Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, January 2, 2010

Awasi Perangkap UMNO dalam Isu Penggunaan Nama Allah oleh “The Herald”

Tiba-tiba sahaja pembaca2 UMNO MAlaysiawaves sedang bertanya bertubi-tubi kepada saya berkenaan dengan pendirian Malaysiawaves (serta PAS) berkenaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan Majalah “The Herald” menggunakan nama Allah di dalam majalah mereka.
Malahan, saya mendapat jemputan terus dari Pemuda PJ Utara untuk menghadiri sebuah protes besar2an yang bakal dianjurkan oleh PERKASA MALAYSIA.

Jemputan tersebut boleh dibaca dibawah:





















PERANGKAP UMNO SEMUA NI!!!!

Mengapa saya panggil perangkap:

a. Keputusan ini hanya diperingkat Mahkamah Tinggi. Ertinya, keputusan ini masih boleh dirayu di Mahkamah Rayuan serta boleh pergi ke Mahkamah Persekutuan. Ertinya, keputusan ini masih belum muktamad.
b. Berita terbaru, JPM telah menyatakan kehendak mereka untuk merayu keputusan tersebut. Sila klik di sini.
c. Mahkamah adalah dalam penguasaan UMNO. Kalau Dato Seri Anwar boleh didapati bersalah dahulu, mengapa keputusan ini tidak boleh dipastikan mengikut kehendak yang sepatutnya?
d. MEngapa UMNO mahu bising dalam isu ini, sedangkan apabila Najib meluluskan 10 lesen judi, tiada protes dari UMNO ataupun mana-mana NGO Melayu?
e. Hukum penggunaan nama Allah oleh bukan Islam adalah Khilaf dan tidak sepakat. Hukum judi SEPAKAT SEMUA ULAMA Haram. Mengapa UMNO mahu bising pasal isu yang tak jelas, sedangkan isu yang jelas haram macam Najib lulus 10 lesen judi, mereka tak bising?

Ini semua perangkap UMNO. Hati hati supaya kita jangan terpengaruh dan terjerat dengan perangkap ini. Sejak bila pula UMNO ni berjuang Islam? Mereka adalah parti nasionalis sekular Melayu. Mereka telah bertanggungjawab menindas serta menghalang perlaksanaan shariah Islam sejak Merdeka.

Menentang hukum Allah seperti yang UMNO telah lakukan selama ini lebih jelas Haram nya berbanding dengan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Hukumnya lebih jelas haram.

PENGALAMAN TULANG BESI DI MESIR

Waktu Tulang Besi bekerja di Mesir, Tulang Besi melihat semua orang Kristian Koptik di sana menggunakan nama Allah secara meluas. Mereka menggunakan nama Allah di dalam Kitab Injil mereka serta penggunaan harian mereka.

Malah, boss Tulang Besi, seorang Kristian Koptik bernama George Nushy, pernah menggunakan perkataan “inshaalah” di dalam email beliau kepada Tulang Besi.

Dan, setahu Tulang Besi, tiada satu pun fatwa dari Al Azhar mengharamkan Kristian Koptik (dipanggil “Church of Alexandria”) menggunakan nama Allah SWT.

Malahan di kalangan orang Islam pun apabila berjumpa kita kali pertama, mereka tidak akan tahu kita Islam atau tidak walaupun kita menggunakan ungkapan2 seperti "Inshaalah", "Allahuakbar", "Masyaalah".

Tulang Besi belajar bahawa cara terbaik menunjukkan kita orang Islam pada orang Mesir adalah dengan mengucapkan selawat nabi. Hanya berselawat dengan Nabi membezakan kita dengan orang Kristian kerana orang Kristian koptik tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Nabi SAW.

PENDIRIAN TULANG BESI DI MALAYSIA

Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.

Menjaga keamaanan lebih penting bagi Tulang Besi. Adapun hukum penggunaan pula masih lagi di khilafkan. Sebenarnya masa isu ni timbul, Tulang Besi telah buat ‘research” di internet, dan rata-rata artikel dalam internet yang dalam bahasa Inggeris TIDAK MENGHARAMKAN ORANG BUKAN ISLAM menggunakan nama Allah. Itu yang Tulang Besi teragak-agak dalam isu ni. Hukumnya tidak jelas haram.

