Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 12, 2009

Sepatutnya GST Hanya Untuk Pengundi Dan Penyokong UMNO/Barisan Nasional Sahaja

Setelah puas merompak duit Petronas, nampaknya masa untuk merompak duit rakyat pula. Kali ini rompakan dilakukan terus dari poket rakyat sendiri.

Tahun 2009 adalah tahun yang amat sedih bagi kerajaan BN dari segi pendapatan. Ini kerana:
a. Pungutan cukai korporat merudum kerana keadaaan ekonomi dunia yang merudum. Dicampur dengan kadar ekspot yang menurun akibat kejatuhan ekonomi Amerika dan sekaligus ekonomi dunia
b. Pendapatan Petronas juga merudum kerana kejatuhan harga minyak yang pada satu waktu dahulu mencecah USD140 satu barrel. Kadar terbaru hari artikel ini ditulis adalah pada USD 69.87 ( untuk jenis Texas Sweet Crude).
c. Kadar pelaburan asing juga hampir-hampir ke tahap berhenti sama sekali ke Malaysia. Ertinya penjanaan ekonomi yang diharapkan dari pelaburan asing juga tidak boleh diharapkan langsung.

Pada waktu yang sama, perbelanjaan kerajaan BN tidak nampak kadar pengurangannya. Tiada usaha serius memerangi rasuah dan pembaziran. Amalan “tender terbuka” tidak dipraktikan dengan serius dalam pentadbiran kerajaan Pusat. Sedangkan tender terbuka akan menyelamatkan wang rakyat dengan begitu banyak serta menjamin orang-orang yang layak dalam menerima kontrak mendapat kontrak tersebut.

Perbelanjaan kerajaan BN masih terdedah dengan korupsi dan pembaziran mengagalkan usaha kerajaan untuk menjana ekonomi hasil dari perbelanjaan kerajaan Malaysia. Sepatutnya ekonomi menjadi lebih baik dan terjana akibat dari perbelanjaan kerajaan. Namun, apabila duit tersebut hanya masuk dalam kantong kroni dan UMNOPUTRA, maka ianya hanya menjadi kepunyaan beberapa orang sahaja dan rakyat jelata menderita.

Satu lagi trend yang menghairankan adalah pengekakalan “budak-budak tingkat 4” oleh Najib. Boleh dikatakan kesemua “Budak-Budak Tingkat 4” dikitar semula dan diletak di beberapa tempat yang strategik.Ertinya tindakan-tindakan mereka dahulu tidak pernah dipandang sebagai tindakan-tindakan serong oleh pentadbiran yang ada sekarang ini.

Sehinggakan ada ura-ura untuk memberi jawatan Timbalan Menteri kepada menantu mantan PM. Saya tak nampak ekonomi yang berasaskan “Kronisma, Nepotisma dan Korupsi” yang dipacu UMNO ini akan berubah. Walaupun, pemimpin negara berubah, tapi amalan masih sama.

SPRM cuma berguna untuk mensabotaj dan membunuh pembangkang semata-mata. Tidak digunakan untuk membentra rasuah dan salah guna kuasa terutama yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pilihanraya Umum Akan Dipercepatkan, Sebelum GST Diperkenalkan


Maka, GST telah diperkenalkan. Setelah segala hasil mashul negara telah dirompak, maka tibalah masanya kerajaan merampok wang yang ada dalam poket-poket rakyat jelata.
Perkara ni kita dapat belajar dari “Orde Baru Suharto”. Suharto mampu bertahan sebagai dictator Indonesia selama 32 tahun. Selama pemerintahan Suharto, tiada pembangkang yang wujud. Semua yang membangkang akan dihapuskan.

Tetapi, apabila perampokan selama 30 tahun itu telah menyebabkan Pertamina bangkrupsi, maka barulah bermula kelemahan rejim Suharto. 3 tahun sebelum Reformasi berjaya menjatuhkan Suharto, wang minyak Indonesia telah kering. PERTAMINA sudah hampir bangkrap pada masa itu, sama seperti Petronas sekarang ini.

Dan, apabila berlaku kemelesetan ekonomi yang begitu teruk, maka jatuhlah regim Suharto. Soalan kepada rakyat Malaysia, adakah kita akan biar Malaysia menjadi bangkrap baru kita hendak menukar kerajaan korup dan rasuah Barisan Nasional ini?
Saya sokong GST dikenakan hanya kepada pengundi serta penyokong UMNO dan Barisan Nasional sahaja.

Waktu saya bekerja dahulu, saya pernah memberi nombor akaun saya kepada salah seorang penyokong kuat Barisan Nasional dalam ofis saya itu. Saya minta dia membayar kos told an cukai saya kerana tol dan cukai ini adalah produk Barisan Nasional. Dia adalah antara yang telah mengundi UMNO dan BN. Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong.

Sekarang ini saya mendapat maklumat, orang itu telah bertukar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Saya sarankan keseluruhan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat untuk berbuat demikian. Tak payah nak bertekak atau berdebat dengan orang-orang UMNO ini. Berikan nombor akaun bank kita dan suruh mereka masukkan duit tiap2 bulan untuk “cover” kos GST, tol, cukai itu dan ini dsbnya. Tak payah nak susah-susah bertekak dan berdebat. Orang putih kata “Money Talks”.

Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong perompak-perompak ini. Agaknya, pemimpin-pemimpin PAS ni pun bercadang untuk jadi perompak juga.
Satu untuk kau, satu untuk aku. Hahahahaha

Tulang Besi

8 comments:

ataspagar said...

budak2 tingkat 4 tu satu hal.. tu yg nenantu TGNA tu apa cerita lak.. sampai org dah panggil KJ Kelantan.. org kalau dah ada kuasa camtu lah.. lupa diri.. tu baru pegang kelantan tu.. kalau pegang malaysia ni tak tau lah.. sma jer kut perangai depa ni.. asal ada kuasa mulalah lupa pada matlamat asal.. semuanya nak kayakan keluarga.. kita jugak yg jadi barua..

Anonymous said...

Blogger ataspagar said...

budak2 tingkat 4 tu satu hal.. tu yg nenantu TGNA tu apa cerita lak.. sampai org dah panggil KJ Kelantan.. org kalau dah ada kuasa camtu lah.. lupa diri.. tu baru pegang kelantan tu.. kalau pegang malaysia ni tak tau lah.. sma jer kut perangai depa ni.. asal ada kuasa mulalah lupa pada matlamat asal.. semuanya nak kayakan keluarga.. kita jugak yg jadi barua..

December 12, 2009 5:42 PM
.

Aikk kan dia dah letak jawatan atas arahan Tok Guru?

Kao ni bute ke bengap?

ataspagar said...

tu namanya dah terantuk baru tengadah.. kalau ko faham peribahasa lah.. kalau tak faham ko lagi la bengap ... sepatutnya dari awal2 lagi tak lantik... tu lah kroni nak kayakan krluarga namanya.. nak letak jawatan pun liat ya amat..

wirautama said...

TB kata "Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong perompak-perompak ini. Agaknya, pemimpin-pemimpin PAS ni pun bercadang untuk jadi perompak juga.
Satu untuk kau, satu untuk aku. Hahahahaha
"

ko lihat saja akibat tindakan tak cerdik (baca BODOH) ko membuka ruang yg luas untuk org hentam Tok Guru.. tapi tak tahu lah kot2 Tok Guru restu tindakan mu ni.., Topeng Perok mungkin dah bawak cadangan aku supaya serma artikal bwk ke Tok Guru tengok apa Tok Guru kata.. tapi senyap je.. entahlah kot2 Tok Guru restu.. mu pun asik sebuk Tok Guru je yg lain semua bodoh belaka..

Anonymous said...


ko lihat saja akibat tindakan tak cerdik (baca BODOH) ko membuka ruang yg luas untuk org hentam Tok Guru.. tapi tak tahu lah kot2 Tok Guru restu tindakan mu ni.., Topeng Perok mungkin dah bawak cadangan aku supaya serma artikal bwk ke Tok Guru tengok apa Tok Guru kata.. tapi senyap je.. entahlah kot2 Tok Guru restu.. mu pun asik sebuk Tok Guru je yg lain semua bodoh belaka..
.

Woii Wiraburuk,

Kau tu standard Bangla Alam Flora. Berenti lah bercakap macam orang bodoh.

Bukan Tok Guru menentang 100% ke usaha nak bawa PAS dekat dengan UMNO.

Apa kena mengena artikel ni dgn serangan atas tok guru.

Tok Guru Nik Aziz kena fitnah. itu je.

Anonymous said...

YG BODOH ialah rakyat malaysia yg bodoh mengundi BN !! BODOH SQUARE !!

wirautama said...

TB mu tengok saja apo org kata budak2 tingkat 4 tu satu hal.. tu yg nenantu TGNA tu apa cerita lak.. sampai org dah panggil KJ Kelantan.. org kalau dah ada kuasa camtu lah.. lupa diri.. tu baru pegang kelantan tu.. kalau pegang malaysia ni tak tau lah.. sma jer kut perangai depa ni.. asal ada kuasa mulalah lupa pada matlamat asal.. semuanya nak kayakan keluarga.. kita jugak yg jadi barua..

ko pulok jawab - "Aikk kan dia dah letak jawatan atas arahan Tok Guru?

Kao ni bute ke bengap?
"

aku kata - elok ah tau.. ko maki dia sdgkan dia tak maki pun ko.. molek ah tu.. org kan kata biasa ah org PAS (klu mu mmg org PAS, tapi aku muskil) mmg suka maki org, tadok akhlak.. ckp ttg islam, maki sesama Islam mainan je.. ikut tok guru dia ah tu..

lepas tu ataspagar lok kata - "tu namanya dah terantuk baru tengadah.. kalau ko faham peribahasa lah.. kalau tak faham ko lagi la bengap ... sepatutnya dari awal2 lagi tak lantik... tu lah kroni nak kayakan krluarga namanya.. nak letak jawatan pun liat ya amat.."

so apa ko nok jawab.. tak betul ke dia kata?

aku ingat ko yg duk cakap pasal perspeksi, pandai sangat pasal perspeksi..

ish! tak de ke sapa2 yg nak bawak artikal2 TB ni wak jumpa TGNA atek ke? tunjuk pada Tuan Guru dia setuju ke dgn apa yg "anak didik?" dia buat

Grand Marquis said...

Saya dah terfikir pasal ni, dan tiba-tiba ada pula orang yang tulis.

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/12/btn-bukti-nik-aziz-jadi-lembu-kepada.html

Mana dia integriti PAS?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.