Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Sunday, May 31, 2009

Adakah Semua Ustaz Dalam PAS ni Ulama ?

Memang dalam PAS terdapat ramai ustaz dan ustazah. Ini kerana di dalam UMNO, ustaz dan ustazah dilayan lebih teruk dari "cleaner" di PWTC. Dan PAS memang menerima kesemua ustaz dan ustazah untuk duduk dalam PAS terutamanya berpayung dibawah Dewan Ulama PAS.

Perbedaan Syarat KeAhlian Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS

Faktanya adalah seperti berikut:

Syarat Keahlian Dewan Ulama PAS Pusat, mengikut Perlembagaan PAS Pusat:



Perhatikan, bahwa syarat keahlian Dewan Ulama PAS adalah longgar dan tidak ada syarat-syarat berkaitan dengan akhlak, budi pekerti, penjauhan dari segi dosa, adil dsbnya.

MAlangnya, kesemua yang menjadi ahli dalam Dewan Ulama PAS Pusat ini akan dipanggil "Ustaz" atau "Ustazah".

Dan seperti yang kita lihat dalam pemilihan PEmuda Negeri baru2 ini, keseluruhan yang ada title Ustaz terus diberikan kepercayaan untuk memimpin pemuda negeri tanpa soal.

Sedangkan, title ustaz semata-mata tidak mencukupkan syarat seseorang itu untuk menjadi ulama. Kalau tidak mengapa syarat menjadi Ahli Majlis Syura Ulama berbeza dengan syarat menjadi ahli Dewan Ulama?

Syarat Keahlian Majlis Syura Ulama PAS Pusat, mengikut Perlembagaan PAS Pusat:



Dari perbezaan syarat2 di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai taraf ulama dalam PAS. Dan ia juga menunjukkan

a. semata-mata seseorang itu layak menjadi ahli Dewan Ulama, tidak menjadikannya otomatik layak untuk menduduki Majlis Syura Ulama PAS

b.Ahli Majlis Syura lebih ketat syaratnya dari segi akhlak dan keadilan.

Ini bererti semata-mata seseorang itu layak menjadi ahli Dewan Ulama PAS tidaklah melayakkan beliau itu secara otomatik menjadi ulama. Ini kerana sekiranya ahli Dewan Ulama itu adalah ulama, maka secara otomatik semua ahli DEwan Ulam boleh menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Dan ini juga bermakna bukan semua ustaz/ah dalam PAS ini adalah ulama.

Bagi saya, seorang ulama yang benar-benar ulama tidak perlu berkempen untuk menaikkan diri mereka. Tidak perlu berkempen untuk menaikkan hanya ulama seperti yang kita lihat dalam pemilihan pemuda2 negeri baru ini. Seperti juga kita lihat bagaimana tuntutan dibuat untuk menghadkan jawatan Timbalan Presiden dan Presiden kepada "ulama" semata-mata.

Perkara ini lebih terserlah dalam pemilihan pemuda2 PAS negeri dimana slogan "ulama" ini digunakan acap kali dan meluas. Dan para perwakilan pemuda2 negeri dengan mudah menerima setiap ustaz itu sebagai ulama.

Padahal tiada konfirmasi baik dari segi perlembagaan parti mahupun nas naqli bahawa setiap ustaz dalam PAS adalah ulama.

Ataupun ada sesiapa di luar sana yang berani mengkonfirmasi bahawa setiap ustaz/ah dalam PAS adalah ulama?

Tulang Besi






.

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 30, 2009

Apa Kaitan MSO dengan Amar Bazli dan Zahid Hamidi?

Saya menakal coretan dari Kickdfella seperti di bawah. Saya telah mendengar kisah ini sejak lama dahulu. Oleh kerana MSO itu sekarang ini giat berkempen untuk pihak pro-UMNO sempena Pemilihan PAS 2008, maka ahli2 dan rakyat umum punya hak untuk mengetahui rekod pengempen tersebut.

Seperti saya juga, yang kuat berkempen tidak mahu PAS dibawa masuk BN, saya tidak takut latar belakang saya didedahkan dan dinilai oleh rakyat Malaysia dan ahli-ahli PAS sekelian.

(Bermula)Apakah Ini Alasan Mengapa Ahmad Zahid Hamidi Keuzuran?
28 05 2009

Kenyataan Media dibawah diedarkan oleh pihak peguam saudara Amir Bazli yang didakwa dipukul oleh Ahmad Zahid Hamidi kerana mempunyai hubungan dengan anak Menteri berkenaan. Saya menerimanya dari seorang Ketua Pengarang sebuah akhbar tabloid. Saya menyiarkannya dengan suntingan.
__________________________________________________________________________________________________________

Kepada

Ketua Pengarang/Editor/Bloogers


Jemputan Hadir ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam

Selasa: 12 Mei 2009 Jam:9 pagi

Perbicaraan kes saman malu En. Amir Bazli bin Abdullah terhadap YB Datuk Zahid Hamidi (ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia)

Diharap pihak tuan dapat menghantar wartawan untuk sesi sidang tersebut. (Untuk urusan pertayaan sila hubungi pejabat peguam En. Amir Bazli)

(Tetuan Karpal Singh and Co.)

Sekian, terima kasih.

1. ***Sempena Hari Media Sedunia, jadilah anda seorang wartawan yang mempunyai prinsip dan beretika. Tidak seperti (disunting) dari Kelantan.

2. Beliaulah yang mula-mula mempertegahkan isu ini di dalam blog beliau tetapi telah berhenti separuh jalan. Urusetia Anak Kelantan yang membela Amar Bazli. www.anti-zahidhamidi.blogsport.com telah menyiasat dan mendapat pengakuan dari Ahmad Zahid Hamidi sendiri bahawa (disunting) telah dibayar sebanyak RM20,000 (dua puluh ribu Ringgit Malaysia) serta telah ditanggung untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah. Ini jenis wartawan yang dianggap Haji subsidi/wartawan pelacur.

3. Terkini, Amir Bazli patah hidung (KECEDERAAN KEKAL) akibat ditumbuk oleh penjenayah ini. Laporan perubatan daripada HUSM Kubang Kerian ada. Lengkap. Mata sebelah kiri (ROSAK KEKAL) akibat dilibas dengan batu oleh anak penjenayah ini. Dahi dan tulang dahi lekuk (KECEDERAAN KEKAL) akibat dihempuk dengan batu oleh menantu penjenayah ini.

4. Amir Bazli sendiri terlantar di wad HUKM Cheras, dan di wad HUSM Kubang Kerian selama 12 hari. Semuanya tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Saksi kejadian ada tetapi tiada kawad cam dilakukakan …. Dan laporan doktor yang lengkap juga ada tetapi semuanya telah DICOVERUP. Kerana melibatkan penjenayah VVIP ini.

KEADILAN UNTUK AMIR BAZLI!

Read more!(Selanjutnya)

Surat Terbuka Alex Ong Kepada M. Sayuti Omar

Di bawah adalah surat terbuka dari Alex Ong, seorang bukan Islam, kepada Mohammad Sayuti Omar seorang penulis yang skrg ini kerap menyerang Husam di atas isu2 yang kecil dan tidak berfaedah. Saya akan dedah kenapa M. Sayuti ni marah sgt dgn Ezam dalam artikel saya lain kali. Tapi sebabnya macam sebab Ezam jugak.


http://disc.yourwebapps.com/discussion.cgi?disc=29561;article=721471



Open Letter to En Sayuti bin Omar
Thu May 28, 2009 12:35pm
218.208.37.254

An Open Letter to En Sayuti bin Omar
By Alex Ong - Migrant Care - Laman M@RHAEN

--------------------------------------------------------------------------------








Dear En. Sayuti bin Omar,

Greeting to you in the name of Might Allah. I wish you well and continue to be blessed by Allah’s provident and good health.

I found deep interests in your blog article about three Abduls, “Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub”

It is a very entertaining piece of article despite of poor in-depth research and misleading information about YB Dato’ Husam Musa’s international relation experiences.

I believe your memory is fresh to remember the Malaysia-Indonesia diplomatic tension in late February, 2005 that we met with YB Dato’ Husam and lunch at a Muslim Restaurant in Sogo Building in Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur?

It was the time; I seek advice from YB Dato Husam on ways to resolve the diplomatic tension caused by Indonesian Migrant Workers caught in the Damansara Damai with more than 90 days without salary and food while facing the force displacement by MK land Berhad Site Manager?

It was also the time that Indonesian President summons, its Manpower Minister, Drs. Fahmi Idris to hire 90 lawyers to suit Malaysia government for failing to penalize Malaysian employers who failed to update the Indonesian workers’ permit and failure to pay the salaries to the 384,000 who face mass deportation.

It was the flare of soft diplomacy that Dato’ Husam that Migrant Care settle the hungry stomach of 90 workers first before we persuade them to talk them out of massive Media exposures and finding solutions for their claimed within the Malaysia legal process.

It was this simple effective wisdom that hungry workers begin to talk and gave up hunger strikes provoked by another NGO group. The workers agreed to return to Indonesia and the International Media reduces the exposure then diplomatic tension ceased.

This is soft diplomacy action that removes the severe diplomatic tension without having to go to the formal ASEAN Secretariat.

Can En. Sayuti recognized this as an international Relation skill exposure to resolve the diplomatic tension conflicts?

En. Sayuti’s perception of International relation is only confined to shaking hands with foreign leaders in the international convention without solving any problems?

Pardon me for saying that you are very shallow minded in the matter of international relation you wrote!

Perhaps En. Sayuti can still remember about Ms. Umi who was facing death sentence in Guangzhou for trafficking drugs? It was again the soft diplomacy of YB Dato Husam that saves the girl from firing squad. Though still serving the sentence, the effort to get her free is still on.

Protecting the interest Malaysia Citizen abroad is number one mission of Malaysia Embassy abroad; I believe En. Sayuti again has a terrible misconception of partying and banqueting are the jobs of Malaysian Diplomats.

