Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 28, 2009

UMNO Jadi Pengkhianat Islam dan Melayu. Masihkah PAS Mahu Mempercayai Mereka?

Pertama sekali, UMNO adalah pengkhianat kepada Melayu. Semenjak Merdeka 1957, UMNO tidak memulakan apa-apa langkah membantu Melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Hanya setelah orang Melayu menolak UMNO pada tahun 1969, barulah terhegeh-hegeh UMNO melaksanakan program yang dipersetujui oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

Hasil perlaksanaan keputusan KEB 1 dan 2 ( atau lebih dikenali sebagai DEB) maka terangkatlah majoriti orang Melayu dari paras miskin tegar. Namun, DEB kemudiannya digunakan untuk mengkayakan elit Melayu dan UMNOPUTRA menyebabkan objektif DEB yang utama ( ekuiti bumiputra 33.33%) sampai sekarang tidak di capai. Data terakhir yang saya tengok, ekuiti Bumi tersekat di paras 17% dan itu pun majoritinya terletak dalam tangan badan-badan berkanun. Adapun ekuiti dalam tangan melayu persendirian tidak lebih dari 7%.

UMNO wajib menjawab, mengapa bagi Rancangan Malaysia Ke Lapan, hanya 20% perbelanjaan kerajaan pergi pada orang atau syarikat Bumiputra sedangkan yang lain itu pergi kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputra? Sedangkan wang RMK-8 adalah wang kerajaan yang mana ketua Kerajaan adalah UMNO. Keputusan perbelanjaan dibuat oleh UMNO dan bukannya oleh taikoon Cina. Mengapa majoriti perbelanjaan RMK8 pergi kepada syarikat Bukan Bumiputra? (Nak tengok bukti, sila rujuk kepada kertas kerja yang disediakan oleh Effendi Nawawi).

Kita juga jangan lupa siapa yang lepaskan Singapura. Bukankah UMNO yang melepaskan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Padahal pada waktu mereka melepaskan Singapura, mereka telahpun meng “ISA” kan raaammaaaiii pimpinan-pimpinan PAS i.e. Dr Burhanuddin Helmi, Prof Dzulkifli Muhammad, Pak Nik Lah dsbnya. Tapi pemimpin-pemimpin masa tu bachul tak berani nak tangkap Lee Kuan Yew bawah ISA. Sedangkan PAP ni adalah parti komponen Perikatan.

Juga selepas penubuhan UMNO, mereka telah menjalankan polisi ekonomi penjajah bagi memudahkan penjajah meneruskan rompakan harta kekayaan tanah air kita tanpa halangan.Hasilnya menyebabkan orang Melayu mengamuk dan menolak UMNO pada 1969. Barulah UMNO terhegeh2 nak laksanakan keputusan Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

UMNO Khianati Islam


Dari penubuhan UMNO sendiri UMNO telah menjalankan program “Loteri UMNO”. Itu jelas satu penghinaan kepada Islam dan UMNO dengan senang hati melakukannya.

UMNO juga menaja polisi mengizinkan arak dijual untuk keuntungan seperti yang berlaku sekarang ini di Malaysia. Sedangkan di negeri2 Scandinavia, yang mana tiada peruntukan Islam-Sebagai-Agama-Rasmi dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk keuntungan. Hanya sekardar mengisi keperluan domestik. Tapi UMNO siap lantik orang Melayu sebagai Lembaga Pengarah syarikat2 Arak ini. Jelas UMNO adalah munafik.

Juga, UMNO penghalang kepada perlaksaan syariat Islam yang utama di Malaysia. Kalau lah tidak disebabkan mahkamah2 syariah di Malaysia ditubuhkan sebelum Merdeka, nescaya Malaysia sudah menjadi seperti Turki atau Indonesia sehingga nama Allah tidak boleh disebut dalam majlis-majlis rasmi.

Secara mudahnya, sila rujuk artikel saya di sini bagi mendapat maklumat yang lebih mendalam.

Secara mudahnya, UMNO memang pengkhianat kepada Islam kerana telah menghalalkan benda yang haram dan mengizinkan umat Islam di Malaysia bergelumang dengan benda maksiat. UMNO adalah sebab utama maksiat berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia.

Jadi, adakah PAS masih mahu memurahkan diri berselingkuh dan duduk satu kelambu dengan UMNO setelah begitu lama UMNO berjasa menghancurkan umat Islam dan Melayu?

Tulang Besi

35 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi
Sekim Cepat Kaya UMNO makin mara kehadapan, sewaktu PAS sibuk mencari cari dimana kubur dan dimana syurga, samada di liang lahat ataupun di Putrajaya.

