam PAS.
.
Samalah. Takda sapa yang paksa UMNO buat benda-benda ni. Tiada siapa yang paksa UMNO anjur dan kempen “Lotteri UMNO”. Ertinya UMNO menghalalkan benda2 ni.

Anonymous said...

a: qazaf liwat yang dilakukan adalah dalam kes sivil dan jika ingin meggunakan hukum syariah yang sebenarnya maka wajib 4 saksi ini menyaksikan sendiri dengan mata mereka bagaimana anwar memasukkan menusuk kan zakarnya ke dalam dubur mangsa secara langsung.

soalan nya ; adakah terdapat di malaysia kes zina 4 saksi melihat perlakuan seks kira2 4 meter dari tempat perlakuan kejadian?

sepengatuhuan saya hanya pembikin blue film sahaja menyaksikan beramai-ramai.

Woii patutlah kao ni UMNO. Bangang nak mampus.
Kes ni bukan kes rogol, bodoh. Kes ni kes zina. Bila zina mesti ada 4 saksi yang adil. Kes Anwar adalah kes dikategorikan sebagai zina. Kau boleh paham ke tidak? Atau kau ni bengap sangat?

b & c. judi & arak : telah terang dan jelas umat islam tidak dibenarkan dilarang membeli loteri dan arak seperti yang telah tertulis dalam premis kedai-kedai ini. maka orang pas yang pegi beli dan minum juga apahal?

umno tidak pernah menyokong penjualan dan perniagaan arak dan juga loteri kerana tujuan sebenarnya adalah untuk menjaga hati org bukan islam seperti mana mursydul am atau guru kerohanian nik aziz yang membenarkan banyak tokong dan salah satu patung terbesar di bina di kelantan.
.
Kahkahkah Kalau dah UMNO to memang bangsa pembohong. Kalau tak sokong kenapa UMNO buat “Lotteri UMNO”?. Cuba jawab sekarang jugak. TB dah keluar dokumen lagi. Kao masih nak nafi . Kau memang pembohong
Hari Ini Dalam Sejarah: Lotteri UMNO 1951


d. tiada sebab untuk umno menolak hukum syariah kerana ianya membawa kearah kebaikan dan wajib, molek hukum syariah ini dilaksanakan kepada semua kaum terutamanya kaum india dan cina. umno lebih gembira melaksana kan nya jika semua kaum bersetuju dan tidak sepatutnya termatub, terhad kepada kaum islam/melayu sahaja.
contohnya; kecacatan dari segi fizikal menyebabkan ketidak upayaan memepertahankan negara dari serangan musuh dari dalam dan luar.
.
Kahkahkah dah terang lagi bersuluh. Tiada siapa dalam Malaysia yang akan nafi UMNO tolak hudud. Hudud tu bukan hukum syariah ke?

Lagi bukti kao pembohong.

Anonymous said...

e. fitnah : harakah atau haprak hah adalah satu contoh dari berpuloh media pas & pkr yang menyebarkan fitnah, pembohongan lebih malang lagi apabila mereka menaip di keyboard; kopiah dan ketayap yang melambangkan isle melekat di kepala mereka ketika melakukan tugasan penyebaran fitnah mereka.
hairan pula ye mengapa kopiah tu ditanggalkan apabila melakukan hubungan seks? kotor ke?

Iye ke apasal korang tak berani saman Harakah?

f. penipu; timbul pula persoalan dimana..... tulang besi tak beri soalan; kamu ni islam ke?

g. korupsi; pegi tanya nik aziz tu sponsor haji rm65k tu tak korupsi?
pastu pegi tanya pula KETUA PR bang nuar tu tak pernah buat korupsi ke?
kih, kih, kih, kih, kih.......
.
Kalau korupsi, pegi lah buat laporan SPRM. Bagi saya tak korupsi sebab kalau tak jadi MB pun orang akan sponsor beliau pergi haji. Itu sahaja.

