Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 24, 2009

UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil:

After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the
colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid
economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the
1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However,
despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.

Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as
indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi

Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.

Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi:

“The professional, technical, sales and managerial
jobs were predominantly held by the Chinese, while about three-quarter of the Malays
were agricultural workers mostly involved in small, subsistence farming and fishing
activities (Klitgaard and Katz, 1983: p. 335). Thus, not only were the Malays found to be poor, but also they were primarily associated with agriculture, a low productivity sector. On the other hand, the non-Malays were associated with mining,
manufacturing and construction, a high productivity sector.”














Jelas sepanjang 12 tahun pemerintahan UMNO itu, tiada usaha yang serius dari UMNO untuk membangunkan orang Melayu. Orang Melayu menunggu janji-janji UMNO seperti menunggu buah tak jatuh.

Macamana nak berharap pada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu berlagak lebih British dari British. Mereka tak perlu fikirkan pasal orang Melayu kerana mentality feudal mengajar mereka bahawa majoriti orang Melayu sepatutnya tunduk kepada tuan-tuan feudal mereka, yakni pemimpin-pemimpin UMNO.

Maka, apabila kemarahan orang Melayu memuncak, majoriti Melayu telah menolak UMNO dalam pilihanraya 1969. UMNO hilang 2/3 kerusi Parlimen dan hilang beberapa negeri. Dato’ Harun Idris sendiri berada dalam keadaan kritikal

Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO. Majlis Gerakan Negara ditubuhkan dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak, menjadi ketua MAGERAN. Tunku Abdul Rahman telah dipinggirkan dan tak lama dari itu Tunku letak jawatan.

Kesan Kekalahan 1969 Kepada UMNO

Kesan utama kekalahan mereka 1969 adalah UMNO mula menyedari orang Melayu boleh berfikir dan sudah mula keluar dari kepompong feudal. Maka, mereka terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengekalkan pemerintahan mereka dan mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Maka, langkah utama yang mereka ambil untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka adalah menubuhkan kerajaan bersama dengan PAS. PAS adalah alat utama UMNO di dalam mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Dan, kemasukan PAS juga adalah berdasarkan janji-janji Tun Razak untuk melaksanakan program-program yang membantu menaikkan taraf socio-ekonomi orang Melayu. Maka, masuklah PAS dalam kelambu UMNO.

Cumanya, lepas 3 tahun, apabila UMNO sudah 100% yakin tahap sokongan terhadap mereka telah kembali, maka diciptalah situasi yang telah menyebabkan PAS ditendang.

Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO

Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah:



















Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU). Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Maka, dari kontraktor2 OKU ini dapatlah kita hasil seperti ini:















dan ini:

















Boleh baca di sini.

Mereka yang tak layak terima kontrak dan projek tapi diberikan juga sebab koneksi mereka dengan UMNO. Semua kerana mahu mengkayakan UMNOPUTRA atau ELIT-ELIT MELAYU.

Kegagalan UMNO Yang Sepatutnya Telah Membunuh UMNO

UMNO ni sepatutnya dah mati lama dah. Selepas 1969 sepatutnya UMNO sudah kita kuburkan. Mereka adalah parti nasionalis sekular yang bertujuan untuk menjaga kepentingan tuan-tuan feudal Melayu serta meneruskan polisi serta program ekonomi penjajah British.

Tapi, PAS telah datang menyelamatkan UMNO dan memberi nafas baru kepada UMNO selepas 1969. Sedih saya.

Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO.

Nama kata nak bangunkan orang Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, moden, berwawasan jauh hanya boleh dilakukan kiranya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. Selagi kita duduk bawah UMNO, selagi itu kita hamba UMNOPUTRA.

Saya berharap Dr Mahathir membaca artikel saya ini dan memberi sokongan beliau kepada artikel saya.

Tulang Besi

ps Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun artikel tersebut dengan klik di sini.

ps saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.

ps Saya masih tak boleh lupa raut muka N. Gobalakrishnan bila saya bagitau dia yang pendapatan per kapita orang India di Malaysia lebih tinggi dari orang Melayu. Oleh sebab itu, dia kena belanja saya teh tarik




66 comments:

Grand Marquis said...

Adalah sangat tidak tepat untuk membandingkan UMNO pada tahun 1957 dengan UMNO pada tahun 80an, 90an dan 04 (era badawi). Ini kerana masa itu ia dipimpin oleh orang berbeza. Lagipun mentaliti orang juga berbeza.

Tulisan ini adalah tulisan yang sangat tidak adil, penuh dengan persepsi serta tidak disokong oleh fakta yang tepat. Menggunakan fakta sekitar tahun 60an untuk senario hari ini adalah amat salah. Ini adalah contoh tulisan orang Melayu yang hidup dalam denial, penuh dengan hasad kerana enggan mengakui usaha yang telah dilakukan oleh orang Melayu lain yakin pemimpin Melayu.

Masa berbeza, pemikiran orang pun berbeza. Kenapa TDM tulis Malay Delema sekitar tahun 70an? Ia tidak lain tidak bukan untuk menyedarkan orang Melayu akan kepentingan pelajaran, ekonomi, bekerja keras dll. Masa itu, mentaliti orang Melayu berbeza.

Sudah menjadi lumrah masyarakat peribumi akan rasa complacence dibumi sendiri. Kalau kita datang ke timur tengah, kita akan dapati orang arab tempatan juga mempunyai attitude seperti orang Melayu pada zaman awal Merdeka. Mereka hidup dalam complacence, malas, enggan bersaing sedangkan kaum pendatang dibumi mereka merobek segala kekayaan negara mereka untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Kesedaran mula timbul selepas tahun 70an yang mana banyak usaha dilakukan untuk mengubah keadaan orang Melayu. Ini adalah satu perkara yang diketahui umum tetapi cuba disembunyikan oleh TB. Pelbagai rancangan kerajaan adalah untuk memajukan orang Melayu dari segi ekonomi dan pendidikan. Ramai anak-anak orang Melayu dipaksa masuk univerisiti walaupun result mereka tak hebat mana. Ada yang hari ini jadi doktor, engineer, professor kalau kita kaji keputusan MCE, SPM mereka ternyata sekadar cukup makan. Tapi hari ini mereka berjaya kerana peluang yang diberikan oleh kerajaan terhadap orang Melayu dalam bidang pendidikan. Hari ini kita lihat sudah ramai professional Melayu dalam pelbagai bidang. Ada yang sudah jadi expat dengan gaji 30k sebulan.