Benggapnya PAS dan ahli ahlinya; lihat berita terkini kegiatan UMNO dalam mengali harta karun malaysia untuk kubur syurgawi ahli ahlinya berbanding dengan PAS tidur dalam mimpi siang malam terkayal kayal bila hendak memacu Mercedes Benz E250CGI barunya ke alam kubur nun disana...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/28/nation/20091228205149&sec=nation

Published: Monday December 28, 2009 MYT 8:47:00 PM
Club claims Felda subsidiary awarded jobs to single contractor


PUTRAJAYA: Kelab Belia Graduan 1Malaysia wants the authorities to investigate if a subsidiary of Felda Holding Bhd can award tenders worth RM160mil to a single contractor through direct negotiation.

Cili Padi said...

Korban Konspirator!!

Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.

Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK,tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten.Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

Sungguh pelik tindakan TGNA.Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya.’Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas.Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC.Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

Anonymous said...

TB,
3ciri utama individu khawarij dan munafiq:
1."Berpakaian" islam.
2.Memecahkan belahkan umat islam.

-ciri-ciri yang terdapat pada anda:
Memecahbelahkan islam-bukan sahaja antara pas dan umno malah antara pas sesama pas!

Tulang Besi said...

TB,
3ciri utama individu khawarij dan munafiq:
1."Berpakaian" islam.
2.Memecahkan belahkan umat islam.

-ciri-ciri yang terdapat pada anda:
Memecahbelahkan islam-bukan sahaja antara pas dan umno malah antara pas sesama pas!
.

Ohh macam kes Ustaz Ibrahim Libya dibunuh tu la ye?

Anonymous said...

TB,
Topik yang mempunyai fakta dan persepsi yang sama bila didebatkan!Hanya tajuk yang berlainan!!
Mengapa Haji Hadi pro Umno!!!!
1.Pembalasan Allah terhadap beliau kerana fatwa keramatnya dahulu.
2.Umur dah senja-hendak minta maaf pada puak umno yang telah dikafirkan dulu!Takut mati tak sempat minta maaf!

Hangpun akan jadi macam Hj Hadi bila umuq dah makin senja!Tambahan oghang yang berpendidikan sekular macam hang!Teringat kawan-kawan yang baru join Arqam atau Tabligh dulu!Perangai macam hanglani!Oghang lain semua tak kena dalam Islam!!!Dia yang betui semua!Yang dok lama dalam Arqam atau Tabligh,ok pulak!Macam hangni semua oghang tak betui!Hj hadipun hang sanggup "menerakakan" dia!Cuba hang pi baca Al-Quran dekat mana-mana tok guru!Nak tafsir jauh sekalila!!Bab baca ikut cara yang betui,gamaknya hang kantoi!Kalau gang tarekat suhguh hang baca Bissmillah dan faham makna "Ba" pun hang tah gheti!!!Hang pikiaqla sendiri dalam mana ilmu agama pada hang!!!!!Aku cuma kesaian kat hang jee!!!!
Kalau hang nak bantai bab rasuah,bab moral pemimpin umno atau pas,ikut suka hang!Aku tak kata apa!Itu fakta dan realiti!Tapi bila hang dok memandai bab agama!Memecahbelahkan sesama Islam,mengafirkan sesama Islam !Hang kena pikiaq panjang!!!Tambahan yang bekelulusan sekular macam hang!
Sebenarnya apa perjuangan hang dalam Islamni!Kalau hang nak berpolitik!Sekurang-kurangnya boleh jadi wakil rakyat PAS!Lepastu baru hang akan sedaq ada perbezaan antara persepsi dan realiti!Macam haji Hadi,dulu dia macam hang!Semangat berkobar-kobar!Menyesatkan dan memecahbelahkan sesama Islam!Tapi akhirnya....dapat juga kereta mewah!Macam puak umno jugak!!
Hang!!Pemimpin atasan PAS hatta Nik Aziz kenaikah hang!!Dalam blog.bila perjumpaan dengan blogger pas tempohari,hang begitu seronok cerita seorang pemimpin bawahan pas kenai hang!Macam budak-budak,syok bila JKK kampung salam dengan dia,cerita habis sekampung!!!Hang macammana,umur dah 40an,ada harapanka dilantik atau dicalon jadi wakil rakyat PAS nanti,atau sekadar menjadi pencacai!!! Aku dok peghati dalam umno atau pas ramaila yang jadi macam hang,kalau nak jadi pecacai!Depa sokongla hang masuk parti depa!!Tapi kalau nak bertanding nak jadi calonka!Tak silap hang kena sepakla!!
Dalam mana-mana parti melayu baik umno atau pas,yang dok bermusuh sesama sendiri,dok berpuak-puak,yang dok pertikaikan siapa lebih islam!Siapa munafik dan siapa khawarif,puak-puak pencacai macam hang je!Yang dok diatas,yang jadi Mb atau wakil rakyat,dok makan semeja jeeeee!!!!!Bagi aku puak pencacai politikni,baik umno atau pas,gang yang muda-muda 30an kebawah aku tak kisah!Depa masih kanyak!Masih mentah!Tapi bila aku dok pikiaq tentang hang yang dah masuk 40an dan merempat pula kat Indon,aku rasa kesian pulak!!Tambahan kalau betui hang balik US!Hang tenguk Amiruddin,wakil rakyat PAS,Anak Bukit,Kedah!Pendidikan sekular,balik England lepas SPM,jurutera,umuq segagan dengan hang lebihkurang!Kalau hang cerdik,hang pandai,sepatutnya hang dah duduk setaraf dia lani.....ni hang!!!!Masih taraf pencacai jeee!!!!!Hang pikiaq sendirilano!!!!

