Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 18, 2009

Tulang Besi Mungkin Tidak Dapat Hadzir Konvensyen Blogger Atas Masaalah Kewangan

Dengan rasa sedih dan rendah hati, dimaklumkan bahawa kemungkinan besar Tulang Besi tidak dapat hadir dalam Konvensyen Blogger PAS.

Faktor utama ketidak hadiran Tulang Besi adalah faktor ekonomi. Oleh kerana pemberitahuan program ini hanya berlaku minggu ini, maka kos yang akan ditanggung oleh Tulang Besi untuk hadzir adalah kurang sikit dari RM 1000. Jumlah ini adalah jumlah yang sangat besar untuk Tulang Besi kerana Tulang Besi bukan seorang yang kaya. Tulang Besi tidak mampu membeli kereta mewah seperti Honda Elyson dan makanya, Tulang Besi tidak mampu untuk menanggung belanja perjalanan yang berjumlah hampir RM1000.

Rasa terkilan sangat sangat. Tulang Besi antara yang pertama mendaftar. Bersemangat sangat Tulang Besi nak hadzir. Tapi, sayangnya Tulang Besi cuma mendapat konfirmasi tarikh dalam minggu ini. Sepanjang beberapa hari Tulang Besi mencuba untuk mencari jalan yang murah untuk pulang, namun tiada. Tiket semuanya mahal-mahal kerana kebetulan cuti Awal Muharram menaikkan lagi harga tiket.

TUlang Besi juga cuba mendapatkan sponsor, namun itu pun gagal juga. Kalau ada yang berminat untuk sponsor Tulang Besi, masa masih belum terlambat. Boleh masukkan wang ke akaun Tulang Besi (Maybank 164173601834 Abdul Rahman Abdul Talib).

Walaubagaimanapun, Tulang Besi sedang berusaha untuk mencari wakil kepada Tulang Besi dalam Konvensyen tersebut.

Pengajaran kepada penganjur program yang melibatkan bloggers:


a. Jangan ingat semua bloggers ini berada dalam negara. Dunia internet / www adalah dunia sejagat. Bloggers Malaysia boleh berada di Alaska, USA tapi masih dapat dirasakan kedekatan bloggers tersebut dengan rakyat Malaysia

b. Maka, apabila membuat program sebegini, haruslah dikonfirmasi tarikh sekurang-kurangnya SEBULAN AWAL. Kalau tarikh program ini dikonfirmasi sewaktu saya mendaftar, kos saya cuma dalam RM300-400 ringgit

c. Apabila telah membuka pendaftaran, haruslah melayan mereka yang mendaftar dengan cara pribadi. Ertinya, maklumkan kepada mereka yang mendaftar secara terus. Bukan buat pengisytiharan seminggu sebelum program sebegini.
Sekali lagi, sedih saya kerana saya tak dapat nak hadir program ini. Saya telah bercadang untuk menghadiri program ini semenjak ia diwar-warkan. Namun, saya tak ada cukup wang untuk menghadiri program sebegini. Saya antara yang paling awal mendaftar kerana saya mahu membeli tiket awal, tapi pihak penganjur tak dapat memberi konfirmasi awal. Hanya last minit seperti ini.

Wallahualam

Tulang Besi

“Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 9:08:49 AM
From: Abdul Rahman Abdul Talib
...
View Contact
To: penerangan.paspusat@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum,

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon untuk menghadiri seminar konvensyen blogger PAS

Terima Kasih

Tulang Besi”

Seterusnya saya dapat respon dari Penerangan PAS Pusat:

“Re: Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 7:02:43 PM
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat
...
View Contact
To: Abdul Rahman Abdul Talib
________________________________________
telah didaftarkn. “

35 comments:

Tulang Besi said...

takdak aku takda kad kredit. pada gm dan sebatang kara, kalau korang nak sangat aku dtg sila masukkan duit dlm akaun aku. tak payah nak berceloteh mcm mak nenek

Anonymous said...

hati2 dedah no akaun TB tu.. nanti ada pulak yg ambik kesempatan di atas kesempitan..

tulang besi said...

terima kasih atas nasihat saudara

azmirtookoo said...

Itulah Tulang Besi,kan senang kalau brader jadi ejen UMNO...Byk buleh dpt dut..Toksah kata nak sponsor tiket flight, nak bagi helikopter pon diorang boleh...Siap duduk hotel 5 star lagi..Suite lagi tu..Hohohoho...