YB Dato’ Husam had also pioneering a few incidents of saving the run -away Malaysian girl from Lombok which Malaysian Embassy failed to do. Migrant Care had successfully brought home Siti Nor Azereen and Nurul Wahida whom had been in the missing person police records.

Other than that, Kelantan also has to give YB Dato Husam for attracting the Henan Mining investment company to Kelantan while promoting China investment at Beijing by inviting the Beijing Enterprise Development Corporation to Initiate the Trade fairs in Kota Bharu!

Over the years, I found YB Dato’ Husam soft Diplomatic skills in resolving conflicts has been very effective. His Islamic wisdom is even more admissible in defusing the high tension in the Malaysia- Indonesia conflicts.

En. Sayuti, you are wrong about YB Dato’ Husam in your own perception as much as your understanding about International relation.

Yours Sincerely


Alex Ong
Malaysia Country Director
Migrant CARE
Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO
Platform on Migrant Workers' Convention)

Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati,
Jakarta Timur 13220 Indonesia
Telp/Fax: +62 21 4752803
E-mail: alexmigrantcare@gmail.com
migrantcare@nusa.or.id
Website: www.buruhmigranberdaulat.blogspot.com

Read more!(Selanjutnya)

Friday, May 29, 2009

Kepimpinan Ulama Di Dalam PAS Tercabar?

Di bawah ini adalah artikel yang saya ceduk dari website Al Bakistani bertajuk "KEPIMPINAN ULAMA TERCABAR??".

Ia berbentuk dialog dan ia mampu memberi gambaran sebenar tentang apa yang dimaksudkan dengan ulama di dalam PAS



(Bermula)
"apa pandangan anta tentang kepimpinan ulama yang semakin hari semakin dicabar?" seorang kawan melontarkan soalan untuk bertanya pandangan.

Mendengar soalan itu, aku terus menjawab, "kepimpinan ulama wajar di pertahankan. Ana rasa, apakah kepimpinan ulama tercabar itu, ia tidak berlaku sama sekali".

Mendengar jawapanku, kawan tersebut mengkerutkan dahinya. Sambil itu dia berkata, "anta tak nampak ke, sekarang golongan professional sedang usaha hendak melawan ulama?"

"ulama adalah orang bertaqwa. Orang bertaqwa itu adalah ulama. Apabila dia bekerja untuk menangkan islam, bermakna dia adalah ulama, kerana orang yang bekerja menangkan islam adalah orang bertaqwa" jawabku memberi penerangan yang tergantung.

Kawanku itu berkerut dahi, seraya bertanya, "macam mana tu syaikh??"

"anta tahu tak kadar banyak mana ilmu seseorang yang boleh dita'rifkan sebagai ulama?" tanyaku

"orang yang belajar agama secara formallah" jawabnya ringkas agak kurang memahami.

"anta tahu tak, ada orang belajar pondok 20 hingga 30 tahun, tapi dia tak pandai baca Al-Quran?" soalku lagi

"ada ke macam tu? Tapi, ia tidak mustahil" jawabnya.

"ana belajar pakistan 4 tahun. Sebelum tu, ana belajar Pondok lubuk tapah pasir Mas selama 3 tahun. Lepas pakistan, ana pergi mesir. Masa ana masuk pondok dulu, ada seorang kawan tu, dia dah belajar pondok 4 tahun. Masa ana balik dari mesir, dia masih lagi duduk di pondok. Sedihnya, dia masih lagi tak leh baca kitab. Kadang-kadang dia baca Al-Quran, banyak tajwid salah" keterangan permulaan yang aku lontarkan.

"maksud anta?" soalnya.

"Maksud ana, ulama itu tidak semestinya dia dilihat belajar agama secara formal, bahkan jika dia sudah boleh faham ilmu agama dan beramal, dia sudah cukup disebut sebagai ulama" jawabku sebagai sambungan dari keterangan awal tadi.

"ana kurang jelas" kawanku itu masih kesamaran lagi.

"anta tahu tak, orang kaya tu, berapa banyak kadar hartanya yang boleh diisytiharkan dia sebagai orang kaya?" soalku balik.

Dia mengkerutkan dahinya seakan-akan 'blur'..

"ada orang kaya dengan 2 ribu" sambungku. "ada orang kaya 2 juta. Ada orang kaya 20 juta. Betul tak?" lontaran soalan yang aku lakukan.

"yap. Betul" jawabnya ringkas.

"begitujugalah orang berilmu. Ada orang ilmunya banyak setahap 2 ribu. Ada orang mempunyai ilmu setahap 2 juta. Ada orang berilmu tahap 20 juta" jawabku.

Dia berfikir seketika, lalu berkata, "tapikan, lebih baik la kita lantik pemimpin, orang yang mempunyai ilmu setahap 20 juta"

"ya benar" jawabku, "tapi, apakah dengan sebab dia belajar agama secara formal, maka dia mempunyai ilmu setahap 20 juta itu?" tanyaku balik.

Dia melihat ke dinding. Dahinya berkerut berfikir. lalu berkata, "tidak semua la. Sebab, ada kawan anta duduk di pondok berpuluh-puluh tahun pun, masih tak betul lagi bacaan tajwidnya"

"itu yang ana maksudkan, ulama itu tidak boleh dinilai dengan semata-mata dia belajar agama secara formal; maksud ana, masuk universiti atau masuk pondok. Bahkan, sudah memadai dia dikira sebagai ulama, jika dia memahami ilmu agama dan dia beramal dengan ilmunya" aku memberi penerangan.

"pun begitu, ulama yang sebenar adalah ulama yang mencontohi Nabi SAW dalam semua sudut dan aspek" sambungku, "ulama atau orang bertaqwa itu, dia berfikir untuk majukan islam. dia tidak menipu orang bawahnya. Berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah dan banyak lagi, maka dia adalah ulama yang sebenar. Walaupun ilmunya setahap kaya 2 ratus sekalipun"

"bermakna, jika dia dilihat mempunyai pendidikan professional secara formal, tetapi dia mempunyai kefahaman agama yang baik, disamping mempunyai kesungguhan dan berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Maka dia adalah ulama juga, bahkan dia lebih baik berbanding orang dari kalangan orang yang belajar agama secara formal, tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam dakwah secara berstrategi" sambungku secara panjang lebar.

Dia tersenyum mendengar kupasanku itu, sambil berkata, "maknanya, dakwaan ulama tercabar itu tidak benarlah?"

"yap.. mereka yang takut itu, hanya mereka yang tertipu dengan emosi mereka sendiri sahaja, malah tidak mengkaji maksud istilah ulama mengikut konsep Al-Quran itu sendiri" sambil senyum aku menjawab.

Sambungku lagi, "mana lebih baik, dakwah islamiyyah tergadai dengan orang belajar agama tidak jadi pemimpin?" soalku

"kalau berdasarkan apa yang anta kupas tadi, ulama yang sebenar adalah mereka mempunyai strategi dakwah. Makanya, kalau dia belajar agama pun, dakwah islamiyyah tak berstrategi, malah dakwah islamiyyah tergadai, maka dia bukan ulama la.. bukankah begitu?" soalannya memprovoke.

Sambil senyum aku menjawab, "bukan bermakna dia tidak ulama, tapi dia ulama yang tidak layak menjadi pemimpin"

Kami ketawa dengan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja itu.

Sebelum kami berpisah, sambil ketawa aku menyebut dengan nada menyindir, "buat apa orang tu belajar agama banyak-banyak, tiba-tiba tipu orang bawah. Sekejap kata ada pertemuan. Sekejap kata tidak ada pertemuan"

Dia ketawa mendengar kata-kataku itu, seakan-akan faham maksud disebalik sindiraku itu.

Sekian

Read more!(Selanjutnya)

Ezam Marah Sebab Permohonan Balak Beliau Ditolak Banyak Kali?

Penarik Beca dalam blog beliau berkata bahawa Ezam Mat Nor telah memohon kawasan balak di Kelantan beberapa banyak kali.

Penarik Beca berkata:

"Yang saya nak tanya kepada Ezam, siapa yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat? Nasib baik tak dapat. Kalau dapat, buat sendiri atau suruh taukeh buat? Kalau dapat, adakah hanya kutip komisyen sahaja?"

Maklumat yang saya dapat ialah Husam disalahkan oleh Ezam kerana tidak meluluskan kawasan-kawasan balak tersebut. Apa yang saya tahu, kalau Husam Musa meluluskan permohonan-permohonan balak seperti ini, maka akan jatuh berdentumlah Kerajaan Tok Guru Nik Aziz.

Kita bernasib baik ada Husam Musa di dalam kerajaan Negeri Kelantan. Kerana sikap beliau yang tegas di dalam meluluskan permohonan balak menjadikan UMNO ketiadaan isu di dalam menyerang PAS. Hasilnya, PAS berjaya mempertahankan kerajaan negeri Kelantan secara jayanya pada PRU 2008.

Sebenarnya, isu balak inilah yang menyebabkan Husam Musa teruk difitnah. Saudara pembaca boleh membaca pendedahan yang dilakukan oleh saudara Penarik Beca dalam blog beliau satu masa dahulu.

Tapi, sekiranya Husam Musa mengikut kerenah dan tidak menapis permohonan-permohonan ini, nescaya akan jatuh tergolek kerajaan negeri Kelantan PRU 2008

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 28, 2009

Recession: Malaysiawaves Has Warned About It's Coming Since Last March 2009

That's right. In March 2009 i wrote an article entitled "Stimulus Package or Rescue Package?. Either way we should never trust UMNO ".

In it Malaysiawaves have warned of an impending recession on the horizon.

A recent report by Malaysiakini entitled "First quarter -6.2%, recession looms" states that Malaysia is heading towards a technical recession.

I quote:


""We are almost completing the second quarter and we see that the export sectors and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging," she said.

Two successive quarters of negative economic growth represent a technical recession.".