stormrider said...

pandai betul cilipadi ni
sekejappp memuji TGNA , sekejap ko ckapp lainn
aku nk bgitahuu ko dgr dulu apa TGNA ckap duluu, baru boler ko buat kesimpulann
rakyat mana yg hairan ngn tindak tanduk TGNA, ko kottt ngn umngokk ponya budak2
nak ajaar org konon
ko tu sendiri kena buat isthiarahh seblom menuliss dlam nii

Anonymous said...

Jangan percaya UMNO,percaya TB, Pengerusi Biro Penerangan PAS.

Anonymous said...

TB,
Banyak beza antara hang dengan Ustaz Ibrahim Libya,antaranya:
1.Dia tok guru pondok,ada pengikut,sekurang-kurangnnya ada oghang boleh baca Al-Quran!!Hang!Hang tanyala diri sendiri!Beghapa oghang yang dah boleh baca Al-Quran kerana jasa hang!!!Sekurang-kurangnya!!!!
2.Dia berkelulusan agama.Boleh mengajar ongang bab-bab agama.Hang!Bolehka oghang nak belajaq ugama kat hang!Hatta orang pas sendiri!!Depa percayaka kat hang!!Ala dalam bab ajaq baca Al-Quran saja,bolehka!!!

Banyaklagi la perbandingan antara dia dengan hang!!!Kalau nak hurai...takut jatuhkan maruah hang pulak!!!Hang tak usah ubah fakta pulak!Nak kenen hang macam Ustaz Ibrahim Libya pula!!!Nak bagitaukat hang,penentu kemenangan pas atau umno ialah orang yang takdak parti no!!!Yang pas totok atau umno totok,hang kempen macammanapun tak makan......kalau adapun,adala dua tiga keghat!!!Pada yang berfikiran kritis dan rasional,kalau nak yakinkan depa hang tulisla mengikut fakta!Fakta yang mempunyai valid!Punya keesahan yang tinggi,0.1-0.5!Bukan fakta yang hang sering bagi!Kafir-mengkafir!Siapa yang lebih khawarij dan munafiq!Siapa yang lulus lesen judi!!
Fakta juga tapi 10.0 keatas!!!Hang tak tengukka!2 X 5,5 X 2 jee,antara umno dan pas!Bagi pandangan hang,mungkin ada perbezaan!!Sebab hang berfungsi sebagai pencacai jee!hang bukan berada pada perinkat oghang-oghang yang dok buat dasar dalam pas!hang bukan berada dalam kategori pembuat dasar dalam pas!hatta hang bukan lantik jadi yb pas pon!Kalau statement macam hangni dikeluarkan oleh puak yang duduk dalam kategori penggubal dasar,penentu halatuju pas!Ohgang akan respetla jugak!!!Ini yang dok tepuk tangan kat hang,yang dok respect kat hang,puak macam hang jugak!!!Nak belajaq apa dari depa!!!Dari segi bahasa pun,malu kat budak-budak,loqlaq....biaqpi la depa masih muda......hang!!!!
Golongan pro.ramai yang berfikiran,berpendapat macam macam hang!Di u hatta lain-lain organisasi pendidikan,ramai pensyarah dan guru,yang marah dengan sistem yang rasuah,sistem yang korupsi,muak dengan arak dan judi,nak termuntah dengan pemimpin yang cakap macam ketam!!!Semua orang taula!!!Geng doktor dan jurutera dalam organisasi kerajaan pun sama,berfikiran macam hang jugak dalam setengah isu!!Tapi takla sampai nak memecahbelahkan belahkan sesama islam macam hang!!!
hang!!!!Ada pandaika!!!!!

Anonymous said...

TB sebenaranya lurus orangnya tapi dia marah sangat kat orang yang dia "fikir" tak amanah. Lagi satu TB kalau marah suka tuduh bukan2 dan cepat tunujuk kelemahan diri. pol;itik ini kena cara bijaksana. Kalau dalam contoh PAS, paling pandai berpolitik ialah Dato husam. Kalau PKR tentu Dato Anwar dan UMNO sudah tentu Tun Mahathir.

