Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 22, 2009

UMNO Bukan Musuh PAS Lagi?

Nota: Saya ingin meminta maaf kepada para pembaca dan semua ahli PAS terhadap tajuk saya yang asal. Saya dapat merasakan (dan juga dari respon rakan-rakan dalam PAS)tajuk tersebut terlalu keras. Maka, saya telah mengubah tajuk tersebut. Diharapkan kesilapan saya dapat dimaafkan.

Terkejut saya mendengar laporan kenyataan Presiden PAS ini. Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas.

Presiden PAS dilaporkan berkata:

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
.

Saya tak sanggup nak baca kenyataan Presiden PAS seperti ini. Jadinya seperti PAS mudah sangat ditipu dan dibohongi UMNO.

Kalau pun benar PAS tidak mahu memusuhi UMNO, UMNO sendiri tidak pernah menganggap PAS sebagai kawan. UMNO selama-lamanya menganggap PAS sebagai musuh walaupun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.

Kenyataan begini juga menunjukkan betapa mudahnya kepimpinan PAS yang ada sekarang ini ditipu dan dipermainkan oleh UMNO.

Kenyataan ini juga memberikan gambaran bahawa agenda Kerajaan Perpaduan masih hidup dan masih mahu diteruskan oleh kepimpinan yang ada sekarang. Sila dengar penerangan Ustaz Nasaruddin berkenaan dengan agenda Kerajaan Perpaduan di bawah:



Ia juga menunjukkan kepimpinan PAS yang ada sekarang tidak berminat untuk menjadi pengganti kepada UMNO, dan terus menjadikan PAS parti di kaki lima UMNO.

TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?

Sedih saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden ini. Mungkin Tuan Guru Presiden boleh memaafkan segala fitnah dan kekejaman yang berlaku ke atas beliau oleh UMNO. Tetapi bagaimanakah kekejaman yang telah dilakukan kepada ribuan aktivis dan penggerak PAS (serta parti2 PR yang lain) dalam sejarah politik negara?

Mereka-mereka yang dipotong kontrak, yang ditarik lesen perniagaan, yang di ISA kan, yang disiksa dalam tahanan, yang difitnah, yang dipecat kerja semata-mata kerana menyokong PAS dan pembangkang, yang disisih masyarakat kerana menyokong PAS, yang dibuang negeri, yang di bunuh (seperti Ustaz Ibrahim Libya), ditahan ISA kerana mahu menurut kehendak Amerika dalam peperangan menentang keganasan dan sebagainya.

Bukankah Al Quran sendiri mengajar kita supaya jangan cenderung pada orang yang zalim:

“Firman Allah SWT :

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (QS. Huud 112-113)”


Sila baca beberapa tafsiran terhadap ayat di atas:
“ “Tidak berpihak kepada orang-orang zalim

Dalam Tafsir Al Mawardy dikatakan bahwa kezaliman mereka akan mengenai kalian sebagaimana api neraka akan membakar apa saja yang ada di sekitarnya.
Dalam Tafsir Al Aluusy dikatakan jika keadaan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman saja membuat orang tersentuh api neraka, bagaimana pendapat anda dengan orang yang benar-benar cenderung kepada orang yang mendalam kezalimannya dan bersahabat dengan mereka, orang yang hatinya penuh dengan perasaan senang terhadap mereka, orang mengambil manfaat kepada mereka, orang yang membuat indah kejahatan mereka dan ikut serta dalam kejahatan mereka, orang yang mata mereka melongok pada kenikmatan dunia yang fana, mereka bangga dengan keuntungan jangka pendek yang mereka peroleh sehingga lalai dari hakikat hal itu dan melupakan akhir dari semua itu?
Menurut Al Aluusy hendaknya orang-orang seperti itu sudah dihitung sebagai orang-orang yang berbuat zalim itu sendiri, bukan sekedar cenderung kepada orang-orang zalim. Ini didasarkan kepada suatu riwayat bahwa ada seseorang yang berkata kepada Sufyan : Aku menjahit untuk orang-orang zalim, apakah aku dihitung sebagai penolong-penolong mereka? Sufyan menjawab: Tidak, anda termasuk mereka, sedangkan yang anda jual termasuk penolong-penolong mereka.