However, Zeti Abdul Aziz is also quoted as saying that the economy will gather pace in the second half of the year. She says:

""In the third quarter we will see a significant improvement taking place and in the fourth quarter we have a higher degree of confidence that we will have positive growth," she told a press conference."

I wonder what she meant by that. To me it doesn't sound very promising. I'd rather trust the MIER outlook which says:

"The recovery from the current crisis will be difficult compared to previous ones because the scale has reached global proportions. It will take time and huge resources to revive the deeply entangled US financial sector, while policy options are running out. The weak external sector will impede a faster recovery, and the lower commodity prices are not helping either. Banks are becoming more cautious, limiting the flow of funds to firms. Domestic demand would be shored up by fiscal pump-priming and easier monetary policy, providing a partial cushion to the sagging Malaysian economy. The services sector will be the pillar of strength amidst a glum manufacturing sector. It is almost certain that Malaysia's growth will slide into a technical recession in the first half of '09, as it takes the hit from the knock-on effects of a flagging global economy."


Malaysiawaves Mentioned About Impending Recession Since Last March

Last March, I quoted from Jabatan Statistik Negara and they said:

"Current movements of the leading components showed that there is no clear indication for the Leading Index (LI) to grow consistently upward in the months ahead. Supported by continuous decline in the Coincident Index (CI), these provide signals that economy is likely moving towards an economic recession.”

What's important is that the current BN government is not capable of turning this country around and have to rely on the ability of big governments to turn our own economy.

What's important is that poor countries like Indonesia are not heading towards recession and will register strong growth in the next half of the year. Therefore, there is no reason for Malaysia to be in recession despite earlier boast by our leaders that Malaysia was not involved in the Sub Prime Mortgage plauging the Western economies, unlike Singapore.

But, why is it that Malaysia is heading towards a recession, i wonder. Could it be that the corruption problem in Malaysia has not subside and in fact worsen?
I think if the corruption problem was put in check, Malaysia should be in driving seat and expanding at this point. After all, Malaysia is not involved in the Sub Prime Mortgage crisis that put Western economies in the slammer.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Kalau Tak Suka Husam, Undilah Mat Sabu. Jangan Bagi UMNO Menang

Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini.

Saya meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi UMNO ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan UMNO sahaja.

Fraksi UMNO ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk UMNO akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi UMNO ini demi menyelamatkan UMNO yang tercinta.

Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan UMNO.

Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongna totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS.

Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/ "erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan UMNO
b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka.
c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN.

Di Kelantan mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya UMNO akan tersunggkur PRU 13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan UMNO sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada UMNO.

Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru.

Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam UMNO.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 27, 2009

Kempen Terbaru UMNO Untuk Pemilihan PAS: Zahid Hamidi Tarik Diri

Zahid Hamidi tiba-tiba menarik diri dari berdebat dengan Dato Husam Musa di TV9 di atas tajuk "Politik Wang".

Rancangan asal UMNO adalah mereka mahu menggunakan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS untuk memburukkan imej Husam Musa. Ini kerana mereka tidak mahu Husam Musa menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mereka mempunyai calon idaman kalbu mereka yang tersendiri. .

Namun, setelah kelihatan bahawa tuduhan politik wang itu hanya omong-omong kosong, UMNO telah mengubah taktik mereka dan membatalkan keseluruhan debat tersebut. Taktik mereka nampakknya sudah "backfire" dan calon idaman kalbu UMNO tidak dapat dibantu dengan kaedah ini.

Koordinasasi Yang Begitu Licik

Zahid Hamidi adalah tokoh yang terkehadapan sekali di dalam usaha membawa PAS masuk Barisan Nasional. Beliau lah yang kerap dijumpai oleh tokoh2 fraksi UMNO dalam PAS. Kesemua yang terlibat dalam usaha membawa PAS masuk UMNO telah berjumpa dan berbincang dengan Zahid Hamidi.

Jadi, yang saya nampak, tuduhan politik wang itu datangnya dengan "timing" atau pada masa yang cukup sesuai dengan jemputan ke debat TV9 itu.

Timing yang cukup tepat itu hanya digagalkan dengan respon yang dibuat oleh Dewan Harian memanggil orang yang menuduh untuk membawa bukti. Perancanggannya adalah supaya isu ini masih terawang-awang dan apabila Husam di tanya tentang isu ini di persada nasional, tentulah Husam Musa tidak boleh menjawab kerana menjaga air muka KEtua DEwan Ulama.

Namun Allah SWT Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Percubaan memburukkan Husam Musa gagal segagal-gagalnya. Lantaran, terpaksalah Zahid Hamidi menarik diri lantaran ketiadaan modal lagi untuk memburukkan Husam Musa.

Kita semua tahu, Husam Musa adalah calon Timbalan Presiden yang dibenci oleh UMNO. Dibenci sangat-sangat kerana sekiranya Husam Musa menang, hayat UMNO boleh dikatakan telah berada di penghujungnya.

Maka, terpaksalah UMNO berkonspirasi dengan Fraksi UMNO untuk memfitnah Husam Musa. Ada penulis telah diupah untuk memburukkan Husam Musa dan akan menyebarkan buku beliau sewaktu Muktamar nanti.

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri
M Faqih
Tue | May 26, 09 | 4:56:22 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.

"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.

Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.

Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9, Noraini Tahir. - mj _

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 26, 2009

Erdogan Bertikam Lidah Dengan Yahudi di Davos (Dgn Tambahan)

Benar cerita ini. Erdogan telah bertikam lidah secara terbuka dengan Presiden Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos Swizerland.

Mengikut laporan agensi pro Zionis, BBC, Erdogan telah bercakap dengan nada yang keras mempertahankan hak rakyat Palestin dan mengecam tindakan Israel. Shimon Peres pula juga berhujjah dengan agak emosional mempertahankan hak Israel.


Erdogan pula telah mengambil sikap meninggalkan debat tersebut lebih awal kerana sikap pengerusi forum, kolumnis akhbar "Washington Post" bernama David Ignatius, yang berat sebelah dan hanya memberikan Erdogan 12 minit berhujjah berbanding Shimon Peres yang mendapat 25 minit.

Erdogan juga mengecam sikap hadirin yang memberikan tepukan dan sokongan yang kuat kepada ucapan Shimon Peres dengan berkata "saya rasa sedih mereka memberi tepukan kepada ucapan awak (Peres). Awak telah membunuh orang dan ianya adalah tindakan yang sangat salah".

Laporan imi boleh dibaca di website BBC bertajuk "Turkish PM storms off in Gaza row".

Sekembali Erdogan ke Turki beliau telah diberikan sambutan "wira negara" oleh ribuan rakyat Turki. Laporan tersebut boleh dibaca di sini..

Seingat saya, Erdogan adalah pemimpin gerakan Islam yang berjaya memalukan pemimpin Israel di khalayak dunia. Saya rasa mana-mana aktivis Islam wajib merasa bangga terhadap tindakan Erdogan ini kerana tindakan Erdogan merupakan tindakan yang amat membanggakan kepada semua ahli harakah Islamiyyah sedunia.

TAMBAHAN: Sewaktu umat Gaza dibantai dengan begitu teruk oleh tentera IDF, Erdogan telah berjumpa dengan pemimpin2 umat Arab termasuk Raja Abdullah dan Husni Mubarak. Kesemua pemimpin2 Arab ini menolak apa-apa permintaan untuk membantu umat Gaza. Mereka rela melihat umat Gaza dibunuh dan diperlaku sewenangnya oleh IDF dari memberi bantuan.

Malahan, di sempadan Gaza-Mesir, kerajaan Mesir melaksanakan 100% undang-undang serta syarat2 yang ditetapkan oleh Israel.

Erdogan berkata, sejahat-jahat tentera Turki dan sebagaimana teruk fahaman sekular Tentera Turki, namun mereka tidak sanggup melihat umat Islam dibunuh dengan begitu kejam seperti di Gaza.

Erdogan berkata beliau berani memperjuangkan nasib umat Gaza kerana beliau mendapat dokongan 100% dari kesemua jeneral Turki.

Beliaulah satu-satu pemimpin negara umat Islam yang mempertahankan Gaza secara terbuka. Pemimpin-pemimpin Arab yang lain semunya redha dan menyukai tindakan yahudi/Israel di Gaza kerana kata mereka, ia akan menghancurkan satu2 nya kerajaan pembangkang di dunia Arab.

Pemimpin2 umat Arab ini lebih mementingkan kekuasaan mereka dari jangka masa panjang dari menolong umat Islam sesama agama mereka.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Jawapan Kpd Bakaq@ Penarik Beca: Isu Prestasi Timbalan Presiden

Isu ni adalah lanjutan dari perdebatan saya dengan Pak Bakaq@Penarik Beca. Pada pemilihan 2005, beliau menyatakan bahawa beliau menyokong calon menentang Ustaz Nasaruddin atas alasan prestasi. Pak Bakaq kata masa tu Ustaz Nasaruddin ni prestasi dia tidak memuaskan sama sekali. (http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/mengapa-ulama-mengalah-kepada-talabah.html)” (Mengapa ulama mengalah kepada talabah?)
Saya pun menjawab, adakah prestasi lawan Ustaz Nasa, yakni Ustaz Harun Taib, juga boleh dibanggakan? Sepanjang Ustaz Harun Taib menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, apakah ”output” yang kita dapati dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat?