Encik TB, kalau TB minat politik dan berminat menjadikan nya sebgai kerjaya kena belajar bersabar dan berhemah terutamanya hal2 berkomunikasi mesti pandai. kadangkala pandangan TB ada betul dan ada yang tak betul.Belajar dengar pandangan orang lain sama.

Kalau orang poilitik yang cerdik, tentu hargai jasa TB ini. TB masih boleh diubah ke landasan yang betul umntuk perjuangan parti.

Orang PAs tak nampak biasala? kenapa orang UMNo tak nampak kebolehan TB ini?

Saya doakan kejayaan untuk TB.

Anonymous said...

Satu pesanan kat TB,
Hang cuba masuk blog parpukari!!Hang tenguk depa pedajai gambaq nik aziz!!!Aku kadang-kadand tak sependapat dengan nik aziz terutama isu ariffahmi!Tapi bila depa buat gambaq dia macamtu aku sedih!Amat-amat sedih!!!!Aku pikiaq soghang diri!!!salah siapa!!!!Gitula kalau melayu sama melayu bergaduh!!Ada hang tenguk puak cina bila bergaduh,buat begitun sesanma bangsa depa!!Salah siapa!!!Hang pikiaqla sendiri!!!Kalau hangpa pandai,hangpapi la delete gambar nik aziztu!!!!!

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said,

HAJI HADI DAH BORING DOK UMAH MELOAYAN BINI- BINI TANPA ADA JAWATAN PENTING DI PREINGKAT NEGERI ATAU PUSAT....

NAK MERASA JADI MB BALIK TAK KESAMPAIAN ...

BILA PAK LAH DAN NAJIB OFFER JAWATAN

TIMBALAN PERDANA MENTERI ..

MEROYAN PAK SERGHBAN BAJU LABUH NI . .

TERHEGEH - HEGEH AJAK AHLI PAS YG LAIN DAN GENG2 YG SEJAHIL DENGANNYA IKUT PERCAYA SAMA UMNO ...

NASIB BAIK ADA WALI ALLAH BERNAMA NIK AZIZ SELAMATKAN KEADAAN DAN SELAMTKAN AKIDAH AHLI PAS DARIPD MASYUK NERAKA BERSAMA HADI DAN UMNO ..

ALLAH U AKHBAR

KAMI SOKONG KHALID ALWALID VERSI PAS SEPERTI TB ...INSYALLAH PERJUANGAN MU TIDAK SIA-SIA

Anonymous said...

T - Tahi
B - Khinzir

Anonymous said...

Tulang Besi

Sila mintak maaf atas penipuan terbuka anda...You said

Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah.

UMNO dah STOP isytihar sama sekali.

BEtul tak?

For your informtion, please refer to Page 333 of the RMK9 book, published and distributed by EPU... aka UMNO Governent. You will find the GINI statistics by race breakdown...

Pls pls pls stop spreading lies. Not befitting someone who claims they stand for Islam!!! Tolong la bro...

Ive even pasted the stas kat siniMEAN MONTHLY GROSS HOUSEHOLD INCOME AND
GINI COEFFICIENT BY ETHNIC GROUP AND STRATA,
1999 AND 2004
In Current Prices Average Annual In Constant 1999 Average Annual Gini
Ethnic Group (RM) Growth Rate Prices (RM) Growth Rate Coefficient
and Strata (%) (%)
1999 2004 2000-2004 1999 2004 2000-2004 1999 2004
Bumiputera 1,984 2,711 6.4 1,984 2,522 4.9 0.433 0.452
Chinese 3,456 4,437 5.1 3,456 4,127 3.6 0.434 0.446
Indians 2,702 3,456 5.0 2,702 3,215 3.5 0.413 0.425
Others 1,371 2,312 11.0 1,371 2,150 9.4 0.393 0.462
Malaysia 2,472 3,249 5.6 2,472 3,022 4.1 0.452 0.462
Urban 3,103 3,956 5.0 3,103 3,680 3.5 0.432 0.444
Rural 1,718 1,875 1.8 1,718 1,744 0.3 0.421 0.397

Tulang Besi said...


Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah.
.

I didn't say. THE WRITER of the article i quoted says so.

Read the paper again.

Anonymous said...

TB i really admire your courage in writing these articles. Keep up the good work. Keep on digging the truth! May Allah be with you always. Ignore the ignorant and arrogant people. They just do not want to open up their mind and cannot accept the truth. Let them be!