Tapi itulah masalahnye, brader tak nak jadi ejen UMNO..Tapi dituduh jadi ejen UMNO pule oleh org ramai nie...Pelik pelik...

Kepada yang dok kutuk-kutuk Tulang Besi nie (seperti Grand Marquis a.k.a Peminat Utusan Malaysia No. 1, wirautama, penyu teranung, koi, GuruYahya, Guest, dan beberapa Anonymous mambang tanah yg lain) I've got a very very brillliiant idea here... Apa kata kalian tlg sponsor Tulang Besi sorang sikit..Dlm sorang seratus ke...Supaya buleh le Tulang Besi hadirkan diri ke majlis konvensyen tu..

Lepas tu kat sana, buleh le kalian bersua muka dgn dia...Bolehlah berdebat ke, maki hamun ke, atau kutuk-kutuk yang mcm kalian biasa buat dlm blog nie...Jumpa le sendiri dgn orgnya, barulah gentleman & ada semangat pejuang..Setakat pot pet pot pet letak komen dlm blog, monyet pon buleh buat kalo dilatih tiap-tiap hari...Ape mcm...? Ada berani kaa..? :-)

penyu teranung said...

org yg bgtahu satu dunia yg gaji dia sebulan 6x ganda gaji Husam tetiba hari ni jadi peminta sedekah ?

inilah muka org yg dok tahu malu yg makan OTOK LEMBU !

dasar org MUNAFIK !

penyapujagat said...

Untuk ke sana apa masalah anda? Jika anda punya hubungan baik dengan beberapa YB atau rakan parti, siapa yang tak mahu tompangkan saudara? Saya juga tiada kemampuan untuk ke sana atas wang sendiri tetapi setakat ini sudah 3 rakan yang hubungi saya untuk ke sana takat nakan minum dan lain-lain.
Mungkin anda seorang mercenary writer.

Grand Marquis said...

Kita yang gaji ciput ni nak sponsor TB. Gaji dia 6 kali elaun Adun. Elaun Adun dalam 5k, so 5x6 = 30k.

Average malaysian gaji dalam 2500. Setahun baru aje dapat 30k.

Masalahnya ialah kenapa orang yang menulis supaya orang lain mencontohi Saidina Umar r.a. tidak sanggup membelanjakan 1k dari 30k gaji beliau untuk suatu yang dinamakan perjuangan.

Kalau betul-betul nak duit, pergi jumpa Ariffahmi aje

Anonymous said...

bhai...elloo.bila cakap berdegar2 dan bila tulis tu banyak fitnah dan batu api tahap gaban.bila orang dah jemput...pergilah dan dengar apa dia orang cakap.aku pun dah tak caya cakap kau labu...cakap duit banyak lebih kaya dari husam.kau bagi no akuan bank kat sini.biar rakyat malaysia bagi sedekah kat ko...kah..kahh rupanya cikai...penakut ...kah..kah..ada batu ka...kah..kah.baik kau tutup blog ni..nanti makin muflis..lagi kah.kah.orang tu dah tarik sposor kah.kah..

Anonymous said...

bro...aku nak belanja kau..harap kau datang.aku tunggu kat pintu dewan.sila bawa bil2 hotel dan tiket kapalterbang.aku bayar.aku pun tak kenal kau..jadi hari tu kau pakai kain pelikat,selipar jepun dan pegang tempurung.aku dapat cam kau nanti.

kawanLamePPP said...

askm man, kau confirmkan jadik tak kau join, kalau jadik esok pagi2 aku masukkan 1K ringgit or whatever amount needed. aku baru balik sampai kat umah lewat from KK, bercuti. Kau kat Jakarta ke lanih, aku terka jer...

fadli said...

chicken out...

Abd Razak said...

hehehe...puak2 perpaduang dh pns...mmg gaji TB byk tp igt u gaji bersih ke...duit umah,kete,tanggungan tu amacam?persoalannya di sini bukan psl TB nk mintak sgt duit korang tu...yg jd persoalan knp bg confirmation lambat?maybe sbb dia tau TB kt luar negara sbb tu inform lambat...x ke bangang namanya tu...camna le bleh buat program ni...konon konvensyen besar tp action cam budak hingusan...toksah le korang nk caci maki TB lg...setakat dlm blog bleh le...kebanyakan info yg TB bg hampir 80% betul...yg korang lak camna?semuanya berdasarkan persepsi...dh sebiji cam umno...kalau TB ejen umno confirm umno sponsor dtg konvensyen tu...aku tau le korang kecewa sbb perpaduang xjd2 lg kn...dh le pengecut pakai anonymous...xberani dedah nama...lg nk tabur fitnah sana sini...

penyu teranung said...

