Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 2, 2009

Tulang Besi Dapat Dokumen2 Lagi

Syukur ada insan yang telah mengemail beberapa dokumen yang cukup berharga di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan. Cumanya saya sedang berfikir lagi samada mahu mendedahkan dokumen2 ini atau tidak. Pada waktu yang sama, Tulang Besi juga telah mendapat 2 audio file berbentuk WAV yang juga boleh mengegarkan Fraksi UMNO dalam PAS.

Untuk para pembaca sekelian, sekiranya anda ada apa2 maklumat dalam bentuk dokumen atau rekording atau apa sahaja, boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada malaysiawaves@rocketmail.com.

JAngan takut untuk mendedahkan kebenaran kerana rakyat Malaysia ada 100% hak untuk mengetahui apa sahaja penyelewengan yang berlaku. Kalau kita takut dan segan, maka kemungkaran akan berleluasa dan akhir sekali Allah SWT akan menurunkan bala dan kemurkaan Nya ke atas kita.

Biar kita susah sedikit sekarang, jangan kita susah bilamana turun bala dari Allah SWT.

Tugas blog dan Malaysiawaves adalah amar maaruf dan nahi mungkar. Misalnya, apabila saya menaikkan isu mengapa pemimpin2 Pemuda dalam PAS Selangor boleh bertukar kereta kepada kereta mewah tidak sampai setahun memegang jawatan dalam Pemuda, saya bertujuan untuk mencegah budaya bermewah-mewah dalam PAS.

Saidina Umar Al Khattab hanya jadi papa apabila beliau jadi Khalifah dan Amirul Mukminin. Sebelum Saidina Umar jadi Khalifah, mana ada kita dengar Saidina Umar nak pinjam duit dsbnya. Cerita-cerita "penderitaan" Saidina Umar ini hanya didengari selepas beliau jadi Khalifah Islam.

Namun, di bawah pemerintahan Saidina Umar, 4/5 empayar Rom Timur dan keseluruhan Empayar Farsi jatuh tersungkur di bawah telapak kaki Islam. Selepas peperangan Yarmuk, Maharaja Heraklius telah mengurung diri beliau dalam bilik dan tidak kelihatan lagi sehingga lah beliau mati.

Kalau kita tidak bendung budaya ini sekarang, apa yang orang biasa di luar akan kata sedangkan pemimpin-pemimpin PAS harus menunjukkan akhlak dan tindak tanduk yang bertaraf mulia supaya orang2 diluar akan rapat dan jinak dengan Islam.

Juga, saya rasa pelik kenapa Pemuda2 Selangor boleh tukar kereta mewah sedangkan pada Hari Raya Haji baru-baru ini, tiada bonus yang diberikan kepada Guru2 PASTI di Selangor? Bukankah wang yang lebih itu sepatutnya digunakan untuk jemaah dan untuk Islam?

Dari beli mercedez, misalnya, apa salah beli Avanza atau Exora? Kemudian duit lebih tu bayar rumah.

Apabila kita lihat pemimpin-pemimpin pemuda gila pakai kereta mewah, ia juga menunjukkan pemuda2 PAS tidak pandai mentadbir kewangan. Ini kerana wang yang lebih harus digunakan untuk membayar rumah dahulu kerana kereta adalah eset yang "depreciate". Kita ada kereta mewah2 pun, tak boleh jadi pusaka. Tapi rumah boleh.

Dan BANYYAAKKKK lagi aktivis-aktivis PAS dalam Selangor ni yang sempit dari segi kewangan. Apa salah bantu mereka sedikit?

Patutlah diorang ni ke hulu ke hilir jaja pasal wala'.

Berkenaan dengan dokumen2 yang saya dapat, jelas ianya membuktikan bahawa budaya bermewah-mewah dalam PAS ni harus dibendung sekarang sebelum membarah. Kalau kita tidak bendung sekarang, kita akan jadi UMNO dalam beberapa tahun yang lagi.

Tulang Besi

ps anggaplah ungkapan dalam blog ini satu muhasabah

75 comments:

Anonymous said...

Betul apa yang dikatakan oleh TB tu. Rakyat akan lihat parti mana yang pemimpinnya hidup mewah melebihi kemampuan. Rakyat sekarang sudah cerdik dan berpelajaran, kami malah majoriti rakyat Malaysia boleh "swing" undi dlm PRU 13 kepada mana-mana parti yang dilihat tidak korup. Berapa sangat bilangan undi dari golongan yang tidak dapat mengikuti pekembangan semasa. Awas kepada semua parti yang ada.

Anonymous said...

Bravo Tulang Besi! Bongkar kedurjanaan, tegakkan yang adil dan benar.

Firdaus Omar said...

Dedahkan saja saudara Tulang Besi. Pedulikan dengan segala kata nista. Yang benar tetap benar dan sebaliknya yang salah tetap salah.

Anonymous said...

TB,

Ana nak buka satu cerita benar yang ana sendiri alami diPilihan Raya Kecil Manik Urai tempoh hari.Sambil duduk dekat warong depan Markas Induk PAS(Main road keKuala Kerai),didepan markas tu berparkinglah kereta besar-besar kepunyaan pemimpin PAS dengan nombor plate yang pelbagai.Kebanyakannya nombor plate Kelantan.
Seorang penduduk tempatan berkata kepada saya:" Tengok,orang PAS semua dah kaya,kita saja disini yang hidup susah.Bukan senang hidup toreh getah".Bersembang dengan dia lagi,ana dapati beliau adalah pengundi Manek Urai.Tak heiranlah diManik Urai PAS menang cuma 65 undi.Tak belajar lagi?

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi

Dalam isu bermewah2 walaupun baru setahun PR memerintah ini, saya sokong Tulang Besi 150%. Bukan saja Pemuda PAS bahkan kepada semua pemimpin politik dari mana2 parti pun tak kira pemuda,wanita atau lain2.