Akhir kata, haruslah kita berhati-hati dari ditipu UMNO dalam isu ini. UMNO sendiri bertanggungjawab menghina Islam selama ini. Apa hak mereka untuk menentang isu ini?

Tulang Besi

41 comments:

Anonymous said...

anak haram tb ni asyik nak membandingkan dgn negara lain. bodoh apa kau ni??? itu negara org,undang2 dia org yg buat. skrg ni kita berada di malaysia. mangkuk hayun punya tb!

Anonymous said...

UMNO HERO pirah yang kes mencuri, merompak, maksiat apasal UMNO tak perjuangkan untuk menghukum pesalah! MMg betul kata TB ni depa have something up their sleeves!

pemerhati said...

Nampak lucu bila ahli parti UMNO berkumpul dan bertempik kononnya nak menjaga kesucian nama Allah.

Sebelum ini tidak pernah kita lihat orang UMNO berkumpul dan memekik terlolong kerana agama islam.

Memang kita percaya orang UMNO turun padang kerana nama Allah ini tidak lebih hanyalah kepentingan politik semata-mata.

UMNO telah gagal mempengaruhi rakyat dengan ketuanan melayu dan sekarang mereka cuba pula dengan keagamaan pula.

Jika kita bergabong dengan mereka kerana bab nama itu... pasti mereka akan wujudkan lagi isu yang berkaitan dengan agama demi untuk mempengaruhi pemikiran rakyat agar bersatu dengan UMNO.

Sebagai orang melayu yang beragama islam, kita sokong apa saja yang ingin orang UMNO perjuangkan itu. Tapi kita sokong dari jauh saja.

Tak mahu kita berkumpul bersama dengan orang UMNO kerana kita takut akan terpalit sama dengan maksiat yang lebih haram dari penggunaan nama "Allah".

kembara putih said...

UMNO lah yang mengharamkan tulisan jawi diajar di sekolah. UMNO juga lah yang menyekat bantuan wajib kepada sekolah2 agama. UMNO juga melalui JAKIM memberi logo halal kepada makanan2 ringan yang ada lemak babi. Jadi terbuktilah UMNO yang total sekular itu sedang berlakon drama Hang Tuah.

Anonymous said...

TB
terima kasih. kalau dah setan, buat apa pun nak ajak orang Islam masok setan. itulah UMNO; Tok Mat dah meninggal jumaat lepas, Najib tak belajar belajar pulak. Mahathior pun sama... semua orang UMNO ingat diri mereka anak Tuhan, tak tahu dah mati dalam tanah liang lahat ada ular patuk seksa siang malam sampai kiamat. apa lagi nak kata TB, fikiran UMNO ini semuanya setan sejak keluar perut kat hospital dah di suap makan minum sampai tak boleh fikir mana betul mana salah, mana Islam mana setan. tahu tahu aje nak tibai duit orang lain kata ALLAH itu ALLAH ini. hukum ALLAH SWT bagi 5 perkara tak di buat, nak joli harta rakyat aje tahu. kepala otak betul mereka mereka ini ye.

Anonymous said...

Ustaz Idris Ahmad telah terperangkap dengan isu The Herald ini

Anonymous said...

Tuan TB,
Bukan soal siapa perangkap siapa!Bukan soal umno perangkap pas dalam isu hudud atau perlaksanaan undang-undang islam!Persetan itu semua!!!!Masalahnya!!Rakyat yang rasional hendak melihat realiti yang sebenar dalam isu hudud ini!Kalau umno tidak berjay nmelaksankannya!Mana altenatif yang boleh diberi oleh pas!!Lagipun sudah jelas,Pas merupakan sebuah parti yang memperjuangkan islam!Sekurang-kurangnya mana kesungguhan!Mana perancangan!Mana altenatif yang boleh diberi oleh Pas dalam hal perlaksanaan hukum hudud sekiranya PR berjaya dalam PRU 13nanti!!!
Sekadar persepsi!Sekadar slogan!Sekadar angan-angan!Sekadar menyalahkan orang lain!!!Siapaaaa punnnnn bolehhhhhhhh!!!!Hang tak yah putaq dan belit faktalaaa......
Atau hang dah tau,kalau PR menangpun nanti,PAS hanya tumpang semangkok jeee!!!!Tumpang syok!Tumpang seghonok!!!!SEbab Pas hanya akan berperanan seperti hangg!!!SEkadar pencacai dalam PR nanti!!!!Tiada kuasa buat keputusan!!Jeritpila macam mana!!!Salak pi la kuat mana!!!Guan Eng dan Kalpal Singh buat tak tau jeeeee!!!Macam peranan hang dalam isu kem perpaduang lani!!!!Depa tanya!Hang sapa!!!!!!!!