Rozak kata, "toksah le korang nk caci maki TB lg"

hahahaaa...nak tersembur air milo aku nih...

oii Rozak si cicak kubing...tak payah laa ko nak berlagak...cakap kat org budak hingusan la aper laa...
aper ko ingat ko bagus?

Anonymous said...

janganlah dipijak orang yang sedang dalam kesusahan,bukan islam mengajar umatnya berbaik sangka?.bukan islam saperti saya boleh understand islam secara umum,kenapa orang islam tidak?fortune is like a wheel,today you may be fortunate next day only god knows.memijak dan menghina orang dalam musibah[kesusahan] semestinya bukan ajaran islam and for that other faiths included.if you cant bantu jangan bantutkan ruang dengan kata kata yang tidak selesa.mohon maaf if cakap saya disalah ertikan.

Anonymous said...

correction"bukan islam mengajar umatnya berbaik sangka?"should read bukankah islam mengajar umatnya berbaik sangka?mohon maaf.

Anonymous said...

Untuk ke sana apa masalah anda? Jika anda punya hubungan baik dengan beberapa YB atau rakan parti, siapa yang tak mahu tompangkan saudara? Saya juga tiada kemampuan untuk ke sana atas wang sendiri tetapi setakat ini sudah 3 rakan yang hubungi saya untuk ke sana takat nakan minum dan lain-lain.
Mungkin anda seorang mercenary writer.

December 19, 2009 12:12 AM
Anonymous Grand Marquis said...

Kita yang gaji ciput ni nak sponsor TB. Gaji dia 6 kali elaun Adun. Elaun Adun dalam 5k, so 5x6 = 30k.

Average malaysian gaji dalam 2500. Setahun baru aje dapat 30k.

Masalahnya ialah kenapa orang yang menulis supaya orang lain mencontohi Saidina Umar r.a. tidak sanggup membelanjakan 1k dari 30k gaji beliau untuk suatu yang dinamakan perjuangan.

Kalau betul-betul nak duit, pergi jumpa Ariffahmi aje
.


Woii Bahlol Grand Marquis.

macam TB cakap, tak payah mengarut2 macam cibai.

Kalau kao betul2 nak TB datang masukkan duit secepat mungkin.

Kau apa tau TB punya perbelanjaan.

Yang konfirmnya, dia bukan agen UMNO dan barua UMNO.

Sbb tu dia tak mampu nak datang.

Kau memang bangsa babi, tau tak Grand Marquis

Tulang Besi said...

Anonymous kawanLamePPP said...

askm man, kau confirmkan jadik tak kau join, kalau jadik esok pagi2 aku masukkan 1K ringgit or whatever amount needed. aku baru balik sampai kat umah lewat from KK, bercuti. Kau kat Jakarta ke lanih, aku terka jer...

December 19, 2009 1:27 AM
.

saya memang confirm pergi. Inshaalah.

mulutlancang said...

Hj. Hadi dan Nasha menjeling kerusi..

Presiden PAS dan Timbalannya turut hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2009/1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya semalam.

Atas kapasiti apa kedua pemimpin pencetus idea kerajaan perpaduan itu hadir pada majlis tersebut?

Jika atas dasar mereka ahli parlimen, mengapa tidak nampak pun Ketua Pembangkang atau ahli parlimen pembangkang yang lain?

Jika kerana mereka ini Presiden dan Timbalan Presiden PAS, mengapa dahulu UMNO tidak sibuk pun hendak menjemput mereka?

Mungkin kerana pihak UMNO masih boleh menaruh harapan kepada kedua-dua pemimpin PAS ini.

Bagi Presiden PAS dan Timbalannya pula , mungkin mereka berdua juga sudah menjeling kerusi-kerusi para menteri dan menaruh harapan kerusi-kerusi tersebut akan dapat mereka duduki nanti satu hari nanti.

http://penjualubat.wordpress.com/2009/12/19/hj-hadi-dan-nasha-menjeling-kerusi/

Dua orang UG ini berani jumpa terang-terangan! Apasal Pemimpin PKR tidak dijemput sama?

Sebatang kara said...