Bukankah kita memusuhi UMNO kerana UMNO telah melakukan kezaliman? Bukankah perbezaan kita dengan UMNO ini bukan setakat perbezaan pendapat, tapi kita menentang kezaliman yng mereka taja dan lakukan selama ini?

Kita memusuhi UMNO kerana benda-benda haram yang mereka telah halalkan seperti yang saya pernah tulis di sini?

Adakah kenyataan Presiden ini menandakan PAS telah mula mahu melanggar arahan yang terkandung dalam ayat di atas? Tidakkah Presiden PAS takut akan disambar oleh api neraka seperti dalam ayat Surah Hud 112-113

Saya berasa amat sedih sekali dengan kenyataan ini dan saya mewakili ribuan aktivis PAS yang telah dizalimi oleh UMNO. Bagi pihak mereka saya mengatakan kenyataan Presiden PAS ini tidak wajar dan tidak sensitif kepada perasaan mereka yang telah dizalimi.

Sampai sekarang tiada pun UMNO meminta maaf di atas pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya. Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? Adakah Presiden PAS telah redha kekejaman yang dilakukan UMNO ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Tulang Besi

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.


54 comments:

Anonymous said...

PAS bukan parti politik semata2, tetapi juga parti dakwah.
Sasaran dakwah PAS banyak. antaranya Umno..
Kalau x boleh jumpe, Allah tak la suruh Nabi Musa n Nabi Harun p jumpe Firaun utk berdakwah..
Apa la bodoh sangat kau ni tulangbabi

Anonymous said...

Dakwah pada orang zalim? Habis tu ayat Hud:112-113 tu takda makna la?

Bukan PAS dah jumpa UMNO ni banyak kali dah?

Nabi Musa dan Nabi harun tu jumpa Firaun sekali je.

Lepas tu Firaun kena benam dalam Laut Merah.

Kita nak jumpa UMNO ni berapa kali?

Grand Marquis said...

Teringin juga saya nak tau apa yang UMNO zalimi TB.

Setakat analisa saya ialah:

UMNO Zalimi TB sebab:
1. Bagi TB belajar di ITM yang dikhaskan oleh bumiputera.
2. (Kemungkinan besar) Bagi duit kat TB untuk belajar di Kansas City.

Di malaysia, ada 1 juta ahli PAS. Adakah kita dengar hari-hari orang PAS kena bunuh macam Ibrahim Libya? Fikirlah secara waras. Mesti ada sebabnya. It takes 2 to make a baby.

Kalau UMNO ni nak sangat bunuh orang PAS, nescaya dah habis pemimpin PAS kena bunuh atau kena penjara.

Anonymous said...

UMNO Zalimi TB sebab:
1. Bagi TB belajar di ITM yang dikhaskan oleh bumiputera.
2. (Kemungkinan besar) Bagi duit kat TB untuk belajar di Kansas City.
.

Woii bahlol. TB pegi tu dgn duit rakyat, bukan duit UMNO.

Apasal la kao ni bodoh sangat? Kau memang sah penyokong tegar UMNO.

Sebab tu kao bodoh. Kalau kao pandai kao tak sokong UMNO

Grand Marquis said...

TB kata UMNO bunuh Ibrahim Libya.
Kenapa tak kata Rakyat Malaysia? Sebab yang tembak Ibrahim Libya tu polis dan dibiai oleh duit rakyat.

Jadi bila bab biasiswa dan ITM tu, tiba-tiba pulak jadi duit rakyat?

Anonymous said...

PAs karut la!

Baik masuk Tabligh lagi bagus kalau nak kembangkan syiar Islam.

penyu teranung said...

Deramang tanya, "TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?"

aku nok tanya Deramang balik," doh mung dok takut kena sambor api neraka ker?"

statement ni kuor mase ari jumaat, sehari sebelum konvo PR dan dua hari sebelum konvo blogger PAS...doh bakper mung dok tanya sendiri TGHH mase kat taman melewar hari tuh?

ker mung bace surat kabor lama...?

ni lah khijer mung hari2...dok abih2 buat tuduhan melulu kpd org yg mung benci...

Anonymous said...

UMNO Zalimi TB sebab:
1. Bagi TB belajar di ITM yang dikhaskan oleh bumiputera.
2. (Kemungkinan besar) Bagi duit kat TB untuk belajar di Kansas City..