Orang cina sendiri pun sedar yang kerajaan Malaysia banyak memberikan peluang kepada orang Melayu. Itu yang membuat mereka iri hati sangat dan anti dengan kerajaan Melayu, khususnya dengan DEB. Tapi malangnya ada lagi orang Melayu yang tak sedar benda ini, ataupun mungkin

Sampai hari ini masih tiada penafian dari TB yang TB ini adalah generasi DEB. Adakah TB berana untuk buktikan yang anda ini bukan generasi yang menumpang untuk dibawah DEB? adakah anda rasa anda ini akan jadi expat dan bergaji 30k kalau tidak kerana peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada anda semata-mata kerana anda ini dilahirkan Melayu?

PAS juga telah memerintah kelantan selama 20 tahun dan wujud hampir 50 tahun. Apa yang pas buat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan orang Islam? Sila senaraikan wahai TB kalau kamu ini orang yang benar.

Grand Marquis said...

Adalah amat malang, tidak professional dan mencemari etika akademik bila TB mencedok fakta-fakta dalam artikel tersebut, tapi tidak menerangkan secara keseluran apa yang dinyatakan dalam artikel tersebut.

Lihat sendiri apa yang dinyatakan dalam abstract paper tersebut:
It is argued that
government intervention under the New Economic Policy has been successful in
generating economic growth and development of the country in general, and in the
development of the Malay ethnic group in particular. Government intervention that
begins in the 1970s has significantly reduced poverty, particularly poverty amongst
the Malay ethnic group. Furthermore, the overall income inequality as well as interethnic
and rural-urban inequality has also decline since the middle of 1970 to 1990.


Artikel ini sendiri telah menafikan persepsi TB tentang DEB dan Kerajaan (Kerajaan atau UMNO ni?) kerana ia jelas menyatakan campur tangan kerajaan dan DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan, terutama dikalangan orang Melayu.

Amat jelas, TB sekadar mencedok fakta sekadar untuk memuaskan persepsi anda yang terpesong. Apakah ini bukan satu bentuk fitnah?

Tulang Besi said...

Nak tanya Grand Marquis, Intra-Ethnic GINI Coefficient selepas DEB, adakah ia semakin baik ataupun semakin buruk?

Tulang Besi said...


Adalah sangat tidak tepat untuk membandingkan UMNO pada tahun 1957 dengan UMNO pada tahun 80an, 90an dan 04 (era badawi). Ini kerana masa itu ia dipimpin oleh orang berbeza. Lagipun mentaliti orang juga berbeza.

Tulisan ini adalah tulisan yang sangat tidak adil, penuh dengan persepsi serta tidak disokong oleh fakta yang tepat. Menggunakan fakta sekitar tahun 60an untuk senario hari ini adalah amat salah. Ini adalah contoh tulisan orang Melayu yang hidup dalam denial, penuh dengan hasad kerana enggan mengakui usaha yang telah dilakukan oleh orang Melayu lain yakin pemimpin Melayu.

Masa berbeza, pemikiran orang pun berbeza. Kenapa TDM tulis Malay Delema sekitar tahun 70an? Ia tidak lain tidak bukan untuk menyedarkan orang Melayu akan kepentingan pelajaran, ekonomi, bekerja keras dll. Masa itu, mentaliti orang Melayu berbeza.
.

Oh iye ke? Kao kata data2 tu semua tak boleh pakai ke? Ataupun kao kata sumber2 kajian aku pakai tu semua tak betul?

Cakap biar terang boleh tak, GM. Jangan buat tuduhan2 rambang mcm kao biasa buat.
Aku cabar kau sila nafikan fakta2 yang aku bawak tu.

Tulang Besi said...

Tun Dr M tulis Malay Dilemma tapi semua dia kritik, dia buat juga.

Tulang Besi said...

Kesedaran mula timbul selepas tahun 70an yang mana banyak usaha dilakukan untuk mengubah keadaan orang Melayu. Ini adalah satu perkara yang diketahui umum tetapi cuba disembunyikan oleh TB. Pelbagai rancangan kerajaan adalah untuk memajukan orang Melayu dari segi ekonomi dan pendidikan. Ramai anak-anak orang Melayu dipaksa masuk univerisiti walaupun result mereka tak hebat mana. Ada yang hari ini jadi doktor, engineer, professor kalau kita kaji keputusan MCE, SPM mereka ternyata sekadar cukup makan. Tapi hari ini mereka berjaya kerana peluang yang diberikan oleh kerajaan terhadap orang Melayu dalam bidang pendidikan. Hari ini kita lihat sudah ramai professional Melayu dalam pelbagai bidang. Ada yang sudah jadi expat dengan gaji 30k sebulan..
Kahkahkah rancangan pembangunan orang melayu selepas 1970 adalah hasil dari keputusan Kongres Ekonomi Bumiputra 1 dan 2. Itu pun UMNO dah banyak hapuskan keputusan Kongress. Misalnya Bank Bumiputra sudah terhapus di bawah pentadbiran UMNO. Begitu juga Biasiswa dsbnya.
Yang tinggal hanyalah dalam bab pemberian kontrak. Ia dipertahankan UMNO kerana ia penting demi meneruskan agenda UMNO mengkayakan UMNOPUTRA.
Sudahlah GM, berhenti menegakkan benang basah. Bangkai gajah mana boleh tutup dengan daun nyiru.

Tulang Besi said...

Nama kata nak tunggu UMNO sendiri untuk memikirkan idea untuk membangun ekonomi orang Melayu sebelum 1969, jangan haraplah.

Kucing tumbuh tanduk dulu lah.

UMNO terpaksa adaptasi keputusan Kongress Bumiputra 1 dan 2 untuk memastikan kekuasaan UMNO berterusan.

Tapi, lepas tu semua keputusan kongress dihapuskan kecuali yang sesuai dengan agenda UMNO mengkayakan UMNOPUTRA

Tulang Besi said...