Tulang Besi said...
takdak aku takda kad kredit. pada gm dan sebatang kara, kalau korang nak sangat aku dtg sila masukkan duit dlm akaun aku. tak payah nak berceloteh mcm mak nenek


Kalau gaji TB RM30K sebulan maknanya gaji saya setahun samalah ngan gaji TB sebulan. Manalah saya mampu nak sponsor sesapa. Nak bawa anak bini makan angin dalam negeri sekali setahun pun senak.

Lagipun TB simpan duit banyak2 dalam Bank buat apa, bukannya boleh masuk kubur pun.

TB selalu mengkritik orang lain agar sentiasa hidup bersederhana dan menginfaqkan harta ke arah jariah dan juga perjuangan (macam PAS).

TB patut malu ngan pejuang-pejuang muda yang lain di mana mereka tak pernah mintak sponsor seposen pun tiap kali ada PRK kat mana-mana tempat Malaysia nih.

Hanya peringatan bersama untuk pejuang-pejuang di jalan Allah.

Tulang Besi said...

salam

aku ni memang miskin ... kesian kat aku...

kalau kekawan nak tahu aku ni abu zhar malaysia ...

Ini no ahli persatuan orang-orang gila : Ahli 253812. Untuk rujukan kekawan boleh hubungi hospital jiwa Tanjung rambutan..

kawanLamePPP said...

Askm Man, OK thanks for confirming going to the convention. Baru jer trf 1k ringgit to your maybank account. Hope you can really make it! insyallah.

Sebatang kara said...

Alhamdulillah..

Akhirnya TB boleh jugak menghadiri konvensyen itu nanti.

Kepada sahabat TB yang budiman tadi kan lebih baik duit itu diinfaqkan kepada mereka yang lebih memerlukan (fakir miskin) atau kepada pertubuhan untuk memperjuangkan Islam (macam PAS) daripada untuk sponsor orang yang dah kaya dan mampu (macam TB).

kawanLamePPP said...

terima kasih atas cadangan sebatang kara. tidak mengapa, itu keperluan TB, jadik saya ada lebih duit sikit apa salahnya memenuhi keperluan org yg memerlukan.

mmg pendapatan saya ade 15% bahagian untuk pertubuhan islam termasuk PAS. 5% dr pendapatan untuk anak2 yatim dan pelajar2 yg memerlukan wang untuk menampung makan minum dan hidup terutama di mesir dan jordan. ade lebihan 5% dr pendapatan untuk keperluan umum i.e. sesiapa jua yg memerlukan dalam kesesakan. [Off the topic]: Nih bukan nak promosi sedekah jariah saya tapi lebih kepada nak promosi bab 5% utk bahagian pelajar tuh...sape2 yg ade brothers sisters yg memerlukan duit makan minum dan tampung kehidupan kat mesir jordan nak belajar tak cukup duit, boleh la pass on the news....nanti bole saya usha2kan sket.

Btw, kekadang org kaya $ pon ade mase sesak die, jadik sebagai sesama manusia bantu membantu lah kan.

anyway, yg penting sekarang nih saya dah cuba bantu TB untuk fly ke Malaysia dtg ker konvention tuh. yg kite nak denga lepas nih ialah hasil konvension tuh. sekurang2nya saya fikir, dengan kehadiran TB ke konvensyen maka isu debat kenapa TB tak boleh datang dan sebagainya akan berakhir. dan kita boleh lebih tumpukan perkara yg lebih penting seperti berdebat pasal output dair konvension terutamanya dengan kehadiran TB. so harap2 nya nanti akan ada first hand news dlm blog TB.

Sebatang kara said...

Sungguh budiman hati kawanLamePPP tuh. Diharapkan pejuang-pejuang sekelian boleh mencontohi keikhlasan beliau.

azmie said...

TB, aku tumpang mintak sedekah kat blog ni boleh. aku pun miskin jugak

Grand Marquis said...

Inilah perkara yang bakal berlaku jika kita menyerahkan kuasa pada orang kafir. Masa belum berkuasa, memang mereka akan nampak baik. Tapi bila berkuasa, siapa yang boleh halang mereka daripada mengubal polisi yang tidak menguntungkan orang Islam?

PULAU PINANG 18 Dis — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa rebat bil air yang diberikan kepada golongan miskin di negeri itu pada tahun ini, tidak akan dipanjangkan ke tahun depan.

Beliau berkata rebat bil air yang berjumlah RM17 juta itu diberikan pada tahun ini bagi membantu golongan miskin berikutan kenaikan harga minyak.