Tunjukkan kepada saya bahawa PAS sebagai mewakili umat Islam di Malaysia mampu untuk merubah scenario politik semasa di Malaysia yang lebih cenderung kepada politik rhetorik. Cakap saja bak macam malaikat, tapi tak sanggup menghidupkan apa yang dituturkan.

Dedah, jangan tak dedah demi menegakkan kebenaran dan membongkarkan kepalsuan.

Lancang Biru

izi said...

Betul la tu. saya sokong sangat.

Apa salahnya gunakan duit tu untuk bantu aktivis2 PAS yang ramai bermasalah kewangan di zaman2 gawat ni. alasan nanti kalau diberi macam menggalakkan budaya subsidi?? huh!
kalau depa2 semua memang ada perniagaan sendiri yang betul2 menguntungkan hasil titik peluh sendiri (bukan hasil dari penerimaan kontrak2 ehsan!) tidaklah kisah sangat sebab dah duit sendiri. tapi kalau sumbernya meragukan ... hmmm elok cermin diri sendiri apa sumbangan pada agama, negara dan rakyat.

kat selangor ni .. apa program rakyat yang PAS buat untuk mendekati rakyat dan berdakwah pada bukan Islam?? bukan yang kecik2 .. tapi yang major. ada? BTN diharamkan pun hasil 'idea' pemuda2 PKR dan DAP. ada PAS yang tandatangan sokong memorandum tu?? kesannya .. teringin jugak si amngok yang dah gelabah tu nak 'upgrade' BTN tu. apa buah tangan bekas orang BTN dalam PAS selangor dalam isu ni? jadi pak turut je?

kadang2 bercakap dengan PAS ni bagai mencurah air di daun keladi. geram sungguh!!

Tulang Besi said...


Apa salahnya gunakan duit tu untuk bantu aktivis2 PAS yang ramai bermasalah kewangan di zaman2 gawat ni. alasan nanti kalau diberi macam menggalakkan budaya subsidi?? huh!
kalau depa2 semua memang ada perniagaan sendiri yang betul2 menguntungkan hasil titik peluh sendiri (bukan hasil dari penerimaan kontrak2 ehsan!) tidaklah kisah sangat sebab dah duit sendiri. tapi kalau sumbernya meragukan ... hmmm elok cermin diri sendiri apa sumbangan pada agama, negara dan rakyat.
.
Dulu2 zaman sahabat2 perkara biasa bagi duit sesama sahabat terutama yang tak mampu.

Bagi pun tak banyak, satu darham dua darham sebulan

Takda hal.

Kenapa skrg ni tak nak hidupkan sunnah tu?

LA said...

Cakap cakap tak serupa bikin. berapa banyak yang Tulang Besi sumbang kepada kawan yang sengkek.

Dengar cerita Tulang Besi ni kaya raya. Itu sebab Suwardi nak saman. Kalau sengkek buat apa saman, buang masa aje. So sumber kekayaan tu harap2 tak meragukan lah.

Tulang Besi said...

Blogger LA said...

Cakap cakap tak serupa bikin. berapa banyak yang Tulang Besi sumbang kepada kawan yang sengkek.

Dengar cerita Tulang Besi ni kaya raya. Itu sebab Suwardi nak saman. Kalau sengkek buat apa saman, buang masa aje. So sumber kekayaan tu harap2 tak meragukan lah.

December 2, 2009 1:29 PM
.

Kalau aku bagi pun perlu ke aku repot kat kau?

Kau sapa?

Ada bukti tak aku tak tolong orang sengkek?

Anonymous said...

TB,

tak payah nak heboh pasal rakaman audio masa pertemuan hassan ali dengan blogger dulu..pasal bai'ah yang dikatakan dan di komfomkan oleh nasharuddin mat isa..

aku nak cakap ngan ko..cuba ko tanya al-banjari atau albrangi tuh mamat 2 orang yang buat rakaman video malam tuh..cuba ko selidik dari mana 2 orang yang datang tuh sampai berani ambil rakaman video..

hantu rumah depan masjid al-gufron

ahmad said...

Ya Allah Ya Tuhanku...apa nak jadi dengan Tulang Besi ni...sekiranya kamu banyak sangat bukti bawa la mesyuarat..Islamkan menganjurkan mesyuarat..perbuatan kamu ni teruk sangat..moga Allah beri kesedaran pada kamu..ameen...daripada insan yang begitu pedih jiwa tatkala melihat tulisan dan pendedahan kamu yang menghancurkan parti Islam PAS..ameen...

Billionaire Melayu said...

tu la keje hang pa,yg duk belanja kecil2 pun dah kecoh sekampung, yg penyelewengan besar besaran spt royalti minyak, PFKZ yg berbilion-billion-billion ringgit tu ape cite bro?!!!!!! yg terang lagi bersuluh di audit oleh ketua audit negara, ditambah pulak dgn rasuah yg telah di perakui oleh chedet tuu apa citerrrrrr....hampes

Anonymous said...

Sekali sekala nak guna keta besar apa salahnyer..

Anonymous said...

INILAH SIFAT ORNG MELAYU..TAK BOLEH TENGOK BANGSA SENDIRI SENANG... BIARLAH DIAORANG PAKAI KERETA MEWAH, KAN ITU DUIT HASIL TITIK PELUH DIAORANG, BUKANNYA DUIT RASUAH..

Leyza said...

Tahniah TB, teruskan perjuangan yang murni itu, jangan biarkan pemimpin politik menjadikan agama sebagai candu. Mereka hidup mewah di atas rakyat yang ketagihan candu.

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada pembaca muslim semua.

Saya berpesan kepada TB dalam mengendalikan laman ini. Dedahkanlah sebarang kemungkaran yang ada tetapi jangan sesekali mendedahkan keaiban orang.

Sebaik-baiknya sebelum didedah, salurkan dahulu maklumat itu kepada pihak yang difikirkan boleh sebagai bahan pencuci. Tunggu dulu mereka cuci. Tetapi jika masih tidak dicuci, barulah langkah pendedahan dibuat.