Abd Razak said...

hahaha...puak2 perpaduang dh panas...mereka bertindak lebih umno dr umno tu sendiri...jgn bimbang TB...dedahkan lg sehingga mereka ni panas punggung...bila umno dh xmampu nk byr duit kt diorang ni baru le diorang tau...konon mengaku PAS tp perangai mengalahkan umno tu sendiri...keep up the work TB for the sake of PAS...

Anonymous said...

Salam Saudara Tulang Besi,

Would you mind emailing me your email (anonymous OK). Would like to chat with you regarding the status of Malaysia.

I am a Malaysian residing in USA and deeply concerned, as you are, of the direction that our beloved country is heading. Maybe we can exchange some views.

I am a big fan of your columns and really admire your guts in spilling the truth to the masses (sometimes not the easiest nor safest thing to do).

Stay safe, and keep up the great work!

Salam Sejahtera

Mandom@post.com

kalamruncing said...

Saudara Tulang Besi,

Saya rasa isu PAS kahwin UMNO isu dah lapok. Pemimpin PAS dan UMNO pun dah tak layan cerita ni lagi. Its time to move-on.

Anonymous said...

bro TB... tak payah stood so low nak menipu... you said so in the comment section... PENIPU STILL TK NAK MENGAKU!!

Tulang Besi said...

saudara Madom@post.com,

My emails are:

a. cabearth4@yahoo.ca

b. malaysiawaves@rocketmail.com

Anonymous said...

Bro, I've posted your comments here...

Tulang Besi said...


Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah.

UMNO dah STOP isytihar sama sekali.

BEtul tak?

December 25, 2009 10:35 AM

TB, even if you're basing on other articles, pls check your facts first before shooting!!!... And now that your allegation is proven to be untrue... at least have the balls to mengaku salah and apologise...jgn cepat nak menunding jari salahkan org lain

Anonymous said...

TB asyik cerita kerajaan perpaduan je... Ni yang hot Nik Aziz bertembung ngan Husam ni tak de apa nak comment ke???

Anonymous said...

Tuan TB,
Macam mana kes Hussam dengan Tok Guru hang, Nik Aziz!!Hang nak salahkan umno jugak!!!Nak salahkan media!!Atau hang nak ubah dan pusing fakta,hussam tak bermaksud demikian!!!aku dah baca kenyataan hussam dalam bolg dia!Tu baru Allah duga Pas baru menang dua tiga negeri jee!!Kalau dapat perintah Malaysia macammana gamaknya!!!
Disini kalau hang berani komen kes ni,aku dapat menilai hang seoghang pejuang islam seperti khalid al-walid atau hangh sekadaq pecacai pas puak edorgan!!
Aku dah nasihat hang,2X5,5X2 jeee!!Dua puak ni!!Amno atau pas!Khawarij,munafiq atau kafir bukan terletak pada sistem tapi pada sifat individu sendiri!!!!Yang berbeza ,mungkin cara berpakain,tapi aku tenguq,puak
paspun dah makin segaq pakai kot dan tie tengah haghi ghembang!!!Berpeluh sakan asyik main golf ditengah panas!!!Hangpi la tanya MB Azizan dan amiruddin!!Handicap depa beghapa lani!!!!Kalau tak khawarij dan munafiq!sedang menuju kerahtula.....hang pikiaq sendirila no!jangan asyik persalah sistem oghang lainje!Pemimpin yang hang dok pujatu sedang menuju kearah yang sama!!!!Yang pasti Allahy itu MAHA berkuasa!!!!atas dunia lagi Dia tunjuk!Tak kigha hang pecacai atau pemimpin!!Tak kigha hang umno atau pas!Tapi Tok Gughu pondok dulu-dulu bagi nasihat,kalau pemimpin yang berlabelkan islam melakukan kejahatan yang sama seperti pemimpin yang kuaghang didikan islam,balasan pun berkali-kali ganda oiii!!!!

Anonymous said...

TB,
satu lagi tentang fakta GINI!Hang main jawab senang jeee!!hang ambik fakta salah tentang GINI!Hang guna fakta yang salah untuk pedajai puak umno!!Kemudian terbukti salah faktatu!!Hang tak minta maafpun!Hang jawab senang je!!!Salah penulis fakta!!!Kalau hang prof.U!!Hang boleh diterimapakaikah sebagai seorang ahli akademik!!!Kalau hang dok buat Phd lani!!!Guna fakta salah!!Hangtak mau bertanggongjawan pulak!!!At last-hang balik tanam jagungjeeee!!Ini sikap pejuang Islam bertaraf khalid Al-Walid!!!!!! Ini mentaliti islam yang hang nak tunjuk pada oghang muda!!!!Kalau salah ambik fakta hang mengaku jeela!!!Minta maafla!!!Kalau puak umno yang hangtuduh penghianat melayu dan islam dalam entri hang diatas tak mau maafkan hang !!! hang dah jelas buat fitnah kat depa!!hangdah mengaku faktatu salah!!!Macamana!Boleh masuk syurga!!!!Atau hang nak belit dan pusing fakta lagi!!!Takut terbelit dan terpusing leheaq hang sendirila, tuan TB oiii!!!!!!