Artikel ini sendiri telah menafikan persepsi TB tentang DEB dan Kerajaan (Kerajaan atau UMNO ni?) kerana ia jelas menyatakan campur tangan kerajaan dan DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan, terutama dikalangan orang Melayu.
Bodoh, baca pun tak reti kau ni Grand Marquis. Bacalah artikel tu sepenuhnya dulu. Kau sendiri tak faham abstrak artikel tu.
Dan kau tak faham apa yang aku tulis pun. Sememangnya DEB berjaya menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu, tapi ia bukan sebab UMNO tapi lebih kepada desakan dari pengundi Melayu 1969 dan ketakutan UMNO untuk hilang kuasa.
Namun, DEB gagal dicapai oleh UMNO kerana agenda memperkasakan ekonomi Melayu adalah agenda yang DIPAKSA ke atas UMNO, bukan agenda yang UMNO sendiri perjuangkan sejak asal.
Segala program dalam DEB adalah hasil dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 dan tidak berasal dari UMNO.
Cuma UMNO telah banyak menghapuskan keputusan2 kongress dan mengekalkan mana-mana yang sesuai dengan kepentingan mereka.

Sebatang kara said...

Artikel nih baguih duk ado, saye sokong TB 100%. Kepada GM, pada dasarnya DEB memang bagus dalam membantu membangunkan ekonomi orang melayu tetapi telah diselewengkan dengan hebatnya oleh UMNO untuk tujuan mengumpul harta benda di belakang oghang kita.

zakwan said...

The leaders of UMNO may change but the people calling the shots behind the scenes still hav the same unchangeable "Ketuanan Melayu" mentality

Like any party leader in the past,they must allow themselves 2 be manipulated by these forces
Otherwise,they get the boot,Anwar Ibrahim style

Najib's been preaching 1Malaysia but his cousin along wit other UMNO warlords n their mouthpiece,Utusan Munafik says otherwise

The same applies wit Pak Lah,the weakest PM we've seen

DEB is indeed a Jurassic era relic,similar 2 the outdated "Ketuanan Melayu" ala Zionist concept

As long as Najib's men do not practice what he preach,the rakyat will see 2 it that UMNO kicks the bucket come GE 13,InsyaAllah

Tulang Besi said...

Soalan pada Grand Marquis dan puak2 UMNO seangkatan dengannya:

Kenapa UMNO tidak melakukan DEB bermula dari 1957 lagi?

KEnapa idea tersebut datang dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 dan bukan dari UMNO sendiri?

Tulang Besi said...

Sebatang Kara,

Bukan setakat UMNO seleweng DEB.

Memang dari mula lagi perlaksanaan DEB, UMNO tidak pernah redha dengan program ini.

Program DEB bukan datang dari UMNO tapi dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

UMNO TERPAKSA melakukan DEB kalau tidak mereka akan tersungkur dan terpinggir dari politik Melayu.

itu yang selepas 30 tahun DEB, segala objektif DEB GAGAL dicapai oleh UMNO.

Ia bukan program UMNO maka UMNO tidak berminat untuk mencapai kejayaan program tersebut.

Apa yang berlaku, UMNO telah mengubah banyak program asal semata-mata untuk mengkayakan UMNOPUTRA.

DEB yang asal hanya tinggal nama.
Dan DEB mendapat nama buruk sekarang ni sedangkan program ini program baik.

Hanya kerana UMNO yang melaksanakannya menjadikan DEB mendapat nama yang amat buruk.

Anonymous said...

Most majority malays think that they are lazy! maybe they are. But some of us dah bangun dari tido. Kesian kat depa yang masih tido!

Anonymous said...

Termasuk lah Grand Marquis yang mengaku he is that kind of malay. Poor you Grand marquis!Lazy bum Umnoputera malay!

panzer said...

Biasalah,grand marquis nih banyak sangat makan rasuah kot,sebab tuh gelap hati.Orang UMNO kalau tak makan rasuah dah boleh dikira macam malaikat!

Anonymous said...

Baru 2 ini saya pergi medical lecture O+G di Jb.Antara 6 pakar,5 adalah Melayu.

Membanggakan.

Anonymous said...

Ramai juga engineer2 Melayu sekarang ya.

Anonymous said...

Geng2 professional dalam PAS tu,ramai yang hasil DEB kot.

Anonymous said...

Salam

Dah mual juga saya baca blog TB ni yang buat macam2 cerita umpama dia paling tahun segala2nya termasuk apa yang ada dalam kepala orang lain. Hari tu tak salah saya dia buat tuduhan UMNO yang mulakan 13 Mei dan yang ini pasal kerajaan Perikatan/BN selama 52 tahun memerintah tak berminat nak menjayakan DEB.

Lantaklah kau TB, tapi saya minat juga nak tahu apakah perancangan yang dibuat PAS selama ini untuk memajukan orang Islam (kata Melayu karang dia katakan Asobiah pula) di Malaysia?

Kalau PAS memerintah selepas merdeka hingga kini maka Malaysia akan jadi macam Afghanistanlah agaknya. Kebanyakan rakyat hidup melarat dalam seribu kepayahan. Walahualam.

Nasib baik di Malaysia ada UiTM, dapat juga TB menjejakkan kaki ke universiti dan jadi teramat lebih pandai dari Melayu2 yang lain.

Jurutera Nuklear Melayu

Sebatang kara said...

Masa ari merdeka ari tuh TV (tak ingat dah TV apa) ada tayangkan citer 1957: Hati Malaya, arahan Shuhaimi Baba. Citer nih memang citer propaganda UMNO lah. Tapi saya tertarik ngan satu babak citer tuh. Masa tuh babak kat umah Haji Abdullah Fahim (nenda DS Abdullah Badawi). Dalam babak tuh antara yang ada adalah Tun Sardon dan Ahmad Badawi sendiri (Ayahanda DS Abdullah Badawi). Dalam babak tuh, Tun Sardon (masa tu takdak Tun lagi) ngan Ahmad Badawi mintak pandangan tarikh yang sesuai untuk merdeka dari Haji Abdullah Fahim. Selepas itu beliau bagilah tarikh yang sesuai iaitu 31 Ogos 1957. Dipendekkan citer pada akhir dialog tersebut, Haji Abdullah Fahim pun berkata 'nanti dah merdeka nanti hangpa jangan duk kumpul harta kut belakang oghang kita pulak'.
Saya tak pastilah akan kebenaran dialog ini samada betul-betul wujud atau tidak. Tapi kalau betullah dialog ini, maknanya nenda kepada PM kita no.5 dah tahulah golongan UMNO nih memang penyamun sebelum merdeka lagih.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Salam

Dah mual juga saya baca blog TB ni yang buat macam2 cerita umpama dia paling tahun segala2nya termasuk apa yang ada dalam kepala orang lain. Hari tu tak salah saya dia buat tuduhan UMNO yang mulakan 13 Mei dan yang ini pasal kerajaan Perikatan/BN selama 52 tahun memerintah tak berminat nak menjayakan DEB.