Musuh akan mencari kelemahan lawan bukan mencari kekuatan lawan

CTK said...

manusia ada nafsu...biasa lah x kira parti masing2 ada nafsu...mengucap dua kalimah syaadah dah jadi org islam tapi nak jadi org2 yg beriman yg susah...sebab tu dlm al-quran byk tmpt Allah guna "yaa ayyuhalazi na aa manu..."..

Anonymous said...

Woii aku pun salah sorang ajk pemuda kawasan selangor, aku pun pakai kereta mewah.. tapi kereta tu aku beli hasil titik peluh kerja dgn company yang bagi gaji & elaun aku.

Salah ke?

Infaq pada Pas pun beribu aku bayar, salah ke aku nak pakai kereta mewah?

Ada aku curi duit rakyat ke?

Anonymous said...

kamu selidik kew maner dtg nyer duit bli kerete 2??? jgn la memandai2 oi... sesungguhnya fitnah itu lebih besar dari membunuh.. kamu tidak sedar kita di bawah naungan kerajaan yang menghalalkan perjudian dan arak?????
bende yang terang kamu xnmpak... bende yang kamu xtau kamu beria2 sebarkan..
sesungguhnya ALLAH melaknat hambanya yang membawa fitnah..
wasalam..

Anonymous said...

TB,

Salam..

Saya nak nasihatkan.. kenapa berat sebelah.. kena la adil..

anak pemimpin umno pun pkai kete sport.. tinggal di penthouse di area klcc..

tak payah belajar tinggi2 terus jadi gm..

Anonymous said...

Skali lagi..tahniah tb..truskan..jgn berhenti..kasik hancus trus ini PAS ..
Mursidol da nyanyok, tang org takleh haram tang dia leh halal..hee..president wat taktau jer..gua sokong lo tb...
Gua ingat kalo pangkat mursidol tu leh di pertandingkan gua nak calonkan lo la..
Preident pon leh gak untuk lo.atau kalipah ke ..heeee

Tulang Besi said...

manusia ada nafsu...biasa lah x kira parti masing2 ada nafsu...mengucap dua kalimah syaadah dah jadi org islam tapi nak jadi org2 yg beriman yg susah...sebab tu dlm al-quran byk tmpt Allah guna "yaa ayyuhalazi na aa manu..."..

December 2, 2009 4:52 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Woii aku pun salah sorang ajk pemuda kawasan selangor, aku pun pakai kereta mewah.. tapi kereta tu aku beli hasil titik peluh kerja dgn company yang bagi gaji & elaun aku.

Salah ke?
.

Kalao kao buleh justify kao punya income dan sumber.

Mamat2 ni semua mana ada kerja gaji besau mcm kau, tapi buleh bawak kereta lagi mahal dari rumah aku

Kau cuba pikir la

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum kepada pembaca muslim semua.

Saya berpesan kepada TB dalam mengendalikan laman ini. Dedahkanlah sebarang kemungkaran yang ada tetapi jangan sesekali mendedahkan keaiban orang.

Sebaik-baiknya sebelum didedah, salurkan dahulu maklumat itu kepada pihak yang difikirkan boleh sebagai bahan pencuci. Tunggu dulu mereka cuci. Tetapi jika masih tidak dicuci, barulah langkah pendedahan dibuat.
.

Sebenarnya banyak yang saya tak dedah.

Misalnya rakaman Hasan Ali dgn Pemuda Selangor saya tak dedah sebab tu program dalaman parti.

Dan rakaman hari tu pun saya tak dedah semua atas dasar nak jaga parti

Anonymous said...

kalau nak dedah sangat dedahlah skandal khir toyo ka,abdul rahman palil ka, skandal anak onn ke dan banyak lagi skandal. Suka sangat nak dedah PAS kenapa?berapa orang bayar untuk dedah ni?

Anonymous said...

-tahniah TB, x sbr rase nye nk tau dokumen ape yg ade dlm simpnan TB..nsib baik OSA hnya pd umno, klu pas ade OSA gak, naya la hang..

-bkn stakat keta mewah je TB, cube tgk skali no plat nyer,silap2 hrga no plate hmpir same ngan hrga kete..

-bile brbncang ngan ahli bwhan yg wala' buta nie,diorang kate pkai keta mewah tak slah,sebab muawiyah pun dlu bermewah2 gak.. pkai pkaian yg mahal,kuda yg trbaik..lgplak dorang ckp tue pun slah satu bntuk dakwah khususnye pd org bukan islam,so org bukan islam xlah nmpak pejuang2 islam nie lekeh n cikai blaka..so diorang akan lbih trtarik ngan perjuangan parti..

-yg ckap kat aku nie,pkai mtor cabuk jer..wala' la korang habis2an..

-zargus-

Anonymous said...

-allo cik ahmad..skit2 bwk meeting,skit2 ke bwk g phak atasan,tp akan ade tndakan ke?..

-alih2,angkat karpet,amik penyapu,zasshh,setel kotoran degil..ye tak?..kaedah islam ke tue?..

-g repot phak atasan pun,tgk la kes hasan ali tue,dpt liputan meluas,msuk jwatankuasa disiplin,pastu ape jd?..dah dkat 2 bulan dah..msih dlm siasatan ke atau msih proses nk sapu bwah karpet?..

-pd sape yg sruh TB cri slah parti lain, hang g la cri mklumat tue then smpaikn kt TB,kan senang..dah yg die dpt maklumat brkenaan ahli pas,tadah telinga bkak mata jer la..hishh..sengal sngguh genetik cmnie..

-zargus-

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

kalau nak dedah sangat dedahlah skandal khir toyo ka,abdul rahman palil ka, skandal anak onn ke dan banyak lagi skandal. Suka sangat nak dedah PAS kenapa?berapa orang bayar untuk dedah ni?

December 2, 2009 5:33 PM
.

Ehh apa da ni? Bukan blog Malaysiawaves yang pertama dedah Khir Toyo pegi Disneyland belanja RM1.3 juta.

Dah lupa ka??