Kalau benar TB dah pernah pergi belajar kat Kansas, tentu best kan. dapat berseronok, makan angin dapat duit. Dah bayar balik pinjaman kerajaan PTPTN.Untung sungguhth TB, teringin saya kecil2 dulu pergi US kat Kansas. Ada cowboy kat sini? Boleh ada peluang bersiar2 lihat gurun. Kansas negeri panas ke sejuk. Saya budak kampung teringin nak pergi US. Indah nya Amerika.Untung sungguh siapa2 dapat pergi sana.

Tulang Besi said...


aku nok tanya Deramang balik," doh mung dok takut kena sambor api neraka ker?"

statement ni kuor mase ari jumaat, sehari sebelum konvo PR dan dua hari sebelum konvo blogger PAS...doh bakper mung dok tanya sendiri TGHH mase kat taman melewar hari tuh?


Soalan pertama, aku tak takut sebab aku tak jaki nak berkawan dengan UMNO, parti zalim

Soalan kedua, mana ada sessi soal jawab dengan PResiden masa Konvensyen lepas.

Kau tak tau ke, Penyu?

Soalan saya pada penyu: Apasal kao suka tanya "stupid question"?

stormrider said...

aku tgk skg ader je nama grand mangkuk hayunnn ni kt sinii
ala bodonyerr ko ni sapa yg arahkan pi bunuh depa swmua tuu bukan musa hitamm ker
musa hitam parti mana ngokkk,
waras kepala hotakk la grnadd
aku kalo grnadd ni ckap akuu nk tgkk betuii kerr takk
sb dia ni tuliss ikutt sedapp diarr jerrr

Anonymous said...

Gini ke bahasa pejuang-pejuang Pas!!!
Macam nada bahasa abujahal dan abu lahabje!!!!!
Nampak gaya,pejuang-pejuang umno kena dakwahkat pejuang-pejuang pas la pula!!!!!! Alahai!!!!!!!

Anonymous said...

"Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? "

Kasihan. selalunya perempuan yang yang suka guna perkataan "sampai hati"

(kalau lelaki mesti penyanyi supaya enak liriknya)

Anonymous said...

Dulu orang kata orang PAS pemecah belah orang Islam dan Orang Melayu. Aku tak kisah sangat, kerana kalau tak berpecah dengan Melayu UMNO bermakna bersekongkol dengan mereka hina dan tolak sebahagian hukum Allah.

Tapi sekarang aku rasa TB ni sedang memecahbelah PAS dengan menyerang pemimpin tertingginya. Kalau zaman Nabi s.a.w dulu macam golongan yang boikot Nabi sebab tak bagi harta rampasan perang. Mereka tak setuju dengan keputusan Nabi, hingga Nabi s.a.w bersedih.

TB ini sebenarnya cuma mahu memuaskan nafsunya sahaja.

Bercakap agama seolah-olah dia lulusan agama. Bercakap politik seolah dia ahli politik veteran. Mungkin TB rasa dia tok guru dalam segala hal.

Mana ADAB TB ADAB

Anonymous said...

SETUJUKAH ANDA PAS MEMECAT TB DARI KEAHLIAN PAS kerana biadap dan tidak memberi nama buruk kepada Parti?

Anonymous said...

memberi nama buruk...

Anonymous said...

Para pimpinan Pas seluruhnya berada dalam zon selesa dan bermatlamat nak kuasa, pangkat, kahwin 3 & 4 dan kebendaan pula. Ulamak hanya pada pakaian bukan atas ibadat kepada Allah.

wirautama said...

TB mmg tak ikut pekembangan kan leni mmg PAS nok berbaik2 dgn UMNO.. apa lah.. Najib kan pemimpin Islam yg sangat berani (spt kata Tok Guru Nik Aziz) maka klu mursidul am dah anggap najib pemimpin Islam yg sangat berani kenapa pulak presiden nok bermusuhan dgn UMNO pulok, pemimpin Islam yg sangat berani itu kan presiden UMNO, memusuhi UMNO bermakna memusuhi Pemimpin Islam yg sangat berani.. ish! TB memusuhi pemimpin Islam yg sangat berani? tak takut ke disentuh api neraka?

Anonymous said...

Typical mind set of a stupid PAS folowers..bebaik sesama islam dikata akan di sambar api neraka..heee..presiden dia sendirilak tu..memang la apa nya otak bodo..
Kesian pon ada aku tengok..
Nak dakwah jadah apa kalo takleh berbaik sangka..sesama islam..ngn kapir yg terang dan nyata musoh Islam di pelok2..hee

Politik punyer pasal gadai agama, gadai ukhwah, pastu sembang org ni leh masuk syurga orang ni masuk neraka..cam syurga ngn neraka tu bapak korang punyer..