Lantaklah kau TB, tapi saya minat juga nak tahu apakah perancangan yang dibuat PAS selama ini untuk memajukan orang Islam (kata Melayu karang dia katakan Asobiah pula) di Malaysia?

Kalau PAS memerintah selepas merdeka hingga kini maka Malaysia akan jadi macam Afghanistanlah agaknya. Kebanyakan rakyat hidup melarat dalam seribu kepayahan. Walahualam.

Nasib baik di Malaysia ada UiTM, dapat juga TB menjejakkan kaki ke universiti dan jadi teramat lebih pandai dari Melayu2 yang lain.

Jurutera Nuklear Melayu
.
Saya rasa duit rakyat telah dibazirkan atas pendidikan orang macam saudara. Sebabnya? Lain yang saya tulis, lain yang awak faham.
Padahal apa yang saya tulis tu benda simple.
Dan, kalau nak tengok apa sumbangan PAS pada orang Melayu, silalah datang ke Indonesia ni.
DEngan adanya PAS yang mungkin dapat menawan 4 negeri di Utara tanahair, maka UMNO terpaksa bekerja lebih masa dengan membantu orang Melayu dengan berbagai2 program.
Kalau takda PAS, alamat orang Melayu jadi merempat macam kat Indonesia ni lah. Berebut-rebut orang Melayu nak jadi TKA di luar negara.
DEB pun jasa PAS pada orang Melayu jugak tau.

Tulang Besi said...

Sebatang kara,

Sebenarnya teguran secara tertutup dah lama dibuat oleh ramai AJK2 PAS Pusat.

Teguran secara pribadi pun dah dibuat pada Presiden dan semua AJK2 Harian yang pro UMNO

Namun, teguran tu macam curah air di daun keladi.

Tu yang sampai Tok Guru guna blog, guna media umum untuk menghalang perancangan jahat geng UG/Pro UMNO untuk membawa PAS kepadfa UMNO.

Sebenarnya cara teguran belakang tabir ni dah tak berkesan dalam PAS.

Bila duit main peranan, teguran dah tak jadi faktor lagi dah.

Sebatang kara said...

TB!

TKA tu menatang apa?

Tulang Besi said...

Tenagfa Kerja Asing

Anonymous said...

"Dan, kalau nak tengok apa sumbangan PAS pada orang Melayu, silalah datang ke Indonesia ni.
DEngan adanya PAS yang mungkin dapat menawan 4 negeri di Utara tanahair, maka UMNO terpaksa bekerja lebih masa dengan membantu orang Melayu dengan berbagai2 program.
Kalau takda PAS, alamat orang Melayu jadi merempat macam kat Indonesia ni lah. Berebut-rebut orang Melayu nak jadi TKA di luar negara."
Saudara TB,:
1.Saya orang kampung tak dak duit nak pi Indonesia!Tolong beri fakta sumbangan PAs terhadap perkembangan perniagaan orang melayu di Indonesia.Kalau boleh senaraikan contoh-contoh perniagaan yang menunjukkan kejayaan perniagaan melayutu!
2.Contoh dan fakta perniagaan orang melayu yang telah disumbangkan oleh PAS di Malaysia.
3.Mengikut statistik Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang,65% orang melayu menyokong umno dan 35% menyokong pas!Walaupun Pas berjaya mempertahankan kerusi tersebut,ini disebabkan sokongan oleh pengundi bukan melayu!Adakan statistik ini memungkinkan PAS dapat menguasai menegeri UTARA seperti Perlis,Kedah dan Perak kelak!
4.JIka boleh!Adakah Pas dapat melaksanakan hukum hudud sepertimana yang sering diwar-warkan sebelum ini!
5.Apa komen saudara!Pas telah mengambialih tempat umno dalam menarik pengundi cina dan india!Pas hanya akan menang dikawasan yang mempunyai taburan pengundi berbilang kaum dan akan kalah dikawasan bermajoriti melayu!

Terpulang pada TB atau penyokong kuat pas untuk memberri ulasan!!Mudah-mudahan ia dapat membderi sedikit sebanyak pada pengundi yang dok atas pagar!Pengundi atas pagar,penentu kemenangan pada sesuatu pilihanraya!

-orkampungje!

Anonymous said...

One Jurutera Nuklear Melayu December 24, 2009 4:01 PM said,

"Kalau PAS memerintah selepas merdeka hingga kini maka Malaysia akan jadi macam Afghanistanlah agaknya. Kebanyakan rakyat hidup melarat dalam seribu kepayahan. Walahualam."

Sebenarnya kalau PAS memerintah selepas merdeka hingga kini, Malaysia akan setaraf dengan Kanada atau Australia dari segi pencapaian, kemajuan atau ekonomi.

Tulang Besi said...

Saya rasa orang2 UMNO ni akal diorang kurang.

Ada ka tanya apa sumbangan PAS pada orang Melayu?

PAS yang memerintah Malaysia ataupun UMNO semenjak Merdeka?

Anonymous said...

Ini suatu perbincangan yang baik. Teruskan. PAS dan UMNO kena fikir macam mana nak majukan orang melayu tanpa niat nak aniaya kaum lain.

.

terompah kayu said...

biasala umno suka tengok orang melayu miskin dan bodoh. ianya mudah bagi melayu untuk di beli.. malangnya kalau dah bodoh melampau!!!!

Anonymous said...

TB, kalau nak berdebat,guna fakta...kata balik dari US!Mengapa cakap berbelit!Kalau anda dah rasa menjawab soalan pertama!Ok!Anda belum menjab soalan 2-5!Jangan selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri!Jangan mengAMNOkan semua orang disebabkan mempunyai pandangan yang berbeza!Dalam babni rasanya Grand Marquis lebih rasional dari anda!Kalau diri termasuk dalam golongan intelektual,pandangan mesti berdasarkan fakta,bukan hentam mengikut emosi semata-mata!!!!