Skrg ni takda sapa nafi UMNO ni korup. ORang piau UMNO pun akui UMNO ni korup. Cuma diorang suka UMNO korup sebab diorang buleh buat duit atas angin.


Yang penting kita ni kena tunjuk kita tak korup ataupun sekurang-kurangnya kita boleh ditegur dan berubah.

Kalau kita korup, belah sana korup, abih tu macamana nak suruh orang sokong kita?

Anonymous said...

Kau sapa?

Ada bukti tak aku tak tolong orang sengkek?


ko ada ke bukti yang ajk pemuda PAS selangor tak tolong orang sengkek????

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Kau sapa?

Ada bukti tak aku tak tolong orang sengkek?

ko ada ke bukti yang ajk pemuda PAS selangor tak tolong orang sengkek????

December 2, 2009 6:14 PM
.

Ada cuma aku tak keluar je.

Kau nak ke aku keluar?

Anonymous said...

Kalau mewah dengan hasil titik peluh ( bekerja sendiri ) tak kisahlah. Yang orang sibuk dan tak nak ialah kerja sendiri juga tapi kerja melalui jual projek atau kerja ambil komision.

alahas30 said...

orang BN ni memang dasar pemalas, segala2nya nak kena suap, nk kaya dgn wang rasuah, tak macam org PAS, pegang jawatan(amanah) pun diangkat oleh ahli bukan nak kena melobi dan rasuah macam org BEEND(BN).org PAS kaya hasil titik peluh sendiri dan itu pun org BN dengki.dari hasil titik peluh tulah dilaburkan pd parti.itulh parti boleh bergerak.sah org BN tak percaya punyeee

Anonymous said...

Kalau mewah dengan hasil titik peluh ( bekerja sendiri ) tak kisahlah. Yang orang sibuk dan tak nak ialah kerja sendiri juga tapi kerja melalui jual projek atau kerja ambil komision.

Dr Ahmad Rashad said...

Weiii Pemuda PAS Selangor yang tidak cerdik.

Tahu tak Ketua Pemuda Hang kerja apa. Dia ada mana kerja tetap. Orang tanya dia, ust kerja apa? Dia mesti jawab, "Ana kerja full time dengan parti"

Kerja fulltime dengan parti apa kejadah boleh tukar mercedez lepas PRU12. Oooo cuba kelentong orang ye. Bangsa kuat menipu. Masa bila tarbiyyah PAS ajar menipu. Ooo terlupa, Nasharuddin Mat ajar menipu dulu. Jadi orang bawah pun ikut la.

Jangan ikut orang UMNO la. Kalau orang UMNO tidur dengan pompuan, takkan Ust ketua pemuda PAS selangor nak tidur dengan pompuan pulok.

Bangsa setengah pimpinan PAS ni, kepala hotak UMNO, bila ahli persoalkan dia jawab, wala'wala' wala'pada aku, sangka baik pada aku, kalau tak wala' nanti ditimpa bala. Macam arqam dah jadinya. Punyalah selekeh tahap pemikiran pimpinan pemuda. tak setaraf langsung dengan parti lain.

Patutlah pemuda PAS selangor sokong sangat hasan ali, sebab perangai dari awal sampai ke hujung semua sama belaka.

saye said...

elok la TB dedah sekarang. nanti melarat lak sampai jadi macam UMNO, tak dapat dikikis kang susah lak. lagi satu jangan la bagi alasan setaraf pak lah, "org Umno pun kaya gak" kan menampakkan kebangangang. nak sama mcm umno, masuk umno la. he he. nama dah Parti Islam. bertahun2 dok guna rumah TGNA sebagai bahan kempen. sekali dapat jawatan lupa lak srip ceramah "zuhud seorang pemimpin" yang biasa diberi he he

nik said...

serkap jarang x boleh dalam islam.kalau ada yg hidup mewah atas usaha sendiri bagaimana?fitnah tu... saya pakai kereta mewah atas dasar syukur pd usaha sendiri dan tetap bersedekah tanpa org tahu... saya x tahu pula itu salah dlm PAS.mngkin kena pergi manik urai toreh getah barulah PAS sejati....

Tulang Besi said...

Pemuda PAS S'gor nafi hidup mewah
Abdul Rahim Sabri
Dis 2, 09
2:58pm
Dewan Pemuda PAS (DPP) Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang penulis blog bahawa pemimpin dewan tersebut hidup mewah serta memiliki kereta mewah.

Timbalan DPP Selangor, Ahmad Zaidy Abd Mutalib berkata mereka, khususnya pemimpin dewan tersebut, tidak pernah hidup dalam kemewahan, seperti dakwaan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, mereka hidup sederhana, termasuk bekerja sendiri, dan tidak ada yang berjawatan besar dalam kerajaan negeri Selangor.

Selain bekerja sendiri, tambahnya, ada juga yang menjadi guru agama KAFA dan ahli majlis kerajaan tempatan, dengan elaun RM400 sebulan.

Beliau diminta mengulas dakwaan penulis blog Abdul Rahman Talib, yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi, mengenai perkara itu dalam blognya Malaysia Waves hari ini.

Abdul Rahman mendakwa beliau "rasa pelik kenapa pemuda-pemuda (PAS) Selangor boleh tukar kereta mewah sedangkan pada Hari Raya Haji baru-baru ini, tiada bonus yang diberikan kepada guru-guru PASTI di Selangor?

"Bukankah wang yang lebih itu sepatutnya digunakan untuk jemaah dan untuk Islam? Dari beli Mercedes, misalnya, apa salah beli Avanza atau Exora? Kemudian duit lebih itu (boleh) bayar rumah."

Menurut Tulang Besi lagi, beliau membangkitkan isu tersebut bertujuan untuk mencegah budaya bermewah-mewah dalam PAS.

Penulis blog itu seorang aktivis yang rapat dengan PAS dan sering mendedahkan konflik dalaman parti itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaidy menyifatkan tulisan Tulang Besi itu sebagai "mengarut dan berniat jahat" kerana mengaitkan perkara itu dengan PAS.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan pula, ketika dihubungi berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menghubungi Pemuda PAS Selangor untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai dakwaan tersebut.

