Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Thursday, December 31, 2009

Minta Tok Guru Keluar Rumah Seperti yang Dibuat oleh Rasullullah SAW

Saya orang yang sayang dan mengagumi Tok Guru Nik Aziz. Semenjak saya mendengar ceramah Tok Guru berkenaan Memali dan naik bulu roma saya setiap kali saya mengingati ceramah beliau tersebut, saya memang terus menerus menjadi penyokong serta pendokong Tok Guru Nik Aziz.

Saya sendiri BANNYAAKKK belajar ilmu agama mahupun politik dari Tok Guru Nik Aziz. Sehingga hari ini saya masih lagi belajar segala selok belok ilmu politik yang telah diranjaui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Namun, saya mengakui Tok Guru Nik Aziz adalah seorang manusia dan oleh kerana itu, beliau juga mempunyai kelemahan. Dalam isu pemecatan Annual Bakhri Haron, maklumat yang saya dapat, bahawa dalang utamanya adalah dari kalangan ahli keluarga Tok Guru sendiri.

Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk “Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS.

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci oleh Nik Abduh ini. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Kita jangan lupa bahawa Nik Abduh adalah penyokong tegar gagasan Kerajaang Perpaduang. Dan beliau dengan jelas menyalahkan “pembantu-pembantu Ayahandanya” kerana mengagalkan usaha kerajaang Perpaduang tajaan Fraksi UMNO dalam PAS.

Hari ini puaslah hati Nik Abduh kerana orang yang beliau gelar sebagai penghasut telah pun terpecat dari jawatannya. Dapatlah Nik Abduh naik Honda Elyson beliau dengan senang hati kerana musuh beliau telah berjaya dikalahkan. Dapatlah beliau mengawal ayahandanya lagi sekali sehingga ayahandanya tidak akan menentang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Itu yang tidak semena-mena Mustafa Ali boleh keluar dan menyokong kenyataan Tok Guru Nik Aziz hari ni. Beliau sudah nampak fajar mula menyinsing agaknya. Satu-satunya halangan kepada “Perpaduang” telah berjaya di neutralisasikan. Keluarga Tok Guru akan menjadi pembantu utama kepada usaha membawa PAS kepada UMNO seperti yang dirancang oleh Task Force 2010 sebelum ini.

Nik Amalina juga tidak kurang handalnya. Berkokok dalam blog kononnya suami nya dizalimi dan dinista oleh salah seorang anggota exco. PAdahal bukti salah laku suami nya telah terdedah kepada umum dan tiada siapa yang berani mempertahankan tindakan suaminya lagi.

Maka pada hari ini puas hatilah kamu wahai Nik Amalina. Tapi kamu harus waspada akan amaran Nabi SAW:

“Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi”.

Sekiranya terdetik sahaja di hati orang yang dipecat itu bahawa beliau dizalimi, tunggulah kamu akan balasan dari Allah SWT. Kamu ingat PAS ini wujud supaya kamu dan suami kamu boleh hidup senang lenang dan boleh melakukan apa sahaja termasuk menzalimi peniaga-peniaga yang bakal berniaga di bazaar Tok Guru? Kamu siapa Nik Amalina? Nabi, Rasul, Malaikat?

Iye, kelemahan Tok Guru di masa ini adalah keluarga beliau. Untuk itu saya memohon kepada TOk Guru Nik Aziz supaya mengingati kembali peristiwa yang pernah menimpa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW seperti yang saya nukil dari blog Al Bakistani di bawah.

Betapa Rasul SAW telah MENOLAK sama sekali tuntutan isteri-isteri beliau untuk menambah kadar nafkah kerana Rasul SAW tahu itu bakal mendatangkan fitnah kepada beliau dan juga kepada Islam sendiri. Tindakan Nabi SAW telah menyelamatkan bukan sahaja imej Rasulullah SAW tetapi juga menyelamatkan imej Islam.

Sehingga peristiwa itu telah menyebabkan turun ayat di bawah:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar”

(Surah Al-Ahzab : 28-29)”


Bagi saya yang kerdil ini, ujian yang menimpa Rasul SAW itu sedang menimpa Tok Guru Nik Aziz sendiri. Ujian keluarga terhadap perjuangan Islam adalah ujian yang paling getir. Dan untuk itu saya yang kerdil ini meminta Tok Guru supaya mengikuti kaedah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, yakni Baginda telah keluar dari rumah Baginda dan mengasingkan diri dari isteri-isteri Baginda SAW selama beberapa waktu.

Sehinggalah isteri-isteri Baginda berjaya di disiplingkan. Langkah Baginda telah menyelamatkan Islam dan menyelamatkan imej Baginda sehingga hari ini.

Sepanjang yang diketahui umum, Annual Bakhri adalah kem TOK GURU. Beliau bukan kem Husam mahupun kem Taqi mahupun kem Nik Amar. Beliau memberi nasihat untuk menjaga imej TOk Guru supaya TOk Guru sentiasa dipandang mulia dan tinggi. Dan terbukti sehingga hari ini, Tok Guru dipandang mulia di sisi semua orang tidak mengira kaum atau rasa tau agama. Itu adalah kejayaan Annual Bakhri di dalam menjalankan tugas beliau sebagai penasihat.

Hanya Nik Abduh dan Fraksi UMNO sahaja marah kepada Annual Bakhri Haron kerana Annual Bakhri sering memberi nasihat yang mendedahkan penipuan serta silap mata Fraksi UMNO. Misalnya, dulu dia panggil muzakarah, lepas orang tolak, diorang tukar nama jadi Kerajaang Perpaduang pulak. Benda sama je.

Tapi, nampaknya Mustafa Ali sudah mula berjinak2 menyokong Tok Guru Nik Aziz. Bagi saya ini petanda yang Fraksi UMNO telah mula meraikan kejayaan mereka. Matlamat mereka kian hampir. Keluarga Tok Guru akan memainkan peranan penting mengendurkan tentangan Tok Guru terhadap usaha membawa PAS kepada UMNO.

Itulah yang saya dapat kongsi bersama Tok Guru Nik Aziz demi perjuangan Islam dan demi amanah perjuangan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Saya berharap sangat tulisan saya dibuktikan salah dan Tok Guru masih terus memimpin PAS serta Kelantan sehingga jatuhnya UMNO.

Namun ini semua adalah sebahagian dari perancangan UMNO yang akan berakhir dengan Tok Guru diminta oleh ahli keluarga beliau untuk bersara dari politik sama sekali. Kalau mengikut kenyataan Abu Bakar Chik sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, beliau telah menamakan Ustaz Halim Abdul Rahman sebagai PJ menggantikan Tok Guru Nik Aziz.

Kawan saya beritahu, selepas Tok Guru dipujuk bersara oleh ahli keluarga beliau, Ustaz Halim bakal bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil dalam Kawasan Pengkalan Chepa sebagai persediaan untuk menjadi MB. Itu kawan saya bagitau la. Tak tau betul ke tidak.

Bersiap sedia PAS untuk menjadi komponen Barisan Nasional dalam tahun ini. Itulah hala tuju yang kita nampak. MElainkan kita sempat buat EGM la dalam beberapa bulan ini.

Wallahualam Bissawab

Tulang Besi

ps kefahaman nik abduh berkenaan dengan UG ni amat berlainan dengan apa yang diterangkan oleh Nasaruddin Mat Isa. Di mana, Ustaz NAsa mengatakan Kerajaan Perpaduan diadakan supaya PAS masih dapat berbincang dan bercakap dengan UMNO. Sila dengar di sini.

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar”

(Surah Al-Ahzab : 28-29)

Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara, “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan[1]”


sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Disember 2009 * 5:37 petang

Read more!(Selanjutnya)

Tulang Besi Difitnah Lagi…Oleh Batu Api

Satu artikel dari Batu Api yang disiarkan oleh Laman Tranung Kite bertajuk “Gaji 6x Exco masih minta sedekah”, penulis telah membuat tuduhan sebegini:

“2. Minta sedekah. Beri akuan bank kepada pengujung, sedangkan Tulang Besi dah ada di Malaysia. Munafik. Berani munafik ini bersumpah dia tak ada di Malaysia semasa menulis? Saya cabar munafik ini bersumpah.”


Di bawah ini adalah gambar dari laman passport saya yang menunjukkan tarikh keluar dan masuk saya ke negara yang sedang saya duduki sekarang ini. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, wallahi, wabillahi, watallahi bahawa laman ini adalah dari passport milik saya:



Saya tak payah sumpah sebab saya ada bukti fizikal. Saya keluar pada 19 hb Disember 2009. Dan saya kembali semula pada 20 Disember 2009. Gambar di atas boleh dijadikan bukti dalam mahkamah dan dalam Akta Keterangan ia dikira sebagai bukti fizikal.


BATU API NI PRODUK TARBIYYAH PAS TERENGGANU DI MANA FITNAH ADALAH HALAL

Kalau kita baca artikel-artikel di Laman Tranung Kite sekitar selepas konvensyen ini, semua bercerita tentang betapa blogger tidak harus memfitnah. Betapa kebenaran itu akan menjadi fitnah (rujuk tulisan Songkok Putih bertajuk Konvensyen Blogger. Fitnah yang Benar .

Rupanya semuanya cakap-cakap kosong. Semuanya menampakkan sikap kemunafikan mereka sendiri betapa mereka menyuruh orang lain jangan memfitnah. Rupanya mereka sendiri penjaja fitnah nombor wahid.