-orgkampungje!

Anonymous said...

Tidak ada salahnya umno dari dahulu hingga sekarang...salahnya adalah pemimpin..sebagai contoh,megat junid,tengku adnan dan kebanyakan pemimpin umno yang korup,rasuah,jika bnyk titik hitam dalam hati bagaimana hendak mentadbir,memimpin dgn cara yg betul..apa punca mereka jadi begitu..kerana org cina yg memiliki lesen,judi,arak,maksiat,ahli berniaga yg rasuah...andaikata Pakatan rakyat memerintah nanti,anwar,hadi,lim guan eng pubn akan menjadi seperti mereka,sanggupkah anwar,hadi,nik aziz sekarang ini memerangi judi,arak dan maksiat????????

Anonymous said...

Salam
anoy 9:31! Itulah persoalan besar yang bermain dikalangan sebahagian besar pengundi Melayu sekarang!Parti ibarat bayi,yang mencorakkan bayi tersebut adalah ibubapa!!!Nak jadi penyamun atau tok imam bergantung pada didikan ibubapa!Dalam konteks umno dan pas sekarang,yang mencorakkannya ialah pemimpin!Yang menjadikan umno,"busuk sampai keusus" sekarang ialah pemimpion umno sendiri termasuk yang mengeluarkan kenyataan tersebut!!Itu realiti!
Masalahnya sekarang,dapatkan pas menjanjikan atau menyakin pada pengundi melayu kelak,jika mereka dapat memerintah Malaysia umpamanya,mereka tidak berkelakuan seperti pemimpin UMNo!Terpengaruh dengan wang berjuta!Terpengaruh dengan rumah dan kereta mewah!! Dapatkah mereka menegakan hukum hudud diMalaysia kelak!Dapatkan mereka menegakan sebuah negara Islam yang sebenarnya!Kalau boleh berikan fakta yang menyokong!kalau tidak boleh,berilah alasan yang munasabah yang boleh diterima oleh semua orang melayu!!
Itulah persoalan sekarang!!!Mengapa memutarbelitkan persoalan! Mengapa membodohkan orang dengan gelaran yang bukan-bukan!


-orgkampungje!

Cekal said...

Kegagalan atau kejayaan UMNO hanya mencerminkan keupayaan orang Melayu masa dulu dan kini.

Kumpulan Melayu dalam PAS jangan haraplah. Lagi buruk. Tenguk saja Kelantan.

Jadi kita sama2 berusaha memajukan Melayu dan budaya Melayu bukan
jatuh menjatuh.

Cuma tentu sekali kalau kita alpa golongan jahat dan tamak haloba macam bisnes man Khairi dan rakan2 akan cuba memperkuda UMNO untuk keuntungan mereka.

Begitu juga Mahathir, pemikir Melayu yang baik pada zaman dulu.

Tapi kini Melayu perlu selangkah lagi hebat dari Mahathir.

Tulang kayu said...

PAS parti ajaran sesat, tidak dipilih oleh orang Melayu dari dulu sampai sekarang.

Jadi soal jika itu dan jika ini jika PAS memerintah tak timbul.

PAS golongan orang Kelantan tenguk saja apa jadi kepada negori kelantan.

Melayu lain tak bagi muka kepada kumpulan Harakiri membunuh Melayu.

ORang Melayu mahu kemodenan bukan kekunoan yang dipelupuri oleh PAS dan Tulang Besi.

Budaya Arab yang dijajakan ada peminatnya. ADa minah pakai tudung dan niqab dan sebagainya.

Tapi dunia ini bukan milik orang budaya Arab.
Arab bunuh 3000 orang US, US bunuh balik 1 juta.

Tenguk saja bala yang tuhan bawa kepada orang Arab.

Takkan kita orang Melayu nak jadi macam Arab atas dasar sama ugama?

PAS menipu dan gila ism said...

PAS kumpulan Melayu yang tidak rasional.

Nik Aziz contoh terbaik. entah apa2 yang dia cakap bencinya dan irihati kepada kejayaan UMNO.

Di peluknya Lim Kit Siang sebagai pejuang Islam.

Di peluknya keling Sivarasa sebagai pejuang ISlam lebih dari Melayu dalam UMNO.

Itu sebab PAS tak akan jadi majoriti. Sebab Majoriti orang Melayu adalah sensible, bermaruah, ada adab dan bersangka baik sesama Melayu.

Faham...

PAS jadi cult bolehlah..

Grand Marquis said...

Mula-mula kita tengok terjemahan TB.

active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

TB kata:
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu

Tengok macam mana dia terjemah government menjadi UMNO. Dah berapa kali saya kata, TB cuba main saikologi. Yang buruk, nama UMNO digunakan.

Mungkin betul, pada awal 12 tahun selepas merdeka tiada usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tapi itu 12 tahun yang pertama. Bagaimana pula dengan 40 tahun yang kemudian? Kalau seseorang itu buat maksiat pada awal 12 tahun kehidupannya, kemudian beliau taubat dan membuat amal soleh selama 40, apakah kita akan kata orang itu ahli maksiat? Apakah ini bentuk pemikiran TB. Disini ternyata kelemahan ataupun usaha yang jahat untuk menyemai kebencian.

TB kata:
Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO

sila bagi rujukan sejarah yang mengatakan peristiwa 13 Mei dicipta untuk menyelamatkan kerajaan UMNO.

Seterusnya TB kata:
sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya.

Oleh itu dia buat kesimpulan MNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka.

TB berhujah, yang intra-GINI dari 1957 ke 1970 bertambah buruk dan diletakkan anak panah pada GINI Melayu. Masalahnya ialah intra GINI cina dan india juga bertambah buruk. Kalau UMNO ni ditubuhkan semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu, kenapa GINI Cina dan India juga bertambah buruk?