Anonymous said...

UMNO Bukan Musuh PAS Lagi? Presiden PAS Tidak Takut Disambar Api Neraka kah?

Bersekongkol dengan DAP tak masuk Neraka?

DAP ada buat Tabung Haji, masjid, IKIM, UIA, Perbankan Islam, Amanah Raya, Perkim, dan bermacam lagi untuk umat Islam???

Even more interesting, PAS ada buat juga?

Anonymous said...

Anonymous said...
SETUJUKAH ANDA PAS MEMECAT TB DARI KEAHLIAN PAS kerana biadap dan tidak memberi nama buruk kepada Parti?
December 22, 2009 1:35 PM


TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!
Jangan layan orang gila yang buat komen ni, TB

Sebatang kara said...

Ari tu MB Kedah Ustaz Azizan ada jemput Dr. Mahathir jadi penasihat ekonomi negerri Kedah tapi ditolak oleh Dr. Mahathir. Secara peribadi saya cukup tak setuju jika Dr. Mahathir jadi ada kaitan sebarang aktiviti PAS kerana semasa dia jadi PM dulu macam-macam kejahatan dan dilakukan oleh beliau terhadap orang Islam dan Melayu di Negara ini namun saya tidak akan menghamburkan sebarang kritikan secara terbuka.

Apa pendapat TB terhadap isu ini sebab bagi saya, saya akan tolak 100 peratus jika Dr. Mahathir diberikan sebarang ruang dalam PAS (melainkan beliau sudah bertaubat dan meminta maaf terhadap segala kejahatan yang telah beliau lakukan).

Anonymous said...

TB keep up the good work! Kalau nak buat perkara yang betul mesti ada cobaan! Anyway jangan patah semangat. Teruskan perjuangan dan niat murni anda. Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar! Amin.

wirautama said...

bodoh lagi sombong, baca tafsir terjemahan nok ajor org wak mengajor tafsir tiap2 minggu.

aku tengok hanya dengki kasumat TB saja.. sbb tu bilamana TGNA kata Najib sebagai Pemimpin Islam berani, dia tak ulas apa2 pun. Takdir kata pujian itu keluar dari TGAH, kita semua boleh tahu sendir apa makian TB pada TGAH. Atau mmg leni TGNA pun sama2 nok kan UG gok? dulu masa duk kata nok EGM.. EGM.. tu hanya seniwara.. (aku dok berani kata gini just nok TB dan org lain yg sebulu termasuk jambu TB fikir sendiri, ikhlas ke TB nok kebaikan bagi PAS)

Anonymous said...

-bile dipikir blik, amat sesuai kaedah maki-sayang aduka taruna dlm menjustifikasikan tndakan2 'bijak' pres n geng2 perpaduang..bergembira la sume ahli bawahan pas, rupe2nye slama nie korang x brmusuh ngan umno cume beberapa prkara jer..ape yg penting ialah 'melayu-islam'..

-inilah pres pas yg teragung sepanjang zaman penubuhan pas..

-zargus-

penyu teranung said...

Deramang bengong makang OTOK LEMBU tanya,

< "Soalan pertama, aku tak takut sebab aku tak jaki nak berkawan dengan UMNO, parti zalim

Soalan kedua, mana ada sessi soal jawab dengan PResiden masa Konvensyen lepas.

Kau tak tau ke, Penyu?

Soalan saya pada penyu: Apasal kao suka tanya "stupid question"? " >

Deramang kata dia dok takut disambor api neraka, hebat Deramang ni !

aku nok tanya Deramang, walaupun aku ahli PAS, tapi mok dan ayoh aku ahli UMNO, adakah aku akan masuk neraka sebab aku taat pada kedua org tua aku yg UMNO itu?

utk soklan no.2, aku tau laa xdok sessi soal jawab dgn presiden..tapi dokkang mung dok reti nok ambil kesempatan utk berjumpa sendiri dgn TGHH...ker mung takut utk face to face dgn TGHH ?...dohlah pegi konvo mintok sedekoh dgn org!...ckp berdegar2 gaji sebulan 6x ganda gaji Husam !

takdok soklan bodornya sini...mung jer yg dok reti nok paham sebab mung byk makang OTOK LEMBU...

selamber jer said...