h. sihir? apa punya soalan bodoh lak ni lain kali pegi ustaz nga dan UZTIZ ngok sihir/jampi jenis apa dalam islam tu halal ke haram?.
So kes Dato mazlan dgn mona Fendy tu bukan kes amalan sihir lah?

i. bekerjasama dengan musuh islam?
kih, kih, kih, kih....
bak kata pepatah; kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buta.

dengan DAP yang terang lagi tak bersuloh tu menentang islam, PAS terhegeh-hegeh nak bekerjasama.
.
DAP tak sokong tangkap orang Islam kemudian sumbat di Guantanamo Bay. UMNO sokong. Habis cerita. Kita ada bukti lah. Kao nak cakap apa lagi.

tokmod said...

anon15DEC 12.00AM..
berzina....antara lelaki & perempuan bukan suami/isteri..
rogol...melakukan dgn paksaan...
meliwat...melakukan djubor samaada keatas lelaki atau perempuan...
yg maguru kau meliwat lelaki apa pun bahhalol kau kata dia suka sama suka...kalau aljubory meliwat kau secara paksa adakah kau suka???
berapa punya baral + bahlol dahhh

Joe said...

FOR SURE YG BG KOMEN NI SEMUA ORG MELAYU!

TAHNIAH KPD SIAPA YG MENGELUARKN ARTIKEL INI..

PD YG BERKATA N MEMPERTIKAIKAN KEPERLUAN 4 SAKSI DLM KES ZINA/LIWAT,ISTIGHFAR BYK2 CZ U MEMPERSOAL HUKUM YG DITETAPKAN ALLAH SWT..BARANG SIAPA YG SYAK ATAU PERSOAL HUKUM ALLAH MAKA BATAL/JATUH SYAHADAH YG DILAFAZ KAN DAN PERLU MENGUCAP SYAHADAH.

WALAU DI BIRTH CERT SY TERTERA BANGSA MELAYU,TP SY SAMASKALI X AKN MENGAKU MELAYU CZ BILA MATI NNT X TIMBUL PERSOALN BANGSA APA SY!

DAN PD YG RISAU TTG HAK DAN KEDUDUKN ORG MELAYU TERUSLAH MEMEKIK SLOGAN MNGANGKAT MRTABAT MELAYU KONONNYA PADAHAL HAKIKAT SBENAR YG ADA HAK MELAYU HANYALAH MYKAD SHJ!

SEBENARNYA K'JAAN BN SENDIRI TDK BERANI UTK MENGATAKN M'SIA INI NEGARA ISLAM KRNA TDK TERMAKTUB DLM MNA2 ARTIKEL PERLEMBGAAN M'SIA YG MENGATAKAN M'SIA NEGARA ISLAM.
YG ADA HNYA ISLAM SBG AGAMA PERSEKUTUAN/RASMI SHJ.

ISU KAFIR-MGKAFIR NI SY RSA BAIK YG NK BCKP TTG HUKUM ISLAM SBNR P MENGAJI DULU.CR BEZA HUKUM ISLAM YG DTURUNKN OLEH ALLAH SWT DAN HUKUM ISLAM BN..DAN SILA KENALI ANTARA KAFIR DAN BKN ISLAM..AGAMA ISLAM NI UNIK N SPECIAL BKNNYA MCM ROJAK YG BLH DICAMPUR-ADUK MGIKUT SELERA SESIAPA.

KALAU SIAPA YG SOKONG PD PJUANGAN UMNO/BN TRUSKN SOKONGAN DAN JIKA ADA IBU KAMU YG BESTATUS IBU TUNGGAL LEPAS NI BLH LAH MELACUR SBB USTZAH MASHITAH(MENTERI UMNO) MGELUARKAN FATWA DIHARUSKN IBU TUNGGAL YG KESEMPITAN UTK MELACUR.

ORG MELAYU YG TERLALU CENDERUNG N SENSITIF TTG ISU MLAYU NI ADALAH GOLONGAN YG AKAN DITIPU SAMPAI MATI..MREKA MGHARAP IMBUHAN,SUBSUDI DAN SLOGAN HAK MELAYU CUKUP UTK HATI MREKA,FAKTANYA ORG MELAYU DIZALIMI DAN DIKHIANATI OLEH HERO ORG MELAYU INI.