Cara TB berhujah juga seolah-olah mengangap orang lain seperti tuhan (yang mana beliau sendiri sering berlagak menjadi tuhan yang dapat baca hati orang). TB perlu tahu bahawa pembangunan sosial ini adalah satu ongoing process of trial and error. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu kerajaan sentiasa mengumpul data statistik untuk memantau kondisi sosial. Apabila data statistik menunjukkan tanda-tanda ketidak seimbangan, maka kerajaan akan mengambil langkah-langkah pembaikan. Oleh itu, data yang TB pamerkan sekadar menunjukan pada tahun 1970 kerajaan sudah menyedari jurang perbezaan kekayaan yang makin besar. Oleh itu mereka cipta DEB adalah satu langkah untuk mengurangkan jurang tersebut.

TB soal kenapa kerajaan tak laksanakan DEB pada tahun 1957? Ini ternyata soalan yang sangat bodoh dan menunjukkan kecetekan pemikiran orang yang bertanya. Kenapa TB tak soal kenapa kerajaan tak buat putrajaya pada tahun 1957? Adakah kerajaan pada tahun 1957 tahu bahawa jurang miskin kaya intra dan inter ethnik akan bertambah buruk? Dan adakah kerajaan pada tahun 1957 tahu bahawa perbezaan jurang pendapatan ini akan menyebabkan ketegangan kaum?

cont...

Grand Marquis said...

Dan TB berkata:
Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

TB ada baca statisik betul-betul ke? Cuba tengok GINI Melayu:
1957/58 0.342
1967/68 0.400
1970 0.466
1976 0.494
1979 0.488
1984 0.469
1987 0.447
1990 0.428
1995 n.a.
1997 0.4495

Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.

Lagi satu, TB sendiri akui (begitu juga dalam paper tersebut) DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan. Jadi GINI pada hari ini bukan jurang miskin-kaya sebaliknya jurang antara low-income dan high-income earner. Low-income ini tak semestinya miskin. Hanya pendapatannya adalah dari kumpulan pendapatan rendah!

Lagi satu, Malaysia yang mengamalkan sistem kapitalis sudah tentu menyaksikan GINI yang besar. Hanya negara komunis dan sosialis aje yang rendah GINI kerana matlamat negara sosialis ialah untuk menyamaratakan rakyatnya.

Saya rasa cukup setakat ini. Ada banyak isu yang disentuh dalam paper tersebut yang tidak dinyatakan oleh TB, misalnya bagaimana jumlah golongan professional Melayu meningkat secara mendadak dari tahun 1970 ke tahun 95 lantaran DEB dan juga banyak manfaat yang diterima orang Melayu dari DEB. Malangnya yang TB dok putar ialah sekitar kontrak dan UMNOPUTRA.

Akhir sekali TB kata dalam posting balas pasal Kongres Ekonomi Bumiputra 1 dan 2. Persoalannya ialah siapa dibelakang KEB 1 & 2? Orang PAS kah?

Tulang Besi said...



Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah.

UMNO dah STOP isytihar sama sekali.

BEtul tak?

Tulang Besi said...

Grand Marquis kata kerajaan Malaysia bukan kerajaan UMNO selepas 1957.

Hmmmm, betul ke?

Grand Marquis said...

Adakah TB tahu kenapa kerajaan tak keluarkan GINI selepas 97? Kalau tak tau kenapa speculate?

Lagi satu, sebagaimana saya katakan, GINI ini hanya indicator low-income dan high-income. Dan low income tak semestinya miskin.

Saya tak kata kerajaan Malaysia selepas 1957 bukan kerajaan UMNO. Saya hanya tunjuk sifat hipokrit geng-geng awak. Bila bab yang buruk, kerajaan-UMNO yang buat. Bila yang baik tu tak sebut kerajaan-UMNO. Bila ambil biasiswa, kata duit kerajaan. Tak pula kata duit kerajaan-UMNO. Balik-balik, kata kerajaan-UMNO kafir sebab halalkan judi dan arak. Kalau begitu, dah tentu haram duit kerajaan-UMNO sebab ambil dari sumber haram. Tapi duit kerajaan-UMNO sebat jugak.

Tulang Besi said...


Anonymous Grand Marquis said...

Adakah TB tahu kenapa kerajaan tak keluarkan GINI selepas 97? Kalau tak tau kenapa speculate?

Lagi satu, sebagaimana saya katakan, GINI ini hanya indicator low-income dan high-income. Dan low income tak semestinya miskin.

Saya tak kata kerajaan Malaysia selepas 1957 bukan kerajaan UMNO. Saya hanya tunjuk sifat hipokrit geng-geng awak. Bila bab yang buruk, kerajaan-UMNO yang buat. Bila yang baik tu tak sebut kerajaan-UMNO. Bila ambil biasiswa, kata duit kerajaan. Tak pula kata duit kerajaan-UMNO. Balik-balik, kata kerajaan-UMNO kafir sebab halalkan judi dan arak. Kalau begitu, dah tentu haram duit kerajaan-UMNO sebab ambil dari sumber haram. Tapi duit kerajaan-UMNO sebat jugak.
.

bacala kertas tu betul2 bang.

Ada tulis dalam kertas tu.

Grand Marquis said...

TB jangan ingat orang lain tak baca paper tersebut. Penulis tu sendiri pun tak tau sebab apa dan dia hanya speculate. Tengok sendiri perkataan LIKELY yang dia gunakan.

The government appears to have stopped publishing intra-ethnic distribution figures,
which were readily available until 1990, and it is likely that intra-ethnic inequality has
worsened for at least the Malay community.


Daripada TB terus berputar dalam isu teknikality, lebih baik TB jawab soalan-soalan yang saya kemukakan.

Anonymous said...

Ada seorang hamba Allah berkata:-

"Sebenarnya kalau PAS memerintah selepas merdeka hingga kini, Malaysia akan setaraf dengan Kanada atau Australia dari segi pencapaian, kemajuan atau ekonomi".

Betullah tu! Kelantan selepas lebih 20 tahun PAS memerintah dah ditahap mana pulak agaknya pada pandangan hamba Allah tersebut.

Tolonglah jangan anggap orang Melayu semua bodoh tak ada otak nak berfikir. Please, give credit when it is due. Tak semua yang UMNO buat itu tak berguna langsung untuk orang Melayu dan tak semua Tok Guru cakap itu betul!