"Secara umumnya, pejuang-pejuang Islam diajar hidup secara sederhana.

"Kalau ada yang tukar-tukar (kereta), hidup mewah, saya rasa tidak berlaku. Bagaimanapun, kita akan siasat," katanya.

Tulang Besi said...

Hai la Zaidy, kao cuba bagitau kereta apa kao pakai?

Tapi Zaidy ada hak pakai kereta2 macam tu sebab dia sejak asal businessman.

Saya tak marah Zaidy sebab dia pejuang Islam yang ikhlas

Tulisan saya pun takda lah tuju pada dia sebab saya tahu dia businessman.

Para pemberi komen dalam blog saya ini sudah cukup

Sebal said...

Salam , gue memang sebal dgn TB kali ni...sebab dia dah jadi terlalu PHD..dgn pemuda PAS>..kesian DPP selangor..hangpa klo ada duit beli aje keter mewah tu..pedulikan apa yg d kata TB..dia dengki tu...keter mewah lani sesuai utk DPP sebab selalu p merata tempat..takan mau bawa proton..tak sesuai lah bro TB..EXOZA..avanza...tak cun..kena pakai 4wheel car..or toyota harrier..
lu TB awat dengki..biarkan..aje asalkan mereka mampu..

Anonymous said...

Kalau ada maklumat tolong dedahkan supaya kasi pengajaran buat yang lain

Ayunie said...

Usaha sendiri apa bendanya??

Kalau usaha sendiri, dah lama dah kaya. Tak payah Hasan Ali jadi Exco untuk pakai Mercedes.

Ini tidak, sebelum PRU12, hidup sederhana, lepas aje pilihanraya 12, tup-tup, tukar kereta. Lepas tu, ramai-ramai pergi sokong Hasan Ali. Itu bukan usaha sendiri namanya, itu adalah makan komisyen sendiri namanya.

Cubalah fikir akal yang waras sikit. Nak dapat duit macamana kalau dengan "kerja PAS sepenuh masa". Sedangkan orang meniaga pun sekarang ni ramai yang lingkup.

Ini bukannya dengki, tetapi muhasabah agar PAS jangan ikut perangai UMNO, ingat sikit rakyat marhain yang kesusahan.

Orang yang usaha sendiri,tak payah membodek Hasan Ali pun insyaALLAH ada rezeki.Ini tidak,zaman PAS kalah, hidup sederhana, lepas menang aje, tiba-tiba jadi kaya. Kan pelik namanya tu.

Anonymous said...

Saya rapat denagn pemuda PAS Selangor. Saya tahu ada yang tukar kereta mercedes dan pelbagai. Tapi saya juga tahu mereka tidak beli dengan duit haram. Sejak dahulu usahawan parti banyak membantu parti. Yang berani keluar ke hadapan membantu parti adalah usahawan yang bebas tiada kaitan dengan projrk kerajaan BN. Berniaga dengan asas peoples base. Mereka sudah ada asas perniagaan. Bila menang sudah tentu lorong yang sukar bertambah mudah. Bab kereta ni subjektif. Banyak kereta kontraktor UMNo yang sudah di naiktaraf "sorok" kerana sangkut. Peluang memakai kereta konyinental tanpa membayar muka yang besar malah hanya sambung bayar terbuka luas sejak kebelakangan ini, apa salahnya? Mahu BMW, harrier, Mercs, sambung hutang patah kandar.
Elok kiranya jika memberi komen biar adil. Saya bangga melihat rakan-rakan ini berjaya, berduit dan boleh berzakat kepada parti. Bila parti memerlukan, mereka ada dan sedia membantu. Saya sendiri sepanjang yang saya ingat sejak dulu bila bayar zakat, bayar pada PAS walaupun saya bukan ahli PAS.
Prejudis yang keterlaluan amat berbahaya kerana jika dibuat cara pukul rata dan tak kena ia akan jadi fitnah.

Berniaga adalah satu sunah dalam Islam.

Anonymous said...

Jika dahulu orang PAS atau pembangkang datang ke Syabas, atau anak syarikat kerajaan Selangor minta kerja tentu tak dapat. Hari ini mudah sedikit. Biarlah mereka berduit.

Tahukah kita mereka bagi siapa duit mereka dapat? Tak perlulah di ajar cara mereka berbelanja. Tulisn seperti ini berbau irihati dan berniat jahat.

Anonymous said...

depa pakai kereta mewah pun nak kecoh. Alahai...biasa la tu. Mcm bos company dari kecik sampai besar. Depa tu slalu outstation. Klu pakai kereta exora,lingkup la. Klu myvi pulak mcm aku bawak skrg ni, sakit gak ulang alik penang-kl. Melambung2 kereta. Bila dah sampai, pening kpala.

Dy

Anonymous said...

Perkara yang menghairankan ialah kenapa kalau kita question pegawai kerajaan yang bergaji RM10,00 lah kata kan dengan gaji banyak tu boleh ke memiliki banglo 2-3 bijik dan kereta mewah 2-3 bijik? Mana logiknya. Setahu sayalah pegawai kerajaan tak boleh berniaga. So bila ada orang menyoalkan benda ni bukan bermakna dia DENGKI tapi dia ingin tahu kebenaran dan logiknya. So stop labelling people dengki!

Budak darjah satu pun tahu kira-kira tak logik!
Kalau nak kaya berhenti jadi pegawai kerajaan dan berniagalah dan buktikan yang boleh buat untung berjuta-juta baru ada logiknya!

Anonymous said...

Masalahnya sekarang orang orang tak mahu tahu yang sumber cari makan dia orang itu halal atau tidak! Asal nampak duit aje gelojoh habis! Begitu tipis iman orang yang mengaku diri tu islam!

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Saya rapat denagn pemuda PAS Selangor. Saya tahu ada yang tukar kereta mercedes dan pelbagai. Tapi saya juga tahu mereka tidak beli dengan duit haram.
.

Rasanya tiada siapa yang kata mereka dapat duit haram.