DAN SIKAP MALAS DAN TDK ADA DAYA SAING TU LA YG AKN MYEBABKN ORG MELAYU KETINGGALAN DAN AKAN KEKAL BODOH SAMPAI KIAMAT.ORG MELAYU NI AKAN MEMAKI DAN MENYALAHKAN KAUM2 LAIN ATAS KEGAGALAN DAN KESEMPITAN HIDUP YG MREKA ALAMI TANPA MENILAI SBB2NYA.

KETUANAN MELAYU??MELAYU MANA YG TUAN??PEMIMPIN2 UMNO ATAU RAKYAT DIBWH??TUAN MELAYU??APA YG KITA PROLEHI??


ORG MELAYU JG TAKOT DGN UNGKAPAN KETUANAN RAKYAT KONONNYA HILANGLAH KETUANAN MELAYU DAN RAJA2 MELAYU..TANPA MREKA MEMIKIRKAN APA ITU KETUANAN RAKYAT.
KETUANAN RAKYAT BMKSUD KETUANAN KPD SELURUH RAKYAT MALAYSIA!
BUKANKAH ORG MELAYU ITU RAKYAT MALAYSIA???

KEPADA ORG2 ISLAM ADALAH LBH BAIK KTA MEMARTABATKAN DAN MGANGKAT MARTBAT ISLAM ITU DR MELAYU!ISLAM DALAM BAHAYA KERANA SERANGAN BARAT MELALUI HIBURAN DLL BEGITU MEMBIMBANGKAN,DAN KITA KENA BKERJASAMA UTK MENGATASI GEJALA SOSIAL YG MELAMPAU DI KALANGAN UMAT ISLAM!

XPERLU SIAPA2 DISINI NK BHUJAH MGATAKAN PENDAPAT MSG2 BTOL,MSG2 BLH WAT PRNILAIAN..JGN KITA MNAMBAH PEPECAHAN DIKALANGAN UMAT ISLAM KITA INI..

BIASALA BERBEZA PENDAPAT..RAMBUT SMA HITAM,ADA YG PERANG,KULIT BLAINAN WARNA,TENTULA KITA BERBEDA PENDAPAT..TP PENDAPAT INI HANYALAH PARA2 YG FURO'(PKARA YG BLH DIBNCANGKAN)
LBH BAIK KITA BDIRI ATS LANDASAN ISLAM BERSAMA2 MENEGAK DAN MERMARTABATKAN ISLAM.

SO FOR ALL MY BROTHER N SISTER HERE...

THE CHALLENGE THAT WE ARE FACE ARE REAL..

THE TIME HAS COME FOR US TO SET ASIDE CHILDISH THINGS..

TIME HAS COME TO REAFFIRM OUR ENDURING SPIRIT..

WE GOT HERE BCOZ WE HAVE CHOOSE HOPE..

ALL ARE EQUAL,ALL ARE FREE AND ALL DESERVED
A CHANCE TO PURSUIT THE FORMATION OF HAPPINESS.

THE WORLD HAS CHANGED AND WE MUST CHANGE WHITHER.
IS REQUIRED FOR US NOW IS THE NEW ERA OF RESPONSIBILITY.



SALAM..

Joe said...

SAMA2 KITA HAYATI N NILAI SAJAK BEKAS PM BN..

WALAU AKU X STUJU BYK DGN DIA N BENCI PD APA YG DIA LAKUKAN TP ADA JUGAK BNDA YG DIA BUAT N KATA BTOL..


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

combat said...

lebih baik diam klu xpaham takut terbatal AQIDAH kerna kata2.. hukum ALLAH bkn boleh didebat malah WAJIB laksana tanpa ragu2.. semua tu dh tertulis dlm AL-QURAN.. ayat2 AL-QURAN adalah AYAT2 ALLAH.. ragu dgn HUKUM AL-QURAN bermakna kita ragu dgn ALLAH.. NAUZUBILLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.