Berapa banyak kah kajian dan ijtihad yang telah dihasilkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat yang boleh digunakan oleh ahli-ahli PAS sekelian. Sepanjang kepimpinan Ustaz Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, telah terdapat beratus-ratus isu besar yang berlaku di Malaysia. Antara isu-isu yang besar yang berlaku yang telah melibatkan jutaan jiwa di Malaysia adalah:

a. Krisis Ekonomi 1997 yang telah menyebabkan ribuan rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan sumber pencarian

b. Krisis moral dan maksiat dalam negara di kalangan remaja
i.Fenomena pembuangan anak yang menjadi barah dalam masyarakat Malaysia
ii. Naiknya kadar perzinaan di kalangan orang Islam/Melayu
iii.Remaja Islam terutama perempuan kuat minum arak dan berzina sejak dari
awal remaja lagi
iv. Kadar perceraian yang semakin meninggi di kalangan orang Islam
v. Kadar ”adultery” atau ”zina muhsan” di kalangan pasangan yang telah
berkahwin juga semakin meningkat
vi. Peminuman arak yang meluas di kalangan remaja

c. Kes Mona Fendy dan pengunaan sihir dalam masyarakat Melayu/Islam yang sekian lama menjalar.

d. Kesesakan jalanraya yang menjadikan ramai ibu-bapa kurang masa untuk diluangkan kepada anak-anak (Sekurang-kurangnya, Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru memperkenalkan kerja 5 hari yang banyak membantu keluarga di Kelantan)

e. Kenaikan harga minyak dan kos hidup yang semakin menghimpit ramai keluarga di Malaysia

f. Belanjawan Negara yang terus defisit semenjak 1997 sehingga sekarang
g. Kejatuhan nilai matawang Malaysia di pasaran dunia

h. Kekurang pelabur asing dan penghijrahan pelabur asing yang semakin ramai dari Malaysia

dan banyak lagi isu yang melibatkan berjuta jiwa dan nyawa di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia. Dari semua isu2 ini, hampir tiada kertas cadangan polisi ataupun cadangan penyelesaian yang datangnya dari Dewan Ulama PAS.

Berbanding dengan ahli yang lain, Dewan Ulama Pas sudah tentu mempunyai ahli-ahli yang mampu berijtihad. Justeru, mereka mampu memberi penyelesaian Islam di atas permasaalahan yang melanda umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Malangnya, sepanjang ”pemerintahan” calon TP sokongan Bakaq@2005, kita tak dengar apa-apa ”output” dari Dewan Ulama berkaitan dengan isu2 yang begitu menekan seperti di atas.

Saya rasa, kepimpinan Ustaz Mat Daud Iraqi lebih produktif walaupun 2 tahun sahaja.

Yang Kerap Kita Lihat Datang Dari Dewan Ulama Adalah Polemik ”Ulama vs Professional”

Yang kita kerap dengar datang dari Dewan Ulama sewaktu itu (dan sekarang ini juga) adalah keluhan ”professional vs ulama”. Ertinya, satu-satunya output yang kita dapat lihat datang dari Dewan Ulama pada masa itu adalah polemik ulama vs professional yang kerap ditimbulkan sewaktu hampir pemilihan parti.

Itu sahajalah ”output” atau hasil yang kita dapat nikmati dari Dewan Ulama PAS sewaktu pemerintahan calon TP Bakaq@2005 itu. Segala tenaga Dewan Ulama digunakan untuk menyebarkan polemik ini di kalangan semua kepimpinan PAS seluruh negara di setiap peringkat.

Ilmu yang diharapkan dari Dewan Ulama sayang sekali tidak dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli dan juga oleh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Sifat ”Rahmatan Al Alamieen” itu tidak berjaya diterjemahkan oleh Dewan Ulama PAS untuk dipergunakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Yang kita dapat hanyalah kalimah usang yang kerap kali diulang-ulang. Yakni, ”Ulama lawan Professional”.

Saya Bukan Anti Ulama. Saya Anti Penyalahgunaan Institusi Ulama

Saya menulis ini bukanlah saya hendak memburukkan institusi ulama. Saya mempelajari Islam dan memahami Islam dari ulama. Dan saya tahu, terdapat ramai ulama di luar sana yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa ”Rahmatal Al Alameen” ini kepada rakyat Malaysia.

Antara contoh terbaik adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Blog beliau menjadi rujukan ribuan rakyat Malaysia saban hari. Walaupun beliau menghadapi sakit jantung, namun beliau teguh dan istiqamah menerangkan Islam dengan kaedah yang ”Rahmatal Al Alameen”.

Beliau telah diarah oleh Arwah Ustaz Fadzil Nor untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ”Usul Feqah”. Ini kerana walaupun ramai terdapat ustaz2 dalam PAS, namun sedikit yang mampu berijtihad. Majoriti aktivis ulama dalam PAS ini adalah lulusan ”lughah” atau bahasa Arab semata-mata dan tidak mampu berijtihad.

Namun, apabila nama beliau dinaikkan sebagai SU Majlis Syura Ulama PAS, lagi sekali beliau telah difitnah dan dimehnah. Hasilnya perlantikan beliau itu gagal. Ertinya, di dalam PAS, ulama yang mahir dalam mengeluarkan fatwa dan berijtihad adalah sangat sedikit. Ramainya ulama dalam PAS ini adalah "muqallid" dan mereka sendiri terpaksa bergantung kepada ulama lain di dalam permasalahan2 yang baru.

Malahan, anak Arwah ustaz Fadzil telah memegang amanah bapanya dan skrg ini sedang melalui latihan menjadi mufti/Qadi di Darul Ifta kelolaan Mufti Mesir, Ali Gomaa. Saya pernah diberitahu bahawa Arwah Ustaz Fadzil telah ”fed up” dengan gaya yang dibawa oleh setengah-setengah lulusan agama yang hanya tahu mengharam sahaja tanpa mengkaji kaedah dan bidang lain yang mampu membuat manusia tunduk pada Islam.

Arwah Ustaz Fadzil Nor lah yang membuka pintu kepada kebanjiran professional dalam PAS. Dan usaha Ustaz Fadzil ini dibenci oleh segolongan lulusan agama dalam PAS. Tujuan penentangan adalah melindungi kedudukan mereka semata-mata dan bukannya untuk kepentingan PAS.


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 25, 2009

Benar Kata Dr. Harun Din. Memang Ada Musuh Dalam Selimut Dalam PAS

Dr Harun Din dilaporkan berkata:

“Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,” katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini.”


Blog ini telah membuat pendedahan betapa akhbar, media dan instrumen kerajaan Pro UMNO (Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian, SPRM) telah menjalankan kempen terbuka terhadap calon idaman kalbu mereka.

Misalnya:

a. Bantuan UMNO Dalam Pemilihan PAS: Penyiasatan SPRM...

PENERANGAN: Artikel ini menceritakan bagaimana Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) telah sanggup untuk menjalankan kerja menghukum calon pemilihan PAS yang tidak disukai UMNO

b. Utusan Malaysia Mula Berkempen Untuk Jawatan Timbalan Presiden

PENERANGAN: Jelas satu usaha dari Utusan Malaysia untuk menyokong calon idaman kalbu mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PAS sehingga mereka tersalah mengira jumlah pencalonan (60%+20%+20%+5% = 105%).

c. Sokong Calon Yang DIbenci Utusan Malaysia dan TV 3

PENERANGAN: Utusan Malaysia mempunyai senarai calon yang disukai dan disayangi mereka. Pengarang Utusan Malaysia telah menamakan “kumpulan Erdogan” sebagai kumpulan yang mereka benci.

d. UMNO Sokong Kepimpinan Ulama PAS Untuk Menghalang Anwar Menguasai PAS?

PENERANGAN: UMNO menggunakan alasan menghalang pengaruh Anwar digunakan untuk menyokong kepimpinan ulama dalam PAS. Ertinya,UMNO mmengharap sangat-sangat "kepimpinan ulama" ini kekal.

e. Apabila Utusan Malaysia Menyokong Kepimpinan Ulama

PENERANGAN: Utusan Malaysia secara terbuka menyokong kepimpinan ulama dalam PAS
Dan, tidak menjadi rahsia lagi Utusan Malaysia dan media UMNO secara terbuka menyokong kumpulan yang pro kepada muqabalah dan muzakarah dalam PAS.

Jadi, memang benarlah pernyataan Dr. Harun Din bahawa terdapat musuh dalam selimut dalam PAS.

Musuh dalam selimut dalam PAS ini dipanggil sebagai “Fraksi UMNO”. Yakni mereka yang mahu membawa PAS masuk BN dan memanjangkan jangka hayat UMNO.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, May 24, 2009

PAS Pilihanraya 2004 dan 2008: Satu Perbandingan?

Tulisan saya hari ni ingin membandingkan kaedah dan cara yang telah diambil oleh PAS di dalam menghadapi kedua-dua PRU 2004 dan 2008. Barang diingat bahawa polisi dan keterampilan parti pada 2004 dan 2008 dipacu oleh dua golongan yang berbeza.

Tapi sebelum itu marilah kita bandingkan keputusan 2004 dan 2008:

2004 : a. PAS hilang Terengganu dengan hanya mendapat 5 kerusi DUN.
b. PAS hilang semua kerusi di Selangor, Perak dan Pahang
c. PAS gagal mempertahankan kerusi 1/3 di Kedah sekaligus gagal menawan
Kedah
d. PAS hampir-hampir hilang Kelantan

2008 : a. PAS mendapat 3 kerusi Menteri Besar
b. Memenangi 27 kerusi Parlimen
c. Mempertahankan Kelantan dengan jayanya
d. Menawan Kedah buat pertama kali dalam sejarah PAS
e. Memenangi kerusi di Perak, Penang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan
dan Johor
f. Mencipta sejarah dengan memenangi kerusi DUN di Negeri Sembilan dan
Johor

Perbezaan Keadah dan Penampilan

Artikel ini ingin membezakan keadah dan penampilan yang digunakan oleh PAS bagi menghadapi kedua-dua PRU ini.

Pada PRu 2004, penampilan atau agenda yang dikehadapankan adalah:

a. Dokumen Negara Islam – Hasil usaha dari Dewan Ulama PAS yang dipimpin oleh Ustaz Harun Din
b. Perlaksanaan Enakmen Syariah di Terengganu
c. Kerajaan Terengganu sebagai model kerajaan PAS

Kita lihat sewaktu menghadapi PRU2004, inilah gagasan atau program yang dikehadapankan oleh PAS kepada rakyat Malaysia. Hampir tiada usaha bersama antara Barisan Alternatif dan mana-mana parti lain.