Yang dipersoalkan sekarang adalah cara hidup mereka yang mewah sedangkan majoriti rakyat Selangor sekarang ini sedang menderita akibat inflasi dan tiada pekerjaan

izi said...

haji mahfuz dari dulu sampai sekarang dok pegi merata naik turun bas, teksi, ketapi. kapal terbang kalau jauh sungguh la kan. elok je. ohh lupa .. padan la pun sebab dia takde lesen tak reti bawak keta sendiri. tapi sampai sekarang orang2 seperti dia dan salahudin ayub tidak dipertikaikan orang pasal kereta apa depa pakai. tu kira dah terkenal seantero malaya tu. kebanyakan DPP selangor .. rakyat pun tak kenal.

dILA said...

TB, saya cadangkan tuan sembahyang hajat mintak petunjuk daripada Allah tentang the next course of action.

Sekarang apa yg berlaku kita lihat serangan sistematik terhadap nik aziz & tok guru kelihatan(memangpun) kesoorangan dalam hal ini.

document2 itu perlu didedahkan tetapi BILA MASA Yg SESUAI juga penting. so solat hajat mintak petunjuk dari tuhan

Anonymous said...

Nampaknya ramai tukang komen disini,sudah "miss the point".
(1) Ahli PAS yang bekerja dan berniaga,kalau pakai kereta besar,orang tak heiran.Ini tak payah komenlah.
(2) Ahli PAS,dulu sebelum PRU 12,sengkek tiba-tiba pakai kereta besar.Tak ada pula kerja tetap atau berniaga,cuma buat kerja parti 100%,jenis inilah yang dipersoalkan.
(3) Pergi kempen pilihan raya,bawa kereta besar,pengundi yang hidup sederhana dan miskin,akan "terasa" bahawa yang datang itu,tidak setaraf dengan mereka.Tak perlukah kita "menjaga" hati pengundi?Bagai mana pengundi akan bersama kita sekiranya mereka "berperasaan" yang mereka asing dengan kita?Ini adalah prinsip-prinsip asas untuk menarik minat pengundi kepada kita.Takkan ini pun tak tahu?
Bukan nak suruh pergi keManik Urai potong getah.Itu kerja bodoh namanya.Yang diperkatakan disini ialah "tayang kekayaan" tak kena pada tempat dan masanya,menyebabkan pengundi meluat dengan telatah kita.Itu yang diperkatakan.Ini adalah satu teguran yang membina,bukan "dengki".Kalau tak mau terima terserahlah.

Tulang Besi said...

Kalau ahli Parlimen, mereka dapat AP. Jadi mereka boleh beli Harrier dgn harga Wira baru.
Bagi bekas2 ahli parlimen ni saya tak soal sangat sebab mereka dapat "perks"sebegitu.

Yunus said...

Bodo sangat ka pimpinan Pemuda tu, sampai taktau cr duit dr sumber halal? Keja jd cikgu PASTI? Keja Apa? Biaq jelas!!! Bila tak jelas jadi fitnah kepada seluruh kepimpinan pemuda. Kalau hang fire direct kat orang tu senang kita nak setelkan. Segala kelemahan dan korupsi dalam PAS , yang hang ada bukti, sila dedahkan dengan beraninya. Aku doakan hang, mudahan selamat dan diberkati. Setiap pendedahan pasti mengundang jawapan samada penafian atau senyap camtu ja. Yang tu kita nak. Tak maula bila isunya hanya pada seorg pimpinan tapi sat orang ni buka mulut , sata pulak pimpinan len pulak jawab. Tak masyuk la. Buang masa. Kena bagi cepat sikit proses penyucian ni. Tak payah nak berlapik2, guna ja "magnum sniper" hang. Kasi kena punya. Bila betoi isu tu , harus ada penjelasan dan perubahan yang menjamin kebaikan Parti, jika tak betoi sama-sama kita terima dengan senang hati.

Ok Adios.

Salamz.

Yunus said...

Bodo sangat ka pimpinan Pemuda tu, sampai taktau cr duit dr sumber halal? Keja jd cikgu PASTI? Keja Apa? Biaq jelas!!! Bila tak jelas jadi fitnah kepada seluruh kepimpinan pemuda. Kalau hang fire direct kat orang tu senang kita nak setelkan. Segala kelemahan dan korupsi dalam PAS , yang hang ada bukti, sila dedahkan dengan beraninya. Aku doakan hang, mudahan selamat dan diberkati. Setiap pendedahan pasti mengundang jawapan samada penafian atau senyap camtu ja. Yang tu kita nak. Tak maula bila isunya hanya pada seorg pimpinan tapi sat orang ni buka mulut , sata pulak pimpinan len pulak jawab. Tak masyuk la. Buang masa. Kena bagi cepat sikit proses penyucian ni. Tak payah nak berlapik2, guna ja "magnum sniper" hang. Kasi kena punya. Bila betoi isu tu , harus ada penjelasan dan perubahan yang menjamin kebaikan Parti, jika tak betoi sama-sama kita terima dengan senang hati.

Ok Adios.

Salamz.

Anonymous said...

itulah kemajuan pas masa kini...ahlinya sudah semakin diterima oleh para profesional..dokter, jurutera, pensyarah dan berbagai lagi..mereka ni berkemampuan membeli dan tak guna pun duit rakyat. Tak kan dokter tak boleh pakai kereta mewah...apa ketua cawangan umno saja yang boleh pakai ke..kalau umno baru gua cuak..kebanyakkan ketua cawangan paras spm aja..tak reti mentadbir, pun pakai mez, lesen pun lesen kopi..akar umbi macam saya ni asyik kena bambu...politik ni memang gila...bongkar...bongkar..

BUJANG SUSAH said...

Salam saudara.. sedikit mutiara kata yang dikutip dari - Amri el Wahab -

"Kalau kita hendak menasihati orang Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala. wallahualam.

Semoga saudara senentiasa dirahmati Allah.

Anonymous said...