Anonymous said...

Satu lagi Tuan TB,
Allah itu Maha berkuasa!Hang ssyik menjaja ,orang itu khawarij,orang itu munafiq...puak itu penghianat islam!!
dan Allah bayar cash kat hang hari inijuga!!!Terbukti!Hang guna fakta yang salah,hang jaja selughuh dunia!!!Hang buat fitnah TB.......Siapa munafiq Tb,Siapa khawarij TB.....hang jawabla kat diri hang sendiri....

Anonymous said...

fakta salah ka hang tak tau baca omputih. apa tb cakap tu sebijik macam apa yg penulis kertas kerja tulih. hang pi baca balik la, jgn jadi baghal sgt. allah bayaq cash kat hang tunjuk hang baghal tak gheti baca omputih

Anonymous said...

bangang, selagi gini tu di atas .4, kita masih taraf dunia ketiga la. cina yg maju tu gini dia .30. patutnya kalau ada DEB, sskrg ni gini kita dah jadi antara .2 dan .3. tapi masih di tahap dunia ketiga.pulak tu nak cover malu, figure gini tu umno dah stop publish.

Anonymous said...

"I didn't say. THE WRITER of the article i quoted says so."
-sapa putaq fakta!!!!

Anonymous said...

...ulang sekali lagi...
Tahun 1970 GINI 0.466. Sejak 1990 GINI dah berkurang. Jadi macam mana TB boleh main dakwa jurang kaya miskin makin meninggi.
.

Ohhh jadi itu sebablah kerajaan dah tak nak isytihar GINI COEEFICIENT Melayu ni lagi dah..

I didn't say. THE WRITER of the article i quoted says so.

Read the paper again.

....sapa yang menyalahkan orang lain!Sapa yang memanapulasi fakta!!!
-Awat hang ingat hang soghangje pandai cakap orang putih!!!Pandai cakap orang putih menunjukkan taraf pendidikan hang!!!

Anonymous said...

bangang, selagi gini tu di atas .4, kita masih taraf dunia ketiga la. cina yg maju tu gini dia .30. patutnya kalau ada DEB, sskrg ni gini kita dah jadi antara .2 dan .3. tapi masih di tahap dunia ketiga.pulak tu nak cover malu, figure gini tu umno dah stop publish.
-Tajuk entri apa!Hang bacala ...atau hang tak faham bahasa melayu sebab hang pandai cakap orang putih!!!Hang tak payah menegakkan benang basahla...apasebab yang hang pusing fakta buat perbandingan antara malaysia dengan Cina pulak!
Penulisan diatas jelas menunjukkan perbandingan antara penduduk melayu,cina dan india!!

Grand Marquis said...

Umno Pengkhianat Islam dan Melayu. Masihkah PAS Mahu Mempercayai Mereka?
Pertama sekali, UMNO adalah pengkhianat kepada Melayu. Semenjak Merdeka 1957, UMNO tidak memulakan apa-apa langkah membantu Melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Hanya setelah orang Melayu menolak UMNO pada tahun 1969, barulah terhegeh-hegeh UMNO melaksanakan program yang dipersetujui oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

SILAP BANYAK TU, YANG MENGKHIANAT IALA PAS, KUMPULAN ULAMA YANG ADA DALAM PAS TELAH KELUAR DARI UMNO KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN CARA DAN PROSES KEMERDEKAAN, KUMPULAN ULAMAK BERKATA JIKA KITA TURUT SURUHANJAYA REID MAKA ORANG MELAYU AKAN RUGI DAN KAUM PENDATANG AKAN BERKUASA . KUMPULAN ULAMAK JUGA KELUAR UMNO KERANA DATO ONN KELUAR UMNO, 1951 PAS SECARA RASMI DITUBUHKAN,

DATO ONN JAAFAR MELIHAT PERLUNYA UMNO MEWUJUDKAN SATU BADAN ULAMAK DALAM PARTI DAN TERTUBUHLAH MAJLIS ULAMAK DALAM UMNO.

INGAT!!! PAS TIDAK TERTUBUH DENGAN SENDIRI. KENAPA DATO ONN MENUBUHKAN MAJLIS ULAMA? IA ADALAH UNTUK MEMBETULKAN SISTEM DAN BUDAYA BARAT YANG DIAMALKAN OLEH KAKITANGAN KERAJAAN . DATO ONN MELIHAT ORANG MELAYU SAMA SAJA CARA HIDUP DENGAN BARAT. DALAM KATA LAIN BARAT TELAH BERJAYA MENJAJAH BUDAYA DAN MINDA ORANG MELAYU. ORANG MELAYU LEBIH SELESA BERPAKAIN BARAT, MENGHISAP PAIP DAN MINUM ARAK.