TB oh TB... apa salahnya bersetuju on common issue, tapi tetap menolak atas dasar fundamental, iaitu perlaksanaan Islam serta kezaliman terhadap rakyat Malaysia.

TGNA pernah berkata sanggup membubarkan PAS jika umno sanggup mengubah dasarnya kepada Islam, dan akan menyeru ahli2 PAS menyertai umno beramai-ramai, jika umno mengangkat Islam sebagai dasar. Kau sanggup ke?

Memang ada masa kita bergasak, ada masa kita berbaik. Kalau dalam parlimen memang bergasak bagai nak rak, tapi keluar parlimen boleh minum sekali kat kantin parlimen. Tak caya? Tanya abang mat sabu, masa dia jadi MP. Adakah abang mat sabu akan disambar api neraka akibat dok semeja bersantai dengan MP umno?

Kalau di kampung2, memang ada yang umno, dan ada yg PAS. Adakah meraikan jemputan orang umno, menyebabkan kita disambar api neraka, kerana kononnya kita redha atas kezaliman partinya?

Presiden bercakap dalam konteks politik terbuka, dan berdamai. Berdamai tak semestinya bersetuju, dia bercakap atas platform politik untuk menunujukkan bahawa PAS terbuka tetapi tidak bermaksud boleh menggadaikan prinsip dan duduk bertenggong di kaki lima umno.

TGHH boleh saja menyerang umno dan meyebarluaskan kebencian terhadap umno di depan2 najib razak. Tak der masalah, tapi kau tengok cerdikkah tindakannya.

Sedangkan nabi saw sangat berhemah dalam melayani musuh. Salahudin Al Ayubi pernah menghantar doktor untuk merawat King Richard sewaktu perang, adakah Salahudin akan disambar api neraka, kerana membenarkan orang yang bertanggungjawab menzalimi manusia lain itu hidup sihat?

anak_makayah said...

sy akan terus menyokong Tb, selagi dilandasan yg benar.....
hujung minggu ni sy nk jumpe... pemuda pas kampung sy... reverse pshycology mereka...
insyallah klu pemikiran yg mcm umnongok/ug mesti boleh makan punye...
nk bg idea ... kadang2 org pandai mengata/bangkang (tdk termasuk TB)sebab tk bertentang mata...
banyak org fail... bila bercakap dikhalayak ramai...
sy rasa yakin sbb mase sekolah dulu.. sy sebagai ketua murid/pengawas/ketua darjah..
cume penyokong PR je...
bkn ahli politik... zaman kerja dulu di multinasional compny selalu buat speech dkt 'general assembly'...
aku akn terus mendokong TB, TP, MY IDOLA DSAI... , TOK GURU KU NIK AZIZ>>> dll ...
(AGENCY TAKAFUL IKHLAS)

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said,

HARI JUMAAT PRESIDEN PAS ULARMAK SESAT HADI PIN HADIR DI MAJLIS MAAL HIJRAH BERSAMA NAJIB ...MERIAH DAN MESRA

HARI SABTU ULARMAK PALSU HAJI HADI HADIR DI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT BERSAMA NUAR... MURAM DAN LONGLAI..TAK BERSEMANGAT

HARI AHAD JUMPA MEDIA KATA TAK PERLU REGISTER PAKATAN RAKYAT BIAR LONGGAR...

ahli PAS sedar tak pemimpin mereka tok ayoh hadi PIN dah sesat?

ahli PAS cerdik tak?

bila HAdi Pin dah biasa bini DUA, terasa hendok gilir NAJIB dan NUAR pulak atas katil.. selang sari pulak tu dia gilir.. bab ni HADI PIN memang jauh lebih adil, ikut islam kunun.

petikan

www.malaysiabaru.com

Anonymous said...

ops silap

bukan atas 'katil' ... atas pentas

Anoinimuz said...

UMNO WAJIB DIHAPUSKAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Grand Marquis said...

stormrider
aku tgk skg ader je nama grand mangkuk hayunnn ni kt sinii
ala bodonyerr ko ni sapa yg arahkan pi bunuh depa swmua tuu bukan musa hitamm ker musa hitam parti mana ngokkk


Musa hitam bagi arahan atas kapasiti beliau sebagai seorang menteri ke atau sebagai seorang pemimpin UMNO?