“Approach” yang digunakan adalah mengedepankan Islam secara “legal” sahaja. Tiada tawaran lain kepada rakyat Malaysia. Dengan kata lain, Islam cuma dikehadapankan dari aspek perundangan penghukuman dalam syariah tanpa meneliti masalah dan aspirasi rakyat. Juga, tiada perkiraan dibuat tentang bagaimana tawaran itu akan dimanipulasi media kawalan UMNO/BN. Dan, apa yang berlaku UMNO mendapat laba yang besar dari tawaran PAS itu.

Pada PRU 2008, PAS, melalui kumpulan “Erdogan” telah mengambil uslub lain. Yakni mengenegahkan program seperti:

a. Negara Berkebajikan – sebagai ganti kepada Negara Islam
b. Slogan “PAS For All” yang menghilangkan ketakutan rakyat kepada PAS
c. Mengadakan hubungan dengan HINDRAFF di mana telah diterjemah kepada undi kaum India kepada PAS dalam kuantiti yang amat besar.
d. Takaful Kafaalah – Berjaya melemahkan UMNO di kalangan Saluran 1 dan 2 di Kelantan menyebabkan PAS mengekalkan kerajaan Kelantan dengan jayanya.

Pada 2008, PAS bekerjasama dgn parti lain dengan cara yang lebih efektif dan menekankan aspek keadilan sejagat yang menjadi teras kepada syariah.

PAS telah mendengar rintihan rakyat, dari keluhan kaum India, Cina mahupun kaum Melayu sendiri dan mengusulkan tawaran yang berasaskan pentadbiran yg bersih serta tidak membezakan warna kulit

Hasilnya, calon PAS diterima bukan saja masyarakat Islam malah bukan Islam sekali. Dan, PAS berjaya menumbangkan UMNO dikawasan kubu kuat mereka yang tidak pernah mereka kalah sejak Merdeka

Kumpulan "Erdogan" telah berjaya menjayakan program yang dimulakan oleh Dr Burhanuddin Helmi 50 tahun dahulu sewaktu beliau bersetuju menghadiri dialog di YMCA di Bricksfield.

Itulah yang sangat-sangat dihargai oleh Mursyidul Am sendiri, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Inilah Petanda Kumpulan Erdogan vs Fraksi UMNO

Inilah petanda perbezaan arah tuju kumpulan “Erdogan” vs Kumpulan “Fraksi UMNO”. Kemenangan 2008 bukanlah hasil usaha serta program dan idea yang datang dari kumpulan Fraksi UMNO.

Fraksi UMNO lebih suka program yang “syok sendiri”. Misalnya, Dokumen Negara Islam hanya mengulangi perkara sama yang pernah disebut dahulu. Ianya tidak menjawab apa-apa persoalan yang kerap ditimbulkan oleh banyak pihak zaman ini. TIdak hairanlah “Dokumen Negara Islam” telah menjadi alat untuk memenangkan UMNO dan BN semasa 2004 dahulu.

Manakala, kumpulan “Erdogan” pula lebih bertumpu kepada program atau gagasan yang mampu difahami serta dihadam dan diterima oleh rakyat Malaysia tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Hasilnya, kita lihat tahun 2008 PAS menang dengan gemilang sekali. Malahan, kemenangan PAS tahun 2008 adalah kemenangan yang tidak pernah dicapai oleh PAS dalam sejarah PAS sendiri.

Malahan kita melihat, setelah mencapai kemenangan, kumpulan Fraksi UMNO sedang cuba untuk merampas kuasa dalam kepimpinan PAS. Mereka bertanggungjawab di atas kekalahan PAS 2004. Namun setelah kemenangan 2008, mereka mahu merampas kuasa pula. Ini cukup tidak bertanggungjawab.

Dengan kata lain, para perwakilan harus memilih. Adakah mereka mahu memilih kepimpinan yang syok sendiri dan tidak berpijak di bumi nyata ataupun mereka mahu memilih kepimpinan yang mendatangkan kemenangan dan hasil yang besar kepada PAS?

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 23, 2009

Bantuan UMNO Dalam Pemilihan PAS: Penyiasatan SPRM

Baru2 ini heboh diperkatakan bahwa berlakunya politik wang dalam pemilihan PAS. Ketua Dewan Ulama PAS sendiri menyebarkan cerita kononnya berlaku politik wang dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Cuma yang peliknya, pihak SPRM yang selama ini tidak mengendahkan berbakul-bakul laporan rasuah ke atas pimpinan UMNO, tiba-tiba mahu memanggil Ketua Dewan Ulama PAS untuk siasatan atas kenyataan beliau berkenaan dengan politik wang dalam PAS.
(Saya ada buat pendedahan berkenaan dengan masaalah pribadi yang dihadapi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini)

Pengerusi SPRM itu dilaporkan berkata:

“BEAUFORT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam pemilihan Pas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Jati Diri Rakan Muda di Membakut, hari ini.
Sumber : Berita Harian Online”
()

Jadinya, kita lihat penyokong-penyokong tegar “kepimpinan ulama” sanggup menggunkan fitnah dan penipuan untuk memenangkan calon mereka? Adakah ini juga bermakna para ulama dalam PAS ini maksum sehingga mereka mempunyai hak untuk menghitamkan serta merosakkan imej PAS dengan fitnah?

Jangan lupa bahawa Ketua Dewan Ulama yang sama membuat kenyataan terbuka sebelum ini mahukan Presiden dan Timbalan Presiden PAS

Di Kelantan semua orang tahu bahwa Ketua Dewan Ulama PAS ini tidak suka malahan membenci salah seorang calon Timbalan Presiden PAS. Ketua Dewan Ulama ini juga yang beriye-iye sangat mahukan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama.

Nampaknya kenyataan beliau memberikan ruang kepada UMNO untuk mengambil tindakan ke atas calon-calon yang dibenci oleh UMNO. Ini juga menandakan betapa UMNO sedang risau dan gundah gulana terhadap keputusan pemilihan PAS Jun ini. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, sekiranya PAS mampu membariskan kepimpinan yang dilihat sebagai ‘sederhana’ dan menarik hati, hayat UMNO telah sampai ke akhirnya.

Ini kerana orang-orang atas pagar Melayu akan menukar sokongan mereka dan meninggalkan bas UMNO menyebabkan UMNO hanya terhad kepada sokongan pengundi tegar mereka sahaja(UMNO pekat).

Tidak mustahil, selepas PAS membariskan kepimpinan yang boleh diterima oleh majoriti orang Melayu, parti-parti dalam Barisan Nasional akan menukar haluan satu demi satu, inshaalah.

Fraksi UMNO Menggunakan SPRM dan Instrumen UMNO Untuk Membantu Calon Mereka

Kita semua sudah maklum, calon yang dibenci Utusan Malaysia untuk jawatan Timbalan Presiden adalah Dato’ Husam Musa.

“Bagaimanapun sumber dalaman Pas memberitahu, cara Husam berpolitik persis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat membahayakan Pas. Justeru, Exco kanan kerajaan Kelantan itu perlu disekat daripada terus mara untuk menyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.
Kata sumber itu, peranan itu mesti dimainkan oleh Mohd. Amar dan Takiyuddin bagi memastikan Husam dapat disekat sepenuhnya. “


Jadinya, pergerakan kumpulan Anti Husam/Fraksi UMNO selari dengan pergerakan instrumen2 UMNO seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ada kemungkinan calon mereka nanti dirasai akan kalah dan mereka terpaksa menggunakan khidmat SPRM seperti mana yang digunakan oleh UMNO sewaktu pemilihan UMNO baru2 ini. Taktik yang digunakan oleh UMNO tampaknya seperti hendak digunakan dalam PAS.

Yang peliknya, sewaktu berhadapan dengan Dewan Harian PAS Pusat, Ketua Dewan Ulama tidak pun membawa apa-apa bukti yang berasas untuk diambil tindakan. Malahan, beliau berlapik dengan berkata ianya cuma satu bentuk nasihat.

Imej PAS Hampir Hancur Berkecai


Tuduhan melulu politik wang ini hampir menghancurkan PAS. Selama ini PAS naik turun kampong bercerita pasal politik wang yang melanda UMNO. Tiba-tiba Ketua Dewan Ulama PAS sendiri menuduh (tanpa bukti) bahawa terdapat politik wang dalam PAS.

Soalnya sekarang, beliau adalah ahli Dewan Harian PAS. Beliau ada hak untuk membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin sekiranya beliau ada bukti. Mengapa perlu membuat tuduhan secara umum dan diambil oleh media pro umno sebegini?

Nampak macam politik kotor sedang berlaku dalam PAS. Semuanya ini dilakukan kerana hendak menghalang Husam Musa naik ke jawatan no 2 dalam PAS. Alasan yang digunakan adalah Husam bukan ulama dan hanya ulama mesti naik ke jawatan no.2.

Oleh sebab untuk “mempertahakan ulama”, maka fitnah “diizinkan”. Penipuan diizinkan. Nista diizinkan. Kata jahat diizinkan. Menggunakan khidmat musuh PAS juga diizinkan. Menggunkan khidmat media UMNO juga diizinkan.

Inilah dia saya labelkan sebagai mentaliti “maksum” yang melanda sebahagian dari ulama dalam PAS. Mereka merasakan mereka berada di atas syariat sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk menghancurkan imej PAS dengan melayangkan fitnah.

Saya juga menasihati mereka yang bersengkongkol dengan UMNO supaya berhenti dari menjadi ahli PAS dan masuk UMNO. Hanya kerana untuk memastikan kontrak balak sampai kepada kamu, alas an seperti “Kepimpinan Ulama” digunakan sewenang-wenangnya.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, May 22, 2009

Aliran "Selamatkan UMNO" lawan "Gantikan UMNO" Dalam PAS

Itulah sebenarnya yang menghambat pemikiran di kalangan pimpinan-pimpinan PAS. Kemunculan aliran-aliran ini diselimuti dengan topeng "ulama vs proffessional". Hakikatnya ianya berkait rapat dengan survival UMNO dalam persada politik Malaysia.