Inilah dia bukti betapa rosaknya tarbiyyah puak-puak PAS Terengganu dan puak-puak penyokong “kerajaang Perpaduang” ni. Bagi mereka benda haram dah jadi halal. Fitnah bagi bloggers hukumnya haram, tapi bagi mereka dah jadi halal.

Saudara sekelian, jangan lah tertipu dengan nasihat-nasihat baik serta cakap-cakap “agama” mereka berkenaan akhlak la, wala’ la, kena hormat menghormati dsbnya.

Semua tu adalah cakap luaran sahaja. Di dalam, mereka ini tiada beza dengan UMNO. Mereka berperangai lebih teruk dari UMNO kerana mereka menggunakan agama untuk menaikkan imej mereka.

Dengan kata lain, mereka menggunakan agama untuk membina popularity mereka supaya ahli2 dan penyokong2 PAS dapat ditipu dengan propaganda mereka. Padahal mereka sendiri bebas melanggar apa sahaja hukum yang wujud dalam Islam. Ni adalah bukti paling jelas.

BATU API TAK BERANI SUMPAH, TUDUH SAYA JADI SAIFUL BUKHARI

Batu Api ni bengap. Tak tau undang-undang. Wala’ terlebih sampai otak dia dah jadi sayur. Dalam kes Saiful Bukhari, sumpah dia sumpah bohong. Kenapa? Kerana ada bukti FIZIKAL yang menunjukkan dia tidak pernah diliwat.

Dalam kes saya, apa bukti fizikal yang menunjukkan saya menentang Hasan Ali kerana permohonan saya ditolak? Sila bawa wahai Batu Api. Berhenti menunjukkan kebodohan kamu itu. Saya cabar Batu Api dan keseluruhan Pemuda PAS Terengganu.

Maklumat saya dapat dari Dungun, si Batu Api ni adalah orang kanan Azman Shafawi. Tinggal di Kampung Pak Sabah. Dia ingat saya tak kenal orang2 kuat PAS di Kampung Pak Sabah tu. Dia tak tau saya pernah rapat dengan orang-orang PAS Kampung Pak Sabah. Sila nafikan maklumat saya ini, wahai Batu Api

Sebagai penutup, inilah bukti bahawa puak2 PAS Terengganu ni pembohong. Hari tu, saya dah bukti admin Tranung Kite juga seorang pembohong dan pengkhianat janji. Saya bawa bukti fizikal lagi. Tak payah sumpah2.

Marilah kita semua jangan jadi mangsa penipuan puak2 ni.Mereka menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit dan kenegerian mereka.

Saya akhiri tulisan saya dengan ayat Ali Imran 3:53:

"..Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang"

Tulang Besi

ps Duit yang diderma oleh penderma2 sekelian kepada saya, saya bercadang untuk memberikannya kembali kepada bloggers2 yang ramai sedang menghadapi masaalah kewangan. Inshaalah ianya telah berjalan.

ps di bawah adalah salah satu komen di bawah artikel ini yang batu api tak berani jawab pun:
Re: Gaji 6 X Exco masih minta sedekah (Score: 1)
Oleh hidayat_nurwahid on Sunday, December 20 @ 20:26:14 PST
(User Info | Send a Message)
batu api oh batu api , cabaran saya dalam artikel lepas belum jawab lagi .. sekarang dah merapu macam orang isim
1) apa salahnya mitok sumbangan , kalau beri dapat pahala .. doh beri lepastu ungkit pulok , sape munafik sebenornya ??
2) tulang besi sapa kemalaysia pukul 10 sabtu malam ahad , mung reka cipta kata hari jumaat ada malaysia doh .. sila tujukkan bukti tulang besi ada sini doh waktu posting artikel . jangan main berok jer
3) pende ke masalohnya kalu dia gi ketaman melewar ?? rumoh mung kesitu sapa orang lain dok leh gi .. nok pakai baju warna pende pun , pende kena ngena dengan mung ?? kalu dia nakut dia dok gi pulok situ ..
4) molek ah mung tunjuk gambar tulang besi , boleh lah posting gambar batu api pulok .. kita pun ada gambor boh .. kite pun tahu jugok sape batu - api ..
5) taubatlah batu - api .. berhentilah sebor dakyah bengongmu tu
.

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 30, 2009

Bapa Ronnie Liu Penyokong dan Pengundi PAS di Pahang

Hasil dari kempen beberapa kepimpinan PAS di Sleangor, maka nama Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.
Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Ulama Indonesia Mengharamkan Gosip2 Artis (Infotainment)

Diberitakan dari Indonesia:

Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama, Hasyim Muzadi menyatakan tayangan infotainment gosip bersifat ghibah (pergunjingan), hukumnya haram. Fatwa tersebut menurutnya sudah diputuskan berdasarkan hasil Musyawarah Alim Ulama NU di Surabaya, Juli 2006 lalu..


Di Indonesia, terdapat satu jenis hiburan yang dipanggil “infotaimen”. Ianya adalah rancangan2 di TV yang memaparkan gossip2 serta kesah-kesah pribadi dan kehidupan para artis. Biasanya kandungan laporan tersebut samada benar ataupun berasaskan khabar angin semata-mata.
Maka, fatwa Nahdatul Ulama itu adalah sangat-sangat difahami dan dialu-alukan. Ianya wajib dibawa ke Malaysia untuk diamalkan. Walau sebagaimana jelek kehidupan artis itu, ianya tidak sepatutnya dijadikan bahan hebahan umum.

Ini kerana kejelekan perangai para artis itu sekiranya dihebahkan bakal dijadikan ikutan serta contoh tauladan oleh masyarakat umum yang jahil dan lemah pegangan agama mereka. Ini adalah salah satu perancangan Barat untuk menghancurkan Islam. Berapa ramai belia dan beliawanis kita yang berpakaian serta berkelakuan seperti tauladan yang ditunjukkan oleh artis-artis kesayangan mereka?

Juga, sememangnya definasi “Al Ghibah”(mengumpat) adalah aib serta kelemahan seseorang yang tidak diketahui umum. Sebagai contoh, sekiranya seorang saudara kita itu minum arak, tetapi ia dilakukan dalam keadaan tertutup, maka haram bagi kita menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai.
Namun, sekiranya saudara kita itu meminum arak di khalayak ramai, maka selepas itu menceritakan tentangnya tidak lagi merupakan mengumpat (Al Ghibah). Begitulah juga kehidupan pribadi para artis. Selagi kejelekan serta aib para artis itu masih tertutup dan tidak diketahui ramai, maka HARAM hukumnya kita menceritakan kepada rakyat umum.

Maka, inilah asas kepada pengharaman “infotaimen” ataupun dalam bahasa kita di Malaysia, “Gossip Artis”. Secara mudahnya, pengharaman “gossip artis” ini diasaskan kepada beberapa sebab yang cukup baik:

1.0 Supaya kejelekan serta kebobrokan kehidupan artis tidak dijadikan contoh tauladan oleh majoriti umat Islam. Contoh tauladan pada umat Islam adalah para ulama, para pemimpin yang soleh, para politikus yang amanah, para intellek yang mahir dalam ilmu mereka. Bukan artis. Artis hanya menghibur bukan menunjukkan bagaimana hendak menjalani kehidupan sehari-hari.
2.0 Supaya para artis dijamin kehidupan pribadi mereka dan menjamin hidup mereka terjamin dari segi kerahsiaan dan privasi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat umum
.

KESAH MAWI DAN INA – CONTOH KEHINAAN MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA

Saya kata betapa hinanya orang Melayu di Malaysia pada masa itu. Kenapa kita orang Melayu nak sibuk mengapa Mawi dan Ina putus tunang? Mengapa peristiwa itu harus diadakan satu sessi program sejam dalam bentuk temuramah?

Saya cuba untuk menonton temuramah Mawi dan Ina tersebut dan saya dapat nampak Mawi tidak berapa selesa dalam temuramah tersebut. Jelas, Mawi terpaksa mengadakan temuramah tersebut atas dasar mengikut kontrak beliau. Saya tak dapat menonton lebih dari 5 minit. Penghabisan sekali saya tukar channel dan menonton “Discovery Channel” yang lebih berfakta dan membina minda.

Saya tak faham apasal orang Melayu sibuk sangat pasal kehidupan pribadi Mawi? Dia nak putus tunang ke, dia nak bercerai ke itu antara dia, keluarga dia, keluarga Syikin dan Syikin sendiri. Mengapa perlu disensasikan? Hanya kerana beliau sebagai artis maka segala dalam kain beliau harus dikeluarkan?

Minda orang Melayu telah dirosakkan dengan budaya gossip artis. Kehidupan pribadi artis disensasikan dan menjadi bahan bualan orang Melayu sepanjang hari. Hasilnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terkebelakang dari segi pembangunan dan kemajuan dunia.

Mengapa tokoh2 Melayu yang berjaya dalam berbagai bidang professional dan intelek tidak diagungkan oleh orang MElayu? Mengapa hanya artis yang menjadi keagungan orang Melayu? MAcamana orang Melayu nak jadi hebat?

Zaman sahabat dahulu, para hero mereka adalah Nabi SAW dan para Anbiyya. Tidak heranlah para Sahabat dapat menjatuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas tertubuhnya Negara Madinah.

SALAH SATU KEJAYAAN UMNO

Penghabisan sekali, inilah kejayaan utama UMNO yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis.

Ulama dikeji, artis dijunjung. Itulah kejayaan UMNO paling besar. Selama UMNO memerintah, ulama dikesampingkan, dibunuh, difitnah, dinista, dikeji, diketepikan dan segala yang keji yang boleh dilakukan kepada manusia telah dilakukan oleh UMNO kepada para ulama.