DALAM MESS POLIS DAN TENTERA JUGA BUDAYA BARAT TERPAKSA DIAMALKAN OLEH MEREKA. SEBUT SAJA JABATAN KERAJAAN MANA YANG TIDAK MENGADAKAN SOCIAL GATHERING PADA MALAM MALAM MINGGU.

SO SIAPA KATA UMNO MENGKHIANAT MELAYU?

MELAYU BERADA DALAM KEPOMPONG KEMISKINAN?

YA, ORANG MELAYU RATA-RATA HIDUP DIKAMPUNG KERANA KEBANYAKAN MEREKA ADALAH DATANG DARI INDONESIA DAN SIAM. JIKA DATANG DARI SIAM MEREKA ADALAH PELARIAN PERANG. PERANAG SIAM-PATTANI 1772 MENYEBABKAN SIAM MENGEJAR MELAYU SEHINGGA KE PERAK. MELAYU YANG BERJAYA DIBUNUH OLEH TENTERA SIAM AKAN DICUCUK TELINGA DENGAN ROTAN DAN DIHERET SEBAGAIMANA KITA MENYUCUK ATAU MERANGKAI IKAN-IKAN DI SUNGAI. MELAYU DATANG DALAM KEMISKINA DAN HARTA BENDA DI SIAM DIRAMPAS OLEH KERAJAAN SIAM DI BANGKOK.

KEPADA KAUM PENDATANG DARI INDONESIA PULA TERDIRI DARI DUA GOLONGAN. SATU IALAH GOLONGAN BANGSAWAN YANG KAYA DARI SUMATERA DAN JAWA. TAK KURANG JUGA DARI GOLONGAN RAJA-RAJA MELAYU INDONESIA YANG DATANG KE SEMENANJUNG TANAH MELAYU UNTUK MEMBUKA PENEMPATAN BARU DAN JUGA BERNIAGA. YANG MISKIN DATANG SEBAGAI PEKERJA. Baca seterusnya

Anonymous said...

Saudara GM,
Hang teruskan perjuangan hang memerangi puak yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri ni dalam blogni!!!!!!!Biar mereka memberi belbagai gelaran dan sumpah seranah seperti bangang!Bodoh!Pencacai umno!Biar kita dicop bodoh bangang dan sebagainya diduniani!!!!Jangan kita termasuk dalam puak bangang,bodoh...diakhirat kelak!!!
Melihatkan apa yang terjadi dalam PAS sekarang,saya yakin Allah itu MAHA segalanya.....

Cili Padi said...

KISAH 2001 MALAM

Alkisah dari sebuah Negeri Gerbang Bulat yang terletak di Timur Semenanjung Atas Angin.Adapun Negeri yang selalu dilanda banjir ini diperintah oleh Menteri Agong bergelar Wali Abdal dibantu Dato Menteri Tanah Adat & Lombong Garam,Dato Menteri Baitulmal & Kebesaran, Menteri Nikah Kahwin & Hutan Rimba,Menteri Syahbandar,Menteri Penghulu Bendahari Mata Sepet dan wazir-wazir.

Adapun kehidupan rakyatnya tidaklah mewah tapi cukup makan.Ada pedagang,petani dan macam-macam.Biarpun serba kurang tapi semangat rakyatnya tinggi untuk melihat menteri Agong sentiasa perintah dari Kota DarulBulat.

Mengikut empunya cerita Menteri Agong Wali Abdal telah berada disinggahsana hamipr 2 dekad lamanya. Makanya kelicikan Menteri Agong memimpin Parti Agama Suci dipandang penuh irihati oleh Parti Cacamerba yang hanya gigit hampas tebu mengidam nak memerintah seperti adanya.

Musykilnya adat resam negeri menetapkan bahawa setiap 5 tahun sekali diadakan ujian untuk pilih pemimpin. Makanya berlumba-lumba pendokong kedua-dua parti beradu tenaga mengajak rakyat untuk memilih gerombolan mereka.Rakyat diajak mendengar kempen selama setengah purnama lamanya sebelum diseru untuk memilih.

Maka itu ramailah rakyat keluar memilih tak kira hamba tuan, tua muda, miskin kaya, cacat cela ambil bahagian.Adapun setiap rakyat akan diberi sekeping kertas untuk diconteng dengan arang.Arakian pihak yang mendapat kertas conteng paling banyak akan dikira pemenang dan suku sakatnya dimasyhur sebagai penguasa.