Anonymous said...

...alahai lupa sikit lagi..
Puak Haji Hadi hatta Nik Aziz sendiri dok tanya sesama sendiri!!TB ni sapa?Lupa pulak hang AJK penerangan Pas cawangan!Alahai sama tarap dengan JKK umno je!!!!!Bolehla jerit kat kedai kopi saja!!!Tu pun dari segi kecerdikan!!!Puak jkkk umno lebih cerdik dari hang!!!Depa dapat juga kontrak kelas F no!!!!Buat pondok bas!Buat jalan tar kampung!!!Boleh jugak pakai V6!!!Yang hangggg!!!Nak mai KL pun kena minta sedekah!!!!Alahai lupalah pulak....kerusi Kuala Selangok dan nak kosong!!!Peluang hang kot nak menghasa jadi YB!!!!Boleh beghangan pakai Merc. atau dah beli set golf kot!!!!Alahai depa dah ada calonla TB oiiiii!!Hang!!!!Sekadaq pencacai jeeeeeee!!!!!

sakit hati said...

babi haram lah pukimak lancau punye puak-puak yang tak abis-abis mainkan isu ni......cilaka betul....banyak lagi kes-kes lain yang terang-terang haram dan merosakkan masyarakat, tak nak banteras pulak....ini pasal kes-kes yang remeh-temeh nak buat kecoh satu malaya....anjing betul lah diorang ni....lepas tu nak tunjuk bagus konon-konon nak bela islam....cibai lah....

Ir.Arip Pahmi said...

walaupun ia dikatakan perangkap,tapi PAS harus menunjukkan pendirian tegas dgn menentang hal ini.. Jangan sekadar jadi pondan yg takutkan DAP dan PKR. Hilang undi tak mengapa,asalkan jgn diakhirat kelak kena soal munkar nankir

Anonymous said...

Terbaru,
Ustaz Nasharuddin menyeru umaat islam bersatu....dalam kes Allah ini!!!!Persatuan ulamak pun sedada!!!!Boleh berjejaskan akidah umat Islam!!!
Wahai umat islam di Malaysia....
hangpa nak degaq nasihat siapa!!!
Ustaz-ustaz termasuk ustaz Nasharudin(tentu dah bincang dengan UstazHadi Awang) ATAU
Sekular TB!!!!!
Terpulang pada hampalano!!!!!

Anonymous said...

Pencacai2 PR beriya2 menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah & tidak mustahil selepas ini pencacai2 PR akan berjuang habis2an menyokong Bible dibuat dalam Bahasa Melayu. Alasannya supaya mudah orang Melayu nak faham dgn ajaran Kristian..

MALAYSIABARU said...

Malaysiabaru.com said,

ZAMAN PEMERINTAHAN NAJIB :

1. BUMIPUTRA HAMPIR PUPUS

2. ALLAH DI SEPAK TERAJANG KE GEREJA

3. NYAWA TUBUH BADAN PEMBANGKANG DI LONTAR KE BUMI

4. APA LAGI NAK AKU KATA.... TAK TERKATA BILA TGK PENTADBIRAN NAJIB..

KINI 'ALLAH' JADI BAHAN GADAIAN NAJIB ....

BUKAN SETAKAT AWEK CUN MAGNOLIA DI GADAI TAPI TUHAN YG ESA DI JADIKAN BAHAN GADAIAN! NAJB OH NAJIB

NUKILAN

WWW.MALAYSIABARU.COM

"harapan tingal harapan"

( yang aku pelik pemuda pas terikut ikut pulak rentak pemuda umno nak demonstrasi bersama sama pasal isu allah ni? )PAS dan UMNO dah bergadung secara RASMI ker belum?