Manakala para artis diberikan status yang cukup tinggi di minda orang Melayu. Segala cerita dalam kain para artis hendak dijadikan pengetahuan umum.

Oleh sebab itu, demi membersihkan pengaruh dan kesan tarbiyyah UMNO ini, maka Malaysia perlu menerima serta melaksanakan fatwa Nahdatul Ulama ini secara menyeluruh.

Biarkan para artis hidup dengan cara hidup mereka. Kita umat Islam dan umat Melayu tak perlu sibuk menjaga tepi kain para artis. Kita ada kerja yang lebih besar, yakni membersihkan Malaysia dari pengaruh anti Islam dan anti Melayu UMNO.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 28, 2009

UMNO Jadi Pengkhianat Islam dan Melayu. Masihkah PAS Mahu Mempercayai Mereka?

Pertama sekali, UMNO adalah pengkhianat kepada Melayu. Semenjak Merdeka 1957, UMNO tidak memulakan apa-apa langkah membantu Melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Hanya setelah orang Melayu menolak UMNO pada tahun 1969, barulah terhegeh-hegeh UMNO melaksanakan program yang dipersetujui oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

Hasil perlaksanaan keputusan KEB 1 dan 2 ( atau lebih dikenali sebagai DEB) maka terangkatlah majoriti orang Melayu dari paras miskin tegar. Namun, DEB kemudiannya digunakan untuk mengkayakan elit Melayu dan UMNOPUTRA menyebabkan objektif DEB yang utama ( ekuiti bumiputra 33.33%) sampai sekarang tidak di capai. Data terakhir yang saya tengok, ekuiti Bumi tersekat di paras 17% dan itu pun majoritinya terletak dalam tangan badan-badan berkanun. Adapun ekuiti dalam tangan melayu persendirian tidak lebih dari 7%.

UMNO wajib menjawab, mengapa bagi Rancangan Malaysia Ke Lapan, hanya 20% perbelanjaan kerajaan pergi pada orang atau syarikat Bumiputra sedangkan yang lain itu pergi kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputra? Sedangkan wang RMK-8 adalah wang kerajaan yang mana ketua Kerajaan adalah UMNO. Keputusan perbelanjaan dibuat oleh UMNO dan bukannya oleh taikoon Cina. Mengapa majoriti perbelanjaan RMK8 pergi kepada syarikat Bukan Bumiputra? (Nak tengok bukti, sila rujuk kepada kertas kerja yang disediakan oleh Effendi Nawawi).

Kita juga jangan lupa siapa yang lepaskan Singapura. Bukankah UMNO yang melepaskan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Padahal pada waktu mereka melepaskan Singapura, mereka telahpun meng “ISA” kan raaammaaaiii pimpinan-pimpinan PAS i.e. Dr Burhanuddin Helmi, Prof Dzulkifli Muhammad, Pak Nik Lah dsbnya. Tapi pemimpin-pemimpin masa tu bachul tak berani nak tangkap Lee Kuan Yew bawah ISA. Sedangkan PAP ni adalah parti komponen Perikatan.

Juga selepas penubuhan UMNO, mereka telah menjalankan polisi ekonomi penjajah bagi memudahkan penjajah meneruskan rompakan harta kekayaan tanah air kita tanpa halangan.Hasilnya menyebabkan orang Melayu mengamuk dan menolak UMNO pada 1969. Barulah UMNO terhegeh2 nak laksanakan keputusan Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

UMNO Khianati Islam


Dari penubuhan UMNO sendiri UMNO telah menjalankan program “Loteri UMNO”. Itu jelas satu penghinaan kepada Islam dan UMNO dengan senang hati melakukannya.

UMNO juga menaja polisi mengizinkan arak dijual untuk keuntungan seperti yang berlaku sekarang ini di Malaysia. Sedangkan di negeri2 Scandinavia, yang mana tiada peruntukan Islam-Sebagai-Agama-Rasmi dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk keuntungan. Hanya sekardar mengisi keperluan domestik. Tapi UMNO siap lantik orang Melayu sebagai Lembaga Pengarah syarikat2 Arak ini. Jelas UMNO adalah munafik.

Juga, UMNO penghalang kepada perlaksaan syariat Islam yang utama di Malaysia. Kalau lah tidak disebabkan mahkamah2 syariah di Malaysia ditubuhkan sebelum Merdeka, nescaya Malaysia sudah menjadi seperti Turki atau Indonesia sehingga nama Allah tidak boleh disebut dalam majlis-majlis rasmi.

Secara mudahnya, sila rujuk artikel saya di sini bagi mendapat maklumat yang lebih mendalam.

Secara mudahnya, UMNO memang pengkhianat kepada Islam kerana telah menghalalkan benda yang haram dan mengizinkan umat Islam di Malaysia bergelumang dengan benda maksiat. UMNO adalah sebab utama maksiat berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia.

Jadi, adakah PAS masih mahu memurahkan diri berselingkuh dan duduk satu kelambu dengan UMNO setelah begitu lama UMNO berjasa menghancurkan umat Islam dan Melayu?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, December 27, 2009

Cawangan Khawarij di Malaysia Adalah UMNO

Taktik biasa syaitan untuk mengaburi mata manusia supaya dia tidak dikenali adalah dengan menuduh orang lain sebagai syaitan. Dengan cara itu, manusia ramai tidak akan nampak syaitan yang sebenar tetapi melihat kepada orang yang dituduh syaitan sebagai syaitan. Akhirnya, identity syaitan terjaga dari diketahui ramai.
Taktik yang sama digunakan oleh UMNO. Dalam tahun 90’an, UMNO secara terbuka memfitnah PAS dengan mengatakan PAS adalah Khawarij. Sejak akhir-akhir ini percubaan memfitnah ini dihalakan kepada orang2 PAS yang anti kepada idea “Kerajaang Perpaduang”.

Sedar atau tidak, UMNO sudah berhenti kempen fitnah mereka terhadap PAS. Ini kerana mereka tidak mahu menaikkan kemarahan ahli-ahli PAS bagi memudahkan usaha mereka menarik PAS menyertai UMNO dalam satu koalisi.

UMNO LEBIH HAMPIR PADA KHAWARIJ DARI PAS

Sifat utama Khawarij adalah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Ini adalah berbuah dari kaedah tafsiran mereka ke atas Al Quran dan Hadeeth yang berasaskan kepada nafsu dan bukan kepada ilmu. Dengan kata lain, disebabkan Khawarij mentafsir Al Quran dan Hadeeth dengan nafsu, maka mereka akhirnya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.

Perangai menghalalkan apa yang haram ini adalah sifat semulajadi UMNO. Malahan, saya sudah menulis sebuah artikel sebelum ini menyenaraikan dosa-dosa besar yang telah di halal kan oleh UMNO selama kewujudan UMNO.

Misalnya:


a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).
.
Untuk membaca kembali artikel tersebut, sila klik di sini.

Segala benda haram yang telah dihalalkan UMNO ini membuktikan dengan jelas bahawa UMNO lebih rapat kepada Khawarij berbanding PAS atau sesiapa sahaja.

UMNO PERANGAI MACAM SYAITAN BILA TUDUH ORANG LAIN KHAWARIJ

Bukan sahaja UMNO ini cawangan Khawarij di Malaysia, mereka juga menunjukkan sifat dan perangai syaitan. Mereka tidak mahu orang tahu mereka ini “khawarij”, mereka menuduh PAS pula Khawarij.

Dalam blog saya, agen mereka yang menggunakan nama Grand Marquis cuba menjalankan jarum jahat UMNO ini. Si GM ini cuba untuk menuduh saya sebagai Khawarij. Sebagai contoh beliau menulis:

Saya lihat TB ni semakin menghampiri ciri-ciri khawarij. Saya bagi satu hadith tentang khawarij untuk para pembaca menilai sendiri apakah TB ni menepati ciri-ciri tersebut.

Abu Said al Khudri menceritakan bahwa Ali –sewaktu berada di Yaman-menghantarkan Dhahiibah dalam taribahnya kepada Rasulullah. Barang tersebut dibagi-bagikan rasulullah kepada : Aqra’ bin Habis al Handzali, dan Aynah bin Badr al Fazari, Alqamah bin Alasah al Amiri, dan salah seorang daripada Bani Kilab, dan Zaid al Khair al Thai, dan salah seorang Bani Nabhan. Pembahagian itu membuat kaum Qurasiy dan Anshar merasa tidak senang sehingga berkata : Ya Rasulullah, baginda telah memberikannya kepada kelompok Askar daripada Najad dan meninggalkan kami ”. Rasulullah menjawab: ”Aku berbuat demikian, semata-mata untuk menjinakkan hati mereka. ” Abu Said melanjutkan: Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang buta, lebar dahinya, lebat janggutnya, gundul kepalanya berkata: ”Ya Muhammad, bertakwalah kamu kepada Allah”. Baginda berkata : ”Siapakah lagi yang akan taat kepada Allah jika aku tidak taat kepadaNya. Dia (Allah) telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjaga bumi ini, mengapa engkau tidak percaya kepadaku ?..Abu said melanjutkan: ”selanjutnya seorang lelaki –menurut sebagian riwayat Khalid bin Walid-telah meminta izin kepada Nabi untuk membunuh lelaki tersebut tetapi baginda melarangnya. Setelah lelaki itu pergi rasulullah saw bersabda : ”Sesungguhnya dari keturunan lelaki ini nanti akan muncul sebuah kaum yang membaca Al-Quran teapi ia tidak melepasi pangkal tengkorak mereka. Mereka mmecah Islam sebagaimana keluarnya ank panah dari busurnya. Mereka membunuh umat Islam dan membiarkan umat penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka, niscaya aku akan memerangi mereka seperti yang menimpa kaum Ad. ” (Sahih Bukhari/3344; Sahih Muslim/2451).
.