Tulang Besi,

Kami sangat berterima kasih dan mencadangkan anda mendedahkan segala kepincangan/skandal/keburukan ahli dan PAS itu sendiri.

Biar keburukan hamPAS ini dapat diketahui oleh semua rakyat dan terus berkubur.

Teruskan Tulang Besi, kami menyokong 200%. Kami sentiasa mendoakan anda terus berani dan menghancurkan hamPAS ini.

Terima kasih kerana memudahkan kerja kami. Lebih mudah inya dihancurkan dari dalam parti itu sendiri.

abuulwan said...

Salam.

Pada pendapat saya, sekiranya pemilikan kereta mewah itu dibeli dengan duit dari hasil titik peluh mereka sendiri, apalah salahnya. Mereka sememangnya berhak ke atas duit tersebut. So, tak perlulah kita perikaikan.

Tetapi, sekiranya ianya diperoleh dengan cara yang salah, perlulah mereka diberi peringatan.

Namun, saya percaya, mereka-mereka di pimpinan adalah mereka yang tetap dengan perjuangan.

Kalau dah guna kereta mewah sekalipun, tetapi masih tetap dan terus berjuang, apa salahnya? Kan lebih baik. Gunakan pulak kenderaan yang mereka miliki itu, untuk perjuangan parti dan agama, MasyaAllah. Alahkah hebatnya!

shahray said...

SELAGI BENAR! TEGAKAKAN KEBENARAN! NYATAKAN KEBENARAN!
PARTI ISLAM IKUT CARA ISLAM!
JGN IKUT CARA UMNO!

stravi14 said...

Apa punya bodoh TB ni. Saya pun pemuda PAS, keje ok la jugak. Ade la duit skit nak beli kete besar skit. Salah ke? Kitaorg gune duit sendiri bkan mcm pemuda umNO yg tibe2 jadi kaye bile dpt jawatan. TB ni maksudnya Terlebih Bodoh

stravi14 said...

TB ni cakap je. Igt kitaorg tak tau yg die ni kaye raye.Mengata org die yg lebih. Sekurang2 saya walaupun tiap2 bulan derme la jugak kat anak2 yatim kt kg saye. TB buat ape. Dedah sana dedah sini. Igt cam CNN la tu. Tapi bukti tarak ada..
Org msia pulak suka sgt percaya perkara bodoh mcm TB ni.

wirautama said...

ada bukti ke dia org idup mewah? kau ni saja buat fitnah, pulak tu nak bangga sangat dapat dokumen lagi.. sapa yg bagi pun tak tahu, tah2 kau sendiri reka kata dapat dari org,

kalu ya pun mereka tukar kereta mewah kenapa salah ke? tentu lah mereka pun nak keselesaan, sbbnye mereka banyak kerja kena gi mari gi mari.. kenderaan yg selesa yg terbaik untuk mereka.. Rusulullah pun dulu mempunyai kenderaan yg terbaik, kuda baginda adalah kuda yg terbaik, terpantas.. klu mereka mampu biar lah.. bukannye jadi haram.. ke haram?

mmg ah TB nak dedah.. ye lah sejak DHA tak ambik dia jadi PA ni semakin banyak dia nak dedah.. bagus! bagus! perjuangan suci ah tu.. klu tak dapat benda kita dedah.. lepas tu ngaku dia anok org pas yg pernah bagi usrah plk tu.. wak malu bapak kau je.. tak yah sebut.. tarbiah sejak umor 12th lah.. macam2 angkat bangkul sendiri..

tengok ari ni dl malaysiakini org dah napi (http://malaysiakini.com/news/118804) apa lagi kau nak kata?

stravi14 said...

NILAH SIFAT ORNG MELAYU..TAK BOLEH TENGOK BANGSA SENDIRI SENANG... BIARLAH DIAORANG PAKAI KERETA MEWAH, KAN ITU DUIT HASIL TITIK PELUH DIAORANG, BUKANNYA DUIT RASUAH.. BODOH...

Dr Ahmad Rashad said...

Kenapa la komen orang kat dalam ni semuanya ngong belaka. Berapa kali dah orang cakap, kalau pimpinan pemuda PAS yang tertentu itu kaya dengan duit usaha sendiri, tak payah tunggu lepas pru12 untuk jadi kaya, untuk beli mercedes. Tak payaj tunggu hasan ali jadi exco, untuk beli mercedes. Ini tak, sebelum pru12, hidup sederhana, lepas pru 12, tup tup, kaya raya, beli mercedes. Itu kan misteri namanya.

Pemuda PAS sekarang ni dah tidak boleh berfikir dengan waras kerana dicandukan dengan wala. Benda semudah itupun tak buleh faham.

Aku tahula, zaidi tak termasuk dalam kategori ini, sebab zaidi memang dah kaya sejak dulu, dia bisnesman berjaya. dia pun tak kuat sangat membodek hasan alu. orang lain tu, kuat giler membodek hasan ali. Memang la, hasan ali kan exco infrasturuktur. Tender-tender ikut dia kan. Mesti ada komisyen siapa yang bawak kontraktor. Lepas tu bagi alasan nak bagi duit kat jamaah. Jamaah 10%, diri sendri 90%. Itu yang boleh beli mercedes tu.

Apa benda la pemuda PAS. Semuanya ikut perangai UMNO. Sebab itu nak bergabung dengan UMNO. Hari-hari duk mengata DAP dengan PKR. Diri sendiri tak sedar kronism.

Bila TB dedahkan, buat-buat nafi pulak. Buat-buat tak tahu. Alah, tak payah tipulah, semua orang tahu perangai korang macamana.

stravi14 said...

BUKTI2. Bg la bukti. Tunjuk pemuda PAS mane yang rumah besar, kete besar lepas PRU12 ataupun lepas membodek hasan ali.
Bukti tulisan mcm ni anak sedara saye pun boleh tulis.

stravi14 said...

aku rase TB ni sakit jiwa. Kononnya nak mendedahkan kemewahan org, die sendiri yang kaye tak sedar. Woi, kitaorg ni kaye pun keje siang malam. Plak tu kalu kawasan mntak derma, kite bg je.
Woi kau amik duit kat mane. Pemimpin UMNO mane yang bagi? Share la skit

Anonymous said...