Sekarang ni menteri pelajaran dan MARA ni dari parti UMNO jugak. Tambah-tambah lah tahun 80an masa TB belajar kat ITM dan kansas city dulu. Jadi kenapa teori menteri-UMNO ni tak terpakai untuk bab pi belajar, tapi terpakai untuk kes Ibrahim Libya? Nampak sangat double standard.

Anonymous said...


Musa hitam bagi arahan atas kapasiti beliau sebagai seorang menteri ke atau sebagai seorang pemimpin UMNO?
.

Sbg menteri dari UMNO. dan selepas pembunuhan, tiada tindakan disiplin dari UMNO ke atas Musa Hitam.

Anonymous said...

Grand Marquis,
Betuika TB budak ITM????Kalau betui ,hangpa nak tau apa kata Tukar Tiub terhadap budak ITM(UITM)!
"Tempat budak bodoh,bersaing dengan budak bodoh,lahirlah individu yang bodoh....."alihbahasa pada bahasa yang orang kampung senang faham!!!-bukan aku kata no,TT yang kata!!!!!
Laaaaa,TB budak ITM,budak MARA,budak DEB!!!!!!!!!!

Abd Razak said...

kah kah kah kah....kesian aku tgk si grand marquis ni...nama je grand tp tahap kebodohan masih tinggi lg...mmg sah dia ni pn slh seorang dr anak didik btn iaitu program memperbodohkan org melayu dan Islam...xabis2 nk ckp yg kononnya kerajaan yg tlg TB masa study dulu...sedarlah diri tu woi...duit yg kerajaan guna tu duit rakyat...dh ramai org sedar dh...nape le ada lg species cam ko yg xsedar lg ni...aku pn blajar kt uitm gak tp xpernah aku anggap yg semua yg kerajaan lg tu duit umno...DUIT RAKYAT FHM...kalau PR perintah malaysia pn aku xkan ckp duit PR tp duit rakyat...nape le bebal lg ko ni kn...dh ramai org dh sedar woi...xde sape nk terpedaya ngan dakyah ko lg fhm...mungkin kt org2 kampung yg tua2 bleh le kot...tu pn maybe diorang dh jd lg bijak lg ko...kesian tgk ko..

Anonymous said...

TB baca laporan akhbar!!! (lagi) LAPORAN AKHBAR HAMPEH!! tak dengar sendiri ucapan dari mulut TGHA..maka, janganlah nak cetuskan suasana tak keruang yang disengajakan dengan NIAT YANG AMAT TIDAK BAIK! ..semoga ALLAH BALAS NIAT 'BAIK' TB NI..

Anonymous said...

Saudaraku Abdul Razak,
Saudara dah bacaka pandangan TT terhadap budak UITM?
Ni nak bagi tau hang rumusan dan pandangan dia terhadap UITM:
1.UITM tu U kelas dua,pelajar yang pas gitu-gituje masuk UITM!U DEB!Masuk atas dasar DEB!Hang tak faham kot!!Kalau hang otak cream,hang dapat straight A,dalam SPM,hang abaikan pandangan TT tu!Dia pun budak DEB jugak dulu!!
2.Hang patut bersyukur pada Allah,sebab yuran UITM tu murah!Macam freee jee!Tak macam Lim Kok Wing,Uniten,Multimedia atau U.Petronas!!!Ala yang buat dasar,yang tubuh UITMtu,rakyat!!! bukan UMNO!!!!Hang tak payah bimbangla!!!!!

Sebal said...

Salam, gue ingatkan TB ni..emang PHD lah..sebab klo yang ngomong tu TGHH and UNA and HA semua salah and geng and pencinta UG..klo yang ngomong tu TGNA, HUSAM ke YB Khalib Samad, semuanye BAGUS belaka..gue ni..emang tak suka PAS bergabung dgn UMNO...tapi..dlm usaha DAKWAH ni..gue rasa tak perlu tutup pintulah..klo dgn DAP kita bolih cari titik persamaan utk bergerak dlm PR...awat dengan UMNO tak BOLIH....awat hang tak ulasan YB yg tak hadir diri masa 14 dis..cuba lu fikir and semua fikir apa akan TB ulasan and entam klo yg tak hadir tu,,uts NA?? tentu pecah blog TB ni dgn tajuk entam UNA..itu wa..punya persepsilah

Jangan marah yee...wa lihat lu udah makin tak keharuan dlm berblos..asik mau entam aje..semua TGHH and NA and HA buat semua tak betullllll..lu aje lah yang betullll..