Tapi pada waktu yang sama beliau mendedahkan kebodohan beliau berkenaan Khawarij apabila beliau berkata:

“Ketahuilah Uthman r.a. dan Ali r.a. telah dibunuh oleh golongan ini.”


Sewaktu Saidina Uthman dibunuh, Khawarij masih belum wujud lagi. Khawarij ni wujud lepas peperangan Siffin.

Dan saya terkejut dia boleh nukil hadeeth berkenaan dengan pembunuhan umat Islam sedangkan yang membunuh umat Islam di Malaysia adalah UMNO. Adakah GM lupa pada peristiwa berdarah Memali/Ustaz Ibrahim Libya? Bukankah semua kuil dan rumah ibadah di Selangor sekarang ini dibina waktu UMNO memerintah?

Inilah dia contoh perangai syaitan. Grand Marquis ni sanggup menggunakan hadeeth Nabi SAW untuk menyokong ideology kuffar dan syirik beliau demi meneruskan agenda UMNO untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.

Sebagai penutup, saya teringat nasihat seorang kawan saya yang bekas UMNO:

Orang UMNO ni, kalau mereka kata Tuhan itu Satu pun kita jangan percaya. Bukan sebab apa yang dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu orang UMNO
.

Tulang Besi

ps di bawah adalah artikel yang saya nukil dari blog saya.

Senarai Dosa-Dosa Besar yang Dihalalkan UMNO
Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.


c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

h. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

i. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Saturday, December 26, 2009

DAP Membantu Menyelesaikan Massalah Murtad dan Sosial di Selangor

Sebelum ini masalaah social dan masaalah murtad di Selangor sukar untuk diselesaikan kerana dakwah ditekan dan tidak digalakkan oleh UMNO. Mereka mengadakan sistem tauliah untuk memastikan dakwah islamiyyah dihalang dan dihadkan kebebasan.
Namun, sekarang ini, di bawah pemerintahan DAP di Selangor, dakwah Islamiyyah sudah tidak dihadkan lagi. Pendakwah-pendakwah dari seluruh Malaysia turun ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah secara bebas tanpa halangan.
Kalau kita terus duduk bawah UMNO alamat semakin ramailah bohsia, anak kena buang, arak, judi, pelacuran dan sebagainya. Sudahlah benda buruk UMNO tak cegah. Bila ada orang mahu menyampai dakwah Islamiyyah, orang itu ditangkap dan ditindas. Masjid-masjid ditukar dirampas dengan kejam serta pendakwah difitnah sewenang-wenangnya.
Sepatutnya PAS Selangor memikirkan bagaimana hendak menggunakan ruang yang luas untuk dakwah ini bagi mengembalikan umat Islam Selangor kepada Islam yang sebenar.

Gunakan segala ruang yang ada demi menyelamatkan umat Islam Selangor dari kesesatan UMNO.

Tapi apa sangat dakwah yang dilakukan oleh PAS Selangor sepanjang pemerintahan DAP ini? Dakwah yang berlaku sekarang ni ertinya adalah hasil dari sikap DAP yang terbuka kepada dakwah Islamiyyah. Hasilnya seluruh pendakwah dari seluruh negara berkampung di Selangor dan membetulkan masyarakat Selangor.

Kita nak tau apa program yang dilakukan Pemuda PAS Selangor untuk berdakwah kepada belia Selangor, apa usaha Dewan Muslimat Selangor untuk berdakwah kepada kaum Ibu di Selangor, apa usaha Nisa Selangor bagi berdakwah kepada belia wanita di Selangor.

Sudah dua tahun DAP memerintah, tiada satu pun program yang jelas dari semua Dewan2 PAS di Selangor ini. Yang kita dengar hanya serangan membabi buta kepada DAP oleh kepimpinan PAS Negeri. Sehingga ada kepimpinan negeri yang menyuruh PAS keluar Pakatan Rakyat.

Dakwah Islamiyyah sedang marak dan subur di Selangor sekarang ini hasil dari polisi DAP yang terbuka terhadap dakwah Islamiyyah. Kalau islam gagal disampaikan kepada masyarakat Selangor, ia adalah kegagalan PAS sendiri menyampaikan dakwah Islamiyyah walaupun peluang sedang terbuka luas untuk PAS melakukannya.

DESAKAN UMNO MAHU PAS SELANGOR KELUAR PAKATAN RAKYAT

UMNO membuat desakan sebegitu kerana mereka melihat terdapa ramai “kawan” mereka dalam Perhubungan PAS Selangor.(Seperti dilaporkan oleh Harakahdaily di sini)

Jadi, mereka merasakan PAS Selangor lebih layak duduk dengan UMNO Selangor berbanding dengan duduk dalam Pakatan Rakyat.

Saya rasa biarlah Hasan Ali dan kuncu-kuncunya menyertai UMNO kembali. Duduk dalam PAS pun hanya sebagai duri dalam daging buat apa.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, December 25, 2009

DEB Gagal Sebab UMNO, Bukan Sebab Orang Cina

Faktor utama kegagalan DEB diterangkan sendiri oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty DK dalam salah satu kenyataan beliau:

“The NEP, it must be iterated, was not concerned with making all the bumiputeras earn equally, or share equally, the wealth distributed amongst them. …The intention of the NEP was to create in the bumiputera community the same division of labour and rewards as was found in the non-bumiputera communities, particularly the Chinese. … The equitableness was not to be between individuals, but between communities” (Mahathir Mohamad, 1998, The Way Forward, London: Weidenfeld & Nicolson.pp. 33-34).

Terjemahan: DEB, dan ini mesti ditekankan, tidak pernah mengambil kesah untuk memastikan kesemua Bumiputera mendapat pendapatan yang setara antara sesame Bumiputera ataupun kekayaan yang dibahagikan dengan adil di kalangan mereka.

Tujuan sebenar DEB adalah untuk mencipta “division of labor and rewards” seperti mana yang terdapat dalam bangsa-bangsa bukan Bumiputra di Malaysia terutamanya berbanding dengan kaum Cina.

Kesaksamaan dari segi pembahagian kekayaan di kalangan orang Melayu bukan jadi tujuan utama DEB tapi, lebih kepada kesaksamaan pembahagian kekayan antara kaum.


Secara mudahnya, Dr Mahathir mengaku dengan ikhlas bahawa DEB bukan program untuk mengkayakan orang Melayu tetapi untuk mengkayakan ELIT MELAYU.

Itulah sebabnya selepas 30 tahun, DEB telah menemui kegagalan yang amat nyata. Segala wang kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi serta pegangan ekuiti orang Melayu hanya berlegar di kalangan UMNOPUTRA dan elit Melayu semata-mata.

Sepatutnya UMNO dihukum atas kegagalan DEB bukannya diberikan lagi kuasa pemerintahan di atas kegagalan mereka. Tapi, nak buat macamana, orang Melayu ni pemaaf tak bertempat.

PENGALAMAN BERBORAK DENGAN DRIVER TEKSI PULAU PINANG

Beberapa bulan yang lepas saya menghadziri perkahwinan adik saya di Pulau Pinang. Dari bandara, saya mengambil teksi ke hotel tempat rombongan lelaki menginap.

Dalam perjalanan saya berborak dengan driver teksi yang kebetulan anak jati Pulau Pinang. Saya bertanyakan berkenaan program tender terbuka untuk kontrak-kontrak kelas F di Pulau Pinang. Kesemua kontrak untuk Kelas F adalah untuk Bumiputra dan di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, arahan dikeluarkan untuk semua tender Kelas F dilakukan secara tender terbuka.

Terkejut saya apabila driver teksi itu memberitahu bahawa semenjak polisi baru ini, kawan-kawan driver teksi beliau pertama kali dalam sejarah mendapat kontrak Kelas F dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau tambah lagi, bahawa kalau dulu, kontrak-kontrak ini akan disapu bersih oleh kroni-kroni UMNO (atau lebih dikenali sebagai kontraktor2 OKU).

Tapi, sekarang ini orang seperti beliau berpeluang untuk mendapat pendapat lebih sekitar RM3k-4k sebulan dengan kontrak-kontrak Kelas F yang terbuka kepada umum.

Bagi saya, inilah dia DEB sebenar dan kita melihat DEB sedang berjalan dengan baik di bawah DAP. Jelas kepada kita, selagi UMNO memerintah, DEB akan terus gagal kerana DEB pada kita tidak serupa dengan DEB yang difahami UMNO

DEFINASI DEB YANG KITA FAHAM BERLAINAN DENGAN DEFINASI DEB YANG DIFAHAMI UMNO

Bagi UMNO, DEB bererti program mengkayakan UMNO Putra dan elit Melayu. Orang kebanyakan di kalangan Melayu sebenarnya tidak berapa layak untuk mendapat DEB.
Bagi orang Melayu biasa, DEB dianggap sebagai program membantu orang Melayu. Namun, tujuan asal dan murni itu sudah tidak wujud lagi. DEB sudah menjadi alat UMNO untuk mengkayakan kepimpinan dan elit-elit mereka.

