17 Disember 2009
Tengku Fakhry saman pemangku Sultan K'tan
Ada sesuatu yang bergolak di istana Kelantan apabila Tengku Muhammad Fakhry Petra mencabar kesahan tindakan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra melucutkannya daripada majlis perajaan negeri.
Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai tengku mahkota Kelantan, kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.
Tindakan anakanda ketiga Sultan Kelantan itu susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.
Tengku Muhammad Fakhry (foto), yang menang dalam kesnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot baru-baru ini, menamakan kekandanya itu, sebagai pemangku raja, sebagai responden.
Turut dinamakan dalam tindakan undang-undang itu ketua setiausaha negeri, mufti negeri, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja dalam samannya.
Setiausaha kerajaan negeri juga merupakan setiausaha majlis tersebut.
Tengku Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mendakwa pelantikannya dalam majlis tersebut adalah sah kerana ia dibuat oleh bapanya.
MalaysiaKini/-
Sepatutnya Raja Raja ni fikirkan pasal rakyat dari bergaduh sesama sendiri.Saya memang dah zero keyakinan dah kepercayaan saya apd Istana ni.Cakap apa saja yang positif pasal mereka pun say tak percaya.Cukuplah kemelut politik Perak menjadi pengajaran kepada saya.
ReplyDeleteEoklah Istana Istana mengkaji balik kedudukan mereka dimata rakyat serta memperbaikinya sebelum segala galanya terlambat bagi mereka.
bakper pulok mung dok berani nok komeng banyok² ?
ReplyDeletemung takut kena samang?...
kalu terhadap pimpinan sendiri bukang maing lg mung ni yer...
basser tikang tangdang...
Hoh betol jugok.
ReplyDeleteBakper TB mung jadi tikus ekor kontot bab istana nih?
Bila ulamak hok rakyat pilih jadi pimpinan jamaah, mung terrer giler hentam dok pakai otak.
Ate kalu mung dok berani komeng, bakper mung wat posting?
Kira nok bikin gempaq ler. Kira mung ni peke apa berlaku.
Lain kali sebelum mung wat posting, makang ubat dulu. Jenis mung nih kalu dok makang ubat, gelepar macang ikang kena tuba.
Kesiang mung.
apa pula komen TB terhadap titah Sultan Selangor untuk pihak executive berbaik dengan pegawai kerajaan yang TB kata khianat dengan PAS???
ReplyDeleteTulang Besi bukang takot dan bukang tikuh... dok kang la dio nok perang dengan semo orang,kang? Kena simpang jugok peluru untuk perang besor-besor.
ReplyDeleteLagipun raja dok serang kite...
mdoa & ddoa!!!!
ReplyDeletepeelah jpa ahli2 doa...
mhon doa tlak bala myelamatkan
istana kelenten...
hrap2 jgn tsalah doa..tkut2 blak
mnimpa mpus ko.jk bdoa sbut btul2
jgn pelastic jd pelastian....
muuuuaaaaahhhhh
Anonymous Anonymous said...
ReplyDeleteTulang Besi bukang takot dan bukang tikuh... dok kang la dio nok perang dengan semo orang,kang? Kena simpang jugok peluru untuk perang besor-besor.
Lagipun raja dok serang kite...
December 17, 2009 3:59 PM.
Sebabnya saya tak nak komen:
a. Kes ni adalah kes bergaduh anak beranak. Air dicincang takkan putus.
b. LAgipun bukan ada duit rakyat yang dimakan atau dibazirkan dalam hal ni
c. Tulang Besi konfiden isu ini akan selesai dengan baik. Inshaalah, pihak Istana akan merujuk pada Tok Guru dan masaalah ini dapat diselesaikan dengan baik demi rakyat Kelantan dan Islam
Tulang Besi
ReplyDeleteHarap harap Kerajaan Pusat tidak akan menaikkan kadar cukai pendapatan Individu dari 26% (Tahun 2010) ke 30%.
Itu saja harapan rakyat yang agak daif sekarang ini akibat kejatuhan merudum ekonomi negara akibat gilakan harta harta dunia oleh pimpinan agong negara dan kerabat kerabatnya yang tidak focus kearah membaik-pulih kemasukan pelaburan asing kenegeri-negeri kawalan Barison National.
TB kata:
ReplyDeletec. Tulang Besi konfiden isu ini akan selesai dengan baik. Inshaalah, pihak Istana akan merujuk pada Tok Guru dan masaalah ini dapat diselesaikan dengan baik demi rakyat Kelantan dan Islam
Di sini saya rasa TB agak ketinggalan sikit bab-bab politik Kelantan. TB tak tahu ka yang berapa tak ngamnya antara Pihak Istana ngan Kerajaan Kelantan.