Akibat sikap tak sedar diri Menteri dan wazir,negeri Darul Bulat tidak aman lagi.Rakyat jelata mula berseloka cerita pemerintah yang heret negeri jadi huru hara.Negeri yang dulunya haru hijau hampir menjadi haru biru.Bukan kerana kerja jahat Parti Cacamerba tapi kerana sikap juak-juak Wali Abdal yang tamak haloba tiada disanggah akan adanya.

Alkisah menjadi hangat bila Menteri Syahbandar bermusuh dengan Menteri Baitulmal kerana silap main catur. Menteri Syahbandar berkomplot dengan Orang Kaya Mandeliar,bekas pemimpin Parti Cacamerba yang beralih angin.Adapun orang kaya Mandeliar dari kasta rendah keturunan Kain Pelikat di Benua Kling dan mafhum putar alam.,Kerja buat Orang Kaya Mandeliar berdagang hasil mahsul hutan rimba.

Menurut empunya cerita, Asal usul Menteri Syahbandar keturunan dari cucu cicit Raja Bersiong pemerintah lagenda Langkasuka. Menteri Syahbandar suka tabiat aneh mencari laba sepanjang masa, tak seperti feel Raja Bersiong yang suka makan darah akan dia.

Hartanya kapal di laut gedung di darat ,hatta diketahui rakyat jelata dengan feelnya suka pada mahligai besar-besar,bini ramai-ramai dan motokar macam-macam.Akan tetapi tiada ‘si anu’ yang berani mengadu tabiat jelik Menteri Syahbandar ke rumah pasong.Akan sebabnya rumah pasong dan rumah kamah itu tempat Menteri Syahbandar bercucuk tanam padi huma pada kurun sebelumnya.

Haloba Menteri Syahbandar makin menjadi bila muafakat dengan Orang Kaya Mandeliar yang asalnya anak wayang gedek.Adapun bagi menguatkan lagi amal buruknya,dipanggil bersama seorang pria yang suka kumpul harta bergelar Dol Serbatahu adanya.

Sesungguhnya Dol Serbatahu adalah pemuda yang munafik,bijak jual minyak unta amalnya.Asal usul keturunan Dol Serbatahu adalah dari salasilah Paduka Mamak Ceti dari negeri asalnya roti canai di Benua Hitam Legam.Datuk nenek Dol Serbatahu telah belayar ikut kapal jual minyak unta hingga singgahlah di Kampong Kerini, Daerah Barat dalam Negeri Darul Bulat.

Sebermula akan tuahnya Dol Serbatahu bila berkahwin dengan Putri Sangka Bulan,puteri kepada Menteri Agong Wali Abdal. Kerja buat Dol Serbatahu berubah setelah dimashur sebagai menantu Wali Abdal,tidak lagi menjual minyak unta seperti adanya.Adapun kerana kasihnya Menteri Agong kepada menantu,Dol Serbatahu telah diperintah menjaga khazanah negeri bernama Pusat Perut Muda adanya.

Bersambung pada episod akan datang…cilipadi007.blogspot.com

Anonymous said...

TB, even if you're basing on other articles, pls check your facts first before shooting!!!... And now that your allegation is proven to be untrue... at least have the balls to mengaku salah and apologise...jgn cepat nak menunding jari salahkan org lain.


Hai, ni lah susahnya dengan pencacai UMNO. Dah lah tak pandai baca omputih, lepas tu nak tunjuk pandai. Sekrang ni nampak dia bangang. Di ambil dari kertas TB:



The government appears to have stopped publishing intra-ethnic distribution figures,
which were readily available until 1990, and it is likely that intra-ethnic inequality has
worsened for at least the Malay community. Indeed, the government acknowledged
that intra-ethnic income inequality is still high, particularly among the Bumiputera.

Anonymous said...

yang plg penting, perundangan malaysia MESTILAH di ambil dari PERUNDANGAN ISLAM, kerana ISLAM ada sistem perundangan nya sendiri, agama lain tidak boleh menyentuh tentang hak asasi manusia kerana isu perundangan ini menyentuh sensitiviti orang ISLAM sendiri..NEGARA ISLAM mesti mengamalkan UNDANG2 ISLAM..UNDANG2 ISLAM tidak menganiyaya agama lain..
perundangan berasaskan kaum tidak mengundang apa2 perubahan sebagai bukti, melayu tidak pernah mencapai matlamatnya 30% ekonomi walaupun sudah lebih 50 tahun berlalu..semua hanya sia2..
hak istimewa org melayu, ketuanan melayu hanya sebagai benteng supaya melayu tidak hilang di buminya sendiri, sepatutnya hak istimewa ini menjadi pemangkin kepada tertubuhnya UNDANG2 ISLAM di malaysia..

ini hanya pendapat untuk org2 y berfikir..salah silap sila tegur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.