Ia tiada kena-mengena dengan kumpulan professional ataupun kumpulan ulama dalam PAS. Cumanya, tampak kelihatan seperti aliran yang mahu menyelamatkan UMNO disokong oleh golongan yang berpendidikan dan latar belakang agama manakala mereka yang mahu PAS mengganti UMNO adalah dari latar belakang pendidikan bukan agama.

Maklumat yang saya dapat, ramai dari golongan berpendidikan agama dalam PAS menyangka bahawa institusi ulama dalam PAS sedang dalam bahaya dan perlu dipertahankan kerana mahu dihancurkan oleh mereka yang bukan berpendidikan agama.

Ertinya, di kalangan berkependikan agama pun, bukan semuanya mahu menguatkan UMNO. Cumanya, mereka telah ditipu untuk mempercayai fitnah kononnya institusi ulama akan dihancurkan dalam PAS. Lantas, berlakukan perpecahan aliran dalam PAS dan isu sekarang ini sudah menjadi "ulama vs professional".

Mereka yang terlibat dalam usaha membawa PAS kepada UMNO terlepas dari apa-apa hukuman kerana mereka sanggup memecah-belahkan PAS demi menyelamatkan diri mereka dari ditolak ahli dan kemudian kehilangan pangkat dan kedudukan dalam PAS.

Slogan "kepimpinan ulama" dijaja merata ceruk kampung dan desa demi mempertahankan kedudukdan mereka dan melepaskan diri mereka dari dipersalahkan ahli dan penyokong di atas "pengkhianatan" mereka tempohari.

Nama Syura dijual merata tempat kononnya Syura memberikan mereka kebenaran untuk melakukan apa yang mereka telah lakukan padahal Pengerusi Syura sendiri menentang usaha mereka.

Saya sedih kerana saya melihat sendiri betapa alasan "ulama" dijadikan alat untuk menaikkan mereka yang telah menipu dan membohongi ahli. Tidak termasuk mereka yang tidak layak memegang jawatan dan terpalit dengan berbagai-bagai jenis skandal dan komplot.

Usrah-usrah digunakan untuk memburukan mereka yang tidak sealiran dengan tuduhan seperti "tidak wala'" dan "pro anwar" padahal ini semua adalah berita palsu. Saya mendapat laporan, ada usrah yang digunakan untuk mendoakan kematian Tok Guru Nik Aziz oleh mereka yg beraliran agama ini.

Dan yang saya lihat kempen fitnah ini terus dijalankan terutamanya dari mereka yang mahu mempertahankan kepimpinan yang beraliran dan berpendidikan agama ini.

Soalnya sekarang, apakah hala tujuan yang kita mahu untuk PAS? Adakah PAS hanya alat untuk menyelamatkan UMNO tiap kali UMNO berada dalam permasaalahan yang besar seperti sekarang.

Ataupun kita mahu PAS menjadi pengganti UMNO sebagai teras kepimpinan orang Melayu/Islam di Malaysia?


Setiap penyokong dan ahli wajib menjawab soalan ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Barisan Kepimpinan PAS yang Baru Boleh Membunuh UMNO

UMNO sekarang ini cuma terhad kepada sokongan dari ultra nasionalis Melayu dan sebahagian besar pengundi atas pagar Melayu. MCA dan MIC lebih teruk lagi kerana pengundi tegar mereka pun terpaksa dikongsi dengan DAP. Kiranya PAS dapat menarik majoriti dari pengundi atas pagar Melayu, nescaya UMNO akan ruyup dan hanya menghitung hari-hari terakhir mereka.

Inilah kriteria yang perlu diambil kira oleh perwakilan seluruh Malaysia. Kita tidak boleh terkongkong dengan retorik. Isu seperti ulamak vs professional adalah retorik semata-mata. Retorik ini menguntungkan UMNO dan menguntungkan sekularisma.

Pemecahan tembok sekularisma adalah hasil dari penggabungan antara aliran agama dan aliran duniawi. Pemecahan di antara ulama dan professional adalah manifestasi sekularisma dalam PAS.

Dengan kata lain, sesiapa yang menaikkan isu "ulama lwn professional", dia itu adalah agen sekular dalam PAS.

Yang penting adalah PAS mampu membariskan kepimpinan yang mampu menarik golongan atas pagar Melayu untuk menyokong PAS. PAS mesti mampu mengganti UMNO dan bukannya bekerjasama dengan UMNO. PAS mesti menjadi tunjang orang2 melayu/Islam di Malaysia tanpa menghambat kaum-kaum lain.

Perlu diingat bahawa PAS adalah parti Islam dan bukan Parti Melayu. PAS harus mampu memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan Islam di dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan islam di samping menjaga kebajikan serta kemakmuran bangsa2 lain di Malaysia.

PAS juga mesti mampu membawa gagasan ekonomi yang bukan neo-liberal dan bebas korupsi untuk memastikan ekonomi Malaysia senantiasa membangun dan mencapai ke puncak.

Bagi saya, PAS akan mampu mengharumkan imej Islam di MAlaysia sekiranya barisan kepimpinan PAS yang baru ini dapat menarik perhatian golongan Melayu atas Pagar selepas bulan Jun 2009 nanti.

Wallahualam

TUlang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 21, 2009

Adakah Semua Ulama Maksum?

Dalam salah satu blog kepunyaan seorang pimpinan yang pro-muqabalah/kerajaan perpaduan, saya telah ajukan satu soalan kepada beliau. Malangnya, soalan saya ini telah di "delete" oleh beliau dan langsung tidak kelihatan lagi skrg ini. Suka saya kongsi bersama dengan tuan-puan pembaca sekelian.

Soalan saya ialah: Adakah setiap ulama dalam PAS ini maksum (yakni dilindungi oleh Allah dari kesilapan dan kesalahan?".

Seterusnya, saya bertanya lagi, kalau Ulama dalam PAS tidak maksum, bermaksud mereka juga terdedah kepada kesilapan dan kesalahan?

Seterusnya saya menyambung, apa bezanya para ulama dalam PAS dengan ahli lain dalam hal yang tidak bersangkut-paut dengan ibadah yang khusus (Maudhah), i.e. pentadbiran, politik dsbnya.

Terutama di dalam bidang yang memerlukan "ijtihad" yang meluas seperti sistem politik, sistem pentadbiran, sistem kewangan, ekonomi, pertanian dsbnya.

Semua bidang-bidang di atas tidak mengandungi peruntukan dalam Al Quran dan Sunnah secara khusus kerana walaupun ianya ibadah, ia bukan ibadah yang khusus dan terbuka kepada ijtihad yang meluas.

Saya ingin menambah dalam tulisan saya ini, bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS bukan jawatan yang memerlukan pengeluaran "ijtihad" speanjang masa. Ianya adalah jawatan pentadbiran dan perlaksanaan dasar. Presiden dalam PAS tidak diperlukan untuk mengeluarkan ijtihad fiqhi di dalam melaksanakan tugas2 mereka.

Ini kerana sekiranya diperlukan ijtihad fiqqhi maka PAS sudah ada Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS.

Jadi, saya ingin bertanya juga, apakah perlu Presiden dan Timbalan Presiden itu seorang berkelulusan agama ataupun seseorang yang mempunyai kepimpinan, ilmu pentadbiran, ilmu politik serta pengalaman yang luas?

Kita lupa bahawa Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang terdahulu memegang jawatan mereka bukan semata-mata mereka mempunyai kelulusan dalam bidang agama. Mereka mempunyai kelayakan dan pengalaman di dalam mentadbir parti di samping kelulusan agama mereka.

Misalnya, Arwah Ustaz Yusuf Rawa adalah bekas Duta Besar Malaysia ke Iran dan fasih lebih dari 3 bahasa. Ustaz Fadzil Nor adalah Presiden PAS yang terunggul dalam sejarah PAS membuktikan beliau mempunyai kelyakan bukan sahaja memimpin PAS tapi memimpin Malaysia.

Dengan kata lain, polisi Presiden dan Timbalan Presiden mesti ulama bukan satu polisi yang kukuh. Ia tidak ada dalam Al Quran dan Sunnah. Tidak disebut dalam perlembagaan parti serta ianya tidak disebut dalam usul "Kepimpinan Ulama" yang dululuskan pada tahun 1982.

Kepimpinan Ulama adalah bermaksud Majlis Syura Ulama itu ditinggikan tarafnya di atas segala-gala dalam PAS dan boleh memastikan bahawa setiap tindak tanduk PAS selari dengan Fasl 5 Perlembagaan PAS.

DEngan kata lain, kiranya Presiden dan Timbalan Presiden bukan kelulusan agama pun, Kepimpinan Ulama tetap wujud dalam PAS.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 20, 2009

Laporan "Muqabalah" Husam Musa dengan Pimpinan2 BN/UMNO

Galak sungguh saya mendapat sisipan dan komen dari beberapa orang berkenaan "muqabalah" yang dilakukan oleh Husam Musa dgn beberapa pimpinan BN dan UMNO. Mereka berkata apa salahnya Ustaz Nasa berjumpa UMNO kalau Husam pun boleh.

Saya menjawab kalau diambil dua biji durian, tidak semestinya dua durian itu sama. Ada durian daun ada pula durian tembaga.

Husam Musa berjumpa dengan keizinan Dewan Harian PAS Pusat dan Presiden dengan AGENDA YANG JELAS yakni meminta DUN Perak dibubarkan.

Perjumpaan yang dilakukan sebelum ini dilakukan dalam rahsia dan agenda perjumpaan juga rahsia dan sampai sekarang tiada laporan berkenaan inti perjumpaan tersebut. Di bawah adalah laporan berkenaan dengan perjumpaan dengan pimpinan2 BN/UMNO yang dilaporkan oleh Husam Musa di dalam blognya.