Anonymous said...

anoy 10.04,
mana bolih bible diterjemah dalam bahasa melayu!!!Zakwan tak setuju!!!!dia manala tau cakap melayu!!!!sat lagi depa berkelai sesama depa pulak!!!!!aiii geli geleman aku!!ada oghang nama macam melayu,tak tau cakap melayu!!!!Opps!!silap bukan tak tau cakap melayu!!!Nak tunjuk taraf keintelektualan!!!Zakwan!Hang mesti ada Phd nooooo!!!! Takad ngaji kat sarjana muda jer,lekehla!!!!!!

Anonymous said...

Tulang Besi

Apa kata umat Islam mengenai video klip yang telah dipos dalam blog dibawah h ini?

http://malaysianunplug.blogspot.com/2010/01/malay-muslim-groups-and-umno-in.html

Nampaknya perkataan "Allah" bukan hak orang beragama Islam sahaja.

Jadi sebab apa kita mahu serbok and buat huruhara dengan rakyat Malaysia beragama Kristian.

Biar mereka gunaka "Allah", tak payah kita baca majallah Heraldnya, hanya jangan mereka secara terbuka cuba mengaruh muslimin menjadi kristian.

Inilah masalah politik UMNO. Main politik dengan agama dan main politik perkauman demi kerosakan harmoni rakyat negara kita.

Jangan pula PAS mengkotorkan tangan dalam hal ini yang diutarakan oleh puak UMNO, seperti Tulang Besi kata, UMNO cuba merangkap PAS dengan isu Allah

Anonymous said...

sesuatu yg memeranjatkan bila mana UMNO cuba menjadi champion kepada ISLAM....

wahai umNGOK sekelian, lihatlah dasar parti kalian dulu...

xkan org lain guna kalimah ALLAH, iman korg boleh tergugat...

c'mon la....jgn jaja pemikiran sempit parti korg dalam isu ini....

prihatin said...

Salam, ape pun buat apa kita nak gadoh2, dan kata ini perangkap UMNO, tak kisahlah perangkap sapa2 pun.marilah kita gunakan peluang ini untuk bersatu bersama demi ISLAM biarpun berlainan ideologi politik. Marilah kita tunjukkan pada orang bukan Islam yang lain kita boleh bersatu.

Takdelah diorang berani mintak macam-macam.

Mengapa perlu ada prasangka yang tinggi antara kita??? Ada je point2 nak cari untuk pecah belahkan lagi orang kita. Sudah-sudahla tu. Marilah kita sama-sama bagi kritikan yang membina, kalau sokong UMNO/PAS/PKR pun tak payahla kita mencarut-carut.

Yang tak sokong TB pun takpe, tapi bagilah ayat-ayat hujah yang bernas.

Untuk TB, bagi isu ini, MAAF saya tak dapat bersetuju dengan anda.

prihatin said...

Walaupun org Melayu Islam berpecah dari sudut politik, tetapi, apabila isu seperti ini wujud, kita semua sepatutnya merapatkan saf kita kembali, dan tinggalkan perbezaan politik.

Anonymous said...

Tulang besi,

Pakatan akan mempolitikkan isu ini untuk meraih sokongan orang kristian. Ini adalah peluang Anwar untuk mendapat sokongan (tak kira dari siapa). Trade mark Anwar sebagai petualang bangsa yang hang kagumi itu.

Satu soal lagi, kenapa sekarang mereka menuntut perkataan 'Allah'? Kenapa tidak dulu. Jawapan nya, ada dua sebab yang jelas. Pertama, kerana melayu telah berpecah dan kedua, kerana faktor Anwar/DAP yang mereka pasti akan menyokong mereka.

PAS dilihat sebagai pondan yang senang dibisukan oleh Anwar/DAP.

Mengapa mereka beriya-iya hendakkan nama Allah? Tidak lain dari hendak sama tarafkan Kristian dengan Islam dan ini akan mengelirukan orang melayu di nusantara ini yang mereka lihat amat sukar untuk dikristiankan.

Kamu di Indonesia, tak kan tak pernah baca bible yang diletakkan di dalam bilik-bilik hotel. Di-dalam mukadimahnya, disebut umpama Islam itu Kristian dan kristian itu Islam.