Jurutera Nuklear Melayu

Abd Razak said...

kesian aku tgk gm ni...mmg betul2 dh melalut...artikel tu simple je nk fhm tp dia xfhm2 gak...xpn mmg buat2 xfhm sbb dh xtau nk ckp apa kn...ko nk kata kelantan xde kemajuan...cuba ko pegi sana tgk ekonomi sape yg pegang...jgn nk guna alasan kelantan ramai melayu....terengganu pn ramai melayu tp tgk sape yg peganag ekonomi dia...walaupun ditindas oleh kerajaan pusat termasuk penafian duit peruntukan alhamdulillah 20 tahun pas perintah kelantan...kalau xpandai perintah mesti dh lingkup kn...udah2 le nk melalut lg gm...skrg ni tinggal ko je yg dok pertahankan umno ni...org dh tau cite sebenar...rakyat dh bukak mata skrg ni...bukan semua cam ko yg masih terbukti tahap kebodohannya(inilah hasil btn ke atas org cam gm)...xpe ko melalut le lg ye....aku dh tau thp pemikiran ko camna skrg...lain yg ditulis lain lak yg ko melalut...

Grand Marquis said...

Kepada Abd Razak,

Kalau tak de benda nak cakap lebih baik diam. Kalau anda rasa anda ni faham sangat artikel itu bentang aje kefahaman anda. Ini tidak, asyik berputar-putar kata orang tak faham faham. Soalan yang saya tanya tak dijawab. What are you trying to achieve?

Kemudian nak tipu orang kata ekonomi Kelantan hebat. Aku malas nak argue dalam bab ini. Biarlah engkau syok sendiri.

Anonymous said...

Pada saudaraku abdul razak,
Saya seronok pi kelantan!:
1.Makanan murah berbanding dengan negeri lain-realiti.
2.Suka pi kat kampung-kampung,tenguk orang lelaki yang dah berusia main dam,sabung ayam,pertandingan ayam serama dan lain-lain yang jarang ada dinegeri lain la ni!
3.Bila berada dikelantan terutama dikampung-kampung,terkenang negeri sendiri 30 tahun kebelakang,teringat zaman kanak-kanan dahulu!
4.Hairan,kemana orang-orang muda Kelantan!Khabarnya merantau kenegeri lain!Mencari rezeki!Tahniah!Merantau meluaskan pandangan kita!Cuma ingatlah adat merantau!Walau indah negeri Kelantan jangan dok laknat negeri tempat mencari makan!!!
5.Seronok bila berada di Kota Bharu,terbaru!ada Tesco!Lambang kemajuan Kelantan!Siapa tokey tesco Abdul Razak!!
6.Berapa undi pas menang pilihanraya kecil baru-baru ni,wahai saudaraku abdul razak!Apa umno cuma dapat undi tak sampai 100!Tahniah abdul razak!!!

Anonymous said...

GMarquis:
Dari gaya anda berdebat dengan TB,rumusannya:
1.Anda profesionalisme-apa kerjaya anda agaknya!
2.Tahniah!Walapun dicap dengan berbagai gelaran,anda tidak pernah membalas dengan kata-kata yang menjengkelkan!Tidak emosi melulu!
3.Sepatutnya penyokong yang taksub pada Pas patut berhemah dalam berdebat!Tidak mengeluarkan kata-kata kesat!Selaras dengan identiti Islam!Tapi terbalik pula rasanya!!!!!
4.Saya malas nak berdebat secara intelektual dengan TB kerana banyak persoalan yang diajukan tidak terjawab!!!Banyak helah untuk menutup persoalan utama!!!
5.Apapun pada GM dan TB,berdebat,berbeza pendapat adalah lumrah!Jangan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam,merendah martabat sesama melayu sudah!!!


-orgkampungje!

Grand Marquis said...

Assalamualaikum orgkampungje,

Terima kasih atas sokongan dan nasihat. TB selalu ingat, bila ada orang kritik posting beliau, orang tu mesti cybertrooper UMNO atau penyokong fanatik UMNO.

Padahal kita hanya mahu membetulkan tulisan beliau yang nyata penuh dengan sentimen dan persepsi beliau yang terpesong dan fakta-fakta yang salah. Sampai sekarang, ternyata banyak sangat isu-isu yang tidak terjawab oleh beliau. Saya tengok banyak juga Anon yang keluar memberikan gelaran buruk pada saya, tapi satu isu pun mereka tidak jawab.

Kita menulis bukan nak menang debat dengan beliau, tetapi kita nak bagi alternative view supaya orang yang mencari kebenaran dapat menilai dengan bijak apa yang dikemukan oleh TB.

Buat masa ini, cukuplah untuk diketahui bahawa GM seorang yang berada dalam profession akademik.

Wassalam

Anonymous said...

Salam,
Kita berada dalam bidang yang sama mungkin institusi yang berbeza!Prinsip hidup yang jelas,beriman pada ALLah,yang benar tetap benar,yang salah tetap salah tidak mengira mana-mana ideologi!Contoh terbaik Nabi Muhammad SAW dan para sahabat,Sistem terbaik!Piagam Madinah!
Mana mana parti politik yang dapat merealisasikannya adalah parti terbaik BUKAN SEKADAR SLOGAN SEMATA TAPI CUBA MELAKSANAKANNYA DENGAN SEBAIKNYA tanpa alasan yang berbelit-belit....


-orgkampungje!

Tulang Besi said...

December 26, 2009 12:15 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Salam,
Kita berada dalam bidang yang sama mungkin institusi yang berbeza!Prinsip hidup yang jelas,beriman pada ALLah,yang benar tetap benar,yang salah tetap salah tidak mengira mana-mana ideologi!Contoh terbaik Nabi Muhammad SAW dan para sahabat,Sistem terbaik!Piagam Madinah!
.

Najis lulus 10 lesen judi tu, sama dengan institutsi Sahabat la ye?

Anonymous said...

Salam,
Saudaraku TB,
Sebabtu saya telah meminta pandangan saudara jika PAS BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA KELAK,ADAKAH SEBUAH KERAJAAN ISLAM DAPAT DITEGAKKAN! Sampai sekarang saudara tidak menjawab soalan tersebut!
Kalau jawapannya, YA,berdasarkan fakta dan bukan teori semata!Insya-Allah saya orang pertama akan menyokongnya!

-orgkampungje!

Anonymous said...

Tulang Besi

Sila mintak maaf atas penipuan terbuka anda...You said

Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah.