Sebal said...

TB, gara-gara lu yang asik entam TGHH..lu tengok..mamat malaysia baru punya comment..macam org giler tau..ni semua gara-gara lu..

Anonymous said...

TB.. ko pecaya ke apa yang media arus perdana tulis? So ko pecaya le apa yg Utusan Meloya tulis jugak...??

TGNA pernah kata.. yang PAS tentang bukan namanya UMNO... tetapi apa yang dipegang oleh UMNO... Jika hari ini UMNO membuang perjuangan kebangsaan/assobiyah dan mengambil Islam, TGNA akan bubar PAS dan masuk UMNO... itu menunjukkan bahawa musuh PAS bukan nama UMNO atau parti UMNO tetapi apa yang dipegang UMNO iaitu semangat kebangsaan - semangat assobiyah...

Anonymous said...

kes memali ... yang betul betul bersalah adalah Mahathir... Musa Hitam dan Radzi adalah mangsa Mahathir.. sebab itu selepas peristiwa memali, musa hitam meletak jawatan dan kemudian bersama Ku Li dan Radzi serta Rais Yatim mencabar Mahathir... mereka semua ni dijadikan kambing hitam oleh Mahathir si mamak kutti yang merancang semuanya dan pi melawat china dengan meninggalkan segala blame kepada orang lain... seba itu selepas menubuhkan Semangat 46, mereka boleh berkerjasama dengan PAS dalam APU

Grand Marquis said...

Abd Razak,

Siapa yang tak tau duit kerajaan itu duit rakyat. Aku pun tau. Masalah yang tak paham tu ialah TB dan seantoronya.

Bila bab menghalalkan arak dan judi, dia kata UMNO halalkan arak dan judi. Tak pula dia kata kerajaan Malaysia yang buat.

Tapi bila bab guna duit kerajaan, dia tak kata dia guna duit UMNO.

Ini jelas sikap double standard. Kenapa bila yang buruk tu, UMNO yang buat, bila yang baik tu, disembunyikan nama UMNO dan digunakan nama kerajaan?

Apakah semata-mata mahu menang perdebatan kita bersifat hipokrit dalam berhujah?

Sesungguhnya amat tepat apa yang dikatakan oleh Nabi S.A.W. iaitu antara sifat munafik ialah bila berhujah kerjanya kira nak menang aje.

Kita tak minta anda semua sokong UMNO mahupun mengatakan UMNO itu baik. Tapi kalau nak kritik pun biarlah kita bersikap adil. Bukankah mufti Nga sendiri baca surah "Aura" yang menyuruh kita bersikap adil?

Anonymous said...

Kesian aku tengok yg nama Abd. Razak tu, kalo da bodo jgn la tunjuk2 kat orang woii..
Komen bodo tak guna akal atau pon memang otak dia kecik atau tak berfungsi...heee..hee

Fahmi said...

Rahman...kau buatla aduan ke badan disiplin PAS terhadap apa yg diucapkan oleh Tn Guru Presiden tuu.....jgn lapa tau buatlaaaaa....

Tulang Besi said...

Anonymous Fahmi said...

Rahman...kau buatla aduan ke badan disiplin PAS terhadap apa yg diucapkan oleh Tn Guru Presiden tuu.....jgn lapa tau buatlaaaaa....

December 23, 2009 4:36 PM
.

Laporan yang aku buat ke JK Disiplin pasal Timbalan Presiden sampai sekarang Ustaz Tuan Ibrahim tak iktiraf.

Ni nak lapor pasal Presiden.

Lupakan

Fahmi said...

Apa bukti yg Ust Tuan tak iktiraf????....jgn sedap mulut je ckp....

Anonymous said...

KENAPALAH DIA TU MINAT SGT NAK BERBAIK DGN AMNO, sedangkan TGNA pernah kata kita jgn dipatuk ular di lubang yg sama 2 kali, tak paham ka, tak dpt ambek pengajaran ka?, tak dak perasaan ka??? letih, penat, marah, meluat dgn perangai pemimpin yg asyik2 nak berbaik dgn amno.

saya pun rasa agenda UG masih dlm angan2 mereka, kalau pun ditolak ke tepi, mungkin hanya sementara. dlm hal ini pewakilanlah yg harus disalahkan, tak reti pilih pemimpin walaupun hati tak suka UG, undi jugak!