Malah kawan-kawan saya yang beragama Kristian pun tidak mempersetujui pengunaan Allah kerana ia akan hanya mencari kemarahan umat Islam. Tetapi untuk pergerakan mubaligh Kristian, ini adalah peluang yang mereka nantikan untuk mendapat arah dimensi baru didalam perjuangan mereka hendak mengkristiankan orang melayu (yang ternyata gagal selama ini).....

Kol. Mat said...

Saya sokong TB. Peduli dgn UMNO yang munafiq tu. Di Kelantan 80% Ketua Bahagian UMNO Tidak sembahyang, kaki judi 60%, Kaki Betina 90%.Menolak hudud atau munafiq 100%. Ini ketua anakbuah apa lagi.Nak pertahan nama Allah tapi Islam tak pertahan bahkan dijual lelong pula.

Anonymous said...

ala..barua barua UMNo asyik dok kote keraih,dangdut 24/7..para pukimak UMNo adalah juara ketuanan islam lembu..erti Allah pun tak tau,tapi nak protes..piraah pundek keldai!!

Anak Perelih said...

Kali ini saya bersetuju dengan Tulang Besi...

Di negara negara Arab, kaum Nasrani/kristian menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Nama Tuhan... ini kerana ianya merujuk kepada tuhan yang sama... tetapi yang membezakan Islam dan Kristian ialah soal akidah... Islam mempercayai, Allah adalah tuhan yang esa.. tidak beranak dan tidak diperanakan... sementara Kristian ada konsep triniti (disamping kandungan Kitab Injil diubah mengikut selera rahib rahib mereka)... oleh itu Perkataan Allah dibenarkan digunakan oleh orang Kristian di timur tengah serta juga Indonesia...

Tetapi di Malaysia, penggunaan Nama Allah oleh orang Kristian akan mengakibatkan kekeliruan kepada orang Islam dan juga orang Kristian kerana di MAlaysia, nama Allah adalah digunakan secara exklusif oleh orang Islam sejak dahulu lagi..

Ditambah pula dengan pengetahuan Islam orang islam di malaysia tidak setinggi pengetahuan orang Islam di Timur Tengah... ini adalah akibat pemerintahan UMNO yang tidak mementingkan pendidikan dan pengimarahan ajaran ISlam di Malaysia. (UMNO hanya tahu buat masjid sahaja tetapi tak nak orang memenuhi masjid) Ini boleh menyebabkan orang Islam senang keliru apabila penggunaan Nama Allah digunakan oleh orang Kristian...

Oleh itu, saya bersetuju bahawa penggunaan Nama Allah oleh orang Kristian di Malaysia adalah DILARANG...

Anonymous said...

Does it matter wheter it is Allah or Al Allah?Important thing is to undertand the defination/meaning of Allah..all the 99 names of Allah are descriptions of Allah's dynamic aspects..and then there is the Kalam of Allah,which is THE SELF of Allah which is mentioned clearly in the quran too(words such as eternal,infinite,without begining or end,absolute etc etc)..so both the SILENT(STATIC) SELF of Allah,and it's dynamic aspects are expressed clearly in the quran..even more impoortant to know is, it's those qualites/attributes are in everywhere and in everthing..we dont feel it becos these qualites are well hideen,but we can see it nature,the expression of the designer infinite..the colours and geometry of gemstones(for example)..no wonder Prophet Muhamamd said,it's tetter to observe nature then to pary mechanically with 5 times a day!

Anonymous said...

The hindus have a many more definationns for the absolute..brahman,para brahman,para purusha,para prakriti,so many more..in islam,we get the same descriptyions of those sankrit words..honestly speaking,there is no contradiction in the dharma of the vedas,and islam..and that's the reason why mighty seers like Vivekananda,Sri Aurobindo,declared without any fear about the importance of those two systems/dharma!!The vedas representing the absolute knowledge,and islam representing absolute power!!

Anonymous said...

pendirian dan penjelasan TB adalah yg terbaik dalam issue ini. Malangnya puak UMNO x habis-2 mengexplotasi issue ini kononnya memperjuangkan islam. Solat pun entah....

Anonymous said...

for centuries,intellectuals,scholars,pundits,purohits have basterdised,distored,tribalised religion..the end result is(as we see it today in every nation),a mighty kucing kuarap version of sacred truths!!

Anonymous said...

heh..Hassan Ali pun solat 5 kali..asyik berbuih hadith,dan quaran..tapi hati dia memang tertutp campur busuk!!