UMNO dah STOP isytihar sama sekali.

BEtul tak?

For your informtion, please refer to Page 333 of the RMK9 book, published and distributed by EPU... aka UMNO Governent. You will find the GINI statistics by race breakdown...

Pls pls pls stop spreading lies. Not befitting someone who claims they stand for Islam!!! Tolong la bro...

Ive even pasted the stas kat siniMEAN MONTHLY GROSS HOUSEHOLD INCOME AND
GINI COEFFICIENT BY ETHNIC GROUP AND STRATA,
1999 AND 2004
In Current Prices Average Annual In Constant 1999 Average Annual Gini
Ethnic Group (RM) Growth Rate Prices (RM) Growth Rate Coefficient
and Strata (%) (%)
1999 2004 2000-2004 1999 2004 2000-2004 1999 2004
Bumiputera 1,984 2,711 6.4 1,984 2,522 4.9 0.433 0.452
Chinese 3,456 4,437 5.1 3,456 4,127 3.6 0.434 0.446
Indians 2,702 3,456 5.0 2,702 3,215 3.5 0.413 0.425
Others 1,371 2,312 11.0 1,371 2,150 9.4 0.393 0.462
Malaysia 2,472 3,249 5.6 2,472 3,022 4.1 0.452 0.462
Urban 3,103 3,956 5.0 3,103 3,680 3.5 0.432 0.444
Rural 1,718 1,875 1.8 1,718 1,744 0.3 0.421 0.397

nol said...

TB

Kalau betul fakta kat atas ni, aku rasa hang dah silap cakap.. kena mengaku la dah silap bang.

Kalu tak 2X5 kaki buat cerita dan fitnah. Mcm mana bang??? Malu kena exposed menipu mcm nih...

Anonymous said...

Pegi check and verify fakta ni bro.. U kata u fat based, not opinion based. Tapi ni dah salah tembak la... Kalau dasar Islam bila dah tersasul ckp, kena tarik balik...

gersang said...

Wah... kena corner mcm ni susah nak tepis bro... Sila jawab!! Kalau tak kita terpaksa assume hang kaki buat cerita!

Anonymous said...

TB ... Tulang Bullshit... Dah ken exposed... memang aku dah suspect lama dah dia ni kaki buat cerita.. Amacam brader... Mengaku tak??

Anonymous said...

TB PENIPU!!!

TB Penipu said...

Dah terang skrg.. mcm mana nak spin lagi nihhh>>>

Anonymous said...

Malaysia Waves and TB sah main belasah fakta... Mcm Utusan and BH 2X5

beb said...

Ni la masaalah blog... Fakta tak bole nak verify. Aku pun dah malas nak baca ni semua

Anonymous said...

Actually same info pointed can be found on EPU website under RMK9 document.

TB, lain kali buat checking sikit sebelum tembak. Tak la nampak tak credible mcm nih..

Anonymous said...

go to EPU website Thrust #3, Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9). The GINI breakdown by race is there. Malays have since been classified as Bumiputera as per the distributive policy trust and hence the classification is as such

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

go to EPU website Thrust #3, Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9). The GINI breakdown by race is there. Malays have since been classified as Bumiputera as per the distributive policy trust and hence the classification is as such

December 29, 2009 4:31 PM
.

The figure you're referring to is "INTER ETHNIC GINI COEFF.".

The figure i am referring to is "INTRA ETHNIC GINI COEFFICIENT"

Please get your facts straight before criticizing.

Tulang Besi said...

This is the only thing i picked up from EPU website on GINI is this:

The Gini coefficient, a summary measure of
income inequality, increased slightly from 0.442
in 1990 to 0.443 in 1999, indicating a marginal
widening of income inequality (Figure 6).
However, all income groups recorded an increase
in gross household income and the mean monthly
gross household income doubled to RM2,472 in
1999. The mean income of the bottom 40 per cent
of households grew at an average annual rate of 8.2
per cent per annum from RM424 to RM865. The
mean income of the top 20 per cent increased
average annual rate of 8.8 per cent from RM2,925
to RM6,268 in 1999, while the middle 40 per cent
increased by an average annual rate of 8.7 per cent
from RM1,037 to RM2,204 in 1999.
.

Masa depan Melayu said...

UMNO hanya vehicle untuk orang2 Melayu menentang British dan mencapai kemerdekaan.

Qualiti UMNO adalah kualiti orang Melayu pada masa itu.

Itulah the best Malays, Tunku, Tun Razak, Mahathir.

Ini sekarang dah ramai professional Melayu. Baru satu generasi.

Jadi Melayu akan lebih maju. Adakah Melayu akan pilih PAS. Tak mungkin. LAin kalau generasi baru ini gagal menjadi lebih baik dari Melayu dulu dan hipokrit kerana konon nak jadi alim.

Tak mustahil majoriti melayu akan masuk PAS kerana mentaliti Melayu PAS dari dulu adalah simple.

Jadi mcm itulah sekarang. tahap PAS paling tinggi Nik Aziz.

Pengikutnya mentaliti kuno bawa lari anak dara orang kahwin tak ada adab dan ber wali.

Asal mereka yang buat mereka tuhan luluskan.

Masa depan Melayu bergantung kepada kepintaran pemimpinnya juga.

LEmah pemimpin maka lemahlah Melayu.

Melayu bergantung kepada kekuatan pemimpinnya untuk membawa masyarakat lebih tinggi.

Tanpa pemimpin yang bervisi dan tegas mcm Lee Kuan Yew Melayu akan terumbang ambing macam arab yang bertelingkah mengenai perkara2 remeh dan jumud.

PKR Pengamal Kejahatan Rasional said...

Anonymous bertanya

"mentadbir,memimpin dgn cara yg betul..apa punca mereka jadi begitu..kerana org cina yg memiliki lesen,judi,arak,maksiat,ahli berniaga yg rasuah...andaikata Pakatan rakyat memerintah nanti,anwar,hadi,lim guan eng pubn akan menjadi seperti mereka,sanggupkah anwar,hadi,nik aziz sekarang ini memerangi judi,arak dan maksiat????????"

Soalan ysng sudah terjawab. Anwar main bontot dgn Munawr, mahkamah persekutuan dah sahkan.

Sodomi, maksiat segala maksiat, ketua PKR dah buat. Nak tanya apa lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.