Kenapa? Kerana DEB adalah sebenarnya hasil dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang telah diadakan pada tahun 1968. Di dalam Kongress tersebut telah dihadiri oleh melayu dari UMNO, PAS, PSRM, NGO, Akademik, kumpulan agama, kumpulan sekular Melayu dan melayu yang tidak berparti.

DEB bukan projek, dan bukan program yang berasal dari UMNO. UMNO tidak membuahkan idea-idea dan program-program yang terkandung dalam DEB. DEB berasal dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang diwakili oleh semua orang Melayu.

Dan, sekiranya tidak berlaku penolakan kepada UMNO pada tahun 1969, nescaya UMNO tidak akan mengimplementasi program DEB pun. Sebelum 1969, UMNO telah pun selesa dengan keadaan mereka yang meneruskan dasar ekonomi penjajah.
UMNO melaksanakan DEB demi survival politik mereka sahaja dan bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

Sebab itu kita lihat banyak program2 DEB telah dihapuskan UMNO i.e. biasiswa, Bank Bumiputra dsbnya. Yang tinggal hanyalah program pemilikan ekutiti dan projek kerajaan yang mana program-program ini akan diratah oleh UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu meninggalkan ramai orang Melayu kesusahan.

UMNO PARTI FEUDAL BUKAN PARTI MELAYU

Jadi tak heranlah DEB gagal. Ia bukan program UMNO. Ia adalah program yang dipaksa ke atas UMNO semata-mata.

Kerana UMNO terpaksa melaksanakan DEB, maka DEB diubah kepada program mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu selaras dengan ideologi feudal UMNO.
Sememangnya UMNO tidak kesah untuk memastikan kekayaan di kalangan orang Melayu dibahagikan dengan setara. Oleh kerana UMNO parti Feudal, maka tujuan asal DEB telah di “feudal” kan.

BAGI UMNO, KORUPSI ITULAH DEB

DEB adalah program yang mulia dan berasal dari pemikiran orang Melayu secara keseluruhan tidak kita fahaman politik dan keturunan.

Ia ikhlas bertujuan membantu orang Melayu untuk menjadi bangsa yang dihormati di tanah sendiri. Maka nya, perlaksanaan DEB mesti dilakukan dengan amanah dan cermat kerana kita harus ingat, bangsa lain juga berkorban untuk DEB ini.
Malangnya, DEB dilaksanakan oleh parti yang berfahaman feudal seperti UMNO yang menganggap tuan-tuan dalam masyarakat Melayu adalah seperti raja dan rakyat jelata Melayu keseluruhannya adalah hamba mereka.

Maka, jadilah program-program DEB dijadikan alat kepada mereka untuk menjadi kaya dan terlampau kaya. Majoriti orang Melayu hanya mendapat sisa-sisa yang dilontar oleh puak2 elit melayu ini.

Oleh sebab itu, walaupun sudah lebih 40 tahun DEB berjalan, majoriti Melayu di Malaysia akan keluar negara sekiranya diberi peluang. Perkara yang biasanya berlaku pada orang Cina dan India, sekarang ini menular kepada orang-orang Melayu.

UMNO masih seperti dulu. Menunggang DEB untuk mengkayakan kroni dan elit UMNO. Mereka berjaya meng “hijack” DEB dan memberikan DEB imej yang sangat buruk dan jijik.
Sedangkan DEB adalah program yang mulia lagi terpuji.

Demi untuk membersihkan nama DEB, maka orang Melayu WAAJIBBB menghumban UMNO dalam Laut CIna Selatan.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 24, 2009

UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil:

After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the
colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid
economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the
1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However,
despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.

Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as
indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi

Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.

Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi:

“The professional, technical, sales and managerial
jobs were predominantly held by the Chinese, while about three-quarter of the Malays
were agricultural workers mostly involved in small, subsistence farming and fishing
activities (Klitgaard and Katz, 1983: p. 335). Thus, not only were the Malays found to be poor, but also they were primarily associated with agriculture, a low productivity sector. On the other hand, the non-Malays were associated with mining,
manufacturing and construction, a high productivity sector.”














Jelas sepanjang 12 tahun pemerintahan UMNO itu, tiada usaha yang serius dari UMNO untuk membangunkan orang Melayu. Orang Melayu menunggu janji-janji UMNO seperti menunggu buah tak jatuh.

Macamana nak berharap pada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu berlagak lebih British dari British. Mereka tak perlu fikirkan pasal orang Melayu kerana mentality feudal mengajar mereka bahawa majoriti orang Melayu sepatutnya tunduk kepada tuan-tuan feudal mereka, yakni pemimpin-pemimpin UMNO.

Maka, apabila kemarahan orang Melayu memuncak, majoriti Melayu telah menolak UMNO dalam pilihanraya 1969. UMNO hilang 2/3 kerusi Parlimen dan hilang beberapa negeri. Dato’ Harun Idris sendiri berada dalam keadaan kritikal

Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO. Majlis Gerakan Negara ditubuhkan dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak, menjadi ketua MAGERAN. Tunku Abdul Rahman telah dipinggirkan dan tak lama dari itu Tunku letak jawatan.

Kesan Kekalahan 1969 Kepada UMNO

Kesan utama kekalahan mereka 1969 adalah UMNO mula menyedari orang Melayu boleh berfikir dan sudah mula keluar dari kepompong feudal. Maka, mereka terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengekalkan pemerintahan mereka dan mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Maka, langkah utama yang mereka ambil untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka adalah menubuhkan kerajaan bersama dengan PAS. PAS adalah alat utama UMNO di dalam mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Dan, kemasukan PAS juga adalah berdasarkan janji-janji Tun Razak untuk melaksanakan program-program yang membantu menaikkan taraf socio-ekonomi orang Melayu. Maka, masuklah PAS dalam kelambu UMNO.

Cumanya, lepas 3 tahun, apabila UMNO sudah 100% yakin tahap sokongan terhadap mereka telah kembali, maka diciptalah situasi yang telah menyebabkan PAS ditendang.

Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO

Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah:



















Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU). Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Maka, dari kontraktor2 OKU ini dapatlah kita hasil seperti ini:















dan ini:

















Boleh baca di sini.

Mereka yang tak layak terima kontrak dan projek tapi diberikan juga sebab koneksi mereka dengan UMNO. Semua kerana mahu mengkayakan UMNOPUTRA atau ELIT-ELIT MELAYU.

Kegagalan UMNO Yang Sepatutnya Telah Membunuh UMNO

UMNO ni sepatutnya dah mati lama dah. Selepas 1969 sepatutnya UMNO sudah kita kuburkan. Mereka adalah parti nasionalis sekular yang bertujuan untuk menjaga kepentingan tuan-tuan feudal Melayu serta meneruskan polisi serta program ekonomi penjajah British.

Tapi, PAS telah datang menyelamatkan UMNO dan memberi nafas baru kepada UMNO selepas 1969. Sedih saya.

Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO.

Nama kata nak bangunkan orang Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, moden, berwawasan jauh hanya boleh dilakukan kiranya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. Selagi kita duduk bawah UMNO, selagi itu kita hamba UMNOPUTRA.

Saya berharap Dr Mahathir membaca artikel saya ini dan memberi sokongan beliau kepada artikel saya.

Tulang Besi

ps Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun artikel tersebut dengan klik di sini.

ps saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.

ps Saya masih tak boleh lupa raut muka N. Gobalakrishnan bila saya bagitau dia yang pendapatan per kapita orang India di Malaysia lebih tinggi dari orang Melayu. Oleh sebab itu, dia kena belanja saya teh tarik




Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 23, 2009

Blog Telah Berjaya Mengagalkan Rancangan Menyatukan UMNO Dengan PAS


Dalam kehangatan Konvensyen Blogger PAS yang masih dirasai sampai hari ini, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen berkaitan dengan jasa blogger kepada perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman dan korupsi di Malaysia.

13 Mei DAN KERAJAAN CAMPURAN UMNO-PAS

UMNO sudah kalah selepas 2008. Mereka sudah tersungkur. Dan seperti tahun 1969, mereka kembali melutut kepada PAS untuk menyelamatkan mereka.
Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar. Ini kerana keadaaan ekonomi orang Melayu pada masa itu terhimpit bukan kerana bangsa Cina. Ia adalah kerana kelemahan UMNO.
Di waktu peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia mengalami peningkatan ekonomi yang amat baik. Ia kerana harga komoditi Getah dan Bijih Timah amat tinggi pada waktu itu. Ia menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang amat besar di Malaysia.
MALANGNYA, segala kekayaan di Malaysia pada masa itu masih berada dalam tangan penjajah Inggeris. Orang-orang Cina tampak seperti lebih kaya hanya kerena orang-orang Cina biasanya duduk di kawasan-kawasan bandar. Dan orang-orang Cina adalah bangsa yang kuat bekerja dan kuat berusaha.

Namun, kekayaan negara tidak dapat digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan melarat pada masa itu. Kerana kekayaan negara kita pada masa itu telah diangkut balik ke England oleh penjajah Inggeris.
Ini adalah rahsia yang UMNO tidak pernah beritahu kepada orang-orang Melayu pada masa itu. Selama selepas Merdeka, UMNO telah menjadi penjaga kepada kepentingan Inggeris di Malaysia serta memastikan penjajah Inggeris tidak dihalang dari merompak harta kekayaan negara kita ini.