Pembubaran DUN Perak Kian Hampir


Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 19, 2009

HIstory is Being Made in Penanti

As far as I can remember, the Barisan Nasional/Perikatan has never failed to put up a candidate in this country for any types of elections and for any seat. Be it in Kelantan, where they were the weakest, or in Sabah when BN was reeling from the impact of PBS.

I remembered post 1990 elections when UMNO/BN lost all seats in Kelantan, and there was a by-election in a seat in Kubang Kerian called Pasir Tumboh. On the back of total rejection from Kelantanese, UMNO still put up a candidate. Then, UMNO didn't have any reps in the Kelantan State Assembly. Should UMNO had won the seat, their representation in the Kelantan state assembly would've increased from zero to one. Which means, it was a totally useless endeavor. But UMNO continued to put up a candidate and subsequently lost the by-election with an increased majority.

Also, in any state election, especially in Sabah and Sarawak, where their state elections are held outside the GE, BN has put up candidates even in the most remote seats. Where access was mainly by "sampan", BN still put up a candidate.

In short, never have i seen the BN not being able to put up a candidate. Always, it's the opposition that's decided not to put up a candidate. I remember a by election somewhere in Masjid Tanah, where none of the opposition parties had the will to put a candidate at the most UMNO constituency. In the end, the BN campaigned against independent and instead of campaigning, the BN used their resources to hold concerts for the constituency the entire campaign period.

So, I say that the reason given by Najib for not putting up a candidate there is rubbish. In truth, they are afraid of losing another by election and they are sure of losing if they contested. That is the real reason for BN's refusal to put up a candidate.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Dissolution of Perak Assembly Likely- Malaysian Insider

This is a follow up story to my earlier expose' of UMNO's interest to dissolve the Perak Assembly for fear of losing more support from the people. Malaysian Insider has ran a story on the "speculation"

BN leans towards fresh polls in Perak

By Leslie Lau
Consultant Editor

KUALA LUMPUR, May 18 — The consensus that emerged today among Barisan Nasional (BN) leaders is that even if the court of appeal rules in its favour this Thursday, it will still ask the Sultan of Perak to dissolve the state assembly to pave the way for fresh polls.

The Malaysian Insider understands that the Perak constitutional crisis was a major item on the agenda at today’s supreme council meeting of the ruling coalition.

The rationale for such a move is that the ruling coalition stands to lose more credibility and that perception that it is the villain in the Perak power grab would only grow.

A number of BN leaders told The Malaysian Insider that the Pakatan Rakyat (PR) had been effective in painting BN as the usurpers of power.

However, a time frame for elections has not been decided.

The BN supreme council is likely to meet again after Thursday’s court decision.

Perak’s constitutional crisis is now before the court of appeal as Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir has filed an appeal against the High Court ruling that Datuk Seri Nizar Jamaluddin is the rightful mentri besar.

With no clear end to the deadlock in sight, both BN and PR have appeared amenable to cooperating to find a solution to the impasse.

But PR, led by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, is insisting that a fresh election must be part of the equation, a condition that BN has been reluctant to agree to.

At a press conference today, Datuk Seri Najib Razak had indicated that any talks with PR over the Perak crisis would only happen after Thursday’s court decision.

Even if the court of appeal decides in favour of Zambry, the ruling coalition is still stuck with the dilemma of having to rely on the backing of three defectors to remain in power.

Currently, both BN and PR have an equal number of seats in the state assembly, with the three BN-friendly independents tilting in its favour.

But two of the three assemblymen still face corruption charges, while the third, the former DAP lawmaker Hee Yit Foong, has been vilified to such an extent that she does not risk showing up at her own constituency.

The reason for BN’s softening position is also likely due to a growing feeling among some of its leaders that it may want to cut its losses or risk having the anti-BN feeling grow further.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad recently suggested that it was a foregone conclusion that BN would lose fresh polls.

Some BN lawmakers in Perak are also said to be keen on convening an emergency sitting of the state assembly to finally gauge once and for all the support it needs to legitimately run the state government.

But there is a growing consensus that such an administration will continue to be beset with controversy and legal challenges from PR.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 18, 2009

Seminar Kepimpinan Ulama yang Tidak Menghormati Mursyidul Am?


Saya mendapat maklumat bahawa Dewan Ulama PAS Pusat akan menganjurkan program Seminar sempena Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama. Maklumat dari dalaman Pas mengatakan program ini mengandungi banyak perkara yang tidak kena.

Dari sumber dalaman PAS juga mengatakan bahawa program ini sedang dikempen hebat untuk mendapat kehadiran yang maksimum dari kalangan perwakilan PAS seluruh Malaysia. Diharapkan supaya kehadiran di dalam 2000 hingga 3000 orang yang rata-rata terdiri dari perwakilan yang akan mengundi.

Saya juga mendapat tahu bahawa Roslan SMS dan Dr Shamsuri adalah tenaga utama dibelakang program ini. Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk menulis berkenaan program ini namun apabila mengetahui penyokong Muqabalah/kerajaan perpaduan menjadi tenaga dibelakang program ini, maka saya terpaksa mendedahkannya.

Bak kata orang, kalau tidak diada-adakan, masakan tempua bersarang rendah.

Kenapa Mursidul Am Tidak Diizin Mengisi Program?


Banyak sangat perkara yang tidak kena pasal program ini.

1.0 Yang paling ketara ialah Mursyidul Am sendiri tidak dibenarkan berucap serta mengisi program ini. Mursyidul Am hanya diizinkan untuk memberi ceramah umum selepas program.

Kalaupun Mursyidul Am tak da masa untuk tulis kertas kerja, kenapa ucapan perasmian pun tidak diizinkan Mursyidul Am memberikannya?




2.0 Lagi satu, program ini diadakan 2 minggu sebelum Muktamar PAS. Jubli Perak seharusnya dilakukan pada tahu 2007. Program ini telah 2 tahun lewat. Dan, kalaupun lewat, mengapa dianjurkan 2 minggu sebelum Muktamar PAS yang salah satu isu adalah kepimpinan ulama?

3.0 Jemputan program ini juga pelik. Bolehkah Setiusaha Dewan Ulama mewajibkan kehadziran PAS di semua peringkat kepimpinan untuk menghadiri program ini? Maknanya, selepas ini sesiapa sahaja boleh mewajibkan semua orang dalam PAS untuk menghadiri program mereka. Selepas ini SU Lujnah pun boleh mewajibkan semua peringkat kepimpinan, dari Pesuruhjaya Negeri dan Perhubungan Negeri kepada Presiden, untuk menghadiri program mereka.


















Senarai peserta adalah:




Malaysiakini telah memberikan “coverage” berkenaan program ini. Antara kenyataan pimpinan yang diambil ialah:

“Menurut Hashim, bagi memfokuskan kepada pilihanraya umum dan beberapa pilihanraya kecil, program kerjasama tiga sayap penting PAS - Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat - terpaksa ditangguhkan sebelum ini.”

Soalnya sekarang, kenapa program ini tidak boleh diadakan selepas Muktamar? Keadaaan sebelum Muktamar ini lebih sebuk disebabkan oleh persediaan.

Bagi saya program ini terdapat banyak kesangsian yang perlu kita perhatikan. Dan bagi saya program ini sepatutnya diadakan diluar waktu Muktamar dan bukan hampir kepada muktamar. Kalau penganjur program ini ikhlas mahu mengajurkan program ini dan tidak berkempen.

Tulang Besi

ps Untuk melihat kertas kerja tersebut, sila klik di sini:

a. Kertas Kerja ms 1

b. Kertas Kerja Ms 2

c.Kertas Kerja Ms 3

d.Kertas Kerja Ms 4

e.Kertas Kerja Ms 5



Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 16, 2009

Utusan Malaysia Mula Berkempen Untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS

Nampaknya Utusan Malaysia telah menyatakan calon idaman kalbu mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Melalui artikel mereka yang bertajuk ”Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan

Nampaknya Utusan Malaysia telah menyatakan calon idaman kalbu mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Melalui artikel mereka yang bertajuk ”Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan”

Utusan Malaysia telah bersungguh-sungguh berkempen untuk calon idaman hati mereka.

Punyalah UTusan bersemangat berkempen sehinggakan mereka telah tersilap kira jumlah.

Mereka kata penyandang sekarang mendapat 60% pencalonan. Manakala Husam dan Abg Mat mendapat 20% masing2. Dan Ustaz Azizan akan mendapat 5%.

Kalau kita congak 60%+20%+20%+5% = 105%. Itu saya rasa tak masuk pencalonan untuk calon2 lain, misalnya Selayang telah mencalonkan Dr Harun Din.

Jadi tidak mungkin calon penyandang boleh mendapat pencalonan hampir dengan 60%. Tidak mungkin sama sekali. Namun oleh kerana Utusan Malaysia mahukan calon mereka memenangi pemilihan ini, maka jumlah ini diada-adakan.

Begitulah betapa bersemangatnya Utusan Malaysia mahu memenangkan calon mereka. Sehingga mereka tak sedar mereka melakukan kesilapan matematik yang begitu mudah. Ataupun, si Saifulizam Mohammad ini adalah produk dari generasi pelajar yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Juga, dari maklumat ini, sesiapa yang mempunyai ilmu matematik akan membuat andaian bhawa pencalonan untuk penyandang jawatan ini adalah berhampiran 50%.

Punyalah bersemangat sokongan Utusan Malaysia kepada calon idaman kalbu mereka ini.

Utusan Malaysia juga berkempen lagi dengan berkata:

‘‘Dengan kata lain mereka tidak mahu puak Erdogan iaitu sekumpulan pemimpin Pas yang mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.

‘‘Tidak dinafikan Husam kelihatan bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi malangnya hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang mencalonkan beliau,’’ kata sumber itu lagi.”