"Kita dah beritahu dulu bahawa rebat bil air itu diberikan sekali sahaja untuk membantu meringankan beban golongan miskin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kalendar Perdagangan Pulau Pinang 2010 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim mengenai rebat bil air berjumlah RM17 juta yang tidak dimasukkan dalam Bajet Pulau Pinang 2010 ketika dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Azhar dilaporkan berkata tahun lepas kerajaan negeri berjanji akan memberi kepada kira-kira 170,000 keluarga di negeri ini rebat bil air sebanyak RM100 dengan empat kali rebat atau RM25 untuk setiap bil.

Lim berkata Azhar sepatutnya faham bahawa rebat itu diberikan hanya sekali iaitu pada tahun ini.

"Mengapa kita nak bentang dalam bajet 2010 sedangkan rebat itu diberikan untuk tahun 2009,” katanya.

hamdy said...

salam,
rasanya konvensyen ini telah diberitahu dlm 2 bulan yg lalu cuma tarikh tepat tidak diberitahu pada masa itu. Malah sudah ada usaha meminta pendaftaran. Oleh itu kesediaan untuk hadir sepatutnya telah ada.

So ini bukan usaha last minit. Tidak ada isu last minit. Cuma zaman ini semua benda boleh dijadikan isu....

hamdy

Anonymous said...

anony.said"mungkin anda mercenary writer".disini diperjelaskan saya bukan anggota mana mana mercenaries,jauh sekali mewakili mana mana pun.cuma sekadar memperkatakan sesuatu yang benar disisi pemahaman yang saya tahu tentang islam dan the similarities of other faiths.bukankah islam itu indah,menolong kesusahan orang lain suatu perbuatan yang indah jugakan!.

Anonymous said...

kutukan memang layak untuk tulang besi..dah tak tahu tak dak duit tak payah tulis blog.buatlah kerja...jangan dok maki2 org lain.

Anonymous said...

kalau bagi kat kerajaan Melayu kontrol macam UMNO, jgn kan rebat, bil air lagi naik ada la.

Hahahahah itulah kebangaan pemerintahan UMNO.

lagi satu kebangaan UMNO, hantar pemimpin2 mereka pegi Disneyland dgn kos rakyat tanggung.

Pegi mampuslah kao Grand Marquis dgn umno kao

azmirtookoo said...

Semoga Allah memurahkan rejeki "kawanLamePPP" dan mengurniakan keselamatan kpd beliau dan keluarga, di dunia dan akhirat.. Inilah yg kita mahu, lebih byk membuat tindakan drpd bercakap & menaip saje..

Kpd TB, manfaatkanlah sebaik2nye sumbangan yg telah diberikan dan kongsilah bersama-sama para pembaca mengenai konvensyen itu nanti..Tp diharapkan memberi informasi yg telus dan tidak berat sebelah..

Come On You BLUESSS....!!!

Faizul said...

kenalah bersusah payah, segala yang tak perlu perlu lah digadai demai perjuangan anda

Barulah ada prinsip dan perlaksanaa, pengorbanan..


Ikut pengorbanan Saidina Omar dan para ambia. Jgn jadi teori sahaja dan untuk menyedapkan bicara shj.



Sekian

Fikir-fikirkan

Grand Marquis said...

Kepada Anon 1:24 AM,

Apa yang anda nampak hanya sekadar rebat air dan tarif air yang mana untung ruginya munkin sekitar dua tiga puluh ringgit.

Anda sepatutnya melihat lebih jauh terhadap apa yang tersurat dan tersirat.

Isunya ialah kuasa ditangan orang kafir yang boleh menentukan hala tuju dan baik buruk orang Islam. Dengan kuasa ditangan, beliau boleh tentukan sama ada rebat diberi atau tidak. Begitu juga dengan kuasa beliau boleh tentukan sama ada peruntukan diberikan kepada orang Islam atau tidak, kontrak diberi kepada orang Islam atau tidak dan lebih buruk, bila dah terlalu berkuasa (macam LKY di singapura) beliau boleh menentukan sama ada Islam diamalkan secara bebas atau tidak.

Tokwear said...

oh macam2 dah jadi sekarang.. pening kepala

Anonymous said...

Tak ada pula resolusi pasal hapus judi dan arak pads konvensyen tadi. Cakap je lebih TB ni. Tau tuduh umno saja. Sendiri pun tak mampu buat.

Tambah pula dalam pakatan haram, PAS memang tak mampu buat apa-apa. Ceramah lantang sana-sini. Bila diberi peluang terus diam. Kamu faham ke TB?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.