Keputusan pilihanraya 1969 amat mengecewakan UMNO. UMNO hilang dua negeri (Selangor dan Perak) serta hampir hilang 2/3 di Parlimen. PAS boleh menang di Parlimen Parit melalui calonnya, Haji Hashim Gera (bapa kepada Setiausaha PKR sekarang ini, Dato Salehuddin Hashim). Biasanya, apabila berlaku undi protes dari orang Melayu, maka kerusi Parlimen Parit akan jatuh pada PAS. Itulah indicator saya.
UMNO menyedari orang-orang Melayu marah dengan mereka dan sanggup mengundi protes terhadap UMNO dalam pilihanraya 1969. Maka, peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah dari bangsa Cina yang tidak berdosa.

Hakikatnya orang Melayu melarat pada masa itu atas kelemahan UMNO yang menjadi agen British dan barua syarikat-syarikat British yang telah mengaut kekayaan negara ini. Tapi, dengan peristiwa 13 Mei 1969 pemerintahan UMNO berjaya diselamatkan.
Namun, untuk mengembalikan keyakinan orang MElayu pada UMNO, itu adalah satu tugas yang lebih rumit. Maka, pada suatu hari datanglah Arwah Tun Razak dengan helikopternya melawat Dato Asri di Kota Baru Kelantan.

Dan tidak berapa bulan selepas itu, tertubuhlah kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan dan seterusnya tertubuhlah Barisan Nasional. Iya, PAS adalah ahli pertama menganggotai Barisan Nasional.

Maka, setelah PAS menyelamatkan imej UMNO di kalangan orang Melayu, 3 tahun selepas penubuhan Barisan Nasional, situasi telah dicipta supaya PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Setelah madu habis dihisap, sepah pula dibuang. Itulah dia nasib PAS.

Alasan utama pembuangan PAS dari Barisan Nasional adalah apabila sebuah cawangan UMNO di Johor telah mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan tersebut dan menukar cawangan tersebut kepada cawangan PAS. Arwah Dato’ Asri berhujjah bahawa kalau tidak diizinkan ia berlaku, penduduk kampung tersebut mahu menubuhkan cawangan DAP.

Itu sahaja.

PAS, setelah ditendang, menjadi seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional selepas PAS ditendang. Program-program yang diperjuangkan PAS, biasiswa dsbnya, digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dengan kata lain, PAS telah berjasa besar menyelamatkan UMNO dari pupus. Hayat UMNO bersambung sampai hari ini di atas pengorbanan besar PAS selepas 1969.

BLOGGER MEMAIN PERANAN BESAR

Yang mula mendedahkan perbincangan dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO dengan pimpinan-pimpinan UMNO adalah blogger, bukan akhbar.
Ahli-ahli PAS mendapat tahu perselingkuhan ini melalui para blogger. Hasilnya, berlaku penolakan yang besar di kalangan ahli dan pimpinan-pimpinan peringkat pertengahan. Ia mengagalkan usaha pimpinan2 PAS yang pro-UMNO ini membawa PAS bersatu dengan UMNO.

Kalaulah pada 1969 dahulu ada blog, saya yakin PAS tidak akan masuk Barisan Nasional. Segala usaha perbincangan dan perselingkuhan berlaku dalam gelap.

Kata Ustaz Amaluddin Darus:

Amaluddin Darus telah membuat komentar tentang perjalanan PAS di zaman Kerajaan Campuran-kemudian Barisan Nasional dan selepasnya, antara lain beliau mencatat pada m/s 37-40:

Malangnya, perjuangan PAS bertambah merosot, dan setelah melalui suasana selepas pilihanraya 1969 yang diikuti dengan pengisytiharan darurat dan lahirnya Majlis Gerakan Negara, bermulalah pinang-meminang di antara UMNO dan PAS bagi maksud akan mengadakan kerajaan campuran.

Justera kerana istiadat pinang meminang ini dijalankan secara bisik-bisik di dalam dan di luar negeri, maka sekalipun saya pada masa itu (1972?) berkedudukan sebagai ahli Jawatankuasa Agung PAS, Namun secara resmi baru diberitahu yaitu apabila segala syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan Perikatan, dengan berselindung di sebalik kata-kata perpaduan dan persefahaman di antara Melayu dengan Melayu, yaitu antara PAS dengan UMNO.

Semuanya telah dirundingkan. Dato Mohd.Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Dato Asri, di Petaling Jaya.


Di waktu itu kalau sudah ada blog, nescaya perbincangan secara rahsia seperti ini dapat didedahkan awal dan percubaaan untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dapat dihalang. Seterusnya PAS akan berjaya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan menggantikan UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu dan Islam di Malaysia.
Ini kerana sejurus selepas PRU 2008, perbincangan dalam gelap telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang pro UMNO. Sama seperti selepas PRU 1969. Dan, takdir tuhan, perbicangan tersebut mula didedahkan oleh Al Fadhil Bakar Haq@ Penarik Beca.

Blog2 yang mulanya menjadi pendokong PAS, sedikit demi sedikit mengubah arah dan akhirnya majoriti blog bergabung menentang usaha berkhalwat dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO ini dengan UMNO sendiri.

Pihak pimpinan2 PAS pro UMNO terpaksa mengubah helah. PAda mulanya, mereka sebut, MUZAKARAH, lepas tu KERAJAANG PERPADUANG dsbnya. Alasan demi alasan tapi intinya tetap sama, yakni mahu bekerjasama dengan UMNO.

Untuk menutup malu, puak2 pro UMNO dalam PAS membuat beberapa tuduhan liar:
a. Bloggers menyebar fitnah. Walaupun benda yang bloggers sebut tu benar dan fakta, tapi ia tetap fitnah.
b. Bloggers memecah belahkan parti kerana bercakap benar???
c. Bloggers tidak hormat Presiden. Kalau tak hormat baik keluar parti (macam parti ni bapak dia punya)
d. Bloggers takda akhlak jemaah
e. Bloggers tak wala’


Semua ni tuduhan-tuduhan orang yang lemah akal fikiran kerana mereka tak belajar sejarah. Mereka tak suka orang nak menyedarkan mereka dari ditipu. Mereka suka ditipu dan diperdaya orang. Bila ada yang mahu menyedarkan mereka, mereka marah pada orang yang cuba menyedarkan mereka.

Sekarang ni tumpuan kemarahan pimpinan2 PAS adalah kepada blogger2. Sama seperti kepimpinan2 UMNO sebelum 2008, pimpinan2 PAS ini pula sedang memusuhi serta cuba menjatuhkan imej blogger.

Saya memuji kerajaan Negeri Kelantan kerana mereka tidak mahu mengikut angin PAS Pusat. Kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan menjadikan blog sebagai sumber muhasabah yang utama.

Saya baru dapat maklumat (tunggu kesahihan maklumat ini kelak) bahawa isu peniaga Baazar Tok Guru telah dibawa ke dalam mesyuarat exco oleh Tok Guru sendiri. Dan mesyuarat Exco mengambil keputusan untuk menolak keputusan yang dibuat oleh PMBK dan kembali kepada tawaran asal yang dibuat Tok Guru dahulu.

Dan semua masalaah2 yang dinaikan dalam blog berkaitan Kelantan sekarang ini dibincangkan dalam mesyuarat Exco (mana yang ada asas la, kalau dari blog UMNO buat apa nak bincang, fitnah aje).

Kalau begini trend Kerajaan Negeri Kelantan, alamat lagi 50 tahun pun UMNO akan menonggeng kat Kelantan. Kerajaan Negeri yang dengar cakap blogger adalah kerajaan negeri yang sensitif dengan perasaan rakyat jelatannya.

Kalau tak dapat selesai masaalah pun takpa, sekurangnya kerajaan negeri boleh bersimpati dengan nasib rakyat yang menderita. Itu pun dah cukup. Masaalah tidak akan dipendam tetapi akan cuba diselesaikan hasil dari tindakan para blogger.
Sedih di PAS Pusat, blog cuba di kaitkan dengan fitnah. Kertas Kerja kedua Konvensyen Blogger pun pasal fitnah dan blog.

Padahal blog yang kuat sebar fitnah akan tersisih dengan sendiri. Masyarakat blog ni masyarakat yang membaca dan berfikir. Susah nak tipu diorang.

Sepatutnya PAS Pusat dan Presiden PAS kena ikut jejak langkah Tok Guru. Saya jamin populariti PResiden akan melonjak naik selepas itu.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 22, 2009

Baru Tok Guru Doa, Allah Mula Tunjuk di Kuala Berang



Sejak dari mula Program Wang Ehsan, telah PAS dan ramai pihak ingatkan, pemberian Wang Ehsan ini tidak ada pemantauan.
Sekiranya royalti, maka perbelanjaan setiap sen wang royalti akan dipantau di Dewan Undangan Negeri dan setiap sen yang dibelanjakan terdedah kepada penyiasatan dari pihak Audit. Ini kerana wang royalty dibayar kepada kerajaan Negeri.
Dan setiap perbelanjaan kerajaan negeri direkodkan. Malahan, sebelum berbelanja, kerajaan Negeri wajib membentangkan Belanjawan bagi memberitahu umum apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk dibelanjakan.

Setiap perbelanjaan direkod dan di audit. Setiap perbelanjaan dan perancangan perbelanjaan (belanjawan) dibahaskan secara terbuka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ada pula proses audit bagi mencari ke mana setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak cukup dengan audit, ada pula PAC ( Public Affairs Committee) yang kalau di Selangor dipanggil SELCAT. PAC atau SELCAT pula mengadakan prosiding mereka secara terbuka dan umum boleh mendengar prosiding-prosiding ini berjalan (tidak seperti ada sorang di Selangor tu yang mahukan SELCAT diadakan di belakang tabir).