Di sini jelaslah siapa yang disukai dan siapa yang dibenci oleh Utusan Malaysia. Suka = Penyangang jawatan sekarang. Tak Suka = Yang melawannya nanti.
Tak timbul soal penyokong Anwar atau tidak. Adakah ini juga bermakna bahawa mereka yang menantang kumpulan ”Erdogan” ini nanti adalah pro UMNO?
Dilihat dari tahap sokongan Utusan Malaysia, maka bolehlah disimpulkan bahawa perlawasan dalam pemilihan PAS nanti adalah antara kumpulan ”Erdogan” dan kumpulan ”Najiban”.

Tulang Besi


Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan apabila mendapat pencalonan hampir 60 peratus.
Sementara itu, calon saingannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu masing-masing menerima 20 peratus pencalonan dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kurang 5 peratus).
Menurut sumber, hasil pencalonan yang diperoleh Nasharuddin jelas menunjukkan sebahagian besar perwakilan mahu Pas diterajui oleh kepimpinan ulama.
‘‘Seperti mana yang dijangka kebanyakan kawasan yang membuat pencalonan tidak akan terkeluar daripada tradisi kepimpinan yang diamalkan Pas sejak 1982 iaitu kepimpinan berasaskan ulama.
‘‘Berdasarkan keputusan yang dibuat ketika muktamar pada tahun tersebut, Pas telah membuat ketetapan bahawa jawatan nombor satu dan nombor dua parti adalah di kalangan ulama,’’ kata sumber itu di sini hari ini.
Semalam dalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu, Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden parti selepas memperoleh 129 pencalonan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak layak bertanding bagi jawatan itu pada muktamar tahunan Jun ini apabila gagal mendapat dua pencalonan.
Bagaimanapun bagi jawatan tertinggi seperti Timbalan Presiden, Naib pPresiden serta Ahli Jawatankuasa Pusat, Mustafa tidak memberi maklumat secara terperinci dan hanya sekadar memberitahu berlaku saingan sengit pada semua jawatan tersebut.
Dalam pada itu sumber itu berkata, kegagalan Husam menguasai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden merupakan petanda awal yang kebanyakan perwakilan menolak kepimpinannya.
Sumber itu berkata, perwakilan telah memberi mesej awal yang mereka tidak mahu Pas diterajui oleh kumpulan lain selain daripada ulama.
‘‘Dengan kata lain mereka tidak mahu puak Erdogan iaitu sekumpulan pemimpin Pas yang mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.
‘‘Tidak dinafikan Husam kelihatan bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi malangnya hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang mencalonkan beliau,’’ kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden itu diperolehi daripada kira-kira 130 kawasan yang berjaya menghantar pencalonan mengikut masa ditetapkan.




Read more!(Selanjutnya)

Friday, May 15, 2009

Kritikan Terhadap PAS dan KeAdilan

Saya nak juga bawa artikel ini supaya semua pihak dikritik sama rata terhadap kekalahan Barisan Alternatif 2004. Saya masih menyimpan luka di hati dan saya mahu mereka yang bertanggungjawab menyedari kesilapan mereka.

Dari segi PAS pula, sikap PAS tidak mengendahkan perasaan serta hati nurani parti komponen adalah amat dikesali. Tapi itu masih boleh dimaafkan. Yang tidak boleh dimaafkan adalah sikap keras kepala yang tidak mahu memahami hati nurani pengundi.

Terengganu meluluskan Enakmen Syariah/Hudud tanpa ada program penerangan yang komprehensif menyebabkan segala usaha murni PAS itu menjadi modal politik kepada UMNO secara percuma dengan bantuan Sisters in ISlam dan NGO yang sewaktu dengannya.

Penyebaran Dokumen Negara Islam tidak langsung membantu usaha PAS menyebarkan dakwah Islamiyyah. Dokumen yang terlampu nipis dan tidak menjawab apa-apa persoalan yang biasa orang persoalkan mengenai negara Islam.

Malahan saya terjumpa artikel tulisan seorang Yahudi yang menjadi pensyarah undang2 di Harvard yang menerangkan tentang Negara Islam 100x lebih baik dari dokumen yang dikeluarkan oleh PAS tersebut. Nama Yahudi tersebut ialah Noah Feldman dan beliau sampai berkata Islam menjadi hebat dan agung satu masa dahulu kerana adanya undang-undang syariah/hudud. Tanpa undang-undang hudud, maka ISlam tidak akan menjadi hebat dan agung serta tidak mampu membina empayar selama 1400 tahun.

Hanya kerana seseorang itu kelulusan agama tidak bermakna beliau mengerti bagaimana hendak menyampaikan agama kepada umum.

Adalah lebih menguntungkan Islam sekiranya PAS pada masa itu menyebarkan dokumen berkenaan sikap Islam terhadap rasuah, nepotisma dan salah guna kuasa.

Saya ada terjumpa satu buku di sini mengumpul kesemua kisah-kisah dalam Islam berkaitan penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Misalnya, dinyatakan pada satu hari Saidina Umar Abdul Aziz teringin untuk makan epal lalu disuruh pembantu dia mencari epal. Pembantu keluar lantas kembali dengan sebiji epal dan memberitahu ianya adalah hadiah dari sepupu beliau. Dan tidak salah Khalifah menerima hadiah ini kerana Nabi SAW sendiri menolak sedekah tapi menerima hadiah. Lantas Saidina Umar Abdul Aziz menyuruh mengembalikan epal tersebut dan berkata "dahulu kalau orang memberi hadiah kepada Nabi, ianya benar2 hadiah. Tapi sekarang ini kalau memberi hadiah ianya adalah bentuk suapan".

Dibawah ini adalah artikel yang saya nukil dari blog MatsamanKati untuk tatapan dan renungan kita:

Kritik dan teguran
May 14th, 2009 | By webmaster | Category: Isi I, Mat Saman Kati

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas.Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.

“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.

Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.

DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

Suka saya ingatkan sepanjang pengajian saya mengenai Islam, tiada yang boleh dikatakan maksum dalam agama kecuali Nabi SAW



Read more!(Selanjutnya)

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Pemuda PAS Bakal Dapat Ketua Yang Pro Muqabalah/Muzakarah

Dari tulisan2 beliau di dalam blog beliau, saya mendapati bahawa beliau adalah seorang yang sangat pro dan condong kepada idea Muqabalah/Muzakarah. Saya juga mendapati beliau begitu mempromosikan idea "kepimpinan ulama". Beliau juga banyak mempersoalkan wala' sesetengah dalam PAS yang seperti lebih kepada orang luar dari kepimpinan PAS itu sendiri.

Malahan beliau lah yang begitu bersemangat mempromosikan tulisan Nik Abduh yang kononnya menuduh terdapat penasihat2 MB Kelantan yang menghasut sehingga Mursyidul Am menolak idea Kerajaan Perpaduan/Muqabalah.

Yang menjadi masalah adalah apabila bakal Ketua Pemuda PAS Pusat ini mengambil tampuk kepimpinan Pemuda PAS, sudah tentulah Ketua Pemuda PAS nanti akan berlaga dengan Mursyidul Am PAS Pusat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana mengikut kenyataan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini:

"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini. "


Apa yang saya nampak, sekiranya naik bakal ketua Pemuda ini, nescaya akan berlaku konflik yang lebih parah di antara Pemuda PAS Pusat dengan Mursyidul Am. Ini kerana bakal ketua pemuda ini belum naik ke takhta sudah pun bersikap bertentangan secara total dengan Tok Guru Nik Aziz.

Di blog beliau sendiri kritikan terhadap beliau begitu hebat sehingga beliau tidak lagi mengizinkan komen2 dari "anonymous". Hanya mereka yang mempunyai Google ID dibenarkan memberi komen.

Pun begitu, komen saya di blog beliau ada yang dibuang. Misalnya, saya pernah bertanya kepada beliau:

a. Adakah ulama-ulama dalam PAS ini keseluruhannya Maksum?

b. Sekiranya ulama-ulama dalam PAS ini tidak maksum, adakah ini bermakna ulama-ulama dalam PAS juga tidak lepas dari silap dan salah?

c. Kalau mereka tidak lepas dari silap dan salah, apa kelebihan mereka berbanding dengan mereka yang tidak berkelulusan agama?

d. Dan bukankah perkara ijtihadi itu memerlukan kefahaman "waqi" (realiti) yang mendalam. MAka, siapakah yang lebih memahami realiti, ulama atau professional?

Misalnya, siapakah yang mempunyai kefahaman yang leboh dalam berkenaan dengan keruntuhan sektor kewangan Amerika baru2 ini, ulama atau pakar ekonomi?

Mungkin jawapan yang diberikan adalah ulama tidak perlu memahami permasalahan itu. Namun, hakikatnya peristiwa itu telah menyebabkan ekonomi dunia menjadi perlahan atau meleset. Kesannya ialah berjuta-juta jiwa hilang sumber penbcarian dan berjuta-juta perniagaan menjadi bangkrap.

Dengan kata lain, peristiwa yang begitu besar impak kepada dunia ini tidak boleh ditolak dengan begitu mudah, lebih-lebih lagi mereka yang hendak menjadi pemimpin.
DAn peristiwa seperti "sub prime crisis" ini adalah salah satu dari beribu-ribu peristiwa dan fenomena yang mesti difahami dan diteliti oleh sesiapa yang mahu memimpin negeri atau negara.

Dalam hal ini, siapakah yang mampu memahami perkara2 ini? Mereka yang mengaji dan bekerja dalam bidang ini atau mereka yang tidak?

Tidak semestinya ulama, saya pernah lihat mereka berkelulusan doktor yang tidak mampu memahami fenomena ini.

Bagi saya, baiklah cari Ketua Pemuda yang boleh selari dengan Mursyidul Am, AJK PAS Pusat dan bahagian2 parti yang lain.

Carilah ketua yang mampu menyatukan pemuda dan bukannya pemimpin yang hanya akan mengeruhkan lagi suasana dalam parti.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...