TB,
Jgn banyak sangat tabur tahi, nanti org tak pecaya walaupun kita tabur duit.

Tulang Besi said...

Blogger stravi14 said...

BUKTI2. Bg la bukti. Tunjuk pemuda PAS mane yang rumah besar, kete besar lepas PRU12 ataupun lepas membodek hasan ali.
Bukti tulisan mcm ni anak sedara saye pun boleh tulis.
.

Kao nak mintak bukti. Zaidi pun tak berani nafi diorang tukar kereta mewah.

Hahahahah bacala Zaidi punya statement tu.

ade said...

mana bukti?
cakap jer?
macam ni kira adil ker?
biasa buat kerja mcm ni?
sekolah kat maner?
belajar agama tak?
tak amalkan ker?

TAK GUNA!!!!!

Tulang Besi said...

stravi14 said...

aku rase TB ni sakit jiwa. Kononnya nak mendedahkan kemewahan org, die sendiri yang kaye tak sedar. Woi, kitaorg ni kaye pun keje siang malam. Plak tu kalu kawasan mntak derma, kite bg je.
Woi kau amik duit kat mane. Pemimpin UMNO mane yang bagi? Share la skit
.

AMINNNNNNN terima kasih ada orang doakan saya kaya.

Alhamdulillah

Anonymous said...

Pemimpin UMNo lagi bongkak, sombong dengan harta penyelewengan duit rakyat korang x kecoh!!! BUta hati la ko!!!

Anonymous said...

sempit punya minda TB.apa salahnya nak pakai kereta besar?takkan nak berdakwah pakai basikal.Ala dah tak jd hal la.sempit punya pemikiran,ukuran ketakwaan diukur dgn kereta?stupid la

-besi tembaga

wirautama said...

aku dapat cerita (cerita lagi) dulu TB yg berangang nok naik kereta besor, mewoh klu jadi PA DHA, tapi sayang DHA dok lantik dia jadi PA, tu yg frust, so dengki lok org yg pakai kereta mewoh.. dia dok sedor nabi dulu miliki kuda terbaik kenderaan dan untuk berperang.. so apa salahnya leni org berdakwah guna kereta mewah.. lagi selesa.. tak lah sakit belakang sangat nok kena gi kata program mana, pulok tu dok letih sangat kena gimari gi mari.. sempit akal lu TB. padahal ko tak boleh bukti pun dia tu (sapa tah yg ko dakwa) guna duit haram, klu tak haram apa salahnya.. ikut dia ah nok kerja ke tak nak kerja.. bknkah kerja Islam itu sebaik2 dan semulia2 kerja? klu kita percaya kerja Islam itu sebaik2 kerja dan semulia2 kerja maka patutnya kita berlomba2 beri duit kepada dia supaya dia boleh tumpukan kerja2 Islam mereka tidak lah terganggu dia dengan kerja2 nok tanggung anok isteri dan keluarga..

bukan kah mu klu tengok org guna kerta besor kita akan rasa dia kerja best, org besor satu2 tempat, so kenapa org kerja ugama dok leh guna kereta besor atek.. ke mu rasa kerja ugama tu hina? dok leh pakai kerta besor2 sama taraf dgn kerja penarik beca maka dok layok nok guna kereta besor2..

kadang tu mu lupa, mu ingat mu pandai tapi, org tua2 klu tengok cara mu nulis dgn akal fikiran mu nampok sangat mu ni tok tahu ke benda.. cakap ikut nafsu.. tadok pertimbangan neraca quran dan hadis,

Anonymous said...

Salam, saya merasakan kenderaan adalah keperluan seharian. Ada yang mampu pakai yang besar dan ada yang keci sahaja. Persoalan nya samada dibeli dengan duit yang halal atau haram. Duit yang halal tidak ada maslahah dan duit yang haram memang anak haram jadah. Banyak orang tak tahu kenderaan mewah secondhand lebih murah dari proton dan lain lain kereta jepun. Spare part nya juga jauh lebih murah serta tahan lama. Aku pun orang pas juga dah lama pakai merz bukan kerana kaya tetapi lebih murah maintenance. Walau bagaimana pun tetap masalah besar kalau pakai merz lepas PRU 12 yang lalu. Tentu faham la yeeeeee, orang ada mulut, telinga dan mata. Elok bila pakai merz jangan campor hal politik lagi, biarkan lah yang pakai van van lama, motosikal dan yang bersederhana sahaja bergiat dalam politik. Manusia suka kepada anggapan mewah, manusia zaman ini tanpa penilaian perekonomian jangka panjang telah meletakkan persepsi tersebut dan oarang ramai perlu akur. Bagi yang memiliki kenderaan mewah eloklah berundur diri dari PAS, bukan begitu TB.

yes said...

Assalamualaikum,

Tak salah berkereta mewah, tetapi kemana hala tuju masyarakat yang nak dibawa olih pemimpin pemimpin muda ni?

Terima kasih TB yang menyedarkan masyarakat. Tulisan anda amat berharga kepada yang mahu sedar. Bukan anda yang akan merisak kan PAS tetapi kelakuan pemimpin pemimpin dan ahli ahli yang tidak selari dengan yang di tuntut olih Islam lah yang akan memusnah kan parti.

kantok57 said...

suka hati la nak pakai kereta mewah ke ape ke kalau dah mampu, janji beli kereta dengan duit HALAL/USAHA SENDIRI bukan duit RASUAH.tapi kalau dah jadi pemimpin tu elok sederhana saja, nanti rakyat jalanan tengok naik meluat pula.

ATAS PAGAR

ady said...

huh.. pakai mercedes 2nd arga dlm rm80k ja. org kampung punya view mmg nampak macam mewah giler.. klu beli vios pun arga tu jugak. maybe sb nama keta tu mercedes kot. tu yg ramai jeles.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.