Dalam prosiding SELCAT, kita dapat jumpa macam-macam perkara. Salah satu yang paling popular adalah bagaimana Khir Toyo membelanjakan RM1.3 juta untuk pergi Disneyland. Kita juga jumpa bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka.

Saya mendapat maklumat ahli-ahli biasa UMNO di Selangor menyokong penuh prosiding SELCAT dan mereka tak nampak perjalanan SELCAT yang terbuka ini sebagai isu. Hanya “orang itu” sahaja yang mengatakan ianya satu isu. Rakyat Selangor secara keseluruhannya mengalu-alukan proisiding terbuka SELCAT ini.



Malangnya, yang berkuasa menentukan perbelanjaan Wang Ehsan adalah UMNO Negeri dan UMNO Bahagian. Maka, siapakah yang hendak memantau perbelanjaan wang ini? Hasilnya kita lihat sendiri:


• RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June
• RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports
• RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July
• Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October
• Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks


Ini kes-kes kerosakan yang besar-besar. Bagaimana pula kes-kes yang kecil-kecil yang tidak mendapat tumpuan media? Sudah tentu disenyapkan dan tidak diketahui umum.
Inikah dia program yang hendak diperkenalkan oleh Najib Tun Razak di Kelantan? Yakni, program mengkayakan kontraktor “Orang Kuat UMNO” (OKU). Yang akan membina bangunan-bangunan dengan kualiti yang rendah sebab nak buat untung atas angin.

Hasilnya, bila ditiup angin, bangunan pun runtuh. Untung pun atas angin, runtuh pun sebab angin. Itulah UMNO.

Amat benarlah tindakan Tok Guru Nik Aziz mendoakan “pecah perut” mereka yang menzalimi rakyat Kelantan, menzalimi rakyat Malaysia dengan memperkenalkan program yang hanya bertujuan untuk mengkayakan “Kontraktor OKU”.
Dan wang siapa yang bakal digunakan untuk mengkayakan kontraktor2 OKU ni? Bukan duit Najib, bukan duit Rosmah, bukan duit Muhyiddin, bukan duit Zahid Hamidi. Tetapi ianya adalah duit rakyat.

Duit rakyat untuk program mengkayakan kontraktor2 OKU. Hahahaha itulah dia UMNO. Parti yang menghalalkan korupsi. Last-last dapatlah bahana bangunan runtuh sana, stadium runtuh sini.

Tok Guru mahu menghalang Wang Rakyat dibelanjakan sewenang-wenang nya oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka. Maka., kita rakyat Malaysia pun mesti berdoa yang sama dalam isu royalti Kelantan ini. Biar mereka yang bertanggungjawab atas kezaliman ini Allah pecah kan perut mereka.

Baik mereka pecah perut, dari rakyat biasa mati atau cedera atau cacat sebab bangunan runtuh.

Baru je Tok Guru berdoa beberapa minggu lepas, Allah SWT sudah mula mengkabulkan doa Tok Guru.

TAKBEEERRRRR!!!!!!!

Tulang Besi

ps orang2 bukan Islam pun mesti berdoa seperti doa Tok Guru ini apabila mereka ke rumah-rumah ibadat mereka. Ini isu yang berkaitan dengan semua orang tidak kira ugama dan bangsa.






http://www.malaysiakini.com/news/120378

'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh: NGO

Salhan K Ahmad
Dis 22, 09
1:07pm

kemaskini 4.58pm Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya.

"Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.

"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

'Umno-linked contractors to blame'

Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Dec 22, 09
5:11pm

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) has blamed Umno-linked contractors for shoddy work on several new buildings in the state that have come to grief.
"We call these contractors OKU or Orang Kuat Umno (Umno supporters) " said its president Mohamad Fauzi Abdullah in a phone interview.
He was asked to comment on the collapse of the roof of the RM4.2 million bus terminal in Kuala Berang yesterday. Media reports today said the collapse of the 150m long skylight could be due to shoddy workmanship.
Mampat, a NGO fighting for the rights of the people of the state, has taken on the task of monitoring botched building projects.
Mohamad Fauzi claimed that the Umno-linked contractors enjoy a cosy relationship with politicians.
"They do not do their work diligently for the good of the people, but only for political gain. The low quality of most projects in the state is due to these contractors," he said, without naming them.
He also pointed to the fact that most of the projects are being awarded and implemented under the 'wang ehsan' (compassionate fund) programme, under the auspices of the Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP or Federal Development Department).
Concerns had been raised previously that use of the JPP to channel federal development funds to the state would lead to corruption and the feeding of political cronies with government projects.
Recent structural failures
Work on the Kuala Berang bus terminal falls under the jurisdiction of the Hulu Terengganu district council.
The website states that its departments of building control and civil engineering are entrusted with monitoring the progress of building projects, as well as to approve and monitor the quality of materials and construction work.
When contacted today, personnel from each department were not available for comment. A staff member said those in charge are out in the field.
Recent problems with other new buildings in the state:
• RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June
• RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports
• RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July
• Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October
• Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks
The first three buildings were about a year old when they were affected.


Read more!(Selanjutnya)

85% Pembaca Malaysiawaves Bersetuju UMNO Tidak Memperjuangkan Islam, Hanya Nasionalisma/Sekularisma



Rupa-rupanya pembaca Malaysiawaves adalah pembaca-pembaca yang bijak pandai dan tidak mudah diperdaya dan ditipu oleh propaganda UMNO dan Barisan Nasional.

Di saat mereka menghadapi zaman lemah mereka, tiba-tiba kuat mereka menyalak untuk menyatakan mereka juga mahu memperjuangkan Islam dan menaikkan taraf Islam.
Pada waktu yang sama, Menteri mereka baru sahaja meluluskan 10 Lesen Special Draw/Judi baru. Dan sampai sekarang tidak ada apa-apa kenyataan dari Presiden mereka mahu menarik balik kelulusan ini.

Semua ini memberikan gambaran bahawa kata-kata manis UMNO kononnya mahu memperjuangkan Islam adalah kata-kata kosong untuk menipu orang Melayu dan orang Islam supaya kembali menyokong mereka.

UMNO juga menggunakan alasan DAP sebagai sebab utama ingin menyatukan semula PAS dengan UMNO. Jelas UMNO “desperate” mahukan penyatuan UMNO-PAS kerana kali terakhir UMNO dalam keadaan tenat sebegini, PAS telah datang kepada UMNO dan menyelamatkan UMNO (selepas PRU 1969).

Sebagai membalas jasa baik PAS itu, UMNO telah menendang PAS macam kucing pada tahun 1978 dan menyebabkan PAS hilang kuasa di negeri Kelantan. Ertinya membantu UMNO adalah seperti melepaskan anjing tersepit. Orang gila sahaja yang mahu membantu UMNO atas nama Islam ni.

Syabas kepada pembaca-pembaca Malaysiawaves. Ini juga menunjukkan usaha-usaha cybertrooper UMNO mengacau blog ini tidak ada kesan. Saya mencadangkan supaya elaun-elaun cybertrooper ini dipotong atau dihentikan terus kerana mereka telah terbukti makan gaji buta.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

UMNO Bukan Musuh PAS Lagi?

Nota: Saya ingin meminta maaf kepada para pembaca dan semua ahli PAS terhadap tajuk saya yang asal. Saya dapat merasakan (dan juga dari respon rakan-rakan dalam PAS)tajuk tersebut terlalu keras. Maka, saya telah mengubah tajuk tersebut. Diharapkan kesilapan saya dapat dimaafkan.

Terkejut saya mendengar laporan kenyataan Presiden PAS ini. Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas.

Presiden PAS dilaporkan berkata:

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
.

Saya tak sanggup nak baca kenyataan Presiden PAS seperti ini. Jadinya seperti PAS mudah sangat ditipu dan dibohongi UMNO.

Kalau pun benar PAS tidak mahu memusuhi UMNO, UMNO sendiri tidak pernah menganggap PAS sebagai kawan. UMNO selama-lamanya menganggap PAS sebagai musuh walaupun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.

Kenyataan begini juga menunjukkan betapa mudahnya kepimpinan PAS yang ada sekarang ini ditipu dan dipermainkan oleh UMNO.

Kenyataan ini juga memberikan gambaran bahawa agenda Kerajaan Perpaduan masih hidup dan masih mahu diteruskan oleh kepimpinan yang ada sekarang. Sila dengar penerangan Ustaz Nasaruddin berkenaan dengan agenda Kerajaan Perpaduan di bawah:



Ia juga menunjukkan kepimpinan PAS yang ada sekarang tidak berminat untuk menjadi pengganti kepada UMNO, dan terus menjadikan PAS parti di kaki lima UMNO.

TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?

Sedih saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden ini. Mungkin Tuan Guru Presiden boleh memaafkan segala fitnah dan kekejaman yang berlaku ke atas beliau oleh UMNO. Tetapi bagaimanakah kekejaman yang telah dilakukan kepada ribuan aktivis dan penggerak PAS (serta parti2 PR yang lain) dalam sejarah politik negara?

Mereka-mereka yang dipotong kontrak, yang ditarik lesen perniagaan, yang di ISA kan, yang disiksa dalam tahanan, yang difitnah, yang dipecat kerja semata-mata kerana menyokong PAS dan pembangkang, yang disisih masyarakat kerana menyokong PAS, yang dibuang negeri, yang di bunuh (seperti Ustaz Ibrahim Libya), ditahan ISA kerana mahu menurut kehendak Amerika dalam peperangan menentang keganasan dan sebagainya.