Anonymous said...

Anonymous said...

SETUJUKAH ANDA PAS MEMECAT TB DARI KEAHLIAN PAS kerana biadap dan tidak memberi nama buruk kepada Parti?


nama buruk? apa yg TB buat memberi nama buruk pada parti??? TAK SETUJU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

salam, aku x setuju TB dipecat, yang patut dipecat ialah pencetus dan penyokong kerajaan perpaduan, kena sedar bahawa PAS sedang merudum apabila dilanda isu itu, pemimpin2 lemah akal berhentilah secara bermaruah, kerana andalah PAS sedang kesejukan, nak kata demam x demam, tapi masih berpinar-pinar, aku sokong TB sebab isu2 yg dibangkitkan turut disokong hujah2 bernas dan berasas beserta bukti kukuh. - ibnusudi

Anonymous said...

TGHA ni memang orang baik, tetapi dia hanya sesuai untuk memimpin ulama sahaja. Tak seperti Ust. Fadhil dia sangat lemah dalam politik. Semasa memerintah Terengganu dulu segala urusan politik dan pentadbiran diserahkan kepada Cik gu Pa. Sekarang Che gu Pa adalah Presiden sebenar PAS.

hiley said...

Kalaulah pun Ustaz Abd Hadi tersilap dalam pendiriannya dalam politik, itu bukanlah satu kesilapan yang besar atau yang melanggar syarak. Tak wajar diperbesarkan kan hingga menghinanya.

Inilah bibit2 yang akan menghancurlebur kan perpaduan orang Islam.

Itulah yang hendak dilihat berlaku oleh pihak2 yahudi dan bukan islam.

Jangan ego politik kita mengaburkan pripenting nya kesatuan orang islam - melainkan pihak satu lagi tu memang secara jelas dan terang memang memihak pada taghut. Hendaklah dibezakan antara kepimpinan orang UMNO dengan ahli2 UMNO. Bukankah ahli2 UMNO itu dari kalangan keluarga, saudara dan jiran kita? Okay, kempimpinan UMNO tak bolih dipercayai, sudahkah kita cuba terhadap second -liner leadership dan seterusnya ahli2 UMNO.

Dimana semangat dakwah dan ihsan kita terhadap mereka. Cuba lah berbincang dulu tentang common objectives dan masalah yang dihadapi orang islam tanpa prejudis.

Anonymous said...

UMNO dan PAS wajib bersatu kerana PERPADUAN UMMAH...

Anonymous said...

QS: AL HUJURAT Ayat6 :
Wahai orang-orang yang beriman! Jika seorang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenaranya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

dan dalam Al-Hujurat bersabda Allah Azza Wa Jalla:
Ayat 10 : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisah) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Berkata Nabi SAW bahawa, kaum mukminin itu tidak akan sepakat dalam perkara kerosakan.

KAPAKTAJAM said...

Tulang Besi malaysia waves, hang lebih dajjal dari Dajjal. Anak haram betaul lar hang ni. Tak ada hati langsung tentang penyatuan Melayu dan Islam. Memang hang ni Kafirun. Nauzubillalahhiminzaliq.

Seseorang yang suka akan perpecahan adalah umpat syaitan laknatullah. Hang layak dipanggil syaitan laknat tu!!!!

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya UMNO jahat kerana berebut kuasa tetapi PAS lagi jahat kerana menyamakan masuk PAS seolah masuk Islam. Dasar memutarbelitkan agama.


CheNed ahli UMNO tetapi sangat tak setuju dengan tuduhan UMNO memisahkan agama dengan pentadbiran. Sialan punya tuduhan. Berdirinya Islam dengan 5 rukun dan tak pernah ada salah satu rukun Islam adalah masuk PAS. Ulama penjual ugama adalah seperti Nik Aziz! Ulama menghalalkan apa sahaja termasuk zina adalah Nik Aziz.


UMNO tidak memesongkan agama seperti PAS. UMNO jika jahil masih boleh dibentuk tetapi PAS yang telah menyeleweng pemikiran ahli-ahlinya dengan melabelkan bukan ahli PAS adalah kafis lebih dasyat dari jahil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.