Anonymous said...

Ala lex lah dulu..akan ada proses rayuan..lepas ni kita akan tgk skrip yg lain plak dalam ceta yg sama. Kalau dah tau perangkap kita bagi tau lah kat rakyat yg menda ni perangkap. Bagi kefahaman kat rakyat. Tak payah lah nak memaki hamun. Tak elok dan bukan cara kita.Apa hal pun bawa bertenang

Anonymous said...

Solat 5 kali cukap kah??islamic path is more demanding then say Buddhism, becos,it's demands r tremendous!!Islamic path has primarily 2 aspects..1Surrender..Prophet Muhamamd(saw)SPONTANOUS SURRENDER is the most perfeCt and the most diffICUlt!!..jom,bikin satu survey..how many of us are willing to give up our mind,body,and soul to THE SUPREME?gerenti 99.99% of us dont have the balls to do it..add with fear/timidity and attachments to our surrondings/family commitements etc etc,for sure 99.99% dont wanna do it..takut oh..2.then there is divine action taking palce when both surrender plus aspiration is constant..the impact can be shocking to some..2nd.and in islam,there is double movement pulak,so clearly decribed/mentioned by the mighty Prohet Muhammad himself..tremedous openings upwards and downwards,and horizontal thrust..of course,the ulamaks,the pundits,the intelletuals will pooh pooh all these becos,they prefer the easy way out by kenlentonging,adu dombaing..3rdly..islam is also knowledge by identification..pendek kata,islam is all bout purifcation and conversion of our ignorant self..

Anonymous said...

Pasai apa nak rayu?nak ikut tulunjuk geng dungu,bahlol islmic kah?

Anonymous said...

[Yusufali 77:30] "Depart ye to a Shadow (of smoke ascending) in three columns

so what is this "smoke" ascending in 3 columns?

Anonymous said...

[Yusufali 104:9] In columns outstretched.

smoke ascending,columns outstretched..mmm..r these words spirutual/psychological or something else..?

Anonymous said...

Awat la hang pa ni dok bercakaran dan dungu sangat. Kita tukaq aje kat Rukunegara kita instead of Kepercayaan kepada Tuhan, kepada Kepercayaan kepada Allah! So habis ceritakan.

Anonymous said...

It appears that pro-Umno blogs just like the pro-Umno mainstream media, Utusan Malaysia and TV3 are fanning racial and religious tensions in Malaysia following the decisions of the High Court to allow the Catholic Weekly The Herald to use ‘Allah’ in its Malay language section. Apart from what appears to be an Umno led demonstration on New Year’s Day (see photos here:), the fact that the BN/Umno regime of PM Najib Razak is gong to appeal against the High Court ruling clearly shows that Najib’s 1 Malaysia is nothing but bullshit! Just check out the following blog posting from Paneh Miang which is linking the Freemasons and the traditional Malay bogeyman the Jews, to the High Court decision. LOL! Read More http://margeemar.blogspot.comgrent

Anonymous said...

salam...

saya juga bersetuju dengan TB...ini semuanya proganda UMNO...yang nk mnjatuhkan PKR di selangor@K.L...saya juga pernah membaca bible,tapi tidak kesemuanya sekadar untuk pengetahuan, memang mereka menggunakan nama allah tapi tidaklah pasti itu tuhan mereka@tidak,kerana tuhan mereka adalah yesus.Walaupun bible sudah diseleweng tapi mereka tetap mengunakan nama allah selama beratus-ratus tahun sebelum islam wujud.Islam wujud pada zaman nabi muhamad dan kristian@agama nabi isa telah wujud sebelum islam lagi.Kini kitab yang ada adalah hanya yang diseleweng oleh pengikut-pengikut nabi isa a.s
Jadi yang membangkitkan isu ini adalah orang2 UMNO yang mementingkan isu politik dari agama dan mencemarkan bangsa2 yang ada malaysia yang sekian lama bersatu-padu.

Serious Shepherd said...

Tidak mustahil UMNO berkata isu nama Allah adalah isu akidah maka wajib diutamakan berbanding isu halal haram feqah seperti judi dan arak yang kalau buat pun boleh bertaubuat I mean bertaubat.

Tetapi di manakah UMNO:
-masa Noraishah Bukhari murtad
-masa Azlina Jailani murtad
-masa pelajar sekolah dibuang bukan kerana ponteng atau bergaduh tetapi kerana mengamalkan sunnah Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam iaitu memakai serban, dan keputusan mahkamah memihak kepada sekolah tersebut dengan verdict "Islam is not about turban and beard".

Hakikatnya, 1Malaysia tiada kredibiliti Islam berbanding Islam Had-hari, jadi isu2 sahajalah yang tinggal untuk dimainkan perasaan umat Islam demi meraih sokongan umat Islam di Malaysia.

Anonymous said...

Pengunaan istilah 'Allah'oleh orang Kristian boleh mengelirukan orang Islam? Sudah lama digunakan oleh orang Kristian di Sabah dan Sarawak dan dalam penerbitan The Hearld tapi takda siapa yang keliru. Mengapa sekarang boleh mengelirukan? Nik Aziz tidak keliru; orang Islam di Indonesia dan masyarakat Islam Arab tidak keliru bila istilah ini digunakan oleh orang Kristian di kalangan mereka. Adakah ini soal 'keliru' atau disengajakan oleh KDN untuk mengambil kesempatan untuk mencetus ketegangan di kalangan 'orang yang mudah terkeliru'. Ingat'may 13'? Rakyat sudah tahu dalang dan tujuan sebenar mereka. Ini tidak lain adalah satu lankah perjudian politik oleh pihak tertentu untuk menyelamatkan kepupusan kepentingan politik mereka. Jangan terkeliru! Kami bumiputera yang lebih original di Sabah dan Sarawak berhak mengunakan istilah ini! Jangan main kasar dengan kami!

yes said...

Assalamualaikum,
Ada beberapa perkara yang tidak jelas kepada saya.

1. Adakah hakim bukan Islam faham apa makna perkataan Allah pada orang Islam.

2, Bagaimana kerajaan boleh membenarkan orang bukan Islam menentukan perkataan Allah boleh di gunakan.

3. Apa beza makana Allah dan Tuhan dalam kamus dewan bahasa.

4. Kenapa alim ulama Malaysia membisu seribu bahasa, bukankah merekalah yang sepatutnya membahaskan perkara ini. Mana pergi mufti2 kita? Mana pergi ustaz ustaz dari UMNO dan Pas yang sentiasa berceramah kesana kesini? Tok guru patut dan Hj Hadi bersuara tapi jangan tanya Najib, jangan tanya Muhyiddin atau Anuar , bertanya kepada mereka serupa bertanya pada orang orang di jalanan mengenai ubat sakit cancer, walhal patut bertanya pada pakar kesihatan.

Anonymous said...

TB, saya bersetuju dengan pandangan saudara , memang dasar umno dulu kini dan selamanya asyik mencari isu perkauman saja. udahlah tu, insaf lah juak juak umno. kita tidak bolih menongkat langit.

pak badol said...

PEMIMPIN Pas tu yang lemah kerana tidak ada inisiatif, lemah strategi politik, Lantik biro politik Pas Pusat dikalangan mereka yang kaki anggok dan lemah saja kerana pimpinan no 1 , 2 nak kontrol parti.Bila biro politik lembap lagi tiada ilmu politik maka jadilah makanan UMNO dan Kumpulan UG.

SYAFie said...

wahai org1 melayu dan mlysia sekalian...menatang apekah yg korang smua ni dok kecoh2...isu skrang nih ialah ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH ORG BKN ISLAM...bkn isu politik umno,pas,pkr etc...tahukah korang yg bnda yg korang tgh bwat ni lg keji dr ape2 yg korang dok ckp 2...korang ni smua mmg tipikal org melayu...bila ada mslah smua dok tunding jari kat org..xpuas hati g kua wt mogok da sbg nya..bkn nk dok bincang cra nk selesai kan msalh...mslah boleh selesai ke korang dok tunding2 jari?mslh boleh selesai ke korang dok kua g mogok?ini ke yg ISLAM ajar.korang dok ckp org len liberal,kafir,murtad n sbg nye tp ape yg korang ni xliberal ke..xnmpak kafir ke..xmcm org dah murtad ke...so pkir2 la blk ye..skrng ni ape yg kite kna bwat ialah MNYELESAIKAN MASALAH...BKN menambah mslah..

sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.