Bukankah Al Quran sendiri mengajar kita supaya jangan cenderung pada orang yang zalim:

“Firman Allah SWT :

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (QS. Huud 112-113)”


Sila baca beberapa tafsiran terhadap ayat di atas:
“ “Tidak berpihak kepada orang-orang zalim

Dalam Tafsir Al Mawardy dikatakan bahwa kezaliman mereka akan mengenai kalian sebagaimana api neraka akan membakar apa saja yang ada di sekitarnya.
Dalam Tafsir Al Aluusy dikatakan jika keadaan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman saja membuat orang tersentuh api neraka, bagaimana pendapat anda dengan orang yang benar-benar cenderung kepada orang yang mendalam kezalimannya dan bersahabat dengan mereka, orang yang hatinya penuh dengan perasaan senang terhadap mereka, orang mengambil manfaat kepada mereka, orang yang membuat indah kejahatan mereka dan ikut serta dalam kejahatan mereka, orang yang mata mereka melongok pada kenikmatan dunia yang fana, mereka bangga dengan keuntungan jangka pendek yang mereka peroleh sehingga lalai dari hakikat hal itu dan melupakan akhir dari semua itu?
Menurut Al Aluusy hendaknya orang-orang seperti itu sudah dihitung sebagai orang-orang yang berbuat zalim itu sendiri, bukan sekedar cenderung kepada orang-orang zalim. Ini didasarkan kepada suatu riwayat bahwa ada seseorang yang berkata kepada Sufyan : Aku menjahit untuk orang-orang zalim, apakah aku dihitung sebagai penolong-penolong mereka? Sufyan menjawab: Tidak, anda termasuk mereka, sedangkan yang anda jual termasuk penolong-penolong mereka.


Bukankah kita memusuhi UMNO kerana UMNO telah melakukan kezaliman? Bukankah perbezaan kita dengan UMNO ini bukan setakat perbezaan pendapat, tapi kita menentang kezaliman yng mereka taja dan lakukan selama ini?

Kita memusuhi UMNO kerana benda-benda haram yang mereka telah halalkan seperti yang saya pernah tulis di sini?

Adakah kenyataan Presiden ini menandakan PAS telah mula mahu melanggar arahan yang terkandung dalam ayat di atas? Tidakkah Presiden PAS takut akan disambar oleh api neraka seperti dalam ayat Surah Hud 112-113

Saya berasa amat sedih sekali dengan kenyataan ini dan saya mewakili ribuan aktivis PAS yang telah dizalimi oleh UMNO. Bagi pihak mereka saya mengatakan kenyataan Presiden PAS ini tidak wajar dan tidak sensitif kepada perasaan mereka yang telah dizalimi.

Sampai sekarang tiada pun UMNO meminta maaf di atas pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya. Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? Adakah Presiden PAS telah redha kekejaman yang dilakukan UMNO ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Tulang Besi

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.


Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 21, 2009

Blog Adalah Sumber Kebenaran Dalam Dunia Media Malaysia yang Penuh Fitnah

Alhamdulillah Syukur kepada Ilahi, Tulang Besi telah selamat menghadziri Konvensyen Blogger yang berlangsung di Markaz Tarbiyyah pada hari Ahad, 20/12/2009.
Tulang Besi mengucapkan terima kasih kepada penderma KawanlamePPP yang telah menderma RM1000 untuk tiket kapalterbang. Juga tidak lupa kepada penderma misteri yang telah menderma RM400. Harga tiket kapalterbang sahaja telah mencecah RM1200.

Lagi RM200 tu Tulang Besi guna untuk makan dan perbelanjaan perjalanan biasa.
Tulang Besi meminta para penderma supaya dapat meng “emai”l Tulang Besi pada malaysiawaves@rocketmail.com. Terima kasih kepada kawanlamePPP dan juga penderma misteri yang telah menderma RM400. Minta sangat supaya menghubungi saya melalui email di atas.

Saya bersyukur berjumpa dengan teman-teman lama terutamanya teman seperjuangan dalam kampus dahulu. Saya bersyukur kerana Ustaz Idris Ahmad juga masih ingat pada saya. Lama sungguh tidak bertemu sayang masa tidak mengizinkan untuk kita berborak panjang. Saya juga jumpa wakil PAS PJU yang telah menggantikan tempat saya sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan PJU. Ada juga rakan-rakan dari beberapa PAS Kawasan yang saya temui serta beberapa rakan yang saya kenali dalam Facebook.

Beberapa Komen Sepintas Lalu

Di sini, Tulang Besi ingin memberi beberapa komen:


a. Kertas kerja kedua bertajuk “ Blog Sebagai Arena Dakwah Bukan Medan Memfitnah” yang sepatutnya telah dibentang oleh Ustaz Ghani Shamsuddin.

b. Bagi saya PAS atau sesiapa sahaja tidak perlu takut dengan “fitnah” dalam dunia blog. Ini kerana kalau ada blog yang menyebarkan fitnah dan kata-kata dusta, secara otomatik blog tersebut akan disisih dari para pembaca.

c. Ini kerana para pembaca blog adalah golongan yang berfikir dan mampu menilai. Seolah-olah pihak penganjur mahu menyamakan pembaca-pembaca blog dengan pembaca-pembaca Utusan Malaysia dan Berita Harian.

d. Jadi, kertas kerja ini (yang dibentangkan oleh Hj Suhaimi Embong bukan Ustaz Ghani Shamsuddin) sebenarnya tidak perlu. Masyarakat pembaca blog yang akan melakukan penapisan mereka dan setakat ini mereka telah membuat keputusan yang betul.

e. Mengapa saya kata mereka buat keputusan yang betul? Dari pembentangan Dr Abu Hasan, didapati keputusan PRU2008 telah dipengaruhi oleh blog dan beliau telah menaqalkan sebuah kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard.

f. Dengan kata lain, pembaca-pembaca blog telah berjaya mengatasi fitnah-fitnah yang dilayangkan oleh UMNO melalui media-media mereka dan telah mengundi Pakatan Rakyat serta memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di 5 negeri serta 1/3 kerusi Parlimen.

g. Itu bukti jelas BLOGGER tidak mudah dipengaruhi fitnah dan blog sebenarnya medan menyebar kebenaran bukan fitnah

h. Dunia blog adalah dunia hala. Sekiranya kita dituduh dan difitnah, maka kita berhak untuk menjawab dan para pembaca akan menilai sesuatu isu. MIsalnya, saya sendiri telah difitnah oleh seorang penulis bernama “Batu Api”. Dia berkata saya menyerang Dato Hasan Ali kerana saya mintak kerja lepas tu tak dapat. Saya lantas telah bersumpah dengan nama Allah menafikan fitnah tersebut. Dan sehingga sekarang si Batu Api ni tak berani menjawab fitnah saya.

i. Namun, Songkok Putih/Tranungkite Online masih menyiarkan tulisan-tulisan beliau menyerang saya padahal terbukti Batu Api ini seorang pembohong dan penyebar fitnah. Ertinya, Laman Tranung Kite ni pun sumber fitnah dalam dunia cyber Malaysia.


PENUTUP

Secara umumnya, saya nampak program ini dianjurkan sebagai respon kepada pendedahan-pendadahan yang dibuat oleh dunia blog dalam beberapa isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin PAS. Tema sebenar konvensyen ini adalah menyatakan rasa kecewa sesetangan kepimpinan PAS kepada pendedahan-pendedahan ini yang banyak mengagalkan perancangan puak-puak pro UMNO dalam PAS. Sebab itu isu ‘fitnah” di ulang-ulang baik dalam Ucapan Perasmian mahupun dalam Kertas Kerja kedua.

Dunia blog telah menjadi terlalu panas untuk pemimpin-pemimpin PAS terutamanya mereka yang pro kepada UMNO. Segala tindakan dan perancangan mereka telah didedahkan kepada ahli-ahli, perwakilan-perwakilan serta aktivis-aktivis parti oleh dunia blog.

Konvensyen ini diadakan dengan tujuan supaya kredibiliti blog dapat di minima kan di kalangan dalaman parti supaya kesannya tidak mendalam terutamanya pada masa-masa hampir waktu pemilihan PAS. Kalau nak tahu sikap sebenar penganjur dan pimpinan2 PAS pro UMNO berkaitan dengan program ini, silalah ke Laman Tranung Kite.

Akhir kata, saya agak keliru dengan ucapan perasmian Presiden pada program ini. Pada satu masa beliau berkata:
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.”
.

Tapi pada waktu yang lain, beliau berkata:

" “"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.” .”


Apa-apa pun, sebagai orang Islam kita tidak sepatutnya takut dengan kebenaran kerana ISlam itu diasaskan kepada kebenaran. Saidina Umar mengalu-alukan rakyat menegur beliau dengan pedang, inikan pula dengan blog.

Kalau Saidina Umar masih hidup, nescaya beliau akan berterima kasih sangat-sangat dengan bloggers kerana dengan bantuan Bloggers, Saidina Umar RA tidak perlu lagi meronda malam-malam mencari apa-apa kelemahan dalam pentadbiran beliau. Saidina Umar RA cuma perlu membaca blog sahaja dan dapat menyelesaikan banyak masaalah negara.

Tulang Besi

ps di bawah adalah beberapa gambar yang saya ambil sewaktu